Kucing Sesat

Sunday, 8 September 2024

Ain: Ana, you ke buat aduan pasal kucing berkeliaran dekat koridor? 
Me: Eh tak lah. I tak tahu pun ada kucing. 

Ain: Tadi ada security naik tanya pasal kucing kat level ni. 

Masa meeting office tiba-tiba security guard naik lagi sekali tanya pasal kucing. Rupanya ada kucing dekat belakang compressor air-cond. Entah masa bila dia sembunyi dekat belakang tu, tahu-tahu dah mengerang tak nak keluar. 



Bila call JMB minta uruskan, diorang hantar security guards naik. Masalahnya security guards pun takut sebab kucing tu dah ready nak attack. 

Guard: uuuu ini kucing garang, tak boleh lah saya takut. Dulu saya punya kawan di Nepal ada yang mati kena cakar dengan kucing. Dia mau tangkap itu kucing tapi kena cakar di leher. Terus mati. 


Kucing tu tak lah garang pun cuma dia takut dan lapar. Dari seorang guard yang datang sampai jadi 4 orang. I expect JMB nak bawa makanan sebab among them ada 'ibu kucing' rupanya melenggang jugak. 

I plan nak umpan kucing tu keluar dengan makanan tapi sebab memasing buat teruk terpaksa lah settlekan jugak masa tu. Masa 'ibu kucing' datang baru lah berjaya bawa keluar tapi terlepas lepastu kucing tu panik sampai lari nak keluar. Masalahnya meeting room tu banyak glass door so kucing tu banyak kali terhantuk dekat glass door sebab tertipu. 


JMB roger guard dekat bawah supaya bawa naik kotak kosong untuk letak kucing dekat dalam. Lepas setengah jam berjaya jugak tangkap kucing sesat dan bawa keluar dari office. Nak tangkap kucing je tapi dah macam ada isu besar je gayanya 😅
Selasa lepas pergi KLCC sebab ada event berdekatan dengan area tu. Sebab naik public train, berjalan ke bahagian lower ground KLCC lepastu ternampak restoran baru, GULA Cakery Petite. 

Sebelum ni dah nampak dah announcement dia tapi masa tu tengah construction lagi. Tak plan pun nak dine-in tapi sebab tak makan birthday cake lagi so why not kan? 

I pilih Mango Cheesecake padahal mata seronok tengok Mixed Fruits Pavlova dia sebab cantik. I takut manis sangat sebab tu tukar pilihan. 









Rasa kek dia sedap je sebab pakai good ingredients even ketulan buah mangga tu pun rasa elok. Buka dekat KLCC kan, ada Jaya Grocer dekat sini so freshness tu terjamin. 



I pair dengan Iced Latte which is nice lah sebab rasa kopi boleh basuh tekak dengan rasa manis tadi. 

Happy celebrate birthday dekat sini sebab main theme colour dia warna purple which is my favourite colour. Rasa tenang je makan sampai habis. 

For sure lah lepas ni nak try kek lain pulak sebab banyak lagi kek yang cantik. 

Movie Review | Badarawuhi Di Desa Penari (2024)

Saturday, 7 September 2024


Pengarah: Kimo Stamboel
Penulis Skrip: Lele Laila
Pelakon: Aulia Sarah, Maudy Effrosina, Jourdy Pranata, Claresta Taufan Kusumarina, Ardit Erwandha, Moh. Iqbal Sulaiman, Maryam Supraba, Diding Boneng, Pipien Putri, Aming
Syarikat Produksi: MD Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Seram / Drama
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 11 April 2024 (Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei), 26 April 2024 (Amerika Syarikat)
Trailer:


Mila (Maudy Effrosina) bersama abang sepupunya, Yuda (Jourdy Pranata) dan juga rakan lain, Arya (Ardit Erwandha) mencari kampung yang mempunyai pintu gerbang yang dilukis oleh seorang dukun. Arya bawa mereka berdua berjumpa dengan rakannya, Jito (Moh. Iqbal Sulaiman) yang tinggal di sebuah kampung. 

Menurut Jito pintu gerbang tersebut boleh dijumpai di Desa Penari lalu mereka berempat menuju ke kampung terpencil tersebut. Di sana, mereka berjumpa dengan Ratih (Claresta Taufan Kusumarina) yang senasib dengan Mila bila ibu mereka terkena sumpahan Badarawuhi. Badan mereka mengeras, dipenuhi dengan lepuh dan luka. Mata terbeliak kemerahan dan tidak mampu bercakap. 


Dukun yang merawat ibu Mila (Maryam Supraba) meminta agar gelang milik Badarawuhi dipulangkan di Angkara Murka. Hanya mereka yang dijemput oleh wanita penari tersebut yang boleh pergi ke sana. Mila, Yuda, Arya dan Jito terpaksa bermalam di Desa Penari untuk bertemu dengan Buyut (Diding Boneng) setelah ketua kampung, Mbah Putri (Pipien Putri) baru saja meninggal dunia. Sepanjang berada di sana mereka sentiasa diganggu secara sedar ataupun tidak. 

Naskhah sekuel kepada KKN di Desa Penari (2022) menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana bermulanya sumpahan terhadap Desa Penari. Penerbit MD Pictures, Manoj Punjabi kali ini menggunakan khidmat pengarah baru, Kimo Stamboel namun mengekalkan penulis yang sama, Lele Laila. 


Tampak berbeza alur penceritaan antara dua naskhah walaupun menggunakan latar tempat dan tema yang sama. Kalau di filem pertama kita tak berhenti diganggu dengan Badarawuhi, dalam filem sekuel tak pula banyak gangguan tersebut cuma ngeri dengan sumpahan yang dikenakan kepada beberapa watak. Tak ada confrontation antara babak Badarawuhi dengan watak-watak tersebut sebelum sumpahan dikenakan untuk simpan kejutan di penghujung cerita tapi dari awal lagi kita dah tahu kenapa dan siapa mereka. 

Beberapa watak yang pernah muncul dalam filem sebelumnya, muncul juga di dalam sekuel seperti Pak Prabhu versi muda, Mbah Buyut dan semestinya Badarawuhi. Kalau belum tengok KKN di Desa Penari boleh tengok tak Badarawuhi di Desa Penari? Boleh. Mungkin lebih baik tengok filem sekuel sebelum tengok filem asal. 


Tujuan filem Badarawuhi Di Desa Penari dibikin adalah untuk menerangkan kenapa kampung tersebut disumpah pada awalnya tapi persoalan utamanya masih wujud selepas 122 minit tayangan. Dari awal lagi ritual menghantar anak gadis ke Angkara Murka sudah pun berlaku dan kenapa mereka tak boleh keluar dari sumpahan tersebut pun tak dijelaskan. Penulis hanya bagitahu macam mana untuk menghentikan sumpahan buat sementara waktu sahaja. Kenapa Badarawuhi mengamuk selepas 25 tahun sedangkan dia boleh travel ke Jakarta pun tak diceritakan. 

Watak Mila adalah watak utama namun watak Ratih sebenarnya yang mencuri tumpuan dengan cabaran yang dia perlu tempuh demi menyelamatkan si ibu (Dinda Kanyadewi). Bila ada babak bersama dengan Mila, Ratih lebih menyerlah sementara Mila kebanyakan masanya space out. Watak Badarawuhi juga dapat banyak screentime untuk tonjolkan karakter dia sebagai Ketua Penari di desa tersebut. 


Menyampah juga tengok watak Mila sebab jenis tak fikir panjang. Dari awal lagi dia dah dilarang supaya jangan pergi ke Desa Penari tapi dia tetap bertegas. Bila diganggu oleh Badarawuhi pun, dia sembrono saja pergi tanpa bagitahu Yuda padahal tak jauh pun rumah Ratih dengan Yuda. Kalau dia nak ikut kepala sendiri, kenapa ajak Yuda dan Arya untuk teman? Walaupun ibu dia pesan jangan mudah terpedaya dengan permintaan Badarawuhi, dia tetap ikut permintaan makhluk tu. Babak dia berkasar dengan Buyut pun rasa nak penampar sebab Buyut dah banyak bantu keluarga dia. 

Sinematografi dari Patrick Tashadian meneruskan legasi SimpleMan kerana berjaya menghidupkan suasana seram dan kelam di Desa Penari. Macam mana sebuah pelita boleh menghadirkan rasa seram berlatarkan beberapa orang penari berkelubung putih di belakang. Badarawuhi juga sentiasa tampil memukau dalam persalinan ketua penari. Lirikan mata dan gemalai jemari juga boleh menguatkan lagi rasa seram kepada situasi genting yang dialami oleh watak-watak utama. 




Bila tengok filem Badarawuhi Di Desa Penari ni dah boleh faham sikit lah yang Badarawuhi ni adalah jin sebab sentiasa dipenuhi dengan ular dan makhluk yang mengekori dia pun sama fizikal dengan jin dalam filem Kereta Beradarah (2024). Kedua-duanya juga tinggal di hutan milik mereka lalu diganggu oleh manusia. Mungkin solusi sumpahan Desa Penari ni mudah, keluar dari hutan tersebut dan tinggal di kampung lain. Bak kata dukun dalam Kereta Berdarah, sudah ditakdirkan hutan adalah tempat tinggal mereka jadi apa lah yang kita nak sanggah lagi kan? 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Movie Review | Kalki 2898 AD (2024)

Friday, 6 September 2024


Director: Nag Ashwin
Writers: Sai Madhav Burra, Nag Ashwin, B. S. Sarwagna Kumar
Cast: Amitabh Bachchan, Kamal Haasan, Prabhas, Deepika Padukone, Disha Patani
Production Company: Vyjayanthi Movies
Distributors: Annapurna Studios, AA Films, KVN Productions, Sri Lakshmi Films, Swapna Cinema, Wayfarer Films, Amazon Prime Video, Netflix
Genre: Sci-fi / Drama / Action
Running Time: 181 minutes
Release Date: 27 June 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan Perang Kurukshetra di mana Ashwatthama (Amitabh Bachchan) membunuh bayi dalam kandungan milik Uttara (Malvika Nair). Kerana dosa tersebut, dia dhukum oleh Vishnu dengan hidup abadi dan menyaksikan segala penderitaan yang dialami oleh manusia sejak berabad lamanya. Bau kuasa milik Ashwatthama juga dirampas lalu dia hidup sebagai manusia biasa. Sumpahannya hanya akan berakhir apabila kelahiran ke-10 Vishnu yang menuju ke pengakhiran Kali Yuga. 

Pada tahun 2898 AD, 6000 tahun setelah perang tersebut, bandar Kasi adalah bandar terakhir yang dipenuhi sumber dan dikuasai oleh Supreme Yaksin (Kamal Haasan) yang berumur 200 tahun. Yaksin memerintah dari bangunan berbentuk piramid yang terapung di tengah kota. 


Di bawah pemerintahanya, wujudnya sebuah makmal yang diselia oleh Komander Manas (Saswata Chatterjee) di mana makmal tersebut dipenuhi dengan kaum perempuan yang subur. Mereka dikurung dalam bilik tahanan dan apabila tiba waktunya, akan diambil ekstrak serum dari uri untuk diberikan kepada Supreme Yaksin. Serum tersebut untuk membantu memulihkan masalah penuaan. 

SUM 80 (Deepika Padukone) adalah sebahagian dari eksperimen tersebut. Anehnya bayi dikandung sudah mencecah 3 bulan, lebih lama dari wanita lain. Setiap kali diuji oleh doktor, tiada tanda-tanda langsung menunjukkan dia hamil sehingga lah rahsia tersebut diketahui oleh rebel dari Shambhala. Ashwatthama yakin SUM 80 dan anaknya yang akan menyelamatkan mereka semua dari Supreme Yaksin kelak. 


Perintah tangkapan dikeluarkan oleh Komander Manas dengan jumlah tertinggi lalu Bhairava (Prabhas) menggunakan kemahiran dan kelebihan yang dia ada untuk menangkap wanita tersebut. 

Naskhah science fiction Kalki 2898 AD arahan Nag Ashwin mengabungkan pelakon Bollywood dan Tollywood dalam satu projek mega. Selain barisan pelakon utama, Disha Patani, Dulquer Salmaan, Mrunal Thakur, Ram Gopal Varma, Vijay Derakonda dan ramai lagi. 


Filem Kalki 2898 AD adalah installment pertama jadi akan ada banyak lagi plot utama dengan lebih ramai lagi pelakon yang akan muncul. Jadi tak hairan lah kalau naskhah pertama ni bersifat penceritaan dan meperkenalkan watak-watak utama. Mungkin ada beberapa watak yang dibunuh tapi tak mustahil akan muncul kembali untuk babak flashbacks di installment yang lain. 

Personally, I agak bosan dengan filem Kalki 2898 AD sepanjang 181 minit kerana vibe Tollywood yang agak kuat sepanjang penceritaan. The dry dialogues, the masala and humour from Tollywood writers failed to impress me. Agak menyampah setiap kali watak Bhairava muncul sebab karakter dia menjengkelkan. Dia macam karakter Salman Khan era 2004-2009 versi Tollywood. Mungkin orang lain suka la kot sebab filem Kalki 2898 AD ni dah diiktiraf filem keempat tertinggi jumlah kutipan mengalahkan kutipan box office filem Jawan (2023). 


Filem Kalki pun mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah dijangka macam babak Kyra (Anna Ben) yang bercerita tentang majlis kahwin ataupun trick Bhairava untuk pergi ke Shambala. Filem Kalki diadaptasikan dari kitab Mahabharata jadi ada beberapa reference yang tak difahami. Kalau untuk Indian audience mungkin reference tu adalah plus point untuk connect dengan filem ni. 

Walaupun Deepika Padukone adalah main lead dalam filem Kalki tapi lakonan dia dull and expressionless. Pengarah masukkan Deepika mungkin untuk tarik crowd sebab screentime dia tak banyak pun. Mrunal yang muncul sekejap boleh tinggalkan impak dengan lakonan dia sebagai tawanan Komander Manas. Lakonan Deepika dalam Kalki lebih kurang sama dengan lakonan dia dalam Bajirao Mastani (2018) atau Padmavaat (2019)



Yang buatkan I tertarik untuk tengok sampai habis adalah kekuatan CGI yang dimasukkan dalam filem Kalki 2898 AD. Masa Komander Manas serang Shambala pun seronok tengok teknologi yang digunakan oleh benteng pertahanan Shambala. Gabungan warna dan kreativiti untuk menghidupkan visual yang meyakinkan dan mengagumkan dari kerjasama Djordje Stojiljkovic dan DNEG. 

Kebanyakan gadget atau machine yang digunakan oleh Bhairava nampak cool dan futuristik dihasilkan sendiri oleh Mahindra Company dan kerja-kerja pembuatan ni memakan masa sepanjang pandemik. Antara salah satu sebab kenapa tempoh penggambaran filem Kalki bermula sejak tahun 2021 hingga tahun 2023. Sepanjang tempoh tu juga Prabhas dengan Amitabh Bachchan menjalani pembedahan lutut dan tulang rusuk.


Filem Kalki 2898 AD terbitan Vyjayanthi Movies tak ada banyak lagu tapi lebih kepada instrument music sebagai peneman untuk beberapa babak penting. Overall, it’s a good one-time watch movie. I mungkin akan layan installment kedua Kalki sebab nak tahu juga perjalanan watak Ashwatthama dan Karna. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

Movie Review | Mr. & Mrs. Mahi (2024)

Thursday, 5 September 2024


Director: Sharan Sharma
Writers: Nikhil Mehrotra, Sharan Sharma
Cast: Rajkumar Rao, Janhvi Kapoor, Rajesh Sharma, Kumud Mishra, Zarina Wahab
Production Companies: Dharma Productions, Zee Studios
Distributors: Zee Studios, Netflix
Genre: Sports / Romantic / Drama
Running Time: 139 minutes
Release Date: 31 May 2024
Trailer:


Mahendra ‘Mahi’ Agarwal (Rajkummar Rao) cenderung dalam sukan kriket sejak di usia muda dan mengabaikan pelajarannya kerana berharap akan pergi jauh dalam sukan tersebut. Malangnya Mahi gagal dalam pemilihan peringkat negeri dan terpaksa akur dengan kehendak bapanya (Kumud Mishra) untuk bekerja di kedai sukan milik keluarga. 

Setiap hari ada saja kesalahan yang dilakukan oleh Mahi sehingga kedai hampir mengalami kerugian. Setelah beberapa tempoh bekerja, Mahi mendapat pinangan dari keluarga Mahima ‘Mahi’ Agarwal (Janhvi Kapoor). Mahima bekerja sebagai doktor di sebuah hospital namun sering dibuli oleh doktor senior. 


Berkongsi minat dan jerih payah bersama, Mahima dan Mahendra semakin rapat dan jatuh cinta. Mahima pujuk suaminya supaya buat comeback dalam sukan kriket tapi nasib tidak menyebelahi Mahendra apabila sekali gagal dalam ujian kelayakan. Mahendra mendapat nasihat supaya menjadi jurulatih sukan kriket dan kerana saranan tersebut, Mahendra pujuk Mahima untuk berhenti kerja dan berlatih untuk pemilihan peringkat negeri. 

Tanpa disangka, Mahima layak dalam pemilihan dan dilatih di akademi namun perubahan tersebut tidak dapat diterima oleh Mahendra lantas hubungan mereka menjadi renggang akibat cemburu dan rasa kurang keyakinan diri. 


Naskhah sukan dan romantik drama hasil sutradara Sharan Sharma menggunakan idea yang segar dan kreatif apabila menggabungkan dua individu yang mempunyai minat mendalam terhadap kriket. Jarang nak jumpa atlet dilatih oleh pasangan hidup sendiri dan naskhah ini berjaya paparkan pros and cons hubungan tersebut. Macam mana Mahima boleh bersemangat berlatih dan berjaya dalam pemilihan hasil latihan Mahendra dan bagaimana juga Mahima boleh hilang keyakinan bila Mahendra bawa diri. 

Malangnya watak Mahendra nampak tersangatlah toxic dalam filem Mr & Mrs Mahi dan naskhah ni seolah-olah glorify toxic masculinity menerusi watak utama. Tak ada salah langsung bila Hardayal Aggarwal menyampah dengan jalan hidup Mahendra yang fokus pada kriket tapi tak membuahkan hasil. Pelajaran terbabas sampai tak boleh minta kerja di syarikat swasta atau Kerajaan, nak tolong keluarga pun jauh sekali. 


Kalau jadi majikan memang dah lama kena pecat si Mahendra ni. Sikit pun tak belajar dari kesilapan atau berdamai dengan takdir yang dia tak mampu jadi pemain kriket yang bagus. Daripada buat watak Mahendra sentiasa buat silap semasa bekerja, lebih elok kalau buat watak dia rasa kosong dan tak bermaya untuk kerja. Babak confrontation antara Mahendra dengan ibu dia (Zarina Wahab) tu dah cantik sebab ada mesej tentang kebahagiaan yang sebenar datang dari hati bila Mahendra compare life dia dengan adik sendiri.  


Masa dalam permainan pun tak boleh bermain dengan ahli pasukan lain sampai boleh kalah dengan pihak lawan gara-gara ego. Bila Jurulatih Benny Dayal Shukla (Rajesh Sharma) bagi nasihat pun ditolak mentah-mentah sebab rasa kerjaya jurulatih tu memalukan dan tak dipandang tinggi. Watak Mahima pun pendek akal juga bila buat keputusan. Nasib baik lah dia diterima masuk sebagai wakil negeri, kalau tak dapat? Jadi satu hal tergadai kerja sebagai doktor. 


Gandingan Rajkummar Rao dengan Janhvi Kapoor adalah fresh pairing dan sesuai digandingkan bersama cumanya kedua-dua watak dikarang secara ringan dan predictable. Untuk genre romantik, tak ada masalah ditambah dengan suasana romantik yang dipaparkan dalam lagu romantik Dekha Tenu nyanyian Mohammad Faiz. Tapi bila masuk babak dramatik dan beremosi, kedua-duanya tampak biasa saja. Klimaks scene pun tak memberi impak yang kuat. 



But still filem Mr & Mrs Mahi mempunyai tribute yang kuat kepada jurulatih bilamana kejayaan seseorang pemain negara selalu dikaitkan dengan individu sedangkan ada kerja keras dari jurulatih juga, sokongan dan dorongan dari orang sekeliling and that what’s make this movie work. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Drama Review | Nafsu (2024)

Wednesday, 4 September 2024


Pengarah: Sein Qudsi
Penulis Skrip: Hadi M. Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail, Azhar Amirulhisyam
Pelakon: Aqasha, Kamal Adli, Azira Shafinaz, Nia Atasha, Khayrisyah Kemal, Fahrin Ahmad, Ellie Suriaty, Vanidah Imran, Riezman Khuzaimi, Rosdeen Suboh, Zaidi Omar, Yusuf Bahrin, Gambit, Steve Yap, Fadhli Masoot
Syarikat Produksi: Infinitus Productions
Penyiaran: VIU
Genre: Seram / Aksi / Misteri
Jumlah Episod: 8 Episod (50-55 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2024 – 18 Julai 2024 
Trailer : 


Drama Nafsu mengisahkan tentang Sam (Kamal Adli) yang bekerja dengan Pak Atan (Rosdeen Suboh) dan Suria (Nia Atasha) sebagai bomoh penipu di Chow Kit. Barang milik mangsa dicuri kemudiannya mereka datang membantu sebagai bomoh dengan meminta wang pengeras yang tinggi. Sam sebenarnya mempunyai deria keenam dan memang mendalami ilmu agama kerana dibesarkan di madrasah namun hijabnya ditutup kerana pelajar di situ sering diganggu. 

Satu hari Sam terjumpa dengan Alia (Khayrisyah Kemal), adik kepada Dina, bekas kekasih Sam dalam keadaan yang serabai. Alia mencari ‘barang’ untuk hilangkan gangguan suara yang sering didengarinya. Alia cuba minta bantuan Dina di hospital tempat kakaknya bekerja namun pertengkaran pula yang berlaku gara-gara prescription dari Dr. Azlan (Fahrin Ahmad). Dina anggap Alia mengada-ngada sementara Alia terasa hati dengan keluarga yang sering memandang rendah.
 

Gangguan Alia semakin lama semakin teruk hingga dia dirasuk kemudiannya terbang di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Sam berjanji akan membantu Dina mencari Alia dengan menggunakan kelebihan yang dia ada. Sam berjumpa dengan Ustaz Firdaus (Zaidi Omar) untuk buka kembali hijabnya. Dari pilihan tersebut, Sam kenal siapa dirinya yang sebenar dan kenapa Gusti (Aqasha) bersama ahli kumpulan ajaran sesat dari golongan elit menyerunya datang sebagai Penyelamat Umat. 

Naskhah Nafsu arahan Sein Qudsi mengangkat tema yang segar dan semakin menular iaitu kumpulan ajaran sesat. Bukan sesuatu yang baru pun di Malaysia tapi dalam industri seni, sesuatu yang jarang disentuh dengan jalan cerita yang dark dan intense. Semakin cerita bergerak, semakin mendalam rasa ngeri yang dipaparkan. 


Walaupun genre seram adalah genre utama tapi bukan rasa seram kepada hantu tapi dengan penipuan yang dibawa oleh Gusti. Gambaran ringan dan ringkas macam mana Dajjal datang dan menyesatkan manusia kecuali orang-orang yang beriman melalui ceramah Ustaz Norman (Syazuwan Hassan). Yang bijak macam watak Dr. Zac (Yusuf Bahrin) atau Dr. Azlan, kaya macam Kamariah (Ellie Suriaty) ataupun kuat macam Foo (Steve Yap) pun boleh terpedaya dengan tipu helah iblis. Watak Sam sendiri pun ada masanya jatuh dalam tipu helah Gusti walhal dah berguru dengan Ustaz Firdaus. Sedikit sebanyak drama Nafsu terbitan Infinitus Productions bagi pengajaran melalui mesej-mesej sosial yang dibawa. 

'Aku cuma memulangkan hak kau Syamsul. Itu anugerah Allah kepada kau. Cuma aku nak pesan dekat kau, jaga diri. Allah anugerahkan kau benda-benda ghaib, supaya kau ingat dengan dia selalu. Dekatkan diri kepada Allah s.w.t., berdoa pada dia. Doa orang yang diuji selalunya makbul. Jangan lupa solat.


Sembang pasal karya Sein Qudsi memang seronok sebab kreativiti yang dibawa tapi bila sembang bab sinematografi dari Izzat Emir, ada benda yang tak berapa syok lah. Kualiti visual Nafsu tak lari jauh dengan drama Black 2 (2021) sebab beberapa babak yang suka close-up padahal tak perlu pun. Beberapa episod awal drama Nafsu banyak close-up fizikal Kamal Adli yang baru sangat selesai shooting filem Takluk: Lahad Datu (2024). Masa babak Suria meninggal pun boleh nampak anak tekak dia bergerak. Babak aksi pun tak seronok nak layan bila camera shaky dan dekat sangat. 

I suka dengan lakonan Azira Shafinaz sebagai Dr. Dina ditambah dengan chemistry dia bersama Kamal sampaikan ada beberapa momen yang manifest supaya diorang bercinta balik. Berbeza lah dengan lakonan dia dalam filem Sherif (2024) sebab most of the time it feels forced. Dalam Nafsu dia memang faham dengan watak Dr. Dina dan menyerlah dalam babak emosi. 


Masa Dina jumpa Sam dekat kubur tu pun strong juga bila Azira hanya berekspresi dari renungan mata. I suka babak Dina kunci pintu supaya Sam tak perlu risaukan dia tapi dalam masa yang sama tak berganjak dari pintu sebab nak pastikan Sam selamat. Jarang nak jumpa babak heroin yang faham tugas hero sebab kebanyakannya suka bunuh diri demi cinta padahal tak perlu pun. 

Tapi disebabkan pace agak perlahan, relationship Dina dengan Alia tak dikembangkan sangat. Faham juga lah kenapa Alia terasa bila lukisan dia tak digantung sedangkan Alia keluar dari comfort zone dia yang hebat dalam lukisan abstrak untuk melukis realisme. Mungkin lebih menarik kalau ada confession scene watak Dina cerita kenangan dia dengan Alia. 


Watak Alia dalam drama Nafsu agak lemah sebab berapa kali tertipu dengan Gusti berbanding dengan watak Bella (Liyana Jasmay) yang desperate untuk comeback. Sekejap saja muncul tapi mencuri tumpuan dalam Episod 2 dan Episod 3. Kalaupun rahsia Alia tu terbongkar tapi Kamariah tak ada cacat cela pun sebagai ibu dia. Tak jelas sangat kenapa watak Alia ni rapuh sebab dekat awal episod dah nampak dia bukannya sakit mental pun seperti yang Dr. Azlan diagnos. Lakonan Khayrisyah Kemal bagus cuma watak dia tak kuat sangat.


Personally, I makin lama makin kurang gemar dengan drama yang tak boleh kembangkan atau bercerita dengan baik sebab penat nak baca gesture atau hidden language dalam beberapa babak. Tak dikembangkan kenapa ahli-ahli kumpulan ajaran sesat ni setia dengan Gusti dan yakin akan selamat bila Gerhana datang. I guess I’m old ataupun penat dengan kerja but this just me. Untuk yang suka naskhah seram dan misteri, this one is for you guys. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7  = 8.8/10

Astro Kembali Dengan Program Nyanyian Realiti Kegemaran Ramai, ‘The Chosen One 2024’ Dengan Menampilkan Duo Yang Lebih Hebat! |  Musim baharu janjikan gandingan mantap, bermula 20 September ini di Astro Ceria & Astro Ria

Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

Kejayaan musim pertamanya telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di televisyen. Amir Sisi, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak, telah dinobatkan juara musim lepas dan menjadi tular dengan lebih 235 juta tontonan di TikTok. Vokal hebatnya mendapat pujian termasuk daripada Timbalan Menteri Pendidikan di Parlimen Malaysia. Kini, Amir adalah bakat eksklusif Rocketfuel dan telah melancarkan single pertamanya berjudul Ayah Ibu.

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada musim pertama, kami kini kembali dengan musim kedua yang lebih berprestij, hebat dan kompetitif daripada sebelumnya. Kami sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian. Lantas, kami cipta pentas ini untuk mereka bersinar. Juara musim pertama, Amir Sisi membuktikan bahawa mempunyai latar belakang yang berbeza tidak boleh menghalang sesiapa pun daripada mencapai impian mereka untuk bersinar di atas pentas, dan kami berharap mesej ini dapat disampaikan kepada seluruh Malaysia melalui program nyanyian ini, tidak kira muda atau pun tua.

Kami berharap para penonton terpukau dengan persembahan mereka bersama dengan selebriti-selebriti popular ini. Bukan mudah untuk melihat gabungan antara mereka, dan kami percaya peserta-peserta ini akan terus cemerlang dalam industri ini dengan bimbingan selebriti-selebriti atau pun coach masing-masing. Akhir kata, kami berharap musim terbaharu ini akan sekali lagi memperkenalkan bakat generasi baharu yang mampu menawan hiburan Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa,” tambah Putri Yasmin.

Sejajar dengan matlamat Astro, program ini bertujuan untuk memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu yang mampu melonjakkan industri hiburan Malaysia. Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.

Seramai 16 peserta berumur daripada 11 tahun hingga 17 tahun dari seluruh Malaysia dipilih daripada uji bakat untuk berentap dalam ‘The Chosen One 2024’, termasuk juara pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, bakat yang pernah tular di media sosial, serta wajah-wajah baharu yang tidak mempunyai pengalaman bertanding dalam mana-mana pertandingan sebelum ini. 8 daripada mereka yang berjaya menarik perhatian para coach selebriti ini akan dipilih sebagai pasangan dengan selebriti tersebut. Kelapan-lapan duo ini akan bersaing di pentas utama program untuk merebut gelaran sebagai juara.

Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat. ‘The Chosen One 2024’ kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

PENJURIAN & TRIVIA ‘THE CHOSEN ONE’ MUSIM KEDUA

• Untuk ‘The Chosen One 2024’, lebih daripada 300 peserta hadir ke uji bakatnya yang telah diadakan di AEON Shah Alam dan Shangri-La Tanjung Aru, Sabah.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 5,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my

• Para penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka pada setiap minggu sejurus selepas program tamat menerusi www.thechosenone.com.my . Peserta dan ‘coach’ mereka yang mendapat undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’ yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.

PESERTA ‘THE CHOSEN ONE’ MUSIM KEDUA

1. Azry Sabri - 15, Sabah

• Sangat meminati band Sheila On 7.

• Boleh bermain gitar, violin dan drum.

• Mengikuti kelas muzik di Yamaha Tawau.

• Ada band busking di Sandakan.

2. Akhil Mikhail - 11 Skudai, Johor 

• Pernah viral kerana style nyanyian seakan-akan penyanyi Saleem.

• Suka genre rock dan bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi.

3. Kiki Fateeha - 13 Keningau, Sabah

• Juara Bintang Kecil 2023.

• Sering menyertai pertandingan nyanyian di Sabah.

• Belajar vokal.

• Meminati penyanyi legenda Ella.

4. Awangku Zaq - 15 Kuala Lumpur 

• Pernah membuat persembahan

• Showcase Sumbangsih P.Ramlee di

• Sekolah Seni Kuala Lumpur.

5. Wan Fahrin - 14, Keterek, Kelantan

• Tidak pernah menyertai mana-mana program TV.

• Suka penyanyi Saleem.

• Anak kepada tukang cat rumah

• Mahir dalam ilmu silat yang diturunkan oleh ayahnya

6. Auny Nabihah - 16, Jasin, Melaka 

• Meminati genre balada dan pop, aktif dalam aktiviti kebudayaan di sekolah.

• Merupakan pelajar Sekolah Seni Johor.

7. Elofa Reza - 13 Melaka 

• Aktif nyanyi di sekolah dan acara-acara di sekitar Melaka.

• Pernah sertai Bintang Kecil 2023.

8. Evanqa Shreya - 16, Subang Jaya 

• Sangat meminati Ella.

• Belajar vokal dengan cikgu Syafi

• Pertama kali sertai uji bakat.

• Evanqa seorang anak yang tampak garang, tapi lemah lembut.

9. Qal Daienish - 14, Selangor 

• Berkemahiran bermain gitar, kerap membuat persembahan di sekolah.

• Tidak pernah sertai mana-mana rancangan TV.

• Seorang eye candy .

10. Geng 3 Beradik (Ahmad Afnan Khudri (16), Ahmad Rifqi Rafie (13), Ahmad Nawfal Iman (9)) - Kota Bharu, Kelantan

• Kumpulan dikir barat muda dari Kota Bharu, aktif membuat persembahan dikir di expo sekitar Kelantan.

• Kesemua Geng Adik Beradik boleh bermain alat muzik tradisional - rebana ubi.

• Adik bongsu berbakat dalam rap.

11. Baiq Balqis - 15, Kuantan, Pahang

• Bapa yang menjadi penyokong tegar sudah meninggal dunia.

• Meminati muzik balada dan dangdut sejak berumur 5 tahun.

• Memiliki support system kuat daripada ibu dan abangnya.

• Sering mendapat jemputan sebagai penyanyi untuk majlis dan acara rasmi Jabatan Kebudayaan Pahang.

12. Alif Irhan - 11, Simpang Pertang, Negeri Sembilan

• Ayah bekerja sebagai pemetik buah sawit dan ibu adalah seorang cleaner.

• Tidak pernah meyertai mana-mana rancangan TV.

• Meminati genre rock dan balada.

13. Farah Aina - 17, Selangor 

• Mempunyai suara yang unik.

• Boleh bermain gitar.

• Bapa bekerja sebagai pelukis dan ibu adalah seorang guru.

• Pernah dibuli di sekolah.

• Terapi diri mendengar

14. Eriq Fikri - 13, Kuala Lumpur 

• Bersekolah di Sekolah Seni Johor.

• Sangat meminati muzik genre rock,

15. Atikah Rose - 17, Kundasang, Sabah

• Ayah sudah meninggal dunia, ibu bekerja sebagai petani.

• Aktif aktiviti kebudayaan di sekitar kampungnya.

• Viral di TikTok dan Instagram kerana nyanyiannya yang memukau.

16. El Elza - 15, Semporna, Sabah

• Mempunyai bakat nyanyian yang mantap.

• Aktif menyanyi dan kegiatan seni di sekolah / sekitar Semporna.

• Berkebolehan menyanyikan lagu Bahasa Inggeris dengan baik.

• Mula menyanyi sejak usia 6 tahun.