Try Peach Oolong Tea, MIXUE Sungai Besar

Wednesday, 11 September 2024


Dah lama bersarang dalam gallery hp tapi tak pernah update. Setiap kali lalu dekat Mixue ni teringat nak update tapi lupa jugak. Dah ramai yang try Mixue sampai dah surpass outlet Tealive dekat Malaysia. Katanya sebab sedap sangat aiskrim dan milk tea Mixue. 

I dah bosan dengan Milk Tea so nak try Peach Oolong Tea yang tersenarai dalam Top 6 dan Top 8 Recommended Drinks by Mixue. Dah sampai sini kena ambil order dekat family jugak. Kang ada yang muncung sampai ke Sabak Bernam. 


Adik I ambil Strawberry Mi-Shake dengan Brown Sugar Pearl Milk Tea. Outlet dekat Sungai Besar ni kecil je sebab satu unit kedai. Ruang dia guna pun tak banyak sangat sebab products dia semua beverages dan tak ramai pun customer yang stay kecuali untuk habiskan aiskrim Mixue. I tak try pun aiskrim dia sebab nampak plain je. Next time lah kot kalau adik-adik ikut sekali, at least ada tukang habiskan. 


Dekat dalam ni banyak lah slogan I Love You, You Love Me Mixue ni. Masuk dalam rasa kena disayangi betul dengan Raja Salji ni. Lagu Mixue pun banyak kali dia ulang sampai dah menyanyi sekali sambil tunggu order siap. 






Ni lah dia Strawberry Mi-Shake, I try rasa tapi tak minat sangat dengan yogurt so no no. Adik-adik I suka so no wonder lah duduk tempat terakhir dalam Top 6. My Peach Oolong Tea macam mehhh walaupun Top 3 sebab rasa peach dia light je. Tak sama lah macam Peach Oolong Tea dekat tempat lain. Mungkin sebab murah so essence peach tu dia letak sikit je supaya sesuai dengan harga. 

Brown Sugar Pearl Milk Tea dia not bad lah, tak ada beza sangat pun dengan tempat lain tapi kalau nak sembang bab harga, better beli boba milk tea dekat sini. For me, Mixue ni biasa biasa je tapi sebab harga dia murah jadi ramai lah pelanggan dia berbanding Tealive atau Coolblog. 

Minggu Separuh Akhir ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ menyaksikan peserta Farhan Mustapha di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 69.48%. Ini diikuti oleh lima peserta lain yang berjaya menawan ‘The Six’, termasuk Syaffiq Sahli dengan markah peratusan sebanyak 68.72%, Jelly Belly sebanyak 66.35%, Shazreen Shaharum sebanyak 64.42%, Bulan Asyraff sebanyak 64.17% dan Ameerais sebanyak 62.42%. 

Manakala, dua lagi tersingkir termasuk Danhuangge dan Hazreen Amreena yang mendapat markah terendah. Selain itu, peserta Syaffiq Sahli turut mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed, serta Farhan Mustapha mendapat anugerah Gimme The mic Alha Alfa. Saksikan episod baharu Gimme The Mic Malaysia pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU



INFO ‘TIKTOK LIVE X ASTRO GIMME THE MIC MALAYSIA’

• ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang menerokai bakat muzik baharu di Malaysia bermula siaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, di mana mereka perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

• Sherry Alhadad bergandingan bersama pengacara dan pelakon terkenal, Sean Lee sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, pelakon dan komposer terhebat yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic’ akan diadili 70% oleh barisan panel juri profesional dan 30% selebihnya daripada undian para penonton menerusi platform TikTok.

Ameerais - Makhluk Tuhan Paling Sexy (T.R.I.A.D.)

Raes - Raikan Cinta (M. Nasir)

Syamel Amzah - Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)

Danhuangge - I Hate Myself for Loving You (Joan Jett & The Blackhearts)

Bulan Asyraff - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits)

Jelly Belly - Potret (Akim & The Majistret)

Farhan Mustapha - Cinta ini Membunuhku (D'Massiv)

Hazreen Amreena - All I Ask (Adele)

Epet - Warisan Wanita Terakhir (Teacher's Pet)

Shazreen Shaharum - Listen (Beyonce)

Syaffiq Sahli - Dahsyat (Mojo)

Junlloyd Egano - Bangun (Aman Ra)






• Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

• Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.

• ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh Telco Rasmi, CelcomDigi dan Alha Alfa Cosmetics.

Movie Review | Isteri Untuk Dijual (2015)

Monday, 9 September 2024


Pengarah: Eyra Rahman
Penulis Skrip: Rizuan Mat Nor 
Pelakon: Nora Danish, Kamal Adli, Azwan Kombos, Vicha Saywho, Abam Bocey
Syarikat Produksi: Mangkin Prestij Films
Pengedar: Metrowealth Pictures
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 89 minit
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2015
Trailer:


Kisah bermula apabila Reza (Kamal Adli), CEO sebuah modelling agency telah jatuh cinta dengan model cantik bernama Bella (Nora Danish). Di mata Reza, Bella adalah seorang wanita yang cantik, comel dan jujur, pendek kata segalanya sempurna. Tak lama selepas nama Bella meningkat naik sebagai model popular, Reza melamar untuk berkahwin lalu Bella banyak menghabiskan masa dengan menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Namun setelah berkahwin, Reza kenal siapa sebenarnya Bella yang jauh berbeza dengan apa yang dilihat semasa bercinta. Setiap hari balik dari kerja, rumahnya bersepah macam tongkang pecah. Dapur pula selalu berselerak dan kotor dengan bahan masakan. Semasa tidur juga Bella selalu berdengkur dan sleep-walking sampai Reza jadi stress dan penat. 

Semua masalah rumahtangganya diadukan kepada kawan baiknya, Adi (Azwan Kombos), seorang chef dan pemilik kafe tempat Bella dan rakannya, Katrina (Vicha Saywho) selalu melepak. Reza cadangkan supaya Adi mengorat Bella dan beri semua tips untuk pikat hati isterinya. Pada awalnya Adi menolak kerana idea Reza tak masuk dek akal. Siapa yang sanggup jual isteri sendiri? 

Tapi kerana kasihan dengan Reza yang dah tertekan sangat, Adi pun bersetuju untuk berkenalan dengan Bella. Tak ambil masa yang lama pun untuk Adi mesra dan rapat kerana Bella adalah regular customer di kafe jadi serba sedikit, perkara tu membantu rencana Adi. Banyak juga tips yang Reza bagi berkenaan Bella supaya plan untuk ditinggalkan Bella berjalan seperti yang dia nak. 

Tak plan pun nak layan naskhah romantik komedi arahan Eyra Rahman tapi sebab ternampak reels dekat Facebook terus cari dekat Youtube Mangkin Prestij Films. Berdekah tengok babak Bella masak breakfast untuk Reza sampai 2 jenis hidangan. No wonder lah bersepah dapur dia padahal Reza dengan Bella bukannya jenis melantak macam Katrina pun. 

Pace filem Isteri Untuk Dijual ni agak perlahan so I guna speed 1.8x untuk 89 minit sebab I rasa ada banyak lagi yang penulis boleh kembangkan macam babak Adi dengan Bella. Tak ada pun babak Bella mengadu tentang rumah tangga dia atau kenapa dia boleh jadi seorang yang bersepah macam tu. Semua dari point of view Adi untuk pujuk Reza belajar terima kekurangan isteri. 

Walaupun ada kekurangan dari skrip tapi gandingan pertama Nora Danish dan Kamal Adli menghiburkan dengan lakonan bersahaja dan strong chemistry from leading actors. Watak Adi tak ada banyak screentime pun sebab karakter dia tak kelakar macam Reza dan Bella tapi setiap kali muncul rasa tertarik sebab Azwan Kombos handsome. Screen presence dia kuat juga untuk carry second half sampai ke final act. 

Sayangnya masa babak confrontation antara tiga watak utama tu macam mehhh sebab sebelum klimaks tu tak ada pun babak Bella tersuka dekat Adi cuma nampak dia selesa dan berubah sejak berkawan dengan Adi. Jadi mehhh sebab kita dah tahu tak ada konflik pun cuma watak Reza yang cemburu tengok isteri dia happy dengan orang lain. Patutnya biar Adi dengan Reza je yang bergaduh sampai Reza sedar yang dia sayang Bella cuma tak tahu macam mana nak ubah kekurangan Bella. 

Nothing much pun untuk sinematografi dan music score sebab filem lama dan tak pentingkan sangat dua aspek tu. Masa babak staff Reza panik bila tahu Reza nak sampai tu copy scene dari filem The Devil Wears Prada (2006). 

Walaupun filem ni guna tajuk yang kontroversi tapi sarat dengan mesej sosial untuk alam perkahwinan dan applicable sepanjang zaman. Tak pasti sebenarnya dah berapa lama Reza dengan Bella berkahwin sebab mengelirukan. Yang pastinya Isteri Untuk Dijual ada kekuatan tersendiri sebagai sebuah naskhah romantik komedi. 



1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review | Tetris (2023)


Director: Jon S. Baird
Writer: Noah Pink
Cast: Taron Egerton, Nikita Efremov, Sofia Lebedeva, Anthony Boyle
Production Companies:  Apple Studios, Marv Studios, AI Film, Unigram
Distributor: Apple TV+
Genre: Biography / Thriller
Running Time: 118 minutes
Release Dates: 15 March 2023 (SXSW Film Festival), 31 March 2023 (United States)
Trailer:


Filem bermula dengan babak Henk Rogers (Taron Egerton), pengurus Bullet-Proof Software terlihat permainan baru bernama Tetris di festival Consumer Electric Show (CES) di Las Vegas pada tahun 1988. Rogers mula mengorek maklumat tentang Tetris dengan promoter di situ dan mula mendapat ilham untuk mendapatkan lesen permainan Tetris di seluruh dunia. 

Rogers berjumpa dengan Eddie (Rick Yune) pengurus bank untuk membuat pinjaman supaya dia dapat membuat perjanjian dengan pencipta permainan Tetris di Rusia. Perjanjian tersebut antara hidup dan mati untuk syarikat kecilnya. 

Taikun Robert Maxwell (Roger Allam) dan anaknya, Kevin Maxwell (Anthony Boyle) iaitu CEO kepada Mirrorsoft sudah pun mempunyai lesen hak penyiaran permainan Tetris di mana membenarkan mereka menyiarkan permainan tersebut. Wakil Mirrorsoft menjual lesen hak penyiaran Tetris di negara Jepun untuk permainan PC, konsol dan juga permainan arked. 

Roger kemudiannya berjumpa dengan CEO Nintendo, Hiroshi Yamauchi (Togo Igawa) dan beri tawaran untuk partnership untuk terbitkan permainan Tetris kepada Nintendo Famicom dan mesin arked. Selepas mula beroperasi Roger mendapat panggilan untuk maklumkan bahawa lesen hak penyiaran tersebut telah pun diberikan kepada SEGA. Nintendo menghantar Rogers ke Ibupejabat Nintendo di Amerika Syarikat di Seattle untuk peranti permainan terbaru – Game Boy.

Kerana banyak kekeliruan dan berlaku perebutan hak penyiaran Tetris, Rogers sendiri terbang ke Rusia untuk berjumpa dengan pencipta Tetris iaitu Alexey Pajitnov (Nikita Yefremov) dan wakil Kerajaan Russia. Valentin Trifonov (Igor Grabuzov), ketua Jabatan Perdagangan Luar Negara juga berminat dengan perebutan lesen hak penyiaran kerana keuntungan yang bakal diperolehi dari Tetris. 

I tahu tentang filem Tetris arahan Jon S. Baird ni sebab lagu Hold On Tight – AESPA muncul dekat Spotify sebab dekat Malaysia tak heboh sangat pun. Mungkin sebab Apple TV+ memang tayang dekat Apple TV sahaja. Filem Tetris nampak macam heavy sebab genre biography menceritakan bagaimana permainan Tetris dicipta dan mendapat hak penyiaran ke seluruh dunia. 

Siapa tak pernah main permainan Tetris sepanjang hidup dia? Semua orang kenal permainan Tetris dan terjebak dengan Tetris Effect yang mula berlaku pada tahun 1994 padahal permainan ni mudah sangat untuk main tapi tak sangka langsung ada perebutan sampai melibatkan beberapa nyawa sebelum disiarkan secara rasmi kepada beberapa peranti permainan. 

Walaupun genre filem Tetris ni berat tapi olahan pengarah buatkan filem terlihat menarik dan menyeronokkan. Beberapa babak persaingan, kejar-mengejar antara Henk Rogers dan wakil dari syarikat-syarikat gergasi menghadirkan elemen thriller sekaligus buatkan kita tak senang duduk sampai ke hujung filem. Jadi teruja bila tahu nama-nama syarikat permainan yang terlibat dalam filem Tetris sebab I kenal syarikat yang terlibat. Filem Tetris juga bagi informasi tentang hak cipta, hak penyiaran atau royalti berfungsi untuk sesebuah idea yang dihasilkan. 

Lakonan Taron Egerton antara kekuatan filem Tetris sebab screentime dia mendominasi dan watak dia jadi penghubung untuk hampir kesemua watak yang dimasukkan. Screen presence dia pun kuat sampai kita tertunggu-tunggu apa next move dalam setiap konflik yang muncul. Kalau bukan sebab otak licik dan geliga sebagai marketing person, mungkin dia tak boleh nak survive dengan serangan dari Valentin. Taron betul-betul menghidupkan watak Henk Rogers dengan cemerlang dan tak hairan lah kalau dia tercalon dalam anugerah Pelakon Terbaik di 6th Hollywood Critics Association Midseason Film Awards.

Tak semua babak yang dimasukkan adalah yang sebenarnya terjadi dan boleh nampak lah ada elemen dramatik sengaja ditambahkan sebagai hiburan macam babak Henk dengan Alexey dikejar oleh Valentin ketika menuju ke lapangan terbang. Kalau ada okay, kalau tak ada babak tu pun tak apa sebab yang seronok untuk ditonton ialah legal dispute antara Henk dan wakil syarikat lain. At least, for me lah sebab filem ni bukan filem aksi. 

Tak pasti juga kehidupan masyarakat di Russia macam mana sebab dalam filem nampak ramai yang nak bebas dari pemerintahan Russia pada masa tu dalam babak Taron pergi underground party dengan Alexey. Cipta permainan pun sesuatu yang life threatening untuk rakyat di sana bila ada babak Alexey cuba seboleh mungkin untuk rahsiakan dari Valentin.  

Anyway, Tetris is a fun watch. Dekat bahagian credit filem Tetris boleh tengok real life Henk Rogers dan Alexey Pajitnov.

p/s: Taknak bagi markah penuh sebab lagu Hold On Tight tak masuk pun dalam filem ni. Produser guna instrumental version sahaja.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

Drama Review | Call Me Bae (2024)

Sunday, 8 September 2024


Director: Colin D'Cunha
Writers: Ishita Moitra, Samina Motlekar, Rohit Nair
Cast: Ananya Panday, Muskkaan Jaferi, Gurfateh Pirzada, Niharika Lyra Dutt, Varun Sood, Vihaan Samat, Vir Das, Lisa Mishra, Sahil Shroff, Mini Mathur, Shiv Masand, Riya Sen, Suchitra Pillai, Karishma Tanna, Urvashi Rautela, Sayani Gupta, Orry
Production Company: Dharmatic Entertainment
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Comedy / Drama 
Running Episodes: 8 episodes (30–40 minutes per episode)
Release Date: 6 September 2024 
Trailer :


Berlatarkan Delhi, drama Call Me Bae mengisahkan tentang Bella a.k.a Bae (Ananya Panday) diusir keluar dari rumah suaminya, Agastya Chowdhary (Vihaan Samat) selepas kantoi curang dengan gym trainer, Prince (Varun Sood) ketika delegasi dari Korea datang ke India. 

Bila pulang ke rumah keluarga, Bae diarahkan untuk tinggal di LA untuk beberapa tempoh sehingga keadaan jadi tenang. Bae cuba meminta bantuan dari abangnya, Samar yang berada di Mumbai namun permintaannya ditolak mentah-mentah kerana dia cuma dianggap sebagai beban kepada keluarga. 


Samar dan Agastya cadangkan supaya Bae tinggal di farm house yang lengkap dengan orang gaji, pemandu dan juga kredit kad platinum kerana mereka semua tahu yang Bae tak akan mampu hidup berdikari. Malu dengan penghinaan tersebut, Bae bawa diri dan minta bantuan Saira Ali (Muskkaan Jaferi), seorang pengurus hotel. 

Bae tinggal dengan Saira di Lostel selama 3 bulan dan mula mencari kerja mengikut kelebihan dan kemahiran yang dia ada. Malangnya semua tak menjadi hingga lah video Bae ketika mabuk dan mengutuk Satyajit Sen (Vir Das) menjadi viral. Neel Nair (Gurfateh Pirzada) yang juga bekerja di TRP menawarkan internship kepada Bae selama 3 bulan dengan elaun dan beberapa kelebihan. 


Sambil Bae menyesuaikan diri di dunia pekerjaan dan bantu Neel bina imej di alam maya, Bae didekati oleh Anamika yang ingin mendedahkan identiti sebenar Mukul Sawla (Riya Sen), seorang ahli perniagaan yang berpengaruh dan bakal menceburi dunia politik. 

Naskhah Call Me Bae terbitan Dharmatic Productions adalah debut platform dari Karan Johar kepada Ananya Panday. Walaupun Ananya telah pun debut dalam filem Student of the Year 2 (2019) tapi drama Call Me Bae adalah debut untuk web series. Promo strategy untuk drama Call Me Bae dilakukan secara besar-besaran. 


Alur penceritaan Call Me Bae dibikin ringan dan santai walaupun membawa mesej gangguan seksual yang agak berat melalui konflik Anamika dan Mukul Sawla. Selain itu, mesej realiti kebenaran yang dipaparkan oleh pihak media dengan fakta juga dibahaskan dalam drama sebanyak 8 episod. Memandangkan konflik Anamika melibatkan Bollywood industry, dapat juga la tengok beberapa cameo dari pelakon B-list macam Karishma Tanna dan Urvashi Rautela. Orry pun ada cameo juga sebagai soft launch untuk program realiti dia nanti. Yewww. On point bila penulis masukkan dialog Siddhant Chaturvedi kepada Ananya masa Roundtable Actor dulu. 





Bila muncul naskhah terbitan Karan Johar mesti lah nak usha wardrobe beberapa watak utama sebab Manish Malhotra jadi fashion stylist untuk drama Call Me Bae. One of my favourite stylist juga walaupun wardrobe dia tak slay macam Rhea but still worth the wait. Tak perlu dipertikai lagi sinematografi untuk mengukuhkan kehidupan elit kota Delhi sebab itu forte Karan Johar. Ananya terlihat menawan dalam setiap babak dia muncul, tak kisah lah dalam situasi apa pun. Jadi penganggur dekat hostel pun outfit letops. 

Berbalik kepada persembahan Ananya Panday sebagai Bae, tak susah pun untuk dia lakonkan watak Bella Chowdary sebab lebih kurang sama dengan watak-watak dia sebelum ni dalam filem Student of the Year 2 (2019), Gehraiyaan (2022) dan Kho Gaye Hum Kahan (2023). Anak orang kaya tapi ada masalah kesunyian dan diabaikan. 


Sama macam watak-watak lain, senang betul kasihan dengan Bae bila dia dipaksa terima kenyataan yang dia adalah beban keluarga. Dari kecil ibu dia (Mini Mathur) aturkan semuanya dan paksa dia berkahwin demi selamatkan kewangan keluarga. Bila dah kahwin, suami pula tak pernah peduli sampai dia tak tahan lepas 3 tahun jadi patung cendana dalam rumah tersebut. 

Suka tengok moment Bae dengan Saira sebab watak tu selalu ada untuk dia bila dia perlukan pertolongan atau emotional support. Bae bukanlah bimbo teruk sangat cuma hidup dia tak pernah susah, semuanya pembantu yang buatkan padahal dia ada banyak pengalaman dan kemahiran. Mungkin pada awalnya nampak macam kemahiran merepek tapi dia banyak bantu orang sekeliling dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dia. Kalau bukan sebab pengalaman-pengalaman dia juga, tak mungkin boleh bentuk identiti Bae. 


Watak Vir Das sebagai anchor news terkenal juga toxic boss kepada Bae pun membantu menambahkan lagi babak kelakar dalam drama Call Me Bae. Tak mudah pun untuk jangka ke mana hala tuju drama Call Me Bae sebab dekat awal lagi penulis dah tayang perangai sebenar Satyajit Sen menerusi perbualan dia dengan Harleen (Lisa Mishra). Penulis juga tak masukkan backstory kepada watak Satyajit supaya penonton kesian atau in split untuk berpihak kepada siapa. Memang dari Episod 1 lagi Satyajit dah dijadikan antagonis tegar kepada Bae. 


Yang menjadi perdebatan adalah jejaka mana yang akan mencuri hati Bae sebab dekat hujung drama pun boleh nampak Bae tak move on lagi dengan Aggy. Mungkin sebab cinta pertama dan Aggy pun tak lah jahat sangat cuma workaholic teruk sangat sampai tak beri perhatian kepada Bae. Dalam masa yang sama, Neil curi hati dia dengan percaya pada kebolehan Bae. Chemistry Ananya dengan Gurfateh kuat juga sampaikan beberapa babak terlihat natural macam babak Bae ajar Neil berenang dekat pool.

But for me, Bae patutnya bercinta dengan Prince sebab Neil dengan Aggy dua-dua lebih kurang perangai. Bila Neil brush off Bae dekat event tu teringat balik masa Aggy marah Bae sebab sibuk nak join dia dalam meeting. Tapi tak mungkin lah Bae bercinta dengan Prince sebab penulis dah buka jalan lain untuk watak tu but hopefully akan ada watak jejaka baru di musim 2 nanti. 


Harapnya musim 2 nanti penulis kembangkan lagi isu sosial yang dibawa sebab mudah sangat Bae, Saira, Tammarrah (Niharika Lyra Dutt) dan Prince dapat kalahkan pihak lawan padahal masing-masing tak ada banyak kelebihan pun. Babak face off untuk episod ke-100 tu tak bagi impak dan nampak rushing nak habis padahal perdebatan tu kita tunggu bila konflik muncul. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10

Movie Review | 172 Days (2023)


Pengarah: Hadrah Daeng Ratu
Penulis Skrip: Archie Hekagery 
Pelakon:  Yasmin Napper, Bryan Domani, Yoriko Angeline, Amara Sophie, Oki Setiana Dewi, Tengku Firmansyah, Ridwan Ghany, Hamas Syahid, Meisya Siregar
Syarikat Produksi: Starvision 
Pengedar: GSC Movies, Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 103 minit
Tarikh Tayangan:  23 November 2023 (Indonesia), 21 Januari 2024 (Malaysia), 4 April 2024 (Netflix)
Trailer:


Filem 172 Days mengisahkan tentang Nadzira Shafa (Yasmin Napper) yang mengambil jalan untuk berhijrah setelah mengalami kemurungan. Zira sedar berapa banyak parti yang dia pergi, arak yang dia minum dan dadah yang dia telan tak mampu mengubat rasa sunyi dan sakit setelah kehilangan ayahnya (Tengku Firmansyah). Rakan baiknya, Niki (Amara Sophie) ditinggalkan kerana tidak mahu terpengaruh ke jalan yang terpesong. Perlahan demi perlahan Zira berubah ditemani oleh kakaknya, Bella (Adhitya Putri) dan rakan sekolahnya, Intan (Yoriko Angeline). 

Sejak mendalami ilmu agama, Ustaz Ameer Azzikra (Bryan Domani) yang terkenal dan merupakan salah seorang pendakwah selebriti berusaha untuk berkenalan dengan Zira. Sebenarnya Ameer sudah lama follow Zira di Instagram kerana mendiang ayahnya, Kiai Ustadz Arifin Ilham berkawan dengan mendiang bapa Zira namun cubaan perkenalan Ustaz Ameer diendahkan saja. Bermula dari kawan, mereka bertaaruf dan kemudiannya berkahwin. 

Sejak hari pertama pernikahan, Ustaz Ameer sentiasa melayan Zira dengan baik, seiring dengan ajaran agama Islam lalu menguatkan lagi iman Zira untuk menjadi Muslimah yang baik. Mereka tinggal dekat dengan masjid dan sering menghadiri kuliah agama bersama sehingga lah Ustaz Ameer dan Zira menerima ujian dari Allah s.w.t.

Naskhah romantik drama arahan Hadrah Daeng Ratu diadaptasikan dari novel 172 Days yang ditulis oleh Nadzira Shafa iaitu watak utama filem tersebut. Lagu tema, Rakit juga dinyanyikan oleh Nadzira Shafa untuk menyimpan memori dan kenangan buat mendiang suami yang tercinta. Tak pasti kalau pengarah masukkan kesemua kisah si penulis ataupun ada beberapa babak yang direka untuk mengukuhkan lagi genre filem. 



Dari tahun lepas lagi dah tahu filem 172 Days mempunyai sad ending sebab tu ambil masa yang lama untuk persiapkan diri. Kalau ikutkan tak nak tengok pun tapi sebab ada Bryan Domani, terpaksa layan juga. Dekat mana lagi nak tengok Bryan jadi Imam kan?

Jalan cerita 172 Days bersifat straight-forward walaupun ada beberapa flashbacks tapi menguatkan penceritaan dan mengukuhkan emosi dari watak-watak utama. Sebelum berkahwin, penulis ceritakan episod penghijrahan dia sehingga bertemu dengan Ustaz Ameer kemudiannya masuk ke alam perkahwinan yang romantik. Bersemut lah tengok babak Ustaz Ameer dengan Zira sebab Ustaz Ameer dia Bryan Domani. Kalau orang lain yang berlakon mungkin biasa aja. 

Chemistry antara Bryan Domani dengan Yasmin Napper antara kekuatan filem romantis terbitan Starvision. Ada la beberapa babak terlihat seperti fantasi pelajar sekolah agama tapi genre filem pun romantik, nak pertikai apa lagi kan? Kalau tak ada babak cringe, lovey-dovey tu bukan genre romantik lah. Dia akan jadi genre kayu. 

Sayangnya dialog dalam filem 172 Days tak lah mendalam atau puitis macam filem Dilan atau Surat Cinta Untuk Starla. Love language Ustaz Ameer ni lebih kepada act of service instead of words of affirmation. Sinematografi dari Adrian Sugiono menguatkan lagi atmosfera alam perkahwinan Ustaz Ameer dan Zira selama 172 hari. Banyak babak disunting dengan template dreamy dan pastel palette. 

Tak banyak pun yang diceritakan tentang penyakit kronik Ustaz Ameer sebab ending dia mendadak bila suami dia sakit terus masuk wad ICU kemudian meninggal. Mungkin penulis tak nak abadikan memori yang menyakitkan tu jadi plot akhir tersangatlah terhad. Of course lah menangis bila tengok ending sebab baru saja berhijrah tapi Tuhan bagi dua ujian besar untuk dia tapi tak lah menangis beria. Bak kata Kak Bella, kalau meninggal senang, lepas dua minggu menangis bisa move on jalani hidup.

Banyak mesej yang dibawa masuk dalam filem 172 Days memandangkan naskhah ni bertemakan cinta Islamik tapi semuanya mesej biasa kecuali tentang pinjaman Allah dalam babak tazkirah Oki Setiana Dewi. Mesej tu juga yang tiupkan semangat untuk Zira ikhlaskan pemergian Ustaz Ameer dan mendiang suami dia sendiri selalu berpesan jangan pernah takut dengan kematian. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filem iaitu di Kluang, Johor. Ia merupakan satu tanda penghargaan kepada Daerah Kluang, tempat kelahiran adiwira itu dalam versi filem, sekali gus menjadi salah satu tarikan terbaharu buat peminat. Mural ini juga bakal muncul di dalam filem live-action Keluang Man yang dinanti-nanti ramai. 

Sesi pelancaran diadakan di lokasi mural iaitu Laman Pesona, Kluang dan dihadiri oleh barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal dan Shweta Sekhon, selain Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad serta Pengarah Anwari Ashraf. Turut menyaksikan momen bersejarah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram, Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Rafi bin Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati binti Wahid. Kehadiran mereka adalah untuk melengkapkan lukisan mural tersebut. 

Mural ini menampilkan visual karakter-karakter utama filem seperti Keluang Man, Shamsir, Ahmad, Inspektor Sahab, Doktor Malini dan Bebe iaitu kucing kesayangan Keluang Man. Tidak ketinggalan tin minuman ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ turut diabadikan dalam visual mural tersebut. Pastinya ini menjadi tarikan terbaharu di Kluang yang akan menarik minat pelancong dan peminat filem. 

Mural setinggi 3 tinggkat itu merupakan hasil lakaran artis grafiti terkenal Abdulrashade, dan mengambil 10 hari untuk disiapkan. Mural ini mendapat sokongan daripada pihak Majlis Perbandaran Kluang yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Daerah Kluang, Johor.

Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Keluang Man adalah lambang keberanian dan semangat superhero Malaysia, dan mural Keluang Man di Kluang ini adalah penghormatan kepada semua peminat dan komuniti yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Kami memilih lokasi Kluang untuk mengabadikan mural kerana Daerah ini memainkan peranan penting dalam penggambaran filem Keluang Man. Kami yakin inisiatif ini bukan sahaja akan menarik peminat Keluang Man dari seluruh negara, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk merasa lebih dekat dengan filem dan watak adiwira kebanggaan semua.”

Sebagai kolaborasi Keluang Man bersama Wonda Coffee, mural epik Keluang Man turut mempamerkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ kopi ala Kluang pertama yang disajikan dalam pakej RTD, untuk memberi penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang dihargai serta rasa asli kopi tempatan Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram menyatakan, “‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ bukan sekadar produk baru; ia adalah satu penghargaan terhadap warisan kaya Kluang. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menyatukan dua jenama ikonik Malaysia—KELUANG MAN dan Wonda Coffee. Kerjasama ini merupakan penghormatan kepada identiti Malaysia, dan kami berhasrat untuk mencipta pengalaman yang bermakna untuk para penonton.”.

Beliau menambah, “Keunggulan rasa Tongkat Ali dapat dinikmati dalam edisi khas ini. Ia melambangkan kekuatan dan ketahanan yang diwakili oleh KELUANG MAN dan pencinta kopi kami. Menjadi sebahagian daripada warisan Kluang, hari ini adalah detik yang penting bagi kami, sekaligus mengukuhkan komitmen kami untuk menghormati budaya unik Malaysia melalui karya seni Abdulrashade yang menakjubkan. Wonda Kopi Edisi Kluang’ menangkap keaslian dan hubungan mendalam yang dicari oleh pencinta kopi. Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan sahaja menggabungkan seni pembuatan filem dan pembuatan kopi, tetapi juga menceritakan kisah bermakna yang beresonansi dengan rakyat Malaysia di seluruh negara.”


Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati Wahid menyifatkan pemilihan Kluang sebagai lokasi utama untuk membuat mural Keluang Man oleh Astro Shaw pasti menimbulkan perasaan gembira, bangga dan teruja selain ianya memberi satu reaksi positif untuk projek seperti ini. “Mural Keluang Man ini merupakan satu  pengiktirafan kepada Daerah Kluang yang merupakan daerah yang berada di tengah negeri Johor yang berupaya menjadi tarikan pengunjung datang ke sini.  Besarlah harapan saya agar dengan adanya graffiti ini, Kluang akan menjadi sebagai satu destinasi pelancongan yang menarik.”

Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi. 

Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga. 

Terdahulu, Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee telah melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’. Edisi baharu ini kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia. Jadi, dapatkan sekarang dan nikmati rasa sebenar kopi Kluang yang penuh kelazatan. Cita rasa kita, wira kita. Untuk maklumat lanjut mengenai Wonda Coffee dan "Wonda Kopi Edisi Kluang", sila layari Facebook dan Instagram.

Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sekali lagi menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh 9 anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024. Pencapaian cemerlang ini mengukuhkan reputasinya sebagai pelopor dalam menghasilkan kandungan menarik dan pelbagai yang memikat penonton di seluruh Asia.

Astro membawa pulang 3 anugerah Emas iaitu; INNOVATHON untuk Program Realiti Original dan/atau Pertandingan Terbaik, Family Feud Malaysia untuk Adaptasi Format TV Terbaik (Tidak Berskrip) di Asia dan runut bunyi Ayuh, Polis Evo 3 untuk Lagu Original Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia. Selain itu, Astro merangkul 3 anugerah Perak dan 3 Gangsa. Senarai penuh kemenangan Astro adalah seperti di bawah:

Program Realiti Original dan/atau Pertandingan Terbaik

▪ EMAS - INNOVATHON (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd)

▪ PERAK - Crush on You 2.0 (Astro Malaysia)

Adaptasi Format TV Terbaik (Tidak Berskrip) di Asia

▪ EMAS - Family Feud Malaysia (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd) Lagu Original Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia

▪ EMAS – Runut bunyi Ayuh, Polis Evo 3 (Astro Shaw & Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd)

Drama/ Siri Pendek Asia Terbaik

▪ PERAK - The Mosque Kiblatku (Astro Gempak)

▪ GANGSA - Hype Hafiz (Astro Gempak)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Program/Siri TV

▪ PERAK - Fiza Thomas sebagai Sara dalam “Mati Hidup Balik” (Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd / All Asia Broadcast Center (Astro) & Zeel Production)

Program TV Kanak-kanak Terbaik Buatan Asia

▪ GANGSA - Didi & Friends Kembara Muzikal, Warnakala Studios Sdn. Bhd. & Astro Malaysia Berhad

Program Hiburan Fakta Terbaik Dihasilkan untuk Pasaran Asia Tunggal

▪ GANGSA - Travel with Mommy (Astro Malaysia)

Pencapaian mengagumkan ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi di seluruh Asia. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kongsi dan kolaborator kami atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dalam kejayaan kami ini. Sokongan mereka telah memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat tempatan dan memupuk industri untuk berkembang maju di Malaysia. Astro sentiasa melangkaui lebih jauh dalam menyampaikan kandungan inovatif yang menawan, memaklum dan memberi inspirasi.

Anugerah ContentAsia dimiliki dan dikendalikan oleh ContentAsia; platform maklumat berusia 18 tahun yang dipilih susun untuk menawarkan pandangan tentang persekitaran kandungan Asia. Anugerah ini dilancarkan pada 2020 untuk membina hubungan ContentAsia yang tiada tandingan dengan industri media serantau Asia, dan membawa kepakaran dan integriti jenamanya ke dalam ruang Anugerah Asia. Anugerah ini dinilai 100% oleh rakan industri yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman am dalam proses kandungan kreatif & penerbitan. Pemenang Anugerah ContentAsia 2024 telah diumumkan di Taipei pada 5 September 2024.

***********************************

Mengenai Astro

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.3 juta rumah atau 66% isi rumah TV Malaysia, 8,400 perusahaan, 17.0 juta pendengar mingguan merentasi Astro Radio (FM dan dalam talian) dan 15.6 juta pelawat ke jenama digital kami setiap bulan. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Hampir sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, Xuan dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.