ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK | Kisah ‘Dysfunctional Family’ Lakonan Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Hariz Hamdan Bermula 12 Julai Ini
Astro mempersembahkan ‘X-Change’, sebuah karya terbitan Astro Shaw yang memaparkan kisah remaja yang terpaksa terlibat dalam perbuatan jenayah keluarganya. Siri premium Astro Originals ini bakal bersiaran pada 12 Julai 2024, bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO, serta jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan jam 9.30 malam di Astro AEC (saluran 306).
Menerusi tagline ‘The Bonds of Blood’, ‘X-Change’ merupakan sebuah siri yang menampilkan aksi, jenayah dan romantik, serta mengetengahkan subjek ‘gaya authoritarian’ dalam sesebuah keluarga, iaitu melibatkan peraturan ketat, jangkaan yang tinggi dan kurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak sebagai konflik utama dalam naratif.
Penceritaan menerusi 10 episod ini adalah hasil ciptaan Lemuel Ong, juga selaku showrunner yang sebelum ini mengetuai Unit Kandungan Malaysia untuk Astro Gempak dalam memenangi filem pendek Malaysia, Kampung Malar. Diarahkan oleh sutradara Norhanisham Muhamad atau lebih dikenali sebagai “Labu”, siri ini menyaksikan kali pertama Labu mengarahkan siri premium.
Drama yang penuh debaran ini dibintangi oleh barisan pelakon berpengalaman serta yang meningkat naik termasuk Datuk Rosyam Nor (Yakob), Arfie Shah (Khalif), Joey Leong (Lilian), Hariz Hamdan (Qabil), Sadiq M. Jamil (Capik), Steve Yap (Jay), Marisa Yasmin (Mariam), Angeline Tan (Yi Ling), Alvin Wong (Foong), Shweta Sekhon (Divia) dan ramai lagi.
Ini juga menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor dalam naskhah aksi dan lakonan watak utama pertama oleh Arfie Shah. Joey Leong juga tampil buat kali pertama dalam naskhah siri melayu.
Penerbit Eksekutif ‘X-Change’ juga merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “X-Change mempersembahkan drama aksi, jenayah, romantik pertama Malaysia yang menggabungkan enam bahasa berbeza serta dialek, dengan mengetengahkan isu sosial ‘gaya autoritarian’ dalam sesebuah keluarga. Isu ini memang berlaku dalam kalangan masyarakat kita dan mungkin ada yang menormalkan gaya tersebut. Kami berharap, ia mampu menjadi topik perbincangan penonton sepanjang drama premium ini ditayangkan. X-Change turut membabitkan kisah percintaan pasangan berlainan latar yang terhalang kerana permusuhan keluarga, dan ini menampilkan himpunan pelakon Malaysia seperti Datuk Rosyam Nor, Steve Yap, Alvin Wong, Arfie Shah dan ramai lagi. Kami harap penonton dapat menerima sebuah lagi drama berkualiti dari Astro Originals ini dan terus memperkukuhkan usaha mengangkatkan cerita-cerita menarik tempatan.”
Pengarah ‘X-Change’, Norhanisham Muhammad (Labu), berkata, “Saya amat bersyukur kerana mendapat kumpulan yang kuat dalam menjayakan siri X-Change ini. X-Change merupakan sebuah naskhah yang mempunyai jalan cerita yang baik. Walaupun berlatar belakangkan aksi, tetapi saya ingin menekankan elemen kekeluargaan yang menjadi aspek utama penceritaan, yakni sesuatu yang bermakna buat semua. Terima kasih kepada semua yang sudah berusaha sepenuhnya untuk siri ini. Terima kasih juga kepada Astro dan Radius One kerana mempercayai saya sebagai pengarah untuk siri premium Astro Originals baharu ini. Saya berharap X-Change dapat menjadi antara naskhah terbaik, terutamanya naskhah yang bertemakan kekeluargaan”.
Kisah ‘X-Change’ bermula apabila Khalif yang baru tamat persekolahan, ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Namun apabila bapanya terlibat dalam kemalangan, Khalif terpaksa mengambil alih “bisnes” keluarganya iaitu merompak kedai emas bersama abangnya, Qabil dan Capik. Tanggungjawab Khalif terhadap keluarganya telah mengheret Khalif semakin terjebak dalam dunia penjenayahan sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar.
Selain padat dengan babak aksi, heist dan konflik drama, siri premium Astro Originals ini turut memaparkan kisah cinta berlainan kaum atau interracial relationship antara Khalif dan Lilian, yang ingin membina kehidupan bersama di luar negara selepas tamat persekolahan. Walaupun impian untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama di luar negara terhalang oleh kehendak keluarga masing-masing, bibit-bibit romantik yang dipaparkan oleh kedua-dua watak ini memberi sentuhan unik kepada penggemar-penggemar siri romantik, terutamanya kepada generasi muda.
Siri premium terbaharu Astro Originals ‘X-Change’ akan bermula siaran pada 12 Julai 2024, pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan jam 9.30 malam di Astro AEC (saluran 306), On Demand, Astro GO dan sooka. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan tanda pagar #Xchange dan #AstroOriginals.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
**********************************
Tajuk: X-Change
Genre: Crime / Action / Coming-of-Age
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad
Penerbit Eksekutif Bersama: Shahrul Ezad Mohameddin, Fazli Bin Baharom
Syarikat Produksi: Radius One Sdn Bhd
Penerbit: Lemuel Ong, Natasha Azlan, Hisham A. Karim
Penerbit Penyelaras: Jazli Iqbal, Fadzlie Musthafa
Penerbit Penyelia: Alfie Palermo, Siti Marzuliana Marzuki, Kyle Goonting
Showrunner/Creator: Lemuel Ong
Pengarah: Norhanisham “Labu” Muhamad
Penulis: Lemuel Ong, Natasha Azlan, Catalina Mae Hubbard, Luqman Sheikh Ghazali, Nas Addina
Cerita Oleh: Lemuel Ong, Natasha Azlan, Catalina Mae Hubbard, Luqman Sheikh Ghazali, Nas Addina, Alfie Palermo
Berdasarkan Idea Asal: Maizura Ederis
Pengarah Fotografi: Norhanisham “Labu” Muhamad
Penyunting: Irwan Ahmad
Pengarah Seni: Ameerul Wagiman
Kesan Visual: Mira Digital
Penata Bunyi: Audio Aficionado
Pereka Busana: Maria Razak
Solekan/Tatarias: Farishaz
INFO
Bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis
Durasi: 50 minit x 10 episod
Lokasi Penggambaran: Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan
Jumlah Hari Penggambaran: 60 Hari
Tarikh Tayangan di Astro: 12 Julai 2024
BARISAN PELAKON
Line Ups
Arfie Shah sbg Khalif
Joey Leong sbg Lilian
Rosyam Nor sbg Yakob
Marissa Yasmin sbg Mariam
Hariz Hamdan sbg Qabil
Sadiq M. Jamil sbg Capik
Steve Yap sbg Jay
Angeline Tan sbg Yi Ling
Alvin Wong sbg Foong (Chi Ping)
Shweta Sekhon sbg Divia
Supporting Cast & Characters:
Andy Teh sbg Ah Seng
Rosdeen Suboh sbg Din
Farah Ahmad sbg Bakariah
Syed Irfan sbg Qabil Muda
Umar Shakur sbg Capik Muda
Rafique Iskandar sbg Khalif Muda
Fimie Don sbg Yakob Muda
Adam Tay sbg Jay Muda
Hadi Putra sbg Kechik
Arash Muhammad sbg Captain Ibrahim
Bohari Ibrahim sbg Hisham
Fadilah Mansor sbg Fauziah
Nadia Aqilah sbg Rokiah
SINOPSIS
Selepas tamat sekolah menengah, Khalif ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Tetapi apabila kemalangan menimpa ayahnya, Khalif terpaksa mengambil alih “bisnes” keluarganya, iaitu merompak kedai emas di pekan-pekan kecil. Adakah Khalif mampu mengubah nasibnya dan memilih jalan hidupnya sendiri? Atau adakah Khalif akan terjebak dalam kehidupan jenayah keluarganya?