Minggu keempat ‘Muzikal Lawak Superstar’ diungguli oleh Sarkas dengan markah keseluruhan sebanyak 61.63%, sekaligus mendapat kelebihan untuk memilih komen juri pada cabaran minggu hadapan. Ini diikuti oleh Zuara (60.43%) dan Deroyan (57.06%) di tempat kedua dan ketiga. Selain Sarkas, Deroyan turut menjadi antara kumpulan yang telah mendapat kesemua tiga bintang daripada barisan juri dengan persembahan sketsa muzikal mereka. 

Minggu berlokasikan tempat “Hiburan” dan bergenre “Balada & Reggae” ini turut menyaksikan kumpulan Soda tersingkir apabila sketsanya kurang mendapat sambutan daripada barisan juri dan para penonton. 








Senarai Markah Penuh Minggu 4 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Sarkas – 61.63%

Zuara – 60.43%

Deroyan - 57.06%

Gebu – 54.75%

Padie – 53.77%

Putehh – 53.54%

Bravo – 50.17%

Soda – 44.33%

Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.

Minggu 5 Kilauan Emas 2024 | Vokal Gie Curi Tumpuan Juri, Maria & Balqis Tersingkir

Monday, 14 October 2024

Minggu kelima ‘Kilauan Emas 2024’ menyaksikan peserta Gie melonjak, mendahului di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak (77.73%), diikuti oleh pencabar Budin (73.57%), dan juga yang bangkit memberikan cabaran baru kepada peserta lain Ron (72.92%) telah berjaya menawan kedudukan tiga teratas. 

Membawakan lagu I Have Nothing oleh Whitney Houston, Maria sekali lagi telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir. Minggu Tiba-Tiba Rindu, Lagu-Lagu Lama Yang Mengingatkan Kita Kepada Penyanyi Yang Telah Meninggalkan Kita ini juga telah menyaksikan Maria & Balqis telah tersingkir dan gagal untuk mara ke minggu seterusnya. Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2024 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘KILAUAN EMAS 2024’

• ‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

• Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Diari Kilauan Emas 2024 selama 30 minit setiap jumaat bermula 13 September 2024 dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat disaksikan menerusi Kapsul Kilauan Emas 2024 selama 5 minit setiap minggu dari Selasa hingga Khamis, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Ina - Tari Silat Melayu (Saloma)

Atie - Darah Muda (Saloma)

Sidi - Dekat Padamu (Yusry)

Balqis - Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)

Wan - Malam Pasar Ria Version M. Shariff (M. Said)

Ron - L.O.V.E. (Nat King Cole)

Sue - Matahari (Maya)

Maria - I Have Nothing (Whitney Houston)

Budin - Kerana (Alleycats)

Gie - Yayadan (Sharifah Aini)

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.

• Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato’ Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.


• Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

Membawa bintang-bintang Gegar Vaganza ke pentas ‘The Chosen One 2024’, minggu keempat kali ini menyaksikan para peserta berduet untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Tema ‘Surprise Duet’ yang dibawa kali ini sekali lagi diungguli oleh Kiki Fateeha yang berduet bersama penyanyi Ezad Lazim dengan lagu yang berjudul Dua Insan. Ini diikuti oleh peserta Atikah Rose & Naqiu dan Eriq Fikri & Lan Solo di tempat kedua dan ketiga. Manakala, perjalanan terhenti buat peserta Qal Daienish apabila gagal menarik perhatian barisan juri dengan persembahan duetnya. 

Minggu ‘TCO X GV’ ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara tetap rancangan Gegar Vaganza, Nabil Ahmad sebagai juri jemputan di samping Dato’ Awie dan Jaclyn Victor. Pada masa yang sama, peserta Azry Sabri masih menjuarai ERA The Chosen One of The Week. Saksikan episod baharu ‘The Chosen One 2024’ pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU



INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’

• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

• Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.

• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

Qall Daienish & NINE - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip)

Eriq Fikri & Lan Solo - Hutang (Floor 88)

Atikah Rose & Naqiu - Boneka (Ernie Zakri)

Azry Sabri & Ameer Forteen - Di Hujung Waktu (Azhael)

Akhil Mikhail & Faradhiya - Janji Manismu (Aisyah)

Kiki Fateha & Ezad Lazim - Dua Insan (IVA ft Ezad Exist)

Baiq Balqis & Zamani - Tak Mungkin Berpaling (Slam)

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat. 2

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.

Movie Review | Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves (2023)

Sunday, 13 October 2024


Directors: Jonathan Goldstein, John Francis Daley
Writers: Chris McKay, Michael Gilio 
Cast: Chris Pine, Michelle Rodriguez, Regé-Jean Page, Justice Smith, Sophia Lillis, Hugh Grant
Production Companies: Paramount Pictures, Hasbro, Entertainment One 
Distributor: Paramount Pictures
Genre: Fantasy / Adventure / Comedy
Running Time: 134 minutes
Release Date: 10 March 2023 (SXSW), 31 March 2023 (United States)
Trailer:


Kisah bermula dengan babak Edgin Darvis (Chris Pine) dan Hoga Kilgore (Michelle Rodriguez) dipenjarakan di penjara yang kotor dan terpencil. Semasa sesi pengampunan berjalan, Ed kerap bertanyakan tentang Janarthan kerana makhluk tersebut sudah tahu tentang kenapa Ed dan Hoga ingin hukuman mereka dikurangkan. 

Ed bercerita tentang kisah silamnya di mana dia merupakan seorang pengawal Harper yang bersumpah akan menjaga keamanan namun perkara tersebut mengancam nyawa keluarganya. Thayan yang pernah dipenjarakan datang kembali untuk membalas dendam lantas membunuh isterinya, Zia Darvis (Georgina Landers). 


Putus asa untuk hidup, Ed bertemu dengan Hoga dan mula mencuri untuk kelansungan hidup mereka dan juga Kira, anak perempuannya. Mereka mencuri hanya untuk jumlah yang kecil dan tidak mencederakan orang lain. Dari berdua, mereka bekerja dengan ahli sihir Simon Aumar (Justice Smith) dan Forge Fitzwilliam (Hugh Grant). 

Kemudian Sofina (Daisy Head), ahli sihir datang meminta bantuan dan beritahu Ed tentang Tablet of Reawakening di mana manusia yang telah meninggal boleh dihidupkan kembali. Mereka bersetuju untuk mencuri harta di Korinn’s Keep tapi Ed dan Hoga terperangkap dalam sihir Sofina. 


Berbalik ke sesi pengampunan, Ed dan Hoga berjaya meloloskan diri dari penjara tersebut dan berjumpa semula dengan Fred dan Kira di Neverwinter. Malangnya Kira berpihak pada Fred yang menipu tentang Ed yang tamakkan harta. Berazam untuk ambil kembali Kira (Chloe Coleman), Ed dan Hoga mencari Helmet of Disjunction dengan bantuan Simon, Doric (Sophia Lillis) dan Xenk Yendar (Regé-Jean Page). 

Naskhah fantasi Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves arahan Jonathan Goldstein dan John Francis Daley berlatarkan dunia permainan papan Dungeons & Dragons yang dilancarkan oleh Hasbros. I kenal dengan permainan ni pun dari series The Big Bang Theory (2008) dengan Stranger Things (2016) tapi tak lah kenal benar sampai tahu semua watak dan references lain yang pernah wujud dalam permainan tu. 


So without any knowledge or expectations, I layan filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves, sepenuhnya bergantung pada jalan cerita yang ditulis oleh Chris McKay dan Michael Gilio. Latar masa filem fantasi adalah pada kurun ke-5 sebab lebih kurang sama dengan jalan cerita Merlin dan wujudnya naga. 

Keindahan sinematografi dari Barry Peterson mewujudkan dunia fantasi dengan pelbagai latar tempat yang menarik sepanjang pengembaraan Ed, Hoga, Doric dan Xenk. Mungkin tak semua tempat Xenk turut serta tapi Underdark mempunyai pengalamannya yang tersendiri. Tak payah cakap lah tentang penggunaan CGI dan VFX yang memang digunakan dalam kebanyakan babak sampaikan hampir kesemua tempat atau makhluk tampak asli dan hidup. Macam makhluk owlbear atau naga yang keluarkan asid. Geram sangat tengok naga gemuk dalam gua sampai bergolek-golek kejar mangsa dia. 





Penceritaan Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves mudah untuk difahami dengan backstory ringkas untuk beberapa watak utama. Walaupun ada banyak latar belakang dan keupayaan setiap watak, tak susah untuk kita ingat dan kenal sebelum masuk ke second half. Elemen komedi bukan saja dihadirkan dalam bentuk perbualan atau dialog malah pada ekspresi muka beberapa watak macam Simon dan Xenk. Fast paced actions juga menjadi pelengkap rencah.

Watak Ed mungkin yapper tapi sebagai ketua, karakter tersebut tersangatlah perlu untuk watak dia yang pandai motivate walaupun perkara tu nampak macam mustahil. Dinamik Chris Pine dan Michelle Rodriguez sama-sama kuat dan penulis tak cuba untuk wujudkan love angle which I really grateful for sebab masing-masing dah macam adik-beradik walaupun berbeza keluarga. 


Filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves mungkin tersungkur di box office sebab distributor tak pandai pilih tarikh tapi naskhah fantasi ni memang layak dapat perhatian yang sepatutnya. Thanks to Amazon Prime Video, filem ni dapat rating yang tinggi dan berkemungkinan akan ada sequel. I nak tengok lebih banyak lagi scene Xenk dan Kira. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Director: Amar Kaushik
Writer: Niren Bhatt 
Cast: Rajkummar Rao, Shraddha Kapoor, Pankaj Tripathi, Abhishek Banerjee, Aparshakti Khurana, Tamannaah Bhatia, Varun Dhawan, Akshay Kumar
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributors: PVR Inox Pictures, Pen Marudhar
Genre: Comedy / Horror
Running Time: 149 minutes
Release Date: 15 August 2024
Trailer:


Setelah beberapa tahun Vicky (Rajkumar Rao) menyelamatkan kampung Chanderi dari gangguan Stree, muncul pula hantu lelaki berbadan sasa tanpa kepala yang menculik anak gadis di kampung tersebut termasuklah teman wanita Bittu (Aparshakti Khurana) bernama Chitti (Anya Singh). 

Hantu lelaki yang mengerikan bernama Sarkata (Sunil Kumar) merupakan seteru kepada Stree satu ketika dulu. Sejarahnya, Sarkata adalah ketua kampung di Chandraban yang kaki mabuk dan kaki wanita. Dia bunuh Stree dan suaminya dengan memenggal kepala mereka berdua, di hadapan anak perempuan Stree. Tak lama selepas kejadian tersebut, Stree muncul sebagai roh yang ingin membalas dendam lalu memenggal kepala Sarkata. 


Tersedar mereka perlu meminta bantuan Stree, Vicky minta Jana (Abhishek Banerjee) pulang ke Chanderi kerana dia memiliki kebolehan Stree setelah dirasuk dulu. Selepas kejadian diculik oleh Stree, Jana dihantar oleh keluarganya untuk tinggal bersama sepupunya, Bhaskar (Varun Dhawan). Dalam masa yang sama, gadis cantik (Shraddha Kapoor) pujaan hati Vicky juga muncul di Chanderi untuk menyelamatkan mereka semua. 

Fourth installment untuk Maddock Supernatural Universe adalah sekuel kepada filem Stree (2018) dengan durasi yang lebih panjang dari sebelumnya. Penulis Raj & DK tarik diri kerana isu perebutan royalti setelah Stree popular selepas ditayangkan. Maka Niren Bhatt yang pernah popular dengan filem Bala (2019), Serious Men (2020), Bhediya (2022) dan Munjya (2024) mengambil alih posisi penulis. 


Sama seperti Munjya (2024) dan Bhediya (2022), first half cerita terlihat kukuh dengan supernatural yang diperkenalkan untuk Maddock Supernatural Universe tapi bila masuk second half dah mula draggy dengan pertarungan yang meleret. Sama macam Stree 2, walaupun kelebihan kuasa mistik banyak berpihak pada Vicky, gadis cantik dan Bhediya, tapi tetap susah nak kalahkan Sarkata. 

Kalau tengok pada poster dan penghujung filem Stree, gadis cantik ada banyak kelebihan sebab ada tocang Stree yang kuatkan lagi kuasa mistik dia. Ada kelebihan ilmu hitam yang dipelajarinya juga tapi penulis tetap nak masukkan elemen kejutan pada penonton tapi sudahnya bagi peluang untuk Vicky kalahkan Sarkata. Pertarungan dekat hujung tu patutnya dipendekkan dan bagi screentime kepada Bhediya atau Rudra (Pankaj Tripathi). 


Tak lah kata Stree 2 tak seronok sebab filem ni masih lagi ditayangkan di pawagam walhal dah masuk 2 bulan ditayangkan secara rasmi. Elemen komedi antara kekuatan filem Stree 2 dengan beberapa babak kelakar dari watak Vicky, Jana dan Bittu di separuh pertama filem. Meta jokes juga dimasukkan dalam dialog watak-watak utama. Kelakar tengok Bittu nyanyi lagu Soft Kitty dari The Big Bang Theory untuk Chitti. 

Kalau dalam filem Stree, hantu dia tak menyeramkan tapi sebagai simbolik kepada satira masyarakat India, untuk Stree 2 pula berbeza sebab roh Sarkata mengerikan dengan suara yang garau. Ada beberapa jumpscares yang dimasukkan untuk menguatkan elemen seram dalam filem Stree 2. 


Ada banyak penggunaan VFX untuk wujudkan dunia Sarkata terutamanya di second half bila watak-watak supernatural bertarung dengan Sarkata. Sinematografi dari Jishnu Bhattacharjee paparkan latar masyarakat Chanderi yang menyantuni Stree dan mengangkat tema women empowerment dari mitos lagenda tersebut. 

Khidmat Sachin–Jigar digunakan untuk music album Stree 2 dan kesemua lagu popular terutamanya item song Aaj Ki Raat dan Aayi Nai. Lagu romantik Tumhare Hi Rahenge Hum menguatkan lagi kisah cinta Vicky dan gadis pujaannya. Sementara lagu Khoobsurat mengukuhkan kewujudan Maddock Supernatural Universe bila Bhediya juga terpikat dengan kecantikan gadis misteri. 



Overall, Stree 2 mempunyai momen dan kekuatannya tersendiri sebagai naskhah yang menghiburkan namun hilang sentuhan dan keunikan Stree 1 di mana mempunyai kekuatan satira dalam penceritaannya. Walaupun Stree 2 menggunakan satira patriarchy bila Sartaka pukau semua lelaki di Chanderi tapi tak sekuat Stree 1. 

Bila ada cameo dari Akshay Kumar, kita dah tahu ke mana hala tuju produser dan menjadikan Stree sebagai franchise commercial film sepenuhnya. Is it a good thing or a bad thing, susah nak cakap melainkan Maddock Films baca review yang minta dia tukar penulis. Tapi macam mustahil lah sebab Bhediya, Munjya dan Stree 2 dah berjaya dekat box office dengan penulis yang sama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 7.9/10

Movie Review | Jatuh Cinta Seperti di Film-Film (2023)

Saturday, 12 October 2024


Pengarah: Yandy Laurens 
Penulis Skrip: Ernest Prakasa, Suryana Paramita
Pelakon: Ringgo Agus Rahman, Nirina Zubir, Alex Abbad, Sheila Dara, Dion Wiyoko, Julie Estelle 
Syarikat Produksi: Imajinari, Jagartha, Trinity Entertainment, Cerita Films
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 30 November 2023 (Indonesia), 29 Mac 2024 (Netflix) 
Trailer:


‘Tapi untuk apa buat film hitam putih? Saya susah jualnya kalau filmnya hitam putih, Gus. Aku sudah pernah membuat film hitam putih. Penonton harus diingatkan bahwa film ini hitam putih. Di tengah film, mereka bisa keluar, tanya penjaga bioskop apa proyektornya rusak. Disangka film rusak, Gus. Film rusak.’ - Pak Yoram (Alex Abbad)

Masa tengok trailer pun ragu-ragu nak layan full movie ataupun tidak sebab hitam putih tapi sebab Blogger Fanny_dcatqueen bagitahu pernah tengok filem Jatuh Cinta Seperti di Film-Film, I pun proceed layan dekat Netflix. 

Filem bermula dengan babak Bagus Rahmat (Ringgo Agus Rahman) pitch idea untuk skrip filem romantik komedi yang diambil dari kisahnya bersama Hana (Nirina Zubir). Bagus bertemu semula dengan Hana di sebuah pasaraya ketika membeli barang dapur. 

Bagus menyimpan perasaan terhadap Hana namun setelah wanita tersebut berkahwin, mereka lost contact. Takdir pertemukan mereka semula setelah suami Hana meninggal 4 bulan lepas dan akibat peristiwa tersebut, Hana mengalami kemurungan. Setiap pertemuan mereka diceritakan semula dalam skrip namun hanya dari perspektif Bagus. 

Skrip tersebut tidak diterima dengan baik oleh rakan baiknya, Celine (Sheila Dara) yang bekerja sebagai editor filem. Celine berpendapat bahawa Hana ada hak untuk tahu mengenai skrip tersebut dan Bagus juga perlu mendapat keizinan dari Hana sebelum filem tersebut dibikin. Bagus mengendahkan saranan Celine kerana filemnya itu adalah surprise gift untuk Hana sekaligus menjadikan medium untuk dia melamar Hana. 

Pertama kali layan karya sutradara Yandy Laurens baik filem panjang atau serial web. Seronok layan perjalanan kisah Bagus dan Hana walaupun pace agak perlahan tapi tak ada masalah kalau tengok di Netflix sebab boleh ubah speed setting. 

Menggunakan hitam putih juga terlihat kreatif sebagai estetik keindahan kisah tersebut. Personally, I prefer visual berwarna sebab ada beberapa babak yang terlihat dull terutamanya babak di toko bunga milik Hana. Ada sebabnya kenapa pengarah putuskan untuk menggunakan hitam putih jadi kita hormat keputusan tu. 

Naskhah Jatuh Cinta Seperti di Film-Film mempunyai banyak babak perbualan Hana dan Bagus namun ada isinya dan momennya yang tersendiri. Macam watak Hana mempersoalkan siapa yang akan menonton filem yang mempunyai pasangan utama berusia. Di Hollywood dan Bollywood dah banyak tapi untuk industri filem Indonesia dan Malaysia masih belum banyak. Kebanyakan romantik komedi menggunakan pasangan muda sebagai pelaris. Sama macam Pak Yoram yang ingin menggunakan Dion Wiyoko dan Julie Estelle untuk peran utama. 

Perbualan Hana dan Bagus mencuri perhatian kerana dibikin natural dan bersahaja, banyak juga ilmu tentang pembikinan filem yang diselitkan supaya penceritaannya terasa santai dan ringan sedangkan mempunyai sub-plot tentang kemurungan dan cabaran Bagus untuk menyiapkan skripnya dalam masa yang singkat setelah ketahuan oleh Hana. 

Lakonan Ringgo dan Nirina menghidupkan lagi watak Bagus dan Hana sampai kita terpedaya bila pengarah tukar watak-watak utama kepada Dion dan Julie. Bukan sesuatu yang sukar untuk Nirina dan Ringgo bekerja dalam projek yang sama kerana mereka sudah bekerja bersama sejak tahun 2007 lagi dalam franchise film Get Married. 



Soundtrack romantis Bercinta Lewat Kata dendangan Donne Maula dan Sudut Memori dari Yura Yunita menjadi pelengkap kepada sinematografi garapan Dimas Bagus. Lirik yang dimasukkan menguatkan lagi screenplay untuk elemen drama pada watak Bagus dan Hana. Tak hairanlah kalau naskhah Jatuh Cinta Seperti di Film-Film tercalon dalam kategori Filem Terbaik di Festival Film Bandung 2024.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10