Astro Semarak Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Menerusi Kempen ‘Inilah KITA’

Thursday, 8 August 2024

Astro Semarak Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Menerusi Kempen ‘Inilah KITA’ | Tonton saluran Astro KITA (CH100), Ikuti SYOK FEST KITA, Tonton 6 Saluran Percuma, Ambil Bahagian Dalam ‘Inilah Hero KITA Movement’ dan banyak lagi!

Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, Astro telah melancarkan kempen Inilah KITA bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2024. Sasaran pelancaran kempen ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dan juga kesamarataan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat. Antara inisiatif menarik yang dibawa menerusi kempen Inilah KITA adalah Saluran KITA (CH100), Tontonan 6 Saluran Percuma, lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh artis-artis Malaysia, SYOK FEST KITA, program Inilah Hero KITA dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith, “Kami mengangkat ‘Inilah KITA’ sebagai nama kempen kali ini kerana ia mencerminkan budaya Malaysia – pelbagai, bersatu padu dan juga berdaya tahan. Fokus kami pada tahun ini adalah untuk meraikan semangat ‘KITA’ sebagai Masyarakat yang berbilang bangsa, berbilang latar budaya dan juga bersama. 

Di Astro sangat kami teruja untuk membawakan kandungan yang pelbagai ke setiap isi rumah bagi mengangkat semangat KITA. Sepanjang kempen berlangsung, kami menjemput anda untuk menonton Saluran KITA, mendengar lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh barisan artis tempatan, dan mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Inilah Hero KITA.”

Sebagai jenama yang diasaskan di Malaysia, Astro membawa cerita dan juga hiburan terbaik Malaysia menerusi Saluran KITA (CH100) dengan menampilkan lebih dari 100 tajuk terpilih, bermula 15 Ogos sehingga 16 September ini di Astro, NJOI dan sooka. Tambahan pula, pelanggan Astro berpeluang untuk menikmati enam saluran percuma bermula 30 Ogos sehingga 16 September iaitu SHOWCASE (CH413), HITS MOVIES (CH401), tvN Movies (CH416), HITS NOW (CH702), Zee Cinema (CH251), dan ABO Movies Thangathirai (CH241).

Para pelanggan berpeluang untuk menonton tayangan perdana dan tajuk baru di Saluran KITA (CH100), seperti:

Lion Girl, mengisahkan tentang Sakina, lakonan Erysha Emyra, seorang gadis yang meminati tarian singa yang kemudian mendorangnya untuk menjadi seorang penari singa, mengharungi dugaan keluarga dalam mengejar impiannya dengan menonjolkan keteguhan dan budaya Malaysia.

Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka, sebuah drama menampilkan Rozita Che Wan, Mandy Chong dan Satthiya Kandi sebagai makcik-makcik dari Kg Wahab Satu yang dalam perjalanan untuk melihat perarakan Bomba ahli keluarga mereka berubah menjadi huru-hara dan menguji kesetiaan persahabatan mereka dalam menzahirkan semangat sejati Malaysia.

The Music Journey, sebuah program muzik menampilkan barisan artis Malaysia seperti, Priscilla Abby, Firdhaus, 3p Caven, Uriah See dan Ryota dalam menginterprestasikan lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia dalam meraikan budaya Malaysia.

Pasanga Musim ke-2, Siri Tamil tempatan dengan jumlah 100 episod telah menjadi tontonan tertinggi yang pertama di Malaysia, menampilkan penerbit dan pelakon Denes Kumar dengan mengetengahkan hubungan kekeluargaan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di Malaysia.

Oga & Friends, satu lagi judul siri animasi tempatan oleh penerbit Didi & Friends, mengisahkan pengembaraan sekumpulan haiwan yang tinggal di dalam hutan di Malaysia. Animasi ini membawa mesej mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, bertepatan dengan Astro RimbaKita ESG.


Para pelanggan juga boleh menikmati episode istimewa Family Feud Malaysia dan rancangan lain seperti Hantu Karipap, Terompak Sana Tertukar Sini, Call Me Handsome – Malaysia KITA, Sofa Kentang Selebriti, dan banyak lagi.

“Inilah KITA’ Meraikan Perpaduan Malaysia Beserta Bakat Tempatan.

Bagi meraikan perpaduan Malaysia dan juga bakat tempatan, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lagu tema kempen Inilah KITA. Lagu tema ini dinyanyikan oleh artis-artis berikut antaranya Hael Husaini, Wani Kayrie, Daniel Fong, Joey Leong, Balan Kash dan Roshini. Lagu ini boleh distrim bermula 15 Ogos 2024 di semua platform kegemaran anda.

Bermula 6 sehingga 8 September, anda dijemput hadir ke SYOK FEST KITA bagi meraikan budaya Malaysia di Setia City Park Oval Lawn. Ikuti kami meraikan muzik dipersembahkan oleh lebih dari 25 artis tempatan seperti Floor 88, Hattan, Misha Omar, Luqman Podolski, Zayn Nakal, Syamil, Bunga, Claudia Tan, Sya, Music Kitchen, Arvind Raj, Zen, Jie Ying, Elva, Daniel Wong, Mag Lai, Kaka Azraff, Zubir Khan, Ezra Kairo, K Town Clan, Sarah Suhairi, 53 Universe, DEF Jam Artist dan ramai lagi! 

Ikuti saluran Astro Radio OR1 FM pada 6 September, dimana 13 buah stesen radio dalam 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil – akan berganding bahu dalam membawakan saluran langsung di luar konti sambil berinteraksi dengan masyarakat.

Rakyat Malaysia juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Astro Inilah Hero KITA bermula 15 Ogos hingga 16 September, dimana mereka boleh berkongsi cerita-cerita tauladan mengenai rakyat Malaysia bercirikan sifat kebaikan, dedikasi dan positivity. Cerita boleh dikongsikan dalam format berbentuk teks, gambar ataupun video di laman media social dengan tanda pagar #InilahKITA. Tonton Berita Terkini KITA di segmen Astro AWANI (CH501) jam 5pm dan KITA (CH100) pada jam 8.30pm dimana kami membawakan cerita-cerita menarik mengenai individu ‘Inilah Hero KITA’ yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

Raikan semangat KITA dengan Astro sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia ini. Langgan Astro dengan hanya RM41.99/sebulan, nikmati potongan sebanyak 30% serta pemasangan percuma bagi merasai pengalaman masyarakat Malaysia di saluran KITA (CH100) sambil nikmati enam saluran percuma. Jangan ketinggalan program SYOK FEST KITA dan dengarkan Astro Radio secara langsung di OR1 FM. Mari kita bersama berganding bahu sesama rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian dalam pergerakan Inilah Hero KITA dengan membina impak positif dalam Masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my/InilahKITA.

Best Bollywood Movies 2023

Wednesday, 7 August 2024


Haritu ada dapat komen I dah jarang update pasal movie Hindustan and yes I admit lah benda tu sebab filem Hindi pun tak banyak tahun lepas. Ada isu dekat Bollywood industry sebab kes boikot jadi produser kena revise balik actor fees. 

Kalau I sendiri, layan je filem Hindi tapi jumlah tontonan tu tak banyak sebab banyak filem yang tak menarik dari segi trailer dan barisan pelakon. List ni keluar lewat sebab penyakit M tapi I buat je slow-slow sampai siap supaya you guys boleh buat rujukan akan datang. Untuk senarai filem tahun-tahun sebelumnya, boleh tengok dekat side bar blog ye. 


Director : Tejas Prabha Vijay Deoskar
Writer : Sanchit Gupta, Priyadarshee Srivastava   
Cast : Rakul Preet Singh, Sumeet Vyas, Satish Kaushik, Dolly Ahluwalia, Rajesh Tailang. 
Production Companies : RSVP Movies 
Distributors : ZEE5
Rating: 8.6/10

Sanya (Rakul Preet Singh) terpaksa bekerja sebagai Ketua Quality Control di kilang kondom berbekalkan ijazah dalam bidang kimia. Dengan syarat, Sanya dibayar sebanyak Rs50,000 sebulan dan tiada siapa yang boleh tahu dia bekerja di kilang tersebut. Mr Lamba juga kemukakan syarat bahawa Sanya tidak boleh berhenti selagi belum cukup setahun tempoh bekerja di situ. 

2. Pathaan


Director : Siddharth Anand
Writer : Shridhar Raghavan, Abbas Tyrewala
Cast : Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, John Abraham, Dimple Kapadia, Ashutosh Rana, Salman Khan, Prakash Belawadi, Manish Wadhwa 
Production Companies : Yash Raj Films
Distributors : Yash Raj Films
Genre : Action / Thriller
Rating: 9.2/10

Pathaan (Shah Rukh Khan) yang baru sahaja sembuh dari kecederaannya sebaik sahaja pulang dari Afghanistan, propose idea kepada Nandini Grewal (Dimple Kapadia) untuk kumpulkan semua anggota Research and Analysis Wing (RAW) India yang cedera atau mengalami trauma tapi masih ingin berbakti kepada negara di bawah satu jabatan baru iaitu Joint Operation and Covert Research (JOCR).

Operasi pertama JOCR ialah menjaga Presiden India di Dubai ketika menghadiri majlis perasmian bersama dua orang lagi saintis hebat negara. Di sana mereka dapat tahu Jim (John Abraham) akan menculik atau mencederakan Presiden. Jim adalah bekas ejen RAW yang sama hebatnya dengan Kabir tapi kerana Kerajaan membiarkan isterinya dibunuh oleh terrorist, Jim berpaling tadah dan menggunakan skills serta networking untuk meraih keuntungan.

3. Shehzada


Director: Rohit Dhawan 
Writer:  Rohit Dhawan
Cast: Kartik Aaryan, Kriti Sanon, Paresh Rawal, Randeep Nanda, Ankur Rathee, Manisha Koirala, Ronit Roy, Ali Asgar, Kunal Vijaykar, Sharvari Lokhare
Production Companies : T-Series Films, Geetha Arts, Haarika & Hassine Creations, Brat Films  
Distributors : AA Films, Netflix
Genre : Action / Comedy
Rating: 7/10

Naskhah Shehzada merupakan remake dari filem Telugu, Ala Vaikunthapurramuloo (2020) yang mengisahkan tentang kehidupan Bantu (Kartik Aryaan) sebagai anak pembantu kepada keluarga kaya, The Jindal Group. 

Flashback 25 tahun lalu, Valmiki (Paresh Rawal) tukar anak lelakinya dengan anak lelaki pasangan Yashu (Manisha Koirala) dan Randeep (Ronit Roy) kerana jururawat (Sharvari Lokhare) assume yang bayi tersebut telah mati. Valmiki berani ambil peluang tersebut untuk lihat anaknya hidup mewah dan terjamin sepanjang hidup. 



Director: Raj Mehta
Writer: Rishabh Sharma
Cast: Akshay Kumar, Emraan Hashmi, Diana Penty, Nushrratt Bharuccha, Meghna Malik, Mahesh Thakur, Abhimanyu Singh, Kusha Kapila, Adah Sharma, Mrunal Thakur, Jacqueline Fernandez, YoY o Honey Singh
Production Companies: Dharma Productions, Cape of Good Films, Prithviraj Productions, Magic Frames
Distributor: Fox Star Studios, Disney+ Hotstar
Genre: Comedy / Drama / Action
Rating: 9/10

Selfiee mengisahkan tentang Om Prakash Aggarwal (Emraan Hashmi), seorang Motor Vehicle Inspector (MVI) yang bertugas di Bhopal dan merupakan peminat setia kepada pelakon superstar Vijay Kumar (Akshay Kumar). Tuah datang kepada dia bila Vijay Kumar datang untuk selesaikan penggambaran di Bhopal. Tak disangka tuah menjadi musibah dan suka menjadi benci. 



Director: Luv Ranjan
Writer: Rahul Mody, Luv Ranjan 
Cast:  Ranbir Kapoor, Shraddha Kapoor, Dimple Kapadia, Anubhav Singh Bassi, Boney Kapoor, 
Production Companies: Luv Films, T-Series Films  
Distributors: Yash Raj Films, Netflix 
Genre: Romantic / Comedy 
Rating: 9.8/10

Rohan "Mickey" Arora (Ranbir Kapoor) dibesarkan dalam keluarga berada dan menggunakan resources dia untuk membantu pasangan yang ingin keluar dari hubungan cinta tapi stuck. Semua maklumat akan dikumpul dan team Mickey akan bantu individu tersebut putus cinta. Tapi tak semua orang akan jadi kliennya kerana dia tak akan berurusan dengan individu yang menganggap khidmat dia sebagai safe net untuk mainkan perasan orang lain. 

Semasa bercuti di Sepanyol untuk bachelor trip kawan baiknya, Daabas (Anubhav Singh Bassi) dan Kinchi (Monica Chaudhary), Mickey jatuh cinta dengan Nisha "Tinni" Malhotra (Shraddha Kapoor). Mereka berdua setuju untuk commit dalam relationship kemudiannya bertunang dan bakal berkahwin. Sementara Mickey bahagia dengan personal matters dia, Tinni pula hubungi konsultan putus cinta untuk keluar dari relationship mereka berdua tanpa sedar yang konsultan tersebut adalah kekasihnya sendiri. 



Director: Vardhan Ketkar
Writer: Aseem Arora, Magizh Thirumeni
Cast : Aditya Roy Kapur, Mrunal Thakur, Ronit Roy, Vedika Pinto, Manoj Bakshi, Deepak Kalra
Production Company: T-Series Films, Cine1 Studio
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Crime / Thriller
Rating: 8.5/10

Mengisahkan tentang Arjun Sehgal (Aditya Roy Kapoor) yang dibawa ke balai sebagai suspek kepada satu kes pembunuhan. Mengikut alibi Arjun, dia berada di pejabat untuk office party kemudiannya tersadai di tepi jalan kerana tayar keretanya pancit. Selepas 3 jam baru dia berjaya pulang ke rumah kerana jack kepunyaannya rosak jadi terpaksa tunggu sesiapa yang sudi membantu. 

Pihak polis masih bertegas Arjun adalah pembunuhnya kerana muka Arjun jelas terpampang dalam gambar yang diambil oleh jiran sebelah rumah secara tak sengaja. Terkejut bukan kepalang bila pihak polis menerima kedatangan Sooraj Rana (Aditya Roy Kapoor) yang mempunyai wajah saling tak tumpah dengan Arjun. Dia dibawa ke balai kerana memandu secara mabuk.



Director: Yashowardhan Mishra 
Writer: Ashok Mishra, Yashowardhan Mishra
Cast : Sanya Malhotra, Anant V Joshi, Vijay Raaz, Rajpal Yadav, Brijendra Kala, Neha Saraf, Raghubir Yadav
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Sikhya Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Satire / Comedy / Drama
Rating: 8.5/10

Kisah bermula dengan kehilangan dua biji nangka di laman rumah MLA Munnalal Pateria (Vijay Raaz) dan Inspektor Mahima Basor (Sanya Malhotra) ditugaskan untuk mencari nangka tersebut. Kenapa buah nangka ni penting? Kerana buah nangka baka Ah Hong dari Malaysia tu sedap dibuat jeruk. Jeruk tu pula akan diberikan sebagai hadiah dengan harapan MLA akan bertukar jadi Menteri.



Director: Ali Abbas Zafar
Writers: Ali Abbas Zafar, Aditya Basu, Siddharth–Garima 
Cast : Shahid Kapoor, Sanjay Kapoor, Diana Penty, Ronit Roy, Rajeev Khandelwal, Ankur Bhatia, Vivan Bhatena
Production Companies: Jio Studios, AAZ Films, Offside Entertainment, Sradvn Production
Distributor: JioCinema 
Genre: Action / Thriller
Rating: 7/10

Kisah bermula dengan pertarungan antara Sumair Azad (Shahid Kapoor) bersama Jaggi (Zeishan Quadri) di bandar Gurugram untuk menangkap drug dealer. Sumair merupakan polis bahagian narkotik yang sedang menyiasat kartel dadah di bandar tersebut. Kerana rampasan tersebut gagal bila Morris berjaya loloskan diri, Atharva Azad (Sartaaj Kakkar) ditangkap oleh Sikandar Chowdhary (Ronit Roy). 



Director: Sameer Vidwans
Writer: Karan Shrikant Sharma
Cast: Kartik Aaryan, Kiara Advani, Gajraj Rao, Supriya Pathak, Shikha Talsania, Siddharth Randeria, Rajpal Naurang Yadav
Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Namah Pictures
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Romantic / Drama
Rating: 9.2/10

Bagai bulan jatuh ke riba, Satyaprem a.k.a. Sattu (Kartik Aaryan) dipinang untuk menjadi suami kepada Katha (Kiara Advani), gadis cantik yang mencuri hati dia sejak setahun yang lalu ketika bertemu di perayaan Navatri. 

Sesuatu yang tak disangka juga oleh Sattu mahupun keluarganya kerana Sattu adalah penganggur selepas 3 kali gagal dalam peperiksaan akhir dalam jurusan undang-undang. Kereta tak ada, apatah lagi wang simpanan sendiri. Sattu tahu Katha setuju berkahwin kerana dipaksa oleh orang tuanya tapi dia tak peduli asalkan gadis idaman menjadi miliknya. 



Directors: R Balki, Amit Sharma, Konkona Sen Sharma, Sujoy Ghosh
Writers: R Balki, Amit Sharma, Konkona Sen Sharma, Sujoy Ghosh
Cast: Mrunal Thakur, Angad Bedi, Neena Gupta, Tillotama Shome, Amruta Subhash, Anushka Kaushik, Tamannaah Bhatia, Vijay Verma, Kajol, Kumud Mishra
Production Companies: Flying Unicorn Entertainment, RSVP
Distributor: Netflix
Genre: Romance, Drama, Comedy
Rating: 7.2/10

4 filem pendek arahan 4 pengarah berbeza dengan pelbagai genre digabungkan dalam satu filem. 



Director: Nitesh Tiwari
Writers: Nitesh Tiwari, Piyush Gupta, Nikhil Mehrotra, Shreyas Jain
Cast: Varun Dhawan, Janhvi Kapoor, Anjuman Saxena, Manoj Pahwa, Mukesh Tiwari, Prateek Pachori, Vyas Hemang
Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Earthsky Pictures
Distributor: Amazon Prime Video
Genre: Romantic / Drama
Rating: 7.5/10

Bawaal (Kekecohan) mengisahkan tentang perkahwinan antara Ajay Dixit (Varun Dhawan) dan isterinya, Nisha Dixit (Janhvi Kapoor) yang bergolak setelah Nisha diserang sawan. Nisha mempunyai penyakit tersebut sejak lahir tapi sejak menginjak dewasa, Nisha tak pernah terkena serangan sawan kerana dia sentiasa mengambil pil seperti yang disarankan oleh doktor. 

Nisha mempunyai pendidikan tinggi, cantik dan pandai serba-serbi dalam segala hal namun tiada yang sanggup beristerikan penghidap epilepsi. Ajay yang tidak faham erti epilepsi setuju beristerikan Nisha. Sebaik saja dia nampak serangan sawan tersebut, Nisha dikurung di rumah supaya tidak menjatuhkan air mukanya di hadapan penduduk kampung. 



Director: Amit Rai
Writer: Amit Rai 
Cast: Akshay Kumar, Pankaj Tripathi, Yami Gautam Dhar, Brijendra Kala, Govind Namdeo. Arun Govil, Aarush Varma, Pawan Malhotra
Production Companies: Cape of Good Films, Viacom18 Studios, Wakaoo Films
Distributors: Viacom18 Studios, Netflix 
Genre: Comedy / Drama
Rating: 9.5/10

Kanti Sharan Mudgal (Pankaj Tripathi) terlibat dalam musibah apabila anaknya, Vivek (Aarush Varma) dirakam masturbate dalam tandas sekolah. Semuanya bermula dengan cemburu terhadap Vivek yang menjadi top student dan mempunyai bakat menari salsa. Rakan sekelasnya mula membuli dan merendahkan Vivek sehingga dia hilang keyakinan diri. Kerana telan pil Viagra sebanyak 3 biji, Vivek dikejarkan ke hospital. 



Director: Sujoy Ghosh
Writers: Sujoy Ghosh, Raj Vasant
Cast: Kareena Kapoor Khan, Jaideep Ahlawat, Vijay Varma
Production Companies: Balaji Motion Pictures, 12th Street Entertainment, Kross Pictures, Boundscript, Northern Lights Films
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Thriller
Rating: 8.4/10

Filem Jaane Jaan mengisahkan tentang Maya D’Souza (Kareena Kapoor Khan) yang melarikan diri dari suaminya, Ajit Mhatre (Saurabh Sachdeva) selepas dijual kepada kelab malam untuk bekerja sebagai penari tiang. Dari nama asalnya Soniya (Uditi Singh) bertukar kepada Maya D’Souza dan bekerja sebagai pemilik restoran di Kalimpong. Maya membesarkan anak perempuan tunggalnya bernama Tara (Naisha Khanna) yang cantik dan aktif dalam sukan. 

Entah bagaimana selepas 14 tahun Ajit berjaya menjejak Maya dan Tara di Kalimpong. Tujuan utamanya bukan berniat baik sebab Ajit nak jual anaknya kepada kelab malam, sama seperti dia jual Soniya dulu untuk langsaikan hutang dadah. Tak mungkin Maya nak perkara yang sama terjadi kepada Tara. Akibat pergelutan mereka pada malam tersebut, Ajit mati tanpa sengaja. 



Director: Vidhu Vinod Chopra
Writer: Vidhu Vinod Chopra
Cast: Vikrant Massey, Medha Shankar, Anant V Joshi, Anshumaan Pushkar
Production Company: Vinod Chopra Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Biography / Drama
Rating: 10/10

Dilahirkan dalam keluarga miskin, Manoj Kumar Sharma (Vikrant Massey) tak pernah ambil peduli dengan pengajian dia. Malah ketika ujian tahunan, guru kelas juga bagi jawapan supaya kesemua anak muridnya lulus. Namun kerana kehadiran DSP Dushyant Singh (Priyanshu Chatterjee), pegawai polis yang baru sahaja ditukarkan bertugas di kawasan tersebut, perbuatan sekolah dianggap salah di sisi undang-undang. 

Kerana pesona DSP Dushyant Singh, Manoj ambil keputusan untuk ambil ujian kelayakan menjadi DSP di Gwalior. Ayah Manoj juga merupakan seorang yang jujur dan sanggup berjuang demi keadilan walaupun digantung tugas kerana memukul pegawai yang mengambil rasuah. Kerana dua figura tersebut, Manoj cuba bina masa depan untuk menjadi pegawai polis yang Amanah dan berintegriti. 

15. The Archies


Director: Zoya Akhtar
Writer: Ayesha Devitre Dhillon, Reema Kagti, Zoya Akhtar, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast: Agastya Nanda, Khushi Kapoor, Suhana Khan, Vedang Raina, Mihir Ahuja, Aditi "Dot" Saigal
Yuvraj Menda
Production Companies: Archie Comic Publications Graphic India, Tiger Baby Films
Distributor: Netflix
Genre: Musical / Teen / Comedy
Rating: 8.6/10

Filem terbaru arahan Zoya Akhtar yang ditayangkan di 54th International Film Festival of India berlatarkan komuniti Anglo-Indians pada tahun 1960-an. Filem yang diadaptasikan dari francais buku komik dengan judul yang sama membuka kisah tentang Archi dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Green Park di Riverdale. 

Budaya komuniti Anglo-Indian adalah dengan menanam sebatang pokok ketika si anak berusia 5 tahun. Setiap pokok akan diletakkan tanda nama, bukti individu tersebut lahir di Riverdale dan menetap di situ. Green Park terletak di tengah-tengah bandar Riverdale dan menjadi saksi untuk pelbagai jenis aktiviti yang diadakan oleh komuniti Anglo-Indians dari generasi ke generasi. 



Director: Arjun Varain Singh
Writers: Arjun Varain Singh, Zoya Akhtar, Reema Kagti, Yash Sahai
Cast: Siddhant Chaturvedi, Ananya Panday, Adarsh Gourav, Kalki Koechlin
Production Companies: Excel Entertainment, Tiger Baby Films
Distributor: Netflix
Genre: Coming-of-age / Drama
Rating: 9.5/10

Mengisahkan tentang Imaad Ali (Siddhant Chaturvedi), Ahana Singh (Ananya Panday) dan Neil Perera (Adarsh Gourav) yang berkawan baik sejak zaman sekolah ambil keputusan menjadi business partner untuk sebuah gym studio. Pelbagai konflik yang terpaksa dilalui hingga menjejaskan persahabatan dan perancangan mereka. 

Tak panjang pun list untuk tahun 2023 dan mungkin perkara yang sama juga untuk tahun 2024 nanti sebab produser dengan pelakon tengah ada beberapa isu. Tak banyak filem diterbitkan maka tak banyak lah juga hasil tontonannya. Sementara tengah tunggu senarai filem 2024, you guys enjoy lah tengok beberapa filem dalam list ni okay? Have fun watching! :)

Minggu ketiga ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ menyaksikan peserta Farhan Mustapha di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 66.77%, diikuti oleh Shazreen Shaharum (64.24%), Ameerais (63.74%), Raes (63.02%), Syaffiq Sahli (62.71%) dan Bulan Asyraff (62.27%) yang berjaya menawan kedudukan enam teratas, ‘The Six’. 

Minggu FYP yang menampilkan lagu-lagu yang pernah terlintas di ‘for you page’ TikTok pengguna ini turut menyaksikan tiada penyingkiran bagi kesemua peserta. Farhan Mustapha juga membawa pulang RM 5,000.00 selepas dipilih sebagai pemenang Anugerah Pilihan GimmeTwoMee pada minggu ini. Saksikan episod baharu Gimme The Mic Malaysia pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.


SENARAI LAGU


INFO TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia

• Edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang menerokai bakat muzik baharu di Malaysia bermula siaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta secara siaran langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Seringkali dilakukan secara maya menerusi TikTok LIVE iaitu perkhidmatan penstriman secara langsung di platform TikTok, program utama edisi terbaharu ini akan bersiaran di saluran Astro Ria buat julung kalinya.

• Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, di mana mereka perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

• Sherry Alhadad bergandingan bersama pengacara dan pelakon terkenal, Sean Lee sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, pelakon dan komposer terhebat yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic’ akan diadili oleh barisan panel juri profesional dan undian daripada penonton.

• Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

• Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.

• ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh Telco Rasmi, CelcomDigi dan TWOMEE. 

Drama Review | Senduk Swap (2022)

Sunday, 4 August 2024


Pengarah: Jared Lee
Penulis Skrip: June Tan, Leysha Al-yahya, Megat Zahrin
Pelakon: Dato’ Sri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar, Qasrina Karim, Emma Sofea, Chalani Ganeson, Izzrin Irfan, Sham Sunder Binwani, Apek Senario, Ceddy
Syarikat Produksi: Grim Film  
Penyiaran: TA-DAA! (Astro saluran 612), Netflix
Genre: Komedi
Jumlah Episod: 8 Episod (25 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 9 September 2022 
Trailer:


Drama Senduk Swap mengisahkan tentang dua orang remaja – Ayu (Qasrina Karim) dan Sofea (Emma Sofea) yang datang dari latar kehidupan berbeza tapi mempunyai impian yang sama iaitu menjadi chef dan menang anugerah prestij, Senduk Emas. 

Ayu yang tinggal bersama neneknya (Fatimah Abu Bakar) di Kampung USA, terletak di sebuah pulau hidup dalam keadaan serba sederhana. Hasrat Ayu adalah untuk mengubah nasib hidupnya dengan menjadi chef terkenal melalui Akademi Senduk Emas, akademi masakan berprestij di Malaysia. Citarasa Ayu lebih kepada menu masakan Melayu dan bahan kegemarannya adalah tempoyak. 


Di akademi masakan, Ayu berjumpa dengan Sofea yang kaya dan berlagak. Sofea terpaksa masuk ke akademi kerana ayahnya, Dato Malek (Dato’ Sri Eizlan Yusof) ugut untuk berhentikan semua elaun dan wang perbelanjaannya. Macam mana nak survive dekat Paris kalau wang pun tak ada? Sofea masuk ke Akademi Senduk Emas dengan Messenger (Izzrin Irfan) sebagai pembantu merangkap kawan baiknya. 

Perbezaan sikap dan citarasa buatkan Ayu dengan Sofea sering bertelagah sampaikan Chef Double Double (Chalani Ganeson) sakit kepala melayan kerenah mereka berdua. Satu hari Ayu dan Sofea tertukar badan dan mula kenal kehidupan masing-masing dan tahu rahsia keluarga mereka. 


Drama santai arahan Jared Lee yang diterbitkan oleh Astro menggunakan tema bertukar badan untuk mengangkat nilai-nilai murni sebagai pengajaran kepada penonton muda. Drama sebanyak 8 episod dengan durasi selama 25 minit setiap episod mempunyai sinematografi yang cantik dengan olahan yang menarik, sesuai dengan genre komedi yang dimasukkan. 

Sesuai sangat lah ambil Qasrina Karim sebagai pelakon utama sebab comel, sama juga dengan Emma Sofea. Kebanyakan masanya kedua-dua watak memerlukan ekpresi berlebihan tanpa terlihat cringe disebabkan genre cerita dan target audience. Makin cerita bergerak, makin banyak perubahan dari kedua-dua watak utama. Watak Din (Ahmad Faiz Najib), Opah dengan Dato Malek pun menghiburkan sebagai watak sampingan utama untuk Ayu dan Sofea. 


‘Pertandingan Raja Burger 2022. Hadiah utama ialah RM20,000 ayah! Kalau Sofea menang, Sofea boleh bayar sendiri percutian Paris saya. Tapi Sofea sedar, kalau Sofea menang, reputasi Sofea akan meningkat jadi orang akan lebih yakin untuk kembali ke Sofea’s Choice.’ – Sofea Dato Malek

Memandangkan drama Senduk Swap berkisarkan dunia masakan, banyak babak yang tonjolkan menu menarik dihasilkan oleh beberapa watak bersama teknik plating yang cantik sampai kita rasa terliur. Dekat hujung drama pun ada resipi ringkas untuk dikongsikan dengan penonton. 


Jalan cerita Senduk Swap ringkas dan bersifat straightforward dengan beberapa konflik yang dimasukkan. Paling kesian dengan Sofea lah sebab terpaksa sesuaikan diri dengan kehidupan luar bandar. Nak guna tandas pun kena berkongsi dengan satu kampung, nak guna internet kena pergi ke kedai runcit. Baik sebagai Ayu ataupun Sofea, Qasrina tonjolkan lakonan dengan baik ditambah dengan chemistry dengan Ahmad Faiz Najib. 

Pelik juga lah Opah tak kenal cucu dia setiap kali bertukar badan padahal perangai berbeza macam langit dan bumi. Kalau Dato Malek tu faham lah juga sebab Sofea memang suka mengelak spend time dengan dia. Nasib baik ada Din yang sabar dan faham tantrum Sofea bila stuck dekat Kampung USA. 


Ending Senduk Swap a bit predictable lah sebab penulis tak berani keluar dari format tipikal padahal tak ada masalah pun kalau buat lain dari yang lain. Apa pun, drama ni seronok lah ditonton sebagai tontonan santai. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Drama Review | Record of Youth (2020)


Director: Ahn Gil-ho
Writer: Ha Myung-hee
Cast: Park Bo-gum, Park So-dam, Byeon Woo-seok, Kwon Soo-hyun, Ha hee-ra, Han Jin-hee, Park Soo-young, Lee Jae-won, Shin Dong-mi, Lee Chang-hoon, Shin Ae-ra, Seo Sang-won, Jo Yoo-jung, Seol In-ah
Production Companies: Pan Entertainment, Studio Dragon
Distributors: tvN, Netflix
Genre: Drama 
Running Episodes : 16 episodes (minutes per episode)
Release Date: 7 September 2020 – 27 October 2020
Trailer:


Drama Youth of Record berkisarkan dunia modelling dan industri hiburan di mana tiga watak utama berkenalan dan mengembangkan karier mereka sejak muda. Sa Hye-jun (Park Bo-gum) sering mencari peluang dalam dunia lakonan sejak menjadi model selepas tamat sekolah menengah. Semua ujibakat dihadiri tapi rakan baiknya, Won Hae-hyo (Byeon Woo-seok) yang akan dipilih. 

Dia tak pernah merungut atau iri hati terhadap rakannya malah sentiasa berusaha lebih keras lagi. Hae-hyo pula sentiasa mencari peluang untuk Hye-jun dapat tawaran yang sama tapi tak semua orang bernasib baik. Ejennya, Lee Tae-su (Lee Chang-hoon) pula seleweng upah yang dia dapat sampaikan Lee Min-jae (Shin Dong-mi) ambil keputusan untuk buka Jjamppong Entertainment dan scout Hye-jun sebagai satu-satunya bakat di bawah syarikat tersebut. 


Dari satu babak kecil hingga lah menjadi pelakon utama dalam drama bersiri, Hye-jun mula terkenal dan menjadi pujaan ramai. Populariti Hye-jun ada baik dan buruknya hingga beri kesan terhadap hubungan dia bersama keluarga juga kekasihnya, An Jeong-ha (Park So-dam). 

First time tengok drama lakonan Park Bo-gum lepastu jatuh cinta sebab lakonan dia natural, no wonder lah ramai yang suka dengan dia. Muka dia ada iras Bae Suzy, suara pun soothing. Drama Record of Youth terbitan Studio Dragon dan Pan Entertainment mempunyai penceritaan yang ringkas tapi tampil dengan olahan yang menarik dari pengarah Ahn Gil-ho. 


Setiap babak penting yang ditayangkan pada cliffhanger akan berpatah balik dan dikembangkan dalam episod seterusnya. Seronok juga lah sebab keluar dari kebiasaan format penceritaan. Sinematografi dan music score Record of Youth jadi pendukung kuat drama untuk terlihat lebih menarik. 

Walaupun tak ada sesuatu yang unik dari kisah tiga watak utama tapi sarat juga dengan emosi terutamanya dari keluarga Hye-jun. Menyampah sangat dengan watak ayah dia, Sa Young-nam (Park Soo-young) sebab pilih kasih sampai anak mengelak untuk bercakap dengan dia. Watak Hye-hyo lebih kurang macam watak Hwang Sun-oh dalam Love Alarm (2019), dipinggirkan sebab kaya dan terkongkong dengan pilihan keluarga. Studio Dragon memang suka agaknya dengan watak macam ni. Sifir mudah untuk buatkan penonton kesian dengan watak sekian sekian.


Selain dari perjalanan kehidupan, penulis masukkan juga kesan psikologi menerusi watak-watak utama. Macam mana childhood trauma bagi kesan dalam setiap tindakan yang diambil oleh setiap watak. Record of Youth masukkan juga buli di tempat kerja baik dari watak Sa Hye-jun ataupun An Jeong-ha yang dibenci oleh senior kerana prestasi dia yang cemerlang. 

Kelemahan drama ni terletak pada watak Lee Min-jae yang agak terburu-buru dan emosi dalam membuat keputusan sampai reputasi Hye-jun terjejas. Kalau kenang budi dan jasa dia, memang patut lah Hye-jun stay tapi kalau I jadi peminat Hye-jun pun rasa tak puas hati dengan marketing progress syarikat tu. Geram juga bila dia tak hormat dengan keputusan Hye-jun padahal ada relevannya permintaan Hye-jun dalam sesuatu keputusan. Watak antagonis tak semena-mena nampak kuat dalam drama ni bila watak protagonis tak bijak. 


Drama Record of Youth tak menjadi pilihan sebagai naskhah yang baik bukan sebab jalan cerita yang lemah tapi sebab sad ending antara lead couple. Personally, I happy Hye-jun putus dengan An Jeong-ha sebab watak female lead lemau. Bukan sebab watak atau lakonan Park So-dam lemau tapi sebab dia teragak-agak untuk bertindak dalam perhubungan tu. Dia lagi serasi dengan Hae-hyo nak dibandingkan dengan Hye-jun sementara Hye-jun pula lebih sesuai dengan Jung Ji-ah (Seol In-ah), bekas teman wanita merangkap peguam dia. Ji-ah ada dominant traits jadi tak hairan lah kalau Hye-jun rasa secure setiap kali ada masalah datang. Tengok cara Ji-ah selesaikan masalah pun cepat dan tangkas, berbeza sangat dengan An Jeong-ha dan Lee Min-jae. Sekejap je watak Ji-ah muncul tapi mencuri perhatian sangat. 


I tahu pasal drama ni pun sebab kolaj Netflix buat untuk tarik peminat Byeon Woo-seok gara-gara drama Lovely Runner tapi jatuh cinta pulak dengan Park Bo-gum. Byeon Woo-seok pernah cakap watak Sa Hye-jun adalah diri dia yang sebenar dalam industri lakonan Korea. Banyak drama dia berlakon sebagai watak sampingan tapi tak dikenali pun. Bakat dan kacak pun belum menjaminkan populariti tapi tuah tuan punya badan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Movie Review | Under Paris (2024)


Director: Xavier Gens
Writers: Yannick Dahan, Maud Heywang, Xavier Gens, Yaël Langmann, Olivier Torres
Cast: Bérénice Bejo, Nassim Lyes, Léa Léviant
Production Company: Let Me Be
Distributor: Netflix
Genre: Thriller
Running Time: 101 minutes
Release Date: 5 June 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan pencarian Lilith, seekor jerung betina spesis jerung mako di Lautan Pasifik oleh penyelidik marin bernama Sophia Assalas bersama ahli kumpulannya yang lain. Suaminya, Chris mengetuai kumpulan penyelam yang terdiri dari Sam, Juan dan Tom sementara Sophea dan Jade monitor dari atas bot. 

Anehnya, kawanan jerung mako memburu secara berkumpulan dan Lilith juga bersaiz lebih besar dari biasa. Semasa Chris cuba untuk mengambil sampel darah dari Lilith, mereka semua diserang dengan ganas lalu terbunuh oleh hidupan marin tersebut. 

Tiga tahun kemudian, Sophia meneruskan hidup dengan bekerja di sebuah akuarium di Paris. Aktivis alam sekitar, Mika (Léa Léviant) dan Ben (Nagisa Morimoto) memaklumkan Sophia tentang Lilith yang cuba membina habitat di Sungai Siene. Sesuatu yang aneh bagi ikan jerung yang hidup di air masin cuba beradaptasi di air tawar tambah pula di tempat yang kotor. 

Sophia bersama Adil (Nassim Lyes), pegawai polis cuba untuk berjumpa dengan Datuk Bandar (Anne Marivin) supaya batalkan acara sukan triathlon supaya tak ada atlet dan orang awam yang tercedera namun cadangan mereka diendahkan saja. Sesuatu yang mustahil kerana acara tersebut telah menelan belanja yang besar. 

 Naskhah yang bertemakan ikan jerung arahan Xavier Gens menggunakan hidupan yang sentiasa beradaptasi dan sekali lagi meletakkan manusia dalam bahaya. Bukan saja berevolusi kepada haiwan yang lebih kuat, ganas dan mengerikan malah boleh membiak dalam masa yang sangat singkat tanpa perlukan mating partner. Ikan jerung feminist. Unik dan moden. 

Filem Under Paris sebenarnya satira kepada Datuk Bandar Paris sebab pilih Sungai Siene yang kotor untuk sukan triathlon di Sukan Olimpik. Sama macam dalam filem, Datuk Bandar Paris tak peduli dengan pendapat orang awam dan teruskan juga untuk menggunakan Sungai Siene sampai bahayakan nyawa atlet. In real life, atlet yang menang pun sampai muntah 10 kali. Cincin tunang jatuh dalam Sungai Siene pun tak sanggup nak pergi ambil sebab kotor sangat. 

Apa pun matlamat filem Under Paris yang diterbitkan oleh Let Me Be, barisan penulis tak mampu hasilkan cerita yang menarik dengan tema dan beberapa perubahan yang dibawa. Watak-watak utama terlihat dangkal dan lemah terutamanya Sophia. Sepanjang filem ni memang join team Lilith sebab manusia yang cari pasal dulu. 

Kenapa Lilith keluar dari norma ikan jerung mako sampai banyak perubahan yang tak masuk akal? Langsung tak diceritakan sebab filem ni dibikin dari perspektif Sophia yang guna kad mangsa. Spin macam mana pun tetap salah Sophia dengan pasukan penyelidikan dia sebab diorang yang monitor Lilith dari kecil. 

Konflik Under Paris berkembang dari semasa ke semasa tapi semakin berkembang semakin tidak logik lah tapi sebab filem ikan jerung kan, kalau tak guna logik pun tak apa. Saspens tu ada juga lah tapi orang putih ni perangai dia, lagi dilarang lagi menjadi. Kalau filem ni tajuk dia Under Sungai Klang, mungkin jadi music video je skrip filem ni. I bukan orang yang tergolong dalam kumpulan yang gigih nak tengok ikan jerung beranak dalam terowong sempit. Baik tidur dekat rumah ada bagusnya. 

Sinematografi Under Paris menggunakan CGI untuk babak-babak tertentu tapi mungkin sebab syarikat produksi yang kecil jadi bajet pun tak lah besar sangat. Faham sendiri lah visual dia macam mana kalau tak spend lebih dekat tempat yang sepatutnya. Mungkin ada yang suka filem Under Paris tapi kalau yang belum tengok, watch it at your own risk lah. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.8/10

Movie Review | Deadpool (2016)

Saturday, 3 August 2024


Director: Tim Miller
Writers: Rhett Reese, Paul Wernick
Cast: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, T. J. Miller, Gina Carano, Brianna Hildebrand
Production Companies: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, TSG Entertainment, Kinberg Genre, The Donners' Company
Distributor: 20th Century Fox
Genre: Superhero / Action / Comedy
Running Time: 108 minutes
Release Date: 8 February 2016 (Le Grand Rex), 12 February 2016 (United States)
Trailer:


Naskhah terbaru dari Marvel menampilkan anti-superhero bernama Deadpool yang dihasilkan dari makmal yang sama dengan Wolverine dan hidup dalam universe yang sama dengan anggota X-Men tersebut. Wade Wilson (Ryan Reynolds) mengambil upah dari sesiapa yang memerlukan khidmat dia untuk melawan orang jahat tapi tak bermakna dia suka digelar hero. 

Tak pernah terbayang hidup sebagai lelaki yang mempunyai keluarga hingga dia bertemu dengan Vanessa (Morena Baccarin), si penari kelab malam yang cantik. Sama-sama mempunyai kisah hidup yang malang dan tragis, mereka berdua bercinta dan setuju untuk berkahwin. Malangnya, Wade didiagnos dengan kanser dan mempunyai peluang untuk hidup selama beberapa bulan saja lagi. 


Wade ditawarkan untuk jadi superhero dari makmal swasta yang diuruskan oleh Ajax (Ed Skrein) dan Angel Dust (Gina Carano). Setiap hari Wade diseksa dalam makmal untuk menghidupkan sel mutan yang disuntik ke dalam badannya. Siksaan paling teruk dalam hypobaric chamber buatkan kulit Wade terbakar sekaligus menghidupkan sel mutan dan berjaya lari keluar dari makmal tersebut. 

Walaupun Wade mempunyai kuasa superhero tapi seluruh kulitnya dipenuhi parut kanser. Setiap hari Wade akan mengekori Vanessa dari jauh sebab dia takut tunangnya akan lari ketakutan akibat rupa yang buruk. Dalam masa yang sama, Wade bertukar menjadi Deadpool dengan kuasanya yang baru dengan kerja yang sama seperti sebelumnya. 


Filem arahan Tim Miller mempunyai dua kekuatan utama – sinematografi cemerlang dari Ken Seng dengan kerjasama Digital Domain (DD), Atomic Fiction, Blur Studio, Weta Digital, Rodeo FX dan Luma Pictures untuk visual effects dan olahan kreatif dari pengarah. Jalan cerita Deadpool biasa saja sebab penulis nak perkenalkan siapa Deadpool dan sedikit backstory bagaimana dari manusia biasa bertukar kepada vigilante berbaju merah dengan katana di belakang badan. 

Dalam filem pertama ni juga Deadpool dipujuk oleh Colossus X-Men (Stefan Kapičić & Daniel Cudmore) untuk join X-Men tapi dia tak nak sebab tak ada orang pun dekat sana. Tapi bila dia perlukan team, Colossus dengan Negasonic Teenage Warhead (Brianna Hildebrand) juga yang dia cari. Karakter Deadpool memang sukar dijangka sebab dia jenis tak berfikir bila ada kuasa untuk self-regenerate. A bit annoying but 100% lovable to watch sebab dia keluar dari acuan superhero yang sentiasa nak buat baik dan terlihat baik depan semua. 


Kelemahan pada filem Deadpool terletak pada watak antagonis yang kurang menyengat walaupun mempunyai kuasa mutan. Ajax dan Angel Dust tak ada banyak screentime sangat pun untuk bertarung dengan team Deadpool sebab ruang banyak diberikan pada kisah cinta Wade dan Vanessa. Bila masuk babak pertarungan tu macam eh ni je? Tapi itu lah, Deadpool pun jenis brutal, bila bergaduh dengan orang terus aim untuk bunuh je jadi filem ni tak sesuai untuk yang bawah 18 tahun sebab ganas yang melampau. 



Himpunan lagu dari Tom Holkenborg terarah pada zaman 80-an antaranya Juice Newton (Angel of the Morning), Wham! (Careless Whisper) even theme track untuk Deadpool pun enjoyable since Deadpool suka berlawan berlatarkan musik. Deadpool is kinda romantic guy anyway. Tak pasti lah sebab dia berjumpa Vanessa ataupun sebenarnya dia memang softie tapi ada anger issue sebab ayah dia abusive. Apa pun sebabnya, Ryan dengan Morena ada chemistry yang kuat sebagai lovey-dovey couple dalam dunia yang ganas dan kotor. 


Watak sampingan yang lain macam Blind Al (Leslie Uggams), Dopinder (Karan Soni) atau Weasel (T. J. Miller) dalam dunia Deadpool pun enjoyable to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Blog Performance July 2024

Friday, 2 August 2024


Sembang bulan lepas nak improve tapi sama saja macam sebelumnya, tak mampu jugak nak naikkan bilangan entri padahal masa buat list entry apa nak update dah mencecah dah pun 60 entri. Awal bulan pun dah jadi lipas kudung settlekan mana yang patut.

1. PV


Berbeza dengan bulan Jun 2024, pageview untuk bulan Julai ni jatuh sikit tapi tak seteruk bulan Mei lah sampai hilang terus semangat nak update. Sekarang ni dah nampak ada beberapa perubahan dari Blogger, nak tak nak kena adapt lah sebab malas nak cari platform lain. Sebab perubahan tu juga bagi kesan kepada pageviews dan Adsense. 

Sembang pasal Adsense memang menangis lah tengok kutipun bulanan tapi kemain letak iklan banyak gila dalam website. Nak dapat duit dia kemain payah sana sini ada restrictions. 

2. Posts


Haritu ada nampak orang suggest drama Baby Reindeer dekat Twitter, mungkin terpalit lah sikit tempias dari situ sampai masuk Popular Post bulan Julai 2024. Jangan tanya lah kenapa drama Lovely Runner dekat atas bila Netflix dah berjaya dapat rights untuk tayang lepas berlagak sangat reject drama ni masa team production approached dulu. Nasib baik dah tengok sebelum masuk Netflix, boleh lah tumpang tempias populariti Sunjae. 

3. Bilangan Entri

Macam I bagitahu dekat awal entri, bulan ni tak mampu nak update banyak pun. Half dari tu pun press release padahal ada banyak draft untuk review. Tapi tu lah silap jugak plan untuk improve bulan ni sebab sisa audit masih ada. Tengok lah bulan Ogos ni apa cerita sebab tak ada cuti langsung, mungkin akan sentiasa di rumah untuk jimat duit dari berbelanja. 

Thanks kepada yang berkunjung ke sini, ada a few yang I dah balas kunjungan. Yang tak sempat dibalas tu Insya-allah akan dibalas from time to time. Take care ye semua sebab musim panas akan berlarutan sampai September so stay hydrated supaya tak jatuh sakit.