Dalam meraikan kempen Ramadan Raya Indahkan Memori, drama fenomena Keluarga Itu membawa kehangatan kisahnya ke dunia nyata menerusi sesi iftar istimewa di LADO By The Lake, Shah Alam, semalam. Majlis ini bukan sekadar sesi berbuka puasa bersama, tetapi peluang eksklusif bagi peminat untuk berinteraksi lebih dekat dengan para pelakon, berkongsi detik bermakna sekali gus mempererat hubungan antara penonton dan watak-watak dalam drama ini yang semestinya akan dikenang selamanya.
Dikuasai oleh Samsung, inisiatif ini juga bertujuan untuk memperkukuh promosi siri tersebut serta meningkatkan keterlibatan penonton dalam suasana komuniti di RARA 2025. Mengangkat tema "Ramadan Bersama: Kasih dan Keberkatan", acara iftar ini telah dimulakan dengan penuh keriangan menerusi dendangan lagu Raya oleh Shahrul Kamal yang membangkitkan semangat perayaan.
Majlis semakin meriah dengan segmen interaktif, apabila para pelakon Keluarga Itu, iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Puteri Balqis, dan Melissa Campbell beraksi dalam sesi permainan bersama peminat bertuah. Gelak tawa dan sorakan memenuhi ruang majlis sebelum suasana perlahan-lahan kembali tenang menjelang waktu berbuka puasa. Sebagai penutup acara, duo adik-beradik Shiha Zikir dan Ida Zikir pula tampil menghiburkan penonton dengan alunan lagu Raya yang menghidupkan suasana.
Di sebalik kemeriahan acara, Keluarga Itu bukan hanya drama biasa dengan tema sensitif yang diketengahkan. Sejak siaran episod pertamanya pada 28 Februari lalu, Keluarga Itu telah mencetuskan pelbagai perbincangan hangat tentang realiti pahit dalam institusi keluarga daripada pergolakan rumah tangga hingga penderitaan anak-anak, termasuk cabaran membesarkan kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme. Sepanjang 12 episod siarannya, ia telah mengundang berbagai-bagai reaksi, termasuk kemarahan, kekecewaan, jijik, hinggalah simpati yang mendalam.
Lebih daripada sekadar hiburan, Keluarga Itu menyuluh sisi gelap kehidupan sebenar di mana pengkhianatan oleh darah daging sendiri bukan semata-mata imaginasi dan mimpi ngeri, tetapi realiti kejam yang dialami sesetengah individu di luar sana. Kisah ini sememangnya membuka mata ramai, malah menyaksikan gelombang perkongsian pengalaman peribadi yang perit dalam kalangan penonton sendiri.
Selain itu, dengan kerjasama Samsung, satu siri TikTok Keluarga Antara Insan turut menjadi sorotan dalam majlis ini. Berlatarbelakangkan komuniti erat di Taman Antara Insan, siri 10 episod ini mengisahkan perseteruan dua jiran, iaitu Dahlia dan Amir, yang terjebak dalam konflik kecil melibatkan seekor kucing dan calar pada kereta Amir. Namun, dengan sokongan komuniti yang penyayang, perbalahan itu bertukar menjadi ukhuwah penuh gelak tawa, kasih sayang, dan erti sebenar kekeluargaan, dalam suasana Ramadan dan Syawal menghampiri.
Menariknya, Muaz Zabir dan Puteri Balqis, yang membintangi Keluarga Itu, turut menerajui siri ini selaku watak utama, bersama Aleza Shadan dan Amirulhakim Lokman. Keluarga Antara Insan bakal menemui penonton di TikTok @samsungmalaysia @TV3Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program Ramadan Raya di TV3, TV9 & Tonton, pastikan anda mengikuti laman media sosial rasmi kami di Facebook, Instagram & Twitter, @TV3Malaysia, @TV9Malaysia, @TontonMY. Jom gunakan #IndahkanMemori dan abadikan momen terindah anda bersama TV3, TV9, dan Tonton!
Astro Santuni Warga Pusat Jagaan Mahmudah, Angkat Tema Drama ‘Pengorbanan Kerana Cinta’
Wednesday, 26 March 2025
Astro Santuni Warga Pusat Jagaan Mahmudah, Angkat Tema Drama ‘Pengorbanan Kerana Cinta’ | Program Zayan Kongsi Rezeki Bawa Masyarakat Lebih Dekat Dengan Golongan Memerlukan
Astro selaku peneraju industri hiburan di Malaysia menerusi stesen radio Zayan telah menganjurkan program berbuka puasa bersama warga emas Pusat Jagaan Mahmudah, dan ‘Zayan Kongsi Rezeki’ dengan mengagihkan sebanyak 1500 pek bubur lambuk kepada penghuni pusat jagaan dan masyarakat setempat di sekitar Pusat Jagaan Warga Emas Mahmudah, Semenyih.
Program yang dijalankan ini menampilkan barisan selebriti terdiri dari penyampai radio Zayan, Duta RaRa Astro, Astro Awani dan juga para pelakon dari siri drama ‘Seribu Tahun’ dan juga ‘Honey Minta Maaf’. Antara selebriti yang hadir menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah dan juga masyarakat setempat seperti Zizan Razak, Hun Haqeem, Anna Jobling, Alif Satar, Faizal Ismail, Nana Mahazan, Lin Ariffin, Anas Tahir dan Farhira. Selain itu, turut hadir memeriahkan program adalah penyampai dari stesen Hitz, Ili, stesen Mix, Hani dan juga stesen Lite, Leya.
Untuk program ini, Astro telah mengangkat tema “Pengorbanan Kerana Cinta” membawakan drama premium yang lebih dari sekadar hiburan, mencetuskan perbualan, menggalakkan muhasabah diri, dan mengeratkan lagi komuniti menerusi Dramavaganza. Dengan menjalinkan ‘Seribu Tahun’ dalam bulan mulia ini menerusi kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan, Astro memastikan peranan mereka melebihi dari sekadar tontonan skrin, menjadi pemangkin untuk renungan yang lebih mendalam dan pengabadian diri.
Lebih dari sekadar penceritaan drama, Astro membawakan semangat pengorbanan melalui cara berikut, Muhasabah Diri – ‘Seribu Tahun’ mendorong penonton untuk merenung kembali pengorbanan mereka kerana cinta, memupuk perbincangan melangkaui hiburan, Menggalakkan Perbincangan Umum – Melalui ‘Seribu Tahun’, Astro mewujudkan platform untuk masyarakat Malaysia berkongsi pengalaman mereka, memperkukuh nilai-nilai ketaqwaan dan ketabahan, Menghormati Pengorbanan Sejati – Satu inisiatif menyoroti pengorbanan para penjaga pusat jagaan, menyambungkan antara fiksyen dan realiti dalam bulan Ramadan.
Para selebriti turut dibawa melawat penghuni pusat jagaan dan melihat fasiliti yang disediakan. Sumbangan 1500 pek bubur lambuk adalah salah satu dari aktiviti Khidmat Tanggungjawab Sosial Korporat Astro (ESG) dengan kerjasama rakan strategik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd selaku penaja. Adabi juga turut menyumbangkan bantuan berupa ‘Bakul Ceria Adabi’ yang mengandungi pelbagai barangan kegunaan masakan untuk kegunaan pusat jagaan dan juga sumbangan duit raya.
Menurut Wan Syahrul Amry Wan Mansor, Pengurus Jenama, Zayan, berkata, “bersempena bulan Ramadan yang mulia ini Astro terpanggil untuk menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah kerana mereka sangat memerlukan perhatian dan sokongan dari kita untuk kekal ceria dan bersemangat demi meneruskan kehidupan, juga memberi mereka sinar harapan baru menjelang Syawal nanti. Selain itu, kami juga terpanggil untuk berkongsi rezeki kepada orang ramai, seiring dengan tuntutan bulan Ramadan yang mulia ini dengan berbanyakkan ibadah sedekah. Kami juga membawakan barisan selebriti ternama bagi memeriahkan lagi suasana sekaligus menghiburkan kesemua warga di Pusat Jagaan Mahmudah ini.”
Muhammad Syafiq Mohaidin, Setiausaha Kebajikan Mahmudah Malaysia, berkata, “Pusat Kebajikan Percuma seperti Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia sangat memerlukan bantuan dan perhatian dari semua pihak kerana yang dijaga adalah Rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Jadi inilah Cara bagaimana pihak media dan hiburan membantu pusat kebajikan seperti di Mahmudah”.
Seramai 30 orang sukarelawan terdiri dari pelajar Universti Kebangsaan Malaysia turut serta mengambil bahagian dalam menyediakan juadah bubur lambuk bersama dengan wakil Zayan dan juga wakil dari Pusat Jagaan Mahmudah. Mereka telah bergotong royong untuk menyediakan hidangan bubur lambuk ayam dan daging seawal jam 9.00 pagi, dan mula diagihkan kepada orang ramai bermula jam 4.30 petang bagi persiapan mereka untuk berbuka puasa.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN
Tuesday, 25 March 2025
ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN | ‘Barisan Pelakon Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, One Cent Thief 2, First Wives turut hadir menggembirakan penghuni Rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur’
Menghayati keberkatan dan semangat saling berkongsi di bulan Ramadan yang mulia, Astro Shaw dan Mirinda meraikan 40 anak yatim dari rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor. Majlis berbuka puasa yang dianjurkan hari ini menyaksikan Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee menyampaikan sumbangan duit raya serta hamper, kepada anak-anak tersebut sambil menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang dan kemesraan.
Majlis ini turut mendapat kerjasama 7UP, Wonda Coffee dan Goodday Charge dan dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon daripada filem Keluang Man – Nas Muammar Zar, Anwaar Beg Moghal, Shweta Sekhon, filem Abah Saya Uncle Mike, Idan Aedan, Nor Merah, Umar Shakur, drama premium One Cent Thief 2, Azira Shafinaz, Syarul Ezani, Trisha Ooi; First Wives, Malek Mccrone, Charles Roberts. Tambah istimewa, individu sebenar yang menginspirasi Abah Saya Uncle Mike, iaitu Michael Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike turut hadir bersama tiga orang anaknya Rafei, Rasyid, dan Rahman menjadikan sambutan ini lebih istimewa.
Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Astro Shaw berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama erat bersama Etika menerusi filem dan siri premium terbitan kami. Kolaborasi ini bukan sahaja mengukuhkan jenama kedua-dua belah pihak tetapi mendekatkan lagi kami dengan masyarakat, di samping mencipta pengalaman yang menginspirasi dan bermakna. Pada bulan mulia ini, tiada yang paling istimewa buat kami melainkan dapat berkongsi rezeki dan menggembirakan mereka yang memerlukan, selain mengadakan beberapa aktiviti dengan penglibatan selebriti. Pengalaman ini memberi kami peluang untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan masyarakat”.
Dalam pada itu, Mirinda turut menampilkan treler rasmi Raya, ‘Balik Rayaaahhh’ untuk filem ‘Abah Saya Uncle Mike’, telah ditayangkan dan mengisahkan Uncle Mike bersatu semula dengan tiga anak lelaki angkatnya dalam perayaan tradisional di kampung. Treler rasmi Raya tersebut menampilkan pelakon utama filem dan kini sudah boleh ditonton di platform media sosial.
"Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan hanya untuk menyampaikan semangat Raya dan kebersamaan kepada para penonton, tetapi juga untuk menyemai kemeriahan perayaan ini di dalam hati kesemua anak-anak Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur pada Majlis Berbuka Puasa. Melalui pertemuan ini, kita dapat merasai keceriaan dan semangat persaudaraan yang mengukuhkan perikatan sesama kita. Di Etika, kami komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, memastikan setiap momen menjadi kenangan manis yang mencerminkan nilai perpaduan dan kasih sayang.
Dalam pada itu, selama beberapa dekad, Mirinda telah menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia ketika musim perayaan. Keceriaan dan kesegaran yang dibawakan oleh Mirinda melambangkan semangat Raya itu sendiri—penuh warna-warni, penuh kegembiraan, dan penuh dengan saat-saat bermakna bersama yang tersayang. Semangat Raya adalah semangat jenama ini, dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada setiap perayaan yang menyatukan keluarga dan sahabat handai," kata Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd.
Menyuntik semangat sempena sambutan Ramadan dan Syawal, Astro Shaw dan Mirinda sekali lagi melancarkan beberapa sesi interaktif, serta acara yang melibatkan masyarakat. Aktiviti sebegini bukan sahaja membantu promosi filem baharu Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike dan drama premium Astro Originals seperti One Cent Thief dan First Wives, tetapi mendekati penonton dan peminat dengan lebih rapat.
Mirinda Riang Raya : Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon
Antara akiviti yang telah dijalankan adalah sesi ramah mesra bersama barisan pelakon filem Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, drama premium One Cent Thief 2 dan First Wives, di pasar raya terpilih di Lembah Klang. Peminat dan penonton berpeluang untuk turut serta dalam sesi menanda tangani autograf, menonton klip tayangan di sebalik tabir, dan sesi bergambar bersama bintang pujaan mereka. 25 peminat pertama yang membeli minimum sebanyak RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian termasuklah Mirinda, 7up, Goodday Charge, dan Wonda berpeluang berjumpa secara peribadi dengan para selebriti.
Peluang Untuk Muncul Dalam “Bad Cop”
Selain itu, kesemua lokasi pasar raya tersebut juga telah diadakan sesi uji bakat pencarian pelakon untuk drama premium di bawah jenama Astro Originals akan datang iaitu ‘Bad Cop’. 50 individu pertama yang membeli minimum sebanyak RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian, iaitu Mirinda, 7up, Wonda, Goodday Charge, akan layak berada di laluan ekspres untuk sesi uji bakat.
Bonus Perayaan daripada Mirinda
Menyelami amalan berkongsi dan memberi, Mirinda tekad menjadikan Raya tahun ini lebih gemilang dengan pemberian e-Duit Raya sebanyak RM260,000. Dengan untuk setiap pembelian berjumlah RM15 pembelian Mirinda atau jenama lain yang turut mengambil bahagian, dalam satu resit, berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai tersebut. Pemberian ini berjalan sepanjang tempoh kempen dari 1 Mac sehingga akhir April, bagi memastikan perayaan ini diraikan dengan penuh keberkatan dan keceriaan. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman peraduan Mirinda Riang Raya Bersama-Sama.
Nantikan filem aksi Keluang Man yang akan temui penonton di pawagam bermual 29 Mei 2025, dan filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar, Abah Saya Uncle Mike akan temui penonton di layar perak pada Ogos depan, manakala drama premium terbaru First Wives bermula 11 April 2025 di Astro Go, On Demand serta saluran Astro Ria jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terbaru mengenai filem-filem terbitan Astro Shaw di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook dan TikTok.
Movie Review | Pilot (2024)
Saturday, 22 March 2025
Dalam semangat Ramadan dan Aidilfitri, Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya mengukuhkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (YAYAKEM).
Seramai 41 orang anak-anak YAYAKEM berusia antara 9 hingga 12 tahun hadir ke Alamanda untuk menikmati pengalaman membeli-belah persiapan raya di mana mereka memilih sendiri pakaian dan kasut raya baharu yang ditaja oleh rakan niaga seperti Bata. Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Alamanda dan TUCZ.
Suasana menjadi lebih bermakna apabila anak-anak YAYAKEM diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama para media, tetamu kehormat dan pengurusan Alamanda.
Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Sebagai pusat beli-belah utama di Putrajaya, Alamanda memainkan peranan penting dalam memupuk semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti. Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyuntik sinar keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya kanak-kanak yang tidak berpeluang menikmati suasana Ramadan dan Syawal seperti rakan sebaya mereka.”
Encik Muhammad Hanafi Bin Jalalludin, Naib Yang Dipertua YAYAKEM turut meluahkan rasa terima kasih atas inisiatif ini yang membolehkan anak-anak yayasan tersebut menikmati sambutan Aidilfitri yang lebih bermakna tahun ini.
Selain program CSR, Alamanda turut menghidupkan kempen Hari Raya 2025 dengan hiasan bertemakan Maghribi yang menampilkan rona biru diraja dan emas di Centre Court. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian Zapin dan Tarian Arab pada hujung minggu serta aktiviti ‘Moroccan Glass Painting’ untuk ahli VIKids.
Sebagai tambahan, pengunjung yang berbelanja RM700 dan ke atas akan menerima satu set Sampul Raya dan balang kuih kaca, manakala pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima tambahan e-Baucar Alamanda bernilai RM50.
Kempen ini turut menyokong kesedaran kesihatan mental melalui jualan 'Green Ribbon Pin' yang boleh didapati sepanjang tempoh promosi. Untuk info lanjut dan terkini, layari www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre.
**************************************
Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda
Pusat Beli-belah Alamanda, dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, mempunyai keluasan lantai kasar 1,056,000 kaki persegi dengan keluasan boleh disewa bersih 921,443 kaki persegi. Dengan kira-kira 12 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dua bangunan parkir khas (3,000 petak parkir), kemudahan mesra OKU, dan surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tengah Putrajaya, Alamanda menyajikan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.
Selain runcit, Alamanda juga merupakan pusat gaya hidup dan hiburan yang dinamik. Tarikan terbaru, Escape Putrajaya di Esplanade, adalah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, taman ini menawarkan pengalaman yang mengujakan dengan tarikan seperti Zip Coaster, Flying Lemur, Banana Flip, Slingshot, Coco Climb, dan banyak lagi. Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Bagi meningkatkan lagi pengalaman hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung.
Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur dua tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.