Ramadhan 2025 | Majlis Iftar RRM, Bukit Kiara Equestrian & Resort

Friday, 4 April 2025

Patutnya Majlis Iftar Ram Reza & Muhammad diadakan pada 14 Mac 2025 bersamaan 13 Ramadhan tapi ada masalah teknikal, terpaksa anjakkan ke 28 Mac 2025. Masa dapat tahu tarikh ni, I terus vote tidak hadir sebab plan nak balik Sabak hari Jumaat tu tapi bila tengok kalendar rupanya jatuh hari Isnin. Macam beria lah pulak nak balik awal kan, daripada tak buat apa baik join je program firm. Ada la juga content untuk update blog ni dan kenangan dengan RRM.


Kitorang gerak awal dari office sebab plan nak shoot content dekat sini. Sementara tunggu yang lain sampai, kitorang tunggu dekat surau untuk solat Asar dan make-up. 



Event start jam 6 petang tapi jam 5.30 petang ada task yang Datuk minta I buat. Semua orang dah keluar office lepas dapat notis pelepasan awal jam 3 petang. Patutnya ada hebahan tentang PEBELAS tapi tak sempat nak buat sebab kekangan masa dan material. 



Makanya bergerak je lah ke aktiviti utama bila semua dah ada dekat ruang yang disediakan oleh Bukit Kiara Equestrian & Resort. 




Memandangkan dah ramai yang balik, terpaksa lah jadi photographer terjun untuk program ni. Atie pegang satu kamera, I pegang lagi satu kamera. Tapi I jadi main photographer lah sebab guna DSLR Nikon kepunyaan Datuk Hisham. Gambar memang cantik lah tapi kamera tu dah lama so ada part yang dah rosak. Skrin dia tak keluar any display so terpaksa bergantung pada eye vision semata. Ada gambar yang okay, ada yang blur T.T
















Majlis bermula dengan ucapan aluan dari emcee, Ms Liyana kemudian diteruskan dengan ucapan dari Partner Corporate, En. Fendy selama 10 minit. I tak fokus pun En. Fendy berucap apa dekat atas sebab time period untuk event ni singkat sangat jadi sebelum matahari terbenam, baik fokus ambil gambar supaya semua yang hadir berpuas hati. 








Selesai dengan ucapan, Datuk Hisyam dipanggil untuk naik diiringi En. Raden untuk penyerahan Duit Raya kepada warga RRM yang hadir ke Majlis Iftar Ram Reza & Muhammad. Selalunya yang datang masa iftar akan dapat duit raya tapi yang tak hadir akan diberi kemudian tapi disebabkan tahun ni buat hari terakhir bekerja maka lepas Raya lah baru merasa duit raya RRM. 

















Selesai sesi penyerahan duit raya kepada warga RRM dan anak-anak RRM, kitorang bergambar dengan semua yang datang ke Majlis Iftar RRM 2025. Ruang yang diberikan tak lah besar mana tapi yang datang pun tak ramai so just nice lah semua muka dapat masuk dalam frame kecuali photographers hshs Thanks to AJ, husband Syu yang sudi tolong gantikan tugas kitorang kejap, dapatlah masuk dalam gambar. Function teruk!



Lepas habis semua aktiviti penting, I jaga barang dengan Teha sebab ruang yang Bukit Kiara Equestrian & Resort sediakan tu tak ditutup kepada orang lain. Sambil majlis bergerak ada lah yang lalu lalang pergi ke tandas atau surau padahal ada jalan lain yang diorang boleh guna. Muka yang sama pulak tu yang lalu padahal dah sedia maklum ada majlis. Nak kata ruang kitorang guna tu lagi dekat pun tak juga sebab laluan dekat bawah lagi dekat. 

Entah lah, tak faham apa perlunya ganggu majlis orang. Tapi nak mengharapkan common sense orang ni agak susah melainkan kita bayar lebih pada resort supaya tak diganggu maka redho je lah ye dak? Masa berbuka tu minum air sikit je lepastu terus pergi solat Maghrib sebab tak nak bersesak dengan orang lain. Surau dekat sini kecil je. Tandas pun jauh jadi sebelum isi perut dengan makanan, baik pergi solat dulu. Tak ada lah isu terkentut tengah jalan kemudian kena ambil wudhu lagi sekali. 



Lepas solat tu sambung makan sambil menyembang dengan Datin Rafidah supaya dia tak bosan tunggu Datuk Hisham pergi berborak dengan client yang datang sebagai tetamu. 

😊: Ana balik beraya dekat mana tahun ni?
😅: Saya balik Sabak Bernam Datin
😊: Orang kata balik Sabak Bernam tak dipanggil balik kampung sebab dekat je. Orang kata merentas desa je.
😅: Eh jauh gak Datin sebab rumah family dekat hujung Sabak Bernam tu. Selalunya 3 jam nak sampai, kalau jam mahu sampai 5 jam lebih. 
😊: Eh ye ke?
👦: Ha'ah mama sebab bangmi pernah hantar kawan dekat sana. Dulu memang ingatkan dekat sekali pergi sendiri tempat dia fuhhh berpeluh. 
😅: Rumah kawan tu dekat mana?
👦: Dekat jambatan sempadan dengan Hutan Melintang tu
😅: Eh rumah I dekat dengan area situ lah. Ada dua jalan nak pergi Sabak tu, lagi situ ikut highway pastu exit dekat Sg. Tengi tapi situ jarang orang pergi sebab jalan tak cantik lepastu ada beruang matahari. 
😮: Uisyhhh biar betul?! Eksotiknya tempat Kak Ana tinggal.
😅: Dekat daerah Sabak Bernam ada restoran haiwan eksotik. Dekat situ banyak makanan eksotik tapi I tak pernah pergi lah. 
😊: Ye ke? Landak ada ke?
😅: Ada Datin tapi saya tak pernah try lagi makan landak.
👦: Dekat sana famous dengan mentarang kan?
😅: Iyeeee makin banyak yang jual mentarang lepas PKP. 

Memang rancak lah kitorang berbual sebab ramai rupanya tak tahu mentarang tu apa. Nasib baik anak Datin ada saksi pernah pergi ke Sabak Bernam, kalau tak ramai nau buat muka tak percaya bila I kata Sabak tu jauh. Ramai yang ingat Sabak Bernam selepas Kuala Selangor padahal sequence dia - Kuala Selangor > Tanjung Karang > Sekinchan > Sungai Besar > Sabak Bernam. I yang paling hujung sekali T.T


Masa kitorang makan ni staff resort tutup banyak lampu sebab diserang kelkatu. Mana yang tak kena tutup lampu tu boleh lah makan secara normal. Kitorang yang menggagau dalam gelap kena makan dengan flashlight handphone. Table I dekat dengan lampu buffet so tak lah gelap sangat. Bak kata Datuk, bila makan dekat outdoor macam ni, kena terima lah nature experience macam ni 😆


Kalau ada yang curious rasa masakan dekat sini macam mana, rasa dia mid. Ada yang okay, ada yang boleh tahan. Tak sedap gila, tak juga hambar. Tapi tu lah, I bukan makan semua menu pun untuk sembang banyak. Satay dia tak perap lama, Syu kata laksa dia sedap, bubur pulut hitam was okayish. Kambing golek dia bolehlah. 

Lepas habis menyembang I sambung balik ambil gambar sebab nak bakar lemak yang makan tadi. Tak sempat nak menambah sebab staff resort tak refill dah kalau makanan habis. Dah lah tak banyak choice, nak repeat makan pun tak boleh. Harga per pax RM80 tapi tak banyak pun dapat makan so for me, it's not worth it. Bab bergambar je lah cantik kalau berbuka dekat sini. 















Sebelum balik tu Datuk ajak bergambar dekat ruang atas ni dengan semua yang ada. Datuk ada bagitahu dekat resort ni ada banyak tempat cantik nak bergambar tapi masa singkat sangat lepas berbuka tu jadi tak sempat nak pergi banyak tempat sangat. Bergambar mana yang ada je lepastu pergi tapau sup kambing dengan ayam bakar tempayan untuk sahur. Dua lauk ni je ada lebih banyak so ini je lah yang sempat ambil sebab staff dah start berkemas. 

Terima kasih RRM bagi duit raya tahun ni, terima kasih juga yang datang majlis dan bekerjasama siapkan video untuk Raya nanti. Ada rezeki, kita jumpa lagi tahun depan di venue yang akan dibincangkan kelak. 



Ramadhan tahun ni berbeza sikit dengan Ramadhan sebelumnya sebab ada Program Ihya' Ramadhan di mana warga Ram Reza & Muhammad boleh join tadarus. Setiap seorang akan baca satu juzuk Al-Quran atau boleh share baca sampai complete 1 juzuk sebab staff RRM ramai. Program tadarus ni terbuka untuk Ram Reza & Muhammad HQ di Petaling Jaya, branch Penang dan Kuala Terengganu juga. 

Masa pengumuman tu dibuat di dalam group WhatsApp, ramai yang dah ambil juzuk belakang-belakang sebab banyak surah pendek-pendek. I tengah drive sebab nak pergi event so tak aware dengan plan diorang. Tapi I pilih juzuk 2 sebab sekarang memang tengah baca juzuk tu. Nasib baik ada program tadarus ni, kalau tak macam siput sedut je nak habiskan satu page. 



Pertengahan Ramadhan dah ramai yang habis baca juzuk masing-masing dan kebanyakannya yang pilih juzuk awal. Yang pilih juzuk hujung-hujung tu sunyi sepi, mungkin jenis pecut last minute. Bila dah keluar tarikh untuk Majlis Khatam Al-Quran baru masing-masing speed up untuk habiskan bacaan masing-masing. 

😦: Eh dah nak buat Majlis Khatam Al-Quran tapi juzuk 29 tu tak ada yang baca lagi. Tak ada yang nak ambik ke juzuk tu? 
😅: Eh, lawyer dekat RRM Penang dah baca dah. Dia buat 2 juzuk. 
😦: Ni yang xxx dah siap ke? Kenapa dia tick done tapi dalam kurungan surah An-Naba'? Dia baca surah tu sahaja ke?
😅: Alamak, nanti kena inform dia lah baca semua surah dalam juzuk tu. 



Lepas ni kalau ada lagi program tadarus di bulan Ramadhan, kena explain lah cara nak join tadarus sebab ada yang tak faham konsep dia macam mana. Nasib baik si xxx berjaya juga habiskan bacaan sebelum Majlis Khatam Al-Quran ni. Dalam entry Sampul Raya RRM ada bagitahu majlis fizikal cancel kan, sebab ikutkan nak buat dekat office tapi imamnya ada hal. Kalau boleh nak gabung majlis dengan RRM Penang tapi tak dapat so HQ buat online je malamnya. 


RRM Penang punya meriah lah sebab ada Majlis Khatam Al-Quran lepastu sesi pemberian duit raya kemudian iftar sama-sama dekat office. KalauHQ buat dekat office bolehlah buat content socmed tapi sebab tak ada screenshot je lah Google Meet majlis tu. Tak lah seronok sangat bila online ni sebab semua pun mute audio untuk elakkan audio huru-hara. Tapi apa pun Alhamdulillah dah selesai khatam al-Quran untuk sesi pertama Program Ihya' Ramadhan: Tadarus RRM. 


Adat di RRM bila masuk bulan Ramadhan, semua warga Ram Reza & Muhammad akan dapat sampul raya yang ditempah khas. Sepanjang 5 tahun kerja dekat RRM, sampul tahun ni yang terpaling cantik sekali. 

Makin cantik sampul makin bertambah sayang lah nak guna sebab material sampul nibukan guna kertas biasa. Selalunya bila dapat sampul duit RRM ni guna untuk family je masa raya nanti. Yang lebih kita simpan buat kenangan sebab setiap seorang akan dapat 10 sampul. Bukan I je buat perangai macam ni sebab yang lain pun sama jugak. Sayang lah sampul cantik tapi orang buang sebab nak duit dekat dalam tu je. 


Kalau ikutkan nak buat content dapat Sampul Raya RRM tapi idea tak boleh nak pergi jauh sebab material lain tak dapat so upload dekat sini je lah buat kenangan. I panggil Karimah dengan Liyana jadi model sampul raya sebab diorang pakai cantik untuk Majlis Tadarus tup tup cancel sebab nak proceed online je biar semua dapat join lepas Terawih nanti. 

😆: Ana, ambil gambar lagi sekali lah. Tadi tu macam tak confident pulak sebab tak pakai lipstick.

😅: Okay boleh je Karimah.

😆: Okay done.

😅: Ehhhh, kata tak confident sebab tak pakai lipstick, ni dah pakaikenapa pose tutup mulut pulak?

😆: Alamak, lupa pulak hahaha

Terima kasih kepada RRM yang bagi sampul raya cantik tahun ni. 

Ramadhan 2025 | KLCC Raya Launching Event

Thursday, 3 April 2025



Sama macam tahun-tahun sebelumnya, setiap kali ada launching raya, KLCC akan hantar jemputan untuk join program yang akan diadakan sepanjang Raya dan iftar bersama. Tahun ni KLCC buat event pada 14 Mac. Nasib baik lah Majlis Iftar RRM anjak ke tarikh lain, kalau tak dah kena bambu dengan HOD sebab dua tahun berturut-turut skip Majlis Iftar RRM tapi pergi iftar event media. 

Untuk event ni I minta nak balik awal sebab event KLCC start jam 5.00 petang tapi waktu balik jam 5.30 petang. Masa ni datang awal setengah jam untuk ganti balik working hour yang terpaksa dipotong. Tak rehat juga sebab nak keluar awal so kena siapkan semua kerja sebab esoknya dah weekend. Pukul 4 petang dah kemas-kemas dan siapkan kerja terakhir lepastu book Mobi untuk pergi ke LRT Lembah Subang.

Bila dah book Mobi awal, sampai lebih awal dekat tempat checkpoint, dapat la sembang dengan driver sementara tunggu penumpang lain sampai. Driver Mobi tu bagitahu yang perkhidmatan Mobi untuk 14 Mac tu adalah perkhidmatan terakhir sebab Kerajaan Negeri Selangor dah hentikan van Mobi. Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab tak berbaloi walaupun membantu teruk dekat area Ara Damansara tu. Jauh beza sangat rate Mobi dengan rate Grab kalau nak pergi ke LRT Lembah Subang. 

I suka drop off dekat LRT Lembah Subang sebab tak stuck dalam jam macam LRT Ara Damansara. Nampak je dekat jaraknya tapi kalau bandingkan dengan masa, banyak buang masa lah nak ke LRT Ara Damansara. Sembang punya sembang tiba-tiba dia tanya raya mana lepastu dia tahu tak kahwin lagi, terus conversation jadi lain. 

Sepanjang perjalanan tu ajak jumpa lepas Raya even dah turun Mobi pun dia jerit dari van ajak jumpa. Sebelum naik LRT dapat call dari dia lepastu keluar notification dia bagitahu payment tak masuk padahal duit dah deduct dari T&G apps. Menyesal gila tak bayar guna cash masa tu. Nasib baik lah Mobi dah tamat service hari tu, kalau ada lagi mungkin kena harass lagi dengan driver T.T


Ingatkan dah masuk LRT dah boleh bertenang dah rupanya tidak. Koc yang I masuk tu busuk sangat dengan bau mulut orang. Tak tahu lah siapa yang pastinya, I tak mampu bertahan dengan bau sampai plan nak pergike koc sebelah tapi nasib baik lah jalan sikit ke seat hujung koc tu ada seat kosong. Bau pun tak sampai ke situ. Tak tahu lah macam mana yang duduk dekat area situ boleh tahan sebab bau dia kuat gila. Sampai ke KLCC jam 5 lebih kemudian join the queue tapi pelik kenapa tak bergerak. 

😕: Hi, sorry sir you tengah beratur untuk event ni ke?
😶: If you're invited to this event then you can register. If not, it is not open to public.


Aikkk? I tanya benda lain, dia jawab lain. Sudahnya I pergi je ke depan lepastu register. Dah masuk dalam nampak Kak Ruby tengah gubah bunga dekat Floral Workshop. Dah lama tak jumpa Kak Ruby, tak sangka rezeki dapat iftar sama-sama nanti. Memandangkan tangan I tak berseni, staff dekat situ bagi je bouquet yang dah siap. 





Tahun ni KLCC ambil inspirasi dari Maghribi untuk deko Raya. Kalau datang sini boleh bergambar dekat photobooth, gubah bunga dekat Floral Workshop lepastu masuk bergambar dekat ruang dalam istana biru. Tapi mungkin mencabar lah nak bergambar dekat dalam ni sebab ruang dia kecil je, kalau ramai yang masuk ternampak juga lah muka orang lain. Thank you Kak Ruby tolong ambilkan gambar. 

Keluar dari situ nampak pula Kak Nani, Kak Faz lepastu tegur PR KLCC yang memang dah kenal. Masa tengah menyembang tu photographer suruh jadi model dia. I tak confident pun sebab dah belemoih since dekat ruang tengah ni panas. Tapi bila Sherina hantar gambar eh cantik pulak kejadiannya. No wonder lah photographer tu puji beautiful banyak kali. Kalau dia puji sebab nak sedapkan hati, menjadi lah trick tu hshshs


Majlis bermula dengan ucapan aluan dari emcee iaitu abang Naz. Kalau tak silap, dua tahun lepas pun abang Naz yang jadi emcee juga untuk Raya Launching event ni. Dua kali jumpa pun dua kali tetap segan nak tegur padahal dia mesra je dengan semua orang. Tahun ni ada special event dari KLCC sebab ada kolaborasi bersama Astro. Setiap minggu akan ada persembahan dari artis Astro tapi untuk launching event ni ada performance Nyam Nyam Ketupat sahaja. Ada Wani Kyrie, Dinda Dania dengan Miss Alvy perform lagu raya dari Astro sebab Zizan ada schedule lain. 

Masa tengah khusyuk record performance Nyam Nyam Ketupat, I tak perasan ada lelaki dekat belakang. Bila undur setapak rasa macam dekat dengan something terus lajak ke depan. Since dia pun merakam jugak, I ke tepi lah sikit bagi ruang untuk dia tapi aneh betul dia berdiri rapat sangat walhal ada ruang banyak lagi dekat sebelah dia. Sumpah tak selesa masa tu sampai rasa lega gila dah habis performance. Rupanya lelaki tu orang luar curi-curi masuk dalam event sebab guard tak perasan. Dugaan gila hari tu T.T

Sebab dah rimas dekat situ, I join Kak Ruby pergi ke Restoran Chakri Palace untuk cari seat. Sebab naik awal sempat lah betulkan shawl yang dah merepek kejadiannya. Nasib baik anak tudung tak jatuh ke belakang masa tu. 



Menu yang disediakan oleh Chakri Palace semuanya sedap tapi tak mampu nak makan semua sebab banyak sangat. Tomyam campur dia not bad lah, sedap je tapi ceroi sikit dari tomyam yang I selalu makan. Ayam pandan tu tak sempat rasa sebab pinggan dah penuh lepastu know know finish makan dah. Lepas habis makan tu dapat sampul raya dari KLCC dengan goodies dari Royce dan YSL beauty products. 




Lepas habis makan dapat bergambar dekat ruang tengah lagi sekali sebelum balik rumah. Thank you KLCC jemput datang sini, thank you juga Royce dengan YSL untuk goodies!