ChaTraMue? Not My Cup of Tea

Tuesday, 29 October 2024

 

Sekarang ni ramai yang tengah tergilakan air ChaTraMue, jenama dari Thailand so I pun join the hype lah. Ada juga ternampak post yang brand ni tengah leading dalam arena F&B so there must be a reason kan kenapa ramai yang suka.


Kali pertama I beli ChaTraMue dekat Setia City Mall lepas lunch dengan klien dekat sana. I try Teh Ais dengan harga RM11.90 satu cup panjang ni. Cup dia lebh kurang sama dengan cup di Boat Noodle. Logo ChaTraMue ni ada sentuhan tersendiri dengan warna emas dan merah. 


Of course tak payah tunggu lama sebab tak ramai orang pun masa tu. My first impression was pretty nice sebab warna teh ais dia lebih hampir sama dengan dalam poster. Teh ais dia nampak pekat walaupun dia letak susu pekat dengan susu sejat. Tapi bila minum tu rasa menyesal sebab manis susu. 


Second time I try beli kopi ais dia pulak sebab dalam poster macam menarik, nampak pekat tapi bila dah sampai ke tangan kenapa warana kopi ais dia lebih kurang dengan teh ais ek? Rasa kopi pun macam kopi susu biasa je. I rasa daripada spend RM11 lebih untuk air kopi yang bercampur dengan susu tin, baik lah pergi beli Iced Latte dekat Family Mart yang guna susu segar. 

Lepas dah cuba dua minuman ni, I terbaca dekat Twitter yang brand ChaTraMue guna pewarna banyak untuk dapat warna pekat walaupun ada banyak susu dalam minuman dia. Kalau beli pek serbuk teh dia takkan dapat warna sama macam yang dijual dekat kiosk. So ada kemungkinan tak staff dia tersalah letak pewarna teh dalam kopi ais I? Hahaha ottoke~~?!


SURIA KLCC MENJEMPUT PENGUNJUNG KE SAMBUTAN “WARNA WARNI DEEPAVALI” |
Di mana dekorasi menakjubkan dan penjimatan hebat bersatu untuk pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan!

Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik Malaysia, mengajak anda untuk menerokai keindahan Deepavali dengan kempen “Warna Warni Deepavali” yang memukau. Dari 25 Oktober hingga 3 November, Suria KLCC akan menampilkan kemeriahan sambutan Deepavali dengan menggabungkan tradisi, budaya, dan penglibatan komuniti dalam meraikan perayaan penuh gemilang ini pada 31 Oktober.




Sepanjang tempoh ini, pengunjung akan dibawa ke dalam suasana penuh warna dan dekorasi yang indah. Pusat beli-belah dihiasi dengan kalungan bunga, toran tradisional, dan buaian yang direka dengan elegan, mencipta latar yang sempurna untuk momen-momen yang tidak dapat dilupakan dan sesuai untuk Instagram.

Di Centre Court, pengunjung disambut dengan laluan yang diterangi cahaya lampu, tanglung, dan kelopak bunga yang berwarna warni. Dekorasi menakjubkan ini menjadi pembuka kepada tarikan utama: kolam interaktif, payung mehndi yang berputar, beca yang dihias dengan penuh seni, serta penampilan replika gajah yang gah dan menakjubkan. Kesan pencahayaan yang diaktifkan oleh pergerakan pengunjung menambah keterujaan perayaan, mencipta pengalaman membeli-belah yang penuh keajaiban.

Untuk menambah kemeriahan sambutan, persembahan tarian tradisional India akan diadakan di Centre Court pada hari-hari terpilih – 28 dan 31 Oktober, serta 2 dan 3 November. Persembahan yang memukau ini akan menonjolkan keindahan dan kepelbagaian budaya India, sekali gus memeriahkan suasana perayaan untuk semua pengunjung.

Dalam semangat Deepavali, Suria KLCC juga menghargai para pelanggannya melalui ‘Shoppers Reward Programme’. Pengunjung yang berbelanja sebanyak RM800 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai kedai terpilih akan menerima e-Baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, memberikan lebih banyak sebab untuk meraikan dan menikmati pilihan runcit yang luas di pusat beli-belah ini.

"Deepavali adalah perayaan yang penuh makna, meraikan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, dan kebaikan mengatasi kejahatan. Di Suria KLCC, kami berusaha untuk menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah perayaan. Melalui kempen ‘Warna Warni Deepavali’, kami berharap dapat mencipta suasana yang menarik di mana orang ramai boleh berkumpul, merasai kekayaan perayaan ini, dan menghargai tradisi serta nilainya,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Pusat Beli Belah Alamanda

Alamanda Putrajaya dengan sukacitanya mengumumkan sambutan Deepavali yang akan berlangsung dari 18 Oktober hingga 3 November. Pusat beli-belah ini dihiasi dengan dekorasi perayaan yang indah, mewujudkan suasana yang mengundang pengunjung untuk menikmatinya.

Melalui ‘Shoppers Reward Programme’, pelanggan yang berbelanja sebanyak RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khas akan menerima e-Baucar membeli-belah Alamanda bernilai RM30. Sementara itu, mereka yang mengumpul jumlah RM1,500 dalam dua resit akan diberi ganjaran e-Baucar bernilai RM80.

Mesra Mall

Di Kemaman, Terengganu, Mesra Mall mempersembahkan dekorasi perayaan dari 25 Oktober hingga 3 November 2024. Pusat beli-belah ini menampilkan hiasan meriah di hadapan concierge, menampilkan seekor burung merak megah dengan lengkungan Mughal dan kolam rangoli yang cantik, menambah suasana perayaan dan semangat musim perayaan.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

*******************************

Mengenai Suria KLCC

Suria KLCC, destinasi membeli-belah pengalaman ikonik Kuala Lumpur, merangkumi intipati kecemerlangan runcit. Dengan slogan ‘Always Something New’, Suria KLCC menjemput pengunjung di kompleksnya seluas 1 juta kaki persegi, menempatkan lebih 360 kedai terpilih yang menampilkan jenama eksklusif dan trend terkini.

Di sebalik tawaran runcitnya yang pelbagai, Suria KLCC menawarkan pemandangan kulinari yang meriah, menjemput tetamu untuk menerokai pelbagai pilihan tempat makan berlatar belakangkan taman yang tenang dan air pancut simfoni. Daripada kafe bergaya kepada pelbagai restoran dan medan selera yang menawarkan pelbagai masakan, destinasi ini memastikan pengalaman kulinari yang menarik untuk semua.

Suria KLCC mewujudkan suasana kecanggihan dan ketenangan, menggabungkan beli belah, makan dan bersantai dengan lancar. Ia berfungsi sebagai bukti pengalaman indah, di mana setiap lawatan menjanjikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda

Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan pembinaan bermula pada 20 Jun 2023, dan dijadualkan siap pada suku pertama tahun 2025. Pembangunan semula ini bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan.

Selain itu, ruangan hiburan yang diperbaharui, seperti pawagam mesra keluarga, kawasan boling yang diperluas, dan taman pengembaraan di Esplanade, akan memenuhi keperluan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Pembangunan semula ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan menyokong rakan perniagaan, akhirnya meningkatkan taraf Pusat Beli-belah Alamanda sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah pilihan di Putrajaya, memberikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Dinamik'.

Dengan lokasi yang strategik dan kebolehcapaian yang sangat baik melalui lebuh raya utama, Pusat Beli-belah Alamanda merupakan pusat tumpuan untuk penduduk lebih daripada 76,000 pekerja profesional dan 147,000 pelajar. Aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa semasa aktiviti pembangunan semula. Ini untuk memastikan gangguan yang minima kepada pembeli dan penyewa.

Mengenai Mesra Mall

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

Lunch di Chai, Oasis Square Ara Damansara


Minggu lepas peruntukan lunch dah habis so I ajak Adzran dengan Iddin makan dekat Chai, Oasis Square Ara Damansara. Bersyukur sangat diorang nak teman sebab kitonyo segan nak makan kat dalam tu sorang-sorang. Kawan I dekat BUSS suggest makan dekat sini sebab makanan dia sedap so why not kita try kan? 

Kitorang pergi Chai masa lunch hour pukul 1 tengahari, itupun dah penuh restoran ni sebab tak ramai yang nak duduk dekat bahagian luar. Masa ni cuaca panas so siapa je nak makan dekat luar, dah la makan makanan berempah. Panas. 



Walaupun ramai masa tu, staff assist untuk dapatkan meja since ada 3 meja kosong tapi agak sempit lah sebab susunan meja dekat Chai rapat-rapat. Bila rapat dan dekat ni memang bising sikit lah, nak pula masa tu lunch hour and banyak juga large groups masa tu. 



Menu dekat restoran Chai ni tak lah banyak sangat dan tak semua dihidangkan pada setiap masa. Macam idli cuma ada waktu breakfast je, tak available waktu lunch. I baru je nak merasa idli sebab tengok Janhvi makan dalam interview. Sudahnya, I dengan Iddin pilih untuk makan nasi kandar yang ada dekat section lauk di bahagian depan restoran. Adzran nak lunch set tapi ganti nasi dengan tosai. 


Pilihan lauk dia tak banyak sangat tapi okay lah. I order nasi putih dengan kambing, sambal tauhu dan sayur bendi goreng. Iddin pun lebih kurang sama je. Dekat Chai ni yang bestnya, kalau nak tambah kari boleh ambil dekat kaunter kari ni. Ada kari ikan, kari ayam atau kari kambing. Nak berapa banyak boleh ambil ikut suka. I ambil kari kambing dengan kari ikan. My most favorite duo!




Kalau pilih lunch set ada trio side dishes ni - acar timun, dhal, acar mangga, salted chili, injipili dan dua keping papadoms. Adzran bagi papadom dekat I sebab dia tak makan sangat lagipun macam tak kena je thosai makan dengan papadom. Ke okay je sebenarnya?


'Pinggan' dia besar tau sebab kitorang mengah nak habiskan nasi ni tapi Adzran chill je lah sebab dia ambil tosai. Sekejap je dah habis. Iddin kata dia lagi suka makan dekat Banana Bro sebab kuah kari dekat Chai ni pekat tapi I lagi suka kuah kari dekat Chai sebab padu rasa rempah dia. Daun pisang membantu ye naikkan aroma nasi panas. 


Air kitorang tak lari jauh pun sebab I order Masala Chai Pasum Pa, Adzran order yang panas punya lepastu Iddin ambil Bru Coffee. Not bad lah rasa Masala Chai Pasum Pa dia sebab guna fresh milk dan rempah sikit. I bet lepas ni akan datang makan lagi sebab teh ais dia sedap dan healthy hahaha 


It was fun lah eating lunch in here sebab makanan dia sedap walaupun limited. Walaupun Iddin dengan Adzran prefer Banana Bro tapi diorang enjoy je makan dekat Chai. Vibe dekat sini memang ada vibe India tu especially the decoration. Rasa macam dekat restoran dekat Bandra hshshs sembang macam pernah pergi kan? Tapi tu lah, dah bergunung filem Hindi I tengok so boleh lah pergi India guna mata je. 






Dekat restoran Chai ni boleh bayar guna QR tapi masa kitorang pergi tu ada masalah dengan cashless payment system dia. Lama sikit kena tunggu sampai settle. Ramai sangat kot sampai terminal dia terkejut. 

Yun Officially Lawyered!!!


Last week tak sangka pulak dapat attend Long Call Yun dekat KL High Court sebab selalunya susah ye nak pergi tapi sebab Misyu tak kisah nak drive and ajak Karimah dengan Liyana join sekali, kitorang pun gerak ke sana jam 10 pagi. 

Kalau ikutkan kitorang dah lambat sebab yun adalah chambee pertama yang ditauliah untuk sesi tu tapi kitorang minta dia stay kejap sebab jarak office dengan KL High Court tu tak jauh pun. 

Jam 10. 30 macam tu dah sampai tapi sebab stuck dekat parking sampai kena u-turn balik, sampai lambat sikit lah dari ETA Waze bagi. Nasib baik lah photographer dia ada lagi so sempat lah kitorang menyelit jugak. 


Habis shoot dekat dalam, sambung pulak shoot dekat luar. Sampai semua dah surrender taknak bergambar dah. 



Lighting camera photographer ni memang cun lah sebab kalau pakai hp, dia jadi gelap sikit. Cuma geram je masa dekat tangga dia tak bagitahu muka terlindung ke apa. Dia suruh susun sendiri je. Sedih tapi takpe lah siapa suruh pendek kan? 

Anyway, congrats Yun sebab dah berjaya jadi peguam secara rasmi lepas jatuh bangun u masa study and chambering dulu. Sekarang dah jadi lawyer kena merasa lah kerasnya kehidupan. All the best for your future endeavour 🧡

Mendapat ‘ standing ovation’ dan juga ‘tiga bintang’ daripada barisan juri, kumpulan Zuara berjaya mendapat Gempak Superstar of The Week buat minggu keenam program ‘Muzikal Lawak Superstar 4’, sekaligus menunjukkan comeback mereka di atas pentas komedi gah ini apabila hampir tersingkir pada minggu lepas. Dengan markah keseluruhan sebanyak 65.49%, Zuara mengungguli minggu yang berlokasikan “Tempat Seram” dan “Tempat Awam” ini, diikuti oleh Sarkas (57.08%) dan juga Gebu (56.49%). 

Manakala perjuangan kumpulan Bravo pula terhenti apabila mendapat markah keseluruhan terendah di antara kesemua tujuh kumpulan. Menariknya minggu ini juga dapat dilihat pada penampilan artis-artis popular industri hiburan Malaysia sebagai jemputan dalam sketsa-sketsa mereka termasuk Sherry Alhadad, Haqiem Rusli, Nasha Aziz dan ramai lagi. Dato’ Awie turut tampil sebagai juri disamping Anna Jobling dan Saiful Apek. 













Senarai Markah Penuh Minggu 6 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Zuara – 65.49%

Sarkas – 57.08%

Gebu – 56.49%

Padie – 55.84%

Deroyan – 55.51%

Putehh – 53.17%

Bravo – 46.75%

Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.