Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan, Surau Elmina

Friday 16 August 2024


Awal bulan lepas dapat jemputan ke Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan dengan AJK Surau Elmina. Ni pertama kali jejak kaki ke surau baru ni sebab lokasi dia agak jauh dari kediaman. Kalau tak dijemput, entah bila nak sampai agaknya. 

Nak join program memasak, mesti lah kena bawa perkakas wajib macam pisau dengan papan pemotong sebab bahan-bahan semuanya pihak surau dah sediakan. Program mula jam 9 pagi tapi terlajak sikit keluar rumah makanya sampai around jam 9.30 pagi macam tu. I park dekat sebelah Surau Elmina Greens sebab takut belah dalam tak ada ruang sebab kawasan surau ni tak luas sangat pun. 




Aktiviti memasak tu buat dekat sebelah kanan surau, dekat dengan kawasan dapur dan stor. Pihak surau pacak satu kanopi besar untuk kaum wanita memasak. Ada juga yang ajak suami untuk hidupkan api sebab masing-masing tak berani nak buat. 

Bila sampai tengok semua dah start memotong bahan dah. Bila bagitahu nak join masing-masing pandang sama sendiri sebab bahannya dah habis potong dah pun. Konon pergi nak buat kerja kan? Sudahnya kena suruh makan je makanan sarapan pagi. Ada laksam, puding roti, nasi lemak, kek pisang, kek coklat, marble cake dengan tteokbeoki. Meriah!





Sempat juga lah merasa tolong memasak sebab kena potong gula melaka lepastu tolong kacau tepung gandum untuk Bubur Asyura Utara. Bubur Asyura Selatan tak payah ambil pusing sangat sebab dari awal lagi pihak surau dah rebus daging lembu satu periuk besar. Tinggal nak masukkan beras je bila sup dah mendidih. 



I ambik turn kacau bancuhan tepung gandum dengan tepung beras sebab yang lain tengah sarapan dan rehat lepas aktiviti memotong bahan. Kacau bancuhan tepung ni nampak macam senang tapi kena laju mengacau supaya bancuhan tepung tak berketul. Bila dah start kering sikit, kita tapis buang kutu tepung.

Lepas dah ganti dengan next team, I pergi sarapan sambil dengar cerita penduduk Elmina Green ni. Ramai yang baru pindah masuk sebab fasa rumah diorang baru siap jadi banyak dengar cerita pack unpack barang lah. 

M1: Akak duduk mana? 
M2: Tu yang fasa xxx, yang rumah dua tingkat tu. 
M1: Ohh kat situuuu. Tak berapa ingat lagi fasa rumah dekat sini. Banyak sangat nama itupun ada yang tengah bina lagi. 
M3: Ha'ah sini nak senang ingat, tengok je bumbung dia macam mana. Sebab design bumbung tak sama. 
M1: Awak pulak duduk mana? 
Me: Eh saya duduk dekat dekat Subang Bestari

Segan pulak nak bagitahu duduk mana sebab kat situ semua orang Elmina. Terasa perbezaan darjat kat situ tapi diorang okay je. Masing-masing ramah menyembang. Sebagai orang yang berbeza kawasan perumahan, sepanjang masa jadi burung belatuk je, banyak angguk daripada bercakap. 



Kitorang jarang makan Bubur Asyura Utara sebab manis walaupun asal dari Kedah. Dalam Bubur Asyura Utara ada banyak ubi dan buah. Masa program memasak ni, ada mak cik bawa buah durian untuk masukkan dalam bubur asyura. Semerbak bau durian dekat situ. 

Tengok susu manis dengan kuantiti gula diorang masukkan pun dah cuak nak makan. Manis dari buah durian dengan pisang pun terngiang-ngiang dekat kepala. 


Sementara tunggu bubur masak, AJK Surau Elmina Green minta gambar semua yang join Program Memasak Bubur Asyura Utara dan Selatan ni untuk upload dekat social media. Tapi ni bukan semua masuk pun sebab ada yang tengah uruskan Bubur Asyura Selatan. 




Seronok tengok Bubur Asyura Selatan sebab masa study dekat Segamat dulu selalu dapat dari surau dekat area rumah sewa. Bau daging tu wangi sangat, bila tabur daun sup dengan bawang goreng, makin sedap aroma dia. 



AJK Surau Elmina Greens minta prepare 150 bekas untuk Bubur Asyura Utara dan 150 bekas lagi untuk Bubur Asyura Selatan. Lepas set-up dua buah meja di bahagian depan khemah, kitorang susun container ni sampai penuh meja. Tapi susun first layer dulu, bila dah isi bubur baru susun secara bertingkat sampai cukup 150 bekas. 



Syahin, QAQC Bubur Asyura Selatan

Fariha, Packaging Team




Selesai packing dalam plastik - satu Bubur Asyura Utara, satu lagi Bubur Asyura Selatan, ambil gambar dengan AJK Surau Elmina Green sebelum pulang ke rumah. Tak ambil masa lama pun nak memasak dua jenis bubur ni tapi seronok bila beramah mesra dengan komuniti sini. Insya-allah kalau ada rezeki nak join program anjuran Surau Elmina lagi. 

ASTRO TAMPILKAN DUA ADAPTASI JEPUN PERTAMA, ‘DARI MATA TURUN KE HATI’ DAN ‘KELAS TAHANAN CIKGU HIRAGI’ | Dua drama adaptasi yang memenangi anugerah paparkan perjuangan orang dengan penglihatan yang terhad dan kesan buruk buli siber, bersiaran bermula Ogos ini di Astro Ria

Astro mempersembahkan dua adaptasi drama Jepun pertama yang pernah memenangi anugerah, menandakan pencapaian penting dalam barisan kandungannya sebagai peneraju industri hiburan. Drama ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ akan ditayangkan bermula 12 Ogos 2024, diikuti dengan drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ pada 25 September 2024, menawarkan penceritaan yang menarik serta watak-watak yang menawan.

Kedua-dua drama ini akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104), destinasi penggemar drama dengan naratif yang unik serta mencabar. Kedua-dua drama adaptasi ini memaparkan jalan cerita yang berbeza. ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ mempunyai penceritaan komedi romantik yang merupakan drama pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri ‘Keterangan Audio’ kepada para penonton, manakala ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ menyelidik misteri pembunuhan psikologi yang penuh dengan saspens.

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu, Antarabangsa, Kanak-Kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, “Astro sentiasa mencari peluang untuk mencipta kandungan berdasarkan watak dan jalan cerita yang unik untuk menjangkaui jangkaan para pelanggan kami yang menginginkan penceritaan yang lebih menarik pada nilai pengeluaran yang tinggi. Drama ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ dan ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ mengekalkan elemen penting yang telah menjadi faktor kejayaannya di antarabangsa dengan sentuhan budaya tempatan untuk menepati citarasa penonton Malaysia kami. Dengan pengubahsuaian jalan cerita drama-drama ini untuk lebih dekat dengan budaya tempatan serta menampilkan bakat-bakat tempatan terkemuka dan juga yang meningkat naik, kami berhasrat untuk terus menarik perhatian pelanggan kami dengan menyediakan lebih banyak cara untuk menonton drama-drama terkenal global melalui konteks tempatan, ungkapan dan kreativiti yang sesuai.”

‘Dari Mata Turun Ke Hati’ merupakan adaptasi daripada manga popular “Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Uoyama terbitan Kadokawa Corporation, dan ia mengisahkan Jai, seorang samseng yang jatuh cinta dengan Iris Sofea, seorang gadis yang tidak sempurna penglihatannya. Walaupun mengharungi pelbagai cabaran disebabkan oleh kelemahan masing-masing, dramaini mempamerkan keindahan ketidaksempurnaan yang hanya dapat dirasai dengan kehadiran cinta dan kesetiaan antara satu sama lain.Ciri ‘Keterangan Audio’ yang diperkenalkan menerusi drama ini khas untuk mereka yang mempunyai penglihatan yang terhad. Para penonton hanya perlu memilih keterangan audio dalam Bahasa Melayu dan tekan ‘Multiple’ di tetapan ‘Audio’ di TV atau menerusi On Demand. Ciri ini bertujuan untuk menjelaskan elemen-elemen visual penting dalam penceritaan drama ini untuk memastikan semua para penonton dapat menikmati drama ini dengan sepenuhnya.

Membawa genre yang lebih berat dan sulit, drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ memaparkan sebuah insiden di dalam satu kelas di antara Cikgu Hiragi dan para pelajarnya demi membongkar misteri kematian salah seorang pelajarnya. Penceritaan drama ini menekankan kepentingan penggunaan media sosial dalam kehidupan dan keburukannya jika disalahgunakan.

Kedua-dua drama adaptasi ini merupakan penerbitan daripada Juita Viden Sdn Bhd, serta diarahkan oleh pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang. Barisan pelakon daripada kedua-duanya turut menampilkan gandingan bakat-bakat daripada rancangan pencarian Astro termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Arabella, Evertts Gomes, Azri Safix, Qistina Rania, Arena Lieya dan ramai lagi.

‘Dari Mata Turun Ke Hati’ dan ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Info Drama ‘Dari Mata Turun ke Hati’

Sinopsis:

‘Dari Mata Turun ke Hati’ mengikuti kisah kehidupan Jai, seorang remaja nakal yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Iris Sofea. Iris mempunyai masalah penglihatan yang dipanggil Amblyopia dan hanya dapat melihat sesuatu yang berada sangat dekat dengannya. Iris mengharungi kehidupannya menggunakan tongkat putih sehingga suatu hari, dia secara tidak sengaja menyerang Jai yang berjalan melulu di atas blok Braille yang digunakannya. Selepas kejadian itu, Jai dan Iris menjadi lebih rapat sehingga kedua-duanya mengenali antara satu sama lain dan akhirnya, saling jatuh cinta. Jai melakukan segalanya untuk menyenangkan Iris selepas mengetahui tentang penglihatannya. Namun, perbezaan masing-masing merumitkan hubungan mereka. Jai dan Iris kini perlu memilih untuk mengatasi masalah ini demi cinta mereka, atau mengambil haluan masing-masing. Penceritaan drama ini turut berdasarkan daripada drama “Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Yuko Matsuda dan diterbitkan oleh Nippon TV.

‘Dari Mata Turun Ke Hati’ akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis menerusi slot MegaDrama, bermula 12 Ogos 2024, jam 10 Malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Pecahan Watak:

Mierul Aiman sebagai Jai

Arabella sebagai Iris Sofea

Qistina Khaled sebagai Aira Sofea

Darien sebagai Jaha

Azri Safix sebagai Haikal

Afiq Hamidon sebagai Dayat

Evertts Gomes sebagai Farhan

Info Drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’

Sinopsis:

Cikgu Hiragi ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama dua tahun. Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi. Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu. Kematian pelajar itu menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku. Tiada siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar. Drama ini berdasarkan drama “Mr. Hiiragi’s Homeroom” karya Shogo Muto dan diterbitkan oleh Nippon TV.

‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ akan bersiaran pada setiap hari Rabu dan khamis menerusi slot Dramavaganza, bermula 25 September 2024, jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Pecahan Watak:

Nadhir Nasar sebagai Cikgu Hiragi

Azlan Komeng sebagai Rashid

Ery Putra sebagai Nasir

Rizz Amin sebagai Cikgu Syed

Erysha Emyra sebagai Aisyah

Qistina Rania sebagai Reena

Arena Lieya sebagai Sofia

Kahoe Sebagai Chi Siang

X Steamboat & Grill, Subang Bestari

Monday 12 August 2024

Setiap kalu lalu depan XFOX Steamboat & Grill ni memang tengok je tapi tak pernah nak try makan sebab takut tak banyak pilihan. Bila company adik buat farewell dekat sini baru tahu apa yang seronok makan dekat sini. 

Mula beroperasi dari jam 5 petang sampai 12 malam dengan ruang yang luas sebab corner lot so ada pilihan nak duduk dekat dalam ataupun rasa angin luar. Masa kitorang pergi ni X Steamboat & Grill baru buka jadi boleh lah pilih seat yang kitorang nak. Kawasan premis dia bersih walaupun kedai steamboat so boleh makan dengan selesa.  


Ada banyak pilihan bahan untuk steamboat atau grill macam kambing BBQ, kambing lada hitam, kambing original, ayam BBQ, ayam lada hitam, ayam merah, daging merah, daging lada hitam, daging BBQ, daging original, udang galah, ketam, tiram, scallop, lala, pahat, kepah putih, kupang, kerang, bebola frozen, aneka sayur, aneka mi, telur, kobis bunga, tomato ceri dan lain-lain.






Ada juga kaunter untuk makanan ready-to-eat, masa kitorang pergi tu ada enam pilihan macam spaghetti carbonara, nasi goreng, bihun goreng, mi goreng. Lagi dua menu tak ingat apa tapi I tak ambik sebab tak nak kenyang sangat. Kitorang pergi untuk makan malam so tak nak tidur macam ular sawa. 


Dah usha bahan yang kita nak ada ke tak, dah pilih seat, staff restoran akan datang sediakan grill dengan pot. Tak besar pun tapi okay lah nak letak sikit bahan dalam tu. Staff dekat sini ramai jadi tak ada masalah pun kalau perlukan bantuan diorang. Kadang tu kita ralit menyembang tak sedar pun kuah dah kering, staff X Steamboat & Grill ni yang datang tuangkan kuah. 



Tadaaaaa! Ni lah bahan-bahan yang I usha tu!

Adik ajak datang makan sini sebab ada tiram fresh, bila makan melt dalam mulut. Sedap sangat. Dah lama tak makan tiram fresh lepas kes beep beep tu sebab masa tu tengah banyak tiram viral tapi hitam berkeladak. Dekat sini tak pun, sedap je semua makanan laut dia. Scallop pun sedap tapi tak berani nak makan mentah sebab isi dekat tengah tu tebal so kita rebus dalam kuah tomyam. 

Kuah ada dua pilihan sama ada sup atau tomyam tapi tak sure kalau dah pilih sup boleh tukar pula kepada tomyam. Rasanya boleh tapi depends pada kesibukan staff la kot. Seronok makan tiram sampai 5 pinggan habis licin. Kitorang banyak repeat tiram, ketam dengan scallop je masa tu. Kambing jugak sebab kambing dia tak hanyir. Perapan dia pun sedap. 



Pilihan dessert dekat sini tak banyak pun, ada aiskrim dengan ais batu campur je. Aiskrim pun ada mint chocolate dengan berries so I ambil mint chocolate since it is my favorite. Topping macam biasa lah ada chocolate rice. Pilihan air dia pun tak banyak tapi okay lah sebab kalau makan dekat steamboat mana boleh minum air banyak-banyak nanti cepat kenyang. 


Harga untuk seorang dewasa - RM49.90, untuk kanak-kanak pula RM29.90 dan ada pakej untuk pelajar sebab dekat sini ada HELP University so around RM39.90 seorang. Dekat sini ada pakej harijadi jugak, kalau bagitahu tarikh hari lahir boleh dapat diskaun 50% dengan kek sepotong. Tak payah bagitahu tarikh, bagitahu bulan lahir pun dah boleh claim actually. Terma dan syarat tu kena tanya admin restoran lah. Kang sembang lebih tapi tak dapat haaa nangis.

Cara bayaran dekat sini boleh guna wang tunai ataupun QR code. Line internet pun laju jadi tak ada masalah kalau tak suka bawak cash banyak dalam dompet. Dekat sini ada toilet dengan surau jugak so kalau pergi lepas habis kerja boleh lah singgah solat Maghrib dekat sini. Parking pun luas sebab area sini tak banyak kedai makan.

Berbaloi tak makan dekat sini? Of course lah berbaloi sebab ada banyak seafood yang fresh. Kalau dia letak salmon lagi seronok, tak payah dah pergi Seoul Garden haha. X Steamboat & Grill, Subang Bestari ni offer suasana yang tenang anddd yupp memang tenang sebab tak pasang lagu atau music which is good sebab seronok nak menyembang. Tapi yang tak best bila ramai sangat datang menjual makanan. Bukan salah restoran lah sebab area sini memang ramai yang datang menjual, jenis pushy macam tu. Anyway, thank you X Steamboat & Grill, Subang Bestari!

Movie Review | Madgaon Express (2024)

Sunday 11 August 2024


Director: Kunal Khemu
Writer: Kunal Khemu
Cast: Divyenndu, Pratik Gandhi, Avinash Tiwary, Nora Fatehi, Upendra Limaye, Chhaya Kadam
Production Company: Excel Entertainment
Distributors: AA Films, Amazon Prime Video 
Genre: Comedy 
Running Time: 143 minutes
Release Date: 22 March 2024
Trailer:


Bermula dari tahun 1998, tiga sekawan - Dhanush Sawant aka Dodo (Divyenndu), Pratik Garodia aka Pinku (Pratik Gandhi) dan Ayush Gupta (Avinash Tiwary) mempunyai impian untuk melawat Goa sebelum mereka tamat kolej. Disebabkan masih muda dan tidak mendapat keizinan keluarga, selepas tamat majlis graduasi juga mereka tidak dapat jejak kaki ke Goa. Baru saja tekan minyak, mereka bertiga terlibat dalam satu kemalangan. 

Selepas kejadian tersebut, Ayush dan keluarga berpindah ke New York malah Pinku dan keluarganya berhijrah ke Cape Town. Tinggal lah Dodo keseorangan di Mumbai tanpa apa-apa pencapaian dalam hidup sedangkan dua lagi sahabat baiknya semakin bahagia di negara asing. Dodo mula menggunakan editing skills dia untuk tampil mewah dan popular di alam maya. 


Tahun 2015, Pinku dan Ayush buat keputusan untuk melawat Dodo di India. Alang mereka sudah bekerja dan dewasa, Dodo ajak mereka berdua untuk bercuti di Goa. Disebabkan tak mampu travel dengan kapal terbang, Dodo ajak Ayush dan Pinku naik Madgaon Express kerana view dari keretapi lebih cantik. Sebelum berlepas, Pinku buat panggilan ke Cape Town lalu tertukar beg yang penuh dengan ubat alergi. 

Pinku mula resah kerana beg yang ada pada dia sekarang mempunyai kunci hotel, pistol dan juga duit tunai yang banyak. Peluang emas untuk Dodo berjoli di Goa dengan duit tersebut tanpa kawan-kawan dia tahu keadaan dia yang sebenar. Di sana mereka terjumpa tokan dadah (Kunal Khemu) yang beri gummy bear secara percuma. Naif dengan keadaan di Goa, mereka bertiga terjebak dengan gangster Kanchan Kombdi (Chhaya Kadam), Mendoza (Upendra Limaye), Dr. Danny (Remo D'Souza) juga pihak polis. 


Naskhah komedi arahan sulung Kunal Khemu mempunyai jalan cerita yang ringkas dan menghiburkan apabila tiga watak utama terjebak dengan dadah secara tak sengaja. Vibe filem Madgaon Express yang diterbitkan oleh Excel Entertainment lebih kurang sama dengan filem Go Goa Gone (2013) di mana Kunal Khemu juga terlibat dalam penulisan skrip.

A bit disappointed lah bila Kunal cuma muncul sebagai tokan dadah dengan screentime tak sampai 5 minit padahal dia patut ganti Remo untuk watak Dr. Danny. Sebelum ni Kunal menyerlah sebagai Michael Rodriguez dalam filem Malang (2020) yang menggunakan latar tempat dan tema yang sama. Watak Dr. Danny nampak kaku sangat padahal antara watak penting dalam filem ni. Surprisingly, Nora lebih natural dan bersahaja sebagai Tasha yang mencari dadah premium di Goa.

 
At first macam skeptikal lah nak layan filem Madgaon Express ni sebab dah bosan dengan filem komedi yang berkisarkan dadah di Goa tapi bila tengok ada Avinash dalam lagu Not Funny terus semangat. Last time layan movie Avinash dalam The Girl on the Train (2021) itupun watak sampingan je. 



Sebelum ni watak dia semuanya watak serius, dalam Madgaon Express je yang santai dan sengal. Tak lah seteruk Pinku dan Dodo tapi ada juga lah fair share dia yang buatkan beberapa babak menghiburkan. Comel tengok Avinash dengan Nora especially masa babak Tasha koyak baju dia untuk lap luka Ayush. 

Watak Pinku paling kelakar sekali walaupun banyak masalah datang dari Dodo. Berbeza sangat lakonan Pratik sebagai Pinku yang lemah dengan bakteria dan anak mak dengan lakonan Pratik sebagai scammer dalam Scam 1992: The Harshad Mehta (2020). Hampir tak cam bila dia jadi lemah sebaik saja mendarat di India. Kelakar tengok Pinku berubah karakter setiap kali jumpa dadah, hilang terus karakter anak mak yang penakut tu. Casting director did a great job gabungkan ketiga-tiga pelakon dalam satu filem sebab semua pandai berlakon.  


Sinematografi dari Adil Afsar menguatkan lagi penceritaan dengan panorama menarik di Goa. Dialog santai dan tak ada guna mana-mana reference buatkan perjalanan cerita mudah difahami sepanjang 143 minit. Madgaon Express ada bagi tribute kepada filem-filem terbitan Excel Entertainment macam Dil Chahta Hai (2000) dan Zindagi Na Milegi Dobara (2011). Beg merah kepunyaan Pratik tribute untuk filem Lootcase (2020)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10

Movie Review | Srikanth (2024)


Director: Tushar Hiranandani
Writers: Jagdeep Siddhu, Sumit Purohit
Cast: Rajkummar Rao, Jyothika, Alaya F, Sharad Kelkar
Production Companies: Chalk and Cheese Films, T-Series Films
Distributors: AA Films, Netflix
Genre: Biography / Drama
Running Time: minutes
Release Date: 10 May 2024, 5 July 2024 (Netflix)
Trailer:


Kisah bermula dengan kelahiran Srikanth Bolla di sebuah kampung terpencil dalam daerah Machilipatnam, Andhra Pradesh, India. Kegembiraan ayahnya, Damodar Bolla (Srinivas Beesetty) hanya sementara kerana Srikanth dilahirkan buta. Tak sampai hati melihat anaknya ditanam hidup-hidup, Venkatamma Bolla (Anusha Nuthula) merayu untuk menjaga Srikanth. 

Sejak kecil Srikanth merupakan pelajar yang cerdas namun sering dibuli oleh rakan sekelas. Ibu bapanya menghantar Srikanth ke sekolah khas berasrama lalu di sana dia dilatih oleh Cikgu Devika Malvade (Jyothika). Selain bijak dalam pelajaran terutamanya subjek Sains, Srikanth juga minat dengan sukan kriket. Nama Srikanth juga diambil dari pemain kriket negara dengan harapan satu hari Srikanth membesar menjadi pemain kriket, sama seperti idola ayahnya. 

Tamat pengajian di sekolah, Srikanth Bolla ingin belajar subjek Sains di Indian Institute of Technology (IIT) tapi permohonannya ditolak kerana dia buta walaupun mendapat markah tertinggi dalam ujian kelayakan. Srikanth dan Cikgu Devika bawa kes tersebut ke Mahkamah dengan melawan Kementerian Pendidikan India. 

Walaupun menang kes tersebut Kementerian tetap belum bersedia untuk menerima pelajar buta namun tak mematahkan semangat Srikanth untuk belajar Sains. Srikanth mendapat tawaran dari empat kolej terkemuka di Amerika Syarikat dengan biasiswa penuh. Di sana, Srikanth lebih banyak berdikari tanpa keluarga dan juga Cikgu Devika di sisi. 

Perjalanan Srikanth Bolla diceritakan dengan baik dan sarat dengan emosi melalui sutradara Tushar Hiranandani dan lakonan mantap dari Rajkummar Rao. Dari kecil lagi kehidupan Srikanth melalui jalan yang sukar tapi disebabkan Tuhan hadirkan insan yang baik di sekeliling dia, semangat dia tak pernah luntur untuk capai impian yang tampak mustahil. Lakonan Rajkumar Rao tak jauh beza dengan Srikanth sebenar jadi tak mustahil senang sangat untuk tersentuh setiap kali dia diduga dengan cabaran baru. 

Tindakan Damodar nak tanam Srikanth hidup-hidup tu mungkin agak melampau tapi kalau lahir dalam keluarga miskin melarat di India, nak makan pun susah apatah lagi untuk sediakan kelengkapan khas untuk Srikanth. Belajar dekat sekolah pun dah dikira sesuatu yang mewah. Bila masuk sekolah di Delhi baru Srikanth dapat pegang tongkat dan berjalan tanpa bantuan orang lain.

Of course, dalam filem ada beberapa babak fiksyen yang dimasukkan untuk menambahkan perasa dan sama juga dengan watak Cikgu Devika sebab dalam kehidupan sebenar, guru subjek Bahasa Inggeris, T. Swarnalatha yang paling rapat dengan Srikanth dan bantu biaya pengajian dia. Rasanya babak Srikanth dibuang dari sekolah berasrama tu cuma fiksyen untuk kuatkan lagi bond antara Cikgu Devika dan Srikanth. Selain Rajkumar Rao, Jyothika juga menyerlah sebagai individu penting dalam hidup Srikanth sebagai peneman, rakan dan mentor. Jyotika memang ada sifat-sifat keibuan dan terserlah dalam lakonan dia sama seperti watak ibu dalam filem Shaitaan (2024).

Watak-watak sampingan yang dimasukkan dalam filem Srikanth menggalas tugas dengan baik namun tak semua watak mendapat ruang yang cukup terutamanya keluarga Srikanth. Dalam beberapa babak saja keluarga Srikanth muncul. Mungkin sebab nak bagi ruang kepada beberapa watak baru dan juga Veera yang menjadi penyeri dalam hidup Srikanth. 

Konflik antara Srikanth dengan Mahesh selepas berjaya buka syarikat tu macam tak perlu sebab draggy. Kalau penulis tak cramp semua peristiwa penting dalam hidup Srikanth mungkin dia ada banyak ruang untuk kembangkan dengan lebih baik. Babak Srikanth terjebak dengan dunia politik dan dapat anugerah kemudian bagi ucapan preachy tu pun tak perlu. 



Sinematografi Srikanth dipaparkan dengan cemerlang melalui lensa Pratham Mehta yang banyak menggunakan tona musim panas, sesuai dengan genre naskhah biopic usahawan terkenal di India. Lagu Papa Kehte Hain sebagai latar utama setiap kali Srikanth berjaya capai sesuatu menguatkan lagi impak babak tersebut. The lyric itself speaks volume. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10