Breakfast Nasi Lemak Terengganu

Wednesday, 9 October 2024

 

Bulan lepas dapat whatsapp dalam group besar bagitahu Datuk Hisham nak belanja breakfast makan Nasi Lemak Terengganu. Semua warga RRM Petaling Jaya dijemput hadir. Memandangkan ada makan-makan, kitorang pun bawa juga kudap-kudap lain sebab dah agak lepas breakfast session tu mesti ada meeting sekejap sebab Datuk dah lama tak masuk office. 

Butter Cake dari Ain

Kuih Apam dari Kak Ida

Kuih Karipap dan Pulut Panggang dari Kak Ida

Puding Jagung dari Dayan

I tak sangka Dayan nak bawak puding jagung sebab I request dekat dia masa Farewell Tasya bulan Ogos lepas tapi dia cuti pulak masa tu. Senyap-senyap je dia buat puding jagung ni. Bila sampai office dia keluar lif terus cakap 'Ana, I bring your favorite!' 


Dayan cakap masa kitorang tengah kecoh-kecoh dekat group, dia tengah sibuk mengacau puding. Kecoh sebab nak mencari set teko untuk breakfast pagi tu lah. Set teko dekat office dah tak cukup sifat, kononnya nak pergi lah cari yang baru tapi I keluar pun lambat masa tu jadi tak jumpa lah. Nak pergi CITTA Mall dah tak sempat sebab dah nak masuk pukul 10 malam. Tak expect pulak dekat Lotus dengan Happy Home tak ada. Ada sebenarnya tapi tak cantik. Sudahnya Kak Ida korek set teko dalam stor rumah dia, hadiah masa kahwin dulu. 20 tahun dah dekat dalam kotak tapi cantik lagi lepas basuh. 


Kitorang beria cari set teko baru sebab ada Datin Rafidah sekali, wife Datuk merangkap VIP client RRM jugak. Takkan lah nak ala kadar je kan? Segan lah. The ladies pun pakai cantik-cantik sebab ada tetamu. 

Nama je breakfast tapi kalau nak tunggu semua datang memang menginjak ke pukul 10 pagi cerita dia. Sempat jugak lah kidnap pulut panggang sambil hidang makanan. Dah cukup quorum, ada bacaan doa dari TA Luqman lepastu makan sama-sama. 












I assume Nasi Lemak Terengganu ni ada ikan goreng celup tepung dengan sambal manis rupanya guna ikan tongkol rebus dengan sambal kosong. Sambal tu manis juga lah, tak pedas langsung. Macam ni lah rupa Nasi Lemak Terengganu yang Datuk belanja masa tu. 


Tempat lain mungkin lain menu dia sebab Ms Karimah kata lain daerah lain cara masak dia. Tapi harga murah lah dekat sana dalam 3 ringgit macam tu kecuali Kemaman. Mungkin sebab ikan tongkol mahal kot dekat sini sebab tu harga 7 ringgit sebungkus. 

Rasa Nasi Lemak Terengganu ni sedap je sebab I suka makan ikan tongkol tapi kalau sambal dia pedas sikit pastu balut dengan daun pisang lagi sedap lah kot. Aroma wangi nasi lemak tu tak kuat sangat. 

Sebelum habis sesi breakfast ni Datuk ada bagi amanat sebelum bercuti panjang sebab masa ni sebelum cuti Hari Malaysia dan Maulidur Rasul. Datuk dan management RRM bagi rehat lama supaya semua warga RRM lagi semangat datang kerja lepas naik cuti nanti. Datuk bagitahu nak perkenalkan banyak lagi makanan Terengganu lepas ni. Thank you Datuk Hisham dan Datin Rafidah belanja RRM makan Nasi Lemak Terengganu, semoga makin murah rezeki. 

STOP THAT DOT: HOMESOY Memperkasakan Wanita di Malaysia untuk Mengambil Tindakan dalam Pencegahan Kanser Payudara | HOMESOY Melancarkan “STOP THAT DOT” bagi Mempromosikan Pengesanan Awal, Menampilkan Kisah-Kisah Daripada ‘Survivor’ Kanser Payudara

HOMESOY, jenama susu soya terkemuka di bawah naungan Ace Canning Corporation Sdn Bhd, kini merasmikan pelancaran kempen HOMESOY 3.0 “STOP THAT DOT” untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara dan meningkatkan kesedaran mengenainya di kalangan wanita. Selain memperkenalkan kepelbagaian penggunaan kacang soya, kempen ini juga menekankan kepentingan pengesanan dan tindakan awal. Ini merupakan agenda utama HOMESOY dalam mengurangkan risiko kanser payudara, khususnya di kalangan wanita Malaysia.

Antara detik simbolik ketika pelancaran kempen ini adalah pengenalan Pink Ball “STOP THAT DOT”, yang mewakili sel kanser. Jika tidak dikesan, ia boleh menular dan menjejaskan kesihatan. Walau bagaimanapun, jika dikesan awal walaupun ia hanya sebesar titik, nyawa boleh diselamatkan, dan peluang untuk pulih sepenuhnya meningkat dengan ketara. Kempen HOMESOY 3.0 menampilkan sebuah filem yang menyentuh hati, serta laman mikro yang akan menyampaikan maklumat penting kepada pengguna mengenai inisiatif ini. Melalui laman mikro berkenaan, sesiapa sahaja boleh menyokong kempen ini dengan hanya satu klik. Ini menunjukkan komitmen mereka dalam menggalakkan pengesanan awal dan pencegahan kanser payudara.

Ketika majlis pelancaran di Le Meridien Petaling Jaya, Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran Ace Canning Corporation Sdn Bhd, menekankan komitmen untuk menyokong wanita Malaysia dalam perjuangan melawan kanser payudara. “Di Ace Canning, kami berbangga dapat berdiri bersama para wanita dalam menghadapi perjuangan penting ini. Kanser payudara bukanlah perjuangan individu; ia memberi kesan kepada ahli keluarga dan masyarakat. Melalui kempen ‘STOP THAT DOT' dan inisiatif #ScanNowSpotEarly, kami ingin mengingatkan setiap wanita bahawa mereka tidak berjuang sendirian. Pengesanan awal merupakan senjata penting yang boleh menyelamatkan nyawa dan kami berharap inisiatif ini akan menggalakkan para wanita untuk mengambil langkah proaktif bagi melindungi kesihatan mereka.”

Wan Ping juga menekankan peranan HOMESOY 3.0 yang bukan sekadar susu soya yang berkhasiat, “Semua produk HOMESOY dirumus khas untuk memenuhi selera masyarakat Malaysia sambil berfungsi sebagai teman penting bagi menjaga kesihatan golongan wanita. Di samping itu, melalui kerjasama kami dengan Cancer Research Malaysia (CRMY), kami sedia untuk membetulkan salah faham dan maklumat palsu mengenai soya dan kanser payudara. Dengan memberi maklumat pemakanan yang lebih tepat, kami berharap dapat memperkasakan wanita untuk membuat keputusan yang lebih bijak dalam menyokong pencegahan kanser payudara. Kami bertekad untuk memberikan impak yang bermakna dan positif dalam perjuangan ini!”

Kisah Inspirasi Dari Para ‘Survivor’: Pengajaran Daripada Kehidupan Sebenar

Kempen ini menampilkan sebuah filem yang menyentuh hati, hasil kerjasama rakan agensi HOMESOY, Asterisk Advisory. Filem ‘STOP THAT DOT’ menjadi satu inisiatif yang penuh semangat dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara. Ia menampilkan enam wanita tempatan dari pelbagai latar belakang yang telah berjaya memerangi kanser payudara. Mereka berkongsi perjalanan peribadi mereka dan menekankan kepentingan pengesanan awal yang dapat menyelamatkan nyawa.

Antara wanita-wanita ini ialah Tan Chieu Mei yang menekankan peranan penting saringan awal. Dalam salah satu babak yang menyentuh hati, beliau meraikan hari jadi bersama anak perempuannya, satu peringatan penting kepada semua untuk menghargai setiap detik kehidupan dan jangan berputus asa. "Bagi saya, kemenangan sebenar ialah dapat meraikan hari jadi dan melihat anak saya membesar," kata Chieu Mei. "Kanser payudara memang merupakan satu kejutan bagi saya, tetapi pengesanan awal telah memberi saya peluang untuk melawan. Saringan itu membolehkan saya bertindak dengan pantas, dan untuk itu, saya sangat bersyukur. Saya menggesa setiap wanita untuk mengutamakan kesihatan mereka dan menjalani saringan. Sertailah gerakan ‘STOP THAT DOT'—ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda."

Menurut Wan Ping, “Seperti wanita-wanita ini, kami ingin kongsikan kisah ketabahan mereka dan juga kepercayaan bahawa pengesanan awal melalui mamogram merupakan langkah terbaik. Setiap wanita yang pernah menghadapi kanser adalah seorang wira dengan cara tersendiri. Perjalanan mereka menjadi sumber inspirasi dan membawa harapan kepada semua untuk mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan mereka.”

Peranan Soya Dalam Pemakanan

Melalui kerjasama dengan CRMY, Ace Canning meneruskan komitmennya terhadap pencegahan kanser payudara dengan menyumbangkan RM50,000 kepada CRMY untuk menyokong penyelidikan mereka dalam memerangi kanser payudara. “1 daripada setiap 20 wanita di Malaysia menghadapi risiko kanser payudara. Justeru, meningkatkan kesedaran sambil mempromosikan pencegahan dan pengesanan awal adalah penting,” kata Wan Ping.

Menurut kajian Malaysian Study on Cancer Survival, hanya dua daripada tiga wanita Malaysia yang didiagnosis dengan kanser payudara berjaya mencapai tahap kelangsungan hidup melebihi 5 tahun. Ini jauh lebih rendah berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Korea, dan Singapura.

Walaupun faktor seperti umur, jantina, dan genetik tidak dapat diubah, wanita boleh membuat perubahan gaya hidup yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara seperti melahirkan anak sebelum usia 30, tempoh penyusuan yang lebih lama, mengelak daripada merokok, mengekalkan gaya hidup sihat, dan mengamalkan pemakanan seimbang.

Profesor Dr. Cheong Sok Ching, Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia (CRMY) menjelaskan semasa ceramahnya Bridging the Gaps in Breast Cancer Care, "Terdapat pelbagai kajian yang menilai kesan produk soya atau isoflavon soya terhadap risiko kanser payudara, dan sebahagian daripada kajian ini telah menunjukkan adanya kesan perlindungan.” Soo Sek Yow, Ketua Unit Pemakanan Soya Ace Canning mengulas dengan lebih lanjut, “Soya mengandungi isoflavon iaitu sejenis fitoestrogen yang terkandung dalam tumbuhan. Isoflavon bersaing dengan estrogen semula jadi, dan ini berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara. Kami berhasrat untuk menyokong penyelidikan bagi membuktikan hubungan antara pengambilan soya dan pengurangan risiko kanser payudara.”

Ketika bercakap mengenai Soya Nutrition and Breast Cancer: What the Evidence Shows, Soo berkongsi maklumat berasaskan bukti untuk menangani salah faham mengenai soya dan kanser payudara. “Kajian terkini, terutamanya dalam kalangan populasi Asia, telah menunjukkan adanya hubungan antara pengambilan soya yang tinggi dan risiko kanser payudara yang lebih rendah. Walaupun kita masih memerlukan kajian lanjut untuk memahami mekanismenya secara menyeluruh, penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan soya dalam diet yang sihat mungkin menawar manfaat dalam mengurangkan risiko kanser payudara,” jelas Soo.

“Di samping itu, kita perlu menentukan tempoh masa yang sesuai dalam kehidupan seorang wanita untuk mengambil soya dan menetapkan jumlah yang disyorkan untuk mencapai kesan perlindungan yang diingini. Di sinilah tugasan penting yang dijalankan oleh Cancer Research Malaysia,” tambah Prof. Cheong.

Soo turut menekankan, “Pentingnya, lebih tinggi protein soya, lebih banyak isoflavon soya yang terkandung di dalamnya. Susu Soya HOMESOY 3.0 dirumuskan dengan protein soya yang lebih tinggi dan diperkaya dengan serat diet, kalsium, dan vitamin A dan D, sambil menawarkan susu soya yang enak tanpa gula tambahan.”

Saringan Dan Pengesanan Awal: Kerjasama dan Usaha Mempromosikan Kesedaran

Walaupun kehadiran titik kecil ini mungkin tidak disedari, ia tidak akan terlepas apabila anda kesannya dari awal melalui ujian mamogram. Untuk memaksimumkan jangkauan dan impak kempen ini, HOMESOY telah bekerjasama dengan lebih daripada 20 hospital swasta untuk menawarkan pek percuma susu Soya HOMESOY 3.0 bagi setiap pendaftaran saringan payudara sepanjang tempoh kempen ini.

Bermula 7 Oktober sehingga akhir bulan, HOMESOY 3.0 akan merancakkan kempen ‘STOP THAT DOT’ dengan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi, runcit dan bukan runcit. Bersama dengan HOMESOY, mereka dapat menekankan kepentingan langkah penjagaan yang lebih proaktif dan mengajak lebih ramai ahli masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Sertai Sekarang!

HOMESOY 3.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai pergerakan ‘STOP THAT DOT’. Sama ada dengan menggalakkan orang tersayang untuk menjalani saringan, berkongsi mesej dengan komuniti, atau memberikan sokongan melalui saluran dalam talian, setiap tindakan adalah penting dalam perjuangan melawan kanser payudara. "Pengesanan awal bukan sahaja penting, ia dapat menyelamatkan nyawa. Seperti yang ditunjukkan oleh kajian, pengambilan susu soya dalam diet anda mungkin dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara," kata Soo.

"Di HOMESOY, kami memberikan komitmen untuk memperkasakan golongan wanita agar mengambil keputusan yang bijak dan proaktif dalam mengawal kesihatan mereka demi masa depan yang lebih sihat. Kami berharap semua anggota masyarakat akan menyertai pergerakan ini, dan kongsikan mesejnya untuk menggalakkan pengesanan yang lebih awal”, tambah Wan Ping.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen "STOP THAT DOT" dari HOMESOY, sila layari http://www.stopthatdot.homesoy.my. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HOMESOY, HOMESOY 3.0 dan Ace Canning Corporation, sila layari http://www.homesoy.my.

*********************************************

Mengenai Ace Canning Corporation Sdn Bhd

Sebagai pengeluar minuman terkemuka di Malaysia dan ahli Kumpulan Syarikat Lam Soon, Ace Canning menitikberatkan kecemerlangan. Sejak tahun 1972, mereka membawa inovasi untuk menghasilkan minuman berkualiti tinggi bagi keperluan pelbagai pengguna. Minuman Soya dan Asia yang menjadi produk terlaris mereka bukan sahaja mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan badan, ia juga memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Melalui rangkaian pengedaran globalnya, Ace Canning berusaha untuk menyokong rangkaian makanan dan minuman di dalam dan luar negara.

Mengenai HOMESOY

HOMESOY, jenama susu soya terkenal di bawah naungan Ace Canning Corporation Sdn Bhd, berdedikasi untuk mempromosikan kesihatan badan melalui minuman berasaskan soya yang berkhasiat. Nama "HOMESOY" melambangkan kesejahteraan dan kekeluargaan, manakala ikon 'soya dalam mangkuk' mewakili elemen semula jadi dan resipi tradisional yang enak. Terkenal untuk kualiti dan rasanya, HOMESOY bertujuan untuk mendidik pengguna tentang manfaat soya serta menyokong inisiatif kesedaran kesihatan bagi kesejahteraan setiap individu. HOMESOY 3.0, susu soya tanpa gula tambahan, merupakan sumber protein dan kalsium yang baik serta mengandungi Vitamin A, D dan serat makanan yang penting, menjadikannya susu soya yang lebih kaya dan lebih lazat.

Gempak Superstar Of The Week pada minggu ketiga ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ milik kumpulan Putehh apabila berjaya mencuit hati barisan juri dan mendapat ketiga-tiga bintang daripada mereka. Minggu ini turut menyaksikan kumpulan Kilo yang dianggotai oleh Harris Anuar, Tajuddin Bakar dan Tapai, serta Gahai yang dianggotai oleh Isyariana, Fuad dan Usop tersingkir selepas tiga minggu berturut-turut di kedudukan terendah. 

Dengan berlokasikan ‘Kampung’ beserta genre lagu ‘Rock’, kumpulan Zuara berjaya mendapat kesemua 3 bintang daripada barisan juri buat pertama kali. 










Senarai Markah Penuh Minggu 3 ‘Muzikal Lawak Superstar 4’

Putehh – 62.79%

Gebu – 58.72%

Padie – 58.56%

Bravo – 58.04%

Sarkas – 56.50%

Deroyan – 53.46%

Zuara – 52.69%

Soda – 50.21%

Gahai – 45.98%

Kilo – 40.38%

Saksikan episod baharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107), On Demand, Astro GO dan sooka.

Astro Naik Taraf Barisan Saluran Sukan

Tuesday, 8 October 2024

Selaku “Home of Sports”, Astro hari ini telah mengumumkan bahawa saluran sukan Astro akan mengadakan naik taraf dengan memperbaharui nama dan juga nombor saluran, memberikan fokus lebih spesifik kepada sukan tertentu bermula pada 17 Oktober 2024. Naik taraf ini menawarkan pengalaman tontonan lebih baik dengan memudahkan penonton untuk mengenali sukan untuk setiap saluran tersebut. Ia juga akan menambah baik pengalaman tontonan, membawakan kandungan sukan yang menarik sekaligus menjadikan Astro sebagai destinasi penggemar buat sukan.

Dengan naik taraf ini, pengalaman menonton kandungan sukan menjadi lebih mudah. Perubahan ini bagi memastikan saluran kami menyediakan saluran sukan spesifik, menjadikan ia satu pengalaman tontonan terbaik untuk setiap kandungan sukan kegemaran mereka. Sebagai contoh:

• Astro SuperSport 1 & 2 akan di naik taraf kepada Astro Premier League 1 & 2 (CH811 & CH 812), menawakan kesemua siaran perlawanan secara langsung dan juga ulangan Liga Perdana Inggeris.

• Astro SuperSport 4 akan di naik taraf kepada Astro Football (CH814) menawarkan siaran perlawanan liga bolasepak seperti Conmebol WC dan juga kelayakan AFC.

Pelanggan juga boleh mendapatkan butiran naik taraf saluran sukan di sini:

1. Hubungi kami melalui WhatsApp di +603 9543 3838 dengan menaip “HI”

2. Website – https://promotions.astro.com.my/details/SportsChannel2024

Naik taraf saluran sukan tidak akan memberi gangguan kepada pengalaman menonton, dan para pelanggan boleh menikmati setiap program dan juga program rakaman seperti biasa. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai nombor saluran, sila layari https://promotions.astro.com.my/details/SportsChannel2024

Movie Review | 18×2 Beyond Youthful Days (2024)

Monday, 7 October 2024


Director: Michihito Fujii
Writers: Michihito Fujii, Hirokawa Hayashida
Cast: Greg Hsu, Kaya Kiyohara
Production Companies: Jump! Boys, Babel Label
Distributors: Happinet Phantom Studios (Japan), Activator Co. (Taiwan), Netflix
Genre: Romantic / Drama
Running Time: 124 minutes
Release Dates: 14 February 2024 (Ambassador Theatres Taipei), 14 March 2024 (Taiwan), 3 May 2024 (Japan), GSC Cinemas (Malaysia), Netflix
Trailer:


Diadaptasikan dari kisah benar yang diceritakan di travelogue berjudul Wandering Journey on Slow Train in Japan (2014), Jimmy Lai (Greg Hsu), seorang game developer ambil keputusan untuk pergi ke Jepun setelah syarikat miliknya dijual akibat mengalami masalah kewangan. 

Sejak menceburkan diri dalam keusahawanan dan game developer, dia belum pernah lagi ke mana-mana. Hidupnya cuma dihabiskan dengan permainan video dan syarikatnya. Ketika mengemas barang di rumah keluarga, Jimmy terjumpa poskad yang dikirim oleh Ami (Kaya Kiyohara).


Berpatah balik ke 18 tahun sebelumnya, pada zaman remajanya di mana dia baru saja selesai sekolah menengah dan menunggu keputusan permohonan ke universiti. Jimmy bekerja separuh masa di sebuah pusat karaoke. Di sana Jimmy bertemu Ami, seorang gadis muda yang mengembara ke Tainan seorang diri. 

Nasibnya malang akibat disamun ketika makan angin di sana lalu meminta ihsan untuk bekerja di pusat karaoke tersebut sehingga dia punya cukup wang untuk travel ke destinasi seterusnya. Jimmy mula tertarik dengan Ami dan mereka sentiasa meluangkan masa berbanding pekerja lain. Tak ada masalah untuk Jimmy berbahasa Jepun gara-gara koleksi manga anime miliknya. 


Semasa makan malam sebagai tanda mengalukan kedatangan Ami, dia bercerita tentang pengembaraannya dan tunjuk semua lukisan yang diinspirasikan dari tempat-tempat tersebut. Terpesona dengan bakat Ami, Liu (Joseph Chang) minta Ami lukis mural di bangunan utama pusat karaoke tersebut sebelum berangkat dari Tainan. 

Naskhah 18×2 Beyond Youthful Days dari awal lagi dah boleh agak ke mana menghilangnya Ami sejak dia tinggalkan Tainan dan lost contact dengan Jimmy. Ditambah dengan pace filem yang perlahan menguatkan lagi atmosfera dan perasaan yang menyelubungi Jimmy setelah kehilangan syarikat yang dibina bersama Aaron. 


Kekuatan naskhah romantik drama arahan Michihito Fujii terletak pada keindahan sinematografi melalui lensa Keisuke Imamura yang standing dengan travelogue Jimmy Lai yang sebenar. Seronok tengok perjalanan Jimmy Lai di Jepun sebab ada tempat ikonik seperti Kamakura High School, latar tempat utama dalam manga Slam Dunk. 

Cantik sangat tempat bersalji masa Jimmy jumpa Koji (Shunsuke Michieda) dalam keretapi. I tak pernah tengok filem Love Letter jadi tak tahu apa makna tempat tu untuk penonton filem tersebut tapi yang pastinya tempat tu memukau. 


‘The people we meet on our travels leave something in our hearts. I wonder if I was able to leave anything on Ami’s?’ – Jimmy Lai

Bila tengok travelogue Jimmy Lai ni teringat gambar-gambar aesthetic koleksi Asahi TREASURE sebab dia orang Jepun dan suka pada aesthetic yang sama. Masa Jimmy pergi ke bandar Nagaoka, Jepun tu rasa cuci mata sekali sebab susunan bangunan, signage pun terletak kemas dan cantik. 


Lakonan Greg Hsu dalam filem ni pun biasa je sebab tak banyak yang diperlukan untuk menghidupkan cerita. Sama juga dengan Kaya Kiyohara yang sentiasa bersyukur bila berjumpa dengan Jimmy yang baik dan sentiasa jaga dia di Tainan. Kedua-dua pelakon secocok bersama untuk naskhah yang mementingkan visual pada seninya. 

Filem 18×2 Beyond Youthful Days bukan taste I kalau diikutkan dan mungkin tak akan tengok lagi tapi naskhah ni merupakan medium untuk bercerita tentang kekuatan dan semangat individu untuk mulakan kehidupan baru. Akan ada satu tahap kita cuba mencari diri kita pada titik yang pernah ditinggalkan dulu. Bila dapat closure, baru boleh move on ke titik yang lebih baru dan lebih besar. Sama macam Jimmy yang tutup lembaran dia dan Ami untuk kehidupan baru dengan syarikat baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

Movie Review | Chandu Champion (2024)

Sunday, 6 October 2024


Director: Kabir Khan
Writers: Kabir Khan, Sumit Arora, Sudipto Sarkar
Cast: Kartik Aaryan, Vijay Raaz, Bhuvan Arora
Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Kabir Khan Films
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Video
Genre: Biopic, Sports, Action
Running Time: 142 minutes
Release Date: 14 June 2024 (India), 09 August 2024 (Amazon Prime Video)
Trailer:


Murlikant (Ayan Khan Sroha) membesar di sebuah kampung kecil bernama Peth Islampur di Maharashtra, India. Di usia yang muda, Murlikant tanam impian untuk menjadi atlet gusti dan menang pingat emas di Olimpik untuk India dan pulang sebagai hero. Bagi masyarakat India, menang pingat emas bukan saja disanjung tinggi malah kampung juga akan mendapat manfaat seperti keperluan asas – air dan elektrik. 

Malangnya impian Murlikant tak disokong oleh ayahnya sebaliknya dipaksa belajar seperti abangnya. Secara curi-curi, Murlikant berlatih dengan Ganpat, jurulatih gusti di kampungnya sehingga lah dia besar. Namun kerana saiz badannya yang kecil dan kurus, semua orang memandang rendah terhadap semangat dan kebolehan Murlikant. 


Murlikant (Kartik Aaryan) lari dari kampung dan berjumpa dengan sekumpulan lelaki muda di dalam keretapi menuju ke kem askar. Murlikant ikut nasihat Karnail Singh (Bhuvan Arora) untuk sertai tentera kerana ramai atlet terkenal negara juga menggunakan jalan yang sama. Di sana dia berjumpa dengan jurulatih Tiger Ali (Vijay Raaz) kemudiannya berjaya ke International Services Sports Meet 1964 di Tokyo. 

Selepas kegagalan filem biopic 83 (2023), Kabir Khan tak putus asa dan kembali dengan naskhah biopic Chandu Champion yang mengisahkan perjalanan hidup mengagumkan sebagai atlet negara. Sama macam filem 83, I tengok sebab Kabir Khan tapi kali ni extra sikit lah sebab pelakon utama adalah Kartik Aaryan, my favorite actor. 


Sejak pengumuman pembikinan Chandu Champion pada Julai 2022 lagi dah masukkan filem biopic ni dalam list. Beberapa gambar dikongsi oleh Kartik dan produser untuk tunjuk body transformation Kartik untuk watak Murlikant. Kalau ada yang tak tahu, Chandu bukan nama watak utama tapi adalah gelaran yang digunakan oleh orang kampung – Chandu (Loser). 

Filem Chandu Champion adalah filem kedua Kartik Aaryan bersama produser Sajid Nadiadwala selepas filem romantik Satyaprem Ki Katha (2023) dan projek pertama antara Kartik dan Kabir Khan. Sama macam Ranveer Singh yang transform sepenuhnya sebagai Kapil Dev, Kartik juga mendapat sentuhan yang sama untuk watak Murli dalam masa 14 bulan.


 Apa yang ditontonkan dalam trailer, macam tu lah juga yang berlaku dalam filem dan Kabir Khan juga tak sorok fakta Murlikant Petkar menang pingat emas di Olimpik. Instead of berdebar untuk tahu keputusan, pengarah guna formula bercerita tentang wira negara yang bersemangat waja dan ingin mencapai satu impian besar sejak kecil. 

Bila tengok filem Chandu Champion macam tak percaya Tuhan boleh wujudkan manusia yang kental semangat harungi semua ujian dalam hidup. Kalau Chandu Champion tak letak genre biopic, mungkin rasa semua benda yang berlaku tu rekaan semata. Lakonan Kartik Aaryan menghidupkan lagi watak Murlikant Petkar dengan cemerlang sepanjang 142 minit. 


Sepatutnya filem Chandu Champion dibikin pada tahun 2016 selepas Sushant Singh Rajput sign kontrak dan berjumpa Murlikant Petkar sebenar untuk prep role tapi pembikinan ditangguhkan akibat insiden tragis. Kabir teruskan juga pembikinan filem dengan Kartik Aaryan dan berjaya buktikan pada semua orang yang Kartik mampu carry watak berat untuk genre biopic dan menang anugerah Best Actor di beberapa award events tahun ni.

Lakonan pelakon sampingan seperti jurulatih Tiger Ali dan Karnail menguatkan lagi watak Murlikant. Kehadiran Topaz (Rajpal Yadav) masukkan elemen komedi sementara filem kupas tentang fasa kejatuhan Murlikant. Bhagyashri Borse mnecuri tumpuan juga sebagai penyeri dalam dunia sukan lelaki apabila dia muncul sekejap sebagai jurnalis sukan yang menyuntik semangat Murli. I wish to see her more in other films. Bhagyashri ada screen presence yang kuat di sebalik wajah cantik dan bakat lakonan yang bagus. 


Setiap babak disusun dengan baik supaya penceritaan semakin kuat dan menarik hingga ke penghujung. Kalau dalam filem 83, I geram ada banyak sub-plot tak membantu kali ni dalam Chandu Champion, Kabir Khan berjaya jumpa formula untuk pastikan momentum penceritaan berjalan dengan cantik didukung oleh dialog yang bagus. 

Keindahan sinematografi dari Sudeep Chatterjee yang terkenal dengan filem Dhoom 3 (2013), Bajirao Mastani (2015), Brahmastra: Part One – Shiva (2022) menguatkan lagi screenplay Chandu Champion yang berlatarkan dari kampung kecil sehingga lah ke skala besar, stadium Olimpik. Bukan saja beberapa babak terlihat indah malah mempunyai emosinya tersendiri seperti babak Murli di medan perang, dalam ring stage, babak Murli tengok matahari dari tingkap kapal terbang ataupun ketika nampak bendera India berkibar setelah sedar dari koma. 




Album musik Chandu Champion digubah sepenuhnya oleh Pritam bersama lirik yang dikarang oleh Amitabh Bhattacharya dengan menghadirkan lagu patriotism yang bagus seperti Sarphira dan Tu Hai Champion. Tepat lah pilihan Kabir untuk letak lagu Sarphira dekat second half sebab lagu tu betul-betul suntik semangat Murli dan penonton juga untuk terus sokong dia di Olimpik. 



Walaupun dah tahu perjalanan Murli, tetap juga menangis bila tengok klimaks sebab perasaan dan emosi tu kita dah carry dari saat dia dibuang oleh keluarga. Dia tak lah dibuang tapi abang dia larang Murli untuk balik ke rumah sebab terpaksa jaga sedangkan keluarga tak cukup masa dan tenaga. Ada betulnya cakap abang dia tapi hati mana lah tak sedih kan? 

Pendek kata, filem Chandu Champion memang layak dimasukkan dalam senarai Best Film di National Award memandangkan filem Kabir Khan dan Kartik Aaryan ni gagal terpilih untuk dihantar ke Oscar. Kecewa tapi bak kata Kabir Khan, ada rezeki dekat tempat lain. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Ulajh (2024)

Saturday, 5 October 2024


Director: Sudhanshu Saria
Writers:  Parveez Shaikh, Sudhanshu Saria, Atika Chohan
Cast: Janhvi Kapoor, Roshan Mathew, Gulshan Devaiah, Adil Hussain
Production Company: Junglee Pictures
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Thriller / Action
Running Time: 134 minutes
Release Date: 02 August 2024
Trailer:


Suhana Bhatia (Janhvi Kapoor) bekerja sebagai pegawai Indian Foreign Services (IFS) di Kerajaan India. Kerana kebolehan dan kemahiraanya, dia dinaikkan pangkat di usia yang muda lantas dihantar ke Kedutaan India di London. Ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut terutamanya rakan sekerja di London kerana Suhana merupakan anak pegawai Kerajaan jadi kenaikan pangkat tersebut adalah kerana nepotism. 

Disebabkan ramai yang merasakan Jacob Tamang (Meiyang Chang) lebih layak untuk jawatan tersebut, Suhana terasa sunyi dan asing di tempat kerja baru walaupun kebanyakan rakan sekerjanya datang dari negara yang sama. 


Suhana mula berkenalan dengan Nakul Sharma (Gulshan Devaiah) yang bekerja sebagai chef di London. Tak ambil masa yang lama untuk mereka rapat dan jatuh cinta sehingga lah Nakul dedahkan identitinya yang sebenar dan mengugut Suhana dengan video intim mereka berdua. Permintaan Nakul mudah, Suhana cuma perlu berikan butiran tentang kerjasama sulit Kerajaan India. 

Suhana cuma ada masa selama 72 jam untuk buat keputusan sama ada untuk biarkan maruah dia tercalar ataupun menjadi pengkhianat negara dengan jual maklumat sulit kepada negara Pakistan. Tertekan dengan situasi tersebut, Suhana cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya seorang diri namun perkara tersebut cuma menyulitkan keadaan hingga dia ambil keputusan untuk bunuh diri. 


Naskhah yang bertemakan ejen perisik antara negara India dan Pakistan merupakan arahan ketiga Sudhanshu Saria dan Ulajh adalah naskhah pertama dengan genre thriller aksi. Experimenting? Yes. Is it good? No. 

Filem Ulajh tak menggunakan jalan cerita yang baru pun untuk tema ejen perisik tapi watak utama ada kelemahan dalam dunia yang tegang bila protagonis adalah pegawai Kerajaan yang tak pernah dilatih untuk bertempur dengan pihak musuh walaupun pegang dokumen sulit negara. Tengok watak pegawai IFS ni lebih kurang sama dengan watak Lee Min-jun dan Oh Jae-seok dalam filem Ransomed (2023) sebab dihantar ke tempat berisiko tanpa latihan fizikal. Bezanya naskhah Ransomed seronok untuk ditonton kerana aspek teknikal yang bagus. 


Filem Ulajh yang diterbitkan oleh Junglee Pictures gagal menguatkan babak drama dan ketegangan yang dialami oleh Suhana Bhatia. Perkenalan Suhana dengan Nakul terlalu mendadak dan cuma diceritakan dalam lagu Shaukan. Tapi disebabkan chemistry Gulshan dengan Janhvi bagus sangat, I boleh faham kenapa Suhana tak mampu nak berfikir dengan waras. Dialog dalam kebanyakan babak juga tak memberikan impak sedangkan filem Ulajh ada beberapa momen patriotik. Kebanyakan dialog cuma perbualan biasa tanpa sebarang depth. 



Kalau ikutkan filem Ulajh ni ada mesej yang kuat tentang bagaimana musuh dalam selimut beri kesan mendalam kepada hubungan diplomatic negara tapi penceritaan pada second half mula longgar. Encounter antara Suhana dengan Nakul di saat akhir pun terasa filmy sangat. Dekat hujung filem Suhana dapat tawaran untuk bekerja dengan organisasi rahsia tapi jadi pertanyaan besar macam mana organisasi tu buat keputusan. Ada part yang pengarah sengaja lemahkan watak tertentu untuk bagi laluan kepada Suhana untuk menyerlah. 


Filem Ulajh ada element of surprise tapi jalan cerita dia predictable jadi dari awal lagi boleh dihidu dah. Masa Nakul approach Suhana pun kita dah boleh agak dia adalah watak antagonis. Boleh kata semua langkah Suhana dah boleh dibaca. Lakonan Janhvi okay je dalam filem ni tapi sebab watak dia lemah maka dia pun terlihat dangkal. 

Tak sure lah penulis buat homework sebelum menulis ataupun Janhvi ada prep role sebelum shooting sebab gaya dia tak sesuai sebagai pegawai Kerajaan. Kemain melentik bila berjalan dekat pejabat padahal semua orang sibuk dengan event besar untuk bulan tu. 


1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5/10