Zoo Negara | Persembahan Singa Laut di Zoo Negara Show Aphiteatre

Friday, 11 October 2024

 

Lepas selesai makan tengahari dan solat Zohor, kitorang pergi ke kawasan akuarium. Bila tengok ramai yang berkumpul dekat Zoo Negara Show Aphiteatre, baru teringat ada persembahan pertunjukan jam 3 petang. Semua tempat duduk dah penuh dekat situ jadi kitorang berdiri je dekat bahagian paling belakang. Nampak juga walaupun jauh dari pentas. 

Masa ni kitorang dah berpecah dua sebab Fariha dengan Nurin pergi ke sebelah kiri teater sementara yang lain di sebelah kanan. Dekat sebelah kiri tu sejuk sikit lah sebab ada kipas dekat kawasan belakang. Sebelah kanan tu luas tapi panas sikit. Nasib baik bawa kipas tangan USB dengan payung. 

Tepat jam 3 petang, sekumpulan burung merpati terbang di bahagian kanan, memerang pula tanggalkan mini banner 'Selamat Datang' di bahagian tengah pentas. Comel sangat! Sebelum mulakan persembahan, seorang kanak-kanak diperlukan secara rela hati. Emcee tak bagitahu pun buat tugas apa tapi dia suruh pandang ke bahagian kanan. Semua orang pun pandang sebelah kanan rupanya tak perasan ada rombongan ayam masuk dekat bahagian kiri teater. 



Persembahan kedua dibintangi oleh dua ekor burung kakak tua bernama Rocky dan Ringgo. Kedua-duanya kena main permainan untuk dapat habuan makanan. Sebelah kiri teater automatik jadi kumpulan Ringgo manakala sebelah kanan automatik jadi team Rocky. Sebelum mulakan perlawanan kena bersorak untuk Ringgo dan Rocky. Siapa yang menang tu kena tengok sendiri lah, yang penting kitorang have fun bersorak untuk Ringgo dengan Rocky sampai ke hujung perlawanan. 

Selesai persembahan dari burung kakak tua, masuk lah persembahan superstar di Zoo Negara ni. Sadly I dah tak ingat dah apa nama singa laut ni tapi comel teruk sepanjang tengok dia buat pertunjukan air dekat teater ni. 








Tak tahu lah dah berapa lama singa laut ni training sampai dah boleh jadi superstar dekat Zoo Negara. Walaupun manja tetap aktif main semua permainan yang zoo keeper bawa untuk dia. Kalau dia dah buat persembahan ni bertahun-tahun, tak pernah ke dia meragam sebab bosan? 



Sepatutnya sebelum persembahan singa laut, ada something yang beruang ekor lilit dekat atas para ni buat tapi disebabkan terlampau pemalu, dah habis pertunjukan baru dia berjaya selesaikan task dia. Kelakar jugak tengok dia bergerak slow slow siapkan bila tak ada yang fokus dekat dia. 



Yang penting kerja dia siap buat kan? Kalau tak siap kena bebel la kot dengan zoo keeper lepas habis show dekat teater. Lepas habis pertunjukan tu macam nak pergi bergambar dengan Rocky tapi sebab barisan panjang sangat, batalkan je niat tu. Pukul berapa pulak nak balik sebab kitorang tak masuk akuarium lagi. Nanti ada yang bad mood sebab dah tak larat nak berjalan. 

Zoo Negara | The Wild Restaurant

 

Dah penat berjalan separuh Zoo Negara, kitorang berhenti makan dekat The Wild Restaurant ni sebab dekat sini je ada kedai makan. Dekat Pusat Konservasi Panda tu ada juga tapi penuh dan banyak snek bukannya nasi. Masa tengok zebra pun ada cafe juga tapi sama lah, snek juga. Dekat restoran ni pun penuh juga sebab public holiday kan, tapi berjaya juga dapat dua meja masa tu walaupun depan tandas. Quite unpleasant lah tapi nak duduk mana lagi? Dekat luar restoran ada tempat juga tapi panas, nanti ada yang demam sebab esoknya nak berjalan lagi. 


Dekat luar restoran ni penuh dengan bunting fish and chip sampai I tempting nak makan menu tu tapi bila masuk dalam, terus batalkan hajat sebab what's this? Ancient gila menu board dia sampai rasa nak menangis tengok. Memang lah kita tak digalakkan membazir tapi fuhhhhh. 

Tak banyak pilihan pun dalam The Wild Restaurant ni jadi kitorang order Bucket Fried Chicken dengan Value Meal ada burger sebab Farah nak makan burger. Lepastu add on nasi sebab set nasi lemak ayam dia mahal nau. Mungkin harga berpatutan je tapi sebab menu dia tak visually appealing so I tak rasa tertarik untuk order. 

Ambil masa yang lama juga staff nak kemas meja kitorang sebab masa tu ramai tapi kitorang okay je asalkan dapat rehatkan badan kejap lepas setengah hari penat berjalan. Sambil tunggu order siap, sambil layan view rusa dekat bahagian tepi restoran. Tak nampak sangat pun rusa sebab masing-masing duduk berkelompok dekat hujung kandang. 


Masa ayam goreng sampai kitorang ada ambil gambar tapi entah macam mana boleh hilang. Ayam goreng dia okay je, juicy and crispy. Rugi jugak lah tak ambil lebih sikit sebab sedap. Nak kata sedap sebab kitorang lapar tu mungkin tidak lah sebab taste bud kitorang tak lah seteruk tu. Burger dia macam burger stadium, sama lah kentang dengan coleslaw pun. Nasib baik included sekali dengan bucket sebab tak berbaloi rasa dengan harga.

Mungkin Zoo Negara boleh tambah lagi restoran dekat sini sebab sedihnya tak banyak pilihan masa lunch. Laju jugak lah kitorang makan dekat sini sebab tak selesa lepas tu keluar ambil gambar sementara tunggu yang pergi solat selesai solat. 




Kitorang bergambar dekat satu spot je masa ni sebab dekat sini je redup lepastu ada air pancut. Gambar semua orang sama je sebab tak nak backlight. Nasib baik lah tak ramai orang lalu lalang dekat sini. 

 

Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda ni terletak dekat atas bukit jadi mengah lah sikit berjalan nak naik ke atas tu. Dari jauh lagi dah nampak ada papan tanda panda berwarna coklat dengan ukiran beberapa ekor panda. I tak lah minat sangat dengan panda sebab bukan haiwan yang aktif pun. Sepanjang masa terdampar lepas makan. 

Fariha suka lah sebab tu spirit animal dia. Dekat TikTok ataupun IGstory dia penuh dengan panda. Satu tahun ni asyik dengar dia tanya bila kita nak pergi tengok panda. Sekarang dah boleh bertenang sebab satu bucket list dia dah boleh cross dah. Tak tahu lah kalau lepas ni dia nak ajak pergi China pulak sebab panda lagi comel dekat sana. 


Dekat pintu masuk, staff pusat konservasi ni dah bagitahu masa melawat diperuntukkan selama 5 minit sahaja. Tak boleh buat bising bila masuk ke kawasan panda. Menangis lah siapa yang datang nak tengok panda sebab 5 minit saja masa dia bagi untuk tengok panda. 

Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda ni ada dua tingkat. Tingkat atas ada pameran tentang beruang panda dan tingkat bawah ialah pusat konservasi panda. Dari tingkat atas pun dah boleh nampak panda melepak dekat rumah buatan dia.


Dari atas nampak lagi dekat kan compared to dekat bawah. Bila masa entah Fariha turun, tahu-tahu dah bergambar depan rumah panda T.T






See, like I said earlier, tidur je lah kerja dia. So 5 minit memang cukup sangat masuk dalam ni tapi untuk orang macam I lah. Orang yang suka panda, tengok panda tidur pun dah bahagia. 


Ada dua ekor beruang panda dekat dalam pusat konservasi masa kitorang pergi melawat ni. Katanya ada lagi tapi tak boleh keluarkan banyak panda dalam satu masa. Dekat dalam rumah panda ni sejuk juga lah, lega sikit bila masuk dalam ni sebab dekat luar dah mula terasa bahang lepas hujan tu. 

Rumah panda ni menarik lah sebab ada air terjun mini, ada sungai, ada buaian dan rumah pondok. Kalau perasan, ada banyak juga rubber duck dekat rumah dia tapi tak tahu lah dia main beria ke tidak. 



Kelakar lah jugak tengok signage depan rumah dia bagitahu 'Saya Panda yang Tangkas' tapi dia terbongkang tidur dekat rumah pondok. Walaupun sekejap je dapat tengok panda tapi seronok lah boleh tengok haiwan yang hampir pupus ni depan mata. Selama ni tengok dekat dalam video TikTok je, kali ni dapat lah tengok beruang panda makan buluh dan bergerak untuk tidur. 

Masa tengok panda ni ramai juga orang China tapi bukan orang cina kita sebab bahasa lain lepastu bising padahal dah diberitahu supaya jangan bising dekat pusat konservasi tu. Keluar dari pusat konservasi panda, ada kedai cenderamata panda dan sebagai peminat panda haruslah Fariha beli kipas tangan panda. Mahal tapi 'bersedekah' kepada panda katanya. Lantak kau lah dik non, asalkan bahagia. 


Berjalan beberapa meter dari Taman Herba, dah boleh nampak burung botak upeh beterbangan di Tasik Tunku Abdul Rahman, Zoo Negara ni. Tasik ni luas sebab dijadikan tempat pembiakan burung botak upeh. Saiz dia besar juga tapi jinak lah sebab tak kejar orang. Kalau kena patuk dengan paruh dia boleh lebam juga ni. 



Dekat tasik ni boleh pergi dekat macam ni untuk tengok kawanan burung tapi tak lah berani sangat sebab burung dia besar kemain. Lama juga kitorang melepak dekat sini sebab burung warna putih tu cantik tapi dia ada seekor je dekat tasik ni.

Fun fact Tasik Tunku Abdul Rahman di Zoo Negara ni adalah lokasi penggambaran salah satu babak dalam filem Masam Masam Manis lakonan P. Ramlee. Tasik ni jadi tempat Cikgu Sha'ari dengan Norkiah dating dalam filem tu. Selain jadi tempat pemeliharaan haiwan, jadi tempat tribute untuk lagenda negara. 




Berhadapan tasik ni ada kandang zirafah tapi rasanya anak zirafah sebab kecil je dekat sini. Zirafah ni baru nak breakfast jadi boleh lah tengok dekat-dekat. Ada dua ekor sebab lagi seekor dekat hujung kandang shy shy nak keluar jumpa orang. 


Dekat kandang zirafah ni ada banyak juga burung ni bertenggek jadi peneman zirafah. Dekat taman tasik ni ada 300 ekor burung dibiarkan bergerak bebas jadi tak hairan lah kalau ada sekumpulan yang melepak dekat kandang haiwan lain. Sebelum jumpa Sangkar Burung ada burung imu yang ramah tapi saiz dia besar so kitorang takut nak dekat.


Masuk dekat dalam kawasan Sangkar Burung pun ada banyak juga burung botak upeh ni. Dekat dalam sangkar ni ada banyak spesies burung. Dekat bahagian darat ada itik dengan ayam, dongak atas ada burung botak upeh. 






Dekat dalam kolam ni ada juga ikan hidup bersama dengan burung tapi tak tahu lah ikan apa sebab ada yang bersaiz besar, ada yang kecil. No wonder lah burung dekat sini gemuk sebab makan ikan setiap hari. 

Sebelum ni kan kitorang pernah pergi Pulau Bangau dekat Teluk Intan satu keluarga, sambut birthday umi dekat sana tapi dekat Zoo Negara seronok sikit sebab boleh tengok banyak burung secara dekat. But you guys need to experience both lah sebab dua-dua ada keseronokan pengalaman yang tersendiri. 


🤗: adik, tengok tu burung hantu!!
🤨: bukan lah ma
🤗: iye, tu burung hantu
🤨: bukan lah ma, tu burung helang. Mana ada burung hantu besar macam tu. 

Dekat dalam Sangkar Burung ni ada kumpulan ayam yang boleh bergerak bebas and I was chased by a rooster T.T 

Tak kelakar ye bila kena patuk dengan ayam nak pulak dengan ayam jantan nasib baik lah dia tak begitu berminat untuk main aci ligan. 




Lama juga lah tunggu burung merak ni kembangkan dia punya kipas tapi dia tak nak. Nasib baik lah dia tak lari bila orang ambil gambar dekat-dekat sebab dia cantik nau bertenggek atas batu besar. Sudahnya balik tengok dekat IG Zoo Negara hshshs