Taman Bandar TRX

Tuesday, 24 December 2024


Bila ada mall baru, ramai lah yang pergi nak tengok mall dia macam mana, sama lah jugak dengan kitorang yang baru ada kesempatan nak explore apa lagi yang ada dekat TRX. Sebelum ni dah dua kali datang sebab ada malam gala dekat AURUM Theatre. 

Sekarang ni jadi trend untuk mall peruntukkan kawasan luas sebagai taman. Dekat One Utama ada The Secret Garden which no longer secret, dekat Avenue K pun ada taman kecil untuk bergambar. Lagi satu mall dekat Lalaport siap ada bazar untuk peniaga kecil berniaga setiap minggu. 


Tak susah pun nak cari The City Park TRX ni sebab terletak berdekatan dengan Apple store. Kalau The Secret Garden memang tersembunyi betul but worth the effort once you've found the place. Taman Bandar TRX ni berkonsepkan open space lah sebab nak bagi tanaman hidup segar kan. 













Panas lit lit dekat atas ni tapi gigih ambik gambar dekat sini. Lepas dah sakit kepala kena sinaran mentari, kitorang pergi tengok Denai Rimba TRX. 


Dekat Dinai Rimba TRX ni katanya mempamerkan tanaman etnobotani. First time tahu kewujudan etnobotani. Maksudnya tanaman yang berkait dengan budaya setempat. Untuk budaya rakyat Malaysia mestilah bunga kantan sebab banyak digunakan dalam masakan. 

Tak pasti lah restoran-restoran dekat sini ambil daun kantan dekat Denai Rimba ataupun beli dekat Jaya Grocer. Tok I pernah pesan kalau nak tanam pokok, kena rajin ambil hasil dia. Kalau tidak, nanti dia merajuk. Hopefully staff TRX guna lah bunga kantan dengan misai kucing dekat taman ni. 


















Dekat belakang Taman Rimba TRX boleh tengok view ni. Nothing much to see tapi saja letak sini supaya menjawab persoalan yang curious. 


Sekejap je round dekat sini sebab Samsung overheat sebab cuaca panas teruk. I tutup data dan semua apps pun dia tak nak cool down so kitorang pergi kawasan redup. Dekat sini ada green wall penuh dengan Monstera Adansonii





Lepas tu kitorang jalan-jalan cari soft cookies sebab dekat TRX tengah famous dengan Ben's Cookies tu. Ada juga dua kiosk yang jual soft cookies tapi pilihan tak banyak macam Ben's. I tak minat soft cookies ni plus manis teruk. Adik I nak merasa sebab dia tak pernah rasa lagi. Lepastu balik lah ke rumah sebab masing-masing dah stress lepas sakit kepala kena panas. Handphone pun dah k.o masa ni. 



Sebelum kitorang pergi TRX, kitorang breakfast dekat Fikma, kedai mamak baru buka. Adik I minta sambal sikit untuk nasi goreng dia, betul-betul sikit staff Fikma tu bagi sambal. Hujung senduk je T.T

‘DONGENG SANG KANCIL’ MENGIMAGINASIKAN SEMULA KARAKTER POPULAR CERITA RAKYAT DALAM SENTUHAN MODEN | ‘Daripada Les’ Copaque Production, Pencipta Animasi Popular Upin & Ipin’ 

Penerbit animasi terkemuka Malaysia, Les' Copaque Production, merupakan studio pelopor kepada filem animasi 3D Malaysia yang berjaya mengangkat animasi tempatan ke pentas global menerusi karya popular Upin & Ipin, terus melebarkan sayap kreatif dengan menghasilkan filem terbaru, ‘Dongeng Sang Kancil’.



Filem ini merupakan filem animasi tempatan pertama yang menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D. Menjadi  satu-satunya filem animasi tempatan yang menemui penonton pada 2024 dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Disember 2024. Ini adalah masa yang tepat memandangkan cuti sekolah sudah bermula.


Dongeng Sang Kancil menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa. Selain penceritaan yang penuh keterujaan dan menyeronokkan,serta visual berkualiti tinggi, filem animasi ini membawakan babak aksi yang mendebarkan. Naskhah ini menampilkan watak utama ‘Sang Kancil’, iaitu karakter haiwan yang sangat popular dalam cerita-cerita rakyat sejak dahulu kala atas simbol kepintarannya dan kini diangkat ke layar perak untuk generasi baru. 

Menurut Penerbit Eksekutif Dongeng Sang Kancil merangkap Pengasas & Pengarah Urusan Les' Copaque, Haji Burhanuddin Md. Radzi berkata, “Dongeng Sang Kancil merupakan Kisah Kancil berwajah baru. Sebuah cerita dongeng rakyat terbitan Les’ Copaque Production untuk menginspirasi dunia. Mengekalkan keunikkan cerita Kancil sebagai haiwan yang bijak dan penuh dengan muslihat sehingga di angkat menjadi hakim di rimba. Tetapi kini Kancil akan diangkat menjadi Wira Rimba apabila menyelesaikan masalah penghuni hutan dengan skala yang lebih besar dan penuh emosi.”



Filem berdurasi 90 minit ini menyaksikan kisah pengembaraan seekor Kancil yang ingin membela kematian ibunya yang dibunuh dengan kejam oleh bayang hitam. Kehadiran Gagak memberi harapan yang hasratnya dapat menjadi kenyataan. Sepanjang pengembaraan Kancil, dia berjumpa tiga binatang pemangsa yang menguasai langit, daratan dan lautan/sungai iaitu Helang Perkasa, Gajah Belukar dan Raja Buaya. Kancil perlu melepasi cabaran setiap pemangsa tersebut. Tambah mencemaskan, Hutan Rimba yang dihuni semua binatang, kini menjadi sasaran seterusnya oleh bayang hitam.

 


Dongeng Sang Kancil membawakan kembali Nini Razali sebagai pelakon suara Kancil. Nini Razali merupakan pelakon suara Kancil dari umurnya 12 tahun melalui siri Pada Zaman Dahulu terbitan Les’ Copaque Production.

Dongeng Sang Kancil juga merupakan penampilan pertama penyanyi Amir Masdi sebagai pelakon suara dengan membawakan watak Harimau Kumbang. Beliau bukan sahaja menyumbang suara untuk lakonan malah turut menyanyikan dua buah lagu.

Selain itu, pelakon suara lain yang terlibat adalah Dinda Dania sebagai Arnab, Loke Keng Sun (Sang Tupai), Md FadzrianIldzan Bin Fadzian (Gajah Belukar), Muhammad Hafiz Bin Hassan (Helang Perkasa), serta Ahmad Razuri Bin Roseli (Raja Buaya) yang juga merangkap sebagai pengarah filem.
Terdapat lima buah lagu mengiringi babak-babak dalam filem ini. Antaranya, ‘Dongeng Sang Kancil’, ‘Hoo La Hey’, ‘Nasib Buaya’, ‘Bayang Hitam’, dan  ‘Dikir Harimau Kumbang’.

 

 

Trivia Dongeng Sang Kancil:

  • Filem animasi pertama terbitan Les’Copaque Production bertemakan haiwan rimba yang diangkat ke layar perak
  • Filem animasi tempatan pertama yang menggunakan Dolby Atmos Finas.
  • Filem animasi tempatan pertama menggunakan tenik hybrid 3D & kesan khas 2D
  • Produksi filem ini yang dijangkan akan mengambil masa 2 tahun berjaya disiapkan hanya dalam tempoh setahun setengah atas kehebatan krew Les’Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
  • Untuk visual,ini adalah julung kalinya teknik 2.5D digunakan di layar perak dengan mengabungkan teknik animasi tradisional iaitu lukisan 2d frame by frame dan 3d key framing animation.
  • Bahagian rendering dan kompositing menggunakan teknik "layer based". Setiap satu shot/babak memerlukan purata 50 layer (5x ganda dari siri upin ipin). Setiap 1 shot memerlukan masa rendering sehari untuk di render. Semua ini penting demi mencapai maksud 2.5D.

Dongeng Sang Kancil terbitan Les' Copaque Production dengan kerjasama Astro Shaw selaku pihak pengedar dan pemasaran bakal ditayangkan mulai 26 Disember ini. Gunakan #DongengSangKancil #WiraRimba untuk berkongsi tentang filem ini di platform media sosial. Ikuti perkembangan terbaru dan klip menarik di akaun media sosial media Les' Copaque Production dan Astro Shaw.

Babah, filem sulung yang penuh emosi daripada Nads Media Entertainment, telah mencipta fenomena di seluruh Malaysia sejak tayangannya pada 5 Disember 2024. Filem ini, yang mengupas kasih sayang mendalam dan sering tidak diungkapkan antara seorang bapa dan anak perempuannya, telah menyentuh hati penonton di seluruh negara.

Semalam, satu tayangan khas untuk media telah diadakan bagi meraikan sambutan luar biasa terhadap Babah. Penonton telah berkongsi pelbagai kisah peribadi di media sosial, menggambarkan bagaimana filem ini mencerminkan hubungan mereka dengan bapa masing-masing. Perkongsian ini telah menjadi tular, mencetuskan gelombang emosi yang terus membawa penonton ke pawagam.

Babah telah mencatat kutipan box office yang luar biasa sebanyak RM5.61 juta sepanjang 17 hari tayangan setakat ini, menjadikannya filem nombor satu di Malaysia. Pencapaian hebat ini turut membuka laluan kepada gelombang kedua penonton yang ingin menyaksikan kisah menyentuh hati ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia kami, kami dengan sukacitanya mengumumkan kempen istimewa. Penonton yang membeli tiket berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif, Kempen ini direalisasikan dengan tajaan daripada Ottoman Tour and Travels Sdn. Bhd.:

● 2 tiket: Penginapan mewah di Langkawi Sembilan Resort.

● 4 tiket: Percutian yang tidak dapat dilupakan ke Jepun.

● 6 tiket: Perjalanan spiritual untuk Umrah atau pengembaraan ke Eropah.

Perjalanan Babah masih belum berakhir. Dalam usaha kami untuk berkongsi kisah yang penuh emosi ini kepada khalayak yang lebih luas, kami dengan bangganya mengumumkan tayangan antarabangsa Babah di Singapura. Bermula 26 Disember 2024, Babah akan ditayangkan di enam lokasi Cathay Cineplex, termasuk Downtown East, Causeway Point, West Mall, Century Square, JEM, dan Clementi 321. Kami mengalu-alukan jiran-jiran kami di Singapura untuk merasai kedalaman emosi dan tema sejagat yang diketengahkan dalam Babah.

Nads Media Entertainment, yang sebelum ini dikenali dengan kepakaran dalam pengedaran filem dan drama, telah melangkah berani ke dunia penerbitan dengan Babah. Filem ini adalah bukti kekuatan penceritaan untuk menggerakkan emosi, memberi inspirasi, dan menyatukan masyarakat.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyokong Babah, daripada para penaja Daughters of Malaya, Al-Baik, dan ramai lagi yang telah menyumbang kepada kejayaan filem ini, kepada penonton kami. Sokongan anda yang tidak berbelah bahagi telah memungkinkan kejayaan ini.