Sotong Kurita Bakar

Friday, 10 January 2025

Bulan lepas ada buat makan-makan sebab birthday adik lelaki bongsu. Dia dah cakap nak bakar-bakar je dekat rumah. Sebelum sampai rumah, kitorang singgah ke Sungai Besar sebab nak beli kek Indulgence Secret Recipe lepastu pergi ke Pasar Sungai Besar nak beli seafood. 


Bertolak dari Subang lepas Subuh so sempat lah sampai sebelum jam 9 pagi. Kalau sampai pasar lambat, seafood yang orang dah tak nak je lah dapatnya. Adik bongsu suka makan sotong sebab tu try lah jugak cari dekat Pasar Sungai Besar. Masa kitorang pergi tu ramai peniaga jual udang lipan, mungkin sebab tengah musim kot. Nak beli tapi malas sebab udang lipan ni isi dia sikit je. 

😮: Ehhh aunty! Sotong ni sekilo 12 ringgit je?! Murahnya. 
😆: Aiyooo mana ada, salah tag maaa. Harga dia sekilo 36 ringgit. 
😮: Alaaaa kena scam
😆: kalau sebelah sini yang lagi kecil pun sudah sekilo 20 ringgit, macam mana yang besar ni 12 ringgit maaa
😮: Ingatkan ada promo
😆: aiyooooo


Kitorang beli kerang jugak sekilo sebab kerang pun banyak dijual dekat Pasar Sungai Besar ni. Alang-alang dah lama tak makan, boleh la merasa sorang sikit. Masa nak balik tu singgah balik dekat abang yang jual belangkas. Dia sorang je yang jual belangkas masa ni. Nak beli tapi tak reti masak, tak reti makan pun ye jugak. 


Bila tengok dekat sebelah, ada sotong kurita rupanya. Masa datang kitorang tak perasan sebab tengok sepintas lalu je. Kalau tengok betul-betul tak payah beria beli sotong mahal tadi sebab sotong kurita ni lagi murah. Sekilo baru RM18. 

👨: Haaa dik, meh beli sotong kurita ni. Sotong ni lah yang orang selalu buat mukbang tu. abang baru balik dari Korea sebab tu ada banyak stok sotong kurita ni. 
😅: Jauhnya sampai dari Korea
👨: Iyee dik, haritu masa balik dari Korea memang kulit abang putih. Sekarang dah kena matahari sini, jadi lah gelap sikit. Tan skin orang kata. Sotong ni kalau makan dengan Maggi memang sedap.
😅: Ehhhh mana tahu memang nak letak dalam Maggi.
👨: Tahu sangat dik, sotong ni sedap letak dalam Maggi. Masa abang dekat Korea haritu pun letak sotong ni dalam Maggi je tau. Sedap beno
😅: Hahaha ye lah bagi lah sekilo. 

Anak dia dekat sebelah bagi side eye je, merepek beno bapaknya pergi Korea semata nak tangkap sotong kurita. Lepas habis beli bahan dekat Pasar sungai Besar, kitorang breakfast dekat Restoran Kurau. Dekat sini pepagi lagi dah ada menu berlauk tapi sesak lah sikit. Nak tapau macam malas so hadap lah makan sambil terbatuk kena cucuk dengan bahan tumis makcik dekat belakang. 


Lepas Maghrib baru kitorang start bakar-bakar dekat belakang rumah. Nak makan sikit je tapi sebab mak dah beria perap semua benda terpaksa lah bakar je. Tak habis malam ni, buat lah sarapan pagi esok. 




Punya lah lama membakar dekat belakang, sudahnya pukul 10 malam baru dapat makan. Maggi pun dah kembang tunggu semua urusan membakar selesai. 

Sotong kurita kitorang beli dekat Pasar Sungai Besar tu kitorang bakar tanpa perap sebab tak tahu perapan apa sedap. Surprisingly, sotong kurita bakar lagi sedap dari sotong biasa. Makanya lepas ni memang beli sotong kurita je lah. Dah lah murah, sedap, manis pulak tu tapi kalau tak ada stok, menangis je lah tunggu abang tu balik dari Korea. 


Malam tu makan maggi je lah dengan bahan bakar yang lain. Keknya buat props ambil gambar je, tak mampu nak masuk dah malam tu. 



Untuk birthday adik tahun ni tak beli apa pun sebab before this bagi hadiah tapi dia tak guna pun. Bagi duit je senang, biar dia beli apa dia nak. Tapi dia ni jenis tak suka guna duit, suka menyimpan. Makan pun tak beria sangat. Anyway, happy belated birthday Bangchik! 

Kiosk Kopi Baru Di KL Sentral, Koppiku

Thursday, 9 January 2025

 

Masa pergi SSM minggu lepas ternampak ada kiosk kopi baru buka dekat pintu masuk KL Sentral dari MRT Muzium Negara. Dulu dekat spot tu untuk buskers under KL Sentral. Sekarang dah bertukar dah. Kiosk dia cantik ye warna hijau sage dan putih. I plan nak order kopi waktu balik sebab malas nak berjalan pegang cup. 


Dah settle urusan pergi lah jenguk apa ada dekat kiosk tu. Surprisingly banyak juga pilihan drinks Koppiku offer. Bila tak tahu nak pilih apa, kena lah tengok dekat Bestsellers - Koppiku Latte, Matcha Latte, Kreamy Latte, Bandung Latte dan Koppiku Milk Tea. 

Comel sebab ada flavor local macam Bandung Latte jugak. Matcha dia nampak cantik but it's a no for me lah. Next time mungkin bila ada mood nak mencuba. As of now, I pilih yang biasa dan cliche which is Koppiku Latte. 


I minta large cup sebab perjalanan I ke MRT Muzium Negara tu jauh dari KL Sentral. Harga dia surprisingly murah sebab regular cup RM8.90, large cup RM9.90 je. Quite nice lah large cup dia memang large, I tak tanya saiz so tak tahu exact size hshshs

Sesuai lah dengan tagline dia nak offer premium local coffee dengan harga yang mampu milik sebab harga dia tak lari jauh dengan Family Mart, murah sikit dari ZUS Coffee. Kalau ZUS dia offer regular cup but RM10++ and above. 



I suka dengan logo koppiku sebab comel, warna yang dia pilih pun cantik. Soothing je dekat mata so makes it approachable I guess. 

Koppiku Latte yang I pilih rasa kopi dia sederhana lepastu ada sirap gula melaka. I tak sure boleh tukar kepada normal sugar ke tak tapi gabungan kopi dengan gula melaka tu dah nice dah. Know know finish. I nak try Cham Latte pulak lepas ni hiks. Thank you Koppiku! 

ASTRO SHAW DAN ETIKA SDN BHD RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA  MENERUSI KISAH BENAR ‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’ | Angkat Nilai Perpaduan Malaysia & Semangat Muhibah Dengan Memperkenalkan Treler Programatik Terbaru

Bersempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang akan bertembung buat pertama kali selepas tempoh 27 tahun, Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan filem terbaru mereka, Abah Saya, Uncle Mike. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia, menjadikannya satu karya bermakna dalam pertembungan perayaan yang jarang berlaku.  Kolaborasi ini mengangkat keindahan tradisi bersama dan kepelbagaian budaya serta hubungan kekeluargaan.

‘Abah Saya, Uncle Mike’ mengisahkan perjalanan menyentuh hati Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang membesarkan tiga anak angkat berbangsa Melayu sejak kecil dan menghormati agama Islam mereka. Kisah penuh kasih sayang dan pengorbanan ini telah mencuri perhatian rakyat Malaysia dan melayakkan dia menerima Anugerah Maulidur Rasul 2024 dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Pertembungan perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya ini memberikan makna yang lebih besar kepada kisah Uncle Mike, sekali gus mencipta peluang untuk meraikan nilai-nilai kebersamaan melalui penceritaan penuh inspirasi.

Inisiatif ini merupakan permulaan bagi satu kerjasama yang inovatif di antara Astro Shaw dan Etika Sdn. Bhd. dalam industri perfileman. Treler programatik yang meraikan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya secara harmoni menyambungkan naratif filem ini kepada musim perayaan, memberikan perspektif baharu tentang keluarga, kepelbagaian, dan keindahan perpaduan.

Dengan permulaan Ramadan hanya dua minggu selepas Tahun Baharu Cina, treler ini menjadi latar sempurna untuk menonjolkan tema filem tersebut. Berlatarbelakangkan keceriaan dua perayaan besar, treler ini memfokuskan semangat perpaduan yang dikongsi oleh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Dari kanak-kanak yang mempelajari tradisi Tahun Baharu Cina sehingga ke Uncle Mike yang menyambut Hari Raya sebagai seorang bapa bukan Muslim, treler ini memaparkan perspektif yang amat bermakna tentang keunikan sambutan perayaan di Malaysia.

Filem ini menampilkan barisan pelakon pelbagai budaya, dengan Andy Teh memegang watak Uncle Mike. Dia disertai oleh Idan Aedan sebagai anak sulung, Rafei; Nor Merah sebagai anak kedua, Rasyid; dan Umar Shakur iaitu pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2024, sebagai anak bongsu, Rahman. Barisan pelakon turut dimeriahkan oleh Chew Kin Wah, Mandy Chong, April Chan, dan Pauline Tan. 

Filem ini diarahkan sutradara muda berbakat besar, Ezrie Ghazali, yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem pendek dan iklan komersil, serta drama bersiri popular ‘Kiblat ke Syurga’. Ini adalah taruhan pertama Ezrie dalam pengarahan filem cereka. 

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Abah Saya, Uncle Mike merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Astro Shaw dengan rakan kerjasama strategik Etika percaya perpaduan dan kepelbagaian budaya adalah keunikan sebenar Malaysia. Bagi menyemarakkan lagi semangat keharmonian itu, kami mengambil inisiatif mengangkat kisah benar penuh inspirasi menerusi filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’. 

Kesudian Uncle Mike menjaga tiga beradik biarpun berlainan agama dan bangsa sangat menyentuh hati, lebih-lebih lagi ia hanya didedahkan di media massa selepas 16 tahun. Kami yakin kisah Uncle Mike mampu memberi impak kepada perubahan sosial serta menyuntik kesedaran tentang kepentingan berbaik sesama manusia. Filem Abah Saya, Uncle Mike memulakan sesi penggambaran pada Januari dan mensasarkan tayangan pawagam pada tahun ini. 

Selaras dengan mesej dan tema perpaduan, ia memberi peluang kepada Astro Shaw dan Etika  untuk  mempersembahkan programatik treler edisi perayaan. Usaha ini dimulakan dengan penghasilan video teaser penjenamaan Raya Tahun Baru Cina, ‘Cat Hei Lam Mun’, yang menggabungkan elemen perayaan lunar dan intipati jenama 7UP. Fasa seterusnya akan menampilkan treler bertemakan Hari Raya, meneruskan sambutan kepelbagaian dan kebersamaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. atas komitmen mereka dalam menyokong kerjasama ini ke arah mencipta kandungan bermakna yang memberi inspirasi kepada masyarakat.” 

Treler Programatik Tampilkan Sambutan Unik dengan Penceritaan dan 7UP

Treler perayaan pertama yang disiarkan sempena Tahun Baharu Cina ini, membuka tirai pengalaman sambutan unik untuk tahun 2025. Treler bertemakan perayaan ini bukan sahaja menampilkan barisan pelakon Abah Saya, Uncle Mike tetapi turut memperkenalkan Uncle Mike sebenar bersama anak-anaknya. Peminat boleh menonton treler Tahun Baharu Cina ini di saluran YouTube Astro Shaw dan Etika bermula hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, “Sebagai syarikat minuman terkemuka di Malaysia, Etika telah menjadi sebahagian penting dalam sambutan perayaan selama hampir setengah abad. Produk kami seperti 7UP dan Mirinda telah lama menjadi kegemaran semasa perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Ramadan, dan Hari Raya. Melalui kerjasama dengan Astro Shaw untuk Abah Saya, Uncle Mike, kami dapat menonjolkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Filem ini bukan sekadar sebuah filem, tetapi sebuah kisah yang menyentuh hati, meraikan kepelbagaian melalui penceritaan bermakna, berlatarbelakangkan keindahan perayaan di Malaysia.”

Amy turut berkongsi, “Tahun ini, dengan pelancaran Abah Saya, Uncle Mike yang akan menemui penonton pada tahun ini, kami memperkenalkan treler programatik pertama sempena musim perayaan. Treler ini menawarkan perspektif baharu, berkongsi kisah dan pengalaman keluarga semasa Tahun Baharu Cina, Ramadan, dan Hari Raya secara berasingan.”

Permulaan sinematik ini berasaskan 'Cat Hei', yang melambangkan tujuh kebahagiaan dalam budaya Cina, membawa maksud kemakmuran, kebersamaan, kefahaman antara budaya, dan cinta sejagat, di mana elemen yang sejajar dengan intipati 7UP. Amy menambah, “Tahun Baharu Cina yang beralih secara harmoni ke Ramadan memberikan peluang untuk menggabungkan penceritaan dengan tradisi pelbagai budaya Malaysia. Treler ini mempersembahkan nilai kegembiraan dan keharmonian bersama, mengeratkan hubungan serta mencipta kenangan indah bersama keluarga dan orang tersayang. Dengan 7UP sebagai teman, kami berhasrat mencipta pengalaman bermakna dan menyemarakkan semangat perpaduan serta perayaan budaya.”

7UP sentiasa melengkapkan pengalaman perayaan di Malaysia dengan rasa lemon-lime yang menyegarkan, diiktiraf di bawah Healthier Choice Logo, kerana mengandungi kurang daripada 5g gula setiap 100ml. Minuman yang bertenaga ini membawa suasana ceria dalam meraikan ekspresi kreatif ini, mengukuhkan peranannya dalam acara sosial sebagai pilihan utama untuk melengkapkan setiap pertemuan, menjadikannya rakan ideal untuk gelombang seterusnya dalam menikmati perayaan bersama!

Filem Abah Saya, Uncle Mike yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ini, berdasarkan kisah menyentuh hati perjalanan Rafei. Sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik yatim piatu, Rafei memulakan perjalanan mencari jati diri dan harapan, mengimpikan masa depan yang lebih cerah. Selepas menemui kasih sayang dalam keluarga Uncle Mike, dia berusaha untuk bersatu semula dengan dua adik lelakinya.

Ikuti perkembangan filem ini melalui akaun Instagram, TikTok, Facebook, dan X Astro Shaw. Untuk maklumat lanjut mengenai treler programatik dan promosi Tahun Baharu Cina 7UP, sila layari platform Facebook dan Instagram mereka.

Farewell Lunch Syahin di Jerry's Coffee, Subang Bestari

Tuesday, 7 January 2025


Hari terakhir tahun 2024, I pergi firm adik sebab nak ambik gambar untuk update resume. Kebetulan diorang nak buat farewell lunch di Jerry's Coffee untuk Syahin yang last day dekat LPJE. 



Sebab dah last day kan, ada lah dua meeting syahin set-up sebelum lunch. So kitorang gerak dulu pergi Jerry's sebab diorang masak lama. Syahin nak carbonara seafood, kak siti nak lamb grill. I order carbonara chicken, lin ambik sizzling chicken and adik I order chicken chop. 


Tepat lah keputusan kitorang gerak dulu sebab makanan sampai masa Syahin sampai. Just nice timing dia, terasa bijak pulak 0bila plan menjadi 😝


I suka carbonara chicken dekat Jerry's Coffee sebab tak banyak cheese. Right amount je dia letak so bila makan tak lah muak sampai kembang tekak. Portion dia pun banyak sampai mengah nak habiskan. 

Sebelum order carbonara chicken ni, I nak order aglio olio campur lamb grill tapi Jerry's tak bagi sebab dia tak pandai buat. I was like ????

Nasib baik lah chicken carbonara dia sedap. 


😄: Ana, nah rasa lamb grill ni
😯: hahhh *ambik sudu untuk ambik daging*
😄: Eh meh la akak suap
😯: kambingnya besar akak 😭

Lamb grill dia sedap, sos tu pun sedap, fries sedap, semua lah sedap. Lepas ni nak order lamb grill tapi geramnya tak boleh add-on aglio olio sekali!


Aglio Olio Seafood dia lebih kurang je macam I punya tapi ubah kepada seafood. I tak rasa so tak tahu seafood fresh or tak. Ada rasa manis dari seafood yang dia masuk ke tak pun I tak tahu sebab kalau menyembang dengan Syahin, segala jenis topik boleh keluar. Dari firm baru kepada stress present vision board  membawak ke pengalaman dia kena balik dari sekolah ke rumah lepas dengar bunyi tembakan masa Sulu ceroboh masuk Lahad Datu. 


Lin bagi I rasa sizzling mee chicken dia. Kuah sizzling dia sedap sebab pekat dan cukup rasa tapi mee dia tak berapa masak. First time I jumpa mee sizzling ada jagung. 


For drinks, adik I order Love Poison tapi warna dah berubah katanya sebab before this warna ungu. Yang kitorang dapat ni warna biru gelap. Dah mix beria pun sama juga warnanya. Rasa dia unik tapi bukan untuk tekak I sebab I tak suka strawberry. 

Lin order frappe latte, I order Iced Vanilla Latte. Kopi dekat Jerry's Coffee sedap je sebab memang selalu beli dekat sini. Kalau owner dia buat lagi sedap lah sebab pekat. 


For desserts, I ambik tiramisu cake sebab saja nak try padahal dah minum kopi. It's a bit creamy sebab kek dia layer bawah tu, sikit je. Sudahnya Kak Siti yang habiskan sebab dia kata sedap. Syahin order Burnt Cheesecake Caramel, nice jugak. Manis dekat tekak I tapi orang lain okay je kot. 

Anyway, we do have a good lunch together sebab banyak sembang pasal work life. Nasib baik tak terbabas masa bercerita tu. 

Set Visit Filem Keluang Man di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur

Monday, 6 January 2025

Tahun lepas dapat banyak invitation ke set visit untuk filem atau drama di bawah Astro Shaw. Dalam entry ni nak sembang pasal experience kitorang pergi set visit Keluang Man di Bandar Malaysia (TUDM Sungai Besi). 

Nasib baik Astro Shaw benarkan datang ramai, means lebih dari 2 pax sebab filming site terletak dekat bahagian belakang. Perlahan je drive menuju ke set sebab malam tu hujan renyai-renyai. Jalan pulak gelap sangat sebab tak ada lampu jalan. Sebahagian dari kawasan kem ni jadi kawasan terbiar. Kalau shooting filem seram memang tak pergi wei.


Lega sangat bila dah nampak signboard Filming in Progress ni


Kawasan park kereta jauh sikit dari tempat berkumpul. Sampai je dekat situ dah nampak ramai media lain makan dan lepak sementara tunggu pelakon habis shooting. Rupanya malam tu ada ramai parents yang datang sebab production team shoot babak kanak-kanak kena tangkap. 


Interview session yang pertama ialah bersama Shweta Sekhon, heroin filem Keluang Man. Shweta memegang watak Dr. Malini dalam filem ni. First time jumpa Shweta sebab tak follow Miss Universe but woww terpesona lah dengan kecantikan dia. Jawab soalan pun sopan je. Tak lama pun interview dia sebab banyak benda dia tak boleh cerita, takut nanti jadi spoiler. 


Lepas tu muncul pula Nas-T yang memegang watak Keluang Man. Excited lah nampak dia dekat set sebab nak tengok sut Keluang Man masa set visit nanti. I tak record banyak pun interview session dia sebab tak dapat seat yang cun. Dekat khemah ni pun dah berbahang sebab baru lepas hujan. Masa interview ni bergantung dengan lampu LED jadi gambar pun ala kadar je lah mampu. 


Masa tengah ralit rakam interview Dato' Rosyam Nor, lampu LED tu jatuh kena tangan. Nasib baik jatuh dekat tangan, boleh lah sambut. Kalau jatuh dekat jalan tar dah hilang satu sumber pencahayaan. 



Lepas habis group interview, ada media yang buat 1:1 session dengan para pelakon. Since I tak berani nak interview, I tengok je lah dari jauh. Bosan menunggu, tengok team lain minta autograf Nas-T dengan Dato' Rosyam untuk set komik Keluang Man. Rasanya set komik yang sama I nampak dekat PBAKL. 



Tak ingat dah berapa lama kitorang tunggu sampai pengarah benarkan media team masuk ke dalam kawasan gudang. Masa ni adik dah mengantuk ajak balik dah tapi mana boleh balik selagi tak tengok diorang shooting sebab tu main event. 

Awalnya semua media berdiri dekat bahagian kanan tapi crew bawa ke kawasan pengarah sebab kitorang masuk dalam frame. Beria lah semua orang excited nak tengok sut Keluang Man sekali dapat tengok satu take je itupun tak ada kaitan langsung dengan Keluang Man hshshs

Kecewa semua orang sebab dah letak expectation tinggi masa tu tapi takpe lah, takde rezeki. Thanks Astro Shaw for this opportunity and memory! 

Drama Review | A Virtuous Business (2024)

Sunday, 5 January 2025


Director: Jo Woong
Writer: Choi Bo-rim
Cast: Kim So-yeon, Yeon Woo-jin, Kim Sung-ryung, Kim Sun-young, Lee Se-hee 
Production Companies: SLL, HighZium Studio, 221b
Distributors: JTBC, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 12 October – 17 November 2024
Trailer:


Adaptasi longgar dari British drama berjudul Brief Encounters arahan Oriane Messina dan Fay Rusling, mengisahkan tentang Han Jeong-suk (Kim So-yeon) yang bekerja untuk menampung kewangan keluarga. Dia pernah menjadi ratu cantik di kampung tersebut tapi tersalah memilih pasangan hingga hidup melarat. 

Tertekan dengan desakan dari tuan rumah, Jeong-suk menjual produk dewasa di kampung tersebut ditemani oleh Young-bok (Kim Sun-young) yang juga terdesak mencari duit. Pada era tersebut, produk dewasa masih dianggap sebagai taboo dan dianggap memalukan oleh masyarakat Asia. 


Tak lama kemudian, Oh Geum-hee (Kim Sung-ryung), seorang suri rumah dan pernah menjadi majikan Jeong-suk juga turut serta dalam bisnes tersebut kerana bosan dan selesa berkawan dengan mereka berdua. Sama juga dengan Lee Jo-ri (Lee Se-hee). 

Mereka berempat sentiasa mencari idea untuk meningkatkan jualan secara rumah-ke-rumah walaupun sentiasa dicemuh dan diumpat. Kehadiran polis muda bernama Kim Do-hyun (Yeon Woo-jin) ke Geumje untuk menyiasat kes penculikan bayi mengundang banyak perhatian. 


Naskhah komedi drama yang mengetengahkan tentang bisnes produk dewasa di sebuah kampung yang terletak jauh dari Seoul mempunyai idea yang menarik. Dekat episod-episod awal memang susah untuk watak Jeong-suk menjual produk dia sebab dia pun berniaga untuk dapat duit semata. Kalau salesman tak tahu apa yang dia jual, tak mungkin lah orang tergerak hati nak bel ikan? 

Bila watak Young-bok, Geum-hee dengan Jo-ri muncul baru lah watak Jeong-suk bertambah semangat dan yakin dengan bisnes dia. Watak Jeong-suk adalah contoh watak yang bijak tapi tak mampu pergijauh sebab tak dapat sokongan moral yang sepatutnya. Berbeza betul hidup dia bila hidup dengan Kwon Seong-soo (Choi Jae-rim) yang pemalas dan ego. 


Sama juga dengan nasib Geum-hee yang hidup dengan Choi Won-bong (Kim Won-hae) yang kononnya moden tapi pemikiran dia masih lagi di takuk lama. Sebagai pharmacist patutnya dia sokong perniagaan isteri tapi dia pun sama naik membantah. 

Drama A Virtuous Business arahan Jo Woong adalah contoh naskhah yang ada idea dalam premis di awalnya kemudian jatuh mendatar disebabkan skrip yang ditulis oleh Choi Bo-rim mengikut acuan template drama Korea yang tipikal. Dekat awal je bersifat edutainment, cerita tentang kenapa pentingnya produk yang dijual lepastu dah masuk love angle antara Jeong-suk dengan Do-hyun. 


Tak berapa gemar sangat dengan lakonan Yeon Woo-jin, mungkin sebab masih lagi sakit hati tengok karakter dia dalam Daily Dose of Sunshine (2023). Maybe it’s me but one thing for sure, So-yeon dengan Woo-jin tak mampu nak portray chemistry yang kuat untuk elemen romantik. 

Lakonan Jo-ri lebih mencuri perhatian walaupun screentime dia terhad sebagai watak ibu tunggal yang bekerja di salon. Mungkin kisah dia lebih kelakar sebab terjatuh cinta dengan Eom Dae-geun (Kim Jung-jin), anak kepada Heo Young-ja (Jung Young-joo), landlord salon dia. 


Penerimaan orang kampung pun tak konsisten sebab nak kuatkan genre drama dalam naskhah A Virtuous Business supaya senang kasihan pada watak Jeong-suk. Dekat awal segan nak membeli lepastu mengutuk kemudian jadi supportive sebab kesian. Dekat episod hujung dia berjaya buka kedai untuk produk dewasa tapi tak diceritakan pun macam mana bisnes dia boleh berkembang sejauh tu. 

Patutnya tak payah masukkan pun sub-plot jenayah kes penculikan bayi walaupun kes dia menarik sebab tak ada apa-apa impak pada tema dan penceritaan pun. Jadi fillers untuk kuatkan kisah cinta Jeong-suk dengan Do-hyun je. Sub-plot penculikan tu pun tak perlu sebab lenguh lah tengok konflik banyak sangat padahal tak berkaitan langsung dengan main plot. 


Anyway, costume and art team did a great job depicting 90’s vibe and aesthetic in this drama. Suka tengok hairstyle watak Jo-ri sebab sesuai dengan vibe dia yang funky dan chill. Geum-hee pun cantik dan elegan tapi I tak gemar dengan hairstyle dia hshshs 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10

Drama Review | The Ordinary Glory (2020)


Director: Lu Xing
Writer: Wei Jun
Cast: Bai Jingting, Mark Chao, Qiao Xin, Wei Daxun, Pang Hanchen, Zhang Zixian
Production Companies: 
Distributor: Dragon TV, Youku, ZJTV, Netflix, sooka
Genre: Drama 
Running Episodes: 41 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 4 September 2020 – 27 September 2020
Trailer :


Sun Yi Qiu (Bai Jingting) diterima masuk sebagai intern di sebuah syarikat investment consultant di Shanghai. Dia diletakkan di bawah penyeliaan Wu Ke Zhi (Mark Chao) yang baran dan tegas di Team 4. Lin Yu Ming (Zhang Zi Xian) banyak menjadi orang tengah antara Ke Zhi dan Yi Qiu di awal tempoh internship. Team lain dah boleh meramal nasib Yi Qiu di situ kerana dia masuk tanpa sebarang ilmu dalam dunia pelaburan mahupun mempunyai kelulusan ijazah kolej. 

Sepanjang internship lah dia banyak belajar bersama intern yang lain – Hao Shuai (Daxun Wei), Lan Qian Yi (Xin Qiao) dan Gao Si Cong (Pang Hanchen). Ramai yang underestimate kebolehan Yi Qiu tapi slowly Wu Ke Zhi mula nampak kekuatan anak buah dia yang baru. Dia mungkin menaruh harapan tinggi terhadap Lan Qian Yi tapi lama-kelamaan dia mula sedar yang Yi Qiu lebih sesuai bekerja di Team 4. Apa selling point yang Yi Qiu kena cari sebelum yakinkan pelabur, berapa banyak usaha yang mereka perlu letak dalam kerja, apa yang boleh mereka korbankan untuk capai impian dalam hidup?

‘Hard work might not always lead to success but without hard work, you’ll never succeed.’ – Wu Ke Zhi

Drama The Ordinary Glory ni direkomendasikan oleh managing partner masa department meeting. Kalau ikutkan memang tak nak layan sebab ada 41 episod tapi masa tengok Episod 1 macam seronok pula nak tahu perjalanan Yi Qiu sebagai intern dalam Team 4. Dalam jabatan tu Team 4 ni berbeza sikit sebab Wu Ke Zhi dah kena mark dengan CEO (Qu Zhong Hui) dan manager lain. Bagus buat kerja, jaga teammates dia tapi tak pandai berpolitik atau kipas CEO. Sebab tu CEO selalu cari cara untuk kenakan dia dan antara helah tu adalah masukkan Yi Qiu dalam Team 4. 

Jalan cerita The Ordinary Glory arahan Lu Xing menggunakan pace yang sederhana laju sebab ada banyak ilmu dan input tentang dunia pelaburan yang dimasukkan dalam setiap episod. Seronok tengok macam mana Team 4 buat due diligence sebelum buat proposal untuk labur dalam perniagaan yang memerlukan dana. Setiap watak utama yang wujud dalam naskhah drama korporat dikembangkan dengan baik. Kekuatan dan kelemahan mereka diceritakan supaya kita rasa saspen dengan nasib Yi Qiu dalam bidang yang luar dari zon selesa dia.

Culture syarikat besar bekerja pun dipaparkan dengan cemerlang dalam The Ordinary Glory macam usaha setiap team untuk dapatkan klien, jaga klien dan siapkan projek-projek mereka. Menangis lah tengok Team 4 atau jabatan lain bekerja sebab balik pukul 8 malam lepastu kerap kerja lebih masa. Ada satu projek tu Team 4 sampai tak tidur malam mencari projek mana yang perlu dipilih untuk inject capital. 

I tak rasa gaji diorang tinggi pun sebab lifestyle Yi Qiu atau Ke Zhi sama je dalam masa setahun. Watak Lan Qian Yi pun tak guna duit untuk shopping. Mungkin juga kebanyakan masa dia ada dekat pejabat macam junior employee yang lain. Kinda scary lah tengok working culture diorang sebab lebih kurang sama dengan Jepun dan Korea. No wonder lah banyak watak dalam drama ni baran semedang, stress level diorang tinggi kemain. Dengan sinematografi yang paparkan realiti kerja di syarikat besar dan bandar sibuk seperti Shanghai, makin serabut perut tengok beberapa babak dalam The Ordinary Glory.

Before this dah pernah tengok performance Bai Jingting dalam drama Reset (2022) so dah familiar dengan lakonan dia. Of course lah bagus sampai dia tercalon dalam beberapa anugerah dan menang Leap Actor of the Year, anugerah pilihan juri. 

Tapi I lagi suka tengok Wu Ke Zhi which somehow relates to my character. Kerja tapi sakit dengan politik pejabat. Mudah sangat nak faham rasa murung, kecewa, baran dari watak Wu Ke Zhi but life is life, kalau pergi tempat lain pun, sama jugak kejadiannya. At least dekat Team 4, Ke Zhi ada kawan baik dia, Yu Ming dan Yi Qiu. Isteri dekat rumah pun memahami. Ada babak yang buatkan I sedih, frust dan menangis sebab drama ni tak berpihak pun pada watak utama. Semua pilihan baik yang kecil atau yang besar mampu hadirkan emosi yang mendalam.

Selain performance yang mantap dari barisan pelakon utama, drama The Ordinary Glory ada eye candy juga sebab Pang Hanchen serve face teruk dalam drama ni. Watak dia sesuai sangat sebagai Si Cong yang berkarisma dan bijak tapi ego bila bekerja di Jabatan Teknologi. Happy teruk bila pengarah fokus dekat Jabatan Teknologi sebab boss diorang, Jiang Nan (Liu Chang) tu my ideal type. Cool and mystery. Tenang tapi tegas. 

Drama The Ordinary Glory merupakan remake kepada drama Korea berjudul Misaeng: Incomplete Life (2014) tapi rasanya dah tak perlu pun tengok yang original sebab yang remake pun dah cukup bagus. Malas sebenarnya nak layan drama panjang gila tapi ada Im Si-wan dengan Ha-neul pulak arrgghhh T.T

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10