Production Companies: Balaji Motion Pictures, Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Drama
Running Time: 123 minutes
Release Date:
Trailer:
Walaupun mendapat ancaman dari beberapa pihak, filem The Sabarmati Report berjaya diterbitkan walaupun diboikot semasa tayangannya. Filem yang menceritakan fakta dari kes kebakaran Sabarmati Express, sebuah keretapi yang membawa penumpang dari Ahmedabad mengorbankan 59 orang mangsa yang dikenalpasti dan sampai kini masih belum diketahui identitinya.
Naskhah The Sabarmati Report bermula dengan babak dalam kamar mahkamah di mana pihak plaintif, EBT News menuduh Samar Kumar (Vikrant Massey) memburukkan imej news channel dengan menipu dan mereka cerita. Defendan pertahankan diri di hadapan Hakim lalu menceritakan semula apa yang terjadi di Godhra pada 07 Februari 2002.
Walaupun keretapi Sabarmati Express mempunyai 22 unit gerabak namun hanya dua gerabak yang terbakar rentung hingga 59 orang terkorban dijilat api marak iaitu S-6 dan S-7. Gerabak selebihnya dibenarkan bergerak oleh polis yang mengawal keadaan di situ. Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kepada Samar dan juga news anchor, Manika Rajpurohit (Riddhi Dogra).
Manika minta Samar rakam klip untuk dihantar ke EBT News kerana dia perlu pergi ke daerah lain. Terkesima dengan tindakan Manika yang cuba menyalahkan Kerajaan kerana tidak mengawal jumlah penumpang dalam keretapi tersebut, Samar soal siasat semua mangsa yang terselamat di hospital. Bila pulang ke Mumbai, Ketua EBT News, Rajeev (Digvijay Purohit) minta Samar hanya diamkan perkara tersebut dan ikut arahan senior.
Sebaliknya Samar mengamuk lalu diberhentikan kerja. 5 tahun kemudian, Amrita Gill (Raashii Khanna) berjumpa dengan Samar untuk bantu dia sediakan laporan tentang kejadian negri Sabarmati Express. Kalau ingin tahu kebenaran tentang tragedi tersebut, Samar minta Amrita berhenti idolakan Manika kerana dia tak akan keluar dari kekeliruan untuk berpihak antara Manika atau kebenaran.
Bila dah tengok full movie The Sabarmati Express, boleh faham lah kenapa Vikrant Massey bagitahu dia dapat threat calls dari beberapa pihak untuk tidak berlakon dalam filem tersebut. Selain The Sabarmati Report yang diterbitkan oleh Balaji Motion Pictures dan Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films, filem Accident or Conspiracy: Godhra (2024) juga diterbitkan menceritakan perkara yang sama selepas laporan dari Nanavati-Mehta Commission diterbitkan.
Filem The Sabarmati Reports tidak berpihak kepada mana-mana agama yang terlibat dalam rusuhan tersebut sebaliknya cuma menceritakan fakta asal yang terjadi. Kalau tak ada orang macam Samar Kumar, Amrita Gill atau Mehrunisa (Nazneen Patni) rasanya sampai bila-bila fakta tentang insiden ni akan didiamkan.
Tapi macam yang Samar cakap lah kalau dia berusaha bawa kes ni 5 tahun kemudiannya ke mahkamah, mungkin 5 tahun lagi ada suara lain yang akan bawa kebenaran ke platform lain. Makan masa 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun, kebenaran tetap akan muncul supaya keadilan terbela. Sifat kebenaran memang macam tu, walaupun didiamkan dia tetap akan muncul juga.
Pace penceritaan The Sabarmati Express bergerak pantas walaupun menggunakan genre drama sebab ada banyak teori yang dikupas tentang insiden tersebut. Macam babak Samar dan Amrita persoalkan punca kebakaran menggunakan logik dan fakta forensik dalam koc S-6 dan S-7. Sama juga dengan babak interview dengan penduduk lokal di Godhra. Invested untuk tengok proses soal siasat tu sebab kita involved sekali, watak Samar dengan Amrita pun sama level clueless dengan audience.
Lakonan Raashii Khanna sebagai wartawan muda di EBT News antara watak yang kuat dalam filem The Sabarmati Express walaupun banyak berkongsi screen dengan watak-watak utama yang lain. Berbeza lah lakonan dia dalam Yodha (2024) yang nampak clueless dan awkward walaupun pegang jawatan besar. Dalam ni watak Amrita terlihat hidup dan menjadi dinamik yang kuat di samping Samar.
Kelemahan filem The Sabarmati Express terletak pada editing yang beri ruang untuk watak Samar yang hidup sebagai kaki mabuk. Daripada panjangkan babak tu baik wujudkan babak Manika atau EBT News yang sentiasa memilih pihak untuk hidup selesa. Dari awal lagi dah nampak Manika berpegang dengan prinsip ‘berita adalah fakta yang dipilih untuk diterbitkan/diceritakan’. Kalau ada angle tu makin bertambah kuat rasa menyampah dengan news channel yang sentiasa mengejar rating.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
Dalam entry Filem Bollywood Akan Datang Untuk Tahun 2024, I ada update filem yang akan keluar untuk tahun lepas tapi ada juga yang ditunda tayangannya sebab ada isu Kerajaan India nak revise balik actors fee yang boleh mencecah amaun terlampau tinggi sampai produser jatuh muflis.
Selain dari isu tu, tahun 2025 mungkin akan menyaksikan beberapa franchise berkembang lebih besar lagi dari sebelumnya macam YRF Spy Universe, Welcome, Baaghi ataupun Maddock Supernatural Universe. Mungkin ada juga filem popular lain yang akan buat sekuel. So we'll see the entire list untuk tahun 2025 macam mana okiessss?
1. Fateh
Director: Sonu Sood
Writers: Sonu Sood, Ankur Pajni
Cast: Sonu Sood, Jacqueline Fernandez, Vijay Raaz, Naseeruddin Shah
Production Companies: Shakti Sagar Productions, Zee Studios
Genre: Action
Release Date: 10 January 2025
Trailer:
Fateh (Sonu Sood) merupakan bekas special agent dan tinggal di Punjab. Dia kemudiannya cuba menyelamatkan seorang penduduk kampung yang terjebak dengan sindiket siber. Untuk menyelesaikan masalah tersebut dia bergabung tenaga dengan Khushi (Jacqueline Fernandez), seorang hacker.
Production Companies: Guy In The Sky Pictures, RSVP Movies
Genre: Action / Drama
Release Dates: 17 January 2025
Trailer:
Berlatarkan zaman penjajahan British di India, Azaad mengisahkan tentang pemuda biasa bernama Govinda (Aaman Devgan) jatuh cinta dengan gadis kaya yang cantik rupawan. Untuk berkenalan dengan gadis tersebut, Govinda cuba menunggang kuda kepunyaan Vikram Singh (Ajay Devgn), ketua pemberontak yang digeruni oleh tentera British.
Filem Azaad antara filem yang dinantikan tayangannya pada 2025 sebab lauching platform untuk anak saudara Ajay Devgn iaitu Aaman Devgan juga debut platform kepada Rasha Thadani, anak perempuan Raveena Tandon.
5. Mission Grey House
Director: Naushad Siddiqui
Writers: Zeba K, Naushad Siddiqui
Cast: Abeer Khan, Rajesh Sharma, Nikhat Khan, Kamlesh Sawant, Kiran Kumar, Puja Sharma
Production Companies: Reliance Entertainment, Rafat Films Entertainment
Genre: Thriller
Release Dates: 17 January 2025
Trailer:
Kabeer Rathod (Abeer Khan) mempunyai minat dan cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang polis. Dia curi-curi menggunakan uniform polis dan menyerang gangster di kawasan rumahnya. Akibatnya dia terperangkap dalam Grey House dan perlu selamatkan diri dari musibah tersebut.
6. Sky Force
Director: Sandeep Kewlani, Abhishek Anil Kapur
Writers: Sandeep Kewlani, Aamil Keeyan Khan, Carl Austin, Niren Bhatt
Cast: Akshay Kumar, Veer Pahariya, Sara Ali Khan, Nimrat Kaur
Production Companies: Jio Studios, Maddock Films, Leo Films UK Production
Genre: Action / Drama
Release Dates: 24 January 2025
Trailer:
Diadaptasikan dari kisah benar ketika perang antara negara India dan Pakistan pada tahun 1965, di mana Tentera Udara India membuat serangan balas kepada Pakistan dengan menyerang markas tentera udara di Sargodha.
Filem Sky Force adalah debut platform kepada pelakon lelaki terbaru, Veer Pahariya. Asalnya dijadualkan tayangan pada 02 Oktober 2024 kemudiannya dianjak ke tahun 2025.
7. Lahore 1947
Director: Rajkumar Santoshi
Cast: Sunny Deol, Preity Zinta, Aamir Khan
Production Company: Aamir Khan Productions
Genre: Action / Drama
Release Dates: 26 January 2025
Trailer:
Berlatarkan perpecahan antara negara India dan Pakistan pada tahun 1947, sebuah keluarga dari Lucknow ke Lahore menetap sementara di sebuah istana lama yang telah dikosongkan oleh sebuah keluarga India. Konflik terjadi apabila seorang wanita India masih lagi berada di dalam istana tersebut.
8. Deva
Director: Rosshan Andrrews
Writer: Bobby–Sanjay
Cast: Shahid Kapoor, Pooja Hegde, Pavail Gulati
Production Companies: Roy Kapur Films, Zee Studios
Genre: Action / Thriller
Release Dates: 31 January 2025
Trailer:
Mengisahkan tentang Deva (Shahid Kapoor), seorang pegawai polis yang bijak tetapi keras kepala menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi. Jurnalis wanita (Pooja Hedge) bekerjasama dalam kes tersebut.
Filem Deva asalnya dijadualkan tayangan pada 02 October 2024, sama tarikh dengan filem Sky Force tapi ditunda atas sebab-sebab tertentu.
9. Loveyapa
Director: Advait Chandan
Writer: Bobby–Sanjay
Cast: Junaid Khan, Khushi Kapoor
Production Companies: Phantom Studios, Zee Studios, AGS Entertainment
Genre: Romantic / Comedy
Release Dates: 07 February 2025
Trailer:
Remake dari filem Tamil, Love Today yang mengisahkan tentang sepasang kekasih setuju untuk tukar handphone mereka sebelum berkahwin. Hubungan mereka mula goyah lepas mengetahui rahsia masing-masing.
Filem Loveyapa merupakan filem kedua Junaid Khan selepas filem Maharaj (2024) yang ditayangkan di Netflix. Sama juga kepada Khushi Kapoor selepas filem The Archies (2024) yang diterbitkan secara rasmi oleh Netflix.
Production Companies: Phantom Studios, Zee Studios, AGS Entertainment
Genre: Musical / Action
Release Dates: 07 February 2025
Trailer:
Filem yang menggabungkan genre aksi dan musikal mengisahkan tentang Ravi Kumar, seorang yang badass dan cool. Berlatarkan tahun 1980-an menggunakan konsep penceritaan zaman retro dan vintage sebagai hiburan. Filem ni sepatutnya release tahun lepas tapi ditunda ke Februari tahun 2025 dan akan bertemu dengan filem Loveyapa di pawagam.
Naskhah yang berlatarkan zaman pemerintahan lampau dengan mengetengahkan watak Chhatrapati Sambhaji Maharaj, anak kepada Chhatrapati Shivaji Maharaj, yang dikenali sebagai Chhaava. Senasib dengan filem yang lain, filem Chhaava dari Disember 2024 beranjak ke Februari 2025.
12. Sanki
Directors: Yasir Jah, Adnan A. Shaikh
Writers: Rajat Arora, Sajid Nadiadwala
Cast: Ahaan Shetty, Pooja Hedge
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Genre: Action / Thriller
Release Date: 14 February 2025
Trailer:
Filem kedua Ahaan Shetty membawakan kisah seorang pemuda yang mencari keadilan selepas terlibat dalam kes jenayah lalu terjumpa gadis misteri. Filem Sanki hampir dibatalkan penggambarannya kerana terlebih bajet dan perbelanjaan oleh Ahaan shetty sebagai pelakon utama. Sampai sekarang produser belum keluarkan poster, teaser ataupun official announcement selain dari filem Sanki akan ditayangkan pada Hari Valentine pada tahun 2025.
13. Nakhrewaalii
Director: Rahul Shanklya
Writers: Divy Nidhi Sharma, Ssanjay Tripaathy
Cast: Ansh Duggal, Pragati Srivastava,
Production Companies: Bright Man Films, Colour Yellow Productions
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 14 February 2025
Plot to be announced. Filem Nakhrewaali diterbitkan oleh Anand L. Rai dan membawakan dua pelakon baru - Ansh Duggal dan Pragati Srivastava sebagai watak utama. Filem ni mungkin mempunyai vibe yang sama dengan filem Tanu Weds Manu (2011) dan Tanu Weds Manu Returns (2015).
Plot filem Mere Husband Ki Biwi belum diumumkan lagi tapi tengok pada poster, filem ni mengisahkan tentang bekas suami ada masalah dengan bekas isteri dan bakal isteri.
15. Inn Galiyon Mein
Director: Avinash Das
Writer: Punarvasu
Cast: Jaaved Jaaferi, Avantika Dasani,Vivaan Shah
Production Company: Yadunath Films
Genre: Romantic / Drama
Release Date: 28 February 2025
Filem bergenre romantik drama yang mengupas tentang cinta berbeza kasta, tekanan dari masyarakat dan impak social media. Comeback movie untuk Vivaan Shah yang menghilang selepas filem Happy New Year (2014).
16. Untitled Film
Director: Karan Singh Tyagi
Writers: Raghu Palat, Pushpa Palat
Cast: Akshay Kumar, R Madhavan, Ananya Panday
Production Companies: Dharma Productions, Cape Of Good Films, Leo Media Collective
Genre: History / Drama
Release Date: 14 March 2025
Filem yang mengangkat kes Jallianwala Bagh massacre yang berlaku pada tahun 1919 di Amritsar, India. Pegawai British menembak mati penduduk di kawasan tersebut yang membuat bantahan terhadap kekejaman pemerintahan mereka. Dijangka seramai 1500 orang dibunuh dalam kejadian tersebut. Ananya Panday mungkin memegang watak junior lawyer dan protege kepada Akshay Kumar. Watak R.Madhavan belum diketahui lagi setakat ni.
17. Sikandar
Director: AR Murugadoss
Writer: AR Murugadoss, Rajat Arora, Hussain Dalal, Abbas Dalal
Cast: Salman Khan, Kajal Aggarwal, Rashmika Mandanna
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Production Companies: Star Studios, Kangra Talkies, Cape of Good Films
Distributors: Star Studios (India), Walt Disney Studios Motion Pictures (Worldwide)
Genre: Legal / Drama / Comedy
Release Date: 11 April 2025
Plot to be announced. Antara movie yang dinanti-nantikan untuk tahun 2025 sebab pelakon asal Jolly LLB (2013), Arshad Warsi bertemu dengan pelakon Jolly LLB 2 - Akshay Kumar. Kebarangkalian akan berjumpa dengan hakim yang sama, dilakonkan oleh Saurabh Shukla. Kedua-dua isteri untuk dua peguam juga akan muncul semula dalam instalment ketiga ni.
19. Phule
Director: Ananth Mahadevan
Writer: Ananth Mahadevan
Cast: Pratik Gandhi, Patralekhaa
Production Companies: Dancing Shiva Films, Kingsmen Productions, Zee Studios
Genre: Biopic / Drama
Release Date: 11 April 2025
Sepasang suami isteri yang berkhidmat sebagai aktivis sosial di era 1880-an di mana mereka berdua mendidik kaum wanita tentang hak dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya isu perkahwinan bawah umur. Savitribai Phule merupakan guru wanita pertama di India dan membuka sebuah sekolah bersama suaminya, Jyotirao Phule.
Production Companies: Dharma Productions, Mentor Disciple Entertainment
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 18 April 2025
Announcement:
Pengarah dan penulis untuk franchise romantik komedi - Humpty Sharma Ki Dulhania (2014) dan Badrinath Ki Dulhania (2017) kembali dengan filem romantik komedi terbaru. Masih lagi menggunakan Varun Dhawan sebagai pelakon utama cuma bertukar heroin dari Alia Bhatt kepada Janhvi Kapoor. I sedih sebab dah tak ada Varia tapi happy jugak sebab Varun-Janhvi yang jadi lead couple since chemistry diorang dalam Bawaal (2023) menjadi sangat. Fresh pairing juga untuk second couple, Rohit Saraf dan Sanya Malhotra. Looking forward for this!
21. Jaat
Director: Gopichandh Malineni
Writers: Gopichandh Malineni, Srinivas Gavireddy, Sai Madhav Burra, Saurabh Gupta
Production Companies: Mythri Movie Makers, People Media Factory
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Yash Raj Films
Genre: Action / Thriller
Release Date: April 2025
Plot to be announced. Menariknya filem ni menandakan kerjasama semula antara Sunny Deol dengan Yash Raj Films lepas bergaduh semasa pembikinan filem Darr (1993).
Production Companies: Panorama Studios, T-Series Films
Distributors: Panorama Studios, Yash Raj Films
Genre: Thriller / Drama
Release Date: 1 May 2025
Dari 15 November 2024 ke 21 February 2025 dan tarikh terbaharu, 01 May 2025. Plot masih lagi belum didedahkan oleh mana-mana pihak. Yang pastinya pegawai pengutip cukai, IPS Amay Patnaik kembali untuk memburu individu yang mengelak dari bayar cukai. Watak antagonis dilakonkan oleh Riteish Deshmukh sementara Vaani Kapoor menggantikan Ileana D'Cruz sebagai heroin.
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Genre: Comedy
Release Date: 06 June 2025
Plot to be announced
24. Param Sundari
Director: Tushar Jalota
Cast: Sidharth Malhotra, Janhvi Kapoor
Production Company: Maddock Films
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 25 July 2025
Plot to be announced
25. War 2
Director: Ayan Mukerji
Cast: Hrithik Roshan, N. T. Rama Rao Jr., Kiara Advani, Anil Kapoor
Production Company: Yash Raj Films
Genre: Action / Thriller
Release Date: 15 August 2025
Sekuel kepada WAR yang membawa ejen Kabir kepada watak-watak baharu setelah kematian Khalid. WAR 2 merupakan instalment keenam untuk YRF Spy Universe. Kehadiran Kiara Advani sebagai heroin akan menggantikan Vaani Kapoor sebagai love interest ejen Kabir. Plot to be announced.
Production Companies: Abhishek Agarwal Arts, I Am Buddha
Genre: Crime / Drama
Release Date: 15 August 2025
Instalment ketiga untuk filem yang mengangkat kisah jenayah yang berlaku di India. Sebelum ni The Kashmir Files (2022) menyingkap keganasan terhadap penduduk Kashmir beragama Hindu sehingga mereka berpindah keluar dari kawasan tersebut. Plot to be announced.
Menyaksikan kejayaan filem Munjya (2024) dan Stree 2 (2024), Maddock Films terbitkan filem Thama, instalment kelima untuk Maddock Supernatural Universe selepas Stree (2018), Bhediya (2023), Munjya (2024 dan Stree 2 (2024).
Mempunyai dua latar masa berbeza iaitu ketika Empayar Vijayanagara dan waktu sekarang. Thama membawakan makhluk supernatural vampire ke dalam franchise dan layar perak. Fresh pairing antara Ayushmann dan Rashmika. Excited nak layan Thama sebab lagu dalam announcement tu merdu sangat.
Plot to be announced.
30. VVAN: Force of the Forest
Director: Deepak Mishra
Cast: Sidharth Malhotra, Sara Ali Khan
Production Companies: Balaji Motion Pictures, The Viral Fever (TVF).
Genre: Thriller
Release Date: 28 October 2025
Plot to be announced.
31. De De Pyaar De 2
Director: Anshul Sharma
Writers: Niren Bhatt, Arun Fulara, Suresh Mathew
Cast: Ajay Devgn, R. Madhavan, Rakul Preet Singh
Production Companies: T-Series, Luv Films
Genre: Romantic / Comedy
Release Date: 14 November 2025
Sekuel kepada De De Pyaar De di mana Ayesha Khurana (Rakul Preet Singh), gadis muda yang jatuh cinta dengan Ashish Kumar (Ajay Devgn), lelaki berusia 50-an. Sekuel akan menampilkan watak baru yang akan dilakonkan oleh R. Madhavan. High chance jatuh cinta dengan Ayesha sebab sebelum ni Ayesha cemburu dengan bekas isteri Ashish iaitu Manju (Tabu).
Pengarah Anshul Sharma bagitahu Tabu tak akan join sekuel tapi ada penampilan istimewa dari pelakon yang akan menjadi kejutan nanti. Plot to be announced since shooting akan start pada September 2025 di beberapa lokasi terpilih.
32. 120 Bahadur
Director: Razneesh ‘Razy’ Ghai
Writers: Niren Bhatt, Arun Fulara, Suresh Mathew
Cast: Farhan Akhtar
Production Companies: Excel Entertainment, Trigger Happy Studios
Genre: War / Biopic / Drama
Release Date: 21 November 2025
Mengangkat kisah benar Param Vir Chakra dan batalion askar dalam Charlie Company, Rejimen 13 Kumaon ke layar perak. Sebuah perang yang tercetus antara China dan India pada tahun 1962. Filem 120 Bahadur mengangkat kisah pengorbanan dan keberanian tentera India untuk berbakti kepada negara.
Production Company: Nadiadwala Grandson Entertainment
Genre: Action
Release Date: 5 December 2025
Shahid Kapoor bekerjasama semula dengan pengarah Vishal Bhardwaj selepas filem Kaminey (2009), Haider (2014) dan Rangoon (2017). Plot to be announced.
34. Alpha
Director: Shiv Rawail
Cast: Alia Bhatt, Sharvari, Anil Kapoor, Bobby Deol
Production Company: Yash Raj Films
Genre: Action
Release Date: 25 December 2025
Announcement:
Sebuah lagi instalment untuk YRF Spy Universe dengan menampilkan watak-watak baharu dan besar kemungkinan women-centric movie menampilkan Alia Bhatt sebagai lead actor bersama Sharvari Wagh. Plot to be announced.
35. Shakti Shalini
Director: N/A
Cast: Kiara Advani
Production Company: Maddock Films
Genre: Horror / Comedy
Release Date: 31 December 2025
Maddock Films bakal terbitkan sebuah lagi supernatural comedy dalam franchise Maddock Supernatural Universe. High chance this movie will be delayed to 2026. Plot to be announced.
Boleh nampak produser Nadiadwala Grandsons Entertainment akan sibuk tahun ni sebab banyak filem akan diterbitkan sementara YRF bergantung harap kepada WAR 2 dan Alpha. Filem seram ada satu saja setakat ni but who knows filem mana akan tiba-tiba muncul dan announce tarikh sebab banyak lagi filem yang tengah shooting dan belum pasti nak letak tarikh bila macam filem Ranveer Singh - Dhurandar, comeback movie Esha Deol - Tumko Meri Kasam, debut movie Shanaya Kappor - Ankhon Ki Gustakhiyan dan banyak lagi.
Jumaat minggu terakhir 2024, Kak Ida ajak lunch dekat Chili's Citta Mall sebab Isnin dengan Selasa depan ramai yang dah bercuti panjang. Masa plan tu ramai yang cakap nak join tapi bila dah nak gerak, macam-macam hal jadi. Sudahnya dari yang ramai tu tinggal kitorang berempat je.
I order margarita pizza sebagai entrees sementara tunggu main dishes kitorang sampai. Dah lana nak makan pizza ni lepas makan dekat Gino's dulu. Pizza ni simple je, tak ada toppings beria tapi dia la yang paling sedap.
Kak Ida pun confuse nak pilih yang mana sebab dia macam nak makan burger tapi Vegetarian Fajita macam sedap jugak. Dayan je yang dah tahu nak makan apa dari awal sampai Chili's.
Dayan kata dia memang selalu order Country Fried Chicken lepastu bila tak habis dia buat menu dinner sekali sebab banyak. Mash potato pun banyak dia bagi. Dah ada fries, ada mash potato pulak. Memang kenyang sangat lepas makan half dari serving tu.
Karimah order Skillet Jambalaya Rice, menu baru dekat Chili's. Dalam menu ni ada nasi, roasted veggies yang digoreng dengan sos Jambalaya. Rasa dia not bad lah macam nasi goreng tu tapi dia kata sedap lagi makan nasi goreng kampung 😅😂
Menu ni tak pedas pun, mungkin sebab lidah Asia tak sama dengan Mexico. Kalau pedas pun dekat hujung lidah je. Kalau tak suka cilantro, better avoid pilih yang ni.
Tak sure I punya pasta apa tapi menu baru jugak dekat Chili's. Not bad lah sebab cheese dia tak muak sebab bukan selambak sampai banjir. Kalau pergi Chili's lagi, menu ni confirm jadi pilihan kalau tak tahu nak makan apa. Sedap pun sedap, kenyang apatah lagi.
Menu Vegetarian Fajita pun not bad lah sebab sauted mushroom dia rasa macam ayam tapi rasa cendawan memang lebih kurang macam ayam pun. So kalau ambik menu ni tak lah rasa macam kosong sangat. Penat je lah nak habiskan sebab banyak. I tak rasa black bean soup tu tapi kalau suka makan makanan Mexican, not bad lah kot. Kalau tak, terbiar sepi lah dekat tepi meja.
Sambil makan sambil bergosip pasal bonus ada bayang entah tidak lepas berhempas-pulas bekerja untuk tahun 2024. Bila dah sign memo tanda faham bonus adalah saguhati dari office, confirm lah semua akan bergosip benda yang tu je. Kalau takde bonus, kira first time lah kerja dekat RRM tak merasa bonus. Kalau dapat, tak mungkin juga banyak macam tahun sebelum ni. Anyway, we had fun trying new menus dekat Chili's. Makan sampai tersandaq.
Bulan lepas ada buat makan-makan sebab birthday adik lelaki bongsu. Dia dah cakap nak bakar-bakar je dekat rumah. Sebelum sampai rumah, kitorang singgah ke Sungai Besar sebab nak beli kek Indulgence Secret Recipe lepastu pergi ke Pasar Sungai Besar nak beli seafood.
Bertolak dari Subang lepas Subuh so sempat lah sampai sebelum jam 9 pagi. Kalau sampai pasar lambat, seafood yang orang dah tak nak je lah dapatnya. Adik bongsu suka makan sotong sebab tu try lah jugak cari dekat Pasar Sungai Besar. Masa kitorang pergi tu ramai peniaga jual udang lipan, mungkin sebab tengah musim kot. Nak beli tapi malas sebab udang lipan ni isi dia sikit je.
😮: Ehhh aunty! Sotong ni sekilo 12 ringgit je?! Murahnya.
😆: Aiyooo mana ada, salah tag maaa. Harga dia sekilo 36 ringgit.
😮: Alaaaa kena scam
😆: kalau sebelah sini yang lagi kecil pun sudah sekilo 20 ringgit, macam mana yang besar ni 12 ringgit maaa
😮: Ingatkan ada promo
😆: aiyooooo
Kitorang beli kerang jugak sekilo sebab kerang pun banyak dijual dekat Pasar Sungai Besar ni. Alang-alang dah lama tak makan, boleh la merasa sorang sikit. Masa nak balik tu singgah balik dekat abang yang jual belangkas. Dia sorang je yang jual belangkas masa ni. Nak beli tapi tak reti masak, tak reti makan pun ye jugak.
Bila tengok dekat sebelah, ada sotong kurita rupanya. Masa datang kitorang tak perasan sebab tengok sepintas lalu je. Kalau tengok betul-betul tak payah beria beli sotong mahal tadi sebab sotong kurita ni lagi murah. Sekilo baru RM18.
👨: Haaa dik, meh beli sotong kurita ni. Sotong ni lah yang orang selalu buat mukbang tu. abang baru balik dari Korea sebab tu ada banyak stok sotong kurita ni.
😅: Jauhnya sampai dari Korea
👨: Iyee dik, haritu masa balik dari Korea memang kulit abang putih. Sekarang dah kena matahari sini, jadi lah gelap sikit. Tan skin orang kata. Sotong ni kalau makan dengan Maggi memang sedap.
😅: Ehhhh mana tahu memang nak letak dalam Maggi.
👨: Tahu sangat dik, sotong ni sedap letak dalam Maggi. Masa abang dekat Korea haritu pun letak sotong ni dalam Maggi je tau. Sedap beno
😅: Hahaha ye lah bagi lah sekilo.
Anak dia dekat sebelah bagi side eye je, merepek beno bapaknya pergi Korea semata nak tangkap sotong kurita. Lepas habis beli bahan dekat Pasar sungai Besar, kitorang breakfast dekat Restoran Kurau. Dekat sini pepagi lagi dah ada menu berlauk tapi sesak lah sikit. Nak tapau macam malas so hadap lah makan sambil terbatuk kena cucuk dengan bahan tumis makcik dekat belakang.
Lepas Maghrib baru kitorang start bakar-bakar dekat belakang rumah. Nak makan sikit je tapi sebab mak dah beria perap semua benda terpaksa lah bakar je. Tak habis malam ni, buat lah sarapan pagi esok.
Punya lah lama membakar dekat belakang, sudahnya pukul 10 malam baru dapat makan. Maggi pun dah kembang tunggu semua urusan membakar selesai.
Sotong kurita kitorang beli dekat Pasar Sungai Besar tu kitorang bakar tanpa perap sebab tak tahu perapan apa sedap. Surprisingly, sotong kurita bakar lagi sedap dari sotong biasa. Makanya lepas ni memang beli sotong kurita je lah. Dah lah murah, sedap, manis pulak tu tapi kalau tak ada stok, menangis je lah tunggu abang tu balik dari Korea.
Malam tu makan maggi je lah dengan bahan bakar yang lain. Keknya buat props ambil gambar je, tak mampu nak masuk dah malam tu.
Untuk birthday adik tahun ni tak beli apa pun sebab before this bagi hadiah tapi dia tak guna pun. Bagi duit je senang, biar dia beli apa dia nak. Tapi dia ni jenis tak suka guna duit, suka menyimpan. Makan pun tak beria sangat. Anyway, happy belated birthday Bangchik!