Movie Review | Phir Aayi Hasseen Dillruba (2024)

Sunday, 11 August 2024


Director: Jayprad Desai
Writer: Kanika Dhillon
Cast: Taapsee Pannu, Vikrant Massey, Sunny Kaushal, Jimmy Sheirgill, Aditya Srivastava, Bhumika Dube
Production Companies: Colour Yellow Productions, T-Series Films
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Thriller
Running Time: 133 minutes
Release Date: 09 August 2024
Trailer:


Sekuel kepada filem Haseen Dillruba (2021) berlatarkan 2 bulan selepas kejadian Rani Kashyap (Taapsee Pannu) dan Rishabh Saxena (Vikrant Massey) bakar rumah mereka. Rani berpindah ke Agra dan membuka sebuah salon kecantikan di sana. Rishu ubah identiti menjadi Ravi dan bekerja sebagai penghantar pizza dan juga guru tuisyen di pusat tuisyen yang dimiliki oleh Poonam (Bhumika Dube). 

Sementara Ravi sentiasa diganggu oleh Poonam, Rani pula sentiasa diintai oleh Dr. Abhimanyu (Sunny Kasuhal) yang sentiasa membuat lawatan ke rumah sewanya. Dalam masa yang sama pergerakan Rani juga terbatas kerana ACP Kishore Rawat (Aditya Srivastava) dan anak-anak buahnya sentiasa mengekori ke mana saja Rani pergi. Rani dan Rishu sentiasa berjumpa secara curi-curi supaya rahsia mereka tidak terbongkar. 


Inspektor Mritunjay Paswan a.k.a Monty (Jimmy Sheirgill) berjumpa dengan Rani buat pertama kali di balai polis Agra kerana kes kematian anak saudaranya kesayangannya, Neel (Harshvardhan Rane). Inspektor Monty juga titip pesanan kepada Rishu yang Uncle Monty dah sampai. Bila Rani sampaikan pesanan tu memang cuak lah pasangan suami isteri ni sebab Uncle Monty katanya menggerunkan dan licik. 

Tapi sama juga dengan naskhah original, licik dan bagus macam mana pun Inspektor polis pasti akan terbabas dengan permainan para pembaca novel Dinesh Pandit. Kalau dalam Haseen Dillruba cuma ada satu novel berjudul Wrath of Kasaulli, dalam sekuel pula muncul dua buah novel sebagai rujukan. Kalau ada yang tertanya-tanya wujud ke penulis novel Dinesh Pandit dalam dunia sebenar? Jawapannya tidak, penulis Kanika Dhillon yang wujudkan sebagai watak fiksyen dalam naskhah romantik thriller terbitan T-Series Film. 


Jalan cerita Phir Aayi Haseen Dillruba sama juga seperti sebelumnya bila jalan cerita boleh dijangka walaupun ada plot twist pada second half filem. Watak Uncle Monty pun mengecewakan sebab dia tak banyak ruang untuk berkembang. Entry je gempak tapi helpless sama macam ACP Kishore padahal Kishore dah minta dia berhati-hati sebab plan nampak terlampau mudah. 

Watak Rishu tak menyerlah sangat dalam sekuel sebab penulis bagi ruang untuk Dr. Abhimanyu menonjol dengan character development dan back story yang menarik. Taapsee sebagai Rani Kashyap yang bijak menggoda juga mencuri tumpuan. Chemistry dia dengan Sunny antara kekuatan genre romantic dalam Phir Aayi Haseen Dillruba. For a moment, I ingatkan kedua-dua watak ni ada peluang untuk bersama tapi penulis tetap nak romantiskan kisah cinta Rishu dan Rani. Jadi menyampah pula bila Rishu sepanjang masa remind penonton yang dia sanggup buang tangan untuk cinta dia kepada Rani. Dia ingat orang lupa ke dia abuse Rani sebelum ni?


Sinematografi dari Vishal Sinha menguatkan lagi babak-babak romantik di kota cinta Taj Mahal. Vishal berjaya paparkan moemn romantik bila Dr. Abhimanyu jatuh cinta pandang pertama dengan Rani dalam persalinan salwar kameez berona pastel. Music score dari Sachet Parampara mengukuhkan lagi dengan alunan musik romantis. Antara fav scene dalam Phir aayi Haseen Dillruba masa Rani datang dengan sari merah ke panggung wayang untuk melamar Dr. Abhimanyu. 

Sampai ke sudah tertanya-tanya kenapa Rishu dengan Rani tempah tiket ke Thailand dalam tempoh masa yang sama. Kenapa Rishu tak pergi dulu lepastu Rani menyusul kemudian supaya pihak polis tak syak rancangan mereka berdua. Banyak tindakan merepek dari pasangan suami isteri ni tapi dari awal lagi dah nampak kedua-dua watak toksik. 


Tengok pada ending mungkin akan muncul installment ketiga tapi harapnya Kanika bekerja lah dengan penulis yang lain ataupun pengarah lain sebab sekuel kurang menarik dari yang pertama. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 5.7/10

Movie Review | My Name Is Loh Kiwan (2024)

Saturday, 10 August 2024


Director: Kim Hee-jin
Writer: Kim Hee-jin
Cast: Song Joong-ki, Choi Sung-eun
Production Companies: Yong Film, HighZium Studio
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Drama
Running Time: 133 minutes
Release Date: 1 March 2024
Trailer:


Berlatarkan kehidupan pelarian Korea Utara yang hidup merempat di China, Loh Ki-wan (Song Joong-ki) kehilangan ibunya, Ok-hee (Kim Sung-ryung) ketika melarikan diri dari pihak polis. Duit hasil dari menjual mayat ibunya digunakan untuk hidup di negara Belgium. Setibanya di sana, Loh Ki-wan cuba untuk mendapatkan refugee card dengan bantuan dari penterjemah Korea bernama Kim Gyeong-sil (Lee Mi-sun). 

Proses tersebut memakan masa selama setahun di mana Loh Ki-wan perlu menghadiri sesi temuduga dan juga perbicaraan di Mahkamah Tribunal. Sepanjang berada di Belgium sementara menunggu perbicaraan selama setahun, banyak dugaan yang dialami sebagai pendatang dan juga pelarian. Dia cuba untuk berjimat kerana sukar untuk mendapat kerja di situ. 


Satu hari duitnya dicuri oleh Marie Lee (Choi Sung-eun) yang telah beberapa kali mempunyai rekod buruk dengan pihak polis. Anehnya selepas kejadian tersebut mereka mula berkawan lalu jatuh cinta. Hubungan mereka dihalang oleh Lee Youn-sung (Jo Han-chul), bapa Marie. 

Loh Ki-wan mendapat kerja di kilang daging dan tinggal di asrama pekerja kemudian berkenalan dengan Kim Seon-ju (Lee Sang-hee) yang juga merupakan orang Korea. Awalnya Seon-ju sudi membantu Loh Ki-wan tapi berpaling tadah ketika muncul sebagai saksi dalam perbicaraan pertama. 


Naskhah My Name is Loh Ki-wan arahan Kim Hee-jin merupakan adaptasi dari novel fiksyen berjudul I Met Loh Ki-wan karya nukilan Cho Hae-jin yang diterbitkan pada tahun 2019. Filem ni menjadi bualan kerana lakonan cemerlang dari Song Joong-ki dan juga penampilan yang jauh berbeza dari mana-mana watak yang dia pernah lakonkan. 

Pace penceritaan My Name is Loh Ki-wan agak perlahan tapi sebab masuk Netflix jadi tak ada masalah untuk tukar speed. Tapi tetap ada masalah pada kurangnya penerangan kepada watak utama yang hidup sebagai pelarian yang berjaya keluar dari Korea Utara. 


Untuk yang familiar dengan kehidupan rakyat Korea Utara memang senang sangat kasihan dengan keadaan hidup Loh Ki-wan dan Ok-hee tapi kenapa lari ke China ataupun Belgium menjadi tanda tanya. Kalau negara China, kita faham lah sebab dekat tapi Belgium? Bukan negara Asia dan menggunakan bahasa asing sepenuhnya. 

Tak faham juga kenapa watak Loh Ki-wan lari keluar dari asrama yang disediakan untuk individu yang memohon status pelarian sah di Belgium. Kalau dia kena buli ataupun dicabul di asrama tu boleh faham lah tapi semata sebab tak selesa. Lepas tengok babak ni dah mula rasa tak syok untuk teruskan tapi tetap juga tengok sampai habis dengan harapan akan ada twist ataupun babak yang justify tindakan Loh Ki-wan. 


Sayangnya babak perkenalan Loh Ki-wan dengan Marie makin memburukkan keadaan sebab Marie terjebak dengan dadah dan berhutang dengan mafia di sana. Mungkin sebab terhutang budi, Loh Ki-wan jatuh cinta dengan Marie tapi pilihan yang dia buat semasa di Belgium pun mengundang juga. Tak sesuai langsung dengan tagline - do we deserve happiness? Jawapannya mestilah tidak sebab sendiri cari pasal. 

Walaupun tak berapa minat dengan babak percintaan yang tiba-tiba take over plot utama juga watak Marie yang mengundang masalah dan menambah bala dalam hidup Loh Ki-wan, filem My Name is Loh Ki-wan masih ada kekuatan tersendiri dengan menggunakan realiti kehidupan pendatang dan pelarian di negara asing. Bukan sesuatu yang mudah untuk hidup sendiri tanpa orang tersayang atau kawan yang ambil peduli dengan kita. Sedangkan hidup di negara sendiri pun belum tentu bahagia dengan layanan orang sekeliling. 


“I realized what I really wanted in the end was not the right to live in this country, but the right to leave it whenever I wanted to.”– Kiwan

Chemistry Joong-ki dengan Choi Sung-eun tak lah kuat mana tapi bearable lah sebab kedua-dua watak pun ada trust issue sampai Loh Ki-wan tunaikan janji dia pada Marie. Lepas tengok filem ni baru perasan yang nama Loh Ki-wan tu adalah Lucky One walaupun hidup dia tak lah lucky sangat. One time watch. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Movie Review | The Lady Killer (2023)


Director: Ajay Bahl
Writers: Ajay Bahl, Pawan Sony, Mayank Tewari
Cast: Arjun Kapoor, Bhumi Pednekar, Priyanka Bose, S. M. Zaheer, Deepak Tokas
Production Companies: T-Series Films, Karma Media & Entertainment, Jussawala Productions, Polaroid Media, Movies N More
Distributor: AA Films
Genre: Drama
Running Time: 125 minutes
Release Date: 03 November 2023
Trailer:


Filem The Lady Killer mengisahkan tentang Rajendar Roshi (Arjun Kapoor) berpindah ke Nainital dan mulakan hidup baru dengan membuka farmasi. Rajendar cuba mencipta kelainan untuk farmasinya dengan mewujudkan ruang diagnosis namun rancangan dia tidak berjaya kerana pihak bank menolak permohonan pinjaman. 

Ruang diagnosis mula berubah menjadi ruang dia melakukan hubungan sulit bersama Gajra (Priyanka Bose), pelanggan tetapnya. Gajra merupakan suri rumah yang sentiasa didera oleh suaminya lalu dia sentiasa mencari alasan untuk berjumpa dengan Rajendar. Malangnya kebahagiaan dia mula hilang apabila Jaansi (Bhumi Padnekar) muncul. 


Wanita cantik tersebut secara tak sengaja menjadi penghubung antara Rajendar dan Vikram Burman atau lebih dikenali sebagai Maharaj (S. M. Zaheer), individu terkaya di daerah Nainital. Penting untuk Rajendar mendapat bantuan dana dari Maharaj supaya farmasinya dapat diteruskan. Disebabkan itu juga dia cuba untuk menggunakan aura The Lady Killer ke atas Jaansi. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk Jaansi tertarik dengan Rajendar kerana dia juga mempunyai agenda tersendiri. Lama dia menunggu peluang untuk lari keluar dari rumah dan tinggalkan ayahnya yang terlantar sakit. Maharaj minta Madhuri (Ekavali Khanna) supaya perhatikan gerak-geri Jaansi dan Rajendar sebelum sesuatu yang tak elok berlaku. Dalam masa yang sama, Gajra sentiasa cari peluang untuk ugut Jaansi keluar dari hidup Rajendar. 


Naskhah psikologi drama arahan Ajay Bahl mempamerkan kisah cinta yang bergelut dengan masalah psikologi dari kedua-dua watak utama. Watak Rajendar Roshi mempunyai kisah silam yang berlaku di Delhi dan pulang ke kampung untuk hidup yang lebih tenang. Malagnya terpalit pula dengan cinta Gajra dan Jaansi. 

Sepanjang 125 minit boleh nampak lah ketiga-tiga watak ni buat keputusan terburu-buru sebab masing-masing ada trauma dan obses dengan sesuatu atau seseorang. Sementara Gajra obses dengan Rajendar, Jaansi pula tak boleh hidup tanpa arak. 


Kalau ikutkan filem The Lady Killer boleh jadi naskhah yang menarik tapi disebabkan masalah produksi, sebanyak 30 muka surat skrip tak difilemkan. Masa tengok filem ni perasan lah ada beberapa babak tiba-tiba muncul dengan latar yang berbeza dari babak sebelumnya. Kisah cinta antara Rajendar dengan Jaansi pun tak dikembangkan dengan baik sampai kita jadi keliru dengan hubungan pasangan ni. Cara Jaansi meroyan macam Rajendar gunakan dia untuk wang tapi cara Rajendar tak sampai hati tinggalkan Jaansi, nampak suka sama suka. 

Filem The Lady Killer sepatutnya jadi naskhah yang dark and intense tapi disebabkan suntingan dan pace yang terlampau perlahan, rasa bosan teruk tengok second half. Tertanya-tanya juga apa motif produksi buat filem ni dan tayang dekat pawagam. Patutnya release dekat streaming platform dari bazir duit cari distributors. 


Sampai ke sudah tak tahu kenapa polis Delhi datang cari Rajendar dan kenapa kawan baik dia, Rawat (Deepak Tokas) beria nak bela. Apa yang jadi dekat Delhi sampai Rajendar sanggup hidup dekat kawasan luar bandar kemudian terjebak dengan masalah cinta tiga segi? Masa Gajra datang hentam kereta Rajendar dekat rumah Maharaj tu pun nampak pelik sebab Madhuri, Jaansi atau Maharaj tak terkesan pun padahal kecoh teruk dekat luar rumah. 

Selain dari jalan cerita yang bermasalah dan bosan, The Lady Killer tak mempunyai chemistry yang kuat dari pelakon utama. Kali pertama Bhumi dan Arjun berlakon sebagai pasangan kekasih tapi sayangnya tak menjadi. Kebanyakan masanya lakonan Bhumi sebagai manic jadi penyelamat keadaan. 


Tak hairan lah kalau filem ni jadi filem terendah jumlah kutipan untuk tahun 2023 sebab tak ada apa pun hiburan atau pengajaran dari kisah cinta bersegi ni. Kalau ada pengajaran pun, mungkin elakkan dari terjebak dengan arak dan jadi hero untuk masalah orang lain kalau diri sendiri pun bermasalah.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 3.7/10

Movie Review | Wonderland (2024)


Director: Kim Tae-yong
Writers: Kim Tae-yong, Min Ye-ji
Cast: Tang Wei, Bae Suzy, Park Bo-gum, Jung Yu-mi, Choi Woo-shik
Production Companies: Bom Film Productions, Kirin Productions
Distributors: Acemaker Movieworks, Netflix
Genre: Romance / Drama / Sci-fi
Running Time: 113 minutes
Release Date: 5 June 2024
Trailer:


Filem Wonderland mengangkat tema artificial intelligence (AI) untuk membantu kehidupan manusia mengatasi rasa rindu kepada yang tersayang. Filem bermula dengan Baili (Tang Wei) yang menghidap kanser lalu meninggalkan seorang anak perempuan yang masih muda bersama ibunya (Nina Paw). 

Protokol Wonderland adalah dengan menghidupkan kembali insan tersayang menggunakan khidmat AI dengan fizikal, suara dan karakter yang sama dengan pelanggan mereka. Watak AI tersebut tidak boleh tahu yang mereka telah pun meninggal dunia. Dalam kes Baili ni, dia sentiasa berada di tapak arkeologi di Mesir jadi setiap hari anak perempuannya akan berkomunikasi melalui video call yang disediakan dalam apps Wonderland. 


Sama juga dengan Ku Jung-in (Bae Suzy) yang sentiasa menghubungi teman lelakinya, Park Tae-joo (Park Bo-gum) yang berada di angkasa lepas. Jung-in bahagia dengan khidmat Wonderland sehinggalah Park Tae-joo yang sebenar sedar dari koma setelah sekian lama. 

Idea untuk naskhah drama Wonderland terlihat unik dan segar kerana menggunakan sisi positif teknologi yang sedikit demi sedikit mula masuk ke dalam dunia manusia. Dalam filem ni Kim Tae-yong wujudkan teknologi yang membantu manusia untuk ubat rasa rindu dan sedih bila insan tersayang meninggal dunia. 


Walaupun konsep ini bagus tapi kita dapat tengok juga sisi negatif melalui watak Choi Jin-ku (Tang Joon-Sang) bila watak AI dia kurang ajar dengan nenek (Sung Byoung-sook) sebab masa hidup pun macam tu. 

Menggunakan khidmat kreatif dari Kim Seong-jin dan Park Hong-yeol, sinematografi Wonderland menghidupkan lagi dunia masa depan yang bergantung berat pada teknologi. Music score dari Bang Jun-seok, Dalpalan dan Kang Seong-su menambahkan impak pada babak-babak tertentu. 


Personally, naskhah Wonderland patut dibikin dalam format drama sebab ada banyak kisah yang menggunakan khidmat AI tapi tak dikembangkan dengan baik gara-gara durasi sepanjang 113 minit. Setiap watak ada ceritanya tersendiri tapi terpaksa dipendekkan untuk beri ruang pada watak lain sampaikan elemen drama dalam beberapa babak penting tak terasa. 

Macam babak Jung-in yang tak biasa dengan kehadiran Tae-joo sebenar dan perlukan perhatian akibat amnesia yang dihadapi setelah sedar dari koma sedangkan Tae-joo AI yang banyak bantu Jung-in dalam rutin seharian dia. Bila Jung-in dilema sama ada perlu pilih Tae-joo AI atau Tae-joo sebenar, babak tu jadi flat. Tak patut ada dilemma pun sebenarnya sebab boleh je proceed guna khidmat Wonderland sampai Tae-joo sebenar pulih sepenuhnya. 


Sama juga macam watak Baili yang terperangkap dalam dunia AI dan sedar yang dia sebenarnya dah meninggal di dunia sebenar. Jadi pihak Wonderland hantar Sung-joon (Gong Yoo) untuk alihkan perhatian and keep her in check. Apa yang I faham itulah fungsi Sung Joon di dunia AI tapi kenapa penulis wujudkan love angle pula untuk watak Sung Joon ni? Memanglah boleh tapi kenapa Sung Joon suka dengan Baili? Kenapa tak nampak dia jalankan tugas dia terhadap watak lain? 

Kenapa watak Baili ada kuasa untuk kacau network system sampai Wonderland tak berfungsi dekat second half? Takkan sebab penulis nak bagitahu yang kasih sayang ibu tu melangkaui dunia AI? Bukan Baili seorang saja yang ada kasih sayang ibu tu, ada banyak lagi pelanggan yang guna khidmat Wonderland. Apa yang istimewanya Baili? 


Bukan saja penulis tak kembangkan macam mana Seo Hae-ri (Jung Yu-mi) dan Kim Hyeon-soo (Choi Woo-sik) bekerjasama menghidupkan Wonderland, penggunaan apps Wonderland pun tak diceritakan sepenuhnya. Banyak persoalan yang timbul bila masuk ke separuh masa kedua Wonderland sampai jadi tak puas bila filem ni habis. 

Lepas tengok drama Record of Youth (2020), I excited teruk nampak trailer Wonderland sebab Bae Suzy dengan Park Bo-gum berlakon jadi pasangan bercinta dalam Wonderland tapi sayang lah penulis tak kembangkan banyak pun kisah cinta diorang. But still both of them looks cute together.


1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Mushroom Soup in Bread Bowl Paris Baguette

Friday, 9 August 2024


Setiap kali pergi Pavillion KL, rasa nak sangat masuk makan dekat sini tapi selalunya penuh orang. Seronok tengok interior bakery ni, pilihan pastries dia pun banyak. Cantik pulak tu. 

PARIS BAGUETTE X CHRISTY NG









Haaa banyak kan choice kat sini? I pergi dengan adik masa ni, masa weekdays pulak tu sebab tu nampak lengang sikit. Kitorang duduk yang terpaling jauh dari kaunter depan tu sebab adik I pemalu orangnya. 

Paris Baguette ni sentiasa jadi bualan warga net sebab berasal dari Korea dan rasa yang sedap. Kalau tak tahu pun memang assume cafe ni kepunyaan orang Paris tapi bukan. Mungkin owner dia suka makan Baguette dekat Paris kot. 


Kalau ikutkan nak order pasta sebab Seafood Aglio Olio dia nampak menarik tapi sebab ada event dekat Dadi Cinema, memang tak lah nak menyumbat beria. Kenapa beli kalau ada makanan free, ye dak? 


Sudahnya I ambik Mushroom Soup in Bread Bowl  sebab dah lama tak makan mushroom soup dalam roti macam tu. My favorite menu lah kalau pergi cafe mana pun. Nurin ambil sandwich ham cheese. For drinks order Iced Caramel Latte dengan Iced Hazelnut Latte. 


I expect bread bowl ni besar lah tapi boleh lah, sedang sedang. Nak kata kecil sangat pun tidak. Nak kata besar tu memang merepek lah. Kalau order Mushroom Soup in Bread Bowl dekat Paris Baguette dapat lah beberapa batang salad pahit dengan cherry tomato. Mushroom soup dia sedap, pekat dan creamy tapi roti dia keras. Kalau slow eater macam I, satu jam pun roti dia masih maintain tak lemau. 



I rasa rugi beli sandwich ham cheese ni sebab roti dia dry teruk, chicken ham tawar, cheese apatah lagi. Dia macam terpaling basic tapi harga kemain. Kalau ada sos tu okay lah sikit tapi orang Eropah bukannya makan pun. Sandwich ni dari pelbagai sisi pun memang sedih benar ghupa dia. 


A bit disappointed dengan rasa kopi dia sebab ceroi untuk harga RM17 lebih. Dengan harga macam tu I boleh dapat kopi yang lagi pekat dan sedap. 


Rasa kopi dia..... biasa je nyah. 


Habiskan masa untuk makan dan dengar meja sebelah pitch idea untuk drama baru. Tak pasti lah drama production mana tapi disebabkan dah tahu jalan cerita dan plot twist juga ending, I memang tak tengok lah nanti bila drama ni release dekat TV atau streaming platform. 


I dah tak ingat kenapa boleh dapat mini bear biscuit ni, comel! Sebelum balik tu manager dia approach tanya dah register ke belum dengan Paris Baguette. Kalau register boleh dapat twisted bread percuma. 



Nurin: Baiknya service dekat situ, takde lah rasa segan sangat nak masuk lepas ni. 
Me: Memang lah baik dah kalau makan pastries je kena spend sampai RM80 lebih T.T

Tapi tak lah, gurau je. Even before kitorang order pun the staff kat situ memang baik. Lepas ni kalau pergi dah tahu menu mana nak avoid and menu mana nak order. Nak try yang dekat TRX atau OU pulak sebab mungkin bakal berkurang menjejakkan kaki ke Pavi lepas ni hehe

PELAKON ASAL SIRI ‘HIGH COUNCIL’ KEMBALI  DALAM FILEM ‘KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL’! | ‘Dedahkan Buat Pertama Kali First Look, Teaser Treler & Teaser Poster’

Lima nama pelakon utama filem Kahar : Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu diumumkan pada bulan lalu. Lebih mengujakan, hari ini Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini. 

Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat. Skrip filem Kahar : Kapla High Council ditulis oleh pencipta atau ‘creator’ Project High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, dan diarahkan Razaisyam Rashid. 

Tambah mengujakan, Astro Shaw turut mempersembahkan the first look iaitu video di sebalik pembikinan Kahar : Kapla High Council, serta teaser treler dan teaser poster filem ini. 

Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Sesi penggambaran selesai pada 25 Julai lalu dan kini dalam fasa suntingan. InsyaAllah, filem Kahar : Kahar Kapla High Council akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada November nanti. Bagi menambahkan keterujaan, kami mengembalikan para pelakon asal siri Project: High Council. Kehadiran mereka di dalam filem ini memberi lebih signifikan kepada jalan cerita, di samping mengekalkan konsistensi karakter. Pastinya peminat karya ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan semula watak-watak kegemaran mereka di layar perak.”

Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4  yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan  kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.  Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja  Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. “Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun  mengundang musuh dari segala arah. 

Pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.

Terdahulu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk peminat turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan barisan pelakon. Bagi fasa pertama, peminat berpeluang menyertai peraduan jawab 100 soalan di portal Gempak. Hampir 2000 penyertaan diterima dan 100 nama pemenang pertama telah diumumkan. Manakala, 10 pemenang yang menjawab paling pantas telah dipilih untuk bersama-sama menyertai acara istimewa perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti. 

Bagi mereka yang tidak berjaya memenangi Lesen High Council, berita baik untuk peminat filem ini. Anda juga berpeluang untuk dapatkan Lesen High Council Edisi Khas menerusi rakan penaja filem ini iaitu, Tune Talk. 

Nantikan kemunculan Lesen High Council Edisi Khas yang terhad ini, istimewa untuk para pengguna Tune Talk. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran menarik, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.

Peminat juga boleh dapatkan koleksi hoodie eksklusif Kahar : Kapla High Council edisi terhad menerusi Gempak Official Store di platform Shopee bermula 8 Ogos. 

Layari portal rasmi Kahar : Kapla High Council, www.gempak.com/KaharKaplaHighCouncil dan juga radio rasmi Kahar : Kapla High Council, radio no satu paling legit, Era.

Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda. 

******************************************

Mengenai Astro Shaw selaku penerbit, pelabur dan agensi pengedar dan pemasaran:

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global.  Sejak ditubuhkan pada tahun 1996,  kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 100 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists. Filem trilogi Polis Evo 3 telah mencipta sejarah dengan meraih kutipan pawagam sebanyak RM54 juta dan filem Sheriff mengutip RM64juta sekaligus menjadi filem aksi no 1 negara dengan kutipan paling tinggi. 

Ikuti Astro Shaw di media sosial dan laman sesawang seperti berikut:

Instagram: @astroshaw

TikTok: @astroshawofficial

X: @AstroShaw

Facebook: Astro Shaw Sdn Bhd

YouTube:  Astro Shaw

Mengenai Tune Talk

Tune Talk ialah pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) yang pesat berkembang di Asia. Sejak pelancaran kami pada tahun 2009, kami kekal komited kepada misi kami untuk menyediakan kadar yang sangat rendah dan insentif yang menarik kepada pasaran. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi gaya hidup digital, tawaran perkhidmatan kami termasuk panggilan, SMS tanpa had dan pakej internet berkelajuan tinggi yang memenuhi permintaan untuk produk yang ringkas, berbaloi dengan akses mudah dan jangkauan pengedaran yang luas. Dimiliki terutamanya oleh Tune Group dan CelcomDigi, kami memanfaatkan sinergi kumpulan yang kukuh dan infrastruktur rangkaian utuh untuk sambungan yang teguh. Sentiasa berinovasi, kami berusaha untuk mengganggu secara digital dalam pasaran untuk menyampaikan penyelesaian telekomunikasi terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tunetalk.com.