Movie Review | Nadaaniyan (2025)

Monday, 10 March 2025


Director: Shauna Gautam 
Writers: Ishita Moitra, Riva Razdan Kapoor, Jehan Handa
Cast: Ibrahim Ali Khan, Khushi Kapoor, Mahima Chaudhry, Dia Mirza, Suniel Shetty, Jugal Hansraj
Production Company: Dharmatic Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Romance / Comedy
Running Time: 119 minutes
Release Date: 07 March 2025
Trailer:


Naskhah terbaru dari Dharmatic Entertainment berjudul Nadaaniyan yang berkisar tentang kisah cinta pasangan remaja di Falcon High. Pia (Khushi Kapoor) upah Arjun Mehta (Ibrahim Ali Khan) menyamar sebagai teman lelakinya selama seminggu dengan bayaran sebanyak Rs25,000. 

Awalnya Arjun tak bersetuju dengan plan tersebut kerana dia tak mahu terganggu sebelum pertandingan debat yang akan berlangsung tak lama lagi. Dia juga sibuk dengan sukan renang dan peperiksaan akhir tahun. Namun, lama-kelamaan Arjun mula jatuh suka dengan Pia tapi tak mudah untuk dia bertahan dalam circle gadis cantik tersebut kerana status sosial yang berbeza. 


Di Falcon High, Arjun sering diejek kerana berasal dari Greater Noida dan masuk ke sekolah elit tersebut melalui biasiswa. Bila Neelu Jaisingh (Mahima Chaudhry) dapat tahu latar belakang Arjun juga, dengan segera dia minta anaknya putuskan hubungan tersebut. Pia yang juga mula suka dengan Arjun cuba untuk sambung kontrak mereka supaya lelaki tersebut sentiasa ada dalam grid dia. Berjaya atau tak rencana Pia, kena tengok sendiri lah di Netflix. 

Filem Nadaaniyan arahan Shauna Gautam bukan saja menjadi debut platform kepada Ibrahim Ali Khan, anak lelaki Saif Ali Khan bersama bekas isterinya, Amrita Singh. Naskhah santai dan moden ini juga menjadi comeback platform kepada barisan pelakon senior – Suniel Shetty, Mahima Chaudhry, Dia Mirza dan Jugal Hansraj yang pernah popular sebagai Sameer dalam filem Mohabbatein (2000). 


Bila tengok gaya lakonan Ibrahim, sedikit sebanyak teringat Saif dalam filem-filem era Millenium – cool, funny and prankster. Banyak kali tergelak tengok watak Arjun macam babak dia minta tolong dekat Pia bila kena menyembang dengan Rajat Jaisingh (Suniel Shetty) dalam kereta ataupun masa dia bergurau dengan Pia. Dance skill Ibrahim pun bagus lah untuk newcomer, pendek kata Ibrahim did justice untuk watak Arjun. 

In terms of visual, Dharmatic Entertainment tak pernah gagal wujudkan suasana moden dan elit sepertimana dalam naskhah The Fame Game (2022) atau Call Me Bae (2024) tapi camera works Anuj Samtani kadang-kadang menjengkelkan terutamanya babak beremosi. Mata tak mampu nak stay satu tempat sebab camera bergerak banyak sangat padahal boleh sangat relaks dan biar pelakon buat kerja. 


Wardrobe department puts effort for Pia. Banyak sangat outfit dia yang mencuri tumpuan, nak pula body proportion Khushi memang cantik macam model. Seronok sangat cuci mata selain dari props dan six packs Ibrahim. Lehenga lilac Pia pakai masa Diwali tu paling cantik sekali dalam Nadaaniyan, kena sangat lah dengan skin tone dia sebab Pia nampak berseri. Music album dari Sachin-Jigar mendukung perjalanan sinematik Nadaaniyan. Lagu Ishq Mein dengan Galatfehmi are my personal fav!



Naskhah Nadaaniyan mempunyai jalan cerita yang ringan dan straightforward walaupun jalan ceritanya bersifat non-linear bila mempunyai beberapa babak flashbacks. Sayangnya, sama seperti filem terbitan Karan Johar, Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani (2023), filem ni sarat dengan mesej sosial sampai ada masanya terlihat seperti a series of lecture rather than being a cute love story. 

Tak pasti kenapa Karan Johar beria nak masukkan lecture untuk setiap permasalahan yang wujud dalam dunia sekarang sampai hilang sentuhan dramatik dia. Mungkin dia murung lepas kena bash dengan netizen gara-gara biarkan Anjali kahwin dengan red flag dalam Kuch Kuch Hota Hai. Dalam filem Nadaaniyan ni memang semedang sembang pasal red flag over a small matter. Chill!


Produser Nadaaniyan adalah team yang sama dengan drama Call Me Bae - Karan Johar, Apoorva Mehta, Somen Mishra tapi Khushi Kapoor tak mampu carry watak Pia yang lebih kurang sama acuannya dengan Bae lakonan Ananya Panday. Tapi bila masuk babak yang serius macam babak Pia terangkan debate points dia depan Neelu dan Rajat, nampak natural pula. Maybe Khushi tak sesuai dengan komedi tapi ikut kakak dia, Janhvi Kapoor yang lebih selesa dengan watak serius dan drama. 


Nadaaniyan ada potential tapi terganggu dengan dubbing voice yang Ibrahim dan Khushi Kapoor guna. Suara yang Ibrahim guna tu pula lebih kurang dengan suara John Abraham so bila dia bercakap, teringat-ingat dekat John Abraham. Lakonan Ibrahim tak ada masalah pun dalam filem ni cuma bond dia dengan Dia Mirza tak berapa menjadi macam Ibrahim dengan Jugal masa makan khulfi. Tapi bukan salah Dia pun memandangkan skrip tak ada depth untuk watak parents. Sama juga lah dengan watak orang tua Pia. 

Surprisingly dekat second half, Nadaaniyan redeem balik apa yang kurang dekat first half tapi tak lah strong mana, just nice untuk tamatkan tanpa rasa baran yang meninggi. Patutnya pengarah stop dekat surat Pia tapi nak juga tambah lagi. 


p/s: Cringe tengok cameo scene Orry

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Movie Review | Reversi (2024)

Sunday, 9 March 2025


Pengarah: Adrian Teh
Penulis Skrip: Adrian Teh, Nazifdin Nasrudin
Pelakon: Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Hasnul Rahmat, Vanida Imran, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Qi Razali, Dzul Hadziq, Amyza Aznan
Syarikat Produksi: ACT 2 Pictures, Clover Flims, Golden Screen Cinemas, K-Movie Entertainment 
Pengedar: GSC Movies
Genre: Cinta / Cereka Sains
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2024
Trailer:


Filem Reversi yang mendapat tayangan perdana di Festival Filem Udine Far East (FEFF) 2024 mengisahkan tentang Akid (Beto Kusyairy), seorang pegawai polis yang berkhidmat sebagai jururunding mempunyai kelebihan untuk merentas masa lalu. Kelebihan tersebut diwarisi dari keluarganya, sama seperti ayahnya (Hasnul Rahmat) dan atuknya. Namun setiap kali Akid menggunakan kelebihan tersebut, umurnya semakin singkat bergantung kepada tempoh masa dia merentas masa. 


Akid tidak suka pada hujan kerana sering membawa petanda malang dalam hidupnya. Sama seperti ketika dia remaja di mana Aziz meninggal dunia ketika bergelut dengan pencuri. Hujan juga menjadi punca isterinya, Sarah (Shiqin Kamal) juga anaknya, Anas (Dzul Hadziq) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. 


Banyak kali Akid cuba merentas masa untuk selamatkan dua insan penting dalam hidup dia namun gagal. Pantang larang pada kelebihan dia, Akid tak boleh menggunakan kelebihan untuk mendapatkan harta dan juga melawan ajal orang tersayang. 

Masa filem Reversi keluar, I tak sempat nak layan dekat wayang sebab jadual pack. Bila dah ada masa senggang sikit, tayangan dah habis dah pun dekat wayang berdekatan. Bila masuk Netflix baru dapat layan itupun lepas Syu, my colleague dah cerita dari awal sampai habis tanpa spoiler. Kudos to her narration sebab I suka discuss pasal movie tanpa spoiler. 


Narration Syu dengan promo material Reversi tak jauh beza pun sebab kedua-duanya tak bagi hint sangat tentang perjalanan Akid menyelamatkan Sarah dan Anas. Dari trailer dah boleh nampak yang takdir melawan usaha dia untuk selamatkan kedua-duanya. Watak Sarah dari awal perkenalan mereka berdua tak suka konsep merentas masa sebab dia nak hidup tanpa penyesalan. 

Walaupun Anas tak tahu tentang kelebihan Akid tapi dah boleh agak yang dia tak mampu hidup tanpa Sarah sebab cara didikan Akid tak sama dengan Sarah. Karier dia juga halang Akid untuk spend time banyak masa dengan Anas. Jalan cerita memang predictable tapi execution dari Adrian Teh yang buatkan filem Reversi jadi menarik. 


Plot utama tersusun cantik dan menjawab segala persoalan yang muncul sejak Akid gunakan kelebihan merentas masa tersebut. Sedikit demi sedikit dan dengan jelas Adrian Teh dan Nazifdin Nasrudin menjawab persoalan menerusi sesi terapi Akid bersama Dr. Kabir (Qi Razali). Watak Dr. Kabir obviously represent audience yang perlukan penjelasan jadi babak mereka berdua terlihat bersahaja dan natural. 

Lakonan Beto tunggak kekuatan Reversi lantas didukung dengan sinematografi cemerlang dari Danny Lala dan muzik dari Jackey Yow. Happy dapat tengok naskhah yang bagus seperti Reversi lepas beberapa kali kecewa dengan naskhah Adrian Teh terutamanya The Assistant (2022)


Sayangnya, genre kedua Reversi iatu Cinta tak berapa kuat sebab chemistry antara Beto dengan Shiqin Kamal kurang menjadi. Berbeza feel bila tengok Beto dengan Diana dalam Imaginur (2023) berbanding Reversi sedangkan kedua-duanya menggunakan genre yang sama dan ketengahkan rasa sayang dan cinta sebagai main core. Both actors are good with their acting tapi chemistry tak ada so momen romantik berdua rasa biasa. Pace Reversi agak perlahan, mungkin untuk tambahkan lagi emosi padahal tragedi kehidupan Akid dah cukup kuat untuk elemen tu. 

I feel like writers are juggling with their advices sebab dekat first half Aziz bagitahu Akid supaya jangan lawan takdir tapi dia juga buat benda yang sama, selamatkan bunga yang layu. Sama juga dengan Sarah yang nak hidup in the present tanpa sesal tapi murung bila Anas pergi dan abaikan Akid. 


Dalam seribu cara yang Akid dah cuba, I tak faham kenapa Akid tak park dekat sikit daripada kena habiskan tenaga lari jauh dari kawasan kejadian atau minta tolong pemandu teksi sebagai salah satu strategi untuk selamatkan Sarah dan Anas pada masa yang sama. 

Walaupun ada beberapa persoalan pada cara Akid dalam menyelamatkan Sarah dengan Anas tapi I setuju dengan tindakan Akid lepas jumpa Dr. Kabir sebab semua ni takkan terjadi kalau dari awal lagi wujudnya redha. Watak Hazirah (Vanida Imran) jadi kunci untuk watak Akid dan Aziz terima takdir hidup masing-masing. 

1. Team Production +1 , 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

Movie Review | Miss Fortune (2023)


Director: Lee Seung-joon
Writer: Kim Woo-hyeon
Cast: Uhm Jung-Hwa, Bang Min-ah, Park Ho-san, Son Byung-ho, Jung Young-joo, Kim Jae-hwa
Production Company: N/A
Distributor: JNC Media Group
Genre: Action / Thriller
Running Time: 121 minutes
Release Date: 11 October 2023
Trailer:


Dalam sebuah operasi mencuri intan permata yang bakal dilelong, Ji-Hye (Uhm Jung-Hwa) berjaya mendapatkan apa yang diidamkan. Malangnya setelah dinilai oleh Georges (Park Ho-san), intan permata tersebut sebenarnya palsu. 

Ji-hye cuba pujuk Georges untuk beri satu operasi mega buatnya supaya dia boleh bersara dan tunaikan cita-cita anak perempuan tunggalnya, Lee Joo-young (Bang Min-ah). Dia mahu hantar anaknya ke Amerika Syarikat untuk menjadi professional climber di sana. Georges maklumkan Mi-ja (Jung Young-joo) pernah tertangkap ketika ingin mencari emas di sebuah rumah jutawan terkenal. 


Jutawan bernama Park Ki-hyeong (Son Byung-ho) mempunyai koleksi barangan antik dan artifak bersejarah Korea dan Jepun. Kesemua barangan bernilai tersebut dibeli dengan harga yang lumayan tapi bukan itu sasaran yang Georges maksudkan. Selain barangan bersejarah tersebut, Park Ki-hyeong menyimpan jongkong emas bernilai 600 billion di bilik bawah tanah. 

Park Ki-hyeong mempunyai waris lelaki tunggal bernama Park Wan-kyu (Song Sae-byeok) dan pembantu peribadi, Kumiko (Kim Jae-hwa). Sementara Ji-hye sibuk dengan strategi untuk mencari emas 600 billion di rumah Park Ki-hyeong, Mi-ja pula disoal siasat oleh Detektif Kim Hyeon-woo (Kim Sung-sik) di balai polis. 


Ji-hye merayu supaya Mi-ja tak dedahkan nama dia sebagai rakan subahat dalam sebuah operasi lama. Dia tawarkan juga sejumlah emas sebagai ganti maklumat tentang keluarga tersebut dan juga menjada identitinya. Tanpa disangka, Detektif Kim jatuh hati dengan Joo-young jadi anaknya membantu dengan mengganggu fokus Detektif Kim supaya plan Ji-hye berjalan dengan lancar. 

Filem Miss Fortune arahan Lee Seung-joon yang bertemakan rompakan licik dari organisasi rahsia mempunyai jalan cerita yang agak lemah untuk naskhah berdurasi 121 minit. Layan filem ni pun sebab ada Uhm Jung-Hwa yang terkenal dengan lakonannya dalam drama Dr. Cha (2023). Sebelum ni Uhm Jung-hwa pernah juga berlakon dalam genre action dalam filem Okay! Madam (2020) tapi yang tu lagi seronok sebab komedi dia menjadi juga lah nak dibandingkan dengan Miss Fortune. 


Mungkin juga sebab barisan pelakon untuk watak-watak sampingan kurang menyengat. Baik lakonan mahupun visual purpose, so dia rasa flat dan bosan. Sepenuhnya bergantung pada pelakon utama untuk wujudkan babak komedi. Action stunt pun tak lah menarik untuk ditonton sebab pengarah beratkan ke arah komedi. 

Patutnya tambah lagi babak Joo-young ganggu Detektif Kim bukannya beria dalam satu babak sedangkan plan Ji-hye bergerak dalam tempoh masa yang lama dan perkenalan mereka berdua juga pada tempoh awal. Watak Detektif Kim pun muncul bila penulis perlukan dia untuk bantu watak utama padahal dia boleh jadi lawan yang kuat juga untuk Ji-hye selain Kumiko. 


I had expectation bila organisasi rahsia tu diuruskan oleh Georges rupanya tekaan I salah sebab lemah betul team diorang ni. Senang sangat kantoi dan tak ada backup plan pun bila identiti terbongkar, kebanyakan masanya bergantung pada tuah je. 

Memandangkan Miss Fortune lebih terarah pada genre komedi jadi tak lah menarik sangat sinematografi atau audio yang dimasukkan. Boleh kata filem Miss Fortune mempunyai kekangan bajet pun ye juga sebab ala kadar saja device yang Ji-hye atau Jong-yoo guna setiap kali ada misi rompakan, tak kira lah yang bilis atau mega. 


No wonder lah filem Miss Fortune tayangan JNC Media Group tak generate hype walaupun mempunyai Uhm Jung-Hwa sebagai pelakon utama. Kalau minat dengan lakonan dia, boleh lah layan Miss Fortune secara santai, kalau tak, boleh je skip filem ni. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.3/10

TV Show Review | Culinary Class Wars (2024)

Monday, 3 March 2025


Directors: Kim Hak-min, Kim Eun-ji
Writer: Mo Eun-seol  
Cast: Paik Jong-won (Judge) , Anh Sung-jae (Judge), Ahn You-seong, Bang Ki-su, Cho Eun-ju, Choi Hyun-seok, Choi Ji-hyung, Choi Kang-rok, Edward Lee, Fabrizio Ferrari, Hwang Jin-seon, Jang Ho-joon, Jung Ji-sun, Joseph Lidgerwood, Kim Do-yun, Kim Seung-min, Lee Young-suk, Lu Chinglai, Nam Jeong-seok, Oh Se-deuk, Park Joon-woo, Seonkyoung Longest 
Production Company: Studio Slam
Distributor:  Netflix
Genre: Cooking Show
Running Episodes: 12 episodes (60–76 minutes per episode)
Release Date: 17 September 2024
Trailer:


Tahun lepas kecoh dekat Twitter gara-gara chef Black Spoon dalam Culinary Class Wars, reality show untuk kulinari tayangan rasmi Netflix. Sebab trending dekat Twitter, join jugak lah tengok reality show ni walaupun jarang layan cooking show sebab malas kalau terliur tapi tak dapat merasa menu tu. 

Episod 1 bermula dengan Black Spoon Elimination Challenge di mana chef Black Spoon seramai 80 orang menyediakan satu menu setiap seorang dan akan diadili oleh dua juri utama - Paik Jong-won dan Anh Sung-jae. Setiap juri perlu memilih 10 orang sahaja chef Black Spoon untuk mara ke pusingan seterusnya. Kelakar tengok pusingan ni sebab ada pelbagai kerenah chef yang datang. 

Dua juri yang dibawa masuk untuk rancangan Culinary Class Wars bukan calang-calang lah sebab Chef Anh Sung-jae ada restoran Miso yang berjaya meraih 3 star Michelin dua tahun berturut-turut. Dekat Korea Selatan, Miso sahaja yang berjaya dapat Micheliun star sebanyak tu. Tengok karakter Chef Paik pula lebih kurang sama macam Chef Wan. Nampak macam mudah beli jiwa tapi dia cerewet bab rasa makanan. 

Dua juri dengan dua cara pemarkahan yang berbeza sebab Chef Anh lebih fokus kepada teknikal dan cara penyiapan hidangan sementara Chef Paik fokus lebih kepada rasa dan tekstur makanan. Masa Pusingan 2: Black vs White 1-on-1 Match, memang lama diorang berdua argue siapa yang patut dipilih sebagai pemenang. 

Memandangkan ramai peserta yang masuk brtanding dalam Culinary Class Wars jadi setiap pusingan akan terus disingkirkan. Kalau tersalah pilih menu untuk impress para juri, bye bye lah jawabnya. Sepanjang layan program masakan ni kagum dengan Comic Book Chef sebab dia belajar memasak dari buku komik yang dia baca. Dulu pernah berangan juga nak buat macam ni tapi angan-angan tinggal anggan-angan je lah sebab masuk dapur pun jarang. 

I was rooting for Three Star Chef sebab dia kreatif dan tahu apa citarasa Chef Ahn sebab dia pernah bekerja dekat Miso. Culinary skills dia memang on top lah, masa Pusingan Restaurant Mission tu amazed dengan knife skills dia bila dia hiris nipis kulit popia untuk menu Mala Cream Shrimp Dim sum. Seronok lah mukbangers yang dapat merasa dim sum Chef Jung Ji-sun sebab dia pakar dalam menu tu. 

Selain dari kemahiran kulinari yang dipaparkan dalam Culinary Class Wars, Triple Star bagus sebagai Ketua Chef dalam Pusingan 3: Black vs White Team Match. Semua ahli jelas dengan instruction dia dan tenang masak sampai ke hujung pusingan. Tengok dia tenang masa pusingan Endless Cooking Hell pun dah boleh nampak dia dapat kesabaran tu masa kerja dekat Miso sebab Chef Anh pun sejenis yang tenang bila memasak. 

Banyak juga teknologi yang digunakan untuk kulinari dalam beberapa episod even dekat Pusingan 1 pun dah boleh nampak Chef Seung-woo's Dad guna mesin untuk hasilkan menu yang menarik perhatian juri. Kreativiti Chef Edward Lee dalam pusingan Endless Cooking Hell menarik juga, sayang lah bila Chef Anh reject idea dia untuk menu Tuna and Caviar Bibimbap dalam Pusingan Cook Your Life sebab tak ikut konsep asal. 

Kreativiti production team Culinary Class Wars pun selayaknya dipuji sebab berjaya hasilkan program masakan yang menarik. Program ni bagi peluang untuk chef dan individu yang berminat dalam kulinari serlahkan kemahiran dan bakat dalam masakan. Bukan senang lah dapat bertanding dengan senior chef lepastu dapat jumpa dengan juri yang hebat. Set Culinary Class Wars untuk setiap pusingan ada intensity tersendiri, membantu sangat wujudkan impak pada flow program. Audio pun jadi sinergi yang kuat sepanjang 12 episod. 

I truly enjoy this cooking show except one thing bila Endless Cooking Hell tu muncul sebagai semi-final walhal patut jadi Final Round. Emosi dan saspens dekat pusingan tu lagi kuat dari Final. Anyway, congrats kepada semua peserta dan Juara Culinary Class Wars. Sekarang dah jadi duta CU dah sebab tanpa sengaja promote CU dalam Consolation Round.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.7/10

Drama Review | Study Group (2025)

Sunday, 2 March 2025


Directors: Lee Jang-hun, Yoo Beom-sang
Writers: Um Sun-ho, Oh Bo-hyun 
Cast: Hwang Min-hyun, Han Ji-eun, Cha Woo-min, Lee Jong-hyun, Shin Su-hyun, Yoon Sang-jeong, Gong Do-yu
Production Companies: Ylab Plex
Distributor: TVING
Genre: Action / Teen / Coming-of-Age 
Running Episodes: 8 episodes (50 minutes per episode)
Release Date: 23 January 2025 – 20 February 2025 
Trailer:


Sejak sekolah rendah Yoon Ga-min (Minhyun) mempunyai masalah dalam pelajaran dan sentiasa menjadi pelajar tercorot di sekolah walaupun sudah berusaha keras. Walaupun wajahnya kacak, mempunyai peribadi yang baik tapi hanya satu kekurangan yang dia masih belum dapat atasi iaitu markah tinggi dalam ujian. 


Ketika tahun akhir di sekolah rendah dia terdengar rakan sekelas berbual tentang Yuseong Technical High School di mana pelajar di sana mempunyai peluang yang cerah untuk masuk ke kolej. Impian Ga-min adalah masuk ke kolej walau dengan apa cara sekalipun. Di sana dia cuba memujuk Kim Se-hyun (Lee Jong-hyun) untuk join Study Group sebab Se-hyun dapat tempat kedua dari seluruh tingkatan. 

Malangnya Se-hyun lebih suka menyendiri dan pulang ke rumah sebaik saja habis waktu sekolah. Sama juga dengan Park Geon-yeop (Hong Min-gi) yang baru saja pulang dari US. Peluang Ga-min untuk mewujudkan Study Group lebih cerah bila cadangan dia disokong oleh guru sementara, Lee Han-kyung (Han Ji-eun). Timbalan Presiden minta Ga-min cari 4 orang lagi ahli dalam Study Group tersebut atau Ga-min akan dibuang dari sekolah selepas terlibat dalam pergaduhan bersama pelajar lain. 


Drama sebanyak 8 episod merupakan adaptasi dari webtoon Study Group karya ilustrasi Shin Hyung-wook yang diterbitkan pada tahun 2019. Tak ambil masa yang lama pun nak habis layan drama Study Group sebab fast paced dan mempunyai jalan cerita yang menarik. Seronok tengok perjalanan Ga-min yang ada banyak kelebihan untuk capai impian dia. 


Kenapa drama Study Group ni menggunakan genre action? Sebab Yoon Ga-min ni belajar martial arts dengan pakcik dia sejak kecil sebab bagi dia badan yang sihat membantu capai minda yang sihat. Sesuai sangat lah dia masuk dekat Yuseong Technical High School sebab dekat situ ada ranking pelajar setiap tingkatan. Bukan dalam faktor pelajaran tapi tahap fighting skills masing-masing. 

Pelajar pertama dalam ranking ialah Pi Han-wool (Cha Woo-min), anak chaebol dan juga founder untuk apps tersebut. Mana-mana guru yang kenakan tindakan disiplin terhadap Pi Han-wool akan diugut atau dicederakan malah boleh sampai ke tahap meninggal dunia. Sebab tu tak ramai yang berani melawan peraturan sekolah tu sampai lah Cikgu Lee masuk ke situ. 


Action stunt dalam drama Study Group lebih bersifat berlebih-lebihan sebab production team tak nak elemen dari webtoon hilang bila diadaptasikan ke live action. Ada part yang masuk akal, ada yang terlihat sebagai entertainment macam babak Ga-min tendang senior dari tingkat atas bangunan sekolah. Segala teknik terlarang pakcik Ga-min yang digunakan dalam beberapa episod pun over lah but it’s nice to watch semua stunts sebab koreografi yang cantik dan sharp. 

Jalan cerita Study Group yang ditulis oleh Um Sun-ho dan Oh Bo-hyun menggunakan sindiket kegiatan jenayah yang menggunakan kelompongan dalam sistem perundangan jenayah remaja. Tak hairan lah kalau Pi Han-wool dan ayah dia boleh stay in power dengan peralatkan pelajar-pelajar di Yuseong Technical High School.


Drama Study Group lebih kurang macam drama Weak Hero Class (2022) tapi berbeza genre dan tema sebab Study Group lebih santai dan menghiburkan. Kelima-lima pelajar ada backstory masing-masing untuk buatkan kita connected dan seronok tengok personal development masing-masing. Harapnya akan ada sekuel sebab dekat hujung Episod 10 ada cliffhanger. 


Intro music untuk Backpacker - Seok Matthew, Park Gun-wook ZEROBASEONE,  OST utama drama Study Group ambil inspirasi dari tune Bade Miyan Chote Miyan ke? Sebab part whistle tu sama tune dengan chorus lagu Hindustan ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Laura (2024)


Pengarah: Hanung Bramantyo 
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Amanda Rawles, Kevin Ardilova, Carissa Perusset, Fadi Alaydrus, Fachrul Hadid, Rafly Altama Putra 
Syarikat Produksi: MD Pictures, Dapur Film 
Pengedar:  MD Pictures, Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 75 minit
Tarikh Tayangan: 12 September 2024 (Indonesia), 26 September 2024 (Malaysia) 
Trailer:


‘Laura mengalami cedera sumsum tulang belakang. Dan kerangka tulang belakangnya, terkena benturan yang cukup keras. Seharusnya setelah kejadian kecelakaan, Laura harus segera dioperasi, tapi ini sudah empat hari. Saya rasa agak terlambat.’ – Doktor

Kisah nyata sebriti Instagram, Edelényi Laura Anna hasil sutradara Hanung Bramantyo menceritakan kehidupan Laura Anna (Amanda Rawles) sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya lalu berjuang selama 2 tahun sebelum menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarga. 

Laura merupakan anak kedua dalam keluarga dan menjadi popular di Instagram lantas mendapat tawaran sebagai model. Laura juga menjadi usahawan untuk produk kecantikan yang dihasilkan sendiri. Kehidupan Laura sentiasa dicemburui ramai kerana disayangi keluarga, rakan-rakan dan juga kekasih hatinya, Jonathan Gunandi a.k.a Jojo (Kevin Ardilova). 

Teman rapat Laura menasihatkan supaya berhati-hati dengan Jojo kerana dia terkenal dengan perangai yang suka menggunakan wang teman wanita. Entah kenapa Laura tak ambil pusing dengan nasihat tersebut sebab dia jenis tak berkira soal duit. Yang dia tahu, dia bahagia dengan Jojo walaupun setelah kemalangan, Laura tak salahkan Jojo. 

‘Guys, udahlah. Jangan terus-terus salahin Jojo. Kesian dia stress lihat aku kayak gini. Aku lagi dikasih pelajaran sama Tuhan biar tidak sombong.’ - Laura

Edelenyi Greta Irene (Carissa Perusset) pulang ke Jakarta untuk menjaga Laura setelah tamat peperiksaan akhir di universiti. Irene tak sampai hati biarkan Mama (Unique Priscilla) seorang saja yang menguruskan dua orang ahli keluarga yang sakit di rumah kerana Papa (Willem Bevers) juga memerlukan perhatian. 

Lepas tengok filem Laura terbitan MD Pictures, terus cari siapa sosok gerangan Instafamous di Indonesia. Bila tengok beberapa video, tak sangka lakonan Amanda Rawles tak lari jauh dengan karakter Laura yang periang dan disenangi orang sekeliling. Masa tengok filem dah menangis tengok beberapa babak, sebak juga tengok beberapa caption Instagram dan postingan Laura. 

Selain Amanda, lakonan Carissa dan Unique juga antara tunjang utama filem Laura, bukan senang nak dapat chemistry dan mendukung watak utama. Kesian tengok Mama menangis terkenangkan nasib Laura masa on call dengan anak sulung dia, Irene. Walaupun Irene tak banyak screentime tapi karakter anak sulung dia terserlah. Bukan setakat pulang ke Indonesia untuk jaga Laura tapi pujuk adik dia setiap kali buat keputusan-keputusan besar. 

I lagi senang nak relate dengan watak Irene since we’re both the eldest dan faham tanggungjawab sebagai anak sulung. Of course lah senang untuk menyampah dengan pilihan Laura yang tergilakan Jojo tapi betul juga apa Laura kata bila Tuhan bagi ujian supaya dia lebih sayang dengan orang sekeliling. Dia bahagia dengan kehidupan dulu, masa sihat, masa cantik tapi dia lebih bahagia dengan kehidupan yang sekarang dikelilingi support system yang baik dan kuat. 

Lagu tema Laura dari Raissa Ramadhani mendukung jalan cerita Laura dengan bait lirik yang menceritakan perasan redha Laura terhadap apa yang terjadi. 



Lagu NUCA - Sekarang Esok Selamanya pun romantik walaupun menyampah dengan momen romantis Jojo dan Laura dalam filem. 

Mungkin filem Laura bukan pilihan ramai sebab dah tahu dah pun apa pengakhiran nasib Laura dan genre drama yang digunakan tapi filem Laura mempunyai kekuatan lakonan dan jalan cerita serta olahan yang bagus. Penceritaan Laura bersifat non-linear dengan flashback, masa lalu dan masa kini bersilih ganti. Rasa puas dapat tengok naskhah drama yang bagus tanpa mengubah banyak fakta asal tapi tetap mampu hadirkan emosi dalam beberapa babak penting. 

Sesuai lah dengan tagline ‘Mengenang Dalam Kasih’ sebab filem Laura tonjolkan kasih sayang keluarga dan rakan-rakan sepanjang 2 tahun dia terlantar sakit. Pengajaran yang cukup kuat dari Laura supaya segera keluar dari hubungan toksik sebab lelaki seperti Jojo tak akan berubah dan menyesal dengan perbuatan dia. Penjara selama beberapa tahun tu hukuman yang tak setimpal pun dengan dosa dia buat terhadap Laura tapi keadilan Tuhan itu pasti. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1 , 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Adakah anda akan pindah rumah baru tidak lama lagi?

Bacalah tips kami untuk cara mengurangkan stres semasa proses pindah rumah anda:

1. Buat senarai pembungkusan barang pindah rumah yang terperinci.

2. Luangkan masa seawal yang boleh, sebaik sahaja anda tahu anda akan berpindah rumah untuk memeriksa semua barangan dan perabot di kediaman anda. Anda boleh membuat kotak barangan yang tidak lagi digunakan untuk didermakan kepada orang lain. Anda juga boleh menjual perabot terpakai yang masih dalam keadaan yang baik.

3. Kira-kira berapa banyak kotak yang anda perlukan untuk pemindahan dan dapatkannya dengan lebih awal. Cari kotak dalam pelbagai saiz untuk memuatkan semua jenis barangan isi rumah. Anda juga memerlukan balutan gelembung dan pita pembungkusan.

4. Jangan isi kotak besar terlalu penuh kerana ia akan menjadi terlalu berat untuk dialihkan. Adalah lebih baik jika anda mempunyai beberapa kotak tambahan yang lebih ringan daripada beberapa kotak yang berat.

5. Gunakan kotak pembungkusan yang berkualiti dan kukuh terutamanya untuk barangan yang lebih berat. Anda boleh membeli kotak pemindahan dalam talian atau mendapatkannya daripada syarikat logistik berdekatan anda.

6. Apabila mendapatkan khidmat lori sewa pindah rumah, tanyalah sama ada pakej pemindahan anda meliputi insurans pemindahan barangan yang akan melindungi penghantaran perabot serta sebarang kerosakan barangan apabila berpindah rumah.

7. Gunakan beg pakaian kosong untuk mengisi pakaian anda. Ia akan menjimatkan masa anda mengemas dan membongkar sebelum dan selepas berpindah rumah.

8. Pastikan anda meletakkan semua bahan berbahaya dan mudah terbakar seperti cat, peluntur dan aerosol ke dalam kotak yang berasingan dan jauhkannya daripada barang anda yang lain. Ini adalah untuk memastikan tiada bahan kimia tumpah ke barang berharga anda semasa pemindahan di atas jalan atau mendatangkan bahaya kepada pekerja pemindahan.

9. Jika boleh selesaikan apa-apa pakaian yang perlu dicuci dengan baik sebelum anda berpindah untuk mengelakkan pembungkusan pakaian yang masih lembab. Simpan kotak/beg yang berasingan untuk pakaian yang sudah dipakai atau kotor.

10. Luangkan sedikit masa untuk memikirkan bagaimana anda akan mengemas harta benda yang berharga anda. Dapatkan servis pindah peti sejuk dan pindah peti keselamatan kerana tugasan ini sebaiknya diuruskan oleh syarikat pemindahan yang profesional.

11. Mulakan awal! Kerja packing barang pindah rumah selalunya akan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan apabila berpindah rumah untuk kebanyakan orang.

12. Labelkan dengan kotak yang mengandungi barangan yang mudah pecah dengan jelas supaya pekerja pemindahan boleh menyusun barangan anda dengan sebaiknya di dalam lori sewa.

13. Bungkus barang yang lebih berat di bahagian bawah kotak dan barang yang lebih ringan di bahagian atas.

14. Balut barangan satu per satu secara berasingan dan letakkan dalam kotak yang telah dilapik dengan tuala, surat khabar lama atau selimut.

15. Sebarang barang mudah pecah seperti pinggan mangkuk dan gambar dalam juga hendaklah dibalut dengan pembalut gelembung. Gunakan kertas pembalut untuk lapisan pertama untuk mengelakkan cetakan akhbar meninggalkan kesan apabila bergerak.

16. Bungkus dokumen penting bersama-sama seperti sijil kelahiran dan sijil perkahwinan dan simpannya di tempat yang selamat. Anda tidak mahu tergesa-gesa mencari dokumen penting ini selepas berpindah ke rumah baru. 

Pasukan Mover2U adalah pakar pemindahan yang menyediakan lori sewa 1 tan hingga 10 tan untuk pemindahan rumah, pejabat, perabot, dll. Hubungi syarikat lori sewa murah mereka apabila anda ingin berpindah rumah untuk memastikan barangan anda dijaga dengan baik semasa pemindahan dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar sebaik mungkin.

Hubungi mereka melalui Whatsapp atau e-mel mereka hari ini untuk khidmat lori sewa di Lembah Klang hari ini!

Nama Syarikat: Alwinz Biz Resources

Emel: contact@mover2u.com

Whatsapp/Nombor telefon: +6016-879-1415

Kawasan servis: Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor

‘DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KONSEP TENGOK HARI INI & ESOK BOLEH BELI! | ‘Resipi Istimewa Dengan Kerjasama Strategik Susu Goodday Sepanjang Ramadan Ini’

Ramadan ini, Gempak dengan kolaborasi bersama susu Goodday mempersembahkan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton, sebuah program realiti drama masakan pertama di Malaysia dengan konsep ‘tengok hari ini dan esok boleh beli!’ Program ini akan menemui penonton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO. Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.

Istimewanya, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa. Antara juadah popular Ramadan yang akan melengkapkan menu masakan ialah nasi hujan panas, roti john, bread and butter pudding, kari ikan bawal,  ayam percik dan banyak lagi. 

Selain membeli menu di bazaar tersebut, turut disediakan aktiviti yang boleh disertai oleh semua seperti ‘fortune wheel’, beramah mesra bersama selebriti dari program Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton dan menangi hadiah istimewa dari Astro Shaw dan susu Goodday. Di booth bazaar itu juga terdapat kod QR yang boleh di imbas untuk dapatkan menu resepi pada hari tersebut. 

Tambah menarik, program masakan ini menampilkan watak-watak popular dari drama Ramadan tahun lalu, Khun:sa seperti Che Ton yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad bersama watak Sarimah oleh Zarina Zainoordin dan Tuyah lakonan Ezu Hashim. Kali ini, Che Ton kembali bersama rakan-rakannya, termasuk kemunculan Sarimah dan Tuyah ke bumi selepas diculik oleh UFO turut membuatkan mereka turut serta dalam program tersebut.

Bagaimanapun, Sarimah dan Tuyah diberi satu misi daripada seorang lelaki misteri untuk membuat kebaikan dalam masa 29 hari. Sekiranya Sarimah dan Tuyah berjaya menyelesaikan misi itu, mereka boleh tinggal di bumi selamanya. 

Selain mereka bertiga, setiap episod turut menampilkan tetamu jemputan iaitu watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel), Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud), P Ramlee (Tony Eusoff) dan ramai lagi. 

Menurut Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bukan sekadar program realiti drama masakan, tetapi satu inovasi dalam pengalaman kandungan yang menghubungkan dunia hiburan dengan realiti. Buat pertama kalinya, penonton bukan hanya menonton kulinari dan belajar resipi di kaca televisyen, tetapi kita bawakan secara dekat kepada penonton untuk merasai sendiri hidangan yang disaksikan dengan membelinya di bazaar Ramadan. 

Lebih mengujakan, barisan selebriti yang tampil dalam program masakan ini akan turut turun di bazaar pada hujung minggu sepanjang Ramadan untuk menjual dan beramah mesra bersama peminat dan pembeli. Ini membuka peluang baharu dalam industri kandungan, menggabungkan hiburan, pengalaman pengguna, dan nilai komersial yang lebih luas. Kami rasa berbesar hati usaha ini mendapat kerjasama strategik susu Goodday dan mengharapkan dapat memberi nilai tambah baru kepada kandungan tanah air serta pengalaman baru kepada penonton.”   

Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO. Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon  #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak. 



Lunch allowance dah habis untuk bulan Februari so kitorang decide nak makan dekat Citta Mall sebab Old Town Oasis dah tutup 😭

At first kitorang plan nak makan nasi kerabu dekat Deli Wau tapi penuh sangat orang jadi I suggest lah lunch dekat Onde Onde sebab sebelum ni pernah je makan sini and we had a good experience. Tak tau lah kenapa tak repeat maybe sebab setiap kali pergi dah ada yang ajak ke restoran sekian sekian. 




Dekat Onde Onde ada lunch set value meals yang ada side dengan drinks available sekali. Setiap hari ada sekian sekian menu dalam value set lunch ni tapi menu hari Khamis tak lah menyeronokkan sangat untuk tekak kitorang, so we chose something else lah. 

I order Pasta Smoked Duck, Ain nak Mee Goreng Mamak dan Ms Syida nak Nasi Goreng 

🧕: kalau I order nasi ni, dapat bunga tak?
🧑🏾: dapat 
🧕: okayyy, I nak yang ni lah. 


Betul lah dia cakap tu semua makanan ada bunga tapi kenapa Ain punya dapat kelopak bunga je 😂

Since portion dia ngam ngam je untuk perut berasa kenyang, I tak merasa sesiapa punya makanan so entry ni sembang pasal menu I sorang je. 

Yong Chow Fried Rice with Butter Cream Chicken ni antara signature menu dekat Onde Onde. Masa I tanya Ms Syida sedap ke tak, dia kata sedap. Dia suka dengan Butter Cream Chicken tu sebab creamy. Sebelum ni masa lunch dengan Sheera pun dia suka Butter Chicken dekat Onde Onde



Pasta I so cantik plating diaaaaa! Rasa dia not bad sebab creamy macam yang I nak. Ada bau wangi smoked duck dengan cream pasta. Normally I tak makan green peas tapi sebab dia dah buang kulit, I okay je nak makan. Kacang tu tak lah rasa kacang sangat but it blends well dengan itik so berjaya lah habiskan semua yang ada dalam pinggan kecuali bunga. 

For me, Smoked Duck Pasta ni lagi sedap compared to Zukkini sebab yang tu tak creamy macam Onde Onde. Even the price pun berganda mahalnya. Dekat sini baru RM18.80 cuma portion tak la banyak. 


3 layer tea dia kena dengan tekak sebab tak banyak susu so rasa teh dia kuat dan pahit. I tak suka teh ais ceroi sebab nama pun teh kan, kena lah banyak teh, kenapa nak banyak susu pulak. Teh naik harga ke sekarang? Ni ais dah cair sebab Onde Onde hantar air awal sangat T.T

Sebelum ni datang makan dekat Onde Onde tak nampak ruangan sinki dia aesthetic. Masa tunggu Ain beli A&W untuk anak En. Fendy, Ms Syida tegur ruang sinki dia cantik. 




Habis makan bergegas lah balik sebab dah pukul 2. That's why la malas keluar ke Citta Mall walaupun sebelah Oasis je sebab jalan jam. Keluar je mesti tak mampu sampai sebelum pukul 2. Anyway we had fun lunch dekat sini 💗🌷

p/s: I dah teringat kenapa jarang makan sini sebab ni restaurant favourite managing partner selalu meeting dengan client T.T

Blog Performance February 2025

Bangun dari tidur dah masuk bulan Mac dah, konon nak buat rapid update sebelum report card siap tapi tak sempat lah. Kita redho je dengan apa yang terjadi bulan Februari 2025 ni sebab bilangan hari pun tak sebanyak bulan yang lain, masa apatah lagi. 

1. PV


Performance bulan ni mestilah tak sebanyak bulan Januari 2025 sebab tak banyak pun update tapi I sempat lah buat blogwalking sikit tengok update kawan-kawan blogger yang lain. Terima kasih kepada yang berkunjung balas walaupun kita tak sempat nak balas jejak semua. 

Pageviews bulan Februari mencecah 161 ribu, kurang sedikit dari bulan lepas tapi okay lah I guess sebab masih di zon tiga angka sebulan. Kalau boleh tak nak dah jatuh ke dua angka macam tahun lepas tapi masih awal untuk cakap tak nak. 

Boleh kata separuh dari pageviews tu adalah dari readers baru dari negara jiran sebab I perasan dah banyak movie review filem-filem Indonesia yang masuk ke Popular Post. Since I jarang dapat screening filem Indonesia so mostly review bila filem tu masuk ke Netflix. I bukan taknak tengok dekat wayang tapi tak ada masa pun melainkan dapat jemputan untuk premiere screening. 

Sekarang I dah faham kenapa actors tengok movie bila dijemput ke screening sebab masa tu terhad sangat. Cehhh feeling actors gituhhhh. But yeah, I baru perasan yang kitorang dah lama tak beli tiket dekat wayang. Rasanya Januari tahun lepas kot untuk filem Fighter. Panjang pulak bebel kat sini padahal melencong dari topik. 

Anyway, all time pageviews dah mencecah 6.6 juta so I rasa tak lama lagi dalam sebulan dua boleh capai 7 juta la kot. Nak buat giveaway tak eh? Macam dah lama kan takde giveaway?

2. Post


Berbalik kepada readers baru tadi, paling tinggi dalam Popular Post untuk bulan Februari ialah movie review Perayaan Mati Rasa dan dua lirik lagu. Lirik lagu Nurcinta tu dari I start publish sampai sekarang tak pernah jatuh views dia. I harap boleh menang AJL lah tahun depan atau menang audio trending di Gempak Most Wanted Awards 2025. 

Azam tahun baru nak banyakkan lagi entry tentang Pesuruhjaya Sumpah tapi itu lah, tak tercapai lagi. Mungkin tahun ni target nak update 3 lah kot sebagai panduan supaya memudahkan urusan semua yang memerlukan. 

3. Bilangan Entri

Jauh kan beza bulan Januari dengan bulan Februari? Kalau dulu sempat juga nak update movie review dekat office tapi sekarang tak sempat dah sebab banyak benda urgent kena siapkan. Nak pula bila kena lodge Audit Report guna MBRS, satu file tu makan masa sampai 5 jam untuk siapkan. Buang masa sangat tapi nak buat macam mana, terpaksalah juga hadap sebab tuntutan kerja. 

Bila dah masuk musim panas, muncul lah jerebu jadi take care semua. Selamat berpuasa dan beribadah. Semoga amal ibadah kita diterima oleh-NYA.