Kumpulan Pembuat Kuih Wanita Set Rekod Malaysia dengan Kempen Amal Kuih Raya yang menyentuh Hati | Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk memperkasakan kumpulan pembuat kuih kecil-kecilan itu untuk menghasilkan 150,000 kuih, yang kemudiannya disumbangkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang berkemampuan. 

Kumpulan srikandi dari Lembah Subang dan Seri Pantai PPR telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas sumbangan mereka dalam inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk. Menerusi sokongan Cadbury Dairy Milk, kumpulan yang berbakat dan cekal ini telah meraih gelaran ‘Paling Banyak Kuih Coklat Cadbury Dihasilkan untuk Kempen Amal’ atas kejayaan menghasilkan 150,000 kuih dalam dua minggu. 15 pembuat kuih yang dipilih merupakan usahawan kecil-kecilan dan penerima bantuan Yayasan MyKasih, yang dipilih daripada komuniti yang terbabit dalam program bantuan makanan tanpa tunai.

Menerusi kerjasama dengan inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk, mereka telah menghasilkan 2,000 botol Tart Coklat dan Keju Cadbury, yang kemudiannya dibeli oleh Cadbury Dairy Milk Malaysia untuk disalurkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang berkemampuan melalui bantuan Food Aid Foundation.

Pencapaian hebat ini mencerminkan ketabahan dan dedikasi mereka untuk menambah baik kehidupan mereka sendiri serta keluarga tersayang. Mereka bukan hanya membawa keceriaan dan sokongan penting kepada komuniti yang memerlukan semasa musim perayaan, tetapi juga menunjukkan bagaimana individu-individu daripada latar belakang yang kurang berkemampuan mampu memperbaiki kehidupan diri mereka sambil membantu insan-insan lain yang memerlukan. Kisah ini menonjolkan impak positif daripada pemerkasaan dan sokongan komuniti, yang mampu menginspirasikan orang lain untuk mengejar impian mereka dan mencetuskan perubahan yang amat bermakna.

Nur Sharzi Bashar, 41, yang mengetuai kumpulan pembuat kuih di PPR Lembah Subang, berkata: “Projek ini amat bermakna buat saya secara peribadi. Saya dan arwah kakak sayamemang beringin dan merupakan Impian kami untuk bersama-sama membuka sebuah kafe, dan inisiatif ini telah membantu mengekalkan impian saya ini.”

“Saya bersyukur kerana diberi peluang bukan sahaja untuk menambah pendapatan keluarga, tetapi juga mengejar impian saya sambil memiliki sebuah perniagaan di rumah. Semoga saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Sarasvathy, 46, yang mengetuai pasukan PPR Seri Pantai untuk inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’.

Ketua Pemasaran untuk Pasaran Malaysia dan Singapura di Mondelēz International, See Mei Sin, berkata: “Keazaman yang ditunjukkan wanita-wanita ini sungguh luar biasa, dan semoga inisiatif ini akan menggalakkan mereka untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka dan meneroka peluang baharu dalam industri bakeri. Di Cadbury Dairy Milk, kami berbangga untuk menyokong impian dan kreativiti. Sejak 2021, ‘Kuih Raya Dari Hati’ telah berkembang daripada sebuah inisiatif yang menginspirasikan rakyat Malaysia untuk membuat kuih bersama Cadbury kepada menggalakkan mereka untuk menyokong komuniti memerlukan di sekeliling mereka, dan kami berhasrat untuk terus menyemarakkan semangat kemurahan hati di Malaysia melalui inisiatif ini.”

Inisiatif tahun ini adalah lanjutan daripada #MDLZPrihatin, kerjasama jangka panjang antara Mondelēz International (Malaysia) dan MyKasih bagi menyokong dan memperkasakan keluarga dan komuniti kurang berkemampuan.

************************************

About Mondelēz International (Malaysia)

Mondelēz International (Malaysia) is part of the Mondelēz International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2023 net revenues of approximately $36 billion, Mondelēz International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 and Dow Jones Sustainability Index. Mondelēz International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Cadbury 5 Star chocolate, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's biscuits, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Kraft cheese, Chacho’s chips, Chipster chips, Twisties snacks and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way.

Visit mondelezinternational.com and follow us on social media:  facebook.com/mondelezinternational, instagram.com/mondelēz_international, linkedin.com/company/mondelezinternational and twitter.com/MDLZ

Movie Review | Kereta Berdarah (2024)

Wednesday, 24 July 2024


Pengarah: Rizal Mantovani
Penulis Skrip: Erwanto Alphadullah
Pelakon: Hana Malasan, Zara Leola, Kiki Narendra, Putri Ayudya, Yama Carlos
Syarikat Produksi: MVP Pictures
Pengedar: MVP Pictures, TGV Cinemas, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 103 minit
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2024 (Indonesia), 23 Februari 2024 (Malaysia) 12 Julai 2024 (Netflix)
Trailer:


Kereta Berdarah mengisahkan tentang Purnama (Hana Malasan) dan adiknya, Kembang (Zara Leola) pergi bercuti ke sebuah resort yang baru saja selesai dibina di sebuah daerah kecil. Percutian tersebut untuk meraikan Purnama yang baru-baru ini telah pulih dari kanser. 

Untuk pergi ke resort tersebut mereka perlu menaiki sebuah keretapi selama 7 jam perjalanan dengan melalui 5 terowong di hutan tersebut. Purnama dan Kembang antara yang terawal dapat merasai pengalaman menaiki keretapi bernama Sangkara. Turut serta dalam majlis perasmian ialah pemilik Sangkara bernama Bara (Kiki Narendra) dan orang kenamaan iaitu Pak Santoso (Yama Carlos). 


Ketika sesi perasmian itu berlangsung, majlis mereka diganggu oleh sekumpulan wanita yang bertanyakan tentang kehilangan suami mereka. Rata-ratanya bekerja sebagai buruh pembinaan di landasan keretapi untuk Sangkara. Bara cuma minta pengawal keseamatan menghalau kumpulan wanita tersebut dan minta Pak Santoso untuk bertenang. 

Dalam perjalanan ke resort, ketika melalui terowong pertama, Sidik (Totos Rasiti) perasan pintu kecemasan di gerabak 5 tersekat lalu meminta Don untuk baiki. Malangnya Don diganggu oleh entiti seram dan kemudiannya gerabak 5 terpisah dari keretapi utama. Kembang dan Purnama yang berada di gerabak 4 terkejut dengan kejadian tersebut kerana bagasi mereka berada di gerabak 5. 


Tekun (Fadly Faisal) menenangkan mereka berdua dan tegaskan bagasi mereka akan terus dibawa ke resort. Hakikatnya, dia sendiri tak pasti sama ada gerabak 5 masih ada di terowong ataupun hilang. Kejadian yang sama juga berlaku apabila mereka melalui terowong kedua lantas memaklumkan hal tersebut kepada Bara. 


Naskhah Kereta Berdarah arahan Rizal Mantovani mengangkat tema kehidupan jin yang bermukim di dalam hutan tebal. Tak semua tempat boleh diganggu oleh manusia sewenangnya sepertimana Bara yang ingkar dengan larangan dukun gara-gara tamak. Sudahnya bukan saja pekerja landasan menjadi mangsa malah penumpang juga terkorban. Selain dari ketamakan Bara, perbezaan antara kelas sosial juga mencuri tumpuan bila penumpang gerabak 2 enggan membantu penumpang gerabak lain.

 

Kalau ikutkan pada jalan cerita, kejadian seram cuma berlaku dalam kereta api jadi tak pasti lah apa nasib pekerja resort sebab Sangkara tak sempat sampai pun ke sana. Tekun, Sidik atau Bara tak dapat nak hubungi pihak resort bila talian terputus. Masa tengok filem ni jadi tertanya-tanya juga lah macam mana pihak Sangkara berhubung dengan pihak resort. Mungkin terletak antara dua kawasan yang berbeza. 

Filem Kereta Berdarah terbitan MVP Pictures menggunakan khidmat CGI dan prostetik untuk mewujudkan Ratu Jin (Ruth Marini) yang agresif dan mengerikan. Sama juga dengan entiti jin yang lain atau jelmaan roh para pekerja landasan. Kebanyakan babak seram menggunakan warna merah sebagai simbolik kepada emosi jin yang terganggu dengan kehadiran manusia. 


Kereta api yang digunakan dalam filem Kereta Berdarah juga adalah set yang dibina sendiri oleh team production sebab tak dapat kelulusan untuk guna kereta api sebenar. Tapi tak nampak pun macam dalam set masa layan filem ni. Suka tengok gerabak eksklusif untuk bangsawan dek sentuhan vintaj yang diberikan. 

Jin yang dimasukkan tak seram pun cuma kita jadi risau dengan watak-watak utama sebab tak ada ruang untuk mereka selamatkan diri. Kalau tak mati dalam kereta api, mungkin akan mati di dalam hutan sebab mereka dah masuk ke kawasan jin. Berdebar juga tengok beberapa babak sampai ke penghujung cerita. 


Bila tengok kesudahan filem Kereta Berdarah ni rasa kasihan pula dengan Kembang sebab dia moody tak nak pergi bercuti dekat resort tapi pergi juga sebab menurut permintaan kakak dia yang sakit. Alih-alih kena hadap benda yang tak sepatutnya sampai makan diri. Pengarah masukkan watak Ramla (Putri Ayudya) yang berkait dengan pekerja landasan tapi tak ada apa pun watak dia mampu buat, cuma sekadar menambahkan drama yang tak bagi apa-apa impak pada jalan cerita. 

Pengajaran yang kuat diselitkan dalam filem Kereta Berdarah cuma filem ni akan jadi one-time watch sebab bukan happy ending. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10 

Movie Review | Agak Laen (2024)


Pengarah: Muhadkly Acho
Penulis Skrip: Muhadkly Acho
Pelakon: Bene Dion, Oki Rengga, Indra Jegel, Boris Bokir, Tissa Biani, Arie Kriting, Indah Permatasari, Sadana Agung Sulistya
Syarikat Produksi: Imajinari, Jagartha, Trinity Entertainment Network, A&Z Films, Legacy Pictures
Pengedar: Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 119 minit
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2024 (Indonesia), 29 Februari 2024 (Malaysia & Brunei Darussalam), 14 Mac 2024 (Singapura) 
Trailer:


Naskhah komedi dari negara seberang yang mencatat kutipan setinggi 9 juta lantas menjadi filem kedua tertinggi jumlah kutipan mengisahkan tentang empat sekawan - Bene (Bene Dion), Oki (Oki Rengga), Jegel (Indra Jegel) dan Boris (Boris Bokir) mengendalikan sebuah rumah hantu di Pasar Malam Rawa Senggol. 

Kerana rumah hantu yang kosong dan hantu yang tidak menyeramkan, ramai pengunjung fun fair mengelak untuk masuk. Kalau ada yang masuk pun hanya untuk jadikan bahan ketawa. Oki yang lari dari dibuli mencadangkan supaya rumah hantu tersebut diubahsuai supaya kelihatan lebih seram dan menarik. Semuanya bersetuju kerana mereka juga tidak mempunyai cara lain untuk kekal bertahan di fun fair tersebut sebelum diusir oleh Jongki (Arie Kriting), pengurus Pasar Malam Rawa Senggol. 


Tanpa disangka rumah hantu mereka viral di TikTok setelah dua orang influencer berkongsi pengalaman mengerikan di situ. Nasib mereka berempat berubah serta-merta dan memperoleh keuntungan yang banyak lantas berjaya melangsaikan hutang sehinggalah satu hari mereka didatangi oleh seorang wanita muda (Indah Permatasari) yang mencari Pak Basuki (Arief Didu). 

Filem Agak Laen yang ditayangkan di Netflix mempunyai jalan cerita yang unik dan menghiburkan sebagai naskhah santai. Lakonan Bene Dion, Oki Rengga, Indra Jegel dan Boris Bokir juga cemerlang sepanjang 119 minit dengan pelbagai lontaran emosi. Bukan saja reaksi muka malah tona suara yang digunakan untuk beberapa situasi juga natural. Mungkin sebab tu lah penulis proceed dengan guna nama sebenar walaupun untuk kisah rekaan. Sebelum ni dah pernah tengok lakonan Jegel dan Boris dalam filem Ngeri-Ngeri Sedap (2022) dengan genre yang sama terbitan produksi yang sama, Imajinari. 


Unsur seram yang dimasukkan tak lah seram sangat pun sebab gangguan yang dialami di rumah hantu tu cuma melalui props yang ada. Kalau ikutkan, filem Agak Laen arahan Muhadkly Acho lebih terarah pada genre komedi dan drama sebab keempat-empat watak dibelenggu masalah hidup. Bene ada kekasih tapi perlu cari wang untuk perbelanjaan dan hantaran yang tinggi, Jegel dikejar lintah darat, Boris terpaksa bayar yuran khas untuk bekerja sebagai tentera kerana melunaskan impian ibunya sementara Oki perlukan duit untuk kos rawatan ibunya dan mempunyai status banduan. 

Beberapa babak komedi yang dimasukkan menggunakan reference untuk masalah sosial di Indonesia jadi kalau yang tak berapa familiar mungkin tak faham punchline yang dimasukkan. Ada juga lawak double menaning jadi jangan lah tonton sambil makan. Dark humour dan political humour juga menjadi rencah filem komedi Agak Laen. 


Selain skrip yang bagus dengan chemistry 4 podcaster Agak Laen, sinematografi dari Arfian menghidupkan dunia Agak Laen dengan kualiti visual yang menarik. Penggunaan colour grading dengan beberapa tema warna utama dalam babak tertentu mencuri tumpuan juga. Background music dari Ofel Obaja Setiawan mengukuhkan lagi beberapa babak penting. 

Personally, I tak berapa seronok layan filem Agak Laen sebab komedi yang dimasukkan agak keterlaluan bila Jegel kencing di kubur. Kalau penulis cipta watak Pak Basuki sebagai seorang individu yang kejam, makan rasuah, terlibat dengan jenayah, boleh faham lah bila dibalas macam tu. Of course, cerita ni fiksyen dan diadun dalam kisah komedi tapi ada batasnya juga kan bila berjenaka? Nasib baik penulis bagi balasan yang setimpal untuk mereka berempat di hujung cerita. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8.5/10

Movie Review | 13 Bom di Jakarta (2023)

Monday, 22 July 2024


Pengarah: Angga Dwimas Sasongko
Penulis Skrip: Angga Dwimas Sasongko, M. Irfan Ramli
Pelakon: Chicco Kurniawan, Ardhito Pramono, Lutesha, Rio Dewanto, Putri Ayudya, Ganindra Bimo, Niken Anjani, Rukman Rosadi, Muhammad Khan, Andri Mashadi
Syarikat Produksi: Visinema Pictures, Indodax, Legacy Pictures, Volix Pictures, Folkative, INFIA, Barunson E&A
Pengedar: Visinema Pictures, GSC Movies (Malaysia), Netflix
Genre: Aksi / Thriller 
Durasi Tayangan: 143 minit
Tarikh Tayangan: 2 Disember 2023 (JAFF), 28 Disember 2023 (Indonesia), 8 Februari 2024 (Malaysia), 29 Januari 2024 (Festival Filem Antarabangsa Rotterdam) 
Trailer :


Filem aksi yang menelan belanja paling besar pernah dihasilkan di Indonesia mengisahkan tentang serangan sekumpulan pengganas di kota Jakarta. Naskhah 13 Bom di Jakarta diangkat dari kisah nyata yang berlaku di Mall Alam Sutera pada tahun 2015 di mana pengasas INDODAX turut sama membantu Badan Kontra Terrorisme Indonesia (ICTA). 

Kisah bermula dengan letupan bom yang pertama di dalam sebuah van yang membawa sejumlah wang tunai yang banyak. Emil (Ganindra Bimo), anggota special force mengesahkan kejadian tersebut sebagai tindakan pengganas kerana tiada wang yang dicuri walaupun 6 orang anggota pengawal keselamatan ditembak mati. 


Emil lantas mempertikai kecekapan Badan Kontra Terrorisme Indonesia (ICTA) yang diselia oleh Karin Anjani (Putri Ayudya) kerana gagal mengesan sebarang rencana oleh pengganas. Sebolehnya Jenderal (Purn.) Damaskus Iryawan (Rukman Rosadi) enggan melaporkan sebagai serangan pengganas kerana banyak pihak akan terkesan dari klarifikasi tersebut. 

Namun tak lama kemudia, sebuah video dikirim oleh Ibrahim Gani a.k.a Arok (Rio Dewanto) meminta 100 Bitcoin dipindahkan ke akaun mereka menerusi Indodax atau 13 bom di Jakarta akan meletup setiap 8 jam. 


Emil ditugaskan untuk membawa pengasas Indodax - Oscar Darmawan (Chicco Kurniawan) dan William Sutanto (Ardhito Pramono) ke bilik siasatan Badan Kontra Terrorisme Indonesia (ICTA). Tak ada data yang mencurigakan dari syarikat Indodax kerana mereka merupakan start-up di Jakarta dan tidak tahu-menahu langsung tentang serangan pengganas juga Ibrahim Gani. 

‘Pak, kami mahu jelaskan Indodax adalah online platform dan siapa-siapa aja bisa menggunakan platform kami untuk melakukan transaksi.’ - Oscar Darmawan


Naskhah 13 Bom di Jakarta menggunakan tema terrorism yang jarang berlaku di Indonesia dan mengetengahkan Bitcoin sebagai instrumen utama. Pada tahun 2014 hingga 2016, kewujudan Bitcoin masih lagu dan belum banyak undang-undang juga panduan yang digariskan oleh regulator. Jadi tak hairan lah kenapa Arok menggunakan Indodax supaya tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa. 

Penceritaan 13 Bom di Jakarta menarik perhatian bukan saja kerana kisah nyata malah banyak momen yang mendebarkan baik dari ICTA ataupun Indodax yang tanpa sengaja menjadi kambing hitam. Kesian tengok Oscar dan William terpaksa pertahankan diri daripada dihukum sebagai pembelot negara. 


Bila masuk second half, jalan cerita mula longgar sebab kita tak jelas dengan perjuangan Arok dan pengganas yang lain. Kalau dia dan yang lain mangsa kapitalisme, yang mangsa korban sebab serangan bom dia tu apa? Tak sepatutnya dia serang orang tak bersalah gara-gara gagal bayar pinjaman bank. 

Masa watak Oscar dengan William lari dari ICTA sebab nak lawan Arok tu macam merepek juga sebab ICTA ada kelengkapan dan sekuriti. Kekurangan cuma kemahiran IT yang mana adalah kelebihan duo pengasas tersebut. Tak faham kenapa pengarah Angga Dwimas Sasongko nak pecahkan kepada 3 kumpulan sedangkan masalah boleh diselesaikan dengan perbalahan antara antagonis dan protagonis.


Watak Karin Anjani pun terlihat lemah sebagai ketua unit ICTA jadi tak hairan lah kalau Emil pertikai segala hasil kerja yang dia buat di jabatan tu. Memang patut juga Jenderal minta dia balik jaga anak sebab dia tak pernah turun padang jadi tak tahu betapa genting situasi masa tu. Masa tengok babak tu ingatkan Karin isteri Jenderal rupanya bukan sebab tona suara memujuk dia tu lembut sangat. Babak di ICTA pun kurang meyakinkan untuk menggambarkan situasi ibu negara diserang pengganas. Semua pun masih bertenang macam hari kerja biasa. 

Kalau ikutkan naskhah 13 Bom di Jakarta tak lah ikut sepenuhnya peristiwa asal jadi tak faham kenapa penulis bunuh watak sekian sekian di penghujung cerita sedangkan pengasas Indodax yang sebenar bagitahu dia kagum dengan kecekapan anggota yang menangani kejadian tu. 


Harapan Oscar supaya penonton belajar sedikit sebanyak mengenai kripto malangnya tak banyak pun pendedahan yang dimasukkan dalam filem 13 Bom di Jakarta. Alur cerita masih lagi mengikut template filem aksi yang sama dan menonjolkan badan berkuasa sebagai entiti yang lemah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Siri yang Memenangi Anugerah, ‘Legenda Puteri Qaseh’ Kembali dengan Musim Baharu di Astro Ceria | Saksikan pengembaraan ajaib dengan cabaran dan bakat baharu bermula 22 Julai ini

Maklumat Siri:

Astro Ceria teruja untuk mengumumkan pengembalian siri fantasinya yang dinanti-nantikan, ‘Legenda Puteri Qaseh’ Musim ke- 2 yang akan ditayangkan pada 22 Julai 2024, jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Prima. Penerbitan musim pertamanya telah memenangi beberapa anugerah, termasuk:

• ContentAsia Awards 2023 - Anugerah Gangsa untuk program TV Kanak-kanak Terbaik Buatan Asia

• Asian Academy Creative Awards 2023 - Pemenang Nasional Program Kanak-Kanak Terbaik.

Maklumat lanjut mengenai siri adalah seperti yang tertera di bawah:

  • Tarikh dan Masa Siaran: Mulai 22 Julai 2024, setiap Isnin, jam 9 malam
  • Platform Televisyen: Astro Ceria, (saluran 611), Astro Prima (saluran 105)
  • Platform Digital: On Demand, Astro GO dan sooka
  • Pengarah: Shamyl Othman
  • Produksi: Red Communications Sdn Bhd
  • Genre: Klasik Fiksyen
  • Bilangan Episod: 8 episod
  • Pelakon Utama: 1. Qasrina Karim sebagai Puteri Qaseh, 2. Hun Haqeem sebagai Wan, 3. Dini Schatzmann sebagai Putera Amal, 4. Ozlynn Waty sebagai Permaisuri Baiduri, 5. Bella Dowanna sebagai Laila, 6. Daniel Fong sebagai Andika

  • Sinopsis Drama: Qaseh, pewaris takhta kerajaan Kayajaya, menghadapi cabaran baharu. Penyakit luar biasa yang dipanggil 'Wabak Achum' menimpa seluruh kerajaannya, memaksa Qaseh untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Nusaria. Sementara itu, Andika yang telah hilang muncul semula dan berkomplot dengan Raja Sulong untuk merampas takhta Qaseh. Ditemani rakan setianya, Laila dan Wan, seorang pengawal peribadi, Qaseh mengharungi perjalanan penuh cabaran ke Nusaria. Di sepanjang jalan ke Nusaria, mereka berjaya menghalang orang-orang Andika daripada menculik Qaseh. Di Nusaria, mereka bertemu Permaisuri Baiduri dan anaknya, Putera Amal, seorang pakar kimia. Putera Amal mula mengusahakan penawar untuk Wabak Achum, tetapi ia menjadi rumit apabila Permaisuri Baiduri ingin mencari jodoh buatnya. Kisah ini terungkap dengan lebih banyak pengembaraan, cabaran dan hubungan yang rumit.


Nota Tambahan :
• ‘Legenda Puteri Qaseh’ musim kedua membawa kisah dunia khayalan ajaib yang padat dengan elemen komedi dan plot twist dalam setiap episod.
• Musim terbaharu ini turut memperkenalkan barisan watak baharu oleh pelakon berbakat termasuk Hun Haqeem, Dini Schatzmann dan Ozlynn Waty.
• Memberikan lakonan terbaik dalam menghidupkan watak, musim terbaharu ini turut menampilkan barisan pelakon berpengalaman serta yang meningkat naik termasuk Datin Lisa Surihani, Norman Hakim, Aziz M Osman, Chelsia Ng, Bella Dowanna dan ramai lagi.

Saksikan siri yang telah memenangi anugerah, ‘Legenda Puteri Qaseh’ musim kedua di Astro Ceria dan Astro Prima (Episod pertama dan terakhir sahaja) bermula 22 Julai 2024, jam 9 malam atau strim menerusi On Demand, Astro GO dan sooka. Dapatkan Pek Astro dari hanya RM41.99/sebulan dengan diskaun 30% dan pemasangan percuma. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

2024 Adalah Tahun Hun Haqeem Jumpa Matlamat Yang Baru

Thursday, 18 July 2024

Berkongsi kegembiraan tayangan dua episode akhir mini series Ke Kodiang With Love bersama 50 orang peminat bertuah di GSC Midvalley semalam, Hun Haqeem bersyukur dengan jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta untuk empat episode sebelumya. 

Hun Haqeem yang popular dengan drama Kampung People dan Nenek Bongkok Tiga berkata naskhah ringan dan santai seperti Ke Kodiang With Love adalah naskhah comel yang boleh ditonton bersama keluarga. 

Hun mengharapkan lebih banyak lagi siri-siri digital content dapat diterbitkan dan menjadi platform untuk anak seni berkarya di platform tersebut sekaligus melahirkan lebih ramai pengkarya dalam industri seni. 

‘Hun mengharapkan orang dekat luar sana boleh buat short series seperti ini dan boleh hasilkan lebih banyak pengarah juga videographer yang baru sebab limitasi kita terhadap sesuatu karya tu sudah semakin nipis jadi kita boleh saja berkarya di mana-mana. Hun harap series Ke Kodiang With Love ni boleh menjadi inspirasi dan motivasi kepada creator dia luar sana.’ 

Bercakap tentang pengalaman penggambaran mini series Ke Kodiang with Love, Hun bersyukur penggambaran terasa seronok dan terasa bekerja bersama keluarga. Pelakon wanita Qistina Khaled juga senang untuk bekerja bersama. 

Tambahnya cabaran untuk berlakon dalam Ke Kodiang With Love wujud pada mengekalkan pacing dalam cerita. “Sebab kadang-kadang bila cerita itu very light, tak ada intensity di situ, mungkin penonton-penonton akan lebih leka tapi kita cuba untuk kekalkan pacing cerita dan kesinambungan scene after scene.”

Hun juga berazam untuk sentiasa mencuba sesuatu yang baru dalam dunia lakonan. “Now is the time for me to try a lot of things. Bagi Hun, naskhah Ke Kodiang With Love adalah digital content yang sangat baru dan Hun want to be involved dalam sesuatu pergerakan yang baru. Bila kita dapat tengok lagi ramai orang yang buat benda yang sama dan post dekat social media atau digital platform, kita rasa bangga menjadi individu yang try to push it forward.”

Tambahnya naskhah yang menarik dari segi skrip dan memberi impak kepada penonton baik sikit ataupun banyak menjadi pendorong utama kerana baginya matlamat dalam berkarya sebagai pelakon adalah untuk memberi impak kepada penonton. 

Mengucapkan rasa syukur untuk perjalanan karier sebagai anak seni, Hun Haqeem menyifatkan tahun 2024 sebagai tahun yang positif setelah mengalami episod yang memberi kesan kepada kesihatan mentalnya. 

“Alhamdulillah this year, 2024 for me has been really really great. I’ve learned a lot of things. Hun dapat overcome mental health issue dengan self-reflect. Hun terlibat dalam CSR pada awal tahun ini, berbuka bersama-sama dengan anak yatim, bagi Ribena, belikan baju Melayu untuk mereka. The most amazing part is Hun buat dengan rakan-rakan selebriti juga. Bila Hun dapat tengok secara live perkara itu berlaku, ia jadi sesuatu yang bermotivasi. Kalau Hun tak melalui semua susah payah tu, mungkin Hun tak berkemampuan untuk buat semua ni. That has been the greatest motivation for me. Setiap kali Hun rasa down atau penat, Hun akan remind myself, no! go! You’re still young, Tuhan bagi tenaga yang bagus, do it! Insya-allah kalau niat kita bagus, kita akan give back to the community. Berkongsi rezeki dengan orang melegakan diri Hun dan perbuatan tu buatkan hidup Hun ada makna dan tujuan.’ 

“Sekarang ni pun Hun dah start dive dalam dunia fitness so I’m gonna open my own gym very soon di Mont Kiara. Hun terdetik nak buka gym sebab Hun rasa Hun memang sejenisyang suka fitness, Hun dulu pun pernah cecah 120kg. Hun nak beri motivasi kepada orang di mana bila kita set untuk achieve sesuatu kita akan dapat lakukan. Hun nak create komuniti yang sihat sebab Hun rasa sebagai rakyat Malaysia, kita agak lacking sikit berkaitan fitness. Hun tak salahkan sesiapa sebab menu makanan dekat Malaysia memang onz. At least bila berkomuniti kita dapat remind each other untuk menjaga kesihatan.’

Hun berkongsi Elitz MMA bakal dibuka di Mont Kiara dan pernah membuka dua buah gym di Klang dan Setia Alam bersama rakan-rakannya. 


MINI SIRI ‘KE KODIANG WITH LOVE’ BERJAYA PIKAT 2.6 JUTA TONTONAN | Gempak Dan Ribena Rai 50 Pemenang Tonton Episod Akhir Bersama Hun Haqeem

Mini siri terbitan Gempak dengan kerjasama Ribena jenama minuman blackcurrant No.1 di Malaysia, iaitu ‘Ke Kodiang With Love’ telah berjaya mencatat 2.6 juta tontonan untuk empat episod pertama menerusi tayangan di semua platform Gempak. Mini siri bergenre komedi romantik berdurasi 15 minit dengan total 6 episod ini mula ditayangkan pada 5 April lalu. 

Ke Kodiang With Love dipersembahkan oleh Gempak dan Ribena membariskan pelakon popular Hun Haqeem, Qistina Khaled, Danish Hazriq serta juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer. Ia diarahkan oleh Afiza Asram, skrip dari tenaga kreatif Gempak iaitu Sham Hashim, Akmal Nahar dan Desiree Gasper, manakala produksi oleh Storyteller Production bersama Lokalab. 

 


Lebih mengujakan, mini siri ini turut memberi peluang kepada 50 penonton dan peminat bertuah untuk menonton dua episod akhir secara eksklusif sebelum ditayangkan kepada umum, bersama barisan pelakon dengan hanya menyertai peraduan Ribena. 


Peraduan tersebut telah dibuka sejak 1 Mei sehingga 30 Jun. Penyertaan perlu disertakan bukti pembelian Ribena bernilai minima RM5 dalam satu (1) resit, kemudian mengira kekerapan Ribena muncul dalam empat episod siri Ke Kodiang With Love. 



Menurut Ketua Konten Studio Astro Gempak, Syazwan Zakariah, "Mini siri ini telah mencuri perhatian penonton dengan cerita yang segar dan ‘sweet’. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ribena yang memberi kepercayaan kepada platform Gempak untuk bekerjasama dalam menghasilkan sebuah mini siri ini dengan gaya kreatif. Hari ini kita berpeluang untuk membawa pengalaman ‘Ke Kodiang With Love’ kepada peminat dan mereka menjadi yang pertama menonton 2x episod akhir ini, sebelum ditayangkan di platform Gempak. Kami mengharapkan mini siri ini mampu memberi kepuasan berbeza kepada penonton, di samping meneroka pelbagai lagi usaha kreatif dalam mempersembahkan kandungan ‘branded content’ tempatan.”

Ketua Pemasaran Bahagian Minuman, Encik Michael Wong turut berkata; “Ribena adalah jus ‘blackcurrant’ nombor satu di Malaysia dan merupakan jenama popular kaya dengan vitamin C yang sememangnya kegemaran ramai,lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda. Sebagai suatu inisiatif istimewa hasil daripada kerjasama dengan Gempak,  sifat ‘light-hearted’ romantik komedi Mini siri Ke Kodiang ini sekaligus menonjolkan personaliti Ribena sebagai pilihan minuman utama yang mendampingi saat riang mahupun saat ‘meh’ terutamanya generasi muda rakyat Malaysia. Mini siri Ke Kodiang with Love ini memang mencuit hati dan amat menghiburkan dengan kebolehan pengarah Afiza Asram dan tenaga kreatif Gempak. Apa yang lebih menarik lagi adalah keunikan cerita yang disampaikan sempena perayaan Hari Raya yang “light hearted”,di mana detik-detik “remeh” dalam jalan cerita akan menjadi boleh dengan Ribena! Kami juga amat teruja dapat menyaksikan bakat artis popular Ajip (Hun Haqeem), yang juga merupakan personaliti dan duta Ribena, dalam mini siri ini. Kami amat berterima kasih di atas peluang kolaborasi bersama Gempak dan berharap mini siri istimewa ini dapat menghiburkan seluruh warga Gempak terutamanya peminat-peminat Ribena; khas dibawa kepada anda oleh Ribena,jenama minuman buah jus blackcurrant nombor satu di Malaysia.”



“Ke Kodiang with Love” mengisahkan tentang Ajip yang bertemu semula dengan Naziah, gadis yang dia minati sejak sekolah lagi, sewaktu pulang dari masjid. Pertemuan itu menjadi titik mula hubungan cinta mereka. Setahun kemudian, Ajip dan Naziah pulang ke kampung untuk meraikan majlis aqiqah adik bongsu Naziah yang baru saja lahir. Ajip sukarela menawarkan diri untuk menjaga kambing aqiqah tetapi malangnya, kambing itu telah hilang! Hj Omar, ayah kepada Naziah, begitu marah dan mahu Ajip cari kambing itu dalam masa 24 jam! Muncul pula Johan, bekas teman lelaki Naziah, yang menawarkan diri untuk membantu mencari kambing tersebut, menyebabkan Ajip bertambah tertekan! Apakah kesudahan cinta Ajip dan Naziah? Adakah cinta mereka itu mendapat restu Hj Omar yang sedang marah? Sama-samalah kita saksikan kesudahannya.


Saksikan kesemua enam episod ‘Ke Kodiang With Love’ di platform Gempak. Untuk maklumat lanjut ikuti akaun media sosial Gempak di Instagram, Facebook, X, TikTok. Gunakan tanda pagar #KeKodiangWithLove untuk berkongsi tentang mini siri ini di media sosial.

 **************************



Tajuk: Ke Kodiang With Love
Genre: Romcom
Dipersembahkan oleh: Gempak
Penerbit Eksekutif:  Raja Jastina Raja Arshad      
Syarikat Produksi: Storyteller Production, Lokalab    
Penerbit: Azuwan Ahmad & Syahir Ismail
Penerbit Penyelia: David Leong
Pengarah: Afiza Asram
Skrip: Sham Hashim, Akmal Nahar, Desiree Gasper
Cerita Asal: Sham Hashim
Pengurus Produksi: Nadhirah Asikem
Penyunting: Zaidi Rizal & Khairuldin Abas

INFO SIRI

Bahasa: Bahasa Malaysia 
Durasi Filem: 15 minit
Jumlah Hari Penggambaran: 5 hari       
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur & Selangor
Tarikh Tayangan di Pawagam: 5 April 2024 – tayangan di semua platform digital Gempak 


BARISAN PELAKON

Hun Haqeem sbg Ajip
Qistina Khaled sbg  Naziah
Danish Hazriq sbg Husni
Aiman Ameer sbg Johan
            
SINOPSIS

Mengisahkan tentang Ajip yang bertemu semula dengan Naziah, gadis yang dia minati sejak sekolah lagi, sewaktu pulang dari masjid. Pertemuan itu menjadi titik mula hubungan cinta mereka. Setahun kemudian, Ajip dan Naziah pulang ke kampung untuk meraikan majlis aqiqah adik bongsu Naziah yang baru saja lahir. Ajip sukarela menawarkan diri untuk menjaga kambing aqiqah tetapi malangnya, kambing itu telah hilang! Hj Omar, ayah kepada Naziah, begitu marah dan mahu Ajip cari kambing itu dalam masa 24 jam! Muncul pula Johan, bekas teman lelaki Naziah, yang menawarkan diri untuk membantu mencari kambing tersebut, menyebabkan Ajip bertambah tertekan! Apakah kesudahan cinta Ajip dan Naziah? Adakah cinta mereka itu mendapat restu Hj Omar yang sedang marah? Sama-samalah kita saksikan kesudahannya.

Finale THSS : Juara THSS Milik Aepul Roza!

Monday, 15 July 2024

Minggu akhir menyaksikan Aepul Roza sebagai Juara pertama The Hardest Singing Show. Dengan markah keseluruhan sebanyak 82.30%, Aepul menunjukkan persembahan yang berani dan bertenaga menerusi lagu It’s My Life nyanyian asal Bon Jovi sambil bermain alat muzik seperti gitar elektrik dan drum, diikuti oleh Ayda Jebat di tempat kedua yang mendapat markah keseluruhan sebanyak 80.81%, dan Stacy di tempat ketiga dengan markah keseluruhan sebanyak 75.09%. 


Segmen kedua juga telah menyaksikan para peserta berkola-berdua termasuk persembahan duet Aisha Retno & Ayda Jebat, Stacy & Zizi Kirana, serta Aepul Roza & Putera Muhammad. Minggu akhir ini juga dikejutkan dengan kehadiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai juri, serta kemenangan akhir Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa oleh Stacy. Saksikan episod-episod THSS menerusi On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam (Undur diri) yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Aisha Retno - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
Zizi Kirana - Atouna El Toufule (Remi Bendali)

Ayda Jebat - Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
Putera Muhammad - Jeritan Batinku (Tan Sri P. Ramlee)

Stacy - Erti Hidup (Dayang Nurfaizah)

Aepul Roza - It's My Life (Bon Jovi)

Aisha Retno x Ayda Jebat - Penasaran (Krisdayanti)
Aepul x Putera - Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)
Stacy x Zizi Kirana - Tak Ada Logika (Agnes Monica)

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Senarai hadiah untuk finalis ‘The Hardest Singing Show’

  • Juara : RM 150,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro. 
  • Naib Juara : RM 20,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.
  • Tempat Ketiga : RM 10,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.
  • Tempat Keempat : RM 5,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.
  • Tempat Kelima : RM 5,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.
  • Tempat Keenam : RM 5,000.00, Pakej pelayaran tajaan Kaki Jalan dan trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.