Muzium Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Monday, 13 January 2025

Kalau tak naik bas Hop On Hop Off, tak mungkin lah tahu kewujudan Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Conlay. Kompleks Kraf adalah salah satu destinasi dalam City Route so kitorang hop off dekat sini untuk makan tengahari dan solat Zohor. 

Sebelum buat dua aktiviti tu, kitorang masuk ke muzium kraf dulu untuk tengok seni yang disimpan dalam arkib. 


Dari pintu masuk lagi dah nampak seni ukiran untuk seni bina Kompleks Kraf. Dekat dalam ada banyak tempat yang berbeza. Ada ruang galeri, kedai cenderamata, surau, medan selera dan banyak lagi. I tak rasa pun kitorang boleh habis tengok dalam tempoh masa yang pendek sebelum naik bas seterusnya. 

Lahhh tak perasan diri sendiri masuk dalam gambar



Dekat lobi pun dah ada banyak pameran kraf tempatan macam tembikar, labu sayung, kraf anyaman, perabot dan banyak lagi lah. Cantik sangat tapi kalau poket kempis macam kitorang boleh cuci mata je lah. 


Jalan ke hadapan sikit akan berjumpa dengan Muzium Kraf dan masuk adalah percuma. Dekat sini ada maklumat tentang seni kraf negara dari zaman dahulu sampailah sekarang. 

Muzium Kraf menyalurkan maklumat dalam peradaban seni kraf melalui pameran artifak-artifak lama di samping memaparkan perkembangan teknologi dalam menghasilkan produk kraf serta proses pembuatannya. Pameran yang berkonsepkan diorama merupakan inisiatif pemuliharaan, pendokumentasian dan disampaikan sebagai unsur pengetahuan kepada generasi kini. Pengunjung berpeluang mengenali kraf tempatan melalui keunikan produk, paparan motif, garapan bahan dan proses pembuatan serta fungsi produk itu sendiri. Mengenali muzium sebagai sumber pendidikan membuka minda pengunjung dalam menghayati dan mempelajari sejarah sesuatu peradaban.


Masuk je dah boleh nampak ruang koleksi tenunan dan sulaman yang digunakan di beberapa negeri macam Kedah, Johor, Pahang dan Kepulauan Borneo. Setiap corak tenunan ada maknanya tersendiri tapi I tengok sepintas lalu je masa pergi sana sebab kalau beria belek satu kain, mahu sampai ke Maghrib tak balik lagi. 




Seronok tengok koleksi alat tenun benang zaman dulu. Contoh benang yang tukang tenun guna pun ada disimpan dekat sini. Ada banyak juga jenis benang macam benang dari kapas atau sutera. Tak pasti lah boleh pegang ke tak benang atau fabrik dekat sini sebab tak berani nak sentuh. Kuku dah lah keras, kalau tertetas benang tak memasal rosak karya orang. Macam selendang songket ni dah wujud masa I umur 4 tahun. 


Selendang songket limar ini dihasilkan daripada benang sutera, benang hias berwarna emas dan perak dengan menggunakan teknik ikat pakan. Reka corak selendang ini diinspirasikan daripada olahan motif merpati sekawan, bunga bintang (bunga pecah lapan) dan pucuk rebung lawi ayam. - Zainab @ Ngah binti Mamat, Tokoh Kraf Negara (Tenunan Songket) 1995





Rasanya garmen ni mahal sebab selendang merah tu Selayah Keringkam. Kain selayah keringkam dihasilkan daripada kain kasa rubia dan kepingan tipis logam emas. Dekat selendang pendek macam tu dah ada emas, belum lagi set perhiasan yang dipakai macam dokoh dengan gelang tangan. Dekat hujung kain pun ada gelang kaki. 

Selaluya selayah keringkam ni digunakan dalam majlis kahwin, perayaan ataupun majlis keramaian. So far, tak pernah jumpa lagi orang pakai Selayah Keringkam ni sebab pakaian ni ada di Sarawak. 





Kain baraguru ini dihasilkan daripada benang kapas dengan menggunakan teknik tenunan tradisional. Reka corak kain ini diinspirasikan daripada gabungan olahan motif kunyit dan bahtek.


Dekat bahagian hujung ada koleksi Tenunan Pua. Ada tenunan dari benang kapas dan benang sutera tapi kebanyakannya guna benang kapas dengan pelbagai motif corak. 


Koleksi Kain Dastar yang digunakan masyarakat Sabah pun ada dekat sini. Kalau tak datang sini, memang tak tahu beza kain sampin songket dengan kain dastar. Kalau kain tenunan pua tu selalu juga nampak. 


Masuk pula ke koleksi Tenunan Pahang yang lebih ringkas coraknya. Dalam gambar tu samping tenun Pahang yang dihasilkan dengan benang sutera, benang hias berwarna emas dan perak dengan ikat corak cindai. Sama juga dengan selendang tenun Pahang di sebelah tu, dihasilkan dari benang sutera, benang hias berwarna emas dan perak menggunakan teknologi ikat corak cindai. Kedua-dua kain menggunakan motif bunga cengkih, bidai emas dan potong wajik. 

Kreatif betul orang dulu sampai boleh terinspirasi dengan potongan kuah wajik yang menegak tu. Kenapa kuih wajik eh? Sebab jarang nak jumpa ke masa tu?


Punya lah lama I spend time tengok semua kain tenunan dan sulaman dekat Muzium Kraf ni sampai tak perasan family dah seronok main permainan tradisional dekat tepi muzium. Dulu masa kecil main congkak kayu tapi dekat Muzium Kraf ni ada congkak rotan. 





Dah puas main dekat sini, kitorang naik ke tingkat atas pulak. Di bahagian kiri dan kanan ada koleksi batik





Dongak ke atas boleh nampak koleksi wau yang cantik-cantik belaka. Ada banyak bentuk wau dekat Muzium Kraf ni. Ada wau jalabudi, wau bulan dengan wau kucing. Kalau ada jenis lain tu I tak kenal lah bentuknya sebab tak familiar. Dekat Lembah Klang ni bukannya ada sangat orang main wau. Dekat Taman Layang-Layang Kepong tu layang-layang bukannya wau. 


Dekat bahagian atas ni ada banyak barang perkakas rumah ataupun perhiasan. Dekat atas ni semua item atau perhiasan ada tag nama tukang yang menghasilkan. 





























Cantik sangat bekas bunga zaman dulu, sekarang kita letak dalam bekas kayu untuk nampak aesthetic padahal bekas zaman dulu lagi berat seni dia. 


Sama jugak dengan bekas ais batu ni. Setiap sisi ada ukiran yang sarat tapi kalau dijual dekat luar mahu menangis tengok harga dia. Dulu dekat kampung ada bekas air basuh tangan itupun dah cantik dah. Yang tu je lah yang ada lagi, yang lain entah hilang ke mana dah. Ada seterika zaman lama jugak tapi buat hiasan je lah sebab berat nak guna. Kena letak arang dekat dalam seterika baru boleh bergerak. 



Kitorang beria lah plan nak makan tengahari dekat sini tup tup restoran dia tutup. Makanya solat Zohor je lah sementara nak naik bas balik lepastu makan. Nasib ada kedai runcit buka masa tu. Kitorang beli roti dengan air mineral buat alas perut dulu. 


Surau dia dekat bawah, luas lah jugak tapi tak masuk dalam so tak tahu macam mana. Sebab bosan tunggu my mom habis solat, I pergi jalan-jalan kejap dekat Kompleks Kraf. Lain bangunan lain dia punya kraf macam kraf batik, seni cerap dan lain-lain. Ada Kedai Karyaneka Cenderamata untuk beli cenderamat sebagai hadiah. Kedai Karyaneka Korporat ada cenderamata dari logam perak, tembaga, piuter, kayu dan kristal. 

















Lama jugak lah tunggu dekat sini sampai boleh ambik gambar banyak gila sementara tunggu habis solat. Jangan tanya macam mana buat gif ni sebab Google Photos yang create. Dekat tempat kitorang ambil gambar ni ada bengkel seni batik tapi malas nak join masa tu sebab tak plan untuk stay lama pun. Masa tunggu bas baru tahu yang Kompleks Kraf Kuala Lumpur ni dekat dengan MRT Conlay so lepas ni kalau nak datang sini boleh naik MRT laluan Putrajaya. 

Movie Review | The Architecture of Love (2024)

Sunday, 12 January 2025


Pengarah: Teddy Soeriaatmadja
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Putri Marino, Nicholas Saputra
Syarikat Produksi:  Starvision, Karuna Pictures, Legacy Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 30 April 2024
Trailer:


The Architecture of Love adalah novel keempat karya Ika Natassa yang dibikin filem selepas Antologi Rasa (2019), Twivortiare (2019) dan Heartbreak Motel (2024). Kali ni membuka kisah seorang penulis terkenal bernama Raia Risjad (Putri Marino) yang ‘melarikan diri’ ke kota New York selepas menyaksikan sendiri kecurangan suaminya, Alam (Arifin Putra) bersama perempuan lain di rumah mereka. 

Di sebuah parti Raia bertemu dengan River Jusuf (Nicholas Saputra), seorang arkitek yang tenang dan pendiam. Di parti itu juga Aga (Jerome Kurnia) cuba menarik perhatian Raia dengan bantuan Erin (Jihane Almira Chedid). Dari perkenalan di parti tersebut, Raia dan River meneroka kota New York dari perspektif arkitek. Banyak perkara dan material yang boleh dimasukkan dalam novel terbarunya selepas lama diserang writer’s block. 


Mereka berdua serasi bersama dan masa berlalu dengan pantas bila Raia luangkan masa bersama River tapi semakin dia kenal semakin dia tahu yang River bukan seorang yang tenang. River bergelut dengan kemurungan akibat insiden masa lalu. Bila Raia cuba membantu River akan menjauh kemudian menghilangkan diri tanpa khabar. Tiba-tiba muncul dalam mood yang baik sampai lah sesuatu trigger River untuk hilang lagi. 

Kesian sangat tengok Raia terkejut dan perlu berhati-hati setiap kali keluar dengan River. Tapi kalau ikutkan, bukan salah Raia pun since benda yang trigger River tu bukan sesuatu yang aneh. Dia pergi ke tempat yang River suggest sudahnya dia kena hadap emosi River. Sampai I rasa baik Raia settle down dengan Aga yang lebih baik, sweet dan memahami. Tapi jodoh Raia bukan dengan Aga, Alam atau orang lain. Jodoh dia dengan River jadi both of them kena confront masalah masing-masing sebelum pergi ke next level. 


First time I happy dengan adaptasi dari novel Ika Natassa sampai emotionally invested sepanjang layan perjalanan kisah Raia dan River. Heartbreak Motel is good too tapi naskhah The Architecture of Love arahan Teddy Soeriaatmadja ni mampu wujudkan emosi dan cipta suasana yang selayaknya selama 110 minit. 

Kudos to casting director yang berjaya cari pelakon utama dengan chemistry yang kuat. Bukan dengan Nicholas Saputra tapi dengan Jerome Kurnia juga. Kalau jadi Raia pun bingung nak pilih siapa antara dua watak ni tapi pengarah cuba terhadkan kemunculan watak Aga supaya tak mengganggu main focus filem. 


Sebelum ni tengok lakonan Putri Marino dalam The Big 4 (2022) tapi watak dia ganas. Tak sangka Putri berjaya hidupkan watak Raia dengan cemerlang sampai I lupa terus karakter tomboyish dia dalam tu. Raia yang totally berbeza sangat dan banyak kali menangis dengan ujian dalam hidup dia. Boleh faham juga kenapa ramai yang jatuh suka dengan Raia, cantik sangat bila dia senyum. 

Dialog dalam filem The Architecture of Love tak lah puitis sangat untuk menyokong genre drama tapi not bad lah. Untuk elemen romantik ada beberapa cheesy line yang cringe tapi I senyum sebab sweet do'oh. I suka tengok babak Raia heart to heart session dengan Erin tentang River. Good to know penulis masukkan dialog yang menyanggah persepsi patah hati. Banyak kali patah hati pun tetap tak kuat nak terima rejection. It’s a painful experience tak kisah lah untuk siapa pun.


Latar tempat di kota New York menguatkan lagi suasana romantik antara Raia dan River walaupun tak lah banyak tempat yang pengarah masukkan. Seronok tengok The Whispering Gallery tapi spoil lah sebab River trigger pula masa tu. Masa babak rumah api tu pun rasa nak tumbuk River sebab kenapa entah bagi fakta bangunan padahal orang tengah emosi. 

Filem The Architecture of Love ni tak ada formula dari bidang arkitek pun untuk membina cinta ataupun filem yang bagus tapi sebab kekuatan watak Raia dan chemistry pelakon utama yang buatkan flow cerita terasa manis. Masa Raia suap popcorn dalam mulut River tu I pun tersenyum simpul macam River. Smooth teruk. 


Nasib baik pengarah letak Nicholas Saputra sebagai River, kalau dia letak kayu mungkin orang akan baran tengok perangai dia. Sinematografi dan audio okayish, sayang lah dah shooting ke negara orang dan bercerita tentang perspektif yang keluar dari norma tapi banyak babak dipersembahkan dengan close up shot. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10

Drama Review | The Heavenly Idol (2023)


Directors: Lee So-yoon, Park So-yeon
Writer: Lee Cheon-geum 
Cast: Kim Min-kyu, Go Bo-gyeol, Lee Jang-woo
Production Companies: Pitapaet Studio, Hi Ground
Network: tvN 
Genre: romantic / Comedy 
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 15 February – 23 March 2023
Trailer:


Di sebuah dunia yang bergantung harap pada Pontifex untuk mengawal keamanan negara dari The Evil One, Rembrary (Kim Min-kyu) mempunyai kuasa yang kuat untuk menjaga dan menyembuhkan manusia biasa. Ketika bertarung dengan The Evil One (Shin Jo-woon), dia berpindah ke Bumi dan masuk ke dalam badan Woo Yeon-woo (Kim Min-kyu), salah seorang ahli idol group Wild Animal. 

Rembrary cuba berhubung dengan Woo Yeon-woo asal di dunia sana dan buat perjanjian badan mereka bertukar kepada asal setelah Wild Animal menang Artist of the Year. Sesuatu yang mustahil bagi nugu group. Kim Dal (Go Bo-gyeol) pelik dengan perubahan bias dia lalu ambil keputusan untuk menjadi manager Wild Animal. 


Kerana position dia sebagai pengurus, dia yakin Woo Yeon-woo mengalami symptom awal masalah mental. Dia cuba sebaik mungkin untuk menaikkan populariti Wild Animal tapi jalan dia mudah juga sebab Rembrary semakin popular selepas menyertai program realiti Sing Survival. Penyertaan awal Woo Yeon-woo dalam program tersebut cuma untuk menaikkan rating sahaja tapi bakat dia semakin diketahui ramai dan mempunyai peminat baru. 

Hidup sebagai idol agak sulit untuk Woo Yeon-woo sebab dia hanya boleh makan salad dan dada ayam sedangkan Rembrary perlukan makanan yang banyak untuk hasilkan kuasa dia. Dalam Rembrary cuba menyesuaikan diri sebagai K-pop idol, The Evil One memerhati tindak-tanduk Rembrary sebagai CEO RU E&M, Shin Jo-woon.  


Naskhah komedi The Heavenly Idol diadaptasikan dari webtoon hasil ilustrasi Mythology Jin (Shin Hwa-jin) yang menggabungkan dua dunia dalam masa yang sama. Konflik yang diketengahkan dalam drama ni pun unik dan segar sebab menggunakan konsep identiti yang bertukar sepenuhnya. Sebab perubahan ni lah naturally menguatkan lagi elemen komedi.

Watak Rembrary selain dari menyembuhkan manusia dan menjaga rakyat dari serangan black magic, dia juga adalah paderi. Bila jadi Kpop idol banyak benda yang dilarang terpaksa dia buat macam pakai baju seksi untuk tarik perhatian fans. Terkejut dia idol jadikan Evil sebagai idola dan bukannya paderi. 


Drama The Heavenly Idol ni tak dapat rating yang tinggi pun. In fact, tak ramai yang tahu kewujudan drama ni. Bukan salah penonton lah sebab momentum drama yang fun dan menghiburkan di awal drama berubah hambar bila Rembrary berjumpa dengan The Reaper (Park Sang-nam) dan masuk ke alam Akhirat. Mengelirukan lah kenapa Lord Redrin (Cha Joo-Young) ada kuasa yang kuat tapi perlukan kuasa Rembrary pula. Personaliti The Evil One pula berubah-ubah sebab cinta mati dengan Lord Redrin. 

Patutnya penulis tak perlu pun masukkan Lord Redrin sebagai Mastermind sebab lemah sangat watak dia. Biar The Evil One je yang jadi antagonis dan gunakan pengaruh Evil Boys yang sanggup gadaikan nyawa demi populariti untuk sebarkan black magic kepada fans dan pihak lain. Terlampau banyak sub-plot sampai love angle antara Rembrary dengan Dal jadi terganggu padahal chemistry diorang strong juga dalam drama ni. 


I layan drama The Heavenly Idol sebab nak tengok Kim Min-kyu lepas terpesona dengan kekacakan wajah dia sebagai Secretary Cha dalam Business Proposal (2022) dan Bok-nam dalam Because This Is My First Life (2017). Dalam tu kan sekejap sangat watak dia jadi sambung lah cuci mata dekat dalam drama ni. Ya Allah handsome teruk masa dia jadi idol, dari setiap sisi bersinar macam bintang. Hairstyle dia sebagai Rembrary pun cool teruk. 

Kalau layan secara santai tak lah teruk sangat pun drama ni sebab ada babak komedi yang menghiburkan walaupun some scenes macam try hard. Tapi lawak drama Korea sekarang memang over kan? 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10