Astro dengan sukacitanya mengumumkan inisiatif baharu menggunakan kekuatan Artificial Intelligence (AI) dengan kerjasama pelakon Project; Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul. Tujuan inisiatif ini adalah untuk memperkasakan para pelakon dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan dengan memupuk keterlibatan positif di media sosial. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada promosi untuk siri Astro Originals, Project; Exit, yang ditayangkan pada 1 November (Bahagian 1) dan akan diteruskan pada 15 November (Bahagian 2).


“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan inisiatif baharu ini bagi menyokong Project; Exit yang menggunakan AI dengan cara yang relevan untuk memupuk interaksi sosial yang positif. Kami percaya kandungan bukan sekadar untuk tontonan, tetapi ia juga boleh memberi kesan yang membangkitkan semangat orang ramai dalam kehidupan. Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” kata Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro.
“Project; Exit mengangkat isu-isu berat yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia dan kami melihat peluang ini untuk tidak sekadar menceritakan kisahnnya, sebaliknya untuk benar-benar menghulurkan bantuan dan menunjukkan bahawa mereka tidak keseorangan,” kata Erman Basiron, Pengarah Kreatif, Talon Creative Sdn Bhd.

Kempen ini menampilkan barisan pelakon Project; Exit (Astro) untuk memberikan sokongan moral positif di platform media sosial Astro Malaysia seperti X. AI akan menghasilkan dan merakamkan respons daripada pelakon, membolehkan mereka berinteraksi dengan pengguna di media, memberi respon terhadap perasaan sedih, kecewa atau cemas dengan kata-kata dorongan positif sebagai sokongan.







Inisiatif ini menggunakan sistem pemantauan sosial untuk mengenal pasti perkongsian yang menunjukkan perasaan sedih, kecewa dan cemas. Dengan menggunakan teknologi AI eksklusif yang dilatih dengan rakaman suara dan video pelakon, kami dapat menghasilkan respons yang disesuaikan untuk meniru gaya dan nada mereka. Mesej peribadi ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka yang memerlukan. 

Dengan sehingga 50 respons sehari, tujuan inisiatif ini adalah untuk memberi impak bermakna dan menginspirasikan pengguna media sosial di kalangan muda untuk sentiasa mencari dan memberikan sokongan positif. Sertai kami dalam inisiatif bermakna ini untuk memberi inspirasi dan memperkasakan komuniti dengan mengikuti tanda pagar #ProjectExit.

Khusus untuk peminat siri premium Astro Originals, Bahagian 1 siri ‘Project; Exit’, yang merangkumi episod 1 hingga 4, boleh ditonton mulai 1 November 2024 secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka. Sementara itu, Bahagian 2 yang merangkumi episod 5 dan 6 akan disiarkan bermula 15 November 2024 di platform yang sama. Ikuti info menarik dan klip melalui akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak, dan Astro Shaw menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut dan untuk melanggan. 


Snack Smart: Shaping Family Health One Bite at a Time | Mindful Snacking Starts at Home

Mindful snacking isn’t about restriction—it’s about embracing thoughtful eating by focusing on quality, moderation, and savouring snacks. In sharing her perspectives on this, Dr. Satvinder Kaur, Associate Professor, Department of Food Science and Nutrition, Faculty of Applied Sciences, UCSI University, has penned an op-ed zeroing in on the benefits of mindful snacking and how parents can foster balanced, intentional snacking choices at home.

In our fast-paced lives, snacking has become a constant for families. Yet, the way snacks are chosen and enjoyed has a big impact on long-term health. The home is where lifelong habits begin, and parents play a central role in guiding children toward mindful snacking that’s both balanced and enjoyable. By teaching kids to snack with intention, parents can help instill healthy choices that last a lifetime.

Crafting Mindful Snacking Moments

Mindful snacking isn’t about restriction—it’s about creating opportunities for balanced enjoyment and nourishment. Simple actions, like offering healthy options, encouraging portion control, and teaching kids to tune in to their hunger cues, can shape a positive relationship with food.

Through the #JomSnekBijak initiative, Mondelēz International (Malaysia) inspires families to embrace thoughtful eating by focusing on quality, moderation, and savoring snacks.

Balance & Mindfulness: Fostering Healthy Habits

Mindful snacking emphasizes balance over limitation. When children are encouraged to enjoy each bite, they learn to make choices thoughtfully, rather than feeling restricted. Parents can model this by being present at mealtimes, minimizing distractions, and encouraging kids to savor their snacks. Getting kids involved in food prep and grocery shopping also makes healthy eating fun and educational.

Creating a mindful snacking environment at home means stocking up on wholesome options like fruits, whole grains, and nuts alongside occasional treats. This balanced approach supports both physical and emotional well-being, helping children build a foundation for mindful eating habits that can last a lifetime.

Empowering Parents with Resources for Mindful Snacking

Mindful snacking isn’t just a household effort—it’s a movement. Companies like Mondelēz International (Malaysia) are committed to educating consumers on thoughtful portioning and snack choices through initiatives like #JomSnekBijak. Clear packaging and portion information help parents make informed choices and reinforce moderation, making mindful snacking both easy and satisfying.

By leveraging these resources, families can develop healthier habits that support long-term well- being while fostering a positive relationship with food.

The Benefits of Mindful Snacking at Home

Parents set the stage for their children’s snacking habits. Offering alternatives like fruits, yogurt, or whole grains allows kids to see snacking as a way to nourish themselves, not just as a response to cravings. When children observe their parents making mindful choices—practicing portion control and savoring each bite—they’re more likely to adopt these behaviors themselves.

Helping kids tune into their bodies is another essential lesson. Often, children snack out of boredom or emotions rather than genuine hunger. Encouraging them to assess their hunger before eating helps foster a healthier relationship with food. Serving smaller portions and savoring each bite can prevent mindless overeating.

Practical Tips for Parents

There are many small ways for parents to teach mindful snacking. Beyond providing wholesome snack options, parents can model mindfulness by being present at meals, setting aside distractions, and showing that food is meant to be enjoyed. Involving kids in snack prep is a great way to bond while introducing them to nutrition in a hands-on way.

Even grocery shopping can be an educational experience. Parents can show kids how to choose healthy snacks and strike a balance between fresh foods and treats. Teaching children to read labels also empowers them to make informed food choices as they grow, turning everyday activities into lessons in mindful eating.

Building Healthy Habits, One Snack at a Time

It’s never too early—or too late—to support your children in building mindful snacking habits that will benefit their health. By making small, intentional changes—offering wholesome snacks, encouraging portion control, and practicing mindfulness—parents can help set their kids on a path to lifelong health.

With snack options everywhere, parents have the power to create a home environment that promotes mindful eating. Through #JomSnekBijak and similar initiatives, we can inspire families to foster a positive relationship with food and create a healthier future, one snack at a time.

Dua minggu berturut-turut mendominasi pentas ‘Muzikal Lawak Superstar 4’, Putehh sekali lagi dipilih sebagai pemenang ‘Gempak Superstar of The Week’ dengan jumlah markah keseluruhan tertinggi sebanyak 69.19%, diikuti oleh Zuara (64.68%) dan Padie (63.88%). Manakala kumpulan Deroyan mendapat markah terendah. Minggu separuh akhir ini turut menyaksikan tiada penyingkiran, membawa kelima-lima kumpulan ke pentas akhir yang mempunyai dua sketsa dan lokasi, bertemankan artis jemputan Istimewa dalam setiap kumpulan. 










Senarai Markah Penuh Minggu 8 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Putehh – 69.19%

Zuara – 64.68%

Padie – 63.88%

Sarkas – 63.16%

Deroyan – 57.27%

Saksikan episod akhir ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada 17 November ini, jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.

Filem Don Dukun, yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, dan ramai lagi, berjaya mencatat kutipan luar biasa sebanyak RM4 juta dalam sepuluh hari tayangan. Kejayaan ini sekaligus mengangkat Don Dukun sebagai filem komedi seram tempatan dengan kutipan box office tertinggi untuk tahun 2024.

Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Alhamdulillah, kami sangat bersyukur atas sambutan positif ini. Terima kasih kepada setiap penonton yang memilih untuk ‘healing’ bersama Don Dukun di pawagam. Kejayaan ini adalah hasil sokongan padu anda semua, yang terus mengangkat filem tempatan ke tahap yang lebih tinggi.”

Don Dukun diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama oleh Infinitus Productions dan GSC. Manakala, diarahkan oleh Waan Hafiz dan membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong. 

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Don Dukun yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini. 

Melabuhkan tirainya pada Jumaat lepas, program ‘The Chosen One 2024’ menobatkan Kiki Fateha sebagai juara musim keduanya. Menarik perhatian para juri tetap dan juri jemputan dengan kedua-dua persembahannya, Kiki mengungguli semua peserta dengan suara lunaknya bersama coach, Aepul Roza. Tempat kedua dimenangi oleh Akhil Mikail, tempat ketiga dimenangi oleh Atikah Rose dan tempat keempat dimiliki oleh Azry Sabri. 

Peserta Akhil Mikail turut dipilih sebagai pemenang Anugerah ‘Persembahan Terbaik’. Manakala Aepul Roza mendapat Anugerah ‘Coach Terbaik’ menyusuli kemenangan Kiki Fateha sebagai juara pada kali ini. Konsert Akhir ‘The Chosen One 2024’ juga menyaksikan penyanyi popular seperti Ziana Zain dan Ajai sebagai juri jemputan. Saksikan episod-episod ‘The Chosen One 2024’ menerusi On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’

• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, telah disiarkan bermula 20 September, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

• 16 peserta ‘The Chosen One 2024’ terdiri daripada kanak-kanak berusia 11 tahun – 17 tahun dari seluruh Malaysia.

• Empat Finalis telah dipilih untuk berentap di ‘Konsert Akhir The Chosen One 2024’, iaitu:

a. Akhil Mikhail (11 tahun, Johor)

b. Kiki Fateeha (13 tahun, Sabah)

c. Azry Sabri (15 tahun, Sabah)

d. Atikah Rose (17 tahun, Sabah)

• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

• Sepanjang ‘The Chosen One 2024’, barisan juri jemputan yang terlibat terdiri dari Misha Omar, Datuk Jalaluddin Hassan, Nabil Ahmad, Datuk Rosyam Nor, Ajai dan Harith Iskander.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

Atikah Rose - Emas (Nadeera Zaini)

Akhil Mikhail - Ku Akui (Hafiz Suip)

Azry Sabri - I Want You To Love Me (Alif Satar)


Akhil Mikhail ft Tomok - Hi Hi Bye Bye (Ezlynn), Bye Bye Bye (NSYNC)

Kiki Fateha ft Aepul Roza - Butter (BTS) & Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah)

Atikah Rose ft Adira - Sabri Aleel (Sherine), Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet & Sona One)

Azry Sabri ft Firdaus Rahmat - San Sanana (Asoka), Janji Kita (Spin) & Farhana (Jinbara)


• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro dan sebuah lagu terbitan Rocketfuel Entertainment. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro. Manakala peserta yang memenangi Anugerah ‘Persembahan Terbaik’ pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 yang dinilai 30% undian dari penonton di rumah dan 70% dari pihak juri.

• Pemenang ‘Coach Terbaik’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.

• Pemenang ‘The Chosen One 2024’ akan mengikuti jejak langkah Juara musim lalu, Amir Sisi yang telah mempunyai lagu ‘Ayah Ibu’ dan ‘Bumi Indah’ dan terlibat dalam program TV antaranya ‘Rioh Rimba’, ‘On The Way’ dan ‘All Stars Gegar Vaganza’.

Pesuruhjaya Sumpah | Surat Akuan untuk Mengesahkan Pendapatan Anda

Sunday, 10 November 2024


Apa itu Surat Akuan Pendapatan?

Surat Akuan Pendapatan ini merupakan satu dokumen rasmi untuk mengesahkan pendapatan bulanan atau purata pendapatan seseorang individu dalam keadaan yang berikut :

  • tidak mempunyai slip gaji dari majikan contohnya Ejen Hartanah, Ejen Insuran, pekerja separuh masa dan lain-lain pekerjaan yang tiada slip gaji
  • tidak mempunyai pendapatan yang tetap seperti pekerjaan yang berdasarkan upah harian atau berdasarkan sesuatu projek
  • tidak bekerja atau seorang suri rumah sepenuh masa
  • Peniaga diatas talian

Tujuan Surat Akuan Pendapatan Dibuat

Bagi individu seperti ini, surat akuan pendapatan diperlukan sebagai bukti dan dokumen pengesahan kepada pendapatan mereka. Akuan pendapatan ini diperlukan untuk pelbagai urusan seperti permohonan loan, permohonan apa-apa bantuan, urusan persekolahan anak-anak dan pelbagai lagi urusan yang memerlukan individu tersebut menyatakan bukti pendapatan mereka. 

Oleh itu, jika individu tersebut perlu membuat permohonan atau pendaftaran yang memerlukan penyata pendapatan, mereka boleh mengemukakan surat akuan ini sebagai pengganti kepada slip gaji.


Dimana Boleh Dapatkan Surat Akuan Ini?

Salah satu cara adalah dengan membuat Surat Akuan Berkanun dan mendapatkan tandatangan dan cop meterai dari Pesuruhjaya Sumpah berdekatan anda sepertimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah 9 dan 10, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

Individu yang membuat akuan pendapatan ini perlu memastikan bahawa pengisytiharan pendapatan mereka adalah betul dan tidak berlaku sebarang penipuan.


Contoh Format Surat Akuan

Berikut merupakan contoh surat akuan rasmi yang boleh digunakan. Borang Akuan Berkanun (AM 80) ini boleh juga didapati dari laman web e-Pesuruhjaya Sumpah. 


Surat akuan ini lazimnya hanya mengandungi satu muka surat sahaja.

Butiran yang perlu ada dalam Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah seperti berikut:

  • Nama
  • No. Kad Pengenalan
  • Alamat
  • Pekerjaan
  • Pendapatan sebulan
  • Tujuan Surat Akuan
  • Tandatangan individu
  • Tandatangan pengesahan
  • Cop rasmi

Surat Akuan ini hendaklah disediakan sendiri dan tidak boleh disediakan atau dibantu penyediaannya oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Sila ambil maklum bahawa Akuan Berkanun yang dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah ini akan dikenakan bayaran iaitu RM10 untuk 1 akuan berkanun dan RM10 juga untuk setiap lampiran/ ekshibit yang dinyatakan dalam akuan tersebut.

Antara pihak lain yang layak untuk membuat pengesahan pendapatan kepada seseorang individu tersebut adalah:

  • Ahli Parlimen
  • ADUN
  • Ketua Kampung
  • Ketua JKKK
  • Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas
  • Pengetua Sekolah
  • Jaksa Pendamai

Semoga tutorial ni bermanfaat dan kalau yang tinggal di sekitar Subang Bestari boleh dapatkan cop Pesuruhjaya Sumpah dengan Puan Nikmatul Fariha binti Mohd Jafri di alamat 36-2, 1st Floor, Jalan Nova K U5/K Nova Business Centre, Subang Bestari, 40150, Selangor. 

Cari Birthday Cake Adi di Fantaxy Bakery, SS15

Saturday, 9 November 2024


Lepas makan tengahari di Nasi Lemak Burung Hantu, kitorang pergi ke unit kedai yang terletak berhadapan dengan restoran famous tu. Yun ajak pergi Kedai Kek Fantaxy Bakery ni sebab dia tengok rating dekat Google tinggi. Plus, she's craving for mini rolls. Kitorang aim nak beli kek yang kecil je sebab nak celebrate within corporate department je. Kalau department lain kebetulan datang, rezeki terpijak lah. 



Masa pergi ni tak banyak pun kek dia tapi yang ada tu pun menarik perhatian juga lah sebab cantik. 


Selain kek ada juga roti dengan cookies dekat sini. Cookies biasa tau bukan soft cookies. 


Kitorang pilih Caramel Brownies Cake untuk Adi lepastu request staff tulis happy birthday dekat kek tu. Jangan tanya kejadiannya sebab I lupa ambik gambar. Gambar Adi terharu je lah bersepah sebab dia tak tahu pun pasal plan kitorang.


Masa bergerak ke kereta tu ternampak pulak laluan pejalan kaki ni, cantik macam dekat dalam pinterest so I suruh Ain berdiri supaya tak nampak kosong sangat. Balik office terus celebrate birthday Adi sebab dia dah nak balik rumah masa tu. Sebab tu tak nak celebrate satu RRM sebab takut nanti drag masa dia. Masa kitorang celebrate ni pun dia tengah busy siapkan kerja sebelum balik.




Lepas dah bergambar baru perasan syu pegang pisau hala dekat Adi. Dah serupa orang terpaksa ambil gambar kena kepit kiri kanan. Anyway, happy birthday Adi! 

p/s: I tak tahu rasa kek tu macam mana sebab dia bawak balik makan kat rumah T.T