FLAWLESS X TREASURE | Adore Every glow: The True TREASURE Within

Saturday, 2 November 2024


























































Konsert Akhir ‘The Chosen One 2024’ bakal menyaksikan empat finalis yang akan bersaing untuk menjadi juara seterusnya, termasuk Kiki Fateeha, Akhil Mikail, Azry Sabri dan Atikah Rose, meninggalkan titik noktah kepada perjalanan Eriq Fikri yang tersingkir di malam Separuh Akhir. Menyanyikan lagu The Show Must Go On oleh penyanyi asal Queen, Eriq ternyata tidak dapat mengatasi peserta-peserta lain dan mendapat kedudukan terendah. 

Minggu bertemakan “Forever Idol” ini turut menampilkan pelawak popular Harith Iskander sebagai juri jemputan. Anugerah Gempak ERA The Chosen One of The Week pada minggu ini dimenangi oleh Kiki Fateeha yang kekal menjadi antara peserta yang sering mengungguli kedudukan tertinggi. Siapakah ‘The Chosen One 2024’? Saksikan Konsert Akhir ‘The Chosen One 2024’ pada 8 November ini, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ceria (saluran 611), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’

• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

• Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.

• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

Akhil Mikhail ft Tomok - Aduhai! Seribu Kali Sayang (Iklim)

Atikah Rose ft Adira - Nirmala (Dato' Sri Siti Nurhaliza)

Eriq Fikri ft Sufian Suhaimi - The Show Must Go On (Queen)

Kiki Fateha ft Aepul Roza - Merisik Khabar (Dato' Sudirman)

Azry Sabri ft Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat - Awan Nano (Hafiz Suip)



• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat. 2

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.

DON DUKUN RAIH KUTIPAN RM1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN

Friday, 1 November 2024

DON DUKUN RAIH KUTIPAN RM1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN | Barisan Don Dukun ‘Healing’ Dengan Peminat Hingga Kecut Perut, Pecah Perut Hujung Minggu Ini

Filem komedi seram Don Dukun, yang diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM1 juta pada hari pertama tayangannya termasuk tayangan awal! 

Menerima sokongan yang amat memberangsangkan, Don Dukun bukan sahaja menghiburkan dengan jalan ceritanya yang unik, malah menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air dalam watak-watak yang berbeza dan mencuri hati.

Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Sambutan memberangsangkan Don Dukun sehingga berjaya meraih kutipan RM1 juta pada hari pertama termasuk tayangan awal ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Kami amat berterima kasih kepada para penonton yang telah memberi sokongan penuh kepada Don Dukun. Ia menjadi inspirasi kepada kami untuk terus mempersembahkan karya-karya berkualiti yang mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.

Hari ini barisan pelakon membuat kemunculan istimewa di pawagam-pawagam di Kedah. Suasana meriah diserbu peminat. Insyaallah, pihak kami dan para pelakon akan temui peminat di Pulau Penang dan Kedah pada hujung minggu ini. Kami mengharapkan dapat menemui lebih ramai peminat dan penonton di sana.”

Bagi peminat dan penonton yang ingin bertemu dengan para pelakon Don Dukun, boleh temui mereka di pawagam-pawagam terpilih pada 1 November di Kedah (GSC AMAN CENTRAL dan GSC AMAN JAYA Sg Petani), pada 2 November di Pulau Penang (TGV Bukit Mertajam, GSC Sunway Carnival, GSC Queensbay Mall), pada 3 November di Perak (MMCineplexes Krian Sentral, GSC Aeon Falim Ipoh, GSC Ipoh Parade).

Don Dukun diarahkan oleh Waan Hafiz dan membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Don Dukun yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini.