Movie Review | Housekeeping? (2024)
Saturday, 12 April 2025
- Pengulas Filem Hadam Project: “Salah satu filem tempatan yang paling dinantikan tahun ini dan mungkin filem aksi tempatan yang paling mengagumkan dari segi visual pernah dihasilkan.” (One of the most anticipated local movies of this year and might be the best looking local action movie ever.)
- Laman Facebook pengulas filem, ‘Suka Filem’: “Blood Brothers bukan sekadar filem, tapi satu ledakan emosi dan aksi yang tak bagi peluang untuk kita bernafas. Syafiq Yusof kali ni benar-benar keluar dari zon selesa. Dia bawa penonton menyelam dalam lautan emosi dari rasa kehilangan, marah membara, dendam yang menjerut jiwa, sampai ke detik-detik kecil yang buat hati tersentuh.”
- Pengulas filem Abang Riak mengatakan, “Tidak keterlaluan jika saya katakan ini adalah karya terbaik Syafiq Yusof setakat ini. Dari segi aksi, skrip, tempo hinggalah ke aspek teknikal dan visual, semuanya memang sempurna. Setiap elemen terasa tepat pada tempatnya, sampai saya sendiri tak jumpa apa-apa untuk dikritik. Babak pertarungan pula, memang bertaraf antarabangsa, brutal, kemas, dan penuh impak. Memang lain macam!”
- Fikry Ibrahim turut meluahkan rasa kagumnya sebagai seorang pelakon, “Saya tengok lakonan semua pelakon Blood Brothers sangat smooth dan seimbang. Masing-masing beri komitmen penuh dan berjaya hidupkan watak dengan begitu natural. Tahniah kepada semua pelakon, pengarah dan juga penulis skrip. Gabungan Syukri, Sharnaaz, Syafiq, dan Kepeng memang cukup rempah. Hasilnya? Memang menjadi! Satu kejayaan yang wajar diberi pujian kepada seluruh pasukan produksi. Memang puas hati, langsung tak rasa rugi.”
Ada lagu yang lahir dalam sekelip mata, dan ada juga yang menunggu bertahun-tahun untuk menemukan takdirnya. Lumrah Cinta, buah tangan daripada Syamel dan Aepul Roza, setelah hampir tujuh tahun tersimpan, akhirnya ‘dihidupkan’ oleh penyanyi berbakat Puteri Khareeza, menjadikan gabungan suara dan karya ini satu kolaborasi yang cukup istimewa.
Diterbitkan di bawah Alternate Records, lagu pop balada ini mengangkat kisah hati yang pernah kecewa namun tetap reda untuk kembali membuka ruang kepada cinta. Dengan sedikit sentuhan baharu daripada segi lirik dan susunan muzik, Lumrah Cinta kini tampil lebih matang, penuh emosi, dan dekat di hati, sekali gus sesuai menjadi peneman jiwa-jiwa yang pernah terluka.
Menurut Aepul Roza, idea asal lagu ini datang daripada Syamel, dengan melodi awal yang sudah dicipta sekitar tujuh tahun lalu. “Tahun ini, rezeki kami jumpa penyanyi yang sesuai untuk lagu ini. Sedikit ubah suai pada melodi dan lirik, dan alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Lagu balada memang genre kegemaran saya untuk diterbitkan, dan gabungan penulisan saya dengan Syamel dalam lagu ni memberikan rasa yang lain daripada biasa,” ujar Aepul.
Puteri Khareeza, yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan lagu ini, tampil dengan persembahan vokal yang matang dan penuh penghayatan. Bagi Puteri Khareeza, pengalaman merakamkan lagu ini sangat bermakna. Beliau berkongsi, “Saya sangat teruja dan pada masa yang sama gementar, sebab Syamel dan Aepul ialah nama besar dalam industri yang saya sendiri kagumi. Mereka sangat baik sepanjang sesi rakaman dan kedua-duanya memberi tunjuk ajar yang berharga untuk menjayakan lagu ini.”
“Lagu ni bukan mudah untuk dibawakan. Cabaran utamanya adalah cara untuk menyampaikan penghayatan setiap bait lirik, lebih-lebih lagi apabila demo asal lagu ini dirakam sendiri oleh komposer, Syamel. Daripada segi vokal pun, memang mencabar,” tambah beliau yang hanya mengambil masa dua jam untuk menyiapkan rakaman.
Lumrah Cinta bersedia menjadi lagu tema peribadi bagi mereka yang mencari pengubat luka! Lagu ini kini tersedia untuk didengari di semua platform digital, termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.
***********************************
Mengenai Alternate Records & Talents
Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya.
KARYA BERTARAF ANTARABANGSA YANG WAJIB TONTON TAHUN INI!
Thursday, 10 April 2025
KARYA BERTARAF ANTARABANGSA YANG WAJIB TONTON TAHUN INI! | 8 SEBAB KENAPA BLOOD BROTHERS PERLU ADA DALAM SENARAI ANDA!
Filem Blood Brothers bukan sekadar sebuah kisah aksi yang dipenuhi dengan letupan dahsyat dan pertarungan sengit tetapi juga merupakan bukti kerjasama yang padu antara pengarah dan pelakon. Ia mencerminkan dedikasi luar biasa daripada seluruh pasukan produksi yang berusaha keras untuk menghasilkan pengalaman sinematik yang benar-benar mendalam dan mengujakan bagi para penonton.
1. Kerjasama Abhilash dengan Syafiq Yusof
Abhilash Chandra sebelum ini bekerjasama dengan Syafiq Yusof dalam Polis Evo 3, yang membentuk sinergi kuat di antara mereka. Kerjasama tersebut membawa mereka untuk berganding sekali lagi dalam Blood Brothers, menghasilkan gabungan kreatif yang memukau dan penuh dengan visi yang sama.
2. Skrip Blood Brothers Dicipta untuk Syafiq Kyle dan Sharnaaz Ahmad
Skrip filem ini direka khas untuk Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle selepas Abhilash bekerjasama dengan mereka dalam Polis Evo 3. Tanpa kedua-dua pelakon ini, Blood Brothers mungkin tidak akan terwujud. Kimia di antara mereka adalah faktor utama yang menjadikan filem ini berjaya, memberikan dimensi dan kekuatan yang luar biasa kepada setiap watak dan cerita.
3. Koreografi Aksi Bertaraf Antarabangsa
Proses reka bentuk koreografi aksi memakan masa selama 3 bulan untuk pra-visualisasi oleh Defenderz dan Abhilash Chandra. Sementara itu, para pelakon memerlukan 5 bulan untuk latihan intensif. Secara keseluruhannya, hampir 8 bulan dihabiskan untuk mencipta koreografi pertarungan yang unik dan dapat dilaksanakan dengan lancar oleh barisan pelakon utama.
4. Proses Penulisan Skrip
Proses penulisan dan pembangunan skrip mengambil masa selama 6 bulan, diikuti dengan persiapan selama 5 bulan, penggambaran selama 3 bulan dan pasca-produksi yang memakan masa 8 bulan. Secara keseluruhannya, hampir 2 tahun dihabiskan oleh para pengarah untuk menyempurnakan filem ini, agar penonton dapat menikmati hasilnya dalam tempoh 2 jam yang penuh mendebarkan.
5. Ledakan Eksplosif
Filem ini menampilkan 7 letupan besar yang dirancang dengan teliti untuk memberi impak dramatik yang kuat. Setiap letupan direka bukan sahaja untuk mencipta kesan visual yang mengagumkan, tetapi juga untuk meningkatkan ketegangan dan emosi dalam cerita, menjadikan setiap adegan aksi lebih mendalam dan mendebarkan.
6. Jumlah Adegan Aksi Utama
Terdapat 13 adegan aksi utama yang mendebarkan dalam filem ini, dengan 15 minit terakhir yang dipenuhi dengan aksi tanpa henti. Sepanjang tempoh itu, penonton disajikan dengan ketegangan yang semakin memuncak, memastikan setiap saat penuh dengan adrenalin dan emosi yang membara. Keputusan untuk menutup filem dengan aksi yang tidak berhenti ini memberikan impak yang mendalam dan pengalaman menonton semakin mendebarkan hingga ke akhir.
7. Keselamatan dalam Aksi
Walaupun aksi dalam filem ini penuh dengan adegan berbahaya dan mendebarkan, tiada seorang pun pelakon yang mengalami kecederaan berat sepanjang penggambaran. Ini merupakan satu pencapaian besar, memandangkan tahap intensiti aksi yang dipersembahkan. Setiap pergerakan dirancang dengan teliti oleh pasukan aksi yang sangat berpengalaman dan bertaraf dunia, dengan fokus utama pada keselamatan. Persiapan yang rapi, latihan intensif, serta penggunaan teknik keselamatan yang ketat memastikan semua aksi dapat dijayakan tanpa sebarang insiden serius.
8. Pertarungan di Atas Bumbung
Adegan pertarungan di atas bumbung yang melibatkan Syafiq Kyle berdepan dengan tiga pengawal keselamatan memerlukan 36 kali penggambaran untuk satu sekuens. Dalam adegan yang penuh aksi ini, Syafiq harus berhadapan dengan tiga lawan serentak, menampilkan kepakaran dan ketangkasan beliau dalam menguasai situasi yang sukar. Keupayaannya untuk beraksi dengan begitu pantas dan cekap di tengah-tengah ketegangan menunjukkan dedikasi dan komitmen beliau dalam membawa wataknya dengan penuh kredibiliti.
Lebih daripada sekadar filem aksi, Blood Brothers menjanjikan pengalaman sinematik yang mendebarkan, menggabungkan jalan cerita yang intens dengan aksi berkualiti tinggi. Dengan barisan pelakon mantap dan garapan visual yang memukau, filem ini bersedia menjadi antara karya tempatan paling dinantikan tahun ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Blood Brothers! Saksikan filem aksi penuh intensiti ini yang bakal menggegarkan layar perak bermula pada 10 April 2025 dan rasai sendiri debaran yang menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa!
‘FIRST WIVES’ RAIKAN SOLIDARITI WANITA APABILA BERDEPAN DENGAN SUAMI JAHANAM | Gabungan Mimi Lana & Melissa Campbell Bakal Buat Penonton Tidak Senang Duduk Bermula 11 April 2025