Mushroom Soup in Bread Bowl Paris Baguette
Friday, 9 August 2024
PARIS BAGUETTE X CHRISTY NG |
PELAKON ASAL SIRI ‘HIGH COUNCIL’ KEMBALI DALAM FILEM ‘KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL’! | ‘Dedahkan Buat Pertama Kali First Look, Teaser Treler & Teaser Poster’
Lima nama pelakon utama filem Kahar : Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu diumumkan pada bulan lalu. Lebih mengujakan, hari ini Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat. Skrip filem Kahar : Kapla High Council ditulis oleh pencipta atau ‘creator’ Project High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, dan diarahkan Razaisyam Rashid.
Tambah mengujakan, Astro Shaw turut mempersembahkan the first look iaitu video di sebalik pembikinan Kahar : Kapla High Council, serta teaser treler dan teaser poster filem ini.
Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Sesi penggambaran selesai pada 25 Julai lalu dan kini dalam fasa suntingan. InsyaAllah, filem Kahar : Kahar Kapla High Council akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada November nanti. Bagi menambahkan keterujaan, kami mengembalikan para pelakon asal siri Project: High Council. Kehadiran mereka di dalam filem ini memberi lebih signifikan kepada jalan cerita, di samping mengekalkan konsistensi karakter. Pastinya peminat karya ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan semula watak-watak kegemaran mereka di layar perak.”
Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi. Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. “Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah.
Pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.
Terdahulu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk peminat turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan barisan pelakon. Bagi fasa pertama, peminat berpeluang menyertai peraduan jawab 100 soalan di portal Gempak. Hampir 2000 penyertaan diterima dan 100 nama pemenang pertama telah diumumkan. Manakala, 10 pemenang yang menjawab paling pantas telah dipilih untuk bersama-sama menyertai acara istimewa perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.
Bagi mereka yang tidak berjaya memenangi Lesen High Council, berita baik untuk peminat filem ini. Anda juga berpeluang untuk dapatkan Lesen High Council Edisi Khas menerusi rakan penaja filem ini iaitu, Tune Talk.
Nantikan kemunculan Lesen High Council Edisi Khas yang terhad ini, istimewa untuk para pengguna Tune Talk. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran menarik, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Peminat juga boleh dapatkan koleksi hoodie eksklusif Kahar : Kapla High Council edisi terhad menerusi Gempak Official Store di platform Shopee bermula 8 Ogos.
Layari portal rasmi Kahar : Kapla High Council, www.gempak.com/KaharKaplaHighCouncil dan juga radio rasmi Kahar : Kapla High Council, radio no satu paling legit, Era.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
******************************************
Mengenai Astro Shaw selaku penerbit, pelabur dan agensi pengedar dan pemasaran:
Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 100 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists. Filem trilogi Polis Evo 3 telah mencipta sejarah dengan meraih kutipan pawagam sebanyak RM54 juta dan filem Sheriff mengutip RM64juta sekaligus menjadi filem aksi no 1 negara dengan kutipan paling tinggi.
Ikuti Astro Shaw di media sosial dan laman sesawang seperti berikut:
Instagram: @astroshaw
TikTok: @astroshawofficial
X: @AstroShaw
Facebook: Astro Shaw Sdn Bhd
YouTube: Astro Shaw
Mengenai Tune Talk
Tune Talk ialah pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) yang pesat berkembang di Asia. Sejak pelancaran kami pada tahun 2009, kami kekal komited kepada misi kami untuk menyediakan kadar yang sangat rendah dan insentif yang menarik kepada pasaran. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi gaya hidup digital, tawaran perkhidmatan kami termasuk panggilan, SMS tanpa had dan pakej internet berkelajuan tinggi yang memenuhi permintaan untuk produk yang ringkas, berbaloi dengan akses mudah dan jangkauan pengedaran yang luas. Dimiliki terutamanya oleh Tune Group dan CelcomDigi, kami memanfaatkan sinergi kumpulan yang kukuh dan infrastruktur rangkaian utuh untuk sambungan yang teguh. Sentiasa berinovasi, kami berusaha untuk mengganggu secara digital dalam pasaran untuk menyampaikan penyelesaian telekomunikasi terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tunetalk.com.
Astro Semarak Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Menerusi Kempen ‘Inilah KITA’
Thursday, 8 August 2024
Astro Semarak Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Menerusi Kempen ‘Inilah KITA’ | Tonton saluran Astro KITA (CH100), Ikuti SYOK FEST KITA, Tonton 6 Saluran Percuma, Ambil Bahagian Dalam ‘Inilah Hero KITA Movement’ dan banyak lagi!
Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, Astro telah melancarkan kempen Inilah KITA bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2024. Sasaran pelancaran kempen ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dan juga kesamarataan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat. Antara inisiatif menarik yang dibawa menerusi kempen Inilah KITA adalah Saluran KITA (CH100), Tontonan 6 Saluran Percuma, lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh artis-artis Malaysia, SYOK FEST KITA, program Inilah Hero KITA dan banyak lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith, “Kami mengangkat ‘Inilah KITA’ sebagai nama kempen kali ini kerana ia mencerminkan budaya Malaysia – pelbagai, bersatu padu dan juga berdaya tahan. Fokus kami pada tahun ini adalah untuk meraikan semangat ‘KITA’ sebagai Masyarakat yang berbilang bangsa, berbilang latar budaya dan juga bersama.
Di Astro sangat kami teruja untuk membawakan kandungan yang pelbagai ke setiap isi rumah bagi mengangkat semangat KITA. Sepanjang kempen berlangsung, kami menjemput anda untuk menonton Saluran KITA, mendengar lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh barisan artis tempatan, dan mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Inilah Hero KITA.”
Sebagai jenama yang diasaskan di Malaysia, Astro membawa cerita dan juga hiburan terbaik Malaysia menerusi Saluran KITA (CH100) dengan menampilkan lebih dari 100 tajuk terpilih, bermula 15 Ogos sehingga 16 September ini di Astro, NJOI dan sooka. Tambahan pula, pelanggan Astro berpeluang untuk menikmati enam saluran percuma bermula 30 Ogos sehingga 16 September iaitu SHOWCASE (CH413), HITS MOVIES (CH401), tvN Movies (CH416), HITS NOW (CH702), Zee Cinema (CH251), dan ABO Movies Thangathirai (CH241).
Para pelanggan berpeluang untuk menonton tayangan perdana dan tajuk baru di Saluran KITA (CH100), seperti:
● Lion Girl, mengisahkan tentang Sakina, lakonan Erysha Emyra, seorang gadis yang meminati tarian singa yang kemudian mendorangnya untuk menjadi seorang penari singa, mengharungi dugaan keluarga dalam mengejar impiannya dengan menonjolkan keteguhan dan budaya Malaysia.
● Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka, sebuah drama menampilkan Rozita Che Wan, Mandy Chong dan Satthiya Kandi sebagai makcik-makcik dari Kg Wahab Satu yang dalam perjalanan untuk melihat perarakan Bomba ahli keluarga mereka berubah menjadi huru-hara dan menguji kesetiaan persahabatan mereka dalam menzahirkan semangat sejati Malaysia.
● The Music Journey, sebuah program muzik menampilkan barisan artis Malaysia seperti, Priscilla Abby, Firdhaus, 3p Caven, Uriah See dan Ryota dalam menginterprestasikan lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia dalam meraikan budaya Malaysia.
● Pasanga Musim ke-2, Siri Tamil tempatan dengan jumlah 100 episod telah menjadi tontonan tertinggi yang pertama di Malaysia, menampilkan penerbit dan pelakon Denes Kumar dengan mengetengahkan hubungan kekeluargaan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di Malaysia.
● Oga & Friends, satu lagi judul siri animasi tempatan oleh penerbit Didi & Friends, mengisahkan pengembaraan sekumpulan haiwan yang tinggal di dalam hutan di Malaysia. Animasi ini membawa mesej mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, bertepatan dengan Astro RimbaKita ESG.
Para pelanggan juga boleh menikmati episode istimewa Family Feud Malaysia dan rancangan lain seperti Hantu Karipap, Terompak Sana Tertukar Sini, Call Me Handsome – Malaysia KITA, Sofa Kentang Selebriti, dan banyak lagi.
“Inilah KITA’ Meraikan Perpaduan Malaysia Beserta Bakat Tempatan.
Bagi meraikan perpaduan Malaysia dan juga bakat tempatan, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lagu tema kempen Inilah KITA. Lagu tema ini dinyanyikan oleh artis-artis berikut antaranya Hael Husaini, Wani Kayrie, Daniel Fong, Joey Leong, Balan Kash dan Roshini. Lagu ini boleh distrim bermula 15 Ogos 2024 di semua platform kegemaran anda.
Bermula 6 sehingga 8 September, anda dijemput hadir ke SYOK FEST KITA bagi meraikan budaya Malaysia di Setia City Park Oval Lawn. Ikuti kami meraikan muzik dipersembahkan oleh lebih dari 25 artis tempatan seperti Floor 88, Hattan, Misha Omar, Luqman Podolski, Zayn Nakal, Syamil, Bunga, Claudia Tan, Sya, Music Kitchen, Arvind Raj, Zen, Jie Ying, Elva, Daniel Wong, Mag Lai, Kaka Azraff, Zubir Khan, Ezra Kairo, K Town Clan, Sarah Suhairi, 53 Universe, DEF Jam Artist dan ramai lagi!
Ikuti saluran Astro Radio OR1 FM pada 6 September, dimana 13 buah stesen radio dalam 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil – akan berganding bahu dalam membawakan saluran langsung di luar konti sambil berinteraksi dengan masyarakat.
Rakyat Malaysia juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Astro Inilah Hero KITA bermula 15 Ogos hingga 16 September, dimana mereka boleh berkongsi cerita-cerita tauladan mengenai rakyat Malaysia bercirikan sifat kebaikan, dedikasi dan positivity. Cerita boleh dikongsikan dalam format berbentuk teks, gambar ataupun video di laman media social dengan tanda pagar #InilahKITA. Tonton Berita Terkini KITA di segmen Astro AWANI (CH501) jam 5pm dan KITA (CH100) pada jam 8.30pm dimana kami membawakan cerita-cerita menarik mengenai individu ‘Inilah Hero KITA’ yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.
Raikan semangat KITA dengan Astro sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia ini. Langgan Astro dengan hanya RM41.99/sebulan, nikmati potongan sebanyak 30% serta pemasangan percuma bagi merasai pengalaman masyarakat Malaysia di saluran KITA (CH100) sambil nikmati enam saluran percuma. Jangan ketinggalan program SYOK FEST KITA dan dengarkan Astro Radio secara langsung di OR1 FM. Mari kita bersama berganding bahu sesama rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian dalam pergerakan Inilah Hero KITA dengan membina impak positif dalam Masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my/InilahKITA.