Drama Review | Under the Skin (2022)

Tuesday, 17 September 2024


Director: Xing Jian Jun
Writers: Wu Yao, Zhang Min, Jia Dong Yan
Cast: Tan Jian Ci, Jin Shi Jia, Baby Zhang, Zhu Jia Qi, Lu Yan Qi, Qin Hai Lu
Production Companies: Linmon Pictures
Distributor: iQiyi, Tencent Video
Genre: Crime / Thriller / Mystery
Running Episodes: 20 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 06 March 2022 – 16 March 2022
Trailer :


Pelukis muda bernama Shen Yi (Tan Jian Ci) menerima tawaran kerja sebagai sketch artist di Balai Polis Haicheng dan perlu bekerjasama dengan Inspektor Du Cheng (Jin Shi Jia). Di awal perkenalan mereka, ada saja tingkah laku Shen Yi yang nampak tak kena di mata Du Cheng kerana mereka mempunyai sejarah lama. 

5 tahun lepas ketika Detektif Lei Yi Fei menjadi undercover untuk operasi menangkap organisasi jenayah, tanpa sengaja Shen Yi telah mendedahkan identiti detektif tersebut melalui lukisannya. Shen Yi mempunyai kebolehan melukis rupa paras individu dengan hanya melihat beberapa titik penting pada wajah. Kerana kebolehan Shen Yi, Detektif Lei Yi Fei dibunuh oleh organisasi tersebut.


Inspektor Du Cheng syak Shen Yi juga terlibat dengan organisasi haram tersebut tapi tak ada bukti menunjukkan Shen Yi terlibat. Sebaik saja identiti Detektif Lei Yi Fei terdedah, Shen Yi juga diserang oleh organisasi tersebut lalu hilang ingatan akibat trauma. Dihurung rasa bersalah, Shen Yi cuba menebus dengan berbakti kepada masyarakat menerusi kebolehannya dalam seni lukisan juga serba sedikit membantu menyiasat kes pembunuhan detektif tersebut.

Naskhah Under The Skin menggunakan profesion sketch artist yang sentiasa menjadi watak extra dalam mana-mana naskhah bertemakan badan beruniform polis. Pertama kali tengok naskhah yang serlahkan kebolehan dan keupayaan pelukis membantu jabatan jenayah memberkas saspek berdasarkan ilmu seni yang dipelajari. Amazed bila tengok Shen Yi boleh lukis wajah saspek dari probability physical traits waris saspek macam dalam Episod 10. 


‘There’s a great difference between a sketch and real face. Just like the difference between a real coin and a coin in the water. Before the coin is taken out from water, what we see is just a mirage. We need time to get to the truth.’ – Shen Yi

Selain belajar ketika watak Shen Yi melakar wajah semasa bertugas sebagai polis, ada banyak juga ilmu kesenian yang dipaparkan dalam sesi kuliah Shen Yi sebagai tenaga pengajar di universiti. 


‘In the West many male artist would often paint the servant as a bystander because their main focus was on the beautiful Judith. But Artemisia Gentileschi was different. In her painting, the two women are allied, resisting the same evil force. In her eyes, women understand women. Women can protect women.’ – Shen Yi

Banyak juga fakta-fakta tentang forensik dimasukkan dari Inspektor Du Cheng dan beberapa watak lain supaya naskhah Under The Skin terlihat menarik dan informatif bila berlatarkan dunia polis jenayah. Tak banyak sangat babak aksi dalam drama terbitan Linmon Pictures sebab fokus pada Shen Yi yang banyak approach kes jenayah dengan cara yang lebih tenang dan memujuk. 


Dari cara Shen Yi dan Inspektor Du Cheng dah boleh nampak yang kedua-dua watak utama berbeza personaliti dan karakter tapi boleh bekerja bersama lepas selesaikan salah faham. Penulis tak biarkan kita pilih side dari awal sebab ada beberapa babak yang berteka-teki di antara dua watak tersebut. In fact, sampai ke hujung drama pun pilihan yang dibuat tu boleh berubah-ubah sebab kita masih dalam sesi mengenal watak-watak utama. Rasanya akan ada sekuel sebab ada beberapa rahsia dan persoalan yang masih belum terbongkar. 

Kekuatan drama Under The Skin bukan saja pada jalan cerita yang padu, mampan dan kreatif melalui kes-kes jenayah yang dimasukkan malah dinamik antara Tan Jian Ci dan Jin Shi Jia mengukuhkan alur cerita. Dari perbezaan mereka berdua, banyak benda yang berubah dalam hidup masing-masing. Penulis masukkan banyak momen supaya dua watak boleh serasi bekerja bersama secara natural sepanjang 20 episod tersebut. 


Memandangkan naskhah Under The Skin berkisar tentang dunia seni kreatif, sinematografi digarap dengan cemerlang lantas menghasilkan visual yang memukau sekaligus menghasilkan screenplay yang meninggalkan impak. 

Tak pasti lah Tan Jian Ci pandai melukis atau pun masuk bengkel untuk prep watak Shen Yi tapi gaya badan dia, lenggok tangan dan renungan mata dia menghidupkan lagi aura dan watak pelukis. Banyak juga method seni yang dimasukkan supaya kita tak bosan belajar. 


Penggunaan cahaya dan camera angle yang bersilih ganti antara close ups dan panorama juga memberikan impak pada beberapa babak. Yang pastinya, lagu tema naskhah Under the Skin dinyanyikan sendiri oleh Tan Jian Ci. Dah la kacak, pandai berlakon, pandai menyanyi pulak tu. Cumanya lagu tema dia ada vibe seram sebab nak match dengan montaj. 

Walaupun banyak positive side, tetap ada kekurangan lah bila misteri yang penulis masukkan di hujung drama tu mudah dijangka. Suntingan untuk beberapa babak pun mengganggu perkembangan watak dan cerita. Ada juga beberapa babak yang predictable tapi okay lah sebab both main leads served their best. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Movie Review | Menjelang Ajal (2024)


Pengarah: Hadrah Daeng Ratu
Penulis Skrip: Deni Saputra
Pelakon: Shareefa Daanish, Daffa Wardhana, Caitlin Halderman, Shakeel Fauzi Aisy, Michael Olindo, Ruth Marini
Syarikat Produksi: Rapi Films, Sky Media, Legacy Pictures, Rhaya Flicks
Pengedar: Cinema 21 (Indonesia), GSC Movies (Malaysia), Netflix
Genre: Seram 
Durasi Tayangan: 96 minit
Tarikh Tayangan: 30 April 2024 (Indonesia), 16 Mei 2024 (Malaysia)
Trailer:


Kisah bermula dengan babak wanita bernama Sekar (Shareefa Daanish) membuat ritual membaca mantera yang diajar oleh Mak Ambar (Dewi Pakis). Dalam babak tersebut Mak Ambar berpesan tiada sesiapa yang boleh membuang jin yang didampingi melainkan Mak Ambar atau individu yang lebih tinggi ilmunya. 

Berpuluh tahun kedepannya, Sekar mengalami masalah hidup apabila restoran yang dimilikinya sering dihindar oleh orang sekeliling. Pembantunya, Rodiah (Ruth Marini) juga pelik kenapa tidak ramai yang datang sedangkan banyak resipi baru telah dicuba. Rodiah juga berusaha untuk memujuk kenalannya untuk singgah membeli makanan di situ. 

Anehnya, makanan yang baru saja dimasak menjadi busuk dan basi. Dari luar, restoran Sekar terlihat buruk dan berbau busuk malah mempunyai longgokan sampah dan tikus. Sekar mengajak Rodiah pergi berjumpa dengan Mak Ambar tapi dukun tersebut telah meninggal dunia. 

Di rumah pula, anak bongsunya, Dodi (Shakeel Fauzi) sering diganggu oleh makhluk berwajah hodoh dan besar. Hanya Dodi yang sering diganggu oleh makluk tersebut sementara Ratna (Caitlin Halderman) tidak pernah mengalami kejadian ngeri lantas dia sering mengendahkan aduan Dodi. Anak sulung Sekar bernama Dani (Daffa Wardhana) pula telah dihalau keluar kerana sering melepak dan menghabiskan masa dengan geng motor. 

Selepas melawat Mak Ambar, Sekar mula diganggu oleh jin yang didampinginya sehingga dia dirasuk. Badannya mula melecur seperti Mak Ambar dan mengadu panas tak kira siang atau malam. Ratna dan Dodi meminta bantuan Dani dan Rodiah namun jin yang selama ini membantu Sekar mula menuntut nyawa. 

Filem Menjelang Ajal arahan Hadrah Daeng Ratu diterbitkan oleh Rapi Films yang popular dengan Pengabdi Setan (2017), Pengabdi Setan 2 (2022) dan drama Teluh Darah (2023). Tak hairan lah bila naskhah seram ni ada banyak jumpscares dan babak yang mengerikan. Dalam filem Menjelang Ajal juga pengarah masukkan tribute filem Pengabdi Setan (2017) bila watak Dodi menonton sendirian sebelum Sekar pulang ke rumah. 

Casting director buat pilihan yang tepat dengan memilih Shareefa Daanish sebagai pelakon utama kerana mempunyai senyuman menyeringai yang menyeramkan, cukup untuk bulu roma berdiri tegak. Dia pandai guna tona suara antara watak Sekar yang sayangkan anak-anak dengan watak Sekar yang dirasuk. 

Dekat awal filem tu rasa nak marah sebab pilih jalan yang salah tapi bila dengar kisah dia, kita jadi kasihan sangat sebab perempuan zaman dulu tak sama dengan nasib perempuan zaman sekarang yang terdidik dan ada banyak pilihan hidup. Watak Sekar ni lebih kurang sama dengan watak Kamariah dalam drama Nafsu (2024). 

Lakonan Shakeel Fauzi Aisy mencuri tumpuan walaupun masih muda di antara barisan pelakon utama. Tak ada langsung rasa kekok depan kamera dan betul-betul menghidupkan watak Dodi yang hidup dalam ketakutan akibat jin milik ibunya sentiasa mengganggu. Dah la comel sampai rasa kesian sangat bila jin tu asyik target dia padahal Ratna duduk dalam rumah yang sama, bilik yang sama dengan Dodi. 

Screentime Caitlin tak banyak sangat dalam filem Menjelang Ajal dan kebanyakannya berkongsi dengan watak-watak lain seperti kekasihnya, Bram (Michael Olindo), Dodi atau abangnya, Dani. Nasib baik lah penulis cipta watak Ratna sebagai watak yang kuat walaupun pada awalnya dia macam tak endahkan sangat nasihat Sekar. 

Masa tengok first half Menjelang Ajal tertanya-tanya juga siapa yang berlakon watak Bram sebab muka dia familiar. Bila buat review baru perasan dia pernah berlakon dalam filem Catatan Si Boy (2023) tapi screentime tak banyak sebab jadi pelakon sampingan. Dalam filem ni, Michael dapat screentime lebih sikit lah walaupun dialog tak banyak mana. Chemistry dia dengan Caitlin yang kukuhkan babak romantik dan screenplay mereka berdua. Malangnya, watak dia tak membantu banyak untuk keluarga Sekar di second half. 

Sinematografi filem Menjelang Ajal oleh Muhammad Firdaus I. C. S mengukuhkan screenplay genre seram dengan beberapa close up pada babak jumpscares. Filem ni pun tak lah terlampau kelam sebab rasa seram tu datang dari fizikal dan rupa paras jin yang didamping. Seronok lah tengok filem yang tak perlu sepetkan mata sebab nak fokus apa benda yang pengarah tayang. 

Minus point filem Menjelang Ajal bila penulis tak kasi can pada watak lain untuk lemahkan kuasa jin sampai lah tiga beradik ni berjumpa dengan Kiai. Tak logik lah bila watak Ustaz boleh kalah tapi bila Dodi menjerit panggil Sekar, jin tu boleh teragak-agak untuk serang. I faham ada kuasa ibu dan anak tapi dekat situ macam merepek sikit sebab babak dekat hutan dan rumah Kiai tu a bit draggy. 

Watak Dani sepatutnya boleh jadi lebih kuat sebab kita dah nampak kenapa Sekar mudah sangat panas hati dengan anak sulung dia tapi penulis nak juga jin tu berjumpa dengan Kiai. Mungkin watak Dani akan dikuatkan pada sekuel nanti. 

Jalan cerita dia predictable tapi lakonan barisan pelakon, suasana latar tempat dan babak-babak seram antara kekuatan filem Menjelang Ajal. Kalau belum tengok boleh layan dekat Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

Melabuhkan tirainya semalam, program ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ menobatkan peserta Farhan Mustapha sebagai juaranya. Mengungguli kedua-dua pusingan yang diberikan, Farhan mendapat markah keseluruhan sebanyak 70.13% di pusingan pertama dan 70.57% di pusingan kedua. 

Kerusi ‘The Grand Six’ yang bakal dibawa bertanding ke peringkat antarabangsa termasuk Jelly Belly (70.00%), Shazreen Shaharum (66.43%), Syaffiq Sahli (65.78%), Ameerais (65.38%) dan Bulan Asyraff (64.79%). Selain itu, peserta Syaffiq Sahli turut mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed, serta Farhan Mustapha mendapat anugerah Gimme The mic Alha Alfa. Saksikan ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘TIKTOK LIVE X ASTRO GIMME THE MIC MALAYSIA’

 • ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang menerokai bakat muzik baharu di Malaysia bermula siaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, di mana mereka perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

• Sherry Alhadad bergandingan bersama pengacara dan pelakon terkenal, Sean Lee sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, pelakon dan komposer terhebat yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic’ akan diadili 70% oleh barisan panel juri profesional dan 30% selebihnya daripada undian para penonton menerusi platform TikTok.

Syaffiq Sahli - Bohemian Rhapsody (Queen)

Epet - Karma (Brotherhood)

Shazreen Shaharum - Cinta Sejati (Bunga Cinta Lestari)

Syamel Amzah - Sambutlah Kasih (Lovehunter)

Raes - Skyfall (Adele)

Junlloyd Egano - Believer (Imagine Dragons)

Ameerais - Roman Picisan (Dewa 19)

Bulan Asyraff - Kesetiaan (Dewa 19)

Farhan Mustapha - Sampai Mati (Hazama)

Jelly Belly - Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir & Jamal Abdillah)

Syaffiq Sahli - Rindu (Agnes Monica)

Farhan Mustapha - Berhenti Berharap (Sheila On 7)

Bulan Asyraff - Tak Mungkin Bersama (Judika)

Shazreen Shaharum - Terus Hidup (Aina Abdul)

Jelly Belly - We Will Rock You (Queen)

Ameerais - Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)

• Juara, iaitu ‘ The Grand Champion’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, sebuah trofi, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel. Manakala tempat kedua sehingga ke enam akan mendapat trofi sumbangan Astro.

• ‘The Grand Six’ akan mara ke pusingan antarabangsa, bertanding dengan pemenang-pemenang daripada negara lain.

• Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.

• ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh Telco Rasmi, CelcomDigi dan Alha Alfa Cosmetics.

Tebus Set Hi-Tea di Glenmarie Hotel & Golf Resort

Friday, 13 September 2024

Masa raya haritu ada dapat surat dari pihak Glenmarie Hotel & Golf Resort bagitahu boleh claim set hi-tea atas insiden yang berlaku masa majlis berbuka. Nak tebus dia kena buat tempahan 3 hari sebelum. I plan nak celebrate birthday Fariha masa ni sebab nak buat simple simple jahhhh. I nak celebrate 5 tahun kerja dekat firm jugak sebab tu hujung waktu baru buat tempahan sebab dua-dua life events ni jatuh pada bulan Julai walaupun surat sampai bulan 4 lepas. I peram entry pula sampai bulan 9. Nais.



Memandangkan I dah pernah datang ke Glenmarie Hotel & Golf Resort sebelum ni maka tak ada masalah lah nak mencari lobi dan kaunter receptionist. Walaupun dah buat tempahan, tak menjanjikan smooth flow untuk dapat hi-tea set tu. Tanya receptionist, dia suruh pergi ke dining area. Bila tanya staff dekat bar counter tu, dia suruh duduk je mana-mana. 


Awalnya kitorang pilih seat yang ada sofa tu sebab view dekat situ cantik, boleh tengok orang main golf sambil layan angin petang. Lama juga lah melangut tapi tak ada waiter yang datang. Bila pergi dekat kaunter, I pun clueless nak buat apa sebab datang atas jemputan tapi rasa macam tak ada yang menjemput. 

I order Iced Latte sebab dah haus tekak dengan satu slice Burnt Cheesecake. Bila I tanya payment macam mana, sembang punya sembang baru dia tahu I datang untuk claim hi-tea set. 

Waitress: Akak, kenapa tak cakap datang untuk Hi-tea set? 
Me: Eh ada bagitahu tadi tapi you guys suruh duduk dulu. 
Waitress: Meja you dekat sini. Bukan bagitahu nak datang pukul 4.30 ke? 
Me: Tak lah, I bagitahu masa reserve haritu pukul 3 petang. 

Nasib baik lah tengah mood okay masa tu. Tak ada masa nak argue bagai sebab datang nak happy happy je. 

View dekat meja sebenar kitorang tu cantik teruk bila bergambar tapi tak boleh lama sangat ambil gambar dekat sini sebab angin petang dia bahang. Dalam hi-tea set Glenmarie Hotel & Golf Resort ada kek jadi kena makan cepat-cepat. 




Set Hi-tea ni ada 3 tingkat dengan pelbagai jenis manisan. Ada baklava, chocolate cake, eclairs, sandwich tuna, kek lapis pelangi, scones dengan kuih kelapa. 






I tak pasti lah Hi-tea set percuma dengan Hi-tea set hari biasa sama level ke tak sebab semua yang kitorang dapat ni agak dry. Kek Lapis Pelangi tu pun tak lembut untuk dimakan. Sandwich tuna tu je lah yang okay itupun tuna secalit tapi roti kemain tebal. Pistachio Eclair tu cantik tapi bila makan tu macam lama jugak ambil masa nak hadam rasa dia. Tak teruk pun rasa dia, it just like discovering a new flavor. 

Patutnya kitorang celebrate dekat tempat lain yang memang sedap dan kena dengan tekak instead of makan dekat sini tapi nak buat macam mana, benda dah jadi dah pun. Tak mampu pun nak habiskan semua yang ada dekat dessert tray ni. Pukul 5 petang kitorang gerak pergi shopping self reward dekat OU. Thanks Glenmarie Hotel & Golf Resort for the experience.

ASTRO FIRST BAWAKAN VERSI EKSKLUSIF FILEM PENDEKAR AWANG & TOK GAJAH: DARAH INDERA GAJAH

Thursday, 12 September 2024

ASTRO FIRST BAWAKAN VERSI EKSKLUSIF FILEM PENDEKAR AWANG & TOK GAJAH: DARAH INDERA GAJAH | Babak Tambahan Padat Aksi Memukau & Mendebarkan!

Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.

Dihasilkan oleh penerbit yang sama dengan filem box-office Mat Kilau, filem ini tampil lebih istimewa kerana penonton akan dipersembahkan dengan versi lanjutan eksklusif (extended version) yang tidak ditayangkan di pawagam! Bagi versi eksklusif ini, penonton akan dipersembahkan dengan babak-babak tambahan dengan adegan yang lebih terperinci serta perkembangan watak-watak utama, menjadikan versi ini satu kelainan yang wajib ditonton.  

Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah dibintangi barisan pelakon seperti Fattah Amin, Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Amir Ahnaf dan ramai lagi. Filem terbitan Studio Kembara ini mengisahkan perjuangan dua pahlawan tersohor, Pendekar Awang dan Tok Gajah, dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. 

Padat dengan visual sinematik yang memukau dan aksi yang mendebarkan, penonton boleh nikmati filem Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah dengan melanggan pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka untuk tempoh 48 jam. 

Menurut Penerbit Eksekutif filem Pendekar Awang Dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah, Abdul Rahman Dali, berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk mempersembahkan Pendekar Awang Dan Tok Gajah dengan tagline filem ‘Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga’, di platform Astro First. Filem ini bukan sahaja menawarkan hiburan yang menarik dan mendebarkan, tetapi juga mengangkat tema perjuangan dan ketabahan yang boleh dihayati oleh setiap ahli keluarga. Kami percaya Astro First adalah platform terbaik untuk membawa filem ini ke skrin rumah anda, menjadikannya pilihan ideal untuk waktu tontonan bersama keluarga. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami dalam menjayakan projek ini. Saksikan Pendekar Awang Dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah dan nikmati pengalaman hiburan yang penuh makna bersama orang tersayang!”

Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung,  LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan versi eksklusif ini hanya di Astro First akan memberikan kepuasan tontonan yang lebih mendalam. Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Pendekar Awang & Tok Gajah : Darah Indera Gajah di akaun media sosial Astro First seperti Instagram dan TikTok. Gunakan #PendekarAwang #DarahInderaGajah di media sosial.