Projek Bersihkan Warehouse RRM

Thursday, 12 December 2024

Masa tahun pertama masuk RRM dulu, I dapat tugasan yang sama jugak kena bersihkan fail-fail Corporate Department yang bersisa dekat warehouse. Masa tu setiap department hantar wakil tapi mostly staff dengan chambee je sebab lawyers busy dengan ongoing file. Ingat lagi masa tu car pool dengan Hilmi dan Kak Nora nak pergi warehouse sebab parking dekat Diamond Square ni limited teruk. 

Pernah je pergi warehouse tapi electrik tak ada so kitorang bersihkan dalam gelap dan panas. Sakit kepala terpaksa tahan bau bangkai burung dekat dalam toilet. Nasib baik kali ni pergi dah check ada elektrik tapi tetap panas sebab tak ada aircond. Toilet pun tak boleh guna so kena tumpang dekat kedai makan ataupun salon dekat depan unit. 


Projek bersihkan warehouse ni dibahagikan kepada dua sesi, pagi dan petang. Belah pagi untuk Conveyancing dan Litigation. Belah petang pula untuk Corporate dengan Syariah tapi I pergi pagi sebab naik train lepastu pagi tak panas sangat. Naik MRT dari Kwasa Sentral, tukar ke LRT dekat Pasar Seni lepastu sampai ke LRT Wangsa Maju. I sampai dekat stesen pukul 10 pagi then Kak Ida tolong datang ambik. Ikutkan nak naik bas je sampai Diamond Square tapi jauh nak berjalan. Belum start kerja lagi dah habis energy dekat travel je. 


Sarapan pagi ditaja oleh Datuk Hisham masa tu tapi dia stay kejap je, check attendance. Lepas dia balik tu, meriah lah sikit nak menyembang sambil buat kerja. I tak payah buat banyak benda pun untuk Corporate sebab before this dah pernah kemas dan letak tag ikut tahun. Mana yang dah cecah 10 tahun, dah boleh dispose. Yang belum cecah lagi akan dibawa ke storage unit baru. Warehouse ni dah nak jual sebab HQ dah berpindah ke Petaling Jaya. Susah kalau kitorang nak cari file lama sebab jauh. 




Lepas dah settle file Corporate, I tolong sort files untuk Litigation dengan Iddin sebab department Litigation HQ dah tutup jadi banyak lah file lama yang perlu dispose. Sebelum nak dispose tu kena check last correspondence tu dah confirm tutup ataupun kena tunggu certain date ke apa. Tapi mostly file tahun 2012 so dah boleh masuk dalam senarai dispose file. 




Kalau kemas warehouse ni mesti jumpa khazanah berkaitan dengan Tokti sebab client lama dari tahun awal penubuhan RRM sampai lah sekarang. Banyak lah keratan akhbar yang Datuk Hisham simpan sebagai kenangan. Album pun pernah juga jumpa dekat sini. 



I tak tahu Adi nak buat pose robot ataupun statue

Masa ni ramai juga yang datang pagi sebab dah ada plan untuk waktu petang tapi tak ada masalah pun sebab dah ada ruang di bahagian tengah lepas asingkan beberapa kotak yang nak dispose. Lepas ni boleh buat sesi pagi je lah untuk semua department. 



Konon je nak stay sampai tengahari sudahnya I stay sampai petang dekat warehouse ni sebab dah tak ramai dah petang tu. Kesian pulak nak tinggalkan Kak Ida dengan Kak Nurul berdua je buat kerja. Balik dari warehouse pun Kak Ida tolong hantarkan ke stesen LRT Wangsa Maju. 

Dua minggu kemudiannya ada sesi bersihkan warehouse jugak tapi I tak pergi sebab dah ada plan minggu tu. 

Astro Peroleh Hak Penyiaran Liga Perdana Inggeris & Piala FA Emirates Sehingga 2028 | Lebih Keterujaan Bola Sepak Inggeris di Home of Sport, Astro

Astro, peneraju destinasi hiburan Malaysia hari ini telah mengumumkan kejayaan dalam memperoleh hak penyiaran ekslusif Liga Perdana Inggeris dan juga Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang, 2025/26 sehingga 2027/28. Kesinambungan ini adalah hasil daripada kerjasama erat diantara Astro dan juga pihak Liga Perdana Inggeris, bagi memastikan peminat bola sepak sentiasa dapat menyaksikan kandungan menarik liga bola sepak antarabangsa.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata, “Kami teruja meneruskan kerjasama dengan Liga Perdana Inggeris dan juga Piala FA Emirates untuk membawakan 3 musim berikutnya selepas kempen terkini. Pembaharuan ini membuktikan komitmen kami dalam terus menyediakan kandungan sukan terbaik buat rakyat Malaysia. Liga Perdana Inggeris adalah kandungan sukan terbaik kami, dan kami berharap dapat membawakan penonton kami lebih dekat dengan aksi menerusi liputan meluas, rancangan inovatif dan pengalaman yang menarik.”

“Kami amat bangga dengan peningkatan tontonan kepada 70% bagi musim 23/24, membuktikan bahawa ia mencerminkan kualiti servis, yang memberikan lagi tarikan tambahan kepada Liga Perdana Inggeris di mata rakyat Malaysia.” Tambah Euan.

Paul Molnar, Ketua Pegawai Media, Liga Perdana Inggeris, berkata: “Kami gembira memperbaharui kerjasama dengan Astro, selaku salah satu rakan kongsi paling lama di Asia, dan untuk tiga musim berikutnya. Astro telah memainkan peranan penting dalam membawa Liga Perdana kepada peminat Malaysia selama lebih daripada sedekad, menyiarkan pertandingan dengan konsisten, berkualiti dan bersemangat. Pembaharuan ini mencerminkan komitmen kerjasama kami dalam membawakan hiburan bola sepak bertaraf antarabangsa kepada para penyokong di serata Malaysia. Kami berharap untuk terus menjalin hubungan erat dengan Astro untuk membawakan pengalaman terbaik buat semua peminat Liga Perdana Inggeris di rantau ini."

Pembaharuan ini akan menyaksikan Astro bakal menyiarkan kesemua 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris dalam HD dan perlawanan terpilih dalam 4K UHD, bersama dengan perlawanan Piala FA Emirates. Dengan liputan menyeluruh kami, para pelanggan boleh merasakan keterujaan perlawanan di antara pasukan terkuat, cetakan gol terbaik, dan juga suasana ikonik tidak kira masa, di mana jua. Strim perlawanan di peranti kegemaran anda atau nikmati di skrin kegemaran anda di rumah.

Dengan tambahan siaran langsung perlawanan, Pelanggan Astro boleh melihat inisiatif lain seperti:

  • Kandungan Original dan Tempatan: Selain dari siaran langsung, Astro juga akan terus menghasilkan kandungan original seperti program majalah, temu bual eksklusif, dan persembahan dari padang. Bersama Liga Perdana Inggeris, Astro akan menayangkan siri kedua rancangan hangat, “From KL to PL” pada Januari 2025, sebuah rancangan realiti pengembaraan yang menampilkan bakat hiburan dan sukan Malaysia merasai pengalaman menyaksikan Liga Perdana Inggeris di UK.
  • Pengalaman yang tidak ternilai: Pelanggan Astro akan terus mendapat akses barisan hadapan buat semua pesta tontonan eksklusif di kedai makan, hospitaliti, dan perniagaan lain, Pakar bola sepak kami juga akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan dengan hadiah menarik dan barangan ekslusif yang juga sebahagian dari program Astro Rewards.

Astro dan Liga Perdana Inggeris akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam melindungi hak harta intelek dan juga membasmi cetak rompak. Dengan kerjasama ini, ia akan menggunakan strategi dari pelbagai aspek termasuk kempen kesedaran mengenai bahaya akibat dari menjalankan penstriman haram. Mengekang cetak rompak adalah penting buat Astro dan Liga Perdana Inggeris untuk terus melabur dalam hak penyiaran bagi perlawanan dan juga pengalaman yang mereka berikan kepada para peminat. 

Kesemua pelanggan Astro boleh menonton Liga Perdana Inggeris menerusi Sports Pack Astro One, pilihan kandungan sukan setempat buat peminat untuk menyaksikan siaran langsung sukan termasuk Liga Perdana Inggeris, Program BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838. Untuk pelanggan sooka, strim kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung di sooka menerusi plan Sports & Entertainment. Layari sooka.my untuk maklumat lanjut.

Astro Lancar Pakej Hiburan Fleksibel dengan Astro One | Pakej mudah baharu – fleksibel, mudah dan sesuai untuk setiap isi rumah di Malaysia

Astro terus mengubah landskap hiburan Malaysia dengan memperkenalkan Astro One, rangkaian tiga pakej hiburan yang dipermudahkan khas untuk isi rumah di Malaysia. Bermula dengan hanya RM49.99, pakej utama seperti Entertainment Pack, Sports Pack dan Epic Pack menjadikan hiburan lebih mudah, fleksibel dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Menggabungkan saluran TV terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan tambahan jalur lebar yang fleksibel, Astro One membawa perubahan besar dalam cara keluarga Malaysia menikmati kandungan hiburan. 

Astro One mencerminkan falsafah Astro untuk mempermudah penstriman kandungan bagi keluarga di Malaysia dengan menawarkan harga yang berpatutan, pilihan yang lebih mudah dan akses mudah kepada hiburan tanpa henti. Ia menggabungkan kandungan antarabangsa, serantau dan tempatan bersama produksi Astro yang terkenal di Malaysia. Pakej-pakej ini turut mengambil kira minat yang berbeza dan keperluan kandungan yang pelbagai mengikuti situasi, genre serta tabiat tontonan setiap ahli keluarga dengan menyedari bahawa tontonan kini berlaku melalui telefon bimbit, tablet, komputer riba dan televisyen. 

CEO Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata “Astro One dihasilkan dengan meletakkan fokus kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan dan kehendak isi rumah di Malaysia yang sentiasa berubah. Ia memudahkan pengalaman hiburan dengan menggabungkan semua dalam satu perkhidmatan yang lengkap. Pakej-pakej ini menawarkan lebih nilai, serta membolehkan para pelanggan mengubah suai langganan mereka dengan pilihan tambahan yang lebih jelas dan berbaloi, termasuk aplikasi penstriman kegemaran mereka dan jalur lebar berkelajuan tinggi. Kesemuanya memberikan pengalaman yang lebih peribadi, mudah diurus dan pada harga yang berpatutan.”

“Strategi keseluruhan Astro adalah untuk memastikan semua segmen penonton mendapat perhatian yang sewajarnya. Astro One direka khusus untuk keluarga, perkhidmatan penstrimannya, sementara sooka, lebih sesuai bagi individu yang mencari kandungan ringkas. Astro One merupakan satu pencapaian besar dalam misi Astro untuk terus kekal sebagai Destinasi Hiburan di Malaysia, menetapkan piawaian baharu dalam industri ini.”

Astro One juga menandakan perubahan dalam peranan Astro sebagai platform untuk rakan penstriman, menjadikannya lebih fleksibel, menawarkan nilai yang lebih baik dan memudahkan akses kepada kandungan bertaraf dunia di satu tempat, sekaligus mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi utama kandungan di Malaysia. 

Astro One menawarkan kemudahan dan fleksibiliti yang lebih tinggi, memenuhi pelbagai keperluan hiburan. Pakej-pakej yang disediakan adalah:

  • Entertainment Pack: Menyediakan pelbagai hiburan tempatan untuk seluruh keluarga, termasuk rancangan Signature Astro seperti Gegar Vaganza dan Attam, Astro Originals seperti Project; Exit dan The Best of Us, rancangan kanak-kanak, serta program dari Korea, Cina, India, dan antarabangsa. 
  • Sports Pack: Pakej yang penuh dengan hiburan sukan untuk peminat sukan secara LANGSUNG seperti Liga Perdana, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. Nikmati pengalaman sukan terbaik selain kandungan-kandungan dalam Entertainment Pack dan akses ke beIN SPORTS CONNECT.
  • Epic Pack: Dicipta untuk semua, termasuk peminat filem, dengan akses ke Netflix, Max, Disney+ Hotstar, BBC Player, iQIYI, kandungan kanak-kanak dan pelbagai rancangan hiburan, di samping semua kandungan dalam Pek Sports dan Pek Entertainment. Para pelanggan boleh menonton rancangan popular dari rakan penstriman kami seperti Squid Game 2, Deadpool & Wolverine, Starlight Boys dan Nigella’s Amsterdam Christmas.

Setiap pakej boleh disesuaikan dengan tambahan mudah, termasuk:

  • Lebih 11 aplikasi penstriman popular, seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South, dan banyak lagi. 
  • Pakej kandungan khas yang disesuaikan mengikut minat tertentu, seperti Variety, Kanak-kanak, Berita dan Dokumentari, Sports Extra, serta saluran HBO dengan kandungan Max. 
  • Perkhidmatan tambahan termasuk GO+, Multiroom, dan pilihan Jalur Lebar dengan kelajuan dari 100 Mbps hingga 800 Mbps. 

Para pelanggan boleh mengubah langganan mereka melalui aplikasi My Astro, termasuk mengemas kini pakej, menukar antara pilihan tambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih pek yang baharu pada bila-bila masa yang mereka mahu. Dengan Ultra dan Ulti Box, para pelanggan dapat menikmati penstriman tanpa had dan menemui lebih banyak kandungan kegemaran mereka di Astro. Pengalaman pelanggan dipertingkatkan lagi dengan penambahan jalur lebar berkelajuan tinggi Astro Fibre.

Astro terus berkomitmen untuk menjadikan hiburan lebih mudah dan menyeronokkan bagi rumah tangga di Malaysia, serta menyokong industri kreatif tempatan. Astro One menggambarkan komitmen ini dengan menawarkan nilai yang lebih baik, kejelasan dan kemudahan, menjadikan ia lebih mudah untuk seisi keluarga menonton rancangan kegemaran mereka di mana-mana skrin, pada bila-bila masa. Dengan Astro One, para pelanggan boleh menstrim sehingga empat peranti serentak di aplikasi Astro GO, membolehkan keluarga menstrim pada hingga 4 peranti pada bila-bila masa, memastikan setiap ahli keluarga mendapat apa yang mereka mahu.

Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.

*Semua harga yang dipaparkan dalam siaran akhbar ini adalah tidak termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Last Meeting Dengan Floor Managers

Wednesday, 11 December 2024

Seminggu selepas meeting dengan Floor Manager, ada meeting kali kedua pula tapi yang datang anak-anak buah dia sebagai wakil. Dalam meeting ni ada juga committee lain untuk update progress masing-masing. Tak ramai pun yang ada dekat office sebab ada yang tak sihat, ada yang kena attend meeting hari tu jadi mostly join guna Google Meet. 


Muka masing-masing dah stress sebab penat dengan kerja hakiki lepastu kena fokus juga dengan preparation Annual Dinner yang tinggal berapa hari lagi. Meeting ni pun buat jam 6 petang lepas working hours sebab ini je waktu senggang. Esoknya dah public holiday sebab birthday Sultan Selangor. 

Masa go through cue sheet dari Floor Managers muncul pula tugasan lighting. Kena confirmkan balik dengan Glamhall ada berganti spotlight dengan lighthouse tak. Kalau ada, kena minta seorang dari committee untuk in charge masa event nanti. Masalahnya, committee pun dah tak menang tangan nak handle semua benda. Boleh je kalau committee yang in charge untuk kek atau pendaftaran assist untuk lighting tapi masa dinner nanti ada banyak acara berjalan, takut kelam-kabut semua orang. 

Nasib baik lah Glamhall confirmkan diorang tak ada button untuk lampu so tak perlu berganti-ganti lampu macam dalam cue sheet. Patutnya part ni boleh confirm awal tapi kalau plan nak buat dinner pun last minute, banyak lah benda yang muncul di saat akhir. 


Lepas settle isu lighting, kitorang discuss pasal performance sebab ada yang back-out last minute macam emcee tak larat nak perform untuk malam tu. Chambee pun tak confident nak perform so kitorang re-arrange balik masa dalam cue sheet. Ada perubahan juga untuk jumlah cabutan Lucky Draw, dari 5 cabutan bertukar kepada 8 cabutan kemudian dipendekkan kepada dua sesi sebab tak nak drag masa lama sangat. 

Perubahan juga pada band performance dari 5 lagu per session, ditukar kepada 3 lagu saja sebab mostly lagu Irama Malaysia ni makan masa sampai 5 ke 6 minit. Kalau 5 lagu boleh cecah setengah jam atau lebih. Acara catwalk kanak-kanak pun boleh jadi drag lama sebab tak boleh nak jangka perangai masing-masing macam mana nanti. 

Lepas dah susun dan update progress dari committee lain, Floor Managers akan update latest cue sheet dalam masa terdekat. I request playlist Irama Melayu dari diorang juga sebab diorang dah biasa handle event so dah familiar dengan playback audio. Untuk make sure flow masa event nanti berjalan lancar, Floor Manager advise untuk kitoang ada walkie-talkie tapi kitorang mana la prepare benda tu sebab bukan business nature handle event pun. Kalau nak sewa kos pulak nak fikir. So diorang suggest install apps Zello. 


Selesai meeting tu I tolong Kak Nurul pulak untuk confirmkan attendance pastu discuss la sikit apa yang tak selesai lagi. Barai dan baran T.T

Movie Review | Jigra (2024)


Director: Vasan Bala
Writers: Debashish Irengbam, Vasan Bala
Cast: Alia Bhatt, Vedang Raina
Production Companies: Dharma Productions, Eternal Sunshine Productions
Distributors: Viacom18 Studios (North India), Asian Suresh Entertainment (Andhra Pradesh and Telangana), Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time: 153 minutes
Release Date: 11 October 2024
Trailer:


Satya (Alia Bhatt) bekerja sebagai pengurus hotel milik pakciknya untuk menyara kehidupan dia dan adiknya, Ankur (Vedang Raina). Sejak kecil lagi Satya menjaga Ankur dengan kasih sayang setelah bapanya memilih untuk bunuh diri. 

Ankur membesar dengan sihat dan cerdas walaupun rimas dengan sifat overprotective Satya. Sehinggalah Ankur mendapat tawaran dari penaja untuk computer software di Hanshi Dao. Ankur travel ke sana bersama sepupu mereka, Kabir. Gembira dengan penerimaan penaja, mereka berdua berparti kemudiannya ditahan polis kerana memandu melebihi had laju yang dibenarkan. Ketika diperiksa oleh polis, sepaket dadah dijumpai dalam kocek seluar Kabir. 


Undang-undang Hanshi Dao akan menghukum bunuh kesemua pesalah yang terlibat dengan dadah terutamanya pelancong. Keluarga Kabir manipulasi keadaan dan meletakkan salah ke atas Ankur sepenuhnya. Satya yang berang dengan keputusan tersebut segera pergi ke Hanshi Dao untuk menyelamatkan Ankur. 

Filem Jigra merupakan filem aksi pertama untuk Alia Bhatt arahan Vasan Bala yang pernah popular dengan filem Monica, O My Darling (2023) dan Mard Ko Dard Nahi Hota (2019). Berbanding dua filem sebelumnya yang santai dan menghiburkan, tone filem Jigra lebih serious dan melankolik. 


Alia dan Vedang nampak comel sebagai adik-beradik cuma sayangnya kita tak diperkenalkan dengan dua watak ni dengan lebih mendalam. Daripada pengarah focus dengan jailbreak angle, lebih baik bagi ruang untuk bonding Satya dan Ankur. Bond ni penting untuk kuatkan impak keputusan Satya yang nak buat kerja gila rempuh masuk penjara di Hanshi Dao. Macam mana nak yakinkan penonton watak wanita yang petite nak lawan 500 orang pihak polis dan 6,000 penjenayah di negara asing? 

Dalam interview Vasan Bala ada bagitahu yang filem Jigra gagal hit di box office sebab ada sesuatu yang buatkan orang tak yakin dengan filem Jigra. Macam mana nak yakin kalau dalam trailer pun tak tonjolkan strength point untuk Satya? Bila tengok full movie lagi rasa merepek tengok second half. Dekat hujung tu tertanya-tanya apa salah Muthu? Betul apa dia cakap dan risaukan tu. Apa salah polis yang terbunuh masa jailbreak tu jugak?  Kalau penulis tunjuk yang polis dekat situ korup, I boleh faham tapi tak ada pun. 


Dari segi lakonan, Alia Bhatt deliver dengan baik watak Satya sebagai kakak yang sentiasa menjaga adiknya even paranoia dia relevan bila nampak si ayah bunuh diri depan mata. Walaupun tak ada babak dia besarkan Ankur tapi boleh faham adik-beradik ni struggle hidup dalam ihsan saudara-mara. Tak ambil masa yang lama pun untuk saudara buang mereka berdua untuk selamatkan diri. Vasan Bala dapat pati yang tepat untuk gambarkan hubungan saudara mara yang rapuh untuk masyarakat Asia. Comel sangat bila Satya pandang Ankur dekat penjara. Innocent face sama macam Raha. 


Vedang juga menonjol sebagai Ankur yang manja dan banyak menghabiskan masa di rumah. Babak dia rebel sebab Satya tak bagi dia pergi parti tu comel. Watak Ankur tak lari jauh dari Satya, walaupun takut tapi tetap berani melawan warden penjara. Tak patut pun pengarah sulitkan cara Ankur nak bebas dari ketidakadilan yang dia hadap sebab kita tahu ada banyak jalan untuk keluar. Serious talk, kalau penulis fokus pada sibling bonds memang filem Jigra boleh pergi jauh sebab bond tu yang dipromosikan oleh Dharma Productions dan Eternal Sunshine Productions jadi kenapa dalam filem tak banyak?


Sinematografi Jigra dari Swapnil S. Sonawane menggunakan tona warm untuk menggambarkan cinta dan semangat Satya untuk menyelamatkan Ankur. Shot yang cantik dan ampuh bila Satya berdiri di hadapan kepala naga sebelum mulakan rancangan untuk selamatkan Ankur. Transition dalam beberapa babak terlihat menarik, slo-mo dimasukkan dengan tepat dalam babak Satya selamatkan Ankur di atas bumbung. 

Music album Jigra tak digunakan sepenuhnya dalam filem tapi lebih kepada promo material walaupun menghimpunkan lagu-lagu yang bagus seperti Phoolon Ka Taaro Ka dan Jigra yang dinyanyikan sendiri oleh Vedang Raina. 



I wonder if Jigra will do well kalau Vasan Bala diberikan kebebasan penuh untuk memilih siapa pelakon utama sebab Katrina Kaif patutnya berlakon sebagai Satya tapi KJo dah letak syarat supaya ambil Alia kalau nak filem Jigra keluar ke wayang. Tak pasti berapa banyak kena adjust untuk fit Alia dalam cerita ni. Boleh nampak lah Jigra bukan acuan Vasan tapi lebih kepada Dharma. Sayang tapi benda dah jadi so hadap je lah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10

Movie Review | Heartbreak Motel (2024)

Tuesday, 10 December 2024


Pengarah: Angga Dwimas Sasongko
Penulis Skrip: Angga Dwimas Sasongko, Alim Sudio
Pelakon: Laura Basuki, Reza Rahadian, Chicco Jerikho
Syarikat Produksi: Visinema Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2024
Trailer:


Ava Alesandra (Laura Basuki) merupakan pelakon wanita popular dan menjadi impiannya untuk berada di hadapan kamera sejak kecil. Ava datang dari keluarga yang berantakan kerana ayah dia seorang abusive lalu dia dan ibunya lari dari rumah. Ibunya bekerja sebagai cleaner di hotel. Ava berjaya mengubah nasib keluarga tapi belum mampu lari dari trauma masa lalu. 

Semasa berlakon dalam filem Arok dan Dedes, Ava jatuh cinta dengan co-star dia, Reza Malik (Reza Rahadian) kerana dia selalu ada sewaktu Ava diserang panic attack sepanjang penggambaran. Awal percintaan mereka Reza seorang yang baik, sopan, ambil berat dengan Ava tapi lama-kelamaan terserlah perangai baran dan cemburu dengan kejayaan Ava sebagai pelakon. 


Ava semakin tertekan semasa berlakon dalam filem kedua bersama Reza Malik di bawah arahan Luna Maya mengenai sepasang suami isteri yang semakin berjauhan kerana suami yang abusive dan mengongkong. Setelah berlakunya insiden di set penggambaran, Ava berehat di sebuah suite selama sebulan. 

Filem drama Heartbreak Motel arahan Angga Dwimas Sasongko mengangkat isu abusive hingga menyebabkan childhood trauma kepada anak. Filem ni filem kedua lakonan Laura Basuki dengan tema yang sama, back-to-back. Mutu lakonan yang cemerlang sebab tak ada beza pun dengan watak Dina dalam Sleep Call (2023)


Bezanya watak Ava ada kebebasan dalam menentukan jalan hidup sebab ibu dia bekerja dan meninggal akibat kanser. Ava cuma terperangkap dengan watak Reza Malik dan juga kemunculan Raga (Chicco Jerikho) yang sama-sama tawarkan cinta tapi cinta siapa yang jujur dan menenangkan, itu terletak pada Ava untuk memilih. 

Uniknya filem Angga Dwimas Sasongko menggunakan plot tipikal filem cinta tiga segi namun tampil berbeza, unik dan kreatif. Penceritaan dipecahkan kepada 3 latar masa dan bergerak bersilih ganti hingga pengarah cantumkan menjadi satu untuk watak Ava bertindak. Awalnya keliru denga napa yang pengarah cuba sampaikan tapi sedikit demi sedikit mula dapat jawapan. Filem ni bukan menawarkan cerita tapi menawarkan pengalaman. 


Sama macam Reza dan Raga, I pun terpukau dengan kecantikan Laura Basuki sebagai Ava ditambah dengan wardrobe juga hairstyle yang cantik sekaligus membina personality elegan Ava Alesandra. Masa Ava dan Reza berjalan dekat red carpet Arok dan Dedes tu cantik sangat, looks dreamy and filmy. Fun fact, dalam novel pun memang ada kewujudan Reza Rahadian, mungkin sebab tu pengarah ambil Reza berlakon. Tak hairan lah kalau filem Heartbreak Motel tercalon dalam kategori Best Costume, Best Makeup and Hairstyling di Piala Citra. 


Walaupun filem Heartbreak Motel menggunakan genre drama dan diadaptasikan dari novel dengan judul yang sama hasil nukilan Ika Natassa (2022) namun tak ada dialog yang berpuitis untuk menyokong elemen drama mahupun melankolik yang dirasai oleh Ava. Sayanglah sebab novel ada banyak quote menarik yang boleh dijadikan dialog perbualan antara tiga watak utama tentang kehidupan atau cinta. 


Pace penceritaan juga bergerak perlahan sedangkan banyak plot boleh dikembangkan tentang hubungan Ava dan Reza. Childhood trauma juga tidak dikupas banyak untuk kita kenal lebih dekat dengan watak Ava sebab tu I cakap filem ni lebih kepada pengalaman bukannya cerita. Chemistry Laura dengan Reza terlihat cantik onscreen berbanding Laura dengan Chicco. 

Filem Heartbreak Motel tak mempunyai konflik yang mendalam pun sebab watak Ava tak perlu untuk jatuh cinta dengan Reza atau Raga untuk capai kebahagiaan. Watak Ava patutnya jumpa psikiatri untuk rawat dulu childhood trauma dia sebelum mulakan hubungan dengan orang lain. Rasa tak puas dengan ending filem Heartbreak Motel sebab tak offer solution pada watak Ava sedangkan dia ada support system yang kuat macam watak Lara (Sheila Dara Aisha) dan Raga. 


p/s: Motel dekat Indonesia adalah hotel di Malaysia ke? I got confused sebab Maya kata dia bekerja di motel kecil tapi fasiliti macam hotel 5 star. Ballroom pun besar kemain. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10

Movie Review | Sleep Call (2023)

Monday, 9 December 2024


Pengarah: Fajar Nugros
Penulis Skrip: Fajar Nugros, Husein M. Atmodjo 
Pelakon: Laura Basuki, Juan Bio One, Bront Palarae
Syarikat Produksi: IDN Pictures
Pengedar: IDN Pictures, Amazon Prime Videos
Genre: Psikologi / Thriller
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 7 September 2023 
Trailer:


Dina (Laura Basuki) bekerja di sebuah syarikat pinjaman wang. Cita-cita dia adalah untuk menjadi seorang pramugari tapi kerana kesihatan ibunya, dia terpaksa bekerja sebagai pemiutang. Asalnya Dina adalah peminjam tapi kerana tidak dapat jelaskan hutang setelah diberi time extension, Tommy (Bront Palarae) buat keputusan untuk ambil dia bekerja. 

Helah Tommy adalah untuk jadikan Dina sebagai perempuan simpanan selain dapat mengawal wanita tersebut di pejabat. Bayu (Kristo Immanuel) juga simpan keinginan yang sama, ingin meniduri Dina tapi sering saja ditolak semua permintaannya. 


Dina berkawan rapat dengan Bella (Della Dartyan) di syarikat tersebut lalu Bella mencadangkan supaya Dina menggunakan aplikasi Jodohku untuk mencari teman baru. Tak diceritakan kenapa Dina lari tinggalkan Tommy dan bagaimana dia memilih Rama (Juan Bio One) sebagai teman untuk sleep call setiap malam. 

‘Jakarta ini kota yang menakutkan. Ada banyak manusia di sini. Sibuk, sampai lupa mengenal satu sama lain. Waktu kita habis, untuk kerja lalu istirahat. Di sini kita punya lebih waktu. Lupakan masa lalu, pikirin banyak hal. Dan setelah telat, pikirin kamu.’ - Rama


Keadaan mental Laura semakin tegang selepas Iwan bunuh diri gara-gara tidak dapat membayar hutang setelah didesak oleh Dina. 

Sebelum ni pernah nampak ramai yang puji lakonan Laura dalam filem Sleep Call tapi tak sangka ada Bront Palarae berlakon sebagai bos yang curang. Walaupun pelakon sampingan tapi screentime Bront not bad lah juga. Lakonan dia pun menyerlah dalam ruang yang terhad, mungkin juga sebab dia handsome dan macho sebagai Tommy. Chemistry dengan Laura pun berapi tapi tak banyak pun moment diorang. 


Kenapa penulis tak cerita macam mana Dina dan Tommy putus tapi bagi ruang kepada watak Bayu yang selalu memaksa Dina. Of course, watak Bayu dan Tommy tak ada bezanya tapi lagi bagus kalau tak wujudkan love angle antara Bayu dan Dina kalau personaliti dan karakter tu sama. Cukup ada Tommy, Rama dan Bella dalam hidup Dina supaya kejutan di hujung cerita lagi kuat impaknya. 

Aktiviti sleep call untuk pasangan bercinta jadi fokus utama dalam naskhah psikologi thriller arahan dan penulisan Fajar Nugros. Di awal filem pun pengarah dah paparkan bagaimana Dina dan Rama luangkan masa berbual sepanjang malam sampai tertidur. Itupun kalau mereka pilih untuk tidur, kalau tak mereka akan berbual sampai ke pagi. Benda ni memang biasa untuk yang bercinta tapi yang tak biasa bila Dina benarkan Rama tahu semua aktiviti dia. 


Kalau dulu on call maksudnya dengar audio semata tapi sekarang boleh video call, boleh tengok aktiviti pasangan masing-masing. Sama macam Dina yang video call dengan Rama sampai ke kamar mandi. Disebabkan sunyi sejak Bella sibuk dengan kehidupan bekeluarga dan patah hati dengan Tommy, buatkan Dina mencari Rama setiap malam. 

Pengarah paparkan macam mana Dina berhalusinasi luangkan masa dengan Rama sedangkan dia cuma berbual di alam maya. Masa pengarah wujudkan plot twist bagitahu yang Dina cuma bayangkan Rama ada dengan dia tu tak terkejut sangat pun sebab zaman sekarang semua orang pun delulu. Benda biasa dalam kpop fandom, makan pun bawa photocard konon tengah makan dengan idol. Jalan-jalan bawa photocard atau keychain idol. Delulu is the solulu! 


Naskhah Sleep Call ni mungkin dianggap bosan dan cringe untuk manusia single sebab sepanjang masa Dina berharap pada Rama untuk temankan dia. Hanya orang yang delulu sahaja yang faham perasaan Dina lepas penat dengan takdir dan ujian hidup. Sinematografi dari Wendy Aga perjelaskan lagi perasaan dan emosi Dina. I suka babak Dina cakap tapi kepada Bayu kemudian beralih ke babak Tommy dan Dina dalam pejabat. Perbezaan visual yang ketara antara dunia realiti yang menyesakkan, kelam dan sunyi berbanding dunia delusi Dina dan Rama yang indah dan tenang. 


Filem Sleep Call ada momen psikologinya tersendiri, rasa penat, sedih, sunyi, trauma dan amarah sepanjang 100 minit. Dark jokes yang dimasukkan padu macam babak karyawan celebrate Dina sebagai Employee of the Month tapi dapat berita Iwan meninggal bunuh diri. Sayangnya, ada kelompongan dalam penulisan yang perlu dikembangkan dengan baik. Tak faham kenapa Dina hukum Rama walhal sakit hati dengan Tommy. Apapun Sleep Call ada tarikan yang tersendiri sebagai naskhah psikologi yang bagus dari industri Indonesia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

Movie Review | Fly Me to the Moon (2024)

Sunday, 8 December 2024


Director: Greg Berlanti
Writer: Rose Gilroy, Keenan Flynn, Bill Kirstein
Cast: Scarlett Johansson, Channing Tatum, Jim Rash, Anna Garcia, Donald Elise Watkins, Noah Robbins, Colin Woodell, Christian Zuber, Nick Dillenburg, Ray Romano, Woody Harrelson
Production Companies: Apple Original Films, These Pictures
Distributor: Columbia Pictures (through Sony Pictures Releasing), Apple TV
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 132 minutes
Release Dates: 8 July 2024 (AMC Lincoln Square), 12 July 2024 (United States) 
Trailer:


Tahun 2024 meriah dengan genre romantic comedy dari Hollywood dan filem Fly Me to the Moon antara salah satunya. Berlatarkan tahun 1968, Kelly Jones (Scarlett Johansson) adalah advertising executive terbaik di Manhattan dan kerana kemahiran dia, Moe Berkus (Woody Harrelson), seorang pegawai Kerajaan melantik Kelly untuk pulihkan imej NASA setelah tragedi hitam yang menimpa Apollo 1. 

Kelly berpindah ke Cocoa Beach, Florida bersama pembantunya, Ruby (Anna Garcia). Di sana dia berjumpa dengan Cole Davis (Channing Tatum), launcing director untuk Apollo 11. Sejak kehadiran Kelly, mereka berdua selalu bertengkar kerana permintaan dari pihak marketing yang mengganggu urusan kerja pihak saintis seperti Cole. 


Menyampah macam mana pun Kelly terpaksa juga bantu NASA sepertimana yang diminta oleh Moe atau kisah silam dia akan tebongkar, imej dia juga akan rosak. Memandangkan ramai penaja yang mula tarik diri dan orang awam mula hilang keyakinan selepas insiden Apollo 1, Kelly terpaksa bekerja keras dari sebelumnya. 

Filem Fly Me to the Moon arahan Greg Berlanti diinspirasikan dari kisah sebenar tentang bagaimana iklan mainkan peranan dalam memulihkan imej NASA. Watak Cole Davis diinspirasikan dari angkasawan NASA yang pernah berkhidmat sebagai tentera udara ketika Perang Dunia Kedua. Watak Kelly mungkin fiksyen dan penulis guna beberapa fakta dan strategi iklan yang direkodkan dalam novel. 


‘Vietnam. They’re broadcasting straight from the action. And people don’t want to just hear the news anymore. They wanna see it in making.’ - Kelly

Menarik juga lah layan filem santai ni sebab diceritakan dari marketing angle. Walaupun projek Kerajaan tapi anticipation dari penaja dan orang ramai mainkan peranan juga. Dapat dana dari Kerajaan lah lagi banyak mata yang memerhati bila tak boleh pergi jauh kan? Nak pula masa ni Amerika tengah bersaing dengan Rusia, roket siapa yang berjaya sampai ke bulan. Footage Neil Amstrong jejak kaki dekat bulan buat pertama kali pun dipertikai sama ada footage asli ataupun rekaan dari pihak Amerika. Jawapan tu ada dekat hujung filem Fly Me to the Moon dalam Project Artemis. 


Sepatutnya Chris Evan digandingkan bersama Scarlett dalam naskhah ni tapi disebabkan ada penangguhan jadual penggambaran, dia tarik diri kemudian digantikan dengan Channing Tatum. Personally, Channing nampak bulky untuk watak launch director dan NASA tapi disebabkan watak dia bekas tentera, appearance dia boleh diterima lah. Dia macam misfit tapi okay je since chemistry dia dengan Scarlett nampak cantik onscreen. 


Kalau bukan sebab chemistry diorang berdua, mungkin tak berminat untuk romance angle yang penulis masukkan sebab kedua-dua watak berbeza personaliti dan prinsip hidup. A chaotic duo yet romantic and meant to be together. 

Lakonan Scarlett Johanson memukau sebagai Kelly Jones yang licik dan bergeliga. Tengok cara dia putar sampai dia dapat jual produk dekat target customer tu rasa kagum sangat. Kadang tu tak terfikir pun sebab otak I lebih kurang macam watak Cole yang straightforward je. Wardrobe Kelly mainkan peranan sangat dalam kerjaya dia. She looks elegant and presentable. 


Props dan wardrobe team mainkan peranan besar untuk menghidupkan kembali suasana NASA pada tahun 1960-an. Macam mana pemakaian para pekerja di situ baik di lapangan atau di dalam pejabat. Barang yang kesemua watak guna, gaya rambut, even footage yang dimasukkan pun diambil dari footage sebenar sekitar pelancaran Apollo 11. 

Sinematografi Dariusz Wolski menguatkan lagi mood penceritaan dengan masukkan babak beberapa pihak bekerja selain NASA yang ingin melancarkan Apollo 11. Setiap reaksi dari orang awam dan pekerja NASA kuatkan lagi rasa bangga untuk momen bersejarah negara.  


Pace penceritaan Fly Me to the Moon agak perlahan walaupun menggunakan genre romantik komedi, tak patut pengarah bagi ruang yang banyak untuk plot fake landing sebab filem starts slowing down. Lagipun kisah silam Kelly bukan sesuatu yang susah untuk dimaafkan pun. Tapi apapun, I do enjoy layan filem romantik komedi Fly Me to the Moon. No wonder lah rating tinggi dan dicalonkan sebagai Best Romantic Comedy di Golden Trailer Awards. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10