Movie Review | Home Alone (1990)

Sunday, 5 January 2025


Director: Chris Columbus 
Writer: John Hughes
Cast: Macaulay Culkin, Joe Pesci, Daniel Stern, John Heard, Catherine O'Hara
Production Companies: 20th Century Fox, Hughes Entertainment
Distributor: 20th Century Fox
Genre: Comedy
Running Time: 103 minutes
Release Date: 10 November 1990 (sneak preview), 16 November 1990 (United States)
Trailer:


‘I hope I never see any of you jerks again! I wish they would all just disappear.’ - Kevin

Masa Krismas haritu ternampak klip dari movie Home Alone arahan Chris Columbus so I spent my free time watching this cool movie. Keluarga McCallister merancang untuk pergi bercuti di Paris semasa cuti Krismas bersama keluarga ipar. Disebabkan bekalan elektrik terputus semasa tidur, mereka terlambat bangun dan bergegas ke lapangan terbang pada hari kejadian. 


Dalam kekalutan tersebut, Kate (Catherine O’Hara) baru perasan yang anak bongsu dia, Kevin (Macaulay Culkin) tak ada pun dalam pesawat kapal terbang. Sampai saja di Paris, dia buat laporan polis untuk memastikan Kevin selamat di rumah. Pegawai polis pergi ke rumah Kate untuk periksa keadaan Kevin tapi si kecil tersebut tengah mandi. Talian telefon pula masih belum pulih dan ambil masa selama 4 hari. 


Risau dengan keadaan Kevin, Kate putuskan untuk ambil tiket ke Chicago dan pulang ke rumah seorang diri sementara suaminya, Peter jaga anak-anak yang lain di Paris. Dalam masa yang sama rumah Kate dan Peter (John Heard) menjadi target perompak ‘Wet Bandits’ – Marv (Daniel Stern) dan Harry (Joe Pesci).


Since filem Home Alone ni menggunakan genre komedi, banyak benda yang tak masuk akal pun macam polis yang buat kerja sambil lewa. Patutnya polis buat rondaan lebih kerap bila tahu ada keluarga tertinggal anak kecil di rumah. Mungkin culture dekat sana tak macam dekat Asia kot, bila musim perayaan tak ramai yang beria sangat nak bekerja. 

Sebab banyak watak yang merepek lah, watak si Kevin ni boleh pergi jauh dengan kenakalan dia. Sebab dia bijak dan licik kenakan perompak lah naskhah komedi ni jadi kelakar sepanjang 103 minit tayangan. Penat gelak tengok Harry dengan Marv kena buli dengan Kevin dalam rumah tu. 


Watak Kevin perfectly portray perasaan jadi anak bongsu yang selalu dibuli oleh abangnya, Buzz. Bila satu keluarga tak ada lepas sakit hati dimarah dengan semua orang memang seronok sangat. Nak buat apa pun tak ada yang larang. Nak tengok movie pun tak ada yang kacau. Hari pertama di rumah, Kevin pergi ke pasaraya untuk beli groceries. Banyak benda merepek dia beli macam jajan dan aiskrim. For sure, Kate sama macam ibu yang lain, larang anak kecil makan jajan dan aiskrim sebab Kevin balas dendam makan satu tub bila keluarga dia ‘hilang’.


Nasib baik lah banyak jiran yang tak ada jadi cepat lah Kevin rasa bosan duduk rumah seorang diri. Kalau jiran dia ada mungkin Kate tak risau sangat sampai buat kerja gila lari balik ke Chicago. Sebab insiden tertinggal tu juga, Kevin berkenalan dengan orang tua yang berjiran tapi dipulaukan oleh orang kerana khabar angin mengatakan dia adalah pembunuh bersiri - Snow Shovel Murderer.


Apart from the story, Home Alone mempunyai aesthetic yang cantik menerusi interior dalam rumah Kate dan Peter. Hari sebelum Krismas boleh nampak kawasan ruang tamu dihias dengan dekorasi bertemakan Krismas di mana kebanyakan perkakas berwarna hijau pekat dan merah hati. I pretty much assume Kevin hias sendiri lah sebab dia ada banyak masa terluang lagipun dia nak minta hajat besar dekat Santa malam Krismas nanti. 



Performance Macaulay Culkin di usia muda yang banyak menggunakan mimic muka comel dan kelakar antara kekuatan filem Home Alone. Smirks, chuckles, surprises even missing his mom is brownie points in Home Alone that can’t nowhere be found apart from this comedy classic. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Movie Review | Singham Again (2024)

Saturday, 4 January 2025


Director: Rohit Shetty
Writers: Yunus Sajawal, Abhijeet Khuman, Kshitij Patwardhan, Sandeep Saket, Anusha Nandakumar, Rohit Shetty, Milap Zaveri, Shantanu Srivastava, Vidhi Ghodgaonkar
Cast: Ajay Devgn, Akshay Kumar, Ranveer Singh, Tiger Shroff, Kareena Kapoor Khan, Deepika Padukone, Arjun Kapoor, Jackie Shroff, Salman Khan
Production Companies: Reliance Entertainment, Jio Studios, Rohit Shetty Picturez, Devgn Films, Cinergy
Distributors: PVR Inox Pictures, Amazon Prime Studio
Genre: Action
Running Time: 144 minutes
Release Date: 01 November 2024
Trailer:


DCP Bajirao Singham (Ajay Devgn) berjaya menangkap Omar Hafiz (Jackie Shroff) di Kashmir lalu memaklumkan Menteri Dalam Negeri (Ravi Kishan) tentang sindiket dadah yang beroperasi di Sri Lanka. Sindiket tersebut dikendalikan oleh Danger Lanka (Arjun Kapoor) yang kejam dan ganas. Keuntungan yang dihasilkan dari dadah akan digunakan untuk terrorist attack di India. 

Lady Singham, Shakti Shetty (Deepika Padukone) diarahkan untuk menangkap tiga orang pembantu Danger Lanka di Madurai. Singham kemudiannya pulang ke Mumbai untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum anak bujangnya pergi ke London untuk sambung pelajaran. 


Projek Ramleela yang dikendalikan oleh Avni (Kareena Kapoor Khan) dilanda masalah apabila beberapa footage yang akan digunakan dalam majlis lelongan telah terhapus. Dalam masa yang singkat Avni perlu pergi ke Rameshwaram untuk mendapatkan beberapa gambar dan video untuk programnya. Dia ditemani oleh Daya (Dayanand Shetty), pembantu Singham. 

Di sana, Avni telah diculik oleh Danger Lanka. Satya (Tiger Shroff) cuba menyelamatkan Avni namun gagal apabila ashram milik keluarganya dibakar dan ibunya hampir diserang oleh konco-konco Danger Lanka. Singham bersama Satya bekerjasama memburu Avni sementara menunggu bantuan dari Simmba (Ranveer Kapoor) dan Lady Singham. 


Dalam review Sooryavanshi (2021) tertanya-tanya sama ada watak Sooryavanshi (Akshay Kumar) akan join Singham tangkap Omar Hafeez di Kashmir tak. Dalam filem Singham Again arahan Rohit Shetty ni dah dapat jawapan iaitu tidak. Tapi tak bermaksud watak tersebut tak muncul dalam instalment kelima Shetty Cop Universe sebab Danger Lanka minta Simmba dan Sooryavanshi untuk datang sekali bila kedua-dua watak ni bunuh ayah dan pak cik dia. 

Meriah filem Singham Again dengan kehadiran beberapa watak baru dalam Cop Universe macam Shakti Shetty dan Satya yang menganggap DCP Singham sebagai idola. Mungkin akan ada spin-off macam Simmba (2018) dan Sooryavanshi juga nanti sebab watak Satya dapat banyak screentime dan slo-mo setiap kali beraksi. Watak DCP Kabir Malik (Sid Malhotra) dari series Indian Police Force (2023) je tak muncul lagi walaupun dari universe yang sama. 


Okay enough with the universe, back to the review. Penceritaan Singham Again menggunakan sejarah Dewa Hanuman, Lakshman dan watak lain yang membantu Ram menyelamatkan Sita dari cengkaman Ravan. Kalau yang tak familiar pun boleh faham dengan kisah lagenda Ramayana. Walaupun penceritaan Singham bersilih ganti dengan sub-plot Ram-Sita-Ravan tapi mudah sangat nak faham. 

Penggunaan flashback juga memudahkan audience untuk faham memandangkan Cop Universe dah ada banyak filem jadi tak mustahil audience atau fans akan lupa reference yang digunakan dalam filem Singham Again macam babak Avni cakap terima kasih dekat Sooryavanshi. Baru dia faham kenapa Ria (Katrina Kaif), isteri dia buat macam tu sebelum ni.


Sambil cerita bergerak, sambil penulis ceritakan beberapa tempat yang dianggap suci oleh masyarakat India macam kuil yang menjadi tempat persinggahan Dewa Hanuman sampai meninggalkan bekas tapak kaki. Watak Danger Lanka personate Ravan dengan baik sebab sama macam antagonis tersebut, dia tak terlibat dalam bisnes haram keluarga tapi dia cuma mahu balas dendam. Sama macam motif Ravan menculik Sita. 

Ajay Devgn sebagai Singham tak perlu banyak dialog pun sebab memang itu trademark dia sebagai watak utama dalam franchise Singham. Cuma nampak lemah lah jalan cerita bila watak Singham hanya muncul selepas pengarah bagi laluan kepada watak yang lain. Kenapa Lady Singham tak muncul bila anak buah dia diserang pun tak diceritakan. Bila masuk babak sedih, tak rasa kesian dekat Shakti pun sebab dia nampak tak bertanggungjawab dan berlagak. Dah tahu ada penjenayah berbahaya, kenapa tak kuatkan kawalan keselamatan sampai 15 orang pegawai polis terkorban. 


Surprisingly, kemunculan Simmba menjadi rencah komedi dalam Singham Again pada second half. Dialog dan expression dia perfect untuk babak komedi. Berdekah masa dia panggil Singham dekat port. Tiger Shroff carry first half dengan stunts choreography yang menarik dan menyerlah di babak klimaks. Tak sangka langsung dia tak tenggelam dalam barisan pelakon yang lebih senior. My heart melts whenever he’s onscreen!

Arjun Kapoor tak sia-siakan peluang sebagai Danger Lanka dalam kesemua babak dia. Tak kira lah dengan watak mana pun dia berdepan, Arjun tetap cemerlang dalam avatar Ravan. Mungkin dia tak banyak stunts tapi menggerunkan lah bila dia serang balai polis Madurai. Tak ada belas langsung. Kiranya Danger Lanka ni antara villain yang paling kuat lah dalam Cop Universe sebab habis semua watak polis bergabung tenaga dengan Singham untuk kalahkan dia. Tak sama langsung vibe Arjun-Ranveer dalam Singham Again dengan vibe diorang dalam Gunday (2014) yang lebih chill dan kelakar. 



Sembang pasal sinematografi Singham Again, ada banyak babak yang menggunakan CGI tapi tak lah secantik Sooryavanshi (2021) yang menggunakan khidmat Jomon T. John. Duo Girish Kant dan Raza Hussain Mehta gagal menghidupkan visi Rohit Shetty dalam babak klimaks. Nampak lah idea Rohit tu tapi sayang lah tak menjadi. Kalau dia guna khidmat yang lebih berpengalaman mungkin menjadi bualan lah. Dekat first half nampak cantik even babak Satya bertarung pertahankan Avni dan ashram pun memukau dengan percikan api dari pisau dia. Sama juga dengan babak Danger Lanka culik Avni tapi bila masuk second half dah hilang dah vibe dekat first half. Signature Rohit shetty yang banyak guna explosion atau car stunt pun tak syok.

Pertama kali lah instalment Cop Universe tak ada langsung lagu sebab sebelum ni Rohit Shetty spend duit dekat music department untuk tarik crowd. Mungkin semua bajet dah habis dekat pelakon A-list kot. Ada lagu tema untuk setiap watak je dalam filem ni. Sayanglah sebab besar mana pun franchise, wajib juga letak at least dua lagu macam YRF Spy Universe. Repeat beat yang sama pun audience tak kisah. 


Anyway, Singham Again is a good movie to watch on weekend with family. Dalam filem ni nampak cantik chemistry Tiger Shroff dengan Akshay Kumar walaupun sekejap. Sayang betul bakat diorang tersia dalam filem Bade Miyan Chhote Miyan (2024). Nasib baik lah boleh berjumpa balik dalam Cop Universe untuk cipta kenangan baru. Kalau tak ada aral melintang lah. 
p/s: Special surprise dekat credit scene. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.2/10

Director: Kelly Marcel
Writers: Tom Hardy, Kelly Marcel 
Cast: Tom Hardy, Chiwetel Ejiofor, Juno Temple, Rhys Ifans, Stephen Graham, Peggy Lu, Alanna Ubach
Production Companies: Columbia Pictures, Marvel, Arad Productions, Matt Tolmach Productions, Pascal Pictures, TSG Entertainment, Marcel Hardy Productions, Hutch Parker Entertainment, Hardy Son & Baker
Distributor: Sony Pictures Releasing
Genre: Action 
Running Time: 109 minutes
Release Date: 21 October 2024 (New York City), 25 October 2024 (United States)
Trailer:


Setelah kembali ke susur masa asal selepas disedut ke Bumi 616 oleh Dr. Strange, Eddie Brock (Tom Hardy) dan Venom lepak di sebuah bar di Mexico. Ketika berborak dengan bartender tentang alien dan batu Thanos, mereka terpaksa pergi ke New York untuk membersihkan nama selepas insiden bersama Carnage seperti yang diceritakan dalam Venom 2: Let There Be Carnage (2021).

Di satu tempat yang lain, Knull (Andy Serkis) telah mula menjejak Eddie dan Venom lalu menghantar Xenophage ke Bumi untuk mendapatkan Codex. Codex ialah sesuatu benda yang terhasil apabila symbiote memulihkan perumah seperti Venom selamatkan Eddie sebelum ni. Knull perlukan Codex untuk bebaskan dia dari penjara Klyntar. 


‘Your champion has fallen. Your planets will be mine. The King in Black is awake. I will kill your world. Everyone will burn, and you will watch!’ - Knull

Untuk mengelakkan dikesan oleh Xenophage, Venom tidak boleh menggunakan kuasa jadi mereka berdua tumpang kenderaan Martin Moon (Rhys Ifans) di Nevada lalu menuju ke Las Vegas. Selain bersembunyi dari radar Xenophage, Eddie dan Venom juga mengelak dari dikesan oleh jeneral Rex Strickland (Chiwetel Ejiofor) yang bekerja di Imperium.


Instalment terakhir untuk trilogy Venom (2018) arahan dan penulisan Kelly Marcel memberi ruang untuk watak Eddie dan Venom bekerjasama buat kali terakhir sebelum berjumpa dengan Spider-Man dan tumpaskan Knull. Tak pasti macam mana Eddie akan berjumpa dengan Spider-Man tapi mereka akan berjumpa juga nanti sebab ada banyak easter eggs yang pengarah masukkan supaya fans sabar menunggu. 


Perjalanan The Last Dance tak lah beremosi kecuali pada ending tapi itu pun tak sedih juga sebab kita tahu it was just a temporary parting. Banyak fokus pada makhluk Xenophage sebab ganas dan sama macam symbiote, jenis susah nak mati. Xenophage dengan symbiote kedua-duanya dicipta oleh Knull jadi boleh faham sendiri lah kalau kedua-dua makhluk ada persamaan. 


Watak Rex tak diceritakan kenapa dia beria nak bunuh Eddie dan Venom dengan menggunakan senjata berteknologi tinggi. Tapi disebabkan Imperium tak pernah ada data tentang Xenophage, misi operasi mereka masih lagi gagal. Ambil masa yang lama juga untuk Jeneral Rex bekerjasama dengan Eddie melawan Xenophage. Benda boleh bincang tapi nak juga gaduh buang masa. 

Watak baru, Dr. Paine (Juno Temple) diperkenalkan dalam The Last Dance sekaligus menguatkan lagi teori Venom akan berjumpa dengan Spiderman nanti. Symbiote yang baru turun ke Bumi juga mampu beradaptasi dengan baik bersama perumah macam Toxin. Dalam The Last Dance, ada banyak symbiote pelbagai warna di dalam makmal untuk diuji oleh Dr. Paine jadi ada banyak ruang untuk dikembangkan tentang Venom dan rakan-rakannya. 


Walaupun visual The Last Dance dari lensa Fabian Wagner terlihat biasa tapi cemerlang dalam memaparkan babak aksi dan drama. CGI yang digunakan terlihat smooth dan kemas berbanding previous instalment. Comel gila Venom menari dengan Mrs Chen guna lagu ABBA – Dancing Queen dekat suite room. Aesthetic dia ada vibe 80s. 


Filem Venom: The Last Dance tak ada banyak hype pun masa release so dah boleh agak yang filem ni biasa je but still fun to watch duo Eddie and Venom. Jalan cerita Venom: The Last Dance ended up being confusing sebab symbiote berubah jadi baik dan mudah sangat nak bergabung dengan manusia macam dalam babak battle bila makmal diserang dengan Xenophage. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10

Movie Review | Bad Newz (2024)


Director: Anand Tiwari
Writers: Ishita Moitra, Tarun Dudeja
Cast: Vicky Kaushal, Triptii Dimri, Ammy Virk
Production Companies: Dharma Productions, Leo Media Collective, Amazon Prime
Distributor: AA Films
Genre: Comedy
Running Time: 140 minutes
Release Date: 19 July 2024
Trailer:


Saloni Bagga (Triptii Dimri) mempunyai impian untuk menjadi chef yang mempunyai restorannya sendiri lalu mendapat Meraki Star. Dalam filem Bad Newz, Meraki Star sama tarafnya dengan Michelin Star. 

Setelah berjumpa dengan Akhil Chadha (Vicky Kaushal), Saloni jatuh hati lalu berkahwin. Malangnya perangai Akhil yang clingy dan sentiasa mengganggu kerja Saloni buatkan impian dia mula pudar dan menghilang. Saloni akhirnya ambil keputusan untuk bercerai dan berpindah ke Mussoorie. Di sana dia bekerja sebagai ketua chef di Hotel Savoy kepunyaan Gurbir Singh (Ammy Virk) yang baik hati dan gentleman. 


Dari hubungan professional, mereka berdua semakin rapat dan tidur bersama ketika mabuk. Malam yang sama Akhil pergi ke hotel tersebut dan pujuk Saloni. Mereka juga tidur bersama pada malam tu. Akibatnya, Saloni hamil anak kembar. Ajaibnya, Akhil dan Gurbir merupakan bapa kepada kedua-dua bayi dalam kandungan Saloni. Doktor Baweja (Faisal Rashid) mengesahkan kandungan Saloni sebagai medical case yang amat jarang berlaku iaitu heteropaternal superfecundation. 

Naskhah komedi Bad Newz merupakan spiritual sequel kepada filem Good Newwz (2019) di bawah produksi yang sama – Dharma Productions. Dari pemahaman I, spiritual sekuel ialah menggunakan tema yang sama iaitu kehamilan. Dalam Good Newwz dua pasangan tertukar sperma masa buat IVF, dalam Bad Newz pula topik heteropaternal superfecundation. 


Walaupun sekuel tapi production team tak sama jadi sentuhan filem juga berbeza walaupun mempunyai barisan pelakon yang bagus. Kalau Good Newwz mempunyai komedi yang menghiburkan tapi ada ilmunya, berbeza dengan Bad Newz yang meleret. Dialog pun conversation biasa orang awam. Sebelum tengok filem ni ada expectation yang tinggi juga sebab pengarah Anand Tiwari pernah bekerja dengan Vicky Kaushal dalam filem Love Per Square Foot (2018) and it was good. 

‘Everything you said makes sense, logically and technically. But emotionally, I can’t wrap my head around it.’ – Akhil Chadha


Instead of telling a story Dharma Productions lebih fokus kepada sinematografi yang ditugaskan kepada Debojeet Ray. Naskhah Bad Newz terlihat indah dari luarannya tapi tak berjaya menarik perhatian sebab isi dia lemah. Latar tempat macam restoran tempat Saloni bekerja mempunyai sentuhan moden. Dari lensa di bawah produksi Dharma, street life tempat Akhil membesar pun nampak cantik. 

Mungkin sebab chemistry Tripti dengan Vicky tak berapa menjadi. Kebanyakan babak dipenuhi dengan lakonan Vicky sampai lakonan Tripti terlindung dan nampak sebagai pasu bunga cantik. Second half pun Vicky menyerlah antara Tripti dan Ammy sampai watak Akhil nampak sebagai pembuli padahal dia cuma agresif untuk menangi hati ex-wife. 


Music album Bad Newz mempunyai barisan komposer yang bagus dan ditugaskan untuk lagudengan pelbagai genre. My favorite is Tauba Tauba dan Rabb Warga. Jaanam dari Vishal Mishra pun not bad juga tapi sebab lagu dia slow burn untuk hidupkan mood sexy dan romantik, kadang-kadang I terlupa lagu ni wujud. Lagu Tauba Tauba tanpa sengaja jadi viral dan naikkan imej Vicky dan bukannya Bad Newz sebab lagu ni dekat credit scene, tak berkaitan pun dengan movie. 



Dari cara Dharma Productions treat Bad Newz, filem ni cuma untuk serlahkan dan kukuhkan lagi sisi maskulin, seksi dan karismatik Vicky Kaushal berbanding to serve a story. Vibe movie Bad Newwz sama dengan movie Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani (2023) untuk tonjolkan lagi Ranveer Singh tapi nasib baik heroinnya Alia Bhatt yang mampu match energy level Ranveer. 

Tak pasti lah apa jadi dengan Triptii Dimri sejak sign contract dengan Dharma Cornerstone Agency, watak yang dia dapat semuanya tak menjadi tak kisah lah screentime sikit atau banyak. Lifespan actress tak panjang, kalau dia buang masa dengan filem yang lemah macam ni memang senang sangat diganti dengan pelakon lain. 


Filem Bad Newz, Vicky Vidya Ka Woh Wala Video (2024) dan Bhool Bulaiyaa 3 (2024) semuanya komedi so mungkin genre comedy bukan forte dia? Hopefully dia boleh cari genre drama ataupun slice of life. Bab chemistry paling teruk sekali padahal elok je dulu berlakon dengan Avinash Tiwary dalam Laila Majnu (2018) dengan Bulbbul (2020). Takkan sebab dah ada boyfriend, tak mampu nak build chemistry dengan co-star? Girlllll, wake up.

p/s: I love the cameossss


1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

Astro Cipta Sejarah Baharu dengan ‘Konsert Countdown MeleTOP 2025’

Friday, 3 January 2025

Astro Cipta Sejarah Baharu dengan ‘Konsert Countdown MeleTOP 2025’ | Kolaborasi bersejarah antara IOI City Mall dan MeleTOP sajikan acara ambang tahun baharu paling ditonton di Malaysia

Astro mencipta sejarah dengan kejayaan luar biasa melalui ‘Konsert Countdown MeleTOP 2025’, yang berlangsung meriah di IOI City Mall, Putrajaya, pada malam ambang tahun baharu. Acara ini berjaya menarik kehadiran 30,000 penonton secara langsung, selain mencatatkan lebih 2.2 juta tontonan menerusi TV dan platform digital. Lebih membanggakan, video acara ini di TikTok telah mencapai lebih 18 juta tontonan dan terus tular di FYP sehingga 2 Januari 2025, menjadikannya satu detik ikonik dalam sejarah hiburan Malaysia.

Kerjasama sulung antara IOI City Mall, pusat beli-belah terbesar di Asia Tenggara, Oppo, dan MeleTOP, jenama hiburan paling popular di Malaysia, telah mencipta detik bersejarah melalui persembahan hebat daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa. Antara nama besar yang memeriahkan pentas ialah Dato’ Ramli Sarip, Noraniza Idris, William So, Aina Abdul, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Rizal Rasid, Dennis Lau, Shila Amzah, Shiha Zikir, Ayda Jebat, Khai Bahar, Bunga Isme dan ramai lagi.

Acara ini turut mencatatkan pencapaian luar biasa sebagai rancangan TV nombor satu di Malaysia pada 31 Disember 2024 serta rancangan countdown tahun baharu paling popular. Selain itu, ia merupakan siaran langsung luar studio pertama untuk MeleTOP, yang diakhiri dengan pertunjukan bunga api selama 10 minit yang memukau.

"Astro berasa amat bangga dapat menyatukan rakyat Malaysia dalam acara bersejarah ini, bersama rakan niaga kami, IOI City Mall dan Oppo. Memasuki tahun baharu 2025, Astro kekal komited untuk menyajikan kandungan serta pengalaman hiburan yang segar dan inovatif menerusi pelbagai rancangan dan platform kami. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan luar biasa, dengan berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM171,682.29 kepada Tabung Bantuan Banjir Astro kami. Terima kasih atas keprihatinan dan kemurahan hati anda semua,” kata Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Kandungan GenNext Astro.

Turut menjadi pencapaian terbaik Astro pada malam acara tersebut, Astro telah menyumbangkan sebanyak RM 1 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara. Sumbangan ini disalurkan melalui Yayasan Astro Kasih sebagai komitmen Astro untuk terus memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan, memastikan setiap usaha yang dilakukan memberi impak yang bermakna kepada mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau hubungi WhatsApp di talian 03-9543 3838.

Drama Review | Kau vs Aku Musim 2 (2024)

Wednesday, 1 January 2025


Pengarah: Shamyl Othman, Khairi Anwar, Afiza Asram
Penulis Skrip: 
Pelakon: Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Mia Sara Shauki, Imran Aqil, Arash Mohamad, Emelda Rosmila, Marissa Yasmin, Nabil Aqil, Ellyza Azizi, Yuna Rahim, Danish Hazriq
Syarikat Produksi: Red Communications
Penyiaran: Sooka, Astro Ria (Slot MegaDrama), Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Jumlah Episod: 8 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 10 Januari 2024 – 1 Februari 2024
Trailer: 


Sekuel Kau vs Aku (2022) menyambung kisah Aulia Zulaikha (Shasha Abedul) yang menyambung pengajian di Universiti Wollongong, Australia. Kerana tak ada sumber pendapatan selepas lari dari rumah, Aulia terpaksa bekerja separuh masa di café sambil belajar. Akibatnya dia gagal dalam semester pertama.

Pulang ke Malaysia, Aulia cuba pulihkan kembali hubungan bersama ayahnya (Arash Mohamad) lalu menurut saja kemahuan keluarga untuk belajar dalam jurusan undang-undang di KDU University College. Tak sangka dia bertemu kembali dengan Danish (Dini Schatzmann) dalam major yang sama. Nina (Mia Sara Shauki) dan Zhaf (Chubb-E) juga melanjutkan pengajian di situ tapi dalam bidang game development kerana minat mereka dalam sukan PUBG Mobile.

Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan (Nabil Aqil) yang cuba memikat hatinya manakala berkawan baik dengan Sophie (Yuna Rahim), bekas kekasih Farhan. Sophie larang Aulia rapat dengan Farhan tapi Aulia endahkan saja amaran tersebut kerana dia mula selesa dengan jejaka bermulut manis tu. Tambah pula Farhan lebih berilmu dari Danish dan selalu membantu Aulia sepanjang semester. 

Sophie yang sakit hati dengan tindakan Aulia mula menghasut Hajar (Ellyza Azizi) untuk memikat Danish walaupun dengan taktik kotor.  

Selepas tercalon dalam Anugerah Telenovela 2023, team production lebih yakin untuk terbitkan sekuel naskhah romantik komedi antara Aulia dan Danish. Pasangan muda ni kembali ke titik mula pertemuan mereka dengan rasa benci yang lebih menebal dalam hati Aulia. Kali ni konflik antara mereka berdua lebih matang dan mendalam, tone pun lebih heavy dari sebelumnya. 

Lakonan Nabil Aqil cemerlang sebagai Farhan yang pandai memujuk Aulia sampai watak Danish tenggelam dalam personal dilemma. Sama macam Aulia, watak Danish ada heavy luggage bila dia paparkan sudut mental health selepas kehilangan Puan Emelda. Senang lah emosi setiap kali Danish sedih sebab dia stuck dekat tempat yang sama sedangkan Zhaf dengan Ashraf (Imran Aqil) dah jelas dengan hala tuju hidup masing-masing. 

Clearly, it’s not his fault though. Dia cuba nak berbaik dengan Aulia tapi Aulia dah jumpa jalan lain sampai muncul dengan personaliti baru. Hidup Aulia sendiri pun dah ada banyak masalah sampai dia tak jumpa jalan menuju ke jalan Danish. Nasib baik jumpa juga pada waktu yang tepat. Naskhah yang santai tapi berjaya bawa mesej yang berat dengan tepat. Lebih selesa nak layan sekuel sebab diskusi tentang kahwin ni pada usia yang wajar bukannya dekat zaman sekolah. 

Konflik antara Nina dengan Zhaf pun diceritakan dengan bagus tentang ego watak-watak lelaki dalam kumpulan Red Dragon, wakil Malaysia untuk sukan PUBG. Puas hati bila Nina tak layan permintaan leader dan Zhaf sebab sakitnya hati tengok boyfriend tak support girlfriend sendiri. 

Sinematografi Kau vs Aku 2 lebih menarik dengan landskap yang cantik di beberapa tempat seperti University of Wollongong, Australia, rumah api di Australia ataupun beberapa kawasan di Malaysia. Ada beberapa babak menggunakan filter dreamy untuk hidupkan lagi mood romantik untuk few couples yang terlibat. Wardrobe semua watak terutamanya Aulia dengan Sophie mencuri perhatian since college students bebas berpakaian tak macam previous season. 

Personally, I tak berapa suka dengan ending Kau vs Aku 2 sebab ada huge potential untuk musim ketiga tapi kalau producer nak stop, nak cakap apa lagi kan? Ending dia nampak rushing nak habis padahal boleh kembangkan banyak lagi. Kenapa pengarah tak tukar pelakon untuk watak Adam even after cucu Puan Shikin dah besar? Nampak tak sesuai sebab muka Danish Hazriq nampak muda untuk watak dewasa. 

Kalau tiba-tiba muncul musim 3 tapi Aulia dengan Danish kena kacau dengan penyondol, awas ea. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Kau vs Aku Musim 1 (2022)


Pengarah: Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Afiza Asram
Penulis Skrip: Nurul Husnina Mockthar, Anwar Hadi, Farah Alya As'ari, Afizah Asram
Pelakon: Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Mia Sara Shauki, Imran Aqil, Hafidz Roshdi, Serra Kamal, Megat Sharizal, Rihito Itagaki, Anas Abas, Atikah Suhaime, Fimie Don, Arash Mohamad, Emelda Rosmila, Marissa Yasmin
Syarikat Produksi: Wattpad WEBTOON Studios 
Penyiaran: Sooka, Astro Ria (Slot MegaDrama), Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Jumlah Episod: 8 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 19 Ogos 2022 – 7 Oktober 2022
Trailer: 


Naskhah Kau vs Aku mengisahkan tentang pelajar perempuan bernama Aulia Zulaikha (Shasha Abedul) berusia 16 tahun berkenalan dengan Instafamous bernama Danish Aryan (Dini Schatzmann). Aulia menyampah dengan status poyo dari Danish sampai meninggalkan komen yang mengundang marah dari Danish dan para peminatnya. 

Terkejut bukan kepalang bila Danish berpindah ke sekolahnya dan belajar satu kelas dengan Aulia. Bila pulang ke rumah Danish merupakan jiran barunya di kawasan perumahan tersebut. Entah macam mana Aulia boleh tergerak untuk minta bantuan dari Danish untuk menyamar sebagai teman lelaki supaya dia tak dikahwinkan dengan Emir (Hafidz Roshdi) selepas tamat SPM. 

Danish setuju dengan permintaan Aulia dengan syarat dia perlu padam video mesra Danish dan Hannisya (Atikah Suhaime) dalam kelas. Peretemuan Danish dengan Encik Ridhuan (Arash Mohamad) dan Puan Shikin (Marissa Yasmin) berjalan lancar tapi plan mereka kantoi bila Puan Emelda (Emelda Rosmila) minta Danish bagitahu followers yang dia masih single supaya penaja tak lari. 

Aulia kembali serabut dengan rancangan ayahnya yang ingin satukan dia bersama Emir, ditambah pula dengan kehadiran pelajar senior, Luqman (Fimie Don) yang suka dengan Aulia. Makin lama hubungan Aulia dengan Danish semakin rapat tapi mereka terpaksa sorok perasaan tersebut untuk jaga hati banyak pihak. 

Naskhah Kau Vs Aku merupakan web siri yang mendapat tontonan sebanyak 200 juta di Malaysia dengan mengangkat genre romantik komedi dan berlatarkan pelajar sekolah menengah. Watak Aulia nak jadi penulis tapi terpaksa padam minat tu sebab tak dapat sokongan dari keluarga. Tak sangka takdir bawa dia bertemu dengan Danish yang juga minat dengan seni dan puisi. Walaupun banyak perbezaan tapi ada juga persamaan sampai buatkan mereka berdua serasi bersama. 

Dah lama tak layan naskhah romantik komedi yang santai dan menghiburkan macam Kau vs Aku jadi tak hairan lah boleh habis layan dalam masa dua hari. Lambat sikit lah sebab ada kerja, kalau layan on weekend, mungkin setengah hari dah habis dah sebab drama ni kelakar dan comel. Senyum sendiri tengok babak romantik Aulia dengan Danish. 

Kudos to casting director yang berjaya cari lead couple dengan chemistry yang kuat. Even Nina (Mia Sara Shauki) dan Syafikah ada dinamik yang bagus dengan Syasya. Bila masuk babak friendship diorang buatkan kita rindu dengan kawan sekolah yang melekat siang dan malam. Sama juga dengan watak Zhaf (Chubb-E) dan Ashraf (Imran Aqil) bila melepak dengan Danish. I guess Mia Sara selesa dengan watak yang match dengan personaliti dia sebab lakonan dia nampak natural dalam Kau vs Aku. 

Naskhah Kau vs Aku bekerjasama dengan PUBG Mobile jadi banyak juga lah babak yang terlibat untuk mengetengahkan e-sports ni. Kalau sebelum ni dalam kebanyakan naskhah e-sports dipandang serong tapi dalam drama santai terbitan Wattpad WEBTOON Studios sukan ni diberikan nafas baru. Tapi tak heavy sangat lah ke sukan tu sebab second couple yang carry. 

Pace penceritaan sesuai dengan genre sebab bergerak laju cuma dekat episod-episod hujung tu dah mula longgar dan out of place. Tiba-tiba masuk babak Aulia confront parents dia tentang rahsia keluarga lepastu ayah dia tetap buat keputusan mendadak supaya Aulia kahwin dengan Emir. Nak kata plot kahwin muda ni merepek pun tak juga sebab dekat Malaysia perkara ni bukan sesuatu yang janggal cuma tak faham dengan cara En. Ridhuan berfikir. 

Mungkin sebab pengarah Shamyl Othman dah pass baton dekat Megat Shahrizal so tone drama ni dah bertukar. Dari fun jadi emotional and a bit heavy. Masih lagi ada core drama tu tapi olahan cerita dah tak seronok macam awal. Maybe it's me since I tak berapa gemar sutradara Megat Shahrizal. 

Selain ayah Aulia, watak Puan Emelda pun boleh tahan juga menyakitkan hati sebab kawal sangat kehidupan Danish. Memang lah influencer boleh dapat pendapatan tinggi tapi dia sebagai ibu takkan tak nak cari kerja? Kesian dekat Danish terbeban dengan tanggungjawab keluarga padahal muda lagi untuk fikir bab tu. Dah la mak dia suka trauma dumping lepastu buat keputusan merepek. 

Anyway, I had fun watching this series. Ocean is shoooo cute!

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 =  7.4/10

Drama Review | Light Shop (2024)


Director: Kim Hee-won
Writer: Kang Full
Cast: Ju Ji-hoon, Park Bo-young, Kim Seol-hyun, Bae Seong-woo, Uhm Tae-goo, Lee Jung-eun, Kim Min-ha, Park Hyuk-kwon, Shin Eun-soo, Kim Sun-hwa, Kim Ki-hae
Production Companies: Mr. Romance, Moving Pictures Co.
Distributor: Disney Hotstar+ 
Genre: Horror / Mystery / Drama 
Running Episodes: 8 episodes (40-60 minutes per episode)
Release Date: 04 December 2024 – 18 December 2024 
Trailer:


Diadaptasikan dari sebuah webtoon karya ilustrasi Kang Full yang diterbitkan pada tahun 2011 di Kakao. Kisah bermula dengan pemilik sebuah kedai lampu bernama Jung Won-young (Ju Ji-hoon) yang terletak di satu lorong gelap. Lorong tersebut terkenal dengan kisah-kisah seram yang didengari oleh penduduk di situ. 

Setiap malam selepas pulang dari sekolah, Joo Hyun-ju (Shin Eun-soo) cuba beranikan diri untuk berjalan ke kedai lampu tersebut kerana ibunya (Lee Jung-eun) perlukan mentol untuk rumah mereka. Satu malam Hyun-ju terdengar tapak kaki mengekorinya. Seorang lelaki memegang payung menggunakan jalan yang sama namun lelaki tersebut hanya memerhati dari jauh. 


Malam yang lainnya Hyun-ju terjumpa pula dengan wanita (Kim Sun-hwa) berkasut tinggi berwarna merah. Mukanya kosong tanpa ekspresi tapi menjawab semua pertanyaan Hyun-ju. Anehnya semakin lama fizikalnya mula berubah hingga bertukar ngeri. Hyun-ju diselamatkan oleh Won-young pada malam tersebut lalu dia segera pulang ke rumah. 

Di sebuah hospital, di unit ICU, jururawat muda bernama Kwon Young-ji (Park Bo-young) terlihat seorang lelaki berumur 30-an cuba mencari bilik mayat. Jururawat Kwon mempunyai kelebihan deria keenam selepas tersedar dari koma. Berada di ICU buatkan dia menjadi bertanggungjawab untuk bantu pesakit di situ mencari semangat untuk hidup kembali sepertimana Jururawat Heo (Lee Seung-yeon) pernah buat untuk dia semasa dalam koma dulu. 


Pengarah drama Moving (2023) kembali dengan naskhah drama bertemakan alam barzakh di mana roh manusia berkeliaran mencari semangat untuk hidup semula. Penceritaan Light Shop awalnya mengelirukan kerana terdapat banyak watak di lorong tersebut dan dalam masa yang sama mengganggu Jururawat Kwon. Pengarah masukkan juga babak staff yang bekerja di bilik mayat. Kesemua latar masa dan tempat akan bertemu dalam Episod 5 yang menjelaskan semua misteri yang ada dalam Light Shop.
 
Drama Light shop adalah drama kedua Park Bo-young menjadi jururawat yang mempunyai empati tinggi kepada para pesakit di unit dia selepas drama Daily Dose of Sunshine (2023). Tak ada yang baru pun dari lakonan dia tapi Bo-young hidupkan watak jururawat dengan bagus. Takut tapi berjaya juga galas tanggungjawab dengan baik. 


Dekat awal drama ada banyak babak seram tapi bearable lah walaupun berdiri tegak bulu roma bila tengok beberapa babak macam babak Hyung-min (Uhm Tae-goo) bertemu dengan Ji-young (Kim Seol-hyun) ataupun babak di bilik mayat. Pace drama Light shop agak perlahan but since it's available on streaming platform so advisable to change it to 1.25x or 1.5x

Naskhah seram yang menggunakan latar alam barzakh memang senang nak faham walaupun ada banyak kekeliruan pada episod-episod awal. Bila audience dah jelas dan watak-watak mula menerima takdir mereka, semua persoalan dekat awal senang sangat terjawab. Kalau tak suka misteri, mungkin drama Light shop bukan pilihan terbaik sebab kena tunggu lama untuk jumpa jawapan tapi tetap terjawab. 


Kasihan lah tengok watak Ji-young sebab Hyun-min tak kenal dia tapi mungkin itu balasan untuk orang yang buat pilihan macam dia. Dalam agama perbuatan bunuh diri akan mengakibatkan roh berkeliaran tak jumpa cahaya. Bila tengok Episod 8 bertambah kasihan lah sebab usaha dia terjawab tapi roh dia makin tak tenang. 

I suka tengok watak Hwang Seok-hui (Lee Hwang-eui) yang faham dengan kehendak roh di bilik mayat. Masa pembantu dia nak marah dengan pemandu bas tapi dia cepat tegah sebab kemalangan tu bukan disebabkan salah pemandu bas sepenuhnya. Banyak lagi faktor lain. Bila dah tua dan selalu dekat dengan si mati, banyak perkara yang buatkan watak dia lebih memahami keadaan. Sedih juga masa tengok babak Hyun-ju bergaduh dengan mak dia sebab salah faham. Bila Hyun-ju dah faham pun dia tetap kena terima takdir hidup yang berat. 


Sinematografi Light Shop terlihat seram dan ngeri terutamanya di kawasan lorong gelap dan rumah sewa Seon-hae (Kim Min-ha). Babak yang menggunakan CGI pun terlihat meyakinkan untuk hidupkan babak seram macam Jururawat Kwon yang terperangkap dalam lif penuh dengan air. Background music build up the suspense dan suasana seram macam babak Hyun-ju berjumpa dengan Hyung-min dalam lif ataupun Jururawat Kwon menjawab pertanyaan seseorang dalam tandas. Ada juga babak jumpscares but like I said, bearable to watch. 

Masa tengok Light Shop I ingatkan pengarah atau produser nak guna pelakon yang sama seperti naskhah sebelum ni rupanya tak. Bila baca fan theory baru tahu yang Light Shop adalah alternate universe untuk Moving, no wonder lah ada cameo dan easter eggs juga dari Moving macam sekolah menengah Hyun-ju. Makin bertambah excited nak tunggu Moving musim 2 lepas tengok Light Shop ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Astro Sambut 2025 dengan Kejayaan ‘Konsert Countdown MeleTOP’ | Lebih 15 ribu pengunjung menggemakan IOI City Mall Putrajaya sempena ambang tahun baharu 2025

Astro telah melakar sejarah dengan penganjuran ‘Konsert Countdown MeleTOP 2025’ yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di IOI City Mall, Putrajaya. Acara ini menyaksikan lebih 15 ribu pengunjung berhimpun bersama selebriti terkenal untuk meraikan ketibaan tahun baharu dengan penuh semangat dan kemeriahan.

Acara ini menampilkan persembahan luar biasa daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, memberikan hiburan tanpa henti kepada para penonton di rumah serta yang hadir. Malam yang istimewa ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api, menandakan detik rasmi permulaan tahun 2025.

Antara sorotan persembahan di ‘Konsert Countdown MeleTOP 2025’ Astro, termasuk:

• Pentas MeleTOP Rocketfuel (6.30 petang – 8.30 malam)

Acara dibuka dengan persembahan bertenaga daripada bakat-bakat terhebat dan juga yang baharu di bawah naungan Rocketfuel Entertainment termasuk William So, Dr Soo Wincci, Nadeera Zaini, Wani Kayrie, Dennis Lau, Dinda Dania, Evertts Gomes, Azqa Aziz dan ramai lagi.

• MeleTOP Special: Wrap Up 2024 (8.30 malam – 10 malam)

Menyaksikan kembali momen ikonik 2024 bersama artis jemputan di MeleTOP menerusi Astro Ria (saluran 104).

Konsert Countdown MeleTOP 2025 (10 malam – 12.30 pagi)

Persembahan hebat daripada nama-nama besar seperti Dato’ Ramli Sarip, Shila Amzah, Aina Abdul, Noraniza Idris, Naqiu, Ayda Jebat, Firdaus & Fahimi Rahmat, Syafiq Kyle, Shiha Zikir, Drama Band, Khai Bahar, Bunga Isme, Ronnie Hussein, Illa Sabry, Sheila Abdull, Fairuz Selamat dan ramai lagi.

“Astro berterima kasih kepada semua pengunjung yang memeriahkan acara ini di Symphony East, IOI City Mall, Putrajaya semalam, serta mereka yang telah menyumbang kepada Yayasan Astro Kasih melalui inisiatif Kempen Banjirkan Kebaikan sepanjang bulan Disember 2024. Mari kita terus melangkah ke tahun 2025 dengan penuh harapan dan semangat baharu,” kata Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Kandungan GenNext Astro.

Untuk makluman, pengumpulan dana dihentikan sementara tetapi Yayasan Astro Kasih sedang memantau keadaan pihak berkuasa tempatan. Sekiranya bantuan lanjut diperlukan, Yayasan Astro Kasih akan memaklumkan kepada orang ramai.

Para peminat dan penonton boleh menyaksikan MeleTOP pada setiap hari selasa, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box dan Astro GO. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.