TREASURE x CROCS

Saturday, 2 November 2024

CROCS Teams Up with #TREASURE to Launch Autumn/Winter Campaign Featuring Classic Lined Clogs and Custom Jibbitz™ Charms

Starting Sep 27, videos with TREASURE will be available on Crocs' official online store, Instagram, X, and YouTube






Crocs Japan Update:



















crocskorea Instagram Update: 







๖ۣۜ☆ Attention Everyone ☆ۣۜ.๖
Starting today, TREASURE is officially crowned as the 👑 King of Crocs Photoshoots 👑, the 👑 Master of Crocs Shoots 👑, and the 👑 Ultimate Crocs Photoshoot Star 👑!

Photocards Crocs:












Yoshi Update: 




Doyoung's Update: 




TREASURE Instagram Update 



With Crocs🔆

DON DUKUN RAIH KUTIPAN RM1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN

Friday, 1 November 2024

DON DUKUN RAIH KUTIPAN RM1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN | Barisan Don Dukun ‘Healing’ Dengan Peminat Hingga Kecut Perut, Pecah Perut Hujung Minggu Ini

Filem komedi seram Don Dukun, yang diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM1 juta pada hari pertama tayangannya termasuk tayangan awal! 

Menerima sokongan yang amat memberangsangkan, Don Dukun bukan sahaja menghiburkan dengan jalan ceritanya yang unik, malah menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air dalam watak-watak yang berbeza dan mencuri hati.

Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Sambutan memberangsangkan Don Dukun sehingga berjaya meraih kutipan RM1 juta pada hari pertama termasuk tayangan awal ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Kami amat berterima kasih kepada para penonton yang telah memberi sokongan penuh kepada Don Dukun. Ia menjadi inspirasi kepada kami untuk terus mempersembahkan karya-karya berkualiti yang mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.

Hari ini barisan pelakon membuat kemunculan istimewa di pawagam-pawagam di Kedah. Suasana meriah diserbu peminat. Insyaallah, pihak kami dan para pelakon akan temui peminat di Pulau Penang dan Kedah pada hujung minggu ini. Kami mengharapkan dapat menemui lebih ramai peminat dan penonton di sana.”

Bagi peminat dan penonton yang ingin bertemu dengan para pelakon Don Dukun, boleh temui mereka di pawagam-pawagam terpilih pada 1 November di Kedah (GSC AMAN CENTRAL dan GSC AMAN JAYA Sg Petani), pada 2 November di Pulau Penang (TGV Bukit Mertajam, GSC Sunway Carnival, GSC Queensbay Mall), pada 3 November di Perak (MMCineplexes Krian Sentral, GSC Aeon Falim Ipoh, GSC Ipoh Parade).

Don Dukun diarahkan oleh Waan Hafiz dan membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Don Dukun yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini. 

Blog Performance October 2024


Di kala semua orang seronok bercuti, I masih lagi dekat office siapkan documents client. Just a quick update sebelum I sambung kerja balik. 

1. PV

Page view ada peningkatan pada bulan Oktober sebab naik 20k selepas jatuh mendadak dekat bulan September. Ingatkan terkena tempias Tragedi Oktober tapi tidak. Bulan ni ada banyak event jadi ada banyak press release dari program-program Astro. Tengok keywords pun ada yang berkaitan dengan Astro. 

Bulan Oktober juga blog ni dah mencecah 6 juta pageviews lepas mengeluh dengan nasib blog yang tak menentu. Nasib baik dapat juga merasa tahun ni. Tak ada apa pun perubahan atau perbezaan cuma seronok sikit lah tengok angka naik satu angka. 

2. Posts

Bulan Oktober meroket views sebab ada dua filem yang membantu dekat Popular Post, filem Temurun dengan Stree 2. Tak sangka langsung Movie Review Temurun boleh pergi jauh sebab layan movie tu gara-gara Bryan Domani. Nak kata sebab fans Bryan pun tak juga sebab Movie Review 172 Days tak naik meroket sangat pun. 

3. Bilangan Entri


Lepas 10 bulan baru berjaya capai target 60 entri sebulan tu. Menarik juga lah bulan Oktober ni dalam kata sibuk bebenar tu kan? Ni semua sebab banyak press release dari pelbagai PR. Cerita pasal office pun I rajinkan diri update walaupun pendek je entrinya. Sekarang ni boleh update dekat handphone so boleh lah update entry santai sikit sementara menunggu something. 

Ada banyak lagi draft movie review yang I tak sempat update dekat bulan Oktober dan akan dianjak ke bulan November. Semoga dapat lah cecah bilangan entri yang sama juga bulan depannya. 

Bab blogwalking je tak mampu nak membalas kunjungan dengan kerap sebab Google Account dekat Chrome ada masalah. Boleh je log in dekat browser lain tapi setiap blog yang I pergi, setiap kali tu lah nak kena log in. Mungkin PC nak kena format kot. 

Anyway, terima kasih yang berkunjung ke sini. Take care and stay safe okay :)