Back-to-Back Meeting

Thursday, 5 December 2024

Bila terlibat sebagai committee untuk Annual Dinner - 26th Anniversary ni dari awal announcement sampai ke hari kejadian memang akan sibuk uruskan semua benda. Nak pula kalau staff ada berapa kerat je, dengan kerja hakiki yang tak akan pernah habis. 

Setiap hari Rabu memang akan cuba senggangkan jadual sebab ada branch meeting tapi Rabu minggu yang ini extra sikit meeting dia sebab belah pagi ada branch meeting lepastu farewell Rina kemudian lepas lunch sambung pula dengan meeting bersama Floor Manager. 


Masa branch meeting patutnya Datuk Hisham ada sekali tapi dia tak sihat so meeting proceed diketuai oleh Ms Aida sebagai senior partner. Tak ada apa sangat pun untuk branch meeting sebab Ms Aida cuma brief pasal Annual Dinner. Yang comittee mostly dah tahu dah apa yang dibentangkan masa tu cuma update sikit-sikit lah. 

Macam part I kena liaise dengan band, I dah contact band untuk medley 5 lagu wajib nyanyi dan propose 20 lagu Etnik Kreatif sebab tema Annual Dinner nanti adalah Melayu Klasik. 5 lagu wajib tu sebagai memperingati sejarah RRM dengan beberapa kejayaan bersama arwah Pak Ngah juga artis lain sebelum ni. 

1) Kasiah Tak Sampai - Elly Kasim: Lagu ni masa mula-mula arwah Pak Ngah nak masuk Indonesia minta saya dengar dan belajar seni budaya Indonesia.

2) Iyeth Bustami - Laksamana Raja Dilaut: Officially first case RRM handle in Indonesia. Lagu ini adalah asalnya lagu oleh Pak Ngah Nostalgia Aidilfitri. Kes ni Iyeth menang. 

3) Bukan Cinta Biasa - Album E.M.A.S  Dato Sri Siti memasuki Indonesia rekod jualan 300ribu units. Double Plantinum. Dan RRM more active and opened our first office in Indonesia

4) Mencintai Mu - Krisdayanti: RRM handled Krisdayanti's agreement for performance in Malaysia.

5) Tulus - Radja: RRM prepared the agreement for RADJA's first performance or forays into Malaysia



Masa ni tengah mencari Floor Manager masa event nanti since semua committee tak pernah ada pengalaman handle event so terpaksa hire orang luar. Semua committee dah mulakan tugasan masing-masing tinggal nak confirmkan performance dengan acara-acara lain sepanjang dinner. Ms Aida umumkan juga 13hb nanti office akan beroperasi setengah hari sebab nak bagi kesempatan untuk semua staff bersiap ke Annual Dinner. 

Tentatif am pun dah siap dan dimaklumkan dalam branch meeting supaya senang committee nak plan out untuk tugasan masing-masing. I memang memerlukan sangat lah tentatif tusebab nak kena liaise dengan band bila cue untuk masuk, berapa session band kena perform sepanjang Annual Dinner nanti. Selesai meeting, kitorang proceed dengan Farewell Rina. 


Lepas lunch kena join meeting dengan Floor Manager sebab I liaise dengan band so nak tahu lagu apa tapi itulah lagu pun baru je propose, tak confirm lagi dengan band. I jarang handle event so tak tahu sangat apa function Floor Manager. Kalau buat event zaman universiti dulu Project Manager lah yang akan monitor semua benda. I selalu kena appoint sebagai Assistant PM so tahu la sikit pre, during dengan post task tu. Tapi pengalaman kita pun dah basi nak compare dengan actual Floor Manager so kita belajar banyak benda lah dalam meeting ni. 

Masa meeting ni kitorang go through satu persatu acara dalam tentatif, siapa yang ditugaskan untuk acara tu, committee mana yang kena standby, berapa lama masa diperuntukkan, audio dengan lighting macam mana, barang apa yang perlu ada, emcee kena cakap apa, masa penyampaian hadiah, partner mana yang akan sampaikan hadiah, cabutan bertuah berapa kali cabut,  semua lah dibincangkan dan diputuskan dalam meeting tu sebab masa pun dah suntuk. Ada dalam dua minggu je lagi sebelum Annual Dinner. 


Lepas dua jam setengah meeting, baru selesai discuss tapi tak lah muktamad sebab ada yang belum confirm. Tapi dah boleh nampak flow dan task apa yang masih pending. Masa meeting ni baru tahu kena appoint committee untuk jaga playback music sepanjang dinner. Ingatkan band yang akan main instrument rupanya tak. Nasib Adi masih kosong masa ni, boleh lah letak dia in charge untuk bahagian tu. 

Selain meeting, dari pagi sampai petang I tolong Kak Nurul shoot video interview kenangan manis partners sepanjang bekerja dengan RRM lepastu shoot video 3 saat beberapa lawyers yang ada untuk dimasukkan dalam montaj RRM Penang. 

'Ana, okay tak video I?'
'Okay je Ms Aida tapi reshoot balik boleh tak sebab Ms Aida sebut banyak sangat tapi tadi.'
'Ye ke? Alamak, nak tengok balik.'
******tengok video******
'Ha'ah la Ana, alaaa kenapa I macam ni hahaha shoot balik shoot balik!'


'Ana, tolong akak ambil gambar dekat entrance ni, RRM Penang nak masukkan dalam video nanti.'
'Okay akak, nak buat pose macam mana?'
'Kita try dulu la few poses.'
*******lepas beberapa****
'Tak cantik lah Ana, nampak gemuk hahaha'
'Okay akak pergi belakang receptionist counter lah.'


Memang tak nampak gemuk tapi pelik pulak seketul cenggitu hshshshs


'En. Fendy cuba try berdiri dekat situ, nak tengok ngam tak kalau ambik gambar dekat sini'
'Kenapa I?'
'Hmmm tak boleh lah, warna baju u blend in pulak dengan dinding.'


Sudahnya kitorang tak hantar gambar entrance dekat RRM Penang hahaha

Farewell Rina


Lepas 4 tahun berkhidmat di Ram Reza & Muhammad, Rina terpaksa tender resignation sebab dapat better offer dekat BSN. Working hours pun sesuai untuk dia sebagai working mom, dekat juga dengan rumah. 

Dari tengah tahun lagi dah dengar hasrat Rina nak resign tapi tak sangka pulak rezeki dia sampai awal hshshs know know 27 November tu last day dia dekat firm. Patutnya hujung bulan tapi sebab dah tolak cuti yang berbaki, boleh lah habis awal sebelum start kerja baru. 

Dekat RRM, Rina adalah account exec untuk department conveyancing so no wonder lah dia boleh bau vacancy dekat bank. Macam I mungkin bau vacancy dekat firm cosec lain tapi nanti lah kita hidu lebih sikit lepas dah settlekan few matters. 


Kalau ikutkan RRM tak buat farewell ni tapi sebab kitorang dah lama tak buat branch meeting dan makan-makan, makanya diadakan lah untuk meraikan kenangan terakhir Rina dekat sini. Patutnya Datuk Hisham ada sekali tapi dia tak sihat so terpaksa cancel kehadiran. Rina kata dia sedih lah jugak sebab dah lama tak nampak HOD dia so sebelum pergi nak jumpa buat kali terakhir lah tapi tak ada rezeki jugak. 








Makan-makan kali ni simple je sebab short notice, makan tengahari nasi goreng kampung order dekat Kak Nani dan ayam goreng KFC. Dessert pavlova dari Kak Ida, cheese tart dari Teha. Farewell cake dari Atie. 


Masa tengah prepare cheese tart tuentah macam mana terjatuh ke lantai. Ada la a few yang dah comot kejadiannya so Atie transfer pergi ke pinggan supaya nampak cantik dalam gambar tapi dekat I ada gambar yang dalam kotak je hshshs kira halal la ek.


Lepas habis branch meeting terus proceed ke farewell Rina sebab semua pun dah lapar. Sambil makan, sambil dengar ucapan perpisahan Rina. Dia tak nak sad sad sebab kalau dah start menangis ada yang tak balik rumah. Yang akan sedih bila Rina tak ada nanti mestilah Atie. Kawan sekolah lepastu jadi work bestie. Kak Ida dengan Kak Nurul pun terkesan juga sebab duduk cubicle island yang sama dengan Rina. 

'Nanti I dah takde siapa yang nak tengok-tengokkan Atie kat sini?'
'Takpe, I ada.'
'Awww thank you Ana'

Walaupun I tak rapat sangat dengan Rina tapi hujung-hujung dia nak blah tu banyak jugak bergelak sakan. Rumah kitorang dekat tapi itu tak menjamin pun boleh jumpa di luar office. Semoga ada lah terselit rezeki nak jumpa dekat luar nanti. 


Sebelum meeting tu Rina ada bagi hadiah glass cup dengan leather sleeve siap ada nama lagi. Cantik nau hadiahnya. Thank you so much Rina for the gift. Minggu tu I dah ingat nak cari hadiah Rina tapi sebab busy dengan benda lain, terlupa nak beli. Kalau berjumpa nanti hopefully teringat lah. Semoga dipermudahkan urusan Rina dekat tempat kerja baru nanti. 


Anyway, masa tengah ambil gambar dekat meeting tu terdengar bunti praap sampai Atie dengan Rina terkejut rupanya heels I patah T.T

Movie Review | Abnormal: Buas (2024)

Tuesday, 3 December 2024


Pengarah: Azhari Mohd Zain
Penulis Skrip: Gawar Sawba'yah
Pelakon: Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Nabila Huda, Adlin Aman Ramlie, Shaheizy Sam, Emelda Rosmila,  Johan Asari, Jalil Hamid, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ahmad Tarmimi Serigar
Syarikat Produksi : Respected Citizens Productions, WAWA, Calabaza Imagenes Sdn. Bhd, Empire Film Solution
Pengedar: Netflix
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 20 June 2024
Trailer:


Filem Abnormal: Buas bermula dengan babak lelaki (Aeril Zafrel) tidurkan anak perempuan (Hayla Maghfiratul Adzkiyaa) di ruang tamu sebuah villa. Mereka kemudiannya diganggu oleh sekumpulan pencuri yang menceroboh masuk melalui dapur. Filem bergerak ke babak seterusnya di mana perbincangan sulit mengenai organisasi rahsia, E1 di Kota Lemuriya. 

‘Organisasi rahsia yang didirikan para cendekiawan dan professional dalam pelbagai bidang dan uslub demi percintaan dan kedaulatan Kota Lemuriya.’ 


Naskhah thriller dari WAWA arahan Azhari Mohd Zain menggabungkan dua plot yang berbeza dalam satu latar tempat yang sama. Kota Lemuriya adalah latar tempat fiksyen yang menggambarkan sebuah negara penuh dengan korupsi oleh pihak atasan. Sehingga E1 bertindak untuk menghapuskan masalah ini dengan mewujudkan manusia yang buas seperti Puzo. 

Sejak kecil lagi Puzo (Aryan Ardani) telah dilatih oleh ibunya, Dahliya (Nabila Huda) seorang pembunuh upahan yang kejam pada era 60-an. Antara mangsa Dahliya adalah Presiden Taufiq (Shaheizy Sam), Perdana Menteri Lemuriya yang pandai memanipulasi rakyat dan jijik. 


Filem Abnormal: BUAS merupakan naskhah trilogi menceritakan misi E1 untuk membersihkan negara dan naskhah ini adalah instalment yang pertama di mana instalment kedua akan menjadi prekuel sementara yang terakhir adalah sekuel selepas Puzo kembali ke E1. Naskhah prekuel nanti mungkin akan ada banyak babak aksi dari Nabila Huda dan lebih banyak jenayah dari Shaheizy Sam sebab dalam filem ni kedua-dua pelakon muncul sekejap sahaja. 

Flashback tahun 1960-an cuma dimasukkan untuk menguatkan lagi perkenalan organisasi rahsia E1 tapi tak banyak pun sebab main focus adalah pada latar masa sekarang dengan pertembungan antara geng perompak dan Puzo. Syed Hady (Johan Asari) dan isterinya, Hani (Wawa Zainal) cuma terjerat tanpa sengaja. Kalau ikutkan pada penceritaan filem ni lah. 


Dari awal cerita lagi dah boleh agak yang Syu (Hayla Maghfiratul Adzkiyaa) bukan anak Puzo sebab masing-masing kekok di babak awal. Makin ketara bila Syu kejutkan Puzo dari tidur. Bila pengarah reveal siapa Puzo dan Syu sebenarnya, impak kejutan tu tak ada pun. 

Watak Speed (Emelda Rosmila), Rocket (Kodi Rasheed) dan Bullet (Adlin Aman Ramlie) ada masanya agak cringe dan try hard sebagai perompak yang kononnya berbahaya. Babak tegang antara perompak dengan Puzo pula draggy sebab pengarah nak tunjuk betapa kejamnya Puzo bila berhadapan dengan mangsa. 


Sinematografi naskhah Abnormal: BUAS berubah mengikut latar masa tapi ada kelemahannya untuk latar masa ‘hari ini’. Tak ada camera works yang menarik untuk babak aksi ataupun thriller buatkan penceritaan rasa mendatar. Suasana di Villa Harmony suram tapi tak cukup untuk menghidupkan mood seram atau ngeri untuk beberapa insiden jenayah di rumah tersebut. Audio department pula menambahkan lagi kelemahan filem ni. 

Personally, I rasa filem Abnormal: BUAS ni patut ditayangkan secara eksklusif di platform OTT daripada tayang di panggung wayang sebab dialog minima dan terhad. Macam dialog Speed yang berulang – let’s do this. Hampir kebanyakan dialog macam hafal buku teks. Kalau untuk dialog Dahliya dengan Presiden Taufiq, faham lah sebab latar masa dia tahun 60-an. 


Jalan cerita bersilih ganti antara flashback dengan latar masa sekarang tak menjadi masalah sangat sebab kita faham visi pengarah untuk tampil unik dan kreatif tapi bila aspek lain tampil lemah, tak mungkin penceritaan tu seronok untuk ditonton. Fakta dalam filem ni berubah-ubah sebab dekat babak Dahliya dengan Presiden Taufiq di pejabat tu ada kalendar tahun 1995 tapi dekat fail dalam montaj letak tahun 1960. Nama Dahlia pun bertukar-tukar antara Dahlia dan Dahliya. 

Kalau tengok pada cerita, mungkin watak Syed Hady ada kaitan dengan misi E1 memandangkan dia ahli perniagaan dan sangat mudah untuk terjebak dengan rasuah sebab tu dibunuh oleh Pazo dan dibikin seolah-olah kemalangan and yes, I look forward in next instalment tapi olahan yang kurang menarik buat ramai orang stress sebab tak faham motif Pazo. 


Hopefully team production invest lebih sikit untuk sutradara, dialog, audio dan visual. Sayanglah sebab idea dah menarik, barisan pelakon pun dah cantik.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.2/10

Movie Review | Sector 36 (2024)

Monday, 2 December 2024


Director: Aditya Nimbalkar
Writer: Bodhayan Roychaudhury
Cast: Vikrant Massey, Deepak Dobriyal, Akash Khurana, Darshan Jariwala
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Thriller
Running Time: 124 minutes
Release Date: 13 September 2024
Trailer:


Masalah populasi berlebihan di sebuah daerah di Delhi buatkan Prem Singh (Vikrant Massey) bertindak untuk menculik kanak-kanak di situ. Organ mereka dijual kepada pembeli bernama Chote Lal (Kacho Ahmed) manakala daging mereka sama ada disimpan untuk dimakan ataupun dibuang di beberapa kawasan. 

Sub Inspector Ram Charan Pandey (Deepak Dobriyal) mendapat laporan bahawa bangkai mayat yang sudah membusuk dan juga rangka tangan dijumpai di dalam longkang berhampiran padang. Kes tersebut dibiarkan pending kerana pihak polis tidak menjumpai sebarang klu. Kerana kelemahan pihak polis, kes kehilangan kanak-kanak semakin meningkat di kawasan tersebut. 

Sehingga lah satu hari anak perempuan Sub Inspector Ram Charan Pandey hampir diculik. Nasib dia baik kerana ternampak Prem melarikan anaknya yang pengsan. Sejak kejadian tersebut, Sub Inspector Ram Charan Pandey cuba untuk menyiasat kes kehilangan Chumki (Tanushree Das) yang dilacurkan kepada Balbir Bassi (Akash Khurana), majikan Prem Singh. 

Naskhah jenayah drama Sector 36 terbitan Maddock Films dan Jio Studios diinspirasikan dari kisah benar kes jenayah yang pernah menggemparkan negara India - Nithari Case. Filem Sector 36 arahan Aditya Nimbalkar mengubah beberapa fakta kes kepada fiksyen termasuklah latar tempat dan pihak yang bekerjasama untuk memberkas dua penjenayah sadis. 

Kalau ikutkan kisah sebenar, Prem dan Balbir sepatutnya dihukum gantung sampai mati namun diringankan hukuman dan dibebaskan pada tahun 2023. Tak hairan lah kenapa filem Sector 36 diterbitkan pada tahun ini, sebagai peringatan kepada orang awam untuk lebih berwaspada. 

Dalam filem, diketengahkan usaha pihak polis untuk mencari dalang kes jenayah tersebut tapi ikutkan kisah benar, orang kampung sendiri yang mencari bantuan NGO untuk mencari anak-anak mereka yang hilang selepas terjumpa mayat dalam longkang. 

Dari awal lagi pengarah dah pertontonkan kekejaman Prem Singh terhadap mangsanya dan bagaimana kelemahan pihak polis yang menutup jejak jenayah akibat rasuah. Watak Pandey tak lah bijak mana walaupun dia yang berusaha memberkas Prem sebab dalam filem, pada second half, Prem sendiri yang datang buat pengakuan atas arahan Balbir. 

Naskhah Sector 36 lebih kepada menceritakan diskriminasi yang berlaku dan dalam masa yang sama mengutuk betapa lemahnya pihak berkuasa dalam menjaga imigran. Penduduk Sector 36 bukanlah rakyat India sepenuhnya kerana kebanyakannya adalah imigran ataupun berkasta rendah. Dalam filem juga paparkan bagaimana efisien pihak polis bekerja bila anak orang kaya diculik. Dalam masa 2 hari kes boleh selesai dengan mudah tapi sebaliknya yang berlaku kepada keluarga miskin. Nak buat laporan pun terpaksa merayu dekat pegawai polis setiap hari. 

Saurabh Goswami menggunakan sinematografi berona gelap untuk mewujudkan suasana ngeri dan kejahatan yang menyelebungi kawasan tersebut. Camera works dengan transisi menarik sesuai dan setanding dengan kehendak Netflix. 

Lakonan Vikrant Massey bagus sebagai Prem Singh yang pandai menyamar sebagai manusia normal dan berpenampilan harmless. Sayangnya sisi psiko dia gagal mneninggalkan impak pada penceritaan. Masalah psikologi turut dijadikan tunjang masalah jenayah tersebut hingga menyebabkan Prem menjadi kanibal dan pedofilia. 

Watak Inspektor Pandey bergerak sama kuat dengan watak Prem Singh namun tampak lemah dalam babak pengakuan tu. Mungkin dia tak patut react pada cerita Prem sebab dia pegawai polis tapi sebagai seorang bapa? Sama juga dengan ketua dia, Bhupen Saikia (Baharul Islam) yang lebih banyak diam dan tenang sedangkan berhadapan dengan pembunuh bersiri.

Memandangkan watak Inspektor Pandey adalah fiksyen kerana dua orang pegawai polis digantung tugas akibat tidak menjalankan tugas dalam kes sebenar, agak kecewa dengan ending filem Sector 36 yang mengelirukan. Macam mana isteri Prem boleh hantar CD kepada isteri dia kalau semua parcel dia diperiksa dahulu oleh Chote Lal? Macam mana CD boleh sampai ke tangan orang lain lepas 3 orang samseng ditangkap? 

Naskhah Sector 36 mempunyai idea dan reference yang padu tapi tersia dek olahan yang kurang rencah dari production team. Tak sepatutnya penulis tekankan kelemahan polis sedangkan penonton sedia maklum dengan masalah rasuah dan diskriminasi terhadap golongan miskin di India. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.9/10

Drama Review | The Auditors (2024)

Sunday, 1 December 2024


Director: Kwon Young-il, Joo Sang-gyu
Writer: Choi Min-ho 
Cast: Shin Ha-kyun, Lee Jung-ha, Jin Goo, Jo A-ram
Production Companies: Filcon Studio, Studio Dragon
Distributor: tvN 
Genre: Crime / Drama 
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 06th July 2024 – 11th August 2024
Trailer:


Shin Cha-il (Shin Ha-kyun) dilantik sebagai Ketua Auditor di syarikat JU Construction oleh Presiden Hwang Se-woong (Jung Moon-sung) untuk mengaudit syarikat tersebut setelah berlakunya kemalangan di tapak pembinaan. Projek tersebut diuruskan oleh Timbalan Presiden, Hwang Dae-woong (Jin Goo) dan kehadiran Shin Cha-il dianggap sebagai ancaman kerana dia tahu abangnya sengaja ingin menghalau dia keluar dari syarikat tersebut. 

Se-woong dan Dae-woong tidak sebulu sejak kecil lagi kerana berbeza ibu. Ketika tinggal bersama, Dae-woong selalu dibuli oleh Se-woong dan abang sulung mereka, Geon-woong (Lee Do-yeop). Walaupun selalu dibuli, Dae-woong dipanggil bekerja sebagai Timbalan Presiden kerana dia cekap bekerja dan banyak membantu syarikat mendapatkan tender besar sekaligus menaikkan saham dan mengukuhkan nama baik JU Construction. 


Cara Dae-woong bekerja tidak digemari oleh Se-woong kerana banyak korupsi dan rasuah berleluasa. Disebabkan itu lah dia bawa Shin Cha-il masuk ke JU Construction dengan kontrak selama dua tahun. Jabatan Audit di JU Construction sendiri memudahkan cara Dae-woong bekerja kerana mereka bekerja mengikut arahan pihak atasan. 

Junior di jabatan audit adalah Goo Han-soo (Lee Jung-ha) yang mesra dengan kebanyakan pekerja di syarikat. Tak pernah bersangka buruk dan mempunyai cita-cita untuk berpindah ke cawangan di Florida. Impian dia musnah apabila bekerja di bawah kelolaan Shin Cha-il. 


Naskhah The Auditors arahan Kwon Young-il dan Joo Sang-gyu merupakan naskhah yang segar dalam dunia jenayah kolar putih kerana jarang kerjaya ni diketengahkan. Auditor yang bagus macam Shin Cha-il ataupun Seo Hee-jin (Kim Ji-hyun) ada personaliti dan karakter yang sama. Banyak diam dan memerhati sebab kerja mereka perlukan sentiasa menganalisa, berwaspada dan curiga dengan semua orang. 

Nampak berbeza lah macam mana Jabatan Audit sebelum Shin Cha-il masuk dan selepas bekerja dengan dia. Tapi jabatan audit dekat dalam JU Construction ni berbeza sikit dengan negara kita sebab mudah sangat bertukar jabatan. Tak perlu specific requirement untuk masuk bekerja dekat situ sebab dekat dalam drama ni tak pernah nampak pun diorang analyze financial report. Kebanyakan masa jadi detektif untuk siasat masalah dalaman syarikat. 


Of course, I do enjoy all cases tapi macam peliknya auditor jadi detektif? I expect akan dapat input banyak pasal jenayah kewangan tapi sebaliknya. Dekat kes shell company je jabatan audit ni bekerja sebagai auditor sebab Shin Cha-il jumpa jenayah secret fund yang digunakan untuk kegunaan peribadi. Seronok lah tengok macam mana dia jelaskan jenayah tu dilakukan supaya orang tak perasan shell company tu buat kegiatan haram. Yang lain macam kes misteri penyiasatan biasa. 

Selain dari watak Han-soo yang bertentangan dengan watak Shin Cha-il, watak Pengarah Yang Jae-sung (Baek Hyun-jin) menghiburkan sebagai pembodek berjaya. Kelakar bila tengok dia mengampu Dae-woong dalam setiap kes. Berdekah teruk bila dia bagitahu kenapa dia pilih untuk bodek Timbalan Presiden dan bukannya Presiden. Sama juga dengan watak Yum Kyung-suk (Hong-in) yang pilih jalan sama dengan Pengarah Yum. 


Instead of love angle antara Han-soo dengan Yoon Seo-jin (Jo A-ram), penulis kekalkan hubungan dua watak sebagai kawan baik. Dalam syarikat korporat macam JU Contruction, penat bila terpaksa berhati-hati setiap masa. Dekat awal drama boleh nampak Seo-jin tak seronok bekerja dekat jabatan audit sebab tak kompeten tapi slowly menyerlah lepas diuruskan oleh Shin Cha-il. 

Perkembangan jalan cerita The Auditors yang diusulkan oleh Studio Dragon ni boleh dijangka sejak kes kedua. Walaupun penulis cuba portray Timbalan Presiden sebagai watak antagonis tapi dari awal lagi dah boleh baca siapa dalang sebenarnya. Senang untuk orang assume Timbalan Presiden jahat sebab dia sendiri adalah grey character dalam drama ni tapi apa pilihan yang dia ada kalau satu-satunya cara untuk menjaga syarikat adalah dengan duit? Rasuah dah berleluasa di Korea Selatan sampai semua orang terpaksa akur dengan jenayah tersebut. 


I tak sokong dengan tindakan Dae-woong tapi tak juga membangkang apa yang dia buat. Kalau ada di posisi dia mungkin terjerat dengan pilihan yang sama. Kehadiran watak Shin Cha-il cuma ingatkan dia yang tindakan dia salah dan perlu diperbetulkan. Dia buat atau tidak, mungkin akan ada musim kedua.
 
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Movie Review | Lucky Baskhar (2024)


Director: Venky Atluri 
Writer: Venky Atluri
Cast: Dulquer Salmaan, Meenakshi Chaudhary, Rajkumar Kasireddy, Tinnu Anand, Sachin Khedekar, P. Sai Kumar, Ramki, Sarvadaman D. Banerjee, Sivannarayana Naripeddi
Production Companies: Sithara Entertainments, Fortune Four Cinemas
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Drama
Running Time: 151 minutes
Release Date: 31 October 2024
Trailer:


Berlatarkan era lewat 80-an dan awal 90-an, Baskhar (Dulquer Salmaan) merupakan seorang teller di sebuah bank ternama di Bombay, Magadha Bank. Impian Bhaskar adalah untuk menjadi penolong pengurus bank setelah 3 tahun dianugerahkan sebagai pekerja terbaik di bank tersebut. Selain menjadi seorang bapa, dia juga menyara adik lelakinya yang ingin menjadi jurutera, adik perempuannya yang sedang belajar di peringkat sarjana muda dan menjaga ayahnya (Sarvadaman D. Banerjee) yang sakit setelah kehilangan duit akibat ditipu oleh rakan baiknya sendiri. 


Komitmen yang banyak membuatkan Baskhar berhutang dengan beberapa orang jiran di komunitinya. Dek kerana pekerjaannya sebagai loan officer, ramai pelanggan yang berikan 'upah' kerana membantu mereka mengisi borang atau memenuhi keperluan lain. Pengurus dan rakan sekerjanya tahu tapi mereka tak ambil pusing kerana duit upah yang diambil agak kecil nilainya malah karakter Baskhar yang mesra dan ringan tulang juga buatkan ramai orang selesa dengan dia. 


Naskhah Lucky Baskhar adalah naskhah Telugu arahan juga penulisan Venky Atluri, mewujudkan watak Baskhar yang hidup sebagai orang awam dan bekerja keras menyara keluarga. Tuah dia datang apabila dia bekerja di bank yang sama menguruskan permohonan pinjaman Harshad Mehta yang terkenal di pasaran saham di India pada era tersebut. 


Dalam filem Lucky Baskhar, Harshad Mehta diubah namanya kepada Harsha sebab filem ini adalah fiksyen semata. Watak Baskhar tak pernah pun bertemu dengan Harsha tapi Baskhar lah yang menguruskan Bank Receipts ataupun promissory note antara bank Magadha dengan bank Katari sebelum proses jual beli saham di Bombay Stock Exchange berlaku. 


Harsha akan hantar Suraj (Maganti Srikanth) untuk buat BR di bank Katari kemudiannya hantar ke bank Magadha untuk diluluskan oleh Baskhar. Syaratnya, Suraj kena maklumkan kepada Baskhar sehari awal sebelum Harsha beli saham ataupun jual saham supaya dapat raih keuntungan yang lebih kurang banyak dengan Harsha. Dari segi undang-undang, Baskhar memang tak ada buat jenayah pun sebab dia cuma dapat untung melalui tip yang diberi oleh Suraj. Tapi kenapa filem ni di bawah genre jenayah, tu kena tengok sendiri lah dekat Netflix. 

I enjoy tengok filem Lucky Baskhar sebab karakter watak dia tak sama dengan watak Harshad Mehta seperti yang diceritakan dalam siri Scam 1992 : The Harshad Mehta Story (2020). Dia tahu bila nak berhenti jadi tamak. Mungkin dekat second half, isteri dan ayah dia mainkan peranan besar supaya dia berhenti jadi tamak tapi dekat first half dah boleh nampak, dia tahu limit dia dekat mana sebab masa Samba ajak dia jadi trader, dia masih tetap dengan pendirian untuk stay sebagai pegawai bank. Masa Suraj ugut pun dia tetap dengan pendirian untuk berhenti. 


Pace penceritaan Lucky Baskhar pun laju dengan info yang agak santai supaya penonton senang faham macam mana Baskhar buat duit dengan beberapa jenayah tanpa diberkas polis. Macam mana Harshad Mehta boleh dapat duit untuk buat stock trading dengan mudah. Rasuah, insider trading, stock manipulation semuanya diperjelaskan dengan bagus. 

Mungkin filem ni nampak macam mengajar orang untuk buat jenayah tapi tak sebenarnya sebab tajuk filem pun Lucky Baskhar, dalam dunia ni ada berapa ramai yang bertuah. Gerak-geri Baskhar diiringi dengan tuah. Boleh nampak macam mana sistem bank agak lemah pada era 80-an sebelum wujudnya teknologi. Semuanya bergantung kepada keikhlasan pekerja masa tu. 


Sinematografi dari Nimish Ravi menguatkan lagi penceritaan Lucky Baskhar dengan berlatarkan suasana masyarakat di bandar Bombay. Dalam kesibukan dunia orang awam, Baskhar dan Sumathi mampu bahagia dan wujudkan aura romantik dengan cara mereka sendiri. Chemistry from both actors is on fire. 

Sesuai sangat Dulquer berlakon sebagai Baskhar sebab dia ada visual yang menarik, comel bila dia berinteraksi dengan audience. Tak kurang hebatnya Meenakshi yang meyakinkan sebagai Sumathi. Watak dia menguatkan landskap emosi sebagai ibu, isteri dan anak perempuan yang tersisih dalam keluarga. Supporting cast juga membantu menyokong karakter Baskhar dengan bagus hingga ke hujung cerita sekaligus menjadikan Lucky Baskhar sebuah naskhah yang menghiburkan.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Pengarah: Razaisyam Rashid
Penulis Skrip: Anwari Ashraf, Luqman Sheikh Ghazali 
Pelakon:  Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Fadhli Masoot, Thompson Goh, Khenobu, Husyairi Hussain, Hasnul Rahmat, Naim Daniel, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Sathisvaran Magesvaaran, Yusof Hashim (Ucop)
Syarikat Produksi: Pasal Productions Sdn Bhd, Alpha47 Films Sdn Bhd 
Pengedar: Astro Shaw Sdn Bhd, GSC, HM Entertainment, ZAK Capital
Genre:  Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 28 November 2024
Trailer:


Filem Kahar: Kapla High Council bermula dengan kekecohan yang berlaku selepas Ayam (Naim Daniel) jatuh dari tingkat atas ketika pergelutan antara Fakhri dan Kahar di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Kerana insiden tersebut, ahli politik Parlimen Bachok, Abu Yamin (Husyairi Hussain) mengambil langkah untuk hebahkan kepada media bahawa anak bongsunya, Kahar (Amir Ahnaf) juga merupakan mangsa kepada sistem High Council. 

Berpatah kembali ke tahun 2005 di mana Kahar merupakan seorang pelajar yang pendiam dan hanya menurut kata-kata abangnya, Beja (Aedy Ashraf) sejak masuk ke sekolah tersebut. Kahar yang selesa dipanggil Bechik, tidak pernah menaruh harapan untuk mengikut jejak langkah ayahnya, abang sulungnya Beyad ataupun Beja. Dia cuma mahu habiskan pengajian menengahnya dan keluar dari KUDRAT namun desakan dan ekspektasi dari ayahnya juga cemuhan pelajar di sana membuatkan dia berang lalu bertanding sebagai KAPLA menerusi KUDETA. 


Naskhah aksi drama arahan Razaisyam Rashid merupakan instalment keempat untuk Project Universe selepas Projek: Anchor SPM (2020), Projek: High Council (2023) dan Projek: EXIT (2024) dari Astro Shaw. Naskhah Kahar: Kapla High Council menggunakan format berbeza dengan instalment Project Universe yang lain bila menggunakan format filem dengan durasi yang lebih pendek untuk menceritakan kisah bagaimana Kahar diangkat menjadi Kapla. 

Masih lagi menggunakan tema masalah sosial di mana masalah buli dan juga masalah psikologi seperti Kahar yang ditekan oleh Abu Yamin untuk tidak memalukan nama baiknya. Sama seperti Naim, Beja juga membesar dalam environment tidak sihat sampai pengaruhi cara dia menjaga Kahar sehinggalah adik dia memberontak.

I ada expectation yang agak tinggi dengan filem Kahar: Kapla High Council disebabkan oleh pengarah dan barisan pelakon yang diambil menerusi uji bakat. Dalam naskhah ni dapat tengok bakat besar seperti Khenobu, Aedy Ashraf dan Sky Iskandar. 


Sebelum ni para pelakon dalam siri Projek: High Council, kita dapat tengok barisan pelakon dapat treatment yang bagus sepanjang 10 episod walaupun ada beberapa watak yang tak dapat dikembangkan sebab limitasi ruang. Jadi dalam filem pun I mengharapkan at least barisan watak utama akan dapat treatment yang sama, tapi sayangnya tidak. 

Masa cast reveal watak Megat (Sky Iskandar) diperkenalkan sebagai seorang yang manipulatif tapi ruang untuk dia pergunakan Bechik sangat terhad. Potential tu ada tapi dipersia. Beja dengan Megat adalah kawan baik tapi kenapa dua watak ni bergaduh tak diceritakan pun walhal ada babak confrontation. Sayang juga impak tu hilang bila babak Kahar minta Megat announce siapa Kapla sekaligus hilangkan kuasa dia sebagai mastermind. Mungkin perlukan expression yang lebih untuk watak Megat bila dia sedar yang dia kalah secara total dalam babak tu. Mesej dekat situ kuat tapi feel tak ada sebab rushing untuk babak Kahar naik stage.

But still watak Megat jadi kuat sebab lakonan padu dari Sky Iskandar. Masa dia tap untuk surrender dalam ring tu bagi impak yang kuat pada mood story sekaligus kuatkan kepercayaan Kahar pada Megat lepas deep talk diorang. 


Watak Li (Thompson Goh) paling kesian sebab dia muncul sekejap sangat nak pula masa Kudeta yang jelas-jelas nak naikkan Kahar. Merepek sangat sebab siang tu Li belasah Kahar sampai injured tapi bila malam, dia kena tapak sekali je dengan Kahar terus tumbang. Sama juga dengan macam mana watak Zahrin (Fazziq Muqris) tiba-tiba terus tunduk dengan Kahar lepas kalah. Watak Hakeem (Fadhli Masoot) tak sepatutnya jadi lalang semata untuk connect watak Beja dengan Abu Yamin. 

Jalan cerita filem Kahar: Kapla High Council tak sama kualitinya dengan siri Projek: High Council bila pengarah lebih fokus pada aksi. Babak aksi memang banyak dengan hand combat dari pelakon utama tapi kalau koreografi yang berulang untuk semua fight scenes pun tak syok juga. Semua sama kecuali untuk watak Jojo sebab dia improvise sendiri memandangkan Khenobu adalah koreografer dan penari in real life. 

‘Mampuh gi tempat ayah, mampuh gi tempat mu, start hari ni aku nentu tempat aku sendiri.’ – Kahar

Masa Kahar sebut ayat ni dekat Beja, ingatkan watak Kahar akan jadi something else tapi betul lah apa yang ayah dia kata, Kahar akan jadi Kapla yang paling teruk dekat KUDRAT. High Council akan hilang sekali dengan Kahar. Kecewa jugak lah dengan ending sebab dari awal lagi watak Bechik bagitahu dia tak sesuai di KUDRAT so I assume dia tak suka sains dan matematik sebab dia budak seni. Dia ada beberapa lukisan dalam bilik, ada gambar Sudirman dan layan Keluangman. Bila Beyad dengan Beja ikut langkah ayah, I sangka Bechik mungkin ikut langkah mak yang suka seni rupanya tak. 

Tak ada salahnya pun kalau dia jadi apa yang dia jadi dekat hujung cerita tu tapi lagi sesuai kalau dia jadi penyanyi sebab in real life pun Amir Ahnaf boleh menyanyi. He even sings for the movie kan? Rupanya untuk promo je. 



Mungkin filem Kahar: Kapla High Council kurang bagus dari segi penceritaan sebab barisan penulis yang berkurangan dari 7 orang kepada 2 orang saja berbanding dengan siri. Apapun, Razaisyam tak hilang sentuhan sutradara tu bila dia mampu tonjolkan bond adik-beradik antara Beja dengan Bechik sebab Amir nampak comel dan manja sangat bila menyembang dengan Aedy. Masa cast reveal nampak macam mustahil nak portray the siblings’ bond tapi tak sangka menjadi macam Mimi Lana dengan Syafiq Kyle dalam Pusaka (2019). The emotions and warmth are there in few scenes. 


Sinematografi dari Stephen Chua menarik untuk visual sebuah filem cuma ada banyak close-up untuk naikkan elemen drama. Penggunaan warm tone dan dark mood digunakan sesuai mengikut babak-babak penting dan menguatkan penceritaan. 

Kalau sebelum ni dah layan siri Projek: High Council, memang patut sangatlah tengok filem Kahar: Kapla High Council dekat pawagam. Please stay lepas habis filem sebab ada dua credit scene yang penting.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 7.4/10

RM3 JUTA UNTUK 3 HARI TAYANGAN RASMI, KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL PILIHAN NO 1 FILEM LOKAL | ‘Kahar : Kapla High Council Tarik Kepercayaan Penonton Terhadap Filem Tempatan’

Filem Kahar : Kapla High Council kekal menjadi pilihan filem nombor 1 tempatan di pawagam ketika ini dan sekali gus cipta kutipan RM3 juta dalam tempoh 3 hari tayangan rasmi. 

Sepanjang ditayangkan, filem arahan Razaisyam Rashid ini telah berjaya menarik kepercayaan penonton untuk menonton filem tempatan. Menerusi perkongsian di platfrom X, @iammohsein menyatakan, “There’s no easy way to say this but uh..Kahar : Kapla High Council was actually a very, very good movie. It’s probably one of yhe most ‘complete’ Malaysian movie. And this is coming from me who totally abhors local productions that cheap out on realistic dialogue.’

Filem ini bukan sekadar memaparkan babak aksi yang mendebarkan, malah mesej yang diselitkan seperti pentingnya institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang turut meninggalkan kesan kepada penonton.

Menurut Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Terima kasih kepada penonton Kahar : Kapla High Council. Kami bersyukur dengan penerimaan baik filem ini. Melihat reaksi serta komen penonton selepas menonton, rata-rata berkongsi kepuasan mereka dari sudut jalan cerita, kualiti produksi dan memahami mesej yang ingin disampaikan seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang. Kami mengharapkan lebih ramai memberi peluang untuk menonton filem ini dan berkongsi pandangan serta pengalaman bersama kami.” 

Sejak Jumaat lalu telah bermula sesi jelajah Kahar : Kapla High Council di Kedah dan semalam di Perak. Kehadiran barisan pelakon digamatkan dengan sambutan dan sokongan padu penonton dan peminat. 



Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Counci hari ini 1 Disember di Perak; dan seterusnya 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.

Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu. 

Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda. 

Blog Performance November 2024


Tinggal sebulan je lagi nak masuk tahun 2025, tak sabar tapi dalam masa yang sama takut juga sebab ada banyak rumours dengar pasal content creator's industry dengan corporate's industry. Banyak benda nak kena fikir bulan ni dan semestinya banyak planning juga nak buat bila dah masuk bulan Disember ni. 

1. PV 


I jangka bulan November akan jadi macam bulan Oktober di mana entri akan mencecah target bulanan tapi tidak juga sebab bulan ni sibuk dengan dua tiga perkara urgent. Bila ada masa senggang rasa nak rest je. Ada juga update tapi banyak yang tak berupdate. Itu belum masuk nak clearkan storage yang dah penuh sana-sini. I cuba buat yang termampu je. 

Sebelum ni nak menuju ke angka 6 juta tu rancak sangat pageviews awalnya tapi sekarang stuck pula dekat angka puluh ribu. Mungkin kena fix lah target entri bulanan cecah 60 entri kemudian blogwalking 10 blog sehari. Hopefully tahun depan tak stress macam tahun ni. But I can only hope....

2. Posts


Penangan betul drama Andai Tiada Dia sampai lirik lagu Nurcinta - Amir Masdi mencecah 3 ribu pageviews. Masa tu saja je nak update untuk cukupkan 60 entri, tak sangka membantu naikkan pageviews bulan November. Dulu rajin update tapi sejak semua lagu dah ada lyric video, I pun dah malas update. Rupanya I baru perasan dekat Spotify tak ada lirik lagu. So membantu juga lah kepada yang rajin update lirik lagu kan? I tak rajin, I tolong bagi data untuk tolong blogger yang tak tahu nak update apa hshshs

Popular Post untuk bulan November, sama macam sebelumnya, dah banyak dengan review cuma I yang tak banyak update filem Hindustan jadi tak banyak lah yang masuk dalam carta bulanan. For now, filem Hindustan yang best kena peram sampai tahun depan so mungkin tahun depan akan ada banyak filem Hindi yang best keluar tayangan. 

3. Bilangan Entri

Like I said earlier, bulan ni tak mampu mencecah 60 entri. Mungkin kalau sempat, untuk bulan 12 ni I akan cuba update sampai 60 atau lebih sebab nak update pasal event yang I pergi. Beria ambil gambar tapi tak update pun lepastu penuh storage sampai 100gb pun tak mampu menampung. Tapi yang pastinya bilangan entri tahun ni jauh berbeza dengan tahun lepas. 

Terima kasih yang datang berkunjung ke sini, have a nice month everyone. Please take care too :)