Movie Review | Padu (2024)
Thursday, 7 November 2024
Astro Bawa Kembali Kegemilangan Penyanyi Evergreen dan Suara yang Dilupakan di ‘Gegar Vaganza 11’ | Gandingan Penyanyi Hits Nusantara Gemerlapan Pentas ‘GV11’
Selepas meraikan sedekad kejayaan rancangan tersebut secara fenomenal pada tahun lepas, rancangan realiti nyanyian nombor satu Astro, ‘Gegar Vaganza’ (GV) kini kembali dengan permulaan baharu dalam musim kesebelasnya. Menggandingkan artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pernah popular, musim ini kembali ke rumpunnya untuk terus menjadi platform yang menggamit semula zaman-zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik, sekaligus mengubati rindu para peminat yang ingin melihat mereka bersinar semula di atas pentas dengan cabaran dan persaingan yang baharu. ‘GV11’ bakal bermula pada 24 November ini, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Vaganzers bakal menyaksikan himpunan penyanyi-penyanyi yang pernah viral atau evergreen terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara berentap di ‘GV11’, mengilatkan kembali sejarah kegemilangan mereka dalam industri nyanyian. Nama-nama yang dipilih merupakan bintang-bintang yang dikenali dengan kekuatan dan keunikan vokal, serta lagu-lagu hits yang masih terpahit dalam memori setiap penggemar muzik hingga kini.
Bintang-bintang ‘GV11’ terdiri daripada Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, Ning Baizura, serta lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif. 13 penyanyi solo dan sebuah kumpulan bakal meriuhkan kembali pertandingan realiti nyanyian tersohor ini dengan cabaran sengit dan kehebatan nyanyian masing-masing.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad berkata “Sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama sedekad, hingga ke hari ini, amatlah kami hargai. Juara di antara juara sudah pun kami nobatkan. Kini, kami kembali ke asal usual GV iaitu dengan membawa kembali penyanyi-penyanyi yang pernah tular atau evergreen ke pentas prestij. Tidak lekang di mulut penggemar-penggemar muzik, bintang-bintang ini pernah mencipta sejarah dengan lagu-lagu serta bakat mereka. Malah, ada di antara lagu-lagu mereka yang masih menjadi pilihan di mana-mana. Kami amat berbangga kerana barisan peserta pada musim kali ini merupakan antara nama-nama terbesar di persada muzik tempatan dan serantau. Ternyata GV masih mampu menarik penyertaan bintang-bintang besar, lantas menunjukkan betapa relevannya rancangan ini bukan sahaja untuk para peminat tetapi juga artis-artis di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura.”
“Astro bakal memulakan GV11 dengan nafas baharu, namun masih mengekalkan kesengitannya di antara semua peserta. Lagenda bertemu lagenda, semuanya mempunyai latar belakang kejayaan yang hebat dalam bidang nyanyian. Namun hanya vokal, aura dan persembahan mereka sahaja yang dipertaruhkan. Siapakah yang akan menyambung takhta GV pada musim kali ini? Semuanya akan terjawab di pentas gah GV11 yang pastinya akan kembali menggemakan dewan konsert kelak. Kami yakin musim terbaharu ini bakal mengejutkan para penonton dengan kehebatan mereka, sekaligus membawa para penonton ke memori lalu ketika zaman kegemilangan mereka. GV11 bakal beri kepuasan hiburan maksima kepada penggemar-penggemar rancangan realiti nyanyian signature kami,” tambah Raqim.
Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Rancangan ini turut membawa kembali duo kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
‘Gegar Vaganza 11’ akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
- ‘GV11’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada akan disingkirkan.
- Penerbitan ‘GV11’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama CelcomDigi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi, CUCKOO dan Uphamol turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
- Penganjuran edisi kesebelas ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital, serta SINAR selaku radio rasmi disokong oleh ERA dan GEGAR.
- Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
- ‘Vazz Vaganza’ akan dihoskan oleh Dina Nadzir selama 30 minit sejurus selepas konsert utama, menampilkan diskusi , wawancara dan soal jawab bersama barisan peserta ‘GV11’.
- Klip sedutan sesi latihan vokal dan persediaan para peserta dapat ditonton melalui ‘Kapsul Gegar Vaganza 11’ yang akan dihoskan oleh Putra Anuar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam.
- Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live+’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV11’. Program ini akan dihoskan oleh Falyq, bersama selebriti misteri yang akan diperkenalkan pada minggu pertama GV11.
- Eksklusif buat peminat tegar ‘GV’, mereka akan mendapat kejutan besar apabila mereka memberitahu apa yang mereka suka tentang ‘GV’ dan mengapa di laman media sosial X mereka. Vagangers dengan tweet yang mendapat likes atau retweets paling banyak akan dipilih untuk menerima kejutan ini.
Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM3 juta di pawagam dalam tempoh 6 hari tayangan. Ini juga meletakkan Don Dukun sebagai filem tempatan nombor 1 dalam carta top 10 pawagam GSC ketika ini. Jalan cerita dan elemen komedi yang santai sesuai untuk semua lapisan umur dan menjadikannya pilihan utama hiburan seisi keluarga di pawagam.
Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada penonton yang telah hadir ke pawagam untuk menyaksikan Don Dukun. Melalui tinjauan kami, ada penonton yang mula ulang tonton filem ini bersama insan tersayang. Kami gembira melihat nashkah ini dapat menyatukan keluarga di layar perak dengan gelak tawa. Bagi yang belum menyaksikan filem ini, kami mengajak mereka menyaksikan sendiri lakonan mantap dan sisi berbeza pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.”
Don Dukun diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama oleh Infinitus Productions dan GSC. Manakala, diarahkan oleh Waan Hafiz dan membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong.
‘Gempak Superstar Of The Week’ jatuh ke tangan Ali Puteh, Aya Amiruddin dan Man Raja Lawak selepas kumpulan Putehh berjaya merampas kembali kedudukan pertama di pentas suku akhir ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ semalam. Mengumpul kesemua ‘bintang’ daripada barisan juri dalam kedua-dua persembahan, Putehh meraih jumlah markah tertinggi sebanyak 62.44%. Ini diikuti oleh kumpulan Sarkas (61.37%) dan Deroyan (61.28%) di tempat kedua dan ketiga.
Minggu ini turut menyaksikan kumpulan Gebu yang dianggotai oleh Puteri Sarah, Mamak Puteh dan Ilham Abata tersingkir, sekaligus melayakkan lima buah kumpulan yang lain ke peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.
Senarai Markah Penuh Minggu 7 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’
Putehh – 62.44%
Sarkas – 61.37%
Deroyan – 61.28%
Zuara – 61.24%
Padie – 55.27%
Gebu – 53.56%
Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.
DON DUKUN CIPTA KEJAYAAN RAIH KUTIPAN RM2.1 JUTA UNTUK TIGA HARI
Monday, 4 November 2024
DON DUKUN CIPTA KEJAYAAN RAIH KUTIPAN RM2.1 JUTA UNTUK TIGA HARI | Don Dukun Buktikan Filem Komedi Seram Masih Menjadi Pilihan Penonton Malaysia!
Minggu Akhir Kilauan Emas 2024 | Gie Juara ‘Juara Kilauan Emas 2024!
Sunday, 3 November 2024
Melabuhkan tirainya semalam, setelah 7 tahun menyepi kini program ‘Kilauan Emas 2024’ menobatkan peserta Gie sebagai juaranya. Menjadi peserta wanita pertama merangkul gelaran juara, Gie mendapat markah keseluruhan sebanyak 80.08% di pentas akhir.
Turut memberikan persembahan terbaik adalah naib juara Sidi (70.74%), juga di tempat ketiga Ina (65.99%), Sue (65.00%), Wan (64.39%) dan Ron (51.68%). Selain itu, Gie turut mendapat anugerah Emas Berkilau Of The Week. Saksikan Kilauan Emas 2024 di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.
SENARAI LAGU
INFO ‘KILAUAN EMAS 2024’
• ‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.
• Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Diari Kilauan Emas 2024 selama 30 minit setiap jumaat bermula 13 September 2024 dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan menerusi Kapsul Kilauan Emas 2024 selama 5 minit setiap minggu dari Selasa hingga Khamis, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
• Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.
Sidi & Gie - Jangan Menangis Sayang (Safura ft Oney) |
Sue & Ron - Beribu Sesalan (Jac, Ning & Shila Amzah) |
Ina & Wan - Seluruh Cinta (Dato' Sri Siti Nurhaliza ft Cakra Khan) |
Gie - Kau Pergi Tanpa Pesan (Sharifah Aini) |
Sidi - Cukuplah Sekali (Jay Jay) |
Ron - My All (Mariah Carey) |
Ina - Bertakhta Di Hati (Faradhiya) |
Sue - Sumpah (Aina Abdul) |
Wan - Dir (Rahim Maarof) |
Finalis The Choosen One Musim 2 - Kiki Fateha, Azry Sabri, Akhil Mikhail, Atikah Rose |
Fauziah Latif |
Edry Abdul Halim |
Dato' Hattan |
Erra Fazira |
• Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato’ Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.
• Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.