Mendapat ‘ standing ovation’ dan juga ‘tiga bintang’ daripada barisan juri, kumpulan Zuara berjaya mendapat Gempak Superstar of The Week buat minggu keenam program ‘Muzikal Lawak Superstar 4’, sekaligus menunjukkan comeback mereka di atas pentas komedi gah ini apabila hampir tersingkir pada minggu lepas. Dengan markah keseluruhan sebanyak 65.49%, Zuara mengungguli minggu yang berlokasikan “Tempat Seram” dan “Tempat Awam” ini, diikuti oleh Sarkas (57.08%) dan juga Gebu (56.49%). 

Manakala perjuangan kumpulan Bravo pula terhenti apabila mendapat markah keseluruhan terendah di antara kesemua tujuh kumpulan. Menariknya minggu ini juga dapat dilihat pada penampilan artis-artis popular industri hiburan Malaysia sebagai jemputan dalam sketsa-sketsa mereka termasuk Sherry Alhadad, Haqiem Rusli, Nasha Aziz dan ramai lagi. Dato’ Awie turut tampil sebagai juri disamping Anna Jobling dan Saiful Apek. 













Senarai Markah Penuh Minggu 6 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Zuara – 65.49%

Sarkas – 57.08%

Gebu – 56.49%

Padie – 55.84%

Deroyan – 55.51%

Putehh – 53.17%

Bravo – 46.75%

Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.

Flower Art Henna

Monday, 28 October 2024

Seperti yang dijanjikan minggu lepas supaya boss I approve cuti hari ni, lepas selesai urusan dekat ssm singgah jap kat Zus Coffee untuk breakfast sambil edit video firm. Masa tengah edit tu perasan lah foreigner lady dekat meja sebelah pusing tengok I tapi buat bodoh je lah dah dia tak tegur pape. 

Lepas tu dia sembang dengan husband dia then dia pusing lagi. It was a dramatic twist eh bukan pusing toleh biasa2 je. Lepastu dia sembang balik dengan husband dia then dia toleh belakang tengok I. Kita dah cuak lah ada something ke jadi kan. Nasib baik dah habis edit video so kemas2 lah barang sebab nak pergi event. 

Pastu dia tegur, rupanya dia nak tanya henna dekat tangan tu buat dekat mana. Ya allahhhhh tanya je lah lain kali tak payah la buat orang cuak 😭😭😭

🧕: hye where did you do your henna
😃: ohhh I did this one at The Curve yesterday.
🧕: is it near with here (Avenue K)
😃: quite far but you can go to Central Market. I did my henna last year with the henna artist there. This design quite popular so pretty sure you can find it at CM.
🧕: is that stick-it henna or iron or something?
😃: no no no this one was drew by the henna artist. 
🧕: Indian?
😃: nope, Malaysia. Local henna artist. 
🧕: Masya-Allah Subhanallah it looks so beautiful

Mesti dia terkejut orang Malaysia pun pandai lukis inai hshshs harap dia jumpa lah design ni. I rasa tahun 2017 dulu pun order design sama gak. Cantik kannnnnnn. 


Berbaloi lah 20 hengget tapi lupa nak ambik business card henna artist ni. Kalau tak boleh tag dia pasal pujian ni hshshs 


PREMIER LEAGUE DAN ASTRO BEKERJASAMA PERANGI CETAK ROMPAK DIGITAL DI MALAYSIA |
Bintang Premier League galakan kesedaran tentang bahaya penstriman haram menerusi kempen ‘Boot Out Piracy’.

Dengan bermulanya musim Liga Perdana Inggeris 2024/25, Premier League bekerjasama dengan rakan penyiar tempatan, Astro Malaysia Holdings, untuk terus mendidik pengguna perihal bahaya kandungan cetak rompak dalam usaha untuk membanteras jenayah penstriman haram di Malaysia.

Kempen ‘Boot Out Piracy’ kali ini menampilkan bintang bola sepak ternama seperti Alisson Becker (Liverpool FC), Alejandro Garnacho (Manchester United), Jean-Philippe Mateta (Crystal Palace), Hwang Hee-chan (Wolves), dan Bukayo Saka (Arsenal). Menerusi beberapa video yang disiarkan di platform digital, pemain-pemain ini menyampaikan mesej kepada peminat bola sepak Malaysia mengenai risiko serius menonton kandungan Liga Perdana Inggeris menerusi saluran tidak sah.

Kempen ini didahului satu kajian oleh pakar keselamatan siber, Professor Paul Watters yang membuktikan bahawa wujudnya bahaya dalam penstriman haram. Penjenayah siber sering mengeksploitasi laman web penstriman haram, mendedahkan pengguna kepada risiko kecurian identiti dan penipuan melalui penggodaman pelayar, perisian hasad (malware), dan iklan berbahaya.

Salah satu kebimbangan utama ialah jumlah iklan berisiko tinggi, di mana lebih daripada 78% iklan di laman penstriman haram diklasifikasikan sebagai berbahaya. Iklan-iklan ini sering mendorong pengguna ke laman perisian hasad atau laman scam, sekaligus meningkatkan lagi risiko keselamatan terhadap pengguna. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 36% laman cetak rompak berpotensi mendedahkan pengguna kepada virus atau skim pancingan data (phishing).

Ketua Penasihat Undang-Undang Premier League, Kevin Plumb, berkata:“Kami tahu betapa bersemangatnya peminat bola sepak di Malaysia dan seluruh Asia yang sanggup bersengkang mata demi menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris. Namun, kami juga menyedari bahaya menonton menerusi penstriman haram. Kami ingin peminat menikmati aksi Liga Perdana Inggeris dalam kualiti terbaik dan dengan selamat menerusi saluran yang sahih.

“Selain menyampaikan mesej penting, kami juga mahu memperkukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan rakan kongsi kami, Astro, bagi mengambil tindakan tegas terhadap cetak rompak digital. Ini termasuk kerjasama dalam mengenal pasti serta membanteras sindiket cetak rompak digital dan menangani pengedaran peranti penstriman haram.”

Beliau menambah, “Kami menggalakkan peminat untuk melindungi keselamatan dalam talian dan menikmati perlawanan Liga Perdana Inggeris menerusi platform sah, yang menawarkan pengalaman tontonan terbaik.”

Profesor Paul Watters pula menegaskan: “Hasil kajian ini seharusnya membuka mata pengguna di Malaysia. Mengakses laman cetak rompak dan penstriman haram bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi juga mendedahkan mereka kepada risiko serangan siber dan kerugian kewangan. Kami menyeru orang ramai agar menggunakan platform sahih demi keselamatan digital mereka. Kempen ‘Boot Out Piracy’ ini membantu dalam menyedarkan peminat di Malaysia tentang bahaya ini.”

Sebagai penyiar eksklusif Liga Perdana Inggeris musim 2024/25 di Malaysia, Astro turut memainkan peranan penting dalam kempen ‘Boot Out Piracy’.

Pengarah Kawal-Selia dan Hal Ehwal Korporat Astro, Rita Irina Abd Wahab, berkata: “Cetak rompak mencuri nadi kehidupan industri disamping mendedahkan pengguna kepada risiko tanpa mereka sedari. Di Astro, kami mengambil langkah tegas melalui tindakan dan kerjasama, termasuk bersama pihak berkuasa dan Premier League, untuk membanteras penstriman haram demi melindungi penonton kami. Kempen ‘Boot Out Piracy’ ini bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi satu usaha untuk mengubah tabiat, membina kepercayaan, dan memastikan peminat dapat menikmati kandungan dengan cara yang sah, selamat, dan berkualiti.”

Pada Ogos lalu, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah rangkaian restoran, telah bersetuju membayar RM221,773.20 kepada anak syarikat Astro kerana menyiarkan kandungan Astro secara haram di beberapa premis mereka.


Penyelesaian ini adalah sebahagian daripada usaha Astro untuk melindungi hak harta intelek dan membanteras penggunaan kandungan tanpa kebenaran. Beberapa kes cetak rompak lain juga telah diambil tindakan undang-undang, termasuk:

• Seorang lelaki berusia 22 tahun di Ipoh didenda RM10,000 kerana menjual kotak Android dengan kandungan Astro.

• Dua lelaki di Seremban juga menghadapi tuduhan serupa. Seorang daripadanya mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000, manakala seorang lagi mengaku bersalah dan didenda RM10,000.

Kempen ‘Boot Out Piracy’ ini akan dipaparkan di saluran penyiaran dan platform media sosial di Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia, Hong Kong, dan Vietnam dalam beberapa bulan akan datang.

Pelancaran Kempen Boot Out Piracy x BizOne Watch Party

Pada 26 Oktober, Astro secara rasmi melancarkan kempen ‘Boot Out Piracy’ di Malaysia dalam acara BizOne Watch Party, bertempat di sebuah restoran nasi kandar terkenal di KualaLumpur, bersempena perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Southampton.

Acara ini mengumpulkan 250 peminat bola sepak, pegawai penguatkuasa undang-undang dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia, serta tetamu khas, termasuk Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Tuan Ts. Zahir bin Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, YB Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Haddad yang menerajui kempen anti-cetak rompak digital #LayanOriJanganCuri.

Selain daripada meraikan sukan bola sepak, pelancaran ini turut menekankan isu kritikal perihal cetak rompak digital, para hadirin turut terlibat dalam perbincangan tentang risiko tersembunyi penstriman haram, termasuk ancaman keselamatan siber dan kewangan yang sering tidak disedari pengguna.

Dengan kehadiran pihak penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa tempatan, acara ini menekankan kepentingan usaha bersama dalam memerangi cetak rompak digital demi melindungi ekosistem industry hiburan.

Melalui inisiatif ini, Astro menegaskan komitmennya untuk melindungi hak harta intelek, mendidik orang ramai, dan memastikan penonton menikmati kandungan sukan bertaraf dunia dengan selamat melalui platform yang sah.

**********************************************

Tentang Astro Malaysia Holdings Berhad

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.3 juta rumah atau 65% isi rumah TV Malaysia, 8,600 perusahaan, 17.1 juta, pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 14.2 juta pengguna unik digital bulanan di platform-platform digital kami. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.

Mengenai Premier League

Premier League mencipta antara aksi bola sepak yang paling kompetitif dan menarik di dunia. Liga ini dan kelab-kelabnya menggunakan kekuatan dan populariti perlawanan bola sepak untuk memberi inspirasi kepada peminat, komuniti, dan rakan kerjasama di UK dan di seluruh dunia. Premier League menyatukan orang ramai daripada pelbagai latar belakang. Ia merupakan perlawanan untuk semua, di mana-mana sahaja, dan boleh ditonton di 900 juta rumah di 189 negara.

Program Anti Cetak Rompak Premier League

Premier League mempunyai program anti cetak rompak yang paling komprehensif di dunia, bekerjasama dengan rakan penyiar dan pihak berkuasa untuk menutup penstriman haram, menyiasat dan mendakwa pembekal perkhidmatan penstriman haram. Premier League merupakan ahli Coalition Against Piracy di bawah Persatuan Industri Video Asia, iaitu persatuan industri bagi pencipta dan pengedar kandungan video terkemuka di Asia, yang memfokuskan kepada usaha menangani ancaman cetak rompak di seluruh Asia. Premier League bekerjasama dan menyokong usaha anti cetak rompak oleh penyiar tempatan, Astro Malaysia Holdings Berhad, bersama dengan pihak penguatkuasaan undang-undang tempatan.

PEMBUKA ‘PROJECT UNIVERSE’,PERSIAPKAN DIRI UNTUK PENGALAMAN MENGUJAKAN! | Project Universe Menghimpunkan ‘Project: High Council’, ‘Project: Anchor SPM’ dan ‘Project; Exit’, ‘Kahar: Kapla High Council’

Selepas siri premium Project: High Council mencipta fenomena luar biasa, Astro Shaw mengambil langkah mengembangkan jenama ‘Project’ menerusi perancangan yang lebih besar dengan memperkenalkan ‘Project Universe’ - satu dunia sinematik yang menghimpunkan kesemua karya yang mengangkat kisah-kisah remaja dalam genre coming-of-age.

Project Universe terdiri daripada naskhah seperti Project: Anchor SPM, Project: High Council dan Project; Exit, termasuklah filem yang akan meneruskan legasi universe ini iaitu Kahar: Kapla High Council. Filem  yang bakal ditayangkan pada November nanti merupakan prekuel kepada Project : High Council yang memfokuskan kepada watak Kahar.  

Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Genre coming-of-age semakin mendapat tempat di hati penonton selepas kemunculan Project : High Council dan Project : Anchor SPM. Rentetan sambutan luar biasa tersebut, Astro Shaw berhasrat untuk terus mencipta sejarah dalam transformasi landskap seni hiburan tempatan dengan memperkenalkan ‘Project Universe’. Ini adalah satu langkah strategik untuk mempersembahkan jalan cerita yang melahirkan watak-watak ikonik ke dalam satu dunia yang lebih besar dan lebih mengujakan. 

Menerusi Project Universe, kami mengangkat kisah remaja yang bukan sahaja menghadapi liku-liku kehidupan, tetapi realiti isu sosial yang berlaku di luar sana yang merentasi sempadan kreativiti. Lebih dari itu, ia bukan sekadar pengalaman tontonan biasa. Kami mahu penonton menjadi sebahagian daripada Project Universe menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan eksklusif yang akan kami bawakan. Antaranya sesi beramah mesra bersama watak-watak kegemaran, mendapat koleksi ‘merchandise’ rasmi, malah berpeluang untuk muncul di dalam mana-mana produksi dan banyak lagi.”

Majlis memperkenalkan Project Universe yang berlangsung di Setia City Mall, Shah Alam ini juga menyaksikan Astro Shaw bersama rakan kerjasama iaitu HM Entertainment, ZAK Capital dan GSC turut memberi peluang kepada peminat untuk menjadi orang yang pertama menyaksikan treler dan poster rasmi Kahar: Kapla High Council. Antara barisan pelakon yang hadir adalah Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Khenobu, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ayie Khairie dna Hasnul Rahmat, serta pengarah Razaisyam Rashid bersama penulis skrip, Anwari Ashraf. 

Selain itu, antara aktiviti menarik untuk peminat menjadi sebahagian daripada Project Universe adalah:  


Festival Project 
Berlangsung selama dua hari, 26 dan 27 Oktober di Setia City Mall, Shah Alam. Peminat boleh beramah mesra bersama barisan pelakon Kahar: Kapla High Council, para pelakon daripada kandungan program Astro yang lain, serta membawa pulang hadiah-hadiah eksklusif, dan menyertai aktiviti menarik. 

Siri Jelajah Kahar : Kapla High Council
Barisan pelakon akan menemui penonton di pawagam-pawagam terpilih pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.

Sim Pek Eksklusif Kahar : Kapla High Council Edisi Khas Tune Talk
Sim pek Tune Talk edisi Kahar : Kapla High Council berharga RM35, dan lebih menarik memberi peluang kepada peminat untuk memenangi Lesen High Council. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.

Merchandise rasmi eksklusif 
Koleksi hoodie rasmi Kahar : Kapla High Council edisi terhad menawarkan dua warna iaitu hitam dan kelabu. Selain itu barangan lain yang boleh dijadikan koleksi adalah tote bag, baju-t, enamel pins dan banyak lagi akan dikeluarkan di masa akan datang. Semua cenderahati eksklusif ini boleh didapati menerusi Gempak Official Store di platform Shopee. 

Menu Makanan Istimewa Bertemakan Kahar: Kapla High Council
Peminat boleh menikmati juadah istimewa Kahar : Kapla High Council seperti Nasi Goreng Kudrat, Nasi Lemak Panggung dan Kahar Favourite Sirap di restoran Luck Bros Kopi sekitar Lembah Klang. Setiap pembungkusan juadah akan disertakan dengan gambar bertemakan filem, beserta cabutan bertuah untuk memenangi tiket ke malam gala. Peminat boleh mengabadikan kenangan dengan dekorasi khas Kahar : Kapla High Council di restoran tersebut. 

Kerjasama dengan NGO
Filem ini turut mendapat sokongan daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan maklumat dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan. Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.

Roadblock Kahar : Kapla High Council
Buat pertama kali dalam sejarah, pada hari pertama tayangan filem di pawagam iaitu 28 November, Kahar : Kapla High Council akan mengambil alih semua platform seperti radio, televisyen, media sosial dan papan iklan di sekitar Lembah Klang dengan menayangkan video pesanan khidmat masyarakat Kahar : Kapla High Council dalam tempoh 24 jam bagi memberi kesedaran awam tentang kempen anti buli dan keganasan. Barisan pelakon juga akan mengambil alih tugas penyampai radio Era, radio rasmi filem Kahar : Kapla High Council. 

Episod Istimewa Kahar : Kapla High Council
Program berdurasi 30 minit ini akan membawa penonton menyaksikan titik permulaan perjalanan barisan pelakon filem ini dari awal pencarian uji bakat sehingga pemilihan pelakon. Program ini boleh disaksikan di On Demand, Astro Go dan pop up channel Kahar : Kapla High Council saluran 111 bermula 11 November.

Laman sesawang
Portal rasmi filem yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Layari portal rasmi Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my.


Nantikan filem Kahar : Kapla High Council yang akan berada di pawagam bermula 28 November. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda. 

Minggu ketujuh ‘Kilauan Emas 2024’ menyaksikan peserta Ina masih lagi mendahului di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak (79.40%), diikuti oleh pencabar terdekat Gie (78.16%), dan juga Sidi (73.52%) telah berjaya berada di kedudukan tiga teratas. Membawakan medley dengan lagu Cinta Antara Benua oleh Arni Nazira dan Mana Satu oleh Juliana Banos, Ina telah Berjaya menambat hati penonton dengan menjadi pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir. 

Minggu Pilihan Sinar, Pilihan Pendengar Sinar Menampilkal Seleksi Lagu-Lagu Malar Segar Dan Hits Klasik ini juga telah menyaksikan Atie telah tersingkir dan gagal untuk mara ke pentas akhir Kilauan Emas 2024. Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2024 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘KILAUAN EMAS 2024’

• ‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

• Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Diari Kilauan Emas 2024 selama 30 minit setiap jumaat bermula 13 September 2024 dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan menerusi Kapsul Kilauan Emas 2024 selama 5 minit setiap minggu dari Selasa hingga Khamis, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Wan - Rahsia Pohon Cemara (Exists) / Aku Penganggur (Sudirman)

Gie - Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina) / Gelombang (Salmiah Hassan)

Ina - Cinta Antara Benua (Arni Nazira) / Mana Satu (Juliana Banos)

Ron - Flora Cinta (Min Malek) / Joget Kelantan Versi Nora (Normah Jan & Suara Kilat)

Sidi - Bayangan Tarimu (Carefree) / Diambang Wati (Wings)

Sue - Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda) / Setia Kukorbankan (Fauziah Latif)

Atie - How Do I live (Leanny Rimes) Asmara (Anneke Gronloh) 

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.

• Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato’ Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.

• Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

Minggu suku akhir ‘The Chosen One 2024’ menyaksikan Akhil Mikhail berjaya merampas juara mingguan daripada Kiki Fateeha selepas beberapa minggu menguasai kedudukan pertama. Dengan bertemakan “Rock”, minggu kali ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai juri jemputan. Turut menarik perhatian para juri, Eriq Fikri yang membawa lagu bertajuk Seroja nyanyian Search berada di top three  bersama Akhil dan Kiki. 

Manakala, perjalanan terhenti buat peserta Baiq Balqis, sekaligus membawa lima peserta yang lain ke minggu separuh akhir. Pada masa yang sama, peserta Azry Sabri masih menjuarai Gempak ERA The Chosen One of The Week. Saksikan episod baharu ‘The Chosen One 2024’ pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’

• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

• Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.

• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat. 

Azry Sabri ft Fahimi & Firdaus Rahmat - Peronda Jaket Biru (WINGS)

Eriq Fikri ft Sufian Suhaimi - Seroja (Search)

Kiki Fateha ft Aepul Roza - Gemuruh (Search & Wings)

Akhil Mikail ft Tomok - Akar & Bumi (Amuk)

Baiq Balqis - Kesal (Ella)

Atikah Rose ft Adira Suhaimi - Seruan (Lefthanded)

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.

Jalan-jalan di Tapak Penjaja Jalan Duta, Kuala Lumpur

Sunday, 27 October 2024

Lepas bergambar dengan Yun dekat KL High Court, Misyu ajak kitorang pergi gerai penjaja dekat area situ. 


Tapi tak ada apa sangat dekat situ so kitorang masuk jap dalam medan selera Jalan Duta. Dekat situ ada lelong tudung bawal, satu RM10. Sementara Karimah belek tudung, kitorang mencari air sebab panas tapi terjumpa pulak kipas besar. Tengah berkipas, nampak kuih keria. Liyana beli 5pcs untuk semua orang dalam kereta. 

Tiba-tiba nampak our bosses...

😲: wehhh Anaaaa, jom2 blah. I dah la tak siap lagi kerja En. Raden bagi. 

Dah settle beli tudung, kitorang pergi ke deretan gerai seberang sana pulak. 

😲: Eh Anaaaa! Sini pun ada keria jugak lah. Donut dia besar-besar!
🧔‍♂️: Ha'ah dik, donut besar-besar. Meh singgah beli, tak menyesal makan ni dia kembang dalam perut. 
😲: 😵🥴

🥲: Fatin, I haus lah. Nak beli air kelapa lah
☺️: nak jugak lah air kelapa. 
🥲: Eh ada soya, nak soya lah. 
☺️: kak ana, air kelapa ke soya?
🥲: soya
☺️: ehhhh kelapa ke limau asam boi ekkk?
🥲: kelapa
☺️: ehhh kelapa ke air mata kucing???
🥲: kelapa. 
☺️: bang, air kelapa satu. 
🥲: nak qr pakcik
🧑‍🦳: cash je dik, anak pakcik tak sampai lagi
🥲: alamak I takde cash
☺️: takpe kak ana, I ada cash. Ni duit ni keras lagi baru keluar dari bank hihi
😆: yeayyyy!!!

😆: Ana, nak rasa tak coconut shake
😄: nakkkk
😆: sedap tak? Manis ke?
😶: dia macam ermmmm dekat situ ada jual mango shake jugak ke?
😆: ha'ah ada. 
😶: ohhh coconut shake tu ada rasa mangga sikit mungkin guna scoop yang sama 😅 but it's good. 

Sepanjang perjalanan dari Jalan Duta sampai balik ke office kitorang menyembang random topics. Sedar tak sedar dah sampai parking office dah. It was fun and I rasa kalau pergi travel dengan diorang ni mesti seronok. Ada je benda yang kelakar jadi. 


Movie Review | Lubuk (2024)

Saturday, 26 October 2024


Pengarah: Lee See Teck Mark
Penulis Skrip: Lee See Teck Mark, Yen Yen Tang
Pelakon: Tony Eusoff, Chew Kim Wah, Junainah M Lojong, Megat Shahrizal, Alvin Wong, Amirah Razak, Danish Adam
Syarikat Produksi:  
Pengedar: Skop Production
Genre: Psikologi / Thriller
Durasi Tayangan: 86 minit
Tarikh Tayangan:18 Julai 2024  
Trailer:


Berlatarkan rumah perlindungan untuk gelandangan, Lubuk mengisahkan tentang Lai (Chew Kim Wah) yang mendaftar masuk ke pusat komuniti tersebut setelah melarikan diri dari rumah adiknya. Dirwan (Tony Eusoff), pengurus rumah perlindungan tersebut yang membawa Lai dan penghuni lain menetap di situ sementara ibunya, Titi (Junainah M Lojong) menguruskan Kebajikan penghuni di situ.
 
Lai menghidap penyakit dementia tahap awal dan tanda-tanda tersebut mula mengganggu tidur malamnya di situ. Dia sentiasa terjaga dari tidur setelah mendengar suara dan kemudian hilang ingatan pada keesokan harinya. Lai cuba berkawan dengan penghuni lain tapi tak semua ramah seperti Tan Meng Kiat (Alvin Wong) dan Shahrul.


Lai mula berkongsi tentang perasaannya bila Lillian dan beberapa penghuni lain hilang sebab kesemuanya hilang dengan alasan diambil oleh keluarga dan pergi pada waktu malam. Pattern tersebut kelihatan janggal kerana kesemua mereka adalah gelandangan yang tak dipedulikan oleh ahli keluarga. Kalaupun pulang ke rumah keluarga, kenapa kesemua mereka pulang pada waktu malam walhal rumah perlindungan tersebut terletak di kawasan yang terpencil. 

Naskhah Lubuk menggunakan genre psikologi thriller untuk menceritakan jenayah kejam yang dilakukan oleh Dirwan dan ibunya, Titi terhadap gelandangan. Boleh kata licik juga lah mereka berdua sebab tak ada yang peduli pun dengan gelandangan jadi bila ada yang diculik atau dibunuh pun tak ada siapa yang tahu tambah pula mereka berdua tak hidup dengan mewah. Jenayah dalam filem Lubuk bukan sesuatu yang baru sebab dah banyak filem mengambil inspirasi dari jenayah sebenar yang berlaku tapi untuk industri perfileman Malaysia, mungkin Lubuk antara yang terawal. 


Ada beberapa babak yang menakutkan dalam filem Lubuk macam babak Lai ternampak darah pekat yang keluar dari pintu bilik stor ataupun suasana di laluan hostel pada waktu malam. Musik latar juga mengukuhkan lagi atmosfera seram dalam Lubuk sekaligus menguatkan lagi elemen thriller yang dimasukkan sampai lah pengarah putuskan untuk dedahkan rahsia Dirwan dan Titi. 

Filem Lubuk mempunyai technical aspect yang cemerlang juga bila ada parallel scene di mana Herman tegur patung kertas dia patah tengkuk dan bila masuk ke hujung filem, watak dia senasib dengan patung kertas. Babak watak Lai dan Kathy yang terjumpa rahsia melalui tingkap bilik. Penglihatan mereka terhadap rahsia tersebut terbatas dan perlukan penjelasan lebih lagi, dalam masa yang sama naikkan lagi rasa ingin tahu tentang rahsia tersebut. 


Dari awal lagi dah boleh nampak ada sesuatu yang shady dengan rumah perlindungan tu sebab penghuni paling lama stay dekat situ pun 3 bulan saja. Tak ada aktiviti sokongan pun untuk bantu penghuni dekat situ tambah kemahiran supaya boleh bekerja di luar. Talian telefon dan internet pun teruk sampai penghuni dekat situ tak boleh berkomunikasi dengan dunia luar. Semuanya melalui Titi dan Dirwan sahaja. 

Walaupun idea filem Lubuk ni menarik tapi ada beberapa babak yang lemah sampai merosakkan penceritaan Lubuk. Macam babak ibu Kathy meninggal sampai dia wujudkan misi membalas dendam terhadap rumah perlindungan. Awal tu macam random lah penulis masukkan babak tu tapi bila watak Johan (Megat Shahrizal) bagitahu Kathy selalu bertukar kerja dan rumah perlindungan yang dia pergi mesti akan lingkup, dah boleh nampak watak Kathy ada agenda tersendiri. 


Dialog dalam Lubuk ada masanya kuat tapi kebanyakan masanya kurang menyengat padahal cerita bergerak berdasarkan perbualan harian watak-watak di situ. Cringe jugak lah tengok conversation Herman dengan Kathy dalam bilik, mungkin sebab tak ada chemistry and both of them nampak canggung. 

Watak Herman yang tiba-tiba muncul pun macam out of place and forced. Kalau penulis buat babak tegang antara Kathy dengan Dirwan pun dah boleh lead cerita untuk pergi kepada pendedahan rahsia jenayah rumah perlindungan tu. Babak Kathy mengintai macam tak perlu masukkan pun sebab dia intip Titi dan bukannya Dirwan dan Johan. Buat apa masukkan kalau tak ada perkembangan watak dan continuity dari babak tu kan? Babak Lai buang supplemen yang diminum pun kelakar sebab dia luah balik tak jauh pun dari meja makan.


Pace filem Lubuk pun perlahan sedangkan ada banyak plot yang boleh dikembangkan supaya watak Johan dan Buyong (Danish Adam) tak lah terdedah identitinya dari awal lagi. Tak tahu lah orang lain tapi dari awal dua watak ni muncul pun dah boleh tahu mereka sebenarnya siapa. Sayang lah idea cerita dah cun tapi terkorban gara-gara execution lemah, sama macam filem Eva (2023).

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10