Aidilfitri 2024 | Raya Kedua Di Perak

Sunday 14 July 2024

Bila balik beraya dekat kampung, raya pertama dekat Kedah kemudian raya kedua beraya di Perak. Dari kecik lagi pakai sistem giliran ni sebab rumah nenek belah mak lagi jauh kan dari belah arwah abah. Ikutkan plan nak balik hari je sebab masing-masing dah besar, segan lah nak tidur dekat ruang tamu tapi tahun ni dah ada banyak bilik extra pakcik buatkan. Dari nak balik hari tukar kepada tidur bermalam. 

 


Dah alang-alang tidur bermalam tu semua berbunyi nak mandi sungai belah petang. Masa kitorang sampai dekat Batu Kurau, rumah opah tengah penuh sebab ramai saudara opah datang beraya. Dah surut sikit, lepas Asar macam tu, kitorang pergi ke Sungai Sempeneh. 

Cousin: Hampa nak pi mandia sungai ka? Nak ikut!
Us: Jom. Adik tunjuk jalan. 
Cousin: Kami tau jalan nak pi sungai. Dekat jaaaa
*berliku jalan yang dia bawak, takde maknanya dekat. Patutnya guna waze sebab jalan luar lagi senang*


Musim raya pun ramai orang dekat sini, mungkin sebab cuaca panas sangat kot. Sebab tu juga lah air sungai tak sejuk sangat. Kitorang pilih kawasan atas sikit sebab dekat bawah dah penuh dengan orang. Air tak dalam sangat, paras lutut kitorang je. Bukan nak mandi beria sangat pun, nak merasa rendam kaki je. Kononnya. 



Tak lama pun dekat sungai ni sebab tak berebut dengan orang lain, boleh lah mandi puas-puas. Dah masuk senja kitorang tukar baju dekat tandas atas. Dekat situ ada rumah buatkan tandas wakaf untuk salin baju. Ada kawasan untuk parking jugak so tak payah lah berjalan mengusung baju basah pergi bawah. Adik-adik bawak kereta naik atas je. 


Lepas solat Maghrib, dah tak larat dah nak beraktiviti so tak pergi beraya mana-mana. Kebetulan ada kawan arwah abah datang raya, itorang makan malam sama-sama je dekat rumah opah. Selesai makan, kitorang main bunga api sampai habis stok. Plan asal nak main awal lagi tapi ucu pesan suruh tunggu kawan dia sampai sebab anaknya nak join sekali. Laman tepi rumah opah ni boleh tahan lah ada ruang, okay lah sikit nak main bunga api. Merasa lah tengok dia kembang terpercik sana sini. 

Esok paginya dah janji nak beraya rumah Makndak pastu pot pet pot pet kena ajak makan tengahari sekali. Sebagai manusia yang rajin masuk dapur, kita pun tolong lah masak sekali. Sebelum memasak tu lepak dekat belakang dulu dekat kebun, ternampak buah keriang ataupun mata itik. 



MakNdak: Lega banyak lah hampa balik tahun ni. Haritu opah dah tanya bila cucu dia nak balik. Lama dah tak jumpa. Kalau kata hampa tak balik, kami nak ajak opah pi gadai barang kemas dia buat duit belanja pi ke KL tu. 

Tau dah perangai suka berdrama ni mai dari mana. Sejenis penyakit keturunan hshshs





Tak masak beria pun tapi bila makan ramai-ramai mula lah bertambah nasinya. Sebab ramai yang berkumpul dekat rumah Makndak tengahari tu, kitorang bahagikan kepada dua tempat. Yang budak kecik semua berkumpul makan dekat ruang tamu. Yang dah besar dan besar badannya pergi ke meja makan. 


Dekat rumah opah ni sama je dengan rumah tok dekat Kedah, ada banyak pokok durian dengan manggis. Tapi durian siapa lagi sedap tu tak tahu lah sebab dua-dua pun durian kampung. Dah kenyang makan, dah habis kemas barang, masa untuk balik rumah lah. Nak lama-lama sangat pun tak boleh, cuti tak banyak. Insya-allah nanti balik lagi sebab dah ada banyak kereta, mudah nak berjalan sana sini. 



Sebelum balik tu sempat menyinggah Tealive Batu Kurau. Saja nak rasmikan shoplot baru buka depan simpang rumah opah. Sebelum ni nak minum Tealive kena pergi pekan Taiping, sekarang keluar sikit je dah jumpa. Tapi menyesal jugak singgah sebab Tealive dia ceroi T.T

Birthday Teha & Farewell Ika


Hujung bulan Mei haritu dekat office ada buat makan-makan untuk sambut hari jadi Teha. Alang-alang dah buat makan-makan tu buat sekali untuk farewell Ika sebagai tanda penghargaan dia buat internship dekat Ram Reza & Muhammad selama 3 bulan sebelum tamat Diploma. 

Selalunya kalau nak celebrate birthday dengan farewell ni kitorang beli kek dekat Secret Recipe tapi kali ni beralih angin pula cari kedai kek dekat area Ara Damansara ni. Tak banyak tapi ada juga lah pilihan lain. 


Masa makan-makan tu tak ramai pun yang ada sebab hari Jumaat, kebetulan je Datuk Hisham masuk office sebab nak settlekan few matters kat office. Sebab tak ramai yang ada, Atie dengan Rina beli kek yang shmoll shmoll je supaya tak bazir. 

Kek je lah kecik lepastu topup dengan desserts lain jugak. Pavlova tu Kak Ida bawa dari Setapak, Ika bawa kek coklat dengan chicken pie untuk RRM. Cheese tart tu dari kedai yang sama dengan kek. 




Sepanjang 3 bulan tu Ika intern di department Corporate tapi lebih banyak tolong I buat CoSec sebab masa tu dah start nak masuk musim audit jadi banyak lah reminder kena prepare. Bila dah masuk quarter kedua pun banyak juga filing kena buat, lepastu ada take over few companies jugak, follow up payment lagi. Ika ada jugak tolong I buat lodgement dekat SSM. 

Banyak lah I ajar dia supaya report dia penuh tapi I tak check pula betul ke tidak apa yang dia tulis dalam report. Hopefully betul lah, kang tak memasal dikecam oleh lecturer MESTI. 3 bulan tu rasa macam sekejap tapi kalau sejenis ringan tulang macam Ika, banyak lah ilmu dan pengalaman boleh dapat. Terima kasih Ika sebab selalu tolong kitorang dan jenis tak berat punggung nak tolong itu ini bila ada event RRM. 


Kalau ikutkan Datuk tak boleh makan sangat benda-benda manis ni, nasib baik lah ada chicken pie dalam majlis ni, boleh lah dia merasa sikit. Menu yang dibawa pun semuanya jenis potong kaki. Pavlova tu lain sikit dari pavlova biasa sebab base dia rasa chewy. Sedap tapi 1 je dah cukup sebab manis. 







Dah habis makan, dah bergambar dengan HOD untuk masuk dalam report, it's time to say bye bye for real. I dengan Ain bagi hadiah farewell untuk Ika sebagai appreciation token intern dekat RRM. All the best for your future Ika, semoga impian Ika untuk jadi polis or compliance officer tu tercapai. 

Astro dan TikTok Bawa Pencarian Bakat Tempatan ke Peringkat Baharu dalam 'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' | 30 Peserta Melalui Pencarian di Aplikasi akan Beralih ke Pentas Utama dalam Kolaborasi Terbesar Pertama Astro dan TikTok, Bermula 21 Julai Ini

Saksikan kelahiran bintang muzik Malaysia seterusnya dalam edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang bakal bersiaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104). Penganjuran program pertandingan nyanyian ini merupakan kolaborasi pertama Astro dengan TikTok, salah satu platform media sosial terkenal di dunia, dalam menerokai bakat muzik baharu di Malaysia.

Seringkali dilakukan secara maya menerusi TikTok LIVE iaitu perkhidmatan penstriman secara langsung di platform TikTok, program utama edisi terbaharu ini akan bersiaran di saluran Astro Ria buat julung kalinya.

Kolaborasi ini memberi peluang kepada penyanyi baharu serta pencipta kandungan muzik di media sosial untuk lebih berkembang dalam bidang nyanyian, mempamerkan bakat serta berkongsi karya muzik mereka dengan khalayak ramai, sekaligus memberi mereka platform untuk memulakan kerjaya nyanyian mereka di Malaysia, dan juga bakal membuka ruang buat anak-anak tempatan untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.

Menurut Pengarah Kandungan, Astro, Agnes Rozario, “Sebagai sebuah syarikat media terkemuka, Astro sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak, dan kami amat teruja untuk berkolaborasi bersama TikTok kerana kami yakin inisiatif ini akan menjadi platform terbesar dalam usaha pencarian bakat dalam kalangan anak-anak tempatan dan sekaligus menjadi penyumbang utama dalam usaha memeriahkan industri hiburan tanah air.

Seiring dengan misi kami untuk mengangkat bakat-bakat tempatan melangkah ke peringkat antarabangsa, barisan pemenang ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga bakal mewakili Malaysia ke peringkat Global”.

Manakala, Pengurus Serantau TikTok LIVE, Melissa Yuen, pula berkata, “Kerjasama antara kami dan Astro telah membolehkan kami untuk memaparkan bakat tempatan yang sangat membanggakan. 'Gimme The Mic Malaysia’ adalah satu platform yang signifikan bagi penggiat seni nyanyian dan muzik yang sedang meningkat naik untuk mempamerkan bakat dan minat mereka. Oleh itu, kami akan terus komited untuk menyokong komuniti pemuzik dan kami teruja untuk menyaksikan persembahan mereka secara langsung di kaca TV, dan seterusnya dapat bersama-sama menyokong perkembangan mereka untuk menjadi bintang yang diimpikan”.

Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, yang buat pertama kalinya, akan disiarkan di Astro Ria. Kesemua 30 peserta ini perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa. Bangku juri bakal dihiasi oleh Yuna, penyanyi dan penulis lagu terkenal di dunia, bersama dengan Bunga Citra Lestari, penyanyi dan pelakon popular Indonesia. Mereka akan ditemani oleh Ajai, penyanyi dan komposer yang berbakat serta Hael Husaini, ikon muzik industri hiburan Malaysia. Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY .

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Format ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan menyaksikan 30 peserta berentap di satu pentas selama 8 minggu dan persembahan mereka akan diadili oleh barisan panel juri profesional dan undian daripada penonton. ‘The Six’ merupakan salah satu elemen yang bakal diperkenalkan dalam program ini, di mana enam kerusi khas akan menempatkan enam peserta dengan kedudukan paling teratas.

Kedudukan ini pula akan sentiasa berubah mengikut markah yang diberi oleh juri profesional berdasarkan persembahan mereka. Di akhir konsert, enam peserta teratas (gabungan markah juri profesional dan jumlah undian tertinggi di TikTok LIVE) akan menghuni kerusi mutlak ‘The Six’ dan terselamat dari penyingkiran, manakala peserta-peserta lain akan berdepan dengan pusingan penyingkiran. Peserta dengan gabungan markah dan jumlah undian terendah akan disingkirkan.

Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.

Selain di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok menerusi laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia. ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ turut disokong oleh Telco Rasmi, CelcomDigi dan TWOMEE.

Penaja Utama

Mengenai CelcomDigi

Mengenai CelcomDigi Berhad CelcomDigi adalah pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia dengan lebih 20.6 juta pengguna di rangkaiannya. Ditubuhkan pada 1 Disember 2022 daripada penggabungan Celcom dan Digi, syarikat ini menyasarkan untuk memenuhi keperluan digital pelanggannya yang semakin meningkat dengan memanfaatkan gabungan baharu rangkaian yang terluas, titik sentuh pengedaran, rangkaian produk dan perkhidmatan digital yang inovatif, dan keunggulan pengalaman pelanggan yang dikuasakan oleh CDzen yang bersemangat. Syarikat ini mempunyai cita-cita yang jitu untuk memajukan negara, memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia, dan menjadi peneraju dalam amalan inklusif serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Untuk maklumat lanjut mengenai CelcomDigi, layari www.celcomdigi.com.

Mengenai TWOMEE

TWOMEE HEALTH & BEAUTY (M) SDN BHD ditubuhkan dengan visi yang jelas: untuk menyampaikan produk kesihatan dan kecantikan yang tiada tandingan kepada pengguna yang mementingkan kualiti dan keberkesanan. Diasaskan oleh Suraya binti Hj Semaru, syarikat ini telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 8 Disember 2023 dan dilancarkan secara rasmi pada 9 Mac 2024. Dengan fokus kepada bidang kecantikan dan penjagaan kulit muka, TWOMEE telah mengukir nama di pasaran Malaysia sebagai jenama yang dipercayai dan digemari ramai.

Mengenai Astro Malaysia Holdings Berhad

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.5 juta rumah atau 68% isi rumah TV Malaysia, 8,500 perusahaan, 17.9 juta pendengar mingguan merentasi platform TV, radio dan platform digital. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Lebih 930,000 rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by Muslim Pro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, Xuan dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.

Mengenai TikTok

TikTok adalah destinasi utama untuk video pendek mudah alih. Misi kami adalah untuk memberi inspirasi dalam bentuk kreativiti dan mencipta kegembiraan. TikTok mempunyai pejabat global termasuk Los Angeles, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul dan Tokyo. www.tiktok.com.

Minggu separuh akhir The Hardest Singing Show menyaksikan Aisha Retno di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 90.74%. Menyanyikan lagu Getaran Jiwa oleh penyanyi asal Tan Sri P. Ramlee dalam versinya sendiri, Aisha Retno berjaya kembali meraih markah tertinggi selepas hampir disingkirkan pada suku akhir. Ini diikuti oleh Ayda Jebat (89.90%) di tempat kedua dan Zizi Kirana (85.15%) di tempat ketiga. 

Selain itu, kesemua enam peserta berjaya mara ke minggu akhir. Peserta Stacy turut mengejutkan para penonton apabila sekali lagi mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa buat kali ketujuh, dan membawa pulang RM 5,000. Selain Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak, barisan juri pada minggu ‘Luar Limitasi’ ini dihiasi oleh pelakon dan penyanyi terkenal, Dato’ AC Mizal. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.


SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam (Undur diri) yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.


Aepul Roza - In The End (Linkin Park)


Aisha Retno - Getaran Jiwa (Tan Sri P. Ramlee)

Ayda Jebat - Sedang Ingin Bercinta (Dewa 19)

Stacy - Peronda Jaket Biru (Wings)

Putera Muhammad - Hati Yang Kau Sakiti (Dato' Sri Rossa)

Zizi Kirana - Amboi (Altimet)




• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.