Lee Wah Florist, Long Call Syu & Mahkamah Perusahaan
Sunday, 30 March 2025
INTEL ALERT! NEONIMUS MENGGEMPURKAN TRAILER RASMI #1 EJEN ALI THE MOVIE 2!
Thursday, 27 March 2025
INTEL ALERT! NEONIMUS MENGGEMPURKAN TRAILER RASMI #1 EJEN ALI THE MOVIE 2! | 300K Tontonan Di YouTube & 1.3 Juta Di TikTok Dalam Tempoh Kurang 24 Jam!
Satria Bangkit! Peminat Ejen Ali kini boleh mula merasai kehangatan ancaman baharu Neonimus dengan pelancaran treler rasmi #1 Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) di saluran YouTube dan platform media sosial Ejen Ali pada 25 Mac, jam 3.00 petang! Kini anda semua boleh mula menghitung hari kerana filem sekuel yang dinanti-nantikan ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Mei 2025. Siap sedia untuk misi yang lebih mendebarkan, visual lebih hebat, dan kisah penuh emosi yang pasti akan memukau penonton!
Treler Rasmi #1 ini memberi gambaran awal tentang perkembangan baharu di Cyberaya yang bakal menguji kemahiran, kesetiaan dan persahabatan Ali pada tahap maksimum. Hal ini adalah ekoran ancaman Neonimus, seorang penggodam misteri yang ingin mencetuskan kekecohan di Cyberaya, Ali perlu menguasai sut SATRIA dengan segera demi misi untuk melindungi kota futuristik ini. Pada masa yang sama, Ali juga berhadapan dengan perubahan dinamik persahabatannya bersama Alicia, yang kini diberikan peranan baharu sebagai pemakai IRIS.
Dalam masa yang sama, drama lebih hangat apabila bekas Ejen MATA, Rizwan bekerjasama dengan penjahat Dos dan Trez untuk bertemu Ali. Ini mencetuskan spekulasi apakah motif sebenar gandingan pemain baharu ini? Sementara itu, agensi rahsia MATA melantik Ketua Teras baru; Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso) untuk mengukuhkan lagi pertahanan bandar Cyberaya bersama pemimpin veteran Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat). Tanpa pengetahuan Ali, pelbagai perubahan radikal yang berlaku di belakang tabir Cyberaya telah membuka ruang untuk provokasi dari Neonimus yang ingin menjerat Ali dan MATA. Plot ini bakal menjanjikan sebuah aksi berintensiti tinggi beserta lebih banyak elemen futuristik teknologi MATA. Bukan itu sahaja, plot ini turut dilengkapi dengan emosi yang mendalam dan bakal memberikan dimensi baharu terhadap perjalanan Ali sebagai ejen rahsia muda.
Melengkapkan lagi aura epik trailer ini ialah muzik latar yang diolah dari lagu runut bunyi rasmi EATM2 berjudul “Hanya Kamu,” dendangan artis legenda Dato’ M. Nasir. Gabungan visual epik dan muzik ikonik ini mencipta getaran “goosebumps” yang diakui sendiri oleh ramai peminat! Lirik dari korus lagu ini seolah memberikan bayangan tentang perjalanan getir Ali demi membuktikan kebolehan dirinya sebagai pengemudi SATRIA.
Sejurus selepas dilancarkan, treler berdurasi 1 minit 23 saat ini mencetuskan fenomena di platform digital dengan mencatatkan 300,000 tontonan di YouTube dan 1.3 juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Peminat di Malaysia dan luar negara, termasuk dari Indonesia, menunjukkan keterujaan luar biasa apabila rata-rata mereka meluahkan rasa tidak sabar menanti tayangan filem ini di pawagam, malah ada yang menyatakan terasa debaran sehingga meremang bulu roma sewaktu menonton treler tersebut. Antara komen menarik dari mereka seperti, “Bila nak keluar di Indonesia?”, “Tak sabar nak tengok Ali dan Cyberaya di layar besar!”
Dalam meraikan kempen Ramadan Raya Indahkan Memori, drama fenomena Keluarga Itu membawa kehangatan kisahnya ke dunia nyata menerusi sesi iftar istimewa di LADO By The Lake, Shah Alam, semalam. Majlis ini bukan sekadar sesi berbuka puasa bersama, tetapi peluang eksklusif bagi peminat untuk berinteraksi lebih dekat dengan para pelakon, berkongsi detik bermakna sekali gus mempererat hubungan antara penonton dan watak-watak dalam drama ini yang semestinya akan dikenang selamanya.
Dikuasai oleh Samsung, inisiatif ini juga bertujuan untuk memperkukuh promosi siri tersebut serta meningkatkan keterlibatan penonton dalam suasana komuniti di RARA 2025. Mengangkat tema "Ramadan Bersama: Kasih dan Keberkatan", acara iftar ini telah dimulakan dengan penuh keriangan menerusi dendangan lagu Raya oleh Shahrul Kamal yang membangkitkan semangat perayaan.
Majlis semakin meriah dengan segmen interaktif, apabila para pelakon Keluarga Itu, iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Puteri Balqis, dan Melissa Campbell beraksi dalam sesi permainan bersama peminat bertuah. Gelak tawa dan sorakan memenuhi ruang majlis sebelum suasana perlahan-lahan kembali tenang menjelang waktu berbuka puasa. Sebagai penutup acara, duo adik-beradik Shiha Zikir dan Ida Zikir pula tampil menghiburkan penonton dengan alunan lagu Raya yang menghidupkan suasana.
Di sebalik kemeriahan acara, Keluarga Itu bukan hanya drama biasa dengan tema sensitif yang diketengahkan. Sejak siaran episod pertamanya pada 28 Februari lalu, Keluarga Itu telah mencetuskan pelbagai perbincangan hangat tentang realiti pahit dalam institusi keluarga daripada pergolakan rumah tangga hingga penderitaan anak-anak, termasuk cabaran membesarkan kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme. Sepanjang 12 episod siarannya, ia telah mengundang berbagai-bagai reaksi, termasuk kemarahan, kekecewaan, jijik, hinggalah simpati yang mendalam.
Lebih daripada sekadar hiburan, Keluarga Itu menyuluh sisi gelap kehidupan sebenar di mana pengkhianatan oleh darah daging sendiri bukan semata-mata imaginasi dan mimpi ngeri, tetapi realiti kejam yang dialami sesetengah individu di luar sana. Kisah ini sememangnya membuka mata ramai, malah menyaksikan gelombang perkongsian pengalaman peribadi yang perit dalam kalangan penonton sendiri.
Selain itu, dengan kerjasama Samsung, satu siri TikTok Keluarga Antara Insan turut menjadi sorotan dalam majlis ini. Berlatarbelakangkan komuniti erat di Taman Antara Insan, siri 10 episod ini mengisahkan perseteruan dua jiran, iaitu Dahlia dan Amir, yang terjebak dalam konflik kecil melibatkan seekor kucing dan calar pada kereta Amir. Namun, dengan sokongan komuniti yang penyayang, perbalahan itu bertukar menjadi ukhuwah penuh gelak tawa, kasih sayang, dan erti sebenar kekeluargaan, dalam suasana Ramadan dan Syawal menghampiri.
Menariknya, Muaz Zabir dan Puteri Balqis, yang membintangi Keluarga Itu, turut menerajui siri ini selaku watak utama, bersama Aleza Shadan dan Amirulhakim Lokman. Keluarga Antara Insan bakal menemui penonton di TikTok @samsungmalaysia @TV3Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program Ramadan Raya di TV3, TV9 & Tonton, pastikan anda mengikuti laman media sosial rasmi kami di Facebook, Instagram & Twitter, @TV3Malaysia, @TV9Malaysia, @TontonMY. Jom gunakan #IndahkanMemori dan abadikan momen terindah anda bersama TV3, TV9, dan Tonton!
Astro Santuni Warga Pusat Jagaan Mahmudah, Angkat Tema Drama ‘Pengorbanan Kerana Cinta’
Wednesday, 26 March 2025
Astro Santuni Warga Pusat Jagaan Mahmudah, Angkat Tema Drama ‘Pengorbanan Kerana Cinta’ | Program Zayan Kongsi Rezeki Bawa Masyarakat Lebih Dekat Dengan Golongan Memerlukan
Astro selaku peneraju industri hiburan di Malaysia menerusi stesen radio Zayan telah menganjurkan program berbuka puasa bersama warga emas Pusat Jagaan Mahmudah, dan ‘Zayan Kongsi Rezeki’ dengan mengagihkan sebanyak 1500 pek bubur lambuk kepada penghuni pusat jagaan dan masyarakat setempat di sekitar Pusat Jagaan Warga Emas Mahmudah, Semenyih.
Program yang dijalankan ini menampilkan barisan selebriti terdiri dari penyampai radio Zayan, Duta RaRa Astro, Astro Awani dan juga para pelakon dari siri drama ‘Seribu Tahun’ dan juga ‘Honey Minta Maaf’. Antara selebriti yang hadir menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah dan juga masyarakat setempat seperti Zizan Razak, Hun Haqeem, Anna Jobling, Alif Satar, Faizal Ismail, Nana Mahazan, Lin Ariffin, Anas Tahir dan Farhira. Selain itu, turut hadir memeriahkan program adalah penyampai dari stesen Hitz, Ili, stesen Mix, Hani dan juga stesen Lite, Leya.
Untuk program ini, Astro telah mengangkat tema “Pengorbanan Kerana Cinta” membawakan drama premium yang lebih dari sekadar hiburan, mencetuskan perbualan, menggalakkan muhasabah diri, dan mengeratkan lagi komuniti menerusi Dramavaganza. Dengan menjalinkan ‘Seribu Tahun’ dalam bulan mulia ini menerusi kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan, Astro memastikan peranan mereka melebihi dari sekadar tontonan skrin, menjadi pemangkin untuk renungan yang lebih mendalam dan pengabadian diri.
Lebih dari sekadar penceritaan drama, Astro membawakan semangat pengorbanan melalui cara berikut, Muhasabah Diri – ‘Seribu Tahun’ mendorong penonton untuk merenung kembali pengorbanan mereka kerana cinta, memupuk perbincangan melangkaui hiburan, Menggalakkan Perbincangan Umum – Melalui ‘Seribu Tahun’, Astro mewujudkan platform untuk masyarakat Malaysia berkongsi pengalaman mereka, memperkukuh nilai-nilai ketaqwaan dan ketabahan, Menghormati Pengorbanan Sejati – Satu inisiatif menyoroti pengorbanan para penjaga pusat jagaan, menyambungkan antara fiksyen dan realiti dalam bulan Ramadan.
Para selebriti turut dibawa melawat penghuni pusat jagaan dan melihat fasiliti yang disediakan. Sumbangan 1500 pek bubur lambuk adalah salah satu dari aktiviti Khidmat Tanggungjawab Sosial Korporat Astro (ESG) dengan kerjasama rakan strategik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd selaku penaja. Adabi juga turut menyumbangkan bantuan berupa ‘Bakul Ceria Adabi’ yang mengandungi pelbagai barangan kegunaan masakan untuk kegunaan pusat jagaan dan juga sumbangan duit raya.
Menurut Wan Syahrul Amry Wan Mansor, Pengurus Jenama, Zayan, berkata, “bersempena bulan Ramadan yang mulia ini Astro terpanggil untuk menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah kerana mereka sangat memerlukan perhatian dan sokongan dari kita untuk kekal ceria dan bersemangat demi meneruskan kehidupan, juga memberi mereka sinar harapan baru menjelang Syawal nanti. Selain itu, kami juga terpanggil untuk berkongsi rezeki kepada orang ramai, seiring dengan tuntutan bulan Ramadan yang mulia ini dengan berbanyakkan ibadah sedekah. Kami juga membawakan barisan selebriti ternama bagi memeriahkan lagi suasana sekaligus menghiburkan kesemua warga di Pusat Jagaan Mahmudah ini.”
Muhammad Syafiq Mohaidin, Setiausaha Kebajikan Mahmudah Malaysia, berkata, “Pusat Kebajikan Percuma seperti Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia sangat memerlukan bantuan dan perhatian dari semua pihak kerana yang dijaga adalah Rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Jadi inilah Cara bagaimana pihak media dan hiburan membantu pusat kebajikan seperti di Mahmudah”.
Seramai 30 orang sukarelawan terdiri dari pelajar Universti Kebangsaan Malaysia turut serta mengambil bahagian dalam menyediakan juadah bubur lambuk bersama dengan wakil Zayan dan juga wakil dari Pusat Jagaan Mahmudah. Mereka telah bergotong royong untuk menyediakan hidangan bubur lambuk ayam dan daging seawal jam 9.00 pagi, dan mula diagihkan kepada orang ramai bermula jam 4.30 petang bagi persiapan mereka untuk berbuka puasa.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
*Tertakluk pada terma dan syarat.