Drama Review | Cinderella at 2 AM (2024)

Friday, 25 October 2024


Directors: Seo Min-jung, Bae Hee-young
Writer: Oh Eun-ji
Cast: Shin Hyun-been, Moon Sang-min, Yoon Park, Park So-jin, Lee Kyu-sung, Kim Tae-jung, Lee Hyun-woo, Baek Ji-won
Production Companies: Imaginus, Studio Aljja
Distributor: Coupang Play 
Genre: Romantic / Comedy
Running Episodes: 10 episodes (minutes per episode)
Release Date: 24 August  – 22 September 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan babak Ha Yun-Seo (Shin Hyun-Bin) menerima tawaran Kim Sun-Joo (Jin Hee-Kyung), chairwoman di syarikat AL tempat Yun-seo bekerja supaya putuskan hubungan dengan anak bongsunya, Seo Ju-won (Moon Sang-min). Setuju dengan tawaran tersebut, Yun-seo minta diberikan masa selama 2 bulan supaya Ju-won tak syak apa-apa yang aneh sampai boleh menjejaskan hubungan mereka anak-beranak. 

Rancangan Yun-seo mudah di mana dia cuma perlu buat perangai sampai Ju-won sakit hati dan minta untuk berpisah. Malangnya, pewaris chaebol tersebut sayang dengan Yun-seo sampai sanggup bersabar dan terima semua kekurangan kekasih hatinya. Bukan semua orang tak tahu karakter Yun-seo yang tegas dan garang di pejabat tersebut. 


Sementara Ju-won dengan Yun-seo selesaikan konflik percintaan mereka, si sulung pula, Seo Si-won mula mengalami masalah terganggu dengan kehadiran isterinya, Lee Mi-jin (Sojin) yang pulang ke Korea untuk jawatan pengarah eksekutif di CM Department Store kepunyaan keluarga. Hilang kebebasan Si-won di rumah tersebut bila banyak peraturan dari Mi-jin buatkan dia rimas. 

Punca tergerak hati nak tengok drama Cinderella at 2 AM arahan Seo Min-jung dan Bae Hee-young bila ternampak klip video Si-won dan Mi-jin bila masing-masing mula tertarik dengan each other. Si-won setuju berkahwin dengan Mi-jin untuk kuatkan perniagaan keluarga dan aturan tersebut datang dari ibunya sendiri. Berbeza perwatakan dengan Ju-won, si sulung sentiasa akur dengan kehendak keluarga.

 
OST ‘Boyfriend’ dari Yeonjun TXT punca kedua I layan drama yang berlatarkan percintaan pejabat ni. Lagu tu comel sangat, sesuai dengan kisah cinta Su-won dengan Mi-jin. Lagu latar Shining You - Sam Kim pun my favorite jugak sebab romantik. Vibe tu sesuai lah dengan lead pairing yang banyak momen bersama. 



Kisah percintaan Yun-seo dengan Ju-won okayish dan cliché dengan wujudnya watak orang ketiga yang mempunyai backstory kuat sama seperti Yun-seo. Tapi penulis tak develop sangat pun babak Yun-seo dengan Lee Seong-min (Lee Hyun-woo) walaupun ada potensi untuk dua watak ni jatuh cinta dan hidup bersama. Mungkin sengaja tak kembangkan sebab tak nak penonton ship second lead dengan heroin. 


Drama ni jadi draggy sebab watak heroin berbolak-balik dengan keputusan dia nak teruskan ataupun tidak bercinta dengan chaebol. Watak Ju-won pun macam tak realistik sebab circle dia tak besar padahal handsome dan kaya. Tak ada langsung pun watak yang cuba untuk cucuk jarum dari networking Ju-won. Watak Bae Jang-hee (Lee Kyu-sung) dengan No Ye-young (Kim Gyun-nam) diwujudkan untuk elemen komedi tapi tak kelakar dan try hard. Kalau buang watak-watak ni pun tak ada masalah. 


Rating untuk drama Cinderella at 2 AM terbitan Imaginus dan Studio Aljja tak lah tinggi mana walaupun ada hero yang kacak dan romantik macam Seo Ju-won. But personally for me, jalan cerita dan mesej dia kuat juga lah bila watak-watak wanita cuba untuk ajar Si-won dan Ju-won untuk hargai dan faham Kim Sun-joo. Faham lah bila Sun-joo minta Yun-seo tinggalkan Ju-won sebab tak nak anak bongsu dia diperdaya oleh orang luar. Kalau perkahwinan tu tak bermakna, at least biarlah ada faedah sebab perkahwinan dia sendiri pun tak ke mana. Ada anak-anak pun tak kenal ibu sendiri sampai nak spend masa pun susah. 

Boleh kata semua watak utama dalam drama Cinderella at 2 AM ada trauma tersendiri ketika membesar jadi pilihan yang dibuat tu lebih kepada praktikal kecuali watak Lee Mi-jin. Tapi penulis tak kembangkan sangat pun latar belakang dia cuma boleh nampak lah karakter dia yang positif tu datang dari persekitaran yang bagus. 


Rasa tak puas sebenarnya tengok drama Cinderella at 2 AM sebab ada banyak plot dan watak tak dikembangkan walhal ada mesej yang kuat dan character development yang menarik. Mungkin sebab JTBC tak jadi ambil drama ni untuk ditayangkan dekat siaran dia so terpaksa lah team production ikut kehendak OTT platform. 

It’s a nice watch but need a lot of improvement. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Movie Review | IF (2024)


Director: John Krasinski
Writer: John Krasinski 
Cast: Cailey Fleming, Ryan Reynolds, John Krasinski, Fiona Shaw, Phoebe Waller-Bridge, Louis Gossett Jr., Steve Carell
Production Companies: Sunday Night Productions, Maximum Effort
Distributor: Paramount Pictures
Genre: Fantasy / Comedy / Drama
Running Time: 104 minutes
Release Dates: 8 May 2024 (France), 17 May 2024 (United States)
Trailer:


Sementara menunggu pembedahan jantung ayahnya (John Krasinski) di Knight Country Hospital, Bea (Cailey Fleming) ke apartment neneknya, Margaret (Fiona Shaw) di New York. Keadaan tersebut sama seperti ketika Bae kecil di mana ibunya (Catharine Daddario) menghidap kanser dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Kerana trauma tersebut, Bae kembali terimbau kenangan lama sehingga dia tersedar apabila ada sesuatu bersembunyi di dalam almari. Apabila dicari, tiada apa pun yang dijumpai. 

Keesokan harinya juga sama tapi kali ni Bea ternampak seorang lelaki dewasa bernama Cal (Ryan Reynolds) datang memujuk makhluk berwarna ungu bernama Blue (Steve Carell) di sebuah rumah. Akibat ditegur oleh makhluk berupa rama-rama dan boleh bercakap, Bea pitam di situ. Ketika sedar rama-rama tersebut memperkenalkan diri sebagai Blossom (Phoebe Waller-Bridge). 


Bea terjaga di apartment milik Cal, selang beberapa tingkat dari apartment Margaret. Di sana Bea diberitahu tentang kewujudan imaginary friends a.k.a IF yang akan lenyap dari dunia manusia sekiranya tidak menjumpai tuan baru setelah dilupakan oleh tuan lama. Blossom percaya Bea akan membantu Cal mencari tuan baru untuk semua IF yang ada di Memory Lane Retirement Home kerana hanya Bea saja yang boleh melihat mereka semua. 

Bea tak ada masalah untuk mulakan tugasan tersebut tapi Cal seperti tidak menyukai kehadiran Bea di situ. Ketika melawat ayahnya di hospital, Bea berkenalan dengan Benjamin (Alan Kim) dan mula mencari IF yang sesuai kepada kanak-kanak aktif tersebut tapi malangnya tak ada satu pun yang sesuai. Tak putus asa dengan kegagalan tersebut, Bea mengenal kesemua IF dan mencari tuan lama mereka. 


Naskhah IF arahan dan penulisan John Krasinski menggunakan tema imaginary friends yang diwujudkan oleh kanak-kanak terutamanya yang kesunyian seperti Bea. Tak hairan lah kenapa Bea boleh nampak semua IF yang ada bila dia kembali ke apartment Margaret. Sekurang-kurangnya Bea tak terfikir sangat tentang pembedahan ayah dia yang belum tentu akan selamat. 

Filem IF walaupun menggunakan genre fantasi melalui kewujudan IF dan komedi dari watak Cal tapi emotional journey watak Bea dan keluarga dia agak sedih sebab dari awal lagi dah dipaparkan beberapa footage Bea membesar dengan ibu dia. Bila dapat tahu ayah dia pula masuk hospital, makin bertambah simpati dengan watak Bea sebab parents sakit bersilih ganti. For sure ayah dia tak ada banyak masa untuk temankan Bea disebabkan sakit dia. 


Bila Bea spend time dengan Cal, Blossom dan Blue, rasa seronok tengok dia happy. Umur dia baru 12 tahun tapi dah dapat ujian besar macam tu. Sinematografi filem IF menggunakan gabungan warna yang ceria sesuai untuk target audience mereka, kanak-kanak. Penggunaan VFX mengukuhkan lagi penceritaan fantasi dalam dunia Bea dan IF. Seronok tengok lawatan singkat Bea ke Memory Lane Retirement Home. 

Masa tengok filem ni tertanya-tanya juga siapa sebenarnya watak Cal. Adakah dia juga senasib dengan Bea yang mempunyai kelebihan untuk nampak semua IF dan berkhidmat kepada mereka sampai dia pilih untuk bersara? Tapi jawapan tu ada di hujung filem IF bila watak Bea kenal siapa sebenarnya Cal. Kalau kita yang dewasa ni tengok filem IF, mungkin dah boleh agak siapa Cal sebab banyak sangat hint yang pengarah bagi dari awal cerita sampai ke penghujung. Bila Bea kenal siapa Cal boleh nampak lah kenapa wajah Cal lebih kurang dengan ayah dia dan kenapa karakter pun sama. 


Filem IF ada kekurangan juga lah bila pengarah tak tumpukan perhatian pada details macam watak ayah Bea yang sakit di hospital tapi nampak sihat. Muka tak pucat langsung setiap kali Bea datang melawat. Tak ada pun any device yang monitor jantung atau blood pressure ayah dia sebelum operation padahal major operation. Penulis pun tak kembangkan sangat bonding Bea dengan ayah dia so bila klimaks muncul, elemen drama tu tak lah kuat tapi sebab simpati tu dah ada dari awal jadi senang lah nak sedih tapi cepat sedih tu hilang bila Margaret cakap tak ada benda sangat pun jadi dekat ayah Bea. So I macam confuse tone movie ni sebenarnya nak ke arah mana. 

Babak Bea, Cal dengan Blue pergi mencari tuan asal Blue pun merepek juga lah sebab boleh melepak sekali dekat pejabat tu. Pelik juga lah nenek dia kerja apa sebab dia tak peduli sangat pun dengan Bea yang berjalan merata dekat bandar New York dan balik lewat malam.


Anyway, melalui kewujudan IF, penulis mengajar tentang konsep keyakinan diri dan belajar untuk terima takdir hidup seadanya. Sedih tengok ending filem IF tapi okay lah untuk tontonan santai bersama keluarga. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Movie Review | Khel Khel Mein (2024)

Thursday, 24 October 2024


Director: Mudassar Aziz
Writers: Mudassar Aziz, Sara Bodinar 
Cast: Akshay Kumar, Fardeen Khan, Taapsee Pannu, Ammy Virk, Vaani Kapoor, Aditya Seal, Pragya Jaiswal, Jimmy Sheirgill, Bhumi Pednekar, Aparshakti Khurana, Ananya Panday, Arjun Kapoor
Production Companies: T-Series Films, Wakaoo Films, White World Productions
Distributor: Panorama Studios, AA Films
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 131 minutes
Release Date: 15 August 2024
Trailer:


Filem Khel Khel Mein mengisahkan tentang sekumpulan rakan yang terdiri daripada 3 pasangan juga Kabir Deshmukh (Fardeen Khan) yang datang bersendirian dan berkumpul di majlis pertunangan Radhika (Diljot Chhabra), adik kepada Vartika (Vaani Kapoor). Sebaik saja habis majlis tersebut, mereka semua berkumpul di bilik Vartika lalu penulis novel tersebut mencadangkan supaya mereka main satu permainan di mana semua orang akan tahu rahsia masing-masing melalui panggilan, teks atau e-mail yang masuk ke smartphone masing-masing. 

Idea tersebut tercetus apabila mereka semua membahaskan tentang rakan mereka yang baru saja bercerai. Para suami bertegas bahawa rahsia adalah rahsia dan mereka tak perlu masuk campur hal peribadi rakan sendiri tapi si isteri pula sebaliknya. Lalu semua bersetuju untuk main Truth Game walaupun Dr. Rishabh Malik (Akshay Kumar) ragu-ragu untuk turut serta. 


Sepanjang permainan tersebut berlangsung, banyak rahsia yang terdedah dan hampir berlakunya pergaduhan dan penceraian antara mereka semua. 

Naskhah Khel Khel Mein arahan dan penulisan Mudassar Aziz merupakan official remake dari filem Perfect Strangers (2016) arahan Paolo Genovese. Sebelum ni dah pernah layan filem Itali so mungkin akan ada perbandingan sedikit sebanyak antara dua filem. 


Dari genre filem sendiri dah ada perbezaan yang besar sebab original film guna genre drama sementara filem Khel Khel Mein adalah comedy drama. Babak awal di mana Dr. Rishabh Malik berjumpa dengan Kadambari Kapoor (Chitrangada Singh) di lapangan terbang pun dah banyak penipuan yang dia buat tapi kelakar. Dekat situ dah tarik perhatian untuk tengok macam mana watak Dr. Rishabh nak survive dalam permainan yang isteri dia sendiri buat. 

Dalam Khel Khel Mein ada banyak mesej sosial yang mengetengahkan isu mandul, hubungan dengan anak tiri, LGBT dan banyak lagi lah yang dibincangkan secara santai ataupun sampai bertegang urat. Watak Kabir Deshmukh ada banyak rahsia juga tapi dah boleh agak yang dia akan bawa isu LGBT tapi I rasa tak perlu ada pun sebenarnya sebab argument dia lemah dan cliché. Lakonan Fardeen sendiri pun mehhh juga. 


Sama juga dengan watak Vartika sebagai watak yang mengalami masalah dalam perkahwinan gara-gara berkahwin dengan duda. Tak mampu nak adapt dengan perangai Dr. Rishabh satu hal, nak belajar jadi ibu secara express kepada remaja perempuan pun memenatkan juga lah. Disebabkan dia tak mampu nak emote dengan bagus sangat, watak dia nampak lemah dan privileged tapi diselamatkan oleh kehadiran Akshay Kumar dalam beberapa babak bersama.

Watak Hapreet a.k.a Happy (Tapsee Pannu) nampak menyerlah dalam filem komedi terbitan T-Series Films ni padahal dia jarang berlakon dalam genre komedi. Menggelabah muka dia bila rahsia bocor masa on call dengan kawan baik dia, Sandhya (Bhumi Pednekar). Kalau Akshay Kumar reunite dengan Fardeen lepas filem Heyy Baby (2007) dan Chitraganda Singh selepas filem Desi Boyz (2011), Tapsee pula reunite balik dengan Bhumi Pednekar selepas filem Saand Ki Aankh (2019). Nama Sandhya pun sama dengan tajuk filem so it’s a good reference. Lakonan Pragya Jaiswal sebagai Naina yang kaya tetapi sunyi pun bagus juga. 


Sinematografi Manoj Kumar Khatoi yang dikukuhkan oleh music album hasil gubahan oleh Tanishk Bagchi memeriahkan suasana Khel Khel Mein yang berlatarkan majlis perkahwinan di India. Lagu romantik Duur Na Karin perjelaskan lagi kisah cinta Dr. Rishabh dengan Vartika dengan chemistry yang cantik bersama. Sebelum ni Akshay dengan Vaani dah berlakon dalam filem Bell Bottom (2021) so it’s another reunion with longer screentime sebab dalam previous film tak banyak pun moment diorang. 



Filem Khel Khel Mein ditayangkan di Netflix sekarang jadi siapa yang suka genre komedi drama boleh lah tengok filem ni. Kalau tanya I suka yang mana, I akan pilih Khel Khel Mein sebab lebih seronok dan menghiburkan. Ending pun berani sebab kesemua tujuh watak betul-betul dedahkan rahsia dan hidup dengan kenyataan tersebut, berbeza dengan filem Perfect Strangers. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 8.3/10


MondelÄ“z International (Malaysia) Beri Kejutan Manis Berjumlah RM1 Juta Kepada Rakyat Malaysia melalui Kempen ‘Ops Rebutan Manis’ | Selain hadiah tunai mingguan yang menarik, kemuncak kempen itu menyaksikan para pemenang hadiah utama masing-masing membawa pulang RM100,000

MondelÄ“z International (Malaysia), pengeluar snek popular seperti Cadbury, OREO, dan Twisties, berbesar hati mengumumkan senarai pemenang hadiah utama untuk kempen ‘Ops Rebutan Manis’. Impian lima pemenang hadiah utama menjadi kenyataan apabila berjaya membawa pulang RM100,000 masing-masing.

Dari 22 April hingga 30 Jun 2024, pengguna hanya perlu membeli produk Mondelēz kegemaran mereka dan menyerahkan bukti pembelian untuk berpeluang memenangi hadiah tunai yang mampu mengubah hidup mereka. Kemuncak kempen itu menyaksikan lima pemenang hadiah utama serta 30 pemenang hadiah pertama diumumkan dalam suasana penuh harapan dan keterujaan.

“Saya selalu impikan untuk menunaikan umrah, namun komitmen keluarga saya menjadikannya seakan-akan satu harapan yang mustahil,” kongsi Pn. Suwarni binti Termuji, 44, ibu kepada empat cahaya mata dari Klang, Selangor, yang memenangi hadiah utama.

“Coklat Cadbury dan biskut Jacob's telah menjadi kegemaran sekeluarga saya selama bertahun-tahun. Saya selalu membungkusnya untuk anak-anak saya apabila mereka pulang ke asrama selepas cuti. Kemenangan ini bukan sekadar satu hadiah, tetapi juga detik istimewa yang membawa saya lebih dekat dengan impian saya, sambil meraikan kegembiraan sederhana yang saya kongsikan bersama keluarga selama ini.”

“Saya tidak percaya apabila menerima panggilan,” kata Encik Chan Teh Kiew, 62, dari Johor Bahru, yang merupakan salah seorang pemenang hadiah utama. Beliau yang menyertai peraduan ini dengan membeli biskut Jacob untuk tujuan amal, tidak menyangka akan menjadi pemenang bertuah. “RM100,000 ini benar-benar satu rezeki yang berharga! Saya akan menyerahkannya kepada anak perempuan saya untuk mengubah suai rumahnya. Setinggi-tinggi terima kasih kepada MondelÄ“z International atas peluang yang mengubah hidup ini.”

Pemenang-pemenang hadiah utama lain turut berkongsi kegembiraan yang sama. Menurut mereka, durian runtuh ini akan menyokong perbelanjaan penting seperti bayaran hutang dan pengubahsuaian rumah yang telah lama tertangguh.

Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura, MondelÄ“z International, See Mei Sin, mengulas tentang kejayaan kempen tersebut: “Di MondelÄ“z International, kami berazam mencipta detik kegembiraan dan mengukuhkan ikatan bermakna dengan pelanggan. Sambutan luar biasa terhadap ‘Ops Rebutan Manis’ menggambarkan betapa produk kami dihargai rakyat Malaysia. Saya amat terharu melihat impak hadiah ini terhadap kehidupan para pemenang, dan akan untuk terus membawa lebih banyak detik kegembiraan untuk pelanggan setia kami."

‘Ops Rebutan Manis’ bukan sahaja memberi ganjaran kepada 35 pemenang hadiah utama dan hadiah pertama, tetapi juga mengukir senyuman pada ratusan rakyat Malaysia setiap minggu. Daripada hadiah sagu hati RM100 hingga hadiah kedua RM1,000, lebih 1,000 rakyat Malaysia telah berkongsi ganjaran keseluruhan yang bernilai RM1 juta.

  • Hadiah Utama: RM100,000 x 5 pemenang
  • Hadiah Pertama: RM10,000 x 30 pemenang (3 pemenang setiap minggu)
  • Hadiah Kedua: RM1,000 x 100 pemenang (10 pemenang setiap minggu)
  • Hadiah Sagu Hati: RM100 x 1,000 pemenang (100 pemenang setiap minggu)

Kempen ini menonjolkan komitmen MondelÄ“z International (Malaysia) untuk memberi ganjaran dan membina ikatan bermakna dengan pelanggan. Dengan menawarkan hadiah yang mampu mengubah hidup melalui ‘Ops Rebutan Manis’, syarikat terus mengukuhkan ikatannya dengan rakyat Malaysia, membawa keriangan kepada kehidupan mereka, serta menzahirkan penghargaan atas kesetiaan dan sokongan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang Mondelēz International (Malaysia) dan rangkaian jenama di bawahnya, layari https://www.mondelezinternational.com/malaysia/


*************************************

About Mondelēz International (Malaysia)

MondelÄ“z International (Malaysia) is part of the MondelÄ“z International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2023 net revenues of approximately $36 billion, MondelÄ“z International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 and Dow Jones Sustainability Index. MondelÄ“z International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Cadbury 5 Star chocolate, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's biscuits, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Kraft cheese, Chacho’s chips, Chipster chips, Twisties snacks and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way.

Teroka Simply South, Nikmati Penjimatan Di VIU Dan 2 Saluran Terbaru Di Astro | JUALAN JIMAT BESAR kami membawakan Saluran Blippi & Friends dan Oppa Mania bermula 1 November 2024

Bersedia untuk penjimatan berganda! Berikutan dari maklum balas yang memberangsangkan, Astro kini menggandakan lagi tawaran JUALAN JIMAT BESAR dengan penambahan yang lebih menarik; melancarkan servis penstriman Simply South, tawaran masa terhad bagi Viu, dan juga dua saluran baharu, Blippi & Friends dan Oppa Mania, bermula 1 November 2024. Astro komited memberikan servis dan juga tawaran terbaik untuk pelanggan tetap kami.

Dengan hanya RM41.99, nikmati hiburan tempatan dan juga antarabangsa terbaik di Astro seperti “Andai Tiada Dia”, Astro Originals seperti “Project; EXIT”, siri Cina popular, “The Great Resonance”, siri terbaik Tamil, “Pasanga Musim 2”, siri istimewa untuk kanak-kanak “Bawang Putih Bawang Merah”. Jangan ketinggalan siaran langsung sukan seperti Liga Perdana Inggeris, BWF Tournaments, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tennis dan banyak lagi. Semestinya untuk semua di Astro!

Nikmati Simply South di Astro dengan hanya RM10/bulan

Bersempena musim perayaan ini, pelanggan Astro boleh menambah servis penstriman Simply South, himpunan terbesar untuk kandungan Tamil, Telugu dan Malayalam dengan hanya RM10/sebulan (RRP RM 14.90), bermula 24 Oktober 2024. Nikmati filem terbaru, filem klasik sepanjang zaman, filem pemenang anugerah, filem blockbuster, dan juga komedi di Ultra/Ulti box, web, atau aplikasi telefon pintar. Strim filem popular seperti “Garudan, Aranmanai 4”, “Parking”, “Siren”, “Ullozhukku”, “Guruvayoor Ambalanadayil”, danbanyak lagi. Langgani Simply South dengan mudah di Astro melalui WhatsApp di 03-9543 3838.

Tawaran eksklusif Viu Premium untuk Pelanggan Astro 

Astro juga teruja untuk mengumumkan tawaran masa terhad Viu Premium dengan hanya RM4.99/sebulan (RRP: RM14.90) untuk 3 bulan pertama, menjadikan ia lebih mudah untuk dinikmati pelanggan baru. Dengan Viu, pelanggan Astro boleh mendapat kandungan terbesar drama Asian, filem, dan juga pelbagai rancangan seperti, “From Saga with Love 2”, “Hotel Del Luna”, “Taxi Driver Season 2”, “Family by Choice”, dan “Reborn Rich”. Pelanggan Astro boleh langgan menerusi astro.com.my/viu

Blippi and Friends kini di Kids Pack

Bermula 1 November 2024, Blippi and Friends (Saluran 619) akan termasuk dalam Kids Pack tanpa tambahan bayaran. Semua pelanggan Astro akan nikmati pra-tonton Blippi and Friends secara percuma di TV dan Astro GO bermula 1 November 2024 sehingga 31 Januari 2025. Tonton rancangan popular seperti, “Blippi”, “Meekah”, “Supa Strikas”, “Blippi Wonders”, dan “Oddbods specials”. Blippi and Friends boleh didapati untuk pembelian di NJOI dan sooka.

K-Drama, K-Pop, dan banyak lagi di Saluran Oppa Mania

Semua pelanggan Astro boleh berhibur dengan menikmati saluran Oppa Mania (Saluran 100) bermula 1-30 November 2024. Saluran terbaharu ini bakal menampilkan siri terhangat drama Korea dan juga Thailand, beserta kandungan menarik K-pop, rancangan pelbagai, dan juga filem. Bersedia dengan lakonan jejaka terhangat menerusi drama seperti “Perfect Family’’, “The Law Café”, dan “Connection”. Ikuti keseronokkan bersama artis K-idol kegemaran anda menerusi rancangan pelbagai dan juga rancangan realiti. Jangan ketinggalan dengan aksi mendebarkan blockbuster Korea “The Childe”, “Midnight”, “Project Wolf Hunting” dan banyak lagi.

Daftar Astro Sekarang Dan Nikmati Potongan RM300 Untuk Barangan Elektrik

Astro bersama TBC Elektrik, Courts Malaysia, dan juga Suria Jerai Electrical kini menawarkan tawaran hebat! Pelanggan yang mendaftar Astro di mana-mana gedung terpilih ini akan mendapat baucar berjumlah RM300 untuk barangan elektrik*. Anda juga boleh mendapat diskaun untuk TV, peti sejuk, atau apa juga barangan elektrik sambil nikmati kandungan Astro kegemaran anda. Astro menyediakan baucar bernilai RM100,000, jadi jangan lepaskan tawaran ini! Untuk maklumat lanjut, layari https://promotions.astro.com.my/bm/details/jualanjimatbesar.

Daftar tawaran masa terhad terbaru Astro, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga terendah dari RM41.99/sebulan dan pemasangan percuma. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre’s 500Mbps bersama dengan Pek Primary dengan hanya RM149.99/sebulan (RRP: RM239.99) untuk 24 bulan. Nikmati hiburan terhebat, semua dalam satu tempat! 

*Harga tertera dalam siaran ini termasuk cukai. Tertakluk terma dan syarat untuk setiap kempen/tawaran. 


WebTVAsia dan Filmforce Studio telah bekerjasama untuk melancarkan sebuah filem pendek yang penuh emosi dan canggih dari segi teknologi bertajuk “Echoes of Time”. Filem ini menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan tema universal mengenai kehilangan, bertujuan untuk memberikan pengalaman yang sangat menyentuh hati kepada penonton di seluruh dunia. 

Dibintangi oleh Taew Usha Seamkhum, pelakon terkenal dari filem Thailand “How To Make Millions Before Grandma Dies”, kisah ini menyorot perjalanan emosi seorang budak lelaki bersama neneknya yang telah meninggal dunia, meneroka ikatan yang melampaui hidup dan mati.

Filem pendek ini juga merupakan hasil kerjasama antarabangsa yang signifikan di Asia Tenggara, melibatkan Oceanus Media Global (OMG) dan Shooting Gallery Asia yang membawa teknologi produksi maya canggih, menjadikan "Echoes of Time" salah satu produksi termaju di Malaysia.

Pengarah filem ini, Chin Sze Chee, bersama pasukan produksi, berjaya menghasilkan karya yang bukan sahaja menonjolkan teknologi terkini tetapi juga sarat dengan emosi yang mendalam.

Muzikal Lawak Superstar 4 Minggu 5 | Putehh Merampas Kembali ‘Gempak Superstar of The Week’

Tuesday, 22 October 2024


Mendapat ‘ standing ovation’ daripada kesemua juri, kumpuan Putehh merampas kembali ‘Gempak Superstar of The Week’ dengan markah tertinggi pada minggu kelima ‘Muzikal Lawak Superstar 4’. Dengan markah keseluruhan sebanyak 61.17%, Putehh mengungguli minggu yang berlokasikan “tempat kerja” dan bergenre “lagu FYP”, diikuti oleh Padie (60.81%) dan Bravo (60.27%) di tempat kedua dan ketiga. Selain Putehh, kumpulan Sarkas, Deroyan, Bravo dan Padie turut menerima kesemua tiga “bintang” daripada barisan juri. 

Minggu kelima ini turut menyaksikan Zuara di tempat terakhir apabila mendapat markah terendah. Namun, diselamatkan daripada penyingkiran, sekaligus melayakkan semua kumpulan ke cabaran minggu hadapan. 

Senarai Markah Penuh Minggu 5 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’:

Putehh – 61.17%

Padie – 60.81%

Bravo – 60.27%

Deroyan – 57.62%

Sarkas – 56.79%

Gebu – 55.10%

Zuara – 52.91%








Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.

Movie Review | Land of Bad (2024)

Sunday, 20 October 2024


Director: William Eubank
Writers: David Frigerio, William Eubank
Cast: Liam Hemsworth, Russell Crowe, Luke Hemsworth, Ricky Whittle, Milo Ventimiglia
Production Companies: R.U. Robot Studio, Highland Film Group, Volition Media Partners
Distributors: The Avenue, Variance Films, Amazon Prime Video
Genre: Action / Thriller
Running Time: 114 minutes
Release Date: 16 February 2024
Trailer:


Land of Bad mengisahkan sekumpulan tentera udara ditugaskan dalam misi rahsia ke Filipina untuk mengambil ‘aset’ dari tawanan pihak lawan. Aset tersebut adalah perisik Central Intelligence Agency (CIA) yang ditugaskan untuk mengintip pergerakan pengganas kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai oleh Saeed Hashimi (Robert Rabiah), yang bertapak di kawasan hutan Filipina. 

Tentera udara Sarjan JJ Kinney (Liam Hemsworth) dihantar bertugas dalam operasi rahsia tersebut walaupun hanya mempunyai pengalaman atas padang sebanyak dua kali. Kalau ikutkan rancangan asal, turun dan ambil tawanan sahaja sebab dalam rumah tu tak banyak pun pengawal tapi tak sangka pula geng militan Abu Sayyaf datang serang Victor Petrov (Jack Finsterer). Operasi yang sepatutnya diselesaikan dengan mudah bertukar tragedi kepada Kenny a.k.a Playboy. 


Disebabkan serangan militan tu juga, misi dibatalkan serta-merta dan pulang ke pangkalan. Malangnya semua tentera meninggal dunia dalam operasi tersebut jadi terpaksa lah Kenny bergerak seorang diri ke koordinat yang diberitahu oleh Kapten Eddie Grimm a.k.a Reaper (Russell Crowe) yang bertugas di pangkalan dibantu oleh Staff Sarjan Nia Branson (Chika Ikogwe). 

Naskhah aksi thriller Land of Bad arahan dan penulisan William Eubank mula dikarang sejak tahun 2012 kemudian mulakan penggambaran pada tahun 2022 selepas mendapat persetujuan dari pihak tentera. Walaupun menggunakan nama kumpulan militant yang sebenar tapi operasi di Filipina hanyalah fiksyen semata. Tak pasti lah kalau Saeed Hashimi tu diwujudkan berdasarkan pengganas sebenar Abu Sayyaf bernama Isnilon Totoni Hapilon, sebab muka lebih kurang. 


Kalau berlatarkan perang dengan puak pengganas memang ada beberapa babak yang kejam dan ngeri. Sama macam dalam filem-filem Bollywood yang berkisarkan tentang kumpulan pengganas yang menyerang India. Tak ada belas kasihan pun kalau berhadapan dengan puak militant sebab dah kena brainwash untuk bunuh demi jihad. Semua jenis ekstremis sampai sanggup mati demi ketua. 

Kekuatan filem Land of Bad terletak pada babak-babak aksi yang dipaparkan sepanjang operasi dan survival Kenny untuk pulang ke pangkalan. Berdebar tengok babak Kenny bertempur dengan militant masa Hornet diserang sampai terpaksa batalkan misi menyelamat. Sinematografi dari Agustin Claramunt terlihat cantik untuk babak letupan RPG ataupun misil yang dilepaskan dari kedua-dua belah pihak. 




Meskipun alur cerita Land of Bad tampak menarik pada first half, bila masuk second half dah mula timbul beberapa persoalan macam geng tentera yang kemaruk sangat layan March Madness dekat breakroom. Geram juga bila Kolonel Duz Packett (Daniel MacPherson) pun sama naik dengan anak buah padahal ada operasi genting melibatkan CIA. 

Awal tu ingatkan dia tak terlibat tapi bila Kapten Reaper laporkan dekat dia, maksudnya dia terlibat lah kan? Tapi kenapa dia pergi sambung tengok basketball match sampai tak peduli langsung pasal operasi tu? Dia tak laporkan dekat atasan ataupun stay alert dengan mana-mana talian komunikasi pun. I faham lah Kolonel tu watak sampingan tapi merepeknya dia boleh bertenang tanpa perlu fikir mungkin operasi tu kena hantar backup team.


Sama juga dengan babak atas padang pun sebab pelik juga kenapa Reaper arahkan Kenny untuk pergi ke tempat evacuation yang baru sedangkan tapak asal tu dah clear. Tak diceritakan pun kenapa Reaper bagi arahan macam tu padahal tapak evacuation asal tu lagi senang untuk dia assist Kenny dengan dron dia. 

Ada banyak juga babak sepatutnya diperjelaskan lagi sebab yang tengok filem Land of Bad ni bukannya tentera tapi orang awam. Kenapa tentera udara Filipina tak masuk campur bila ruang udara ada dron tentera US pun tak pasti. Mungkin sebab kawasan tu penuh dengan Taliban jadi tentera Filipina tak nak masuk campur tapi a better explanation would be nice. 


Kalau nak sembang bab fakta dan realiti memang panjang lagi lah review ni sebab ada banyak loopholes pada skrip tapi filem Land of Bad menarik untuk ditonton sebagai commercial action flick. Filem ni bukannya macam Saving Private Ryan tapi more to Rambo atau Baaghi 2 (2018) punya style. Tengok dekat babak Kenny pelik kenapa dia kena join team Tier 1 dalam operasi tu pun dah boleh agak ke mana hala tuju filem Land of Bad.  

Though it is not that good tapi boleh juga la orang awam faham macam mana kerja drone pilot dekat pejabat tu. Nampak macam tengok monitor je padahal tengah jaga nyawa orang yang jauh berbatu dari dia. Salah koordinat, salah anggaran masa, boleh gagal sesebuah operasi. Menarik juga bila penulis letak false belief tentang teknologi yang digunakan Kenny dan Reaper tapi buktikan sebaliknya di hujung cerita. It’s an underpaid job and it’s hard so thank you for your service. 


'Listen up, Fruit Loop. Let me tell you a story. You can fight with all your robots and your Reaper and cell phones all you want. At the end of the day, when the technology fails, and all your batteries and your bullets run out, you know and the Sun fucking explodes, war comes down to one very simple thing. And that's man killing a man. Just takes one shit day to change your whole perspective.'- Sgt. Bishop (Ricky Whittle)

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.4/10

Movie Review | Temurun (2024)


Pengarah: Inarah Syarafina 
Penulis Skrip: Vontian Suwandi  
Pelakon:  Banyu Bening, Bryan Domani, Jajang C. Noer, Karina Suwandi, Kiki Narendra, Mian Tiara, Yasamin Jasem
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures, Legacy Pictures, Masih Belajar Project
Pengedar: Antenna Entertainment, Netflix
Genre: Seram / Thriller
Durasi Tayangan: 85 minit
Tarikh Tayangan:  10 Oktober 2024
Trailer:


Selepas kematian ibu (Karina Suwandhi) mereka, Dewi (Yasamin Jasem) dan abangnya, Sena (Bryan Domani) berpindah ke rumah pusaka keluarga. Mereka berdua dijemput oleh Pak Agus (Kiki Narendra) yang sudah berpuluh tahun tidak mendengar khabar berita. Dewi tidak dapat menerima kehadiran Pak Agus tapi Sena pujuk supaya mereka keluar dari rumah dan mulakan kehidupan baru. 

Di rumah pusaka tersebut, Sena dan Dewi bertemu dengan nenek mereka, Gayatri (Jajang C. Noer) bersama pembantunya, Hesti (Mian Tiara). Dalam masa yang singkat, Sena dan Dewi perlu tahu mengenai sejarah keluarga dan juga perniagaan yang datang dari perladangan dan ternakan. Setiap hari mereka dihidangkan daging lembu separa masak. 


Dewi yang masih trauma kerana kematian ibunya sering diganggu oleh roh ibu yang muncul dalam keadaan yang ngeri. Sementara Sena sering terjumpa perkara-perkara aneh seperti papan yang penuh dengan gambar-gambar lelaki yang bertanda X. Di papan tersebut juga mempunyai nama Dewi. Bila ditanyakan hal tersebut, tiada siapa di dalam rumah tersebut ingin menjawab termasuklah Pak Agus.
 
Naskhah seram arahan Inarah Syarafina menggunakan tema pemujaan syaitan oleh ahli kultus sebagai idea cerita. Di awal filem dapat tengok babak Gayatri (Nafiza Fatia Rani) berlari dari seseorang tapi ditangkap oleh makhluk hitam. Makhluk yang sama juga mengganggu Dewi di rumah pusaka. 


Pada second half naskhah Temurun, ritual pemujaan akan diadakan untuk mencari pengganti kepada syaitan yang berada di dalam badan Gayatri yang sudah berusia 100 tahun. Hanya pewaris wanita yang akan dirasuk sementara waris lelaki dijadikan korban. Idea untuk filem Temurun dah cantik untuk dijadikan cerita seram dan thriller. Sayangnya, skrip tidak dikembangkan dengan bagus. 

Dari awal lagi dah nampak watak Sena adalah watak yang menjengkelkan dan punca ibunya dibunuh dengan kejam. Since it’s Bryan Domani, I was hoping the character would get a second chance. Mungkin dia lah yang akan menyelamatkan keluarga sebab Dewi dah kemurungan dan trauma selepas si ibu meninggal. Dia juga selalu dihasut oleh Gayatri dan Hesti sepanjang berada di rumah tersebut. 


Hubungan Dewi dengan Sena pun tak cun sebab Sena anggap Dewi pembawa malang bila hidup mereka sekeluarga bahagia sampai lah Dewi muncul ketika Sena berumur 7 tahun. Kiranya Pak Agus dan Dyah sudah tahu tentang rahsia keluarga sampai bertindak untuk hilangkan diri. Sebab tu juga Dyah rela hidup miskin dari diketahui oleh Gayatri. Dekat awal filem juga Dyah selalu meracau dan minta Dewi sentiasa guna daun bidara untuk selamatkan diri tapi Dewi atau Sena tak faham dan lebih mudah untuk mereka assume yang Dyah sudah gila. It’s really a nice build up. 

Tapi bila masuk second half, penceritaan dari Vontian Suwandi dah mula longgar bila Pak Agus dan Jaka (Banyu Bening) biarkan Sena tertanya-tanya tentang apa yang berlaku dalam rumah pusaka. Padahal diorang boleh jadi team yang bagus untuk menentang Gayatri dan Hesti. Geram sangat tengok Sena melulu serang Jaka padahal hasutan Hesti tak lah kuat mana. Tapi itu lah, apa nak expect kan kalau dari awal pun watak dia memang dah cetek otaknya. 


Filem Temurun tak lah seram sangat dengan gangguan roh Dyah atau saka keluarga cuma meremang juga lah bila Dyah datang berjumpa Dewi. Lakonan Mian Tara pun bagus sebagai pembantu yang taat setia dengan Gayatri dan bijak mengatur langkah supaya plan licik dia berjalan seperti yang dirancang. 

Boleh lah nak layan untuk tontonan santai but don’t expect too much. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10