My Spotify Wrapped 2024 🎵🎶
Friday, 6 December 2024
Hambar ye Spotify Wrapped tahun ni nak bandingkan dengan tahun lepas tapi malangnya tak boleh buat perbandingan sebab I tak update tahun lepas. Before this I pernah cakap nak guna Spotify sepenuhnya after buang JOOX so boleh faham lah kenapa untuk tahun 2024, I've spent 56,450 minutes at Spotify.
Kira sikit lah sebab setahun ada 500,000 minit tapi sikit pun tetap jugak masuk dalam 4% pengguna tegar Spotify. Tahun ni tak ada masalah tidur macam tahun 2022 sampai kena pasang lagu masa tidur sebab I makan magnesium sebelum tidur.
I ada dua music streaming apps sebenarnya - Spotify dengan Youtube Music. Tak terbeban kewangan sebab Spotify ni I share dengan Teume lain. I kongsi bayar RM4 sebulan untuk stream lagu TREASURE.
Tak hairan lah kalau TREASURE no. 1 dalam carta Spotify tapi dekat TREASURE tak lah banyak mana pun minit yang diluangkan bersama. Mungkin banyak dekat artis lain sebab lagu SEVENTEEN pun bersepah dekat dalam personal playlist. Yang pastinya tak banyak lagu Hindi sebab I layan dekat Youtube.
Banyak juga la lagu I dengar tahun ni sebab cecah 3,346 lagu dari pelbagai genre dan negara. Batter Up - Baby Monster ni sebab jadi alarm. Intro dia jerit ATTENTION! memang terus terbuka biji mata. Tapi tangan lagi cepat tekan snooze.
Tak memasal naik duduk atas sekali bila dah set as alarm setiap hari. Kalah lagu TREASURE yang jadi lagu utama. Lagu Deja Vu tu sebab suka teruk sampai ulang siang malam. Sama lah dengan Sudden Shower. Lagu Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya je macam tak kena sebab tak banyak pun pasang lagu ni sebab I lagi suka lagu Aakhiyaan Gulaab.
Spotify bagitahu ada dua bulan yang paling tinggi I stream lagu - Februari dan Julai. Uniknya, Februari dengan genre Bollywood, dekat bulan Julai kemaruk lagu Kpop. Mungkin sebab masa tu album BabyMonster keluar, tak lama lepas single King Kong - TREASURE.
I expect Taylor Swift akan masuk dalam Top 5 Artist tahun ni tapi Tokti pulak yang muncul. Rasanya I banyak dengar lagu DOLLA tahun ni. Masa raya pun I pasang lagu DOLLA so kenapa Tokti yang muncul? Pelik tapi benar.
Tahun lepas dan tahun 2022, Spotify ada tunjuk data top 5 genre tapi tahun ni ada dua genre je padahal I dengar banyak genre berbeza. Tahun lepas pun ada bagitahu analisa music taste dengan personaliti tapi tahun ni tak ada. Rupanya sebab Spotify baru je layoff department data analyst. Tahun depan entah macam mana nasib Spotify ni.
Kad ahli Watsons yang I buat sebelum ni dah diwariskan kepada adik, makanya buat lah kad ahli baru kemudian dapat buku baucar. Dalam semua voucher yang ada tu, satu je boleh guna iaitu Zus Coffee. Walauppun 10% je boleh lah jimat singgit dua hshshs
Lepas makan tengahari pergi order Iced Latte dekat Zus Coffee area rumah. Order guna dekat apps ZUS lepastu masukkan code yang dekat voucher tu.
Lepas berkicap menunggu, sampai lah Iced Latte ke tangan I. Malas sikit nak beli Zus Coffee dekat area rumah ni sebab nampak je sendu tapi customer alam maya bersusun. Dekat sini ada HELP University so ramai lah students yang order. Nak pula masa peak hour. Nasib baik ada outlet ZUS Coffee baru buka yang lagi dekat dengan rumah sebab ada residence building baru siap. Anyway thanks Watsons.
Bijou Cafe ni tengah hype dekat socmed sekarang sebab interior dia yang cantik. Kitorang saja singgah sebab cafe dia terletak bersebelahan dengan Wartek. Lepas makan tengahari dekat sana, beli kopi dekat sini.
Pilihan kopi dia tak banyak pun tapi okay je sebab I minum yang sama je everytime pergi cafe - Iced Latte. Selain kopi, ada juga pastries, cake dan heavy food yang lain. Since Bijou Cafe ni buka dari jam 8 pagi sampai 12 tengah malam, ada menu breakfast, brunch, lunch, dan dinner.
Bijou Cafe ni jual ambience dengan interior berkonsepkan industrial. Ada banyak pilihan tempat duduk untuk cafe dua tingkat ni. Boleh duduk dekat luar ataupun dekat dalam. I impressed dengan deco dia sebab owner guna semua ruang yang ada. Dekat bahagian tepi cafe pun ada tempat duduk yang cosy.
Bijou Cafe ni bukan sekadar cafe sebab tempat ni adalah tempat berkarya. Dekat sini ada few musical instruments macam gitar dengan piano. Ada koleksi vinyl dengan CD albums juga. Tapi I tak sure kalau ada live band sessions ataupun tak. Walaupun cafe ni cantik tapi vibe dia scary maybe sebab port indie band so tak mesra sangat. First and last lah kot I pergi sebab tak boleh nak vibe dengan vibe dia.
KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL RAIH KUTIPAN RM5.5 JUTA!
Thursday, 5 December 2024
KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL RAIH KUTIPAN RM5.5 JUTA! | Bakal Masuk Pawagam Singapura Mulai 5 Disember
Filem Kahar: Kapla High Council bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi satu manifesto keberanian dalam mempersembahkan penceritaan yang relevan, dan penuh aksi. Kejayaan meraih kutipan RM5.5 juta sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu, menjadi bukti sambutan luar biasa penonton terhadap karya tempatan dan sekali gus mampu bersaing dengan filem antarabangsa. Atas permintaan, Kahar : Kapla High Council kini bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Menurut Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan ini. Kami ingin ucapkan terima kasih kepada penonton yang telah memilih Kahar : Kapla High Council sebagai naskhah tontonan di pawagam. Esok bermulanya tayangan filem ini di Singapura, dan pada hujung minggu ini tiba giliran barisan pelakon turun ke wilayah Selatan seperti Johor, Melaka dan Seremban bagi menemui peminat dan penonton. Kami turut menerima pemintaan daripada peminat dari luar negara untuk menyaksikan filem ini. Insyaallah, dengan sambutan dan sokongan padu penonton, kami akan lebarkan sayap filem ini tembusi layar negara luar.”
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Council pada 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, dan skrip oleh the creator Anwari Ashraf, serta membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin, dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)