Lunch di Nasi Lemak Burung Hantu, SS15 Subang Jaya

Saturday, 9 November 2024


Jumaat lepas Yun ajak keluar cari kek dekat Subang Jaya sebab nak celebrate birthday Adi. Alang-alang dah keluar, kitorang lunch sekali dekat area situ. 

Kitorang keluar berempat ke Subang Jaya. SS15 to be exact, 4.5 km je dari Oasis Square Ara Damansara. Selain Syu, kitorang yang lain first time jejak kaki dekat situ. Syu bagitahu ada banyak tempat makan best dekat sini tapi sebab kitorang tak pernah rasa lagi Nasi Lemak Burung Hantu, semua setuju nak makan dekat situ. 

Kitorang park dekat food court lepastu berjalan kaki ke restoran famous ni. Tak sangka Nasi Lemak Burung Hantu bakal launch cawangan ke-7 padahal kitorang baru nak merasa nasi lemak dia. Better late than never I guess. 

Ramai je dekat restoran walaupun yang lelaki pergi solat jumaat sebab non-Muslim pun lunch dekat sini. Tapi banyak je tempat duduk kosong sebab meja dia banyak tapi bad luck lah kalau dapat meja vitamin D. Berkicap lah hadap terik mentari. 

Kedudukan meja dia rapat-rapat so a bit uncomfortable makan dekat sini. Panas pun ye jugak lah sebab angin berbahang walaupun open space. Kalau nak yang selesa cari lah dekat cawangan lain. 


Kitorang beratur tak lama pun sebab makanan semua dah ready tinggal nak pilih je yang mana. Kalau orang depan buat keputusan lambat memang lama lah beraturnya. 


Dekat kaunter nasi ni, kena bagitahu kalau tak nak ayam tapi nak menu lain sebab once you cakap nak nasi lemak, dia akan auto letak ayam bahagian peha dan thigh. 


Lepas ambil nasi, kena pilih lauk lain pula. Selain ayam, ada sambal kerang, sambal burung puyuh, sambal sotong, rendang daging, tempe crispy dan sambal paru. Kalau tak nak, boleh proceed ke kaunter bayaran untuk order air dan buat bayaran. 


I ambil sambal paru sebab tamak padahal dekat dalam pinggan dah ada peha ayam dengan telur mata 😭

Berbeza sikit hidangan Nasi Lemak Burung Hantu bila dia ada sediakan kangkung celur. I suka kangkung so tak ada masalah nak makan tapi yun tak suka. 

Sambal Nasi Lemak Burung Hantu ni not bad lah sebab cili dia masak elok, tak manis sangat dan pedas tapi minyak dia a bit turn off. Habis nasi jadi warna minyak. 

Sembang pasal nasi, walaupun santan dia banyak tapi wangi santan tu tak ada, mungkin sebab pakai santan kotak. Bila makan tu rasa macam makan nasi biasa je. Syu kata dekat cawangan lain serve nasi lagi sedap dari cawangan dekat SS15 ni. 

To be honest I'm not a fan ayam yang goreng garing sebab isi ayam jadi keras. Sama lah dengan ayam goreng yang I makan semalam. Rasa macam dapat ayam 1/4 tapi sebenarnya bahagian thigh je sebab isi dekat peha tu dah kecut dah. Ikan bilis pun senasib, garing sangat sampai jadi kayu. 


Overall it is good tapi overhyped lah. Boleh je nak makan tapi sebulan sekali okay la kot. 

Movie Review | Mereka Yang Tertewas (2024)


Pengarah: Dato' Zulkeflie M.Osman.
Penulis Skrip: Hasanuddin Md Isa
Pelakon: Zaidi Omar, Fiza Abdul Halim, Sherie Merlis, Fad Anuar, Mubarak Majid
Syarikat Produksi: Tujuh Pelangi Maju
Pengedar: MEGAMOVIE
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 92 minit
Tarikh Tayangan: 7 November 2024
Trailer:


“Mereka Yang Tertewas” mengetengahkan sebuah cerita yang lebih berlatarbelakangkan penerapan Islam dalam hidup sebuah kelompok masyarakat di Kampung Bukit Setugal. Tapa (Zaidi Omar) dari Kampung Padi Setempat beralih arah berhijrah ke tempat lain setelah maruah diri dan keluarganya dicemuh dan dicaci apabila ingin memperisterikan Mimah.

Tapa mengembara mencari kehidupan yang baru serta mendalami ilmu agama untuk melupakan masa silamnya. Tapa berhijrah ke Kampung Bukit Setugal dan memperisterikan Jamilah (Fiza Abdul Halim) anak saudara tok gurunya serta menyebarkan syiar Islam. Walaupun Jamilah serba-serbi sempurna, cantik dan tinggi ilmu agamanya namun dia mandul tapi Tapa tak pernah hiraukan hal zuriat atau waris kerana dia redho dengan ujian Tuhan buat mereka berdua. 


Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan anak-anak muda kampung tersebut terjebak dengan perkara maksiat. Usaha Lebai Pa hanya disokong oleh Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin (Adam Shahz).

Niat Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa di kampung tersebut disalahertikan oleh penduduk kampung kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa di dalam kampung tersebut. Tambahan pula rencana Lebai Pa tersebut tidak disokong oleh Imam Min (Hilal Azman) lantas menjadi alasan yang kuat kepada Yusof (Mubarak Majid) dan Jah (Sherie Merlis) untuk menghasut penduduk kampung yang lain supaya tidak memberi sokongan kepada usaha dakwah Lebai Pa di samping labelnya sebagai pendatang. 


Filem yang diadaptasikan dari novel sastera karya nukilan Hasanuddin Md Isa yang juga pernah memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam 1988 bertemakan cabaran pendakwah Islam di sebuah kampung fiksyen. Menurut pengarah Dato' Zulkeflie M.Osman., novel sastera yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini sangat popular di kalangan peminat sastera pada tahun ianya diterbitkan. 

Watak Lebai Pa adalah watak yang berusia dan penuh dengan ilmu tapi tetap merendah diri, sama juga dengan isterinya Jamilah. Sesuatu yang segar dan unik bila gandingan utama mempunyai age gap yang agak jauh tapi tak kekok pun berlakon bersama. Sepanjang masa, Jamilah menjadi tunjang yang kuat untuk Lebai Pa dalam menyebarkan dakwah di Bukit Setugal di samping anak angkat mereka berdua, Pudin. 


Filem Mereka Yang Tertewas mempunyai banyak mesej yang dimasukkan seiring dengan matlamat pengarah dalam menghasilkan filem berunsurkan keagamaan. Selain keindahan bersabar dan bersedekah yang ditonjolkan oleh Lebai Pa dan Jamilah, filem Mereka Yang Tertewas terbitan Tujuh Pelangi Maju juga memaparkan kekuatan seni silat yang mempunyai jurus istimewa sampai boleh memberi kesan buruk kepada penerima sekiranya pantang larang dilanggar. Tak diceritakan lebih mendalam tentang Jurus Siliwangi tapi boleh nampak ramai yang masuk kelas silat mengidamkan ilmu Jurus Siliwangi dari Pendekar Atan (Ruzaidi Abdul Rahman). Sekali tampar boleh berguling ke tanah dan cederakan dalaman target. 

Pace filem Mereka Yang Tertewas agak perlahan sedangkan ada banyak babak yang boleh dikembangkan seperti babak silat dari Pendekar Atan ataupun babak pertarungan antara Khidam (Fad Anuar) dengan Pudin. Lebih menarik kalau Jurus Siliwangi bertemu dengan ilmu silat Pencak Seribu Kalimah sebab kedua-dua ilmu silat tersebut popular kalau dilihat dari penceritaan. 


Dialog yang dimasukkan juga agak minimal dan terlihat biasa sedangkan I tertarik dengan bunga bahasa yang dilontarkan dari beberapa watak. Nampak sangat berlapik dan beradab bila bercakap sesama sendiri macam babak Lebai Pa pergi ke Pejabat Agama untuk disoal-siasat. Pegawai yang datang pun tak marah atau hamun, jemput dengan baik, bawa pulang juga dengan baik. Latar masa filem Mereka Yang Tertewas sekitar tahun 70-an atau 80-an dan sebagai generasi baru, agak terkejut bila dapat tahu tentang mas kahwin yang dibayar secara hutang pada ketika itu. 

Filem Mereka Yang Tertewas mungkin bukan filem pilihan kepada generasi baru tapi lebih terarah kepada generasi lama yang mempunyai kenangan dengan novel sastera pada zaman sekolah dahulu. 

Movie Review | Don Dukun (2024)


Pengarah: Wan Hafiz 
Penulis Skrip: Junad M. Nor, Amin Shakib
Pelakon: Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh, Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin, Lousia Chong. 
Syarikat Produksi: Astro Shaw, Infinitus Gold, Golden Screen Cinemas
Pengedar: GSC Movies
Genre: Komedi / Seram
Durasi Tayangan: 98 minit
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2024 (Malaysia)
Trailer:


Don Arif (Zul Ariffin) merupakan bomoh yang lahir dari keturunan bomoh terkenal. Setiap generasi waris lelaki dari keturunan Don menjadi bomoh yang menyelamatkan masyarakat dari gangguan hantu kecuali ayahnya, Pak Samad (Datuk Yusof Haslam) yang lebih selesa menjual cendol. 

Ketika Konvensyen Bomoh diadakan, Don Arif bersama pembantunya, Jaafar (Ropie) menyembuhkan seorang wanita yang dirasuk secara tiba-tiba. Proses penyembuhan tersebut disaksikan oleh pengunjung yang datang dan juga netizen yang menonton live di akaun media sosial Don Dukun. 


Bukan saja Don Arif, seterunya, Aloysius (Douglas Lim) seorang dukun Cina juga berada di konvensyen tersebut dan mempromosikan tangkalnya dari gangguan makhluk halus. Aloysius mempunyai kebolehan ‘mata ketiga’ yang mampu melihat hantu lantas menjadikan popularitinya sama tinggi dengan Don Arif. 

Tak kurang hebatnya juga Dr. Divya (Sangeeta Krishnasamy) yang menggunakan gadget berteknologi canggih yang dinamakan BADARSILA. Kerana kehebatan mereka bertiga, Maarof (Aloy Paradoks) menjemput mereka semua ke rumah Datin Azizah (Marsha Milan) untuk merawat Laila (Putri Qaseh) yang dirasuk oleh saka harimau selepas kematian ayahnya (Rashidi Ishak). Ganjaran untuk sesiapa yang dapat menyembuhkan Laila akan diberikan sebanyak RM1 juta ringgit. 


Dek kerana habuan tersebut, Don Arif cuba mencuri kitab ketiga yang dijaga oleh Pak Samad supaya kuasa batin dia semakin kuat. Malangnya, kitab tersebut cuma sebuah buku kosong tanpa sebarang ilmu atau jampi. Berjaya tak Don Arif dan Jaafar selesaikan tugasan Datin Azizah, kena tengok sendiri lah dekat wayang. 

Naskhah komedi seram arahan Wan Hafiz berlatarkan dunia bomoh yang bersaing menggunakan kelebihan masing-masing di mana industri mereka semakin berkurang pelanggan. Jalan cerita Don Dukun digarap secara santai dan bersahaja sesuai dengan genre komedi yang dipaparkan. Belum pernah lagi jumpa dukun influencer di media sosial tapi watak Don Arif tak lah gunakan kelebihan populariti tu sangat.


Gandingan Zul Arifin dan Ropie Cecupak mempunyai dinamik yang kuat untuk hidupkan suasana yang kelakar. Watak Don Arif tak berkaitan pun dengan watak Solihin dalam Hantu Kak Limah (2018) tapi disebabkan kemunculan watak Solihin tu I ada expectation yang Zul Ariffin akan jadi kelakar. In real life pun dia memang seorang yang kelakar. He is just naturally kelakar. Tapi nak kata dia boleh carry Don Dukun seorang diri pun tak juga, sebab watak dia memang perlukan watak Jaafar dengan Aloysius untuk kukuhkan penceritaan. Surprisingly Douglas Lim cemerlang dengan watak Aloysius yang penakut tapi diberi kelebihan mata ketiga. 

Filem Don dukun banyak menggunakan khidmat visual terutamanya untuk babak seram dan beberapa babak yang mengunakan kuasa bomoh. Don Arif mungkin tak banyak lah tapi ada juga nampak aura dan kuasa dia tu. Yang paling banyak untuk babak Dr. Divya sebab senapang unik dia. Sinematografi Don Dukun juga menarik perhatian walaupun Cuma berlatarkan suasana kampung dan di rumah Datin Azizah. 


Walaupun filem Don Dukun bergenre seram tapi tak seram pun semua hantu yang wujud dalam dunia bomoh ni. Kalau ada sekuel mungkin team production boleh masukkan entiti hantu yang menggerunkan sebab kelakar lah tengok ketiga-tiga bomoh takut sangat dengan saka harimau padahal tak lah menakutkan mana pun. 

Ada beberapa plot yang boleh dikembangkan lagi daripada bagi screentime yang lama untuk babak klimaks sebab watak Datin Azizah boleh diagak character development dan agenda dia. Boleh kata filem ni predictable sebenarnya tapi kalaupun predictable, tak ada masalah pun sebab garapan cerita dah cantik cuma tak berapa padu lah. 


Filem Don Dukun ada banyak watak wanita tapi kesemuanya tak diberikan ruang untuk menyerlah pun tapi tak boleh nak expect banyak lah dari penulis dan pengarah lelaki. Untuk layan secara santai dan healing, seronok lah ditonton dengan keluarga sebab ada mesej yang dibawa dari beberapa watak.
 
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 7/10

Movie Review | Do Patti (2024)

Friday, 8 November 2024


Director: Shashanka Chaturvedi
Writer: Kanika Dhillon
Cast: Kajol, Kriti Sanon, Shaheer Sheikh
Production Companies: Kathha Pictures, Blue Butterfly Films
Distributor: Netflix
Genre: Drama / Mystery
Running Time: 127 minutes
Release Date: 25 October 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan pergelutan antara Saumya (Kriti Sanon) dan suaminya, Dhruv (Shaheer Sheikh) hingga menyebabkan mereka berdua hampir maut di gunung. Saumya buat laporan Dhruv akan membunuh dia dek kerana panas baran. 

Itu bukan kali pertama Vidya Jyothi a.k.a VJ (Kajol Devgn) menjadi saksi Saumya menjadi mangsa penderaan Dhruv kerana dia pernah terserempak dengan Saumya yang cedera di muka dan bahagian badan yang lain. Perkahwinan Saumya dan Dhruv atas dasar cinta tapi sejak kemunculan Shailee (Kriti Sanon), kembar seiras Saumya yang sering menggoda suaminya, rumah tangga mereka mula bergolak. 


Walaupun Saumya sering menidakkan perbuatan suaminya, pembantunya, Maaji (Tanvi Azmi) minta pertolongan dari VJ sebelum Saumya semakin parah atau lebih teruk lagi, tak bernyawa. 

Tahun lepas Netflix tayangkan filem Gumraah (2023) lakonan Aditya Roy Kapur dengan genre crime / mystery / thriller yang juga bertemakan jenayah si kembar. Selang tak berapa lama keluar pula filem Do Patti yang berkisarkan jenayah keganasan rumah tangga. Sama seperti Gumraah, Do Patti juga mempunyai kembar seiras tapi berbeza karakter. 


Lakonan Kriti Sanon sebagai Saumya dan Shailee bukanlah sesuatu yang baru pun sebab kedua-duanya pernah dilakonkan. Sayangnya watak Saumya tak berapa menjadi sebagai wanita yang menghidap kemurungan dan bipolar akibat trauma yang pernah dilalui ketika kecil. Dari kecil sampai besar Shailee dan Saumya bermusuh tapi tak pasti apa yang buatkan Shaille setuju untuk bantu Saumya, perubahan tu tak dipaparkan dengan bagus sampai buatkan skrip rasa half-baked. 

Lakonan Kajol sebagai pegawai polis dan peguam juga kurang menyengat. Bukan sebab lakonan dia tapi penulisan Kanika Dhillon yang tak mampu kembangkan watak dengan bagus buatkan watak VJ tampak lemah. Dari awal lagi dah tahu si kembar akan bekerjasama untuk larikan diri dari Dhruv jadi macam mana watak VJ akan buat pilihan? Sama ada untuk berpegang pada prinsip hidup atau berpegang pada keadilan. 


Babak dekat kamar mahkamah terasa lemah sangat sebab tak ada hujah yang padu untuk situasi jenayah yang dilakukan oleh pihak plaintif mahupun defendan. Macam mana watak VJ boleh jadi pegawai polis dan peguamcara dalam masa yang sama? Kalau kerja dengan kerajaan, tak boleh ada dua kerja kan? I faham Manali adalah kawasan luar bandar tapi takkan lah populasi dekat situ teruk sangat sampai peguam tak cukup orang? 

Pengarah tak patut pun suruh Kajol belajar dialek Haryana sebab nampak dia terseksa sangat nak deliver. Tak ada masalah pun buat dia pegawai polis yang kena transfer. Babak VJ pergi Haryana tu merepek sebab tak ada hasil pun. 


Filem Do Patti adalah debut platform kepada Shaheer Sheikh yang terkenal sebagai pelakon drama TV di India. Dia serlahkan sisi romantik menjadi, sisi baran pun mengerikan sampai rasa kesian dengan Saumya bila kena belasah dekat tangga rumah. Seram juga babak Dhruv dalam bathtub lepas jawab panggilan ayah dia. Sayangnya tak ada encounter antara watak Dhruv dengan VJ dalam filem sebab watak VJ adalah kunci kepada semua watak malangnya tak mendapat peluang dan ruang untuk menyerlah. 

‘There’s nothing a man can do to keep a woman happy! Make a joke and you start sulking! If plan an outing, you’re scared. And you are on medication all the time! I’m not able to live my life, you know that?’ - Dhruv


Sinematografi Mart Ratassepp memaparkan keindahan landskap gunung-ganang di kawasan peranginan di Manali. Babak paragliding kurang meyakinkan lah bila guna VFX tapi nasib baik tak banyak sangat scene dekat atas so boleh pejam mata je lah untuk kelemahan tu. 



Music album Do Patti gubahan Sachet-Parampara jalankan tugas dengan baik dengan kemunculan lagu romantik antara Dhruv dengan Shailee dan juga lagu patah hati, Raanjhan yang ceritakan penderitaan Shailee bila Dhruv memilih Saumya sebagai isteri. 

Pace penceritaan perlahan, babak tegang dalam mahkamah tak menarik, misteri pun tak berapa nak misteri makanya naskhah Do Patti terlihat membosankan. Mungkin kepada fans Kriti Sanon, watak Shailee nampak menarik untuk ditonton tapi kalau diambil kira aspek lain, Do Patti bukanlah pilihan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +,0.6 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

Director: Jason Reitman
Writers: Gil Kenan, Jason Reitman
Cast: Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Annie Potts, Ernie Hudson, Paul Rudd
Production Companies: Columbia Pictures, Bron Creative, Ghost Corps
Distributors: Sony Pictures Releasing, amazon Prime Video
Genre: 
Running Time: 124 minutes
Release Dates: 23 August 2021 (CinemaCon), 19 November 2021 (United States)
Trailer:


Kisah bermula dengan Callie Spengler (Carrie Coon) bawa kedua-dua orang anaknya, Trevor (Finn Wolfhard) dan Phoebe (Mckenna Grace) pulang ke Summerville, Oklahoma selepas seminggu kematian ayahnya. Rumah pusaka dan tanah ladang diwariskan kepada Callie namun hartanah tersebut terlihat usang dan banyak yang perlu diperbaiki. 


Trevor jatuh hati dengan Lucky Domingo (Celeste O'Connor), pelayan di restoran dan cuba untuk bekerja separuh masa di sana. Sementara Phoebe pula berkenalan dengan Podcast (Logan Kim) yang minat dengan perkara supernatural dan seram di sekolah baru. Selain Podcast, Phoebe juga membantu Gary Grooberson (Paul Rudd), seorang seismologist yang mengkaji pergerakan gempa bumi di kawasan tersebut. 


Anehnya, terdapat pergerakan aneh yang berlaku di Summerville dan mereka bertiga mula menyiasat perkara tersebut. Dalam masa yang sama tanpa sengaja Trevor dan Lucky terlihat gumpalan api yang aneh di tapak lombong lama. 

Dari satu perkara ke satu perkara yang lainnya bila Phoebe juga dapat berjumpa dengan roh atuknya dan turun ke tingkat bawah tanah di mana dia menjumpai koleksi Ghostbusters yang pernah popular satu ketika dahulu. Menggunakan proton pack milik Egon Spengler, Phoebe dan Podcast cuba memburu hantu yang mengganggu Summerville. 


Francais Ghostbusters (1984) antara francais yang popular masa zaman I kecil dulu dan keputusan untuk revive kembali francais ni adalah keputusan yang tepat. Filem Ghostbusters: Afterlife adalah naskhah sekuel kepada Ghostbusters II (1989) dan menggunakan latar masa 32 tahun kemudiannya setelah the OG berpecah akibat perbalahan antara Egon dan ahli Ghostbusters yang lain. 

‘Well, he wasn't helping. We went from ten calls a week to one if we were lucky. Egon started to tell people that their little ghost problems didn't matter because the world was coming to an end. He got spooky. Freaked me out. One morning, I go to work and Ecto-1, our old Cadillac, is gone, his neutrona throwers, collider pack, all the traps, 16 ounces of fuel isotope, all gone! He cleaned us out. Now we were the dead ones.’ - Ray Stantz (Dan Aykroyd)


Sama seperti Egon, cucu dia, Phoebe mewarisi otak geliga dan jumpa jalan untuk selamatkan Summerville tapi sayang lah moment atuk dengan cucu tu tak dapat ditonjolkan sangat sebab pelakon asal pun dah meninggal. Banyak footage dan dialog yang dimasukkan sebagai reference kepada Ghostbusters sebelumnya. Bagus juga lah produser buat macam tu sebab dalam filem Afterlife tak lah banyak hantu sebab penulis lebih fokus kepada memperkenalkan semula Ghostbusters dan teknologi sains yang digunakan untuk menangkap hantu. 

Walaupun bertemakan hantu dan entiti aneh tapi filem ni tak seram pun sebab hantu dia kids friendly, mungkin sebab nak besarkan demografi penonton dan bawa pulangan yang lebih besar supaya boleh terbitkan lebih banyak lagi installment di bawah francais ni. A bit disappointed juga lah dekat situ tapi okay lah sebab skrip dan olahan dia bagus. 


Sinematografi Ghostbusters: Afterlife arahan Jason Reitman banyak bergantung kepada khidmat CGI terutamanya untuk babak hantu. Comel teruk tengok Stay Puft Marshmallow Man dekat supermarket tapi ada vibe Happy Tree Friends sebab suicidal. Kudos to casting directors sebab berjaya cari pelakon yang seakan sama dengan bakat yang besar. For sure, produser bawa masuk Finn Wolfhard sebab dia famous dengan siri Stranger Things yang mempunyai tema yang sama dengan Ghostbuster. Impressed dengan Mckenna Grace yang comel dan petah, bila menyembang pasal sains tu dia buat subjek tu nampak mudah. 


Ending Ghostbusters: Afterlife ni agak sedih juga sebab Egon hidup bersendirian lepas Ghostbusters berpecah dan dipulaukan oleh semua orang padahal dia cuba untuk selamatkan semua yang dia sayang. Kalaupun dia hidup, tak dapat juga spend time dengan cucu-cucu sebab ada hal yang lebih penting dia perlu buat. Personally, penulis buat yang terbaik untuk wujudkan tribute yang cantik dan dalam masa yang sama teruskan legasi dengan pelapis baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10 /10

Movie Review | Padu (2024)

Thursday, 7 November 2024


Pengarah: Faisal Ishak
Penulis Skrip: Umie Isa
Pelakon: Fify Azmi, Jojo Goh, Thanuja Ananthan, Lim Mei Fen, Melissa Campbell, Mark Adam, Charmaine Chew, Lia Natalia, Fikhree Bakar
Syarikat Produksi: Global Station
Pengedar: Skop Production 
Genre: Sukan / Drama / Biografi
Durasi Tayangan: 97 minit
Tarikh Tayangan: 06 Jun 2024
Trailer:


Filem bermula dengan kekalahan pasukan atlet bola keranjang wanita Malaysia dalam Sukan Asia Tenggara 2013 di Naypyidaw, Mnyanmar. Kekecewaan tersebut membuatkan penaja utama mula menarik diri dan ahli pasukan mula berbalah apabila Chantelle (Melissa Campbell) menyalahkan Izzati (Fify Azmi) yang gagal sebagai kapten pasukan. 

Pelbagai cabaran dan halangan perlu ditempuhi oleh pasukan atlet bola keranjang wanita Malaysia untuk memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2015 nanti. 

Naskhah sukan yang diarahkan oleh Faisal Ishak mengangkat sukan bola keranjang wanita yang telah banyak menyumbang kepada sukan negara tapi liputannya tak lah meluas. Kalau tak tengok filem Padu ni memang tak tahu performance sukan bola keranjang wanita negara mengagumkan sampai dipandang tinggi oleh negara-negara Asia Tenggara yang lain. 

Punca utama nak layan filem ni pun sebab Fify Azmi jadi pelakon utama. Boleh nampak lah usaha Fify prep watak ketua pasukan dari segi fizikal dan lenggok dia bermain dalam court. Karakter dia yang boyish pun kena dengan karakter pemain asal yang pengarah tunjuk dalam footage di bahagian credit. Lakonan dia pun bagus terutamanya untuk beberapa babak drama bila watak Kapten Izzati sendiri telah hilang penyokong utama dia setelah Yaakob (Dato’ Eizlan Yusof) meninggal akibat kanser. 

Selain kisah hidup dan pengorbanan Izzati sebagai kapten pasukan, penulis masukkan juga sub-plot pemain Ana (Lia Natalia) yang terpaksa menjadi pemain simpanan hanya kerana dia bertudung. Watak Coach Yoong (Lim Mei Fen) antara watak yang kuat juga sebab ihsan dan motivasi dia yang banyak membantu pasukan ni menjadi rapat dan kuat. Bukan senang nak dapatkan kerjasama dari player yang berbeza latar belakang dan mempunyai ego tersendiri. Dalam court dia garang tapi dekat luar, dia banyak bantu pemain-pemain dia supaya tetap bersemangat macam Chantelle yang ada masalah dengan Julie sampai tertekan ataupun Kalai yang terpaksa lari dari rumah untuk ubah nasib hidup. 

‘The point is, Ana bagus dan layak berada dalam pasukan kebangsaan. Dengan segala hormatnya, Datuk, tolong buat kerja awak. Kerja Datuk adalah cari penaja dan pastikan MABA ini terus bernafas. Untuk kekalkan pemain bagus dalam pasukan adalah kerja kami.’ – Coach Yoong

Sama juga dengan watak Kalai (Thanuja Ananthan) yang mempunyai konflik dalaman bila kaum India sering dicemuh dalam sukan bola keranjang hingga bapanya (Sathiya) ambil keputusan drastik tidak membenarkan Kalai simpan minat dan cita-cita dalam pasukan tersebut. Kalau tak ada perbualan Izzati, Mulan (Jojo Goh) dan Kalai dekat restoran tentang konflik dia, mungkin persepsi sukan bola keranjang ni masih sama. 

For me, naskhah Padu ada banyak mesej yang disampaikan tentang sukan bola keranjang yang jarang mendapat liputan. Kalau dalam filem sukan yang lain boleh nampak fanbase sukan tu besar tapi kalau sukan bola keranjang ni ada beberapa orang sahaja yang layan tapi semangat pasukan kebangsaan masih lagi kuat untuk bermain demi negara. 

Sinematografi Padu dihasilkan dengan bagus dari lensa Nurhanisham Muhammad untuk paparkan permainan sukan bola keranjang dengan visual lebih menarik dan mendebarkan. Teknik slo-mo dan close-up banyak digunakan untuk capture skills dan moment antara players ketika berlawan di Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.



Lagu Padu yang digubah dan dinyanyikan oleh Amir Masdi menyokong lagi semangat kesukanan yang dipaparkan dalam filem Padu. 

Keseluruhannya filem Padu adalah filem tribute yang bagus untuk pasukan atlet sukan bola keranjang wanita. Hopefully ramai yang layan filem Padu ni sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada negara. You guys can watch it on Netflix.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Astro Bawa Kembali Kegemilangan Penyanyi Evergreen dan Suara yang Dilupakan di ‘Gegar Vaganza 11’ | Gandingan Penyanyi Hits Nusantara Gemerlapan Pentas ‘GV11’

Selepas meraikan sedekad kejayaan rancangan tersebut secara fenomenal pada tahun lepas, rancangan realiti nyanyian nombor satu Astro, ‘Gegar Vaganza’ (GV) kini kembali dengan permulaan baharu dalam musim kesebelasnya. Menggandingkan artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pernah popular, musim ini kembali ke rumpunnya untuk terus menjadi platform yang menggamit semula zaman-zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik, sekaligus mengubati rindu para peminat yang ingin melihat mereka bersinar semula di atas pentas dengan cabaran dan persaingan yang baharu. ‘GV11’ bakal  bermula pada 24 November ini, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Vaganzers bakal menyaksikan himpunan penyanyi-penyanyi yang pernah viral atau evergreen terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara berentap di ‘GV11’, mengilatkan kembali sejarah kegemilangan mereka dalam industri nyanyian. Nama-nama yang dipilih merupakan bintang-bintang yang dikenali dengan kekuatan dan keunikan vokal, serta lagu-lagu hits yang masih terpahit dalam memori setiap penggemar muzik hingga kini.

Bintang-bintang ‘GV11’ terdiri daripada Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, Ning Baizura, serta lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif. 13 penyanyi solo dan sebuah kumpulan bakal meriuhkan kembali pertandingan realiti nyanyian tersohor ini dengan cabaran sengit dan kehebatan nyanyian masing-masing. 

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad berkata “Sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama sedekad, hingga ke hari ini, amatlah kami hargai. Juara di antara juara sudah pun kami nobatkan. Kini, kami kembali ke asal usual GV iaitu dengan membawa kembali penyanyi-penyanyi yang pernah tular atau evergreen ke pentas prestij. Tidak lekang di mulut penggemar-penggemar muzik, bintang-bintang ini pernah mencipta sejarah dengan lagu-lagu serta bakat mereka. Malah, ada di antara lagu-lagu mereka yang masih menjadi pilihan di mana-mana. Kami amat berbangga kerana barisan peserta pada musim kali ini merupakan antara nama-nama terbesar di persada muzik tempatan dan serantau. Ternyata GV masih mampu menarik penyertaan bintang-bintang besar, lantas menunjukkan betapa relevannya rancangan ini bukan sahaja untuk para peminat tetapi juga artis-artis di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura.”

“Astro bakal memulakan GV11 dengan nafas baharu, namun masih mengekalkan kesengitannya di antara semua peserta. Lagenda bertemu lagenda, semuanya mempunyai latar belakang kejayaan yang hebat dalam bidang nyanyian. Namun hanya vokal, aura dan persembahan mereka sahaja yang dipertaruhkan. Siapakah yang akan menyambung takhta GV pada musim kali ini? Semuanya akan terjawab di pentas gah GV11 yang pastinya akan kembali menggemakan dewan konsert kelak. Kami yakin musim terbaharu ini bakal mengejutkan para penonton dengan kehebatan mereka, sekaligus membawa para penonton ke memori lalu ketika zaman kegemilangan mereka. GV11 bakal beri kepuasan hiburan maksima kepada penggemar-penggemar rancangan realiti nyanyian signature kami,” tambah Raqim. 

Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Rancangan ini turut membawa kembali duo kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

‘Gegar Vaganza 11’ akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

PENJURIAN & TRIVIA ‘GV11’

  • ‘GV11’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada akan disingkirkan.
  • Penerbitan ‘GV11’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama CelcomDigi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi, CUCKOO dan Uphamol turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. 
  • Penganjuran edisi kesebelas ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital, serta SINAR selaku radio rasmi disokong oleh ERA dan GEGAR. 
  • Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
  • ‘Vazz Vaganza’ akan dihoskan oleh Dina Nadzir selama 30 minit sejurus selepas konsert utama, menampilkan diskusi , wawancara dan soal jawab bersama barisan peserta ‘GV11’. 
  • Klip sedutan sesi latihan vokal dan persediaan para peserta dapat ditonton melalui ‘Kapsul Gegar Vaganza 11’ yang akan dihoskan oleh Putra Anuar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam. 
  • Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live+’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV11’. Program ini akan dihoskan oleh Falyq, bersama selebriti misteri yang akan diperkenalkan pada minggu pertama GV11. 
  • Eksklusif buat peminat tegar ‘GV’, mereka akan mendapat kejutan besar apabila mereka memberitahu apa yang mereka suka tentang ‘GV’ dan mengapa di laman media sosial X mereka. Vagangers dengan tweet yang mendapat likes atau retweets paling banyak akan dipilih untuk menerima kejutan ini. 
PENAJA UTAMA ‘GV11’ : FARM FRESH 

Mengenai Farm Fresh 
Farm Fresh Berhad ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Encik Loi Tuan Ee dan Encik Loi Tuan Kin selepas mereka membeli enam puluh ekor lembu baka Jersey Holstein dari Australia untuk memulakan ladang tenusu pertama di Mawai, Kota Tinggi, Johor. Bagi membantu mengembangkan operasinya, mereka meminta bantuan rakan lamanya, Encik Azmi Zainal untuk menjadi rakan kongsi dan membantu menguruskan operasi syarikat.  

Kini sebagai syarikat tenusu yang terbesar di Malaysia, Farm Fresh Berhad beroperasi dengan 5 ladang tenusu di Malaysia dan dua ladang tenusu di Australia, dengan keluasan tanah keseluruhan 5,367 ekar, dan keseluruhan saiz ternakan sebesar 13,810 lembu tenusu dan lembu jantan. Farm Fresh juga mempunyai dua loji pemprosesan di Johor dan Pahang, Malaysia.

Farm Fresh Berhad dan Farm Fresh Milk Sdn Bhd, kini menawarkan lebih daripada 192 produk yang terdiri daripada variasi susu segar, susu UHT, susu berperisa, susu berasaskan tumbuhan, produk berasaskan yogurt, susu rumusan kanak-kanak dan terkini, Choco Malt. 

Bermula 6 November hingga 22 Disember, Farm Fresh menawarkan hadiah utama RM100,000 melalui pertandingan "Kita Kasi Nama" untuk rakyat Malaysia menukar nama Choco Malt dengan nama yang paling kreatif!

Untuk maklumat lanjut mengenai Farm Fresh, layari https://www.farmfresh.com.my/ dan layari kitakasinama.com.my untuk menyertai pertandingan Kita Kasi Nama.

Filem komedi seram, Don Dukun, terus menambat hati penonton dan sekali gus menerima kutipan RM3 juta di pawagam dalam tempoh 6 hari tayangan. Ini juga meletakkan Don Dukun sebagai filem tempatan nombor 1 dalam carta top 10 pawagam GSC ketika ini. Jalan cerita dan elemen komedi yang santai sesuai untuk semua lapisan umur dan menjadikannya pilihan utama hiburan seisi keluarga di pawagam.

Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada penonton yang telah hadir ke pawagam untuk menyaksikan Don Dukun. Melalui tinjauan kami, ada penonton yang mula ulang tonton filem ini bersama insan tersayang. Kami gembira melihat nashkah ini dapat menyatukan keluarga di layar perak dengan gelak tawa. Bagi yang belum menyaksikan filem ini, kami mengajak mereka menyaksikan sendiri lakonan mantap dan sisi berbeza pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.”

Don Dukun diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama oleh Infinitus Productions dan GSC. Manakala, diarahkan oleh Waan Hafiz dan membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa  Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong. 

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Don Dukun yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini. 

‘Gempak Superstar Of The Week’ jatuh ke tangan Ali Puteh, Aya Amiruddin dan Man Raja Lawak selepas kumpulan Putehh berjaya merampas kembali kedudukan pertama di pentas suku akhir ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ semalam. Mengumpul kesemua ‘bintang’ daripada barisan juri dalam kedua-dua persembahan, Putehh meraih jumlah markah tertinggi sebanyak 62.44%. Ini diikuti oleh kumpulan Sarkas (61.37%) dan Deroyan (61.28%) di tempat kedua dan ketiga. 

Minggu ini turut menyaksikan kumpulan Gebu yang dianggotai oleh Puteri Sarah, Mamak Puteh dan Ilham Abata tersingkir, sekaligus melayakkan lima buah kumpulan yang lain ke peringkat separuh akhir pada minggu hadapan. 












Senarai Markah Penuh Minggu 7 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Putehh – 62.44%

Sarkas – 61.37%

Deroyan – 61.28%

Zuara – 61.24%

Padie – 55.27%

Gebu – 53.56%

Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.

DON DUKUN CIPTA KEJAYAAN RAIH KUTIPAN RM2.1 JUTA UNTUK TIGA HARI

Monday, 4 November 2024

DON DUKUN CIPTA KEJAYAAN RAIH KUTIPAN RM2.1 JUTA UNTUK TIGA HARI | Don Dukun Buktikan Filem Komedi Seram Masih Menjadi Pilihan Penonton Malaysia!

Filem komedi seram yang mengajak penonton seisi keluarga ‘healing’ di pawagam, Don Dukun, berjaya mencatat kutipan sebanyak RM2.1 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan. Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC ini telah memukau peminat dengan gabungan elemen seram dan komedi yang menghiburkan hasil arahan Waan Hafiz.


Barisan pelakon Don Dukun telah hadir ke siri jelajah filem di Kedah dan Pulau Penang pada hari Jumaat dan Sabtu lalu bagi bertemu dengan penonton dan peminat. Sepanjang dua hari tersebut menyaksikan sambutan meriah dengan dihadiri penonton dari pelbagai latar usia. Manakala untuk hari ini, para pelakon akan menjelajah ke pawagam-pawagam di negeri Perak. 

Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Kami sangat gembira dengan sambutan baik daripada penonton untuk filem Don Dukun. Terima kasih penonton Malaysia! Kejayaan ini juga adalah tanda positif bahawa filem komedi seram masih mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Kami sarankan kepada penonton di luar sana untuk menyaksikan filem ini bersama seisi keluarga dan bergelak ketawa kecut perut hingga pecah perut.”


Don Dukun membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong. 

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut. 


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Don Dukun yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini.