‘DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA DENGAN KONSEP TENGOK HARI INI & ESOK BOLEH BELI! | ‘Resipi Istimewa Dengan Kerjasama Strategik Susu Goodday Sepanjang Ramadan Ini’

Ramadan ini, Gempak dengan kolaborasi bersama susu Goodday mempersembahkan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton, sebuah program realiti drama masakan pertama di Malaysia dengan konsep ‘tengok hari ini dan esok boleh beli!’ Program ini akan menemui penonton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO. Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.

Istimewanya, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa. Antara juadah popular Ramadan yang akan melengkapkan menu masakan ialah nasi hujan panas, roti john, bread and butter pudding, kari ikan bawal,  ayam percik dan banyak lagi. 

Selain membeli menu di bazaar tersebut, turut disediakan aktiviti yang boleh disertai oleh semua seperti ‘fortune wheel’, beramah mesra bersama selebriti dari program Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton dan menangi hadiah istimewa dari Astro Shaw dan susu Goodday. Di booth bazaar itu juga terdapat kod QR yang boleh di imbas untuk dapatkan menu resepi pada hari tersebut. 

Tambah menarik, program masakan ini menampilkan watak-watak popular dari drama Ramadan tahun lalu, Khun:sa seperti Che Ton yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad bersama watak Sarimah oleh Zarina Zainoordin dan Tuyah lakonan Ezu Hashim. Kali ini, Che Ton kembali bersama rakan-rakannya, termasuk kemunculan Sarimah dan Tuyah ke bumi selepas diculik oleh UFO turut membuatkan mereka turut serta dalam program tersebut.

Bagaimanapun, Sarimah dan Tuyah diberi satu misi daripada seorang lelaki misteri untuk membuat kebaikan dalam masa 29 hari. Sekiranya Sarimah dan Tuyah berjaya menyelesaikan misi itu, mereka boleh tinggal di bumi selamanya. 

Selain mereka bertiga, setiap episod turut menampilkan tetamu jemputan iaitu watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel), Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud), P Ramlee (Tony Eusoff) dan ramai lagi. 

Menurut Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bukan sekadar program realiti drama masakan, tetapi satu inovasi dalam pengalaman kandungan yang menghubungkan dunia hiburan dengan realiti. Buat pertama kalinya, penonton bukan hanya menonton kulinari dan belajar resipi di kaca televisyen, tetapi kita bawakan secara dekat kepada penonton untuk merasai sendiri hidangan yang disaksikan dengan membelinya di bazaar Ramadan. 

Lebih mengujakan, barisan selebriti yang tampil dalam program masakan ini akan turut turun di bazaar pada hujung minggu sepanjang Ramadan untuk menjual dan beramah mesra bersama peminat dan pembeli. Ini membuka peluang baharu dalam industri kandungan, menggabungkan hiburan, pengalaman pengguna, dan nilai komersial yang lebih luas. Kami rasa berbesar hati usaha ini mendapat kerjasama strategik susu Goodday dan mengharapkan dapat memberi nilai tambah baru kepada kandungan tanah air serta pengalaman baru kepada penonton.”   

Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO. Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon  #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak. 



Lunch allowance dah habis untuk bulan Februari so kitorang decide nak makan dekat Citta Mall sebab Old Town Oasis dah tutup 😭

At first kitorang plan nak makan nasi kerabu dekat Deli Wau tapi penuh sangat orang jadi I suggest lah lunch dekat Onde Onde sebab sebelum ni pernah je makan sini and we had a good experience. Tak tau lah kenapa tak repeat maybe sebab setiap kali pergi dah ada yang ajak ke restoran sekian sekian. 




Dekat Onde Onde ada lunch set value meals yang ada side dengan drinks available sekali. Setiap hari ada sekian sekian menu dalam value set lunch ni tapi menu hari Khamis tak lah menyeronokkan sangat untuk tekak kitorang, so we chose something else lah. 

I order Pasta Smoked Duck, Ain nak Mee Goreng Mamak dan Ms Syida nak Nasi Goreng 

🧕: kalau I order nasi ni, dapat bunga tak?
🧑🏾: dapat 
🧕: okayyy, I nak yang ni lah. 


Betul lah dia cakap tu semua makanan ada bunga tapi kenapa Ain punya dapat kelopak bunga je 😂

Since portion dia ngam ngam je untuk perut berasa kenyang, I tak merasa sesiapa punya makanan so entry ni sembang pasal menu I sorang je. 

Yong Chow Fried Rice with Butter Cream Chicken ni antara signature menu dekat Onde Onde. Masa I tanya Ms Syida sedap ke tak, dia kata sedap. Dia suka dengan Butter Cream Chicken tu sebab creamy. Sebelum ni masa lunch dengan Sheera pun dia suka Butter Chicken dekat Onde Onde



Pasta I so cantik plating diaaaaa! Rasa dia not bad sebab creamy macam yang I nak. Ada bau wangi smoked duck dengan cream pasta. Normally I tak makan green peas tapi sebab dia dah buang kulit, I okay je nak makan. Kacang tu tak lah rasa kacang sangat but it blends well dengan itik so berjaya lah habiskan semua yang ada dalam pinggan kecuali bunga. 

For me, Smoked Duck Pasta ni lagi sedap compared to Zukkini sebab yang tu tak creamy macam Onde Onde. Even the price pun berganda mahalnya. Dekat sini baru RM18.80 cuma portion tak la banyak. 


3 layer tea dia kena dengan tekak sebab tak banyak susu so rasa teh dia kuat dan pahit. I tak suka teh ais ceroi sebab nama pun teh kan, kena lah banyak teh, kenapa nak banyak susu pulak. Teh naik harga ke sekarang? Ni ais dah cair sebab Onde Onde hantar air awal sangat T.T

Sebelum ni datang makan dekat Onde Onde tak nampak ruangan sinki dia aesthetic. Masa tunggu Ain beli A&W untuk anak En. Fendy, Ms Syida tegur ruang sinki dia cantik. 




Habis makan bergegas lah balik sebab dah pukul 2. That's why la malas keluar ke Citta Mall walaupun sebelah Oasis je sebab jalan jam. Keluar je mesti tak mampu sampai sebelum pukul 2. Anyway we had fun lunch dekat sini 💗🌷

p/s: I dah teringat kenapa jarang makan sini sebab ni restaurant favourite managing partner selalu meeting dengan client T.T

Blog Performance February 2025

Bangun dari tidur dah masuk bulan Mac dah, konon nak buat rapid update sebelum report card siap tapi tak sempat lah. Kita redho je dengan apa yang terjadi bulan Februari 2025 ni sebab bilangan hari pun tak sebanyak bulan yang lain, masa apatah lagi. 

1. PV


Performance bulan ni mestilah tak sebanyak bulan Januari 2025 sebab tak banyak pun update tapi I sempat lah buat blogwalking sikit tengok update kawan-kawan blogger yang lain. Terima kasih kepada yang berkunjung balas walaupun kita tak sempat nak balas jejak semua. 

Pageviews bulan Februari mencecah 161 ribu, kurang sedikit dari bulan lepas tapi okay lah I guess sebab masih di zon tiga angka sebulan. Kalau boleh tak nak dah jatuh ke dua angka macam tahun lepas tapi masih awal untuk cakap tak nak. 

Boleh kata separuh dari pageviews tu adalah dari readers baru dari negara jiran sebab I perasan dah banyak movie review filem-filem Indonesia yang masuk ke Popular Post. Since I jarang dapat screening filem Indonesia so mostly review bila filem tu masuk ke Netflix. I bukan taknak tengok dekat wayang tapi tak ada masa pun melainkan dapat jemputan untuk premiere screening. 

Sekarang I dah faham kenapa actors tengok movie bila dijemput ke screening sebab masa tu terhad sangat. Cehhh feeling actors gituhhhh. But yeah, I baru perasan yang kitorang dah lama tak beli tiket dekat wayang. Rasanya Januari tahun lepas kot untuk filem Fighter. Panjang pulak bebel kat sini padahal melencong dari topik. 

Anyway, all time pageviews dah mencecah 6.6 juta so I rasa tak lama lagi dalam sebulan dua boleh capai 7 juta la kot. Nak buat giveaway tak eh? Macam dah lama kan takde giveaway?

2. Post


Berbalik kepada readers baru tadi, paling tinggi dalam Popular Post untuk bulan Februari ialah movie review Perayaan Mati Rasa dan dua lirik lagu. Lirik lagu Nurcinta tu dari I start publish sampai sekarang tak pernah jatuh views dia. I harap boleh menang AJL lah tahun depan atau menang audio trending di Gempak Most Wanted Awards 2025. 

Azam tahun baru nak banyakkan lagi entry tentang Pesuruhjaya Sumpah tapi itu lah, tak tercapai lagi. Mungkin tahun ni target nak update 3 lah kot sebagai panduan supaya memudahkan urusan semua yang memerlukan. 

3. Bilangan Entri

Jauh kan beza bulan Januari dengan bulan Februari? Kalau dulu sempat juga nak update movie review dekat office tapi sekarang tak sempat dah sebab banyak benda urgent kena siapkan. Nak pula bila kena lodge Audit Report guna MBRS, satu file tu makan masa sampai 5 jam untuk siapkan. Buang masa sangat tapi nak buat macam mana, terpaksalah juga hadap sebab tuntutan kerja. 

Bila dah masuk musim panas, muncul lah jerebu jadi take care semua. Selamat berpuasa dan beribadah. Semoga amal ibadah kita diterima oleh-NYA. 

PERDANA MENTERI MELANCARKAN PERASMIAN ‘ALAMANDA BERWAJAH BAHARU’ BERNILAI RM100 JUTA

Monday, 24 February 2025

PERDANA MENTERI MELANCARKAN PERASMIAN ‘ALAMANDA BERWAJAH BAHARU’ BERNILAI RM100 JUTA | Lebih besar, lebih baik dan lebih menarik – pusat beli-belah ikonik memperkenalkan Escape Putrajaya pertama di kawasan ini, serta pengalaman runcit dan gaya hidup yang dipertingkatkan!

Alamanda Shopping Centre, yang diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah melancarkan penjenamaan semulanya yang berwajah baharu dengan pelaburan bernilai RM100 juta daripada Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingannya sebagai nadi utama dalam landskap runcit dan gaya hidup Putrajaya. Sebagai mercu tanda yang dihargai di Putrajaya, penjenamaan semula Alamanda menandakan langkah ke hadapan bagi bandar ini, mewujudkan hab yang lebih meriah untuk komuniti setempat dan pelawat.

Beliau turut menyebut tentang kerjasama antara Putrajaya Holdings dan kerajaan, yang telah memperkenalkan Kiosk Sentuhan Madani pertama di negara ini di Alamanda, membolehkan orang ramai melakukan transaksi digital dengan jabatan kerajaan terpilih di luar waktu operasi. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Penjenamaan semula ini, yang bermula pada 20 Jun 2023, menandakan perubahan besar pertama sejak penubuhan pusat beli-belah ini pada tahun 2004.

Pengalaman Baharu di Alamanda

Terletak di pusat transformasi ini ialah Escape Putrajaya yang serba baharu di Esplanade – taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, ia menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk setiap lapisan masyarakat.

Bagi meningkatkan lagi penawaran hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung.

Transformasi ini juga memperkenalkan peningkatan 27% dalam Kawasan Bersih Boleh Disewa (NLA) seluas 199,000 kaki persegi, termasuk Escape Putrajaya. Selari dengan tagline Alamanda, "Easy, Vibrant Shopping", pusat beli-belah ini menyambut kehadiran 29 kedai baharu, dengan lebih banyak lagi bakal dibuka!

Ruang Baharu yang Lebih Elegan dan Mesra Pengunjung

Susun atur baharu Alamanda direka untuk menyesuaikan pengalaman membeli-belah dan riadah dengan perubahan demografi Putrajaya. Pusat beli-belah ini kini tampil dengan rupa lebih moden, menampilkan lantai marmar yang elegan, balustrad kaca, dan pegangan tangan keluli tahan karat.

Selain itu, Plaza dan fasad baharu Alamanda kini disepadukan dengan landskap moden yang menghubungkan pengunjung dengan pengalaman runcit yang lebih menarik. Di bahagian luar, landskap seluas 60,000 kaki persegi menampilkan rumput menghijau yang menghadap tasik, tempat duduk binaan yang dihiasi spesies tumbuhan tempatan, serta dek yang diperbuat daripada bahan mampan.

Manakala, Esplanade baharu Alamanda dilengkapi kipas HVLS (High Volume Low Speed) untuk kawalan suhu yang optimum, memberikan pengalaman makan luar yang lebih selesa sambil menikmati suasana Escape Putrajaya.

Bagi memenuhi peningkatan jumlah pengunjung, aliran trafik parkir telah dioptimumkan, memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar dan mudah untuk semua.

Aktiviti Pelancaran & Komitmen Alamanda kepada Komuniti

Bersempena dengan pelancaran ini, Pertandingan Mewarna ASEAN telah diadakan pada 22 dan 23 Februari, manakala Pertandingan Catur Pantas Alamanda berlangsung pada 23 Februari. Kedua-dua acara pelajar ini mencerminkan komitmen Alamanda terhadap keterlibatan komuniti, menyatukan ASEAN sambil menampilkan bakat muda.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim. Beliau berkata, "Lebih 30 tahun yang lalu, Putrajaya Holdings telah membayangkan dan membangunkan Putrajaya bukan sekadar dari segi infrastruktur, tetapi dengan mewujudkan ruang yang memperkayakan komuniti. Penjenamaan semula Alamanda adalah langkah tepat ke hadapan dalam pembangunan yang lebih berasaskan tujuan, yang bukan sahaja memacu pertumbuhan tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti di Putrajaya dan seterusnya.”

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, turut berkongsi, "Alamanda Shopping Centre bukan sekadar ruang runcit; ia adalah mercu tanda komuniti di mana keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga berkumpul. Penjenamaan semula ini menaik taraf Alamanda menjadi destinasi gaya hidup yang lebih meriah, menggabungkan elemen runcit moden, kulinari, dan hiburan dengan ruang yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat Putrajaya. Dengan penambahan baharu ini, Alamanda kini bersedia menetapkan penanda aras baharu dalam dunia ‘retailtainment’.”

Kemudahan Digital dan Sokongan Kesedaran Kesihatan Mental

Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan, pengunjung kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada baucar fizikal, kerana Alamanda memperkenalkan e-Voucher sebagai alternatif mesra alam. Akan datang di laman web Alamanda, e-Voucher ini adalah hadiah yang sempurna untuk apa jua acara.

Sementara itu, ”Alamanda Green Ribbon Pin” menyokong kesedaran kesihatan mental. Boleh didapati di kaunter Concierge, setiap pembelian pin ini akan menyumbang RM10 kepada NGO terpilih.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

**************************************

Mengenai Alamanda Shopping Centre

Alamanda Shopping Centre, dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, mempunyai keluasan lantai kasar 1,056,000 kaki persegi dengan keluasan boleh disewa bersih 921,443 kaki persegi. Dengan kira-kira 12 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli- belah ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk dua bangunan parkir khas (3,000 petak parkir), kemudahan mesra OKU, dan surau. Direka sebagai syurga membeli-belah di tengah-tengah Putrajaya, Alamanda menyajikan pengalaman ‘Easy, Vibrant Shopping’.

Selain runcit, Alamanda juga merupakan pusat gaya hidup dan hiburan yang dinamik. Tarikan terbaru, Escape Putrajaya di Esplanade, adalah taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, taman ini menawarkan pengalaman yang mengujakan dengan tarikan seperti Zip Coaster, Flying Lemur, Banana Flip, Slingshot, Coco Climb, dan banyak lagi. Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung. 

Dengan Centre Court yang luas di bawah siling berkubah kaca yang menakjubkan, Alamanda menjadi lokasi ideal untuk pelbagai acara, menarik minat pengunjung serta bakal penyewa. Reka bentuknya yang mesra keluarga turut dilengkapi travelator untuk memudahkan pergerakan stroller dan kerusi roda, akses runcit yang lancar, serta susun atur dua tingkat yang unik bagi memastikan aliran pengunjung yang lebih selesa.


Anna Jobling muncul sebagai pemenang anugerah ‘Gempak Most Wanted 2024’ (GMWA) buat tahun kedua selepas meraih sebanyak 4.9 juta undian daripada para peminat dan pengguna media sosial. Selain mempertahankan statusnya sebagai pemilik GMWA, pelakon Anna Jobling juga telah memenangi anugerah ‘Selebriti Tergempak 2024’, serta anugerah ‘Drama Tergempak 2024’ menerusi lakonannya dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.

SENARAI PEMENANG GEMPAK MOST WANTED 2024 UNTUK SETIAP KATEGORI 

1. PROGRAM DIGITAL TERGEMPAK 2024: PodcaSTERK - Keputusan SPM 7G

2. DIGITAL CREATOR (E-SPORTS) TERGEMPAK 2024: Pok Ro

3. DIGITAL CREATOR (ENTERTAIMENT) TERGEMPAK 2024: Ryan Bakery

4. DIGITAL CREATOR (MOTIVATION & EDUCATION) TERGEMPAK 2024: Fathi Hussien

5. DIGITAL CREATOR (FOODIE) TERGEMPAK 2024: Khairul Aming

6. DIGITAL CREATOR (BEAUTY & FASHION) TERGEMPAK 2024: Sofea Shra

7. VIDEO MUZIK TERGEMPAK 2024: Insomniacks & Nabila Taqiyyah - Belum Mulai 

8. DIGITAL CREATOR (LIFESTYLE) TERGEMPAK 2024: Amin Abid

9. LAGU / AUDIO TERGEMPAK 2024:  Aina Abdul & Fabio Asher - Cinta Tak Pernah Tepat Waktu

10. DRAMA TERGEMPAK 2024: Astro Ria - Syurga Itu Bukan Mudah 

11. SELEBRITI TERGEMPAK 2024: Anna Jobling

12. ANUGERAH KHAS - WIRA WONDA KELUANG MAN OF THE YEAR : Abbe Hae

13. ANUGERAH UTAMA - GEMPAK MOST WANTED AWARD 2024: Anna Jobling

Movie Review | Mission: Possible (2021)

Saturday, 22 February 2025


Director: Kim Hyung-joo
Writer: Kim Hyung-joo
Cast: Lee Sun-bin, Kim Young-kwang, Oh Dae-hwan, Kim Tae-hoon, Seo Hyun-chul, Choi Byung-mo
Production Company: Gnosis Company
Distributor: Merry Christmas Co. Ltd.
Genre: Action / Comedy
Running Time: minutes
Release Date: 17 February 2021
Trailer:


Selalunya kita tengok filem ejen perisik dengan misi-misi yang mustahil tapi dalam filem arahan Kim Hyung-joo terbitan Gnosis Company memaparkan kisah ejen perisik bernama Yoo Da-hee (Lee Sun-Bin) dihantar ke Korea Selatan untuk mati. Sebab tu tajuk dia Mission: Possible. 

Arahan ketua dia tak lah direct macam tu tapi tak ada pun yang peduli kalau misi perisikan dia gagal sebab memang dia jadi kambing hitam tanpa dia sedar. Di sana, Da-hee perlu bertemu dengan ejen perisik Korea dan Woo Soo-han (Kim Young-kwang) tanpa sengaja mengisi posisi tersebut. Soo-han mempunyai agensi perisikan sendiri yang sepatutnya memburu kes tapi sebaliknya dia diburu landlord gara-gara sewa tertunggak lama. 


Dengan mudah dia membantu Da-Hee kerana dia mempunyai kenalan yang boleh membantu dalam misi menghalang penjualan SI Chem, hasil bumi yang jarang dijumpai dan berbahaya yang diimport dari China. Tambahan pula, Soo-han terdesak memerlukan duit untuk membayar semua hutangnya. Mereka berdua pergi ke kelas tarian salsa untuk duplicate phone kepunyaan Park Du-sik, importer SI Chem ke Korea. 

Misi mereka gagal dan sebaik sahaja Du-sik mendapat panggilan, dia dibunuh. Soo-han cadangkan supaya berjumpa dengan rakannya yang bekerja sebagai bomoh untuk menjejak organisasi lain yang terlibat dengan SI Chem. Dari satu nama ke satu nama yang lainnya lalu membawa kepada organisasi besar yang agak mustahil untuk mereka berdua atasi.


Naskhah aksi komedi Mission: Possible diadaptasikan dari siri popular Mission: Impossible arahan Bruce Geller di US. Siri tu ada 7 season jadi tak pasti lah kalau Mission: Possible ni akan ada sekuel atau prekuel lepas pengarah dedahkan identiti sebenar watak utama. 

Kekuatan Mission: Possible terletak pada kekuatan lakonan Lee Sun-bin dan Kim Young-kwang sebagai ejen perisik baru dan juga penyiasat peribadi yang ditugaskan untuk kes-kes kecil seperti anjing hilang. Chemistry Sun-bin dan Young-kwang buatkan perbualan atau pergaduhan biasa terlihat kelakar walaupun ada beberapa babak yang cliché untuk filem komedi. 


Dulu pernah tengok lakonan Kim Young-kwang dalam filem On Your Wedding Day (2018) tapi dah lama sangat sampai terlupa kewujudan dia. Kadang-kadang male lead nampak macam Kwangsoo, kadang macam Jae-rim. 

Komedi yang dimasukkan menghiburkan dari awal filem hingga ke hujung sampai sakit perut tengok gelagat dua perisik berbeza negara ni. Ada lawak yang unexpected so it kinda caught you off guard ditambah dengan ekspresi muka masing-masing. Macam babak Da-hee terminum jus botol yang dah expired, reaction Soo-han lawak sebab dia macam pernah experience benda yang sama sebelum ni. Ada juga reference Red Velvet dalam filem Mission: Possible so untuk non-fans I memang tak faham apa simbolik atau impak kepada jalan cerita tapi tak lah banyak sangat sampai menganggu momentum tu. 


Stunt yang dimasukkan pun seronok untuk dilayan dari fighting wrecklessly dekat dapur hotel, close combat ataupun menggunakan senjata. Bila tahu siapa sebenarnya Soo-han, makin seronok tengok babak klimaks sebab watak dia memang pakar dengan close combats. Masa knife fighting tu mantap lah camera works dari Nam Hyeon-u sebab paparkan babak tu dengan cemerlang dan guna skills yang boleh enhance visuals supaya kita hook dengan babak pertarungan tersebut. 

Kim Young-kwang pula sesuai dengan karakter Soo-han sebab fizikal badan dia yang tegap dan sasa jadi nampak meyakinkan lah bila dia cuba ugut polis untuk lari keluar dari balai. Walaupun dekat first half dia cuba untuk berlakon pathetic tapi dah boleh agak ada backstory untuk watak utama. Sebab tu lah juga jalan cerita filem ni masuk dalam kategori cliché.  


Kalau belum layan filem Mission: Possible, boleh masuk dalam list sebab filem ni menghiburkan untuk tontonan santai di hari minggu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

ASTRO SHAW PERKENAL FILEM BERGENRE ‘BATTLE ROYALE’ PERTAMA DI MALAYSIA BERJUDUL ‘WANTUGO’

Friday, 21 February 2025

ASTRO SHAW PERKENAL FILEM BERGENRE ‘BATTLE ROYALE’ PERTAMA DI MALAYSIA BERJUDUL ‘WANTUGO’ | ‘Gandingan Pelakon Popular, Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Elizabeth Tan, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Nia Atasha, Yusof Hashim & Arfie Shah’

Astro Shaw bakal mempersembahkan filem terbaru bertajuk WANTUGO dan dijangka menemui penonton penghujung tahun ini. Menariknya, Wantugo merupakan filem pertama Malaysia yang membawakan genre ‘Battle Royale’ dan membariskan deretan pelakon terkenal tanah air seperti, Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Nia Atasha, Yusof Hashim (Ucop), Arfie Shah dan ramai lagi. 

Genre ini mempersembahkan sekumpulan individu yang diletakkan dalam satu persekitaran dan dipaksa bertarung antara satu sama lain untuk kekal selamat.  

Filem ini diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad atau dikenali sebagai Labu, yang terdahulu mengarahkan drama premium X-Change, dan skrip oleh Ashraf Modee Zain. Manakala filem ini diterbitkan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions Sdn Bhd. 

Menurut Penerbit Eksekutif Wantugo merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Wantugo ialah sebuah filem survival thriller yang penuh dengan teka-teki menguji psikologi dan moral, seterusnya mendorong ke situasi di mana setiap pilihan mungkin akan menjadi pilihan hidup yang terakhir. Ini adalah kali pertama Astro Shaw memperkenalkan filem tempatan dengan genre ‘Battle Royale’ kepada penonton Malaysia dan rasa amat teruja bekerjasama Infinitus Entertainment dan pengarah Nurhanisham Muhammad (Labu) dan penulis dari Astro Shaw iaitu Ashraf Modee Zain dalam menjayakan Wantugo. 

Bagi menambahkan lagi keterujaan kepada penonton, kami akan membawa pengalaman filem ini melangkaui layar, di mana penonton turut dapat merasai sebahagian daripada permainan dalam filem ini. Pelbagai inisiatif menarik untuk membawa filem ini dekat kepada penonton, jadi nantikan”. 

Wantugo mengisahkan Zak dan ‘The Clique’ tiba di sebuah taman tema yang terbiar dan telah berjumpa dengan ‘Game Master’ yang menerangkan kepada mereka tentang 3 pusingan permainan maut. Zak dan rakannya sedar yang permainan ini mengingatkan mereka tentang kejadian lalu yang melibatkan rakan kolej mereka Luqman. Keadaan menjadi tegang antara ‘The Clique’ apabila mereka saling menyalahkan satu sama lain.

Nantikan filem Wantugo yang akan temui penonton di pawagam pada penghujung tahun. Gunakan #Wantugo di platform media sosial dan ikuti perkembangan terkini filem Wantugo di akaun Facebook, Instagram, X, Tiktok Astro Shaw.