Zoo Negara | Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda

Friday, 11 October 2024

 

Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda ni terletak dekat atas bukit jadi mengah lah sikit berjalan nak naik ke atas tu. Dari jauh lagi dah nampak ada papan tanda panda berwarna coklat dengan ukiran beberapa ekor panda. I tak lah minat sangat dengan panda sebab bukan haiwan yang aktif pun. Sepanjang masa terdampar lepas makan. 

Fariha suka lah sebab tu spirit animal dia. Dekat TikTok ataupun IGstory dia penuh dengan panda. Satu tahun ni asyik dengar dia tanya bila kita nak pergi tengok panda. Sekarang dah boleh bertenang sebab satu bucket list dia dah boleh cross dah. Tak tahu lah kalau lepas ni dia nak ajak pergi China pulak sebab panda lagi comel dekat sana. 


Dekat pintu masuk, staff pusat konservasi ni dah bagitahu masa melawat diperuntukkan selama 5 minit sahaja. Tak boleh buat bising bila masuk ke kawasan panda. Menangis lah siapa yang datang nak tengok panda sebab 5 minit saja masa dia bagi untuk tengok panda. 

Pusat Konservasi & Pameran Giant Panda ni ada dua tingkat. Tingkat atas ada pameran tentang beruang panda dan tingkat bawah ialah pusat konservasi panda. Dari tingkat atas pun dah boleh nampak panda melepak dekat rumah buatan dia.


Dari atas nampak lagi dekat kan compared to dekat bawah. Bila masa entah Fariha turun, tahu-tahu dah bergambar depan rumah panda T.T






See, like I said earlier, tidur je lah kerja dia. So 5 minit memang cukup sangat masuk dalam ni tapi untuk orang macam I lah. Orang yang suka panda, tengok panda tidur pun dah bahagia. 


Ada dua ekor beruang panda dekat dalam pusat konservasi masa kitorang pergi melawat ni. Katanya ada lagi tapi tak boleh keluarkan banyak panda dalam satu masa. Dekat dalam rumah panda ni sejuk juga lah, lega sikit bila masuk dalam ni sebab dekat luar dah mula terasa bahang lepas hujan tu. 

Rumah panda ni menarik lah sebab ada air terjun mini, ada sungai, ada buaian dan rumah pondok. Kalau perasan, ada banyak juga rubber duck dekat rumah dia tapi tak tahu lah dia main beria ke tidak. 



Kelakar lah jugak tengok signage depan rumah dia bagitahu 'Saya Panda yang Tangkas' tapi dia terbongkang tidur dekat rumah pondok. Walaupun sekejap je dapat tengok panda tapi seronok lah boleh tengok haiwan yang hampir pupus ni depan mata. Selama ni tengok dekat dalam video TikTok je, kali ni dapat lah tengok beruang panda makan buluh dan bergerak untuk tidur. 

Masa tengok panda ni ramai juga orang China tapi bukan orang cina kita sebab bahasa lain lepastu bising padahal dah diberitahu supaya jangan bising dekat pusat konservasi tu. Keluar dari pusat konservasi panda, ada kedai cenderamata panda dan sebagai peminat panda haruslah Fariha beli kipas tangan panda. Mahal tapi 'bersedekah' kepada panda katanya. Lantak kau lah dik non, asalkan bahagia. 


Berjalan beberapa meter dari Taman Herba, dah boleh nampak burung botak upeh beterbangan di Tasik Tunku Abdul Rahman, Zoo Negara ni. Tasik ni luas sebab dijadikan tempat pembiakan burung botak upeh. Saiz dia besar juga tapi jinak lah sebab tak kejar orang. Kalau kena patuk dengan paruh dia boleh lebam juga ni. 



Dekat tasik ni boleh pergi dekat macam ni untuk tengok kawanan burung tapi tak lah berani sangat sebab burung dia besar kemain. Lama juga kitorang melepak dekat sini sebab burung warna putih tu cantik tapi dia ada seekor je dekat tasik ni.

Fun fact Tasik Tunku Abdul Rahman di Zoo Negara ni adalah lokasi penggambaran salah satu babak dalam filem Masam Masam Manis lakonan P. Ramlee. Tasik ni jadi tempat Cikgu Sha'ari dengan Norkiah dating dalam filem tu. Selain jadi tempat pemeliharaan haiwan, jadi tempat tribute untuk lagenda negara. 




Berhadapan tasik ni ada kandang zirafah tapi rasanya anak zirafah sebab kecil je dekat sini. Zirafah ni baru nak breakfast jadi boleh lah tengok dekat-dekat. Ada dua ekor sebab lagi seekor dekat hujung kandang shy shy nak keluar jumpa orang. 


Dekat kandang zirafah ni ada banyak juga burung ni bertenggek jadi peneman zirafah. Dekat taman tasik ni ada 300 ekor burung dibiarkan bergerak bebas jadi tak hairan lah kalau ada sekumpulan yang melepak dekat kandang haiwan lain. Sebelum jumpa Sangkar Burung ada burung imu yang ramah tapi saiz dia besar so kitorang takut nak dekat.


Masuk dekat dalam kawasan Sangkar Burung pun ada banyak juga burung botak upeh ni. Dekat dalam sangkar ni ada banyak spesies burung. Dekat bahagian darat ada itik dengan ayam, dongak atas ada burung botak upeh. 






Dekat dalam kolam ni ada juga ikan hidup bersama dengan burung tapi tak tahu lah ikan apa sebab ada yang bersaiz besar, ada yang kecil. No wonder lah burung dekat sini gemuk sebab makan ikan setiap hari. 

Sebelum ni kan kitorang pernah pergi Pulau Bangau dekat Teluk Intan satu keluarga, sambut birthday umi dekat sana tapi dekat Zoo Negara seronok sikit sebab boleh tengok banyak burung secara dekat. But you guys need to experience both lah sebab dua-dua ada keseronokan pengalaman yang tersendiri. 


🤗: adik, tengok tu burung hantu!!
🤨: bukan lah ma
🤗: iye, tu burung hantu
🤨: bukan lah ma, tu burung helang. Mana ada burung hantu besar macam tu. 

Dekat dalam Sangkar Burung ni ada kumpulan ayam yang boleh bergerak bebas and I was chased by a rooster T.T 

Tak kelakar ye bila kena patuk dengan ayam nak pulak dengan ayam jantan nasib baik lah dia tak begitu berminat untuk main aci ligan. 




Lama juga lah tunggu burung merak ni kembangkan dia punya kipas tapi dia tak nak. Nasib baik lah dia tak lari bila orang ambil gambar dekat-dekat sebab dia cantik nau bertenggek atas batu besar. Sudahnya balik tengok dekat IG Zoo Negara hshshs

Zoo Negara | Taman Herba

 

Taman Herba ni memang wajib pergi lah sebab my mom obsessed dengan ulam dan tanaman herba. Dekat rumah pun banyak yang dia tanam sampai penat nak makan semua. Masa masuk dari pintu gerbang utama Zoo Negara, ni tempat pertama kitorang singgah jadi kitorang expect tak lama lah sebab kalau nak tengok herba baik tengok dekat rumah sendiri kan? 

Tapi tidak ye, sebab dekat dalam tu ada koleksi serangga yang comel. 

Banana Crab

Ketam Pisang ni kalau ikutkan muka dia comel tapi dia memilih untuk jadi pemalu so boleh ambil gambar kaki dia je walaupun jarak kitorang dekat je. Lama tau tunggu dia keluar dari batu tu tapi dia tak nak terima tetamu. I is sad T.T

Cantori Stick Insect

Kala Jengking Ekor Tebal

Lipas Question Mark

I stuck lama dekat lipas Question Mark ni sebab dia comel teruk dengan tanda soal dekat badan dia. Mesti diorang ni sejenis mahkluk yang banyak soalan dekat dalam dunia ni? Nasib baik tak boleh bercakap, kalau tak semua orang stress dengan soalan diorang. 




Dekat Taman Herba ni ada banyak lagi serangga yang comel tapi adik-adik I dah bising ajak pergi tempat lain sebab diorang geli. Comel tengok koleksi labah-labah dengan kumbang tapi lukisan je lah sebab tak boleh simpan koleksi asal. Itupun boleh tengok dari jauh je sebab takut ada yang panjang tangan kot. 


PENGARAH BOX OFFICE, SYAFIQ YUSOF KEMBALI DENGAN SUPERTELE EKSKLUSIF ‘TELEKINESIS’

Thursday, 10 October 2024

PENGARAH BOX OFFICE, SYAFIQ YUSOF KEMBALI DENGAN SUPERTELE EKSKLUSIF ‘TELEKINESIS’|‘Gandingan Mantap Beto Kusyairy, Yusuf Bahrin, Aman Graseka, Nick Davis’ 

Selepas kejayaan filem aksi nombor 1 paling laris di Malaysia, Sheriff, pengarahnya Syafiq Yusof kembali dengan ‘Telekinesis’, sebuah naskhah eksklusif hanya di Astro First bermula 10 Oktober. 

Penonton boleh menikmati karya sains fiksyen (sci-fi) ini menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 10 Oktober ini. Telekinesis boleh dilanggan pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka untuk tempoh 48 jam. 

Naskhah ini juga menyaksikan Syafiq kembali menghasilkan karya eksklusif untuk tayangan di platform Astro First, selepas mencipta fenomena melalui filem Penunggang Agama dan Penunggang Agama 2 pada tahun 2021, dengan mencatat kutipan lebih RM5 juta.

Syafiq Yusof berkata, “Menerusi Telekinesis, saya mahu membawa penonton ke sebuah dunia yang penuh dengan aksi, ketegangan dan misteri. Sci-fi memberi ruang kepada saya untuk meneroka kisah yang lebih mendalam, di mana penonton akan dihidangkan bukan sekadar pertempuran kuasa, tetapi pergolakan emosi dan pengkhianatan yang merungkai sebuah misteri. Penonton akan dibawa ke dalam konflik setiap watak, di samping menikmati visual yang menarik. Saya yakin Telekinesis akan memberi pengalaman berbeza, dan membuka ruang untuk pembikin filem kita mempertaruhkan potensi genre sci-fi di Malaysia.”

Telekinesis mengisahkan tentang Fadli, Aru dan Lee yang menjalani kehidupan sebagai ahli organisasi ‘National Telekinesis Security Force’ (NTSF). Mereka ditugaskan untuk menumpaskan sebuah gerakan rahsia yang dipanggil ‘Telekinesis Liberty Movement’ (TLM). Misi NTSF menjadi rumit apabila seorang lelaki misteri bertopeng yang dipanggil ‘Helang' mengganggu setiap operasi NTSF. Misi Fadli dan Lee adalah untuk menumpaskan TLM dan Helang, manakala Aru mengesyaki ada pengkhianat di kalangan mereka, menjadikan misi ini semakin mencabar dan mendebarkan. 

Telekinesis pasti membuat penonton tidak senang duduk, tambahan pula watak-watak dalam karya ini digerakkan dengan begitu berkesan oleh barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Yusuf Bahrin, Aman Graseka, Nick Davis, Hasnul Rahmat, Wanji Aswand, Shabby dan ramai lagi. 

Telekinesis diterbitkan Viper Studios dan merupakan salah sebuah karya di bawah Dana Program TV/OTT Finas dengan kerjasama Astro. Sesi penggambaran Telekinesis di buat semasa fasa pemulihan pandemik. 

Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Saksikan Telekinesis bersama insan tersayang hanya di Astro First. Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai arahan Syafiq Yusof ini di akaun media sosial Astro First seperti Instagram dan TikTok. Gunakan # #Telekinesis di media sosial.

ASTRO MENAMPILKAN ‘HIKAYAT BAWANG PUTIH BAWANG MERAH’, EVOLUSI KISAH LAGENDA TEMPATAN | Astro mempersembahkan hikayat Nusantara dengan nafas baharu serta kesan visual khas

Astro mempersembahkan drama bersiri terbaharu, ‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’, sebuah kisah epik yang menggabungkan bakat terbaik tanah air untuk menghidupkan semula hikayat klasik ini dengan interpretasi moden, lengkap dengan kesan visual dan elemen fantasi. Siri 4 episod ini bakal bersiaran mulai 21 Oktober, setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611).

‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’ merupakan karya terbaharu Datuk Yusry Abdul Halim. Beliau juga terlibat dalam penghasilan kesan khas visual. Karya ini dihasilkan untuk memukau penonton dengan gabungan jalan cerita yang menarik dan suntikan elemen komedi, sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Treler ‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’ berjaya meraih sebanyak 3.8 juta tontonan di laman digital dan menerima sambutan positif di kalangan warga maya termasuk dari negara jiran. 

Barisan pelakon handalan yang terlibat termasuklah Mira Filzah, Nabila Huda, Kamal Adli, Datin Lisa Surihani, Shah Kimin, Azwan Serigala dan Rahim Omar, bersama bintang generasi baharu seperti Amalina Arham dan juga Tracie Sinidol. ‘Magis’, dendangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi lagu tema dan video muzik rasmi siri ini untuk menghiasi pengalaman penonton.

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Kajian kami menunjukkan bahawa sebahagian daripada generasi baharu tidak begitu mengenali kisah dongeng di rantau ini berbanding kisah dongeng Barat. Oleh itu, kami di Astro mengambil inisiatif untuk menghasilkan francais ‘Hikayat’ supaya generasi muda dapat mengenali dan mencintai warisan kita. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Selepas kami menghasilkan ‘Hikayat Pak Belalang’, ‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’ dipilih berdasarkan maklum balas yang diterima daripada para penonton.”

“Dengan bantuan teknologi moden, kami ingin memastikan kisah-kisah ini kekal relevan untuk generasi akan datang, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan bakat-bakat hebat seperti Datuk Yusry Abdul Halim, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Mira Filzah, Nabila Huda, Kamal Adli, Amalina Arham, Rahim Omar, Shah Kimin, Azwan Serigala dan Datin Lisa Surihani, serta Independent Pictures yang menerbitkan siri ini dan Zeel Production yang mengusahakan video muzik untuk menjayakan projek ini,” ujar beliau.

Pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim, turut berkongsi, “Dengan kerjasama Astro, kami menghasilkan versi terkini ini dengan sentuhan kesan visual khas supaya setiap babak yang diterjemahkan dalam drama ini dapat meninggalkan kesan yang mendalam, terutamanya kepada penonton muda kita. Kami berharap agar para penonton dapat menikmati siri ini yang memaparkan jalan cerita yang penuh teladan dan pengajaran.”

‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’ mengisahkan Putih (Mira Filzah), seorang gadis yang dilayan dengan kejam oleh ibu tirinya, Mak Kundur (Nabila Huda), dan adik tirinya, Merah (Amalina Arham). Dalam usaha melarikan diri, Putih bertemu dengan Pari-Pari Embun (Tracie Sinidol) dan Putera Badlishah (Kamal Adli), yang berjanji untuk membantu Putih mengubah jalan hidupnya.

Siri drama pendek terbaharu Astro ‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan juga sooka.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

*Tidak termasuk cukai & tertakluk pada terma dan syarat.