Lunch di Dave's Deli, Subang Parade

Tuesday, 24 December 2024


Minggu lepas I temankan Aufa pergi money exchange dekat Subang Parade sebab dia nak pergi temankan adik dia tengok konsert Stray Kids dekat Jakarta. Tak sangka pulak adik dia Stay sebab dia tak pernah cerita pulak sebelum ni. Aufa bagitahu dia Carat je, bias Jeonghan itupun sebab I suka pasang lagu Seventeen dekat office. 

Alang-alang dah pergi Subang Parade, kitorang lunch terus lah dekat sini. I nak makan dekat Chicken Rice Shop tapi ramai orang pulak so kitorang pergi la Dave's Deli sebab tak pernah lagi makan dekat sini. I pernah order sekali je menu dekat sini, chili cheese fries dia. Sedap. 

Sistem dekat sini kena order dulu dekat kaunter lepastu buat payment then baru duduk dekat meja. Dia buat macam ni mungkin sebab popular menu dia roasted chicken. Masa tengah beratur dekat kaunter tu bila I toleh belakang memang kebanyakan meja pilih roasted chicken. 

😕: Ana, I nak makan roasted chicken. you makan apa?
😀: Aglio Olio mussels and chili tu lah. 
😕: Tapi I rasa nak ambik chicken pie lah. cuba you tengok chicken pie dia, besar kan? 
😀: Ha'ah faaa, besar jugak. Pernah makan ke chicken pie dia?
😕: Pernah je before this. I nak ambik yang tu lah. You tak payah tambah side dish tau, nanti kongsi je dengan I.
😀: Okayyy
😕: Bang, nak quarter roasted chicken dengan Aglio Olio mussels and chili 
😀: Ehhh?
😕: Biasalah perempuan hehe


A bit disappointed lah bila tengok aglio olio dia sebab basah hahaha first time jumpa yang basah macam ni. Tak pedas pulak tu padahal ada chili dekat nama menu. Kalau ada pedas manjahhhh boleh terima lagi tapi yang ni tak ada langsung pedasnya. Pergi mana entah, cuti Krismas mungkin. I order iced latte jugak tapi ceroiiiii. 



Roasted chicken dia not bad lah dengan sos yang melimpah tu. Veges dia pun tak overcooked, sedap je makan dengan ayam. Lepas ni kalau pergi Dave's Deli mungkin I akan order roasted chicken je lah sebab dia memang put effort dan maintan menu yang ni je. 

Btw, kitorang tunggu lama gila untuk makan sebab aunty dekat depan tu order banyak gila and being fussy about frozen food. Sudahnya lunch terbabas sampai pukul 2.30, balik pulak sangkut dalam traffic jam sebab hujan lebat gila. Walaupun Subang Parade ni dekat tapi banyak betul risikonya untuk keluar waktu lunch hour. Anyway, kitorang sel;amat sampai ke office dan Aufa dah selamat bercuti di Jakarta hshshs

Kopi Lorong, Subang Bestari

Monday, 23 December 2024


Dah sebulan Kopi Lorong ni beroperasi tapi baru sekarang rasa nak usha apa ada dekat cafe baru ni. Masa nampak bunting Kopi Lorong haritu, I ingatkan dia buka booth kecil dekat tepi lorong area situ tapi rupanya cafe. Kopi Lorong ni ganti restoran Kapten Zaman, rasanya owner yang sama cuma tukar main selling product je.  


Lepas sarapan dekat Restoran Bilal kitorang masuk sini sebab ada promosi 50% sempena pembukaan cafe.  Ada banyak pilihan drinks dekat Kopi Lorong ni dan juga pilihan makanan. Dari breakfast, lunch sampai ke dinner boleh makan dekat Kopi Lorong sebab menu dia sesuai untuk semua waktu. Operation hours pun dari jam 7 pagi sampai 11 malam. 





since kitorang dah pergi 3 kali so entry ni gabungkan semua cerita sebab malas nak update banyak kali. Kitorang dah try Iced Roasted Hazelnut Latte untuk first day, kopi dia sedap sebab pekat. Sebab tak nak manis sangat, I minta no sugar. Okay je rasa dia, pahit sikit lah tapi dah biasa. I beli brownies jugak on first day untuk hilangkan kempunan. Brownies dia biasa je for me, tak kerasa sangat, tak lembik sangat. 



Kali kedua pergi pun beli latte yang sama sebab sedap, lagipun tak ramai orang so senang dan cepat sebab attention staff dekat kita je. Tapi ada problem masa kali kedua berkunjung ni sebab takeaway all drinks. Cup holder dia lembik sampai Iced Latte I jatuh tertumpah. Actually first time pergi pun lebih kurang je tapi sebab cukup tangan nak pegang maka sempat lah nak prevent benda yang nak jadi. Kali kedua tu tak sempat, terjatuh la depan pintu. Staff Kopi Lorong ganti baru latte yang tertumpah tu. Kek Gula Melaka taste okayish, a bit manis lah sebab nama pun gula melaka, what to expect kan?



Kali ketiga pergi Kopi Lorong, I decide nak breakfast makan nasi lemak dekat sini tapi nasi lemak ayam tak ada. Terpaksa lah ambil nasi lemak biasa dengan sosej koktel. Nasi lemak Kopi Lorong okay lah sebab sambal dia not bad tapi ikan bilis keras sangat. 

Tak sure konsep utama Kopi Lorong ni back to nature ataupun vibe hiking ke apa tapi kalau tengok semua diner table semuanya rendah. Bila makan sangatlah tak selesa sebab kena membongkok. Even dine-in pun dapat makanan dalam box tapau tu. Mungkin first and last lah kot makan dekat Kopi Lorong sebab tak selesa. Lepas ni beli kopi atau desserts je. 

Malaysia Thailand Halal Food Festival MATHAF 2024, Star Avenue Shah Alam

Friday, 20 December 2024


Memandangkan MATHAF tahun lepas ada menu yang menarik, I expect tahun ni pun akan ada booth yang sama. Malangnya tidak. 

I pergi hari terakhir Malaysia Thailand Halal Food Festival beroperasi di Star Avenue sebab pergi beli groceries dekat NSK. Dah habis beli barang tu kitorang singgah untuk beli makanan lunch. Khemah dekat MATHAF ni cantik dihias tahun ni tapi panas sangat untuk makan dengan selesa. 




Kalau sebelum ni ruang makan di tengah-tengah, tahun ni layout dia berbeza sikit bila khemah untuk pengunjung makan ada di belah kanan, berhadapan dengan gerai jualan. Kalau malam okay lah kot nak makan dekat festival ni. 





Tahun lepas I tertarik dengan egg stick yang dijual dekat MATHAF tapi tahun ni tak ada. Bangkok Crepe pun  tak kelihatan, tomyam masih sama macam tahun lepas. Tak ramai pun yang jual padahal signature menu Thailand. Sebab craving nak makan tom yam kaw, beli lah juga dekat sini. 

Tahun ni ada menu menarik sebab air longan dengan air tembikai dihias cantik dalam cup guna cup holder yang eco friendly. 






Cantikkkk tapi manis baq hangggggg! Orang Thailand ni sama level macam Ore Kelate ke? 





Kitorang beli lokching dekat sini sebagai alas perut sebelum sampai ke rumah. Sos cicah dia menarik ye, sedap dan wangi jugak. 



Adik I beli laksa siam sebab before this pernah makan dekat event tapi bila beli dekat MATHAF wow what a disappointment, mi dia macam tali tangsi. Kuah pun tak sesedap yang kitorang makan tu. Tomyam Seafood I beli pun manis je lebih, bahan sikit tak padan dengan harga RM18 semangkuk. Tahun depan tengok lah menu apa pula yang ada sebab lain tahun lain menu yang dijual. Mungkin menu-menu tu dah tak viral ataupun owner booth taknak join MATHAF dah. 

Selepas kejayaan kerjasama mereka melalui filem pendek “See You Again, Grandma”, Oceanus Media Global dan Filmforce Studio Malaysia dengan bangganya mengumumkan projek bersama terbaru untuk filem aksi yang dinanti-nantikan, “Bandit”. Filem ini diarahkan oleh pengarah filem tersohor Malaysia, Datuk Yusry Abdul Halim dari Yureka Films, dengan peruntukan bajet melebihi SGD 5 juta, menjadikannya salah satu projek paling bernilai tinggi dalam sejarah sinema Asia Tenggara.

Berlatarbelakangkan tahun 1920-an ketika era penjajahan British, “Bandit” mengisahkan perjuangan para nasionalis dan pemberontak yang berusaha merpertahankan khazanah negara daripada dibawa keluar dari Tanah Melayu ke Singapura sebelum dihantar ke London. Filem ini mengetengahkan tema perjuangan dan kebanggaan budaya, dengan matlamat untuk memukau hati penonton serantau, sepertimana kejayaan filem pecah panggung Malaysia, “Mat Kilau”.

Kerjasama ini menunjukkan perkembangan teknologi yang signifikan dalam dunia perfileman Asia Tenggara dengan mengintegrasikan teknologi produksi maya canggih oleh Oceanus Media Global dan penghasilan kecerdasan buatan (AI). Alat berteknologi tinggi, yang sudah meluas penggunaannya di Hollywood, kini bakal merealisasikan penciptaan adegan-adegan luarbiasa yang sebelum ini dianggap mustahil di rantau ini.

Fred Chong, Penerbit “Bandit” dan pengasas Filmforce Studio Malaysia, menyatakan “Kerjasama dengan Oceanus Media Global dalam ‘See You Again, Grandma’ telah membuktikan potensi luar biasa teknologi produksi maya. Dengan mengaplikasikan teknologi inovatif ini pada skala yang lebih besar, ianya sangat relevan untuk syarikat Malaysia, dan ‘Bandit’ adalah projek yang tepat untuk mempamerkan keupayaannya.”

Nick Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Oceanus Media Global, turut meluahkan keterujaannya: “Bekerjasama dengan Filmforce Studio Malaysia dalam ‘Bandit’ adalah pengalaman yang sangat mengujakan. Teknologi produksi maya telah merevolusikan industri perfileman Hollywood, dan kini adalah masanya untuk Asia Tenggara memanfaatkan potensinya. Kami berimpian untuk menetapkan standard baharu dalam sinema serantau dan menghasilkan sebuah filem blockbuster yang mampu menarik perhatian penonton di Malaysia dan Singapura. Dengan pelakon-pelakon terkemuka dari kedua-dua negara, kolaborasi ini menandakan satu pencapaian penting untuk kerjasama rentas sempadan dalam industri kreatif.”

Rakan kongsi produksi kini sedang mendapatkan sokongan daripada kerajaan Malaysia dan Singapura untuk meningkatkan landskap kandungan media serantau. Penggambaran filem “Bandit” dijangka bermula pada suku kedua tahun 2025 dengan sasaran tayangan pada tahun 2026.

Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, berkata “Kerjasama antara Oceanus Media Global dan Filmforce Studio Malaysia adalah contoh terbaik bagaimana perkongsian rentas sempadan dapat memperkasakan sinema Asia Tenggara. ‘Bandit’ bukan sekadar sebuah filem; ia merupakan bukti kepada apa yang boleh dicapai apabila teknologi bertaraf dunia digabungkan dengan naratif budaya yang kaya.”

Kerjasama ini mencerminkan komitmen jangka panjang Oceanus Media Global dan Filmforce Studio Malaysia untuk memperluas sempadan penceritaan dan teknologi pembikinan filem di Asia Tenggara. Kedua-dua syarikat yakin bahawa “Bandit” bukan sahaja akan menjadi filem perintis, tetapi juga menginspirasi kerjasama masa depan yang akan mengukuhkan ekosistem hiburan serantau.

************************************

Mengenai Oceanus Media Global

Oceanus Media Global adalah sebuah syarikat teknologi media kreatif terkemuka yang memfokuskan kepada media imersif dan produksi maya. Kami menyampaikan pengalaman inovatif dalam pelbagai bidang, termasuk pemetaan set 3D, aktivasi maya dan hybrid, penstriman interaktif, multimedia immersif, dan pemasaran pengalaman. Pendekatan pelbagai disiplin kami menggabungkan kepakaran teknikal, pemikiran eksperimental, dan inovasi pemasaran untuk memenuhi permintaan kandungan digital imersif yang semakin meningkat.

Mengenai Filmforce Studio Malaysia

Filmforce Studio Malaysia adalah sebuah syarikat produksi terkemuka di Asia Tenggara yang terkenal dengan penghasilan filem berkualiti tinggi dan berteraskan budaya. Berpusat di Malaysia, studio ini mempunyai rekod cemerlang dalam pelbagai genre, termasuk kolaborasi terkenal seperti “Modern Dynasty 2” (China-Hong Kong), “Friend Zone” (Thailand), “The Confidence Man JP” (Jepun), dan “Blessings 2” (Singapura). Dengan penggunaan teknologi canggih dalam penggambaran dan pascaproduksi, Filmforce Studio meningkatkan daya tarikan penceritaan dan visual, menghasilkan naratif yang memikat hati penonton di seluruh dunia.

Throwback Thursday | Last Day Hazman

Thursday, 19 December 2024

Bulan Julai lepas our Syariah Lawyer, Sheikh Hazman bagitahu last day dia hari Jumaat tu so ada lah farewell gift nak bagi dekat semua. Dua beg IKEA dia bawa ke office untuk bagi seorang satu hadiah. Gift bag untuk staff perempuan tak sama dengan staff lelaki. Ada plot twist jugak sebab kena buat cabutan nombor. 

Awal tu I taknak join farewell session sebab tengah busy dengan kerja, ada dokumen kena prepare urgently. I bagitahu Teha tolong ambilkan hadiah and pass semua luck I dekat dia sebab macam tak sempat nak join. Rupanya diorang insist jugak nak semua orang join, nasib lah sempat jugak siap sebelum pukul 5 petang. Dah macam lipas kudung dah siapkan kerja sebab tak nak semua pishang menunggu. 


Kecoh jugak lah masa ni sebab semua pun nak hadiah yang special dari Hazman tapi hadiah speacial tu ada satu saja, kalau luck tak cun, tak dapat lah kan? Hazman bagitahu special number is 12. Kenapa 12? I pun tak tahu, mungkin lucky number dia kot. 



Masing-masing ambil gift bag ikut number yang diorang pilih tapi seorang saja tak dapat sebab Hazman simpan. Bila semua dah dapat hadiah Teha dah menjerit sebab dia lah yang bertuah tu. I pun terkejut sebab I dah bagi luck I dekat dia sebelum tu. Cisssss!

Walaupun I jarang ada luck dalam lucky draw tapi satu tambah satu tetap jadi dua, lebih dari orang lain. Nak kata menyesal tu tidak tapi tu lah, terkejut je hshshs



Seronok punya pasal dapat hadiah lain dari orang lain, Teha berlari pusing satu office tayang hadiah dia. 




Bila masing-masing buka hadiah dari Hazman, ada yang buat sistem barter tukar shawl. Tak semua shawl sama sebab ada yang printed, ada yang plain. I dapat shawl plain warna kelabu tapi okay je sebab warna tu tak ada lagi. I pun selalu pakai kelabu jugak sampai shawl yang ada tu pun dah nak lusuh. 


Selain dari shawl, I dapat coaster satu kotak dengan pewangi bilik dari SSF Home. Macam pelik juga lah dapat pewangi serai tapi bila Google function jugak lah boleh halau serangga dan nyamuk. Dah habis dah pun pewangi ni sebab tu baru teringat nak up entry. 

Anyway, all the best dekat office baru Hazman. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Thanks sebab jadi co-worker yang baik sepanjang dekat Ram Reza & Muhammad. Have a good life, take care and kahwin jangan lupa jemput :)

ASTRO SHAW MEMACU ERA BAHARU SINEMA MALAYSIA  DENGAN ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ | Merintis Evolusi Baru Dalam Himpunan Penerbitan Kesinambungan IP Popular, Pelawa Jalin Kerjasama dengan Pemain Industri  

Sebagai salah sebuah pemain industri utama perfileman tempatan, Astro Shaw terus komited untuk meningkatkan landskap sinema Malaysia agar dapat bersaing dan berdiri setanding industri serantau dan atarabangsa. Astro Shaw meneliti usaha dan menyusun pelbagai strategi untuk sama-sama memastikan agar industri ini terus relevan dan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Kami percaya matlamat ini tidak akan membuahkan hasil tanpa kerjasama ramai pihak. 

Salah satu inisiatif untuk merealisasikan visi ini ialah dengan memperkenalkan Astro Shaw Cinematic Universe. Langkah strategik ini mencerminkan visi berpandangan jauh Astro Shaw dalam membuka pintu untuk menjalin kerjasama baharu bersama studio produksi, tenaga kreatif, bakat anak seni, agensi serta sektor industri berbeza dalam memperluaskan capaian penonton melalui karya sinematik yang berinovasi.

Astro Shaw Cinematic Universe merupakan projek yang menghimpunkan IP blockbuster filem terbitan Astro Shaw dan bakal dikembangkan menerusi filem dan siri premium terbaru. 

Antara filem yang bakal menemui penonton mulai tahun 2025 dan seterusnya ialah ‘Polis Evo 4’, ‘REZA’ dan siri premium ‘Evo Academy’ menerusi francais Polis Evo; filem francais Keluang Man seperti ‘Keluang Man’, ‘Baling’, ‘Patani’ ‘Keluang Man 2’, ‘Besut’ dan ‘Kataha’; manakala High Council Universe bakal diteruskan menerusi siri premium bertajuk ‘Kudrat 1968’. Terdapat beberapa lagi IP terbitan Astro Shaw yang bakal dikembangkan di bawah cinematic universe ini dan pastinya memberi keterujaan kepada peminat industri hiburan tempatan. 

Seterusnya, hasil daripada kerjasama ini akan menyaksikan satu gabungan filem pada tahun 2028. Universe yang mempersembahkan nuansa Malaysia ini menggabungkan pelbagai genre dan cerita. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya, mencipta sejarah baru untuk sinema Malaysia.

Berbeza dengan universe superhero yang lain, ia tidak akan bergantung kepada sekumpulan superhero sahaja. Sebaliknya, ia bakal meneroka naratif yang saling berkait dengan cara yang tidak dijangka. Pendekatan kolaboratif ini menjanjikan penyampaian jalan cerita yang baru. 

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Sejak Astro Shaw ditubuhkan pada 1996, kami yakin ramai yang telah membesar dengan filem-filem kami, di samping menyaksikan transformasi besar kualiti filem yang diterbitkan. Walaupun ada filem tempatan berjaya dengan kutipan box office, namun secara keseluruhan industri filem Malaysia masih bergelut. Pembikin filem kini berdepan persaingan yang sengit, termasuk daripada kandungan media sosial dan platform OTT yang telah mengubah cara penonton berinteraksi dengan kandungan.

Meskipun kutipan kasar box office (GBO) adalah penting, tetapi sebagai penerbit kita perlu meneroka sumber baharu seperti merchandise, intergrasi jenama, dan tembusi platform yang lebih meluas. Pendekatan ini bukan sahaja mendorong pertumbuhan kewangan, tetapi turut memanjangkan jangka hayat dan legasi naskhah yang kita terbitkan. 

Kami berhasrat untuk menyokong industri filem Malaysia dengan mencipta peluang buat pembikin filem, serta menyumbang kepada ekosistem sinema Malaysia. Kami meneliti usaha dan menyusun pelbagai strategi untuk membawa industri ini ke tahap yang lebih tinggi. Kami percaya matlamat ini tidak akan membuahkan hasil tanpa kerjasama ramai pihak. 

Dengan memperkenalkan Astro Shaw Cinematic Universe, kami ingin mengalu-alukan kolaborasi bersama studio produksi, tenaga kreatif serta bakat-bakat anak seni, termasuk sinergi di antara pelbagai industri.

Dengan mengumumkan barisan filem yang bakal diterbitkan, kami mengharapkan ia memberi keterujaan kepada penonton, termasuklah penggiat seni dan pemain industri, di samping membuktikan kemampuan industri perfileman Malaysia sebagai medium kreatif yang mampu mendekatkan masyarakat. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penonton, peminat, studio produksi dan rakan kerjasama yang telah memberi sokongan padu kepada Astro Shaw selama ini. Sama-sama kita melangkah ke dunia penuh kemungkinan.”

Dalam pada itu, tahun 2024 memperlihatkan Astro Shaw bergerak agresif sebagai pelopor atau ‘game changer’ yang memulakan era baharu dalam landskap pemasaran. Beberapa kolaborasi strategik dijalin bagi menghasilkan sinergi antara pelbagai industri, seperti penghasilan iklan komersial Kopi Edisi Kluang bersama Wonda untuk filem Keluang Man, Mirinda untuk filem The Experts, serta Tune Talk dan Grab untuk filem Kahar : Kapla High Council. Antara inisiatif yang dilakukan termasuk penghasilan iklan komersial dengan penampilan barisan pelakon utama, selain merchandise rasmi edisi terhad. 

Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Astro Shaw Cinematic Universe, layari www.astroshawuniverse.com atau imbas kod QR di bawah untuk maklumat lanjut. Ikuti perkembangan filem-filem terbaru di bawah Astro Shaw Cinematic Universe di akaun media sosial Astro Shaw.