Movie Review | Once Upon a Crime (2023)

Tuesday 9 July 2024


Director: Yūichi Fukuda
Writers: Aito Aoyagi, Yûichi Fukuda, Tetsurô Kamata
Cast: Kanna Hashimoto, Yuko Araki, Takanori Iwata, Mirei Kiritani
Production Companies: Credeus, TV Asahi Productions
Distributor: Netflix
Genre: Fantasy / Crime / Comedy / Mystery
Running Time: 107 minutes
Release Date: 19 September 2023
Trailer:


Kisah bermula dengan pengembaraan Little Red Riding Hood (Kanna Hashimoto) di sebuah hutan yang cantik tapi penuh dengan duri tajam. Dalam pengembaraan menuju ke Spenhagen, dia berjumpa dengan ahli sihir wanita dengan ketawa yang jelik bernama Barbara (Midoriko Kimura). Ahli sihir tersebut beria ingin menghadiahkan Little Red Riding Hood sepasang yang kasut yang cantik kerana Kerajaan di situ hanya pentingkan kecantikan. 

‘I don’t look like any old witch, I look stylish, don’t I? I will change your shoes to fit the beauty of this kingdom.’ - Barbara

Malahnya ahli sihir tersebut masih belum mahir dengan sihir menukar kasut. Terpaksa lah Little Red Riding Hood basuh kasut yang penuh dengan selut di sungai. Ketika menyusuri sungai untuk mengambil kasutnya yang dibawa arus, dia kemudiannya berjumpa dengan Cinderella (Yuko Araki). Kasihan melihat Cinderella yang bersedih atas kematian burung merpatinya, mereka berdua berkawan dan setuju untuk pergi ke majlis tari-menari bersama. 

Dengan bantuan sihir dari Barbara, Little Red Riding Hood dan Cinderella mendapat sepasang gaun cantik untuk ke majlis tersebut. Anak saudara Barbara bernama Tekla juga membantu hadiahkan sepasang kasut kaca yang cantik untuk mereka berdua. Barbara juga menukar tikus bernama Paul (Tsuyoshi Muro) sebagai pemandu dan labu sebagai kereta kuda. 

Dalam perjalanan ke istana kereta kuda tersebut terlanggar mayat lalu disorok di sebalik pokok di tepi jalan. Ketika majlis berlangsung, King Bovell (Jiro Sato) memaklumkan Pendandan Rambut Diraja bernama Hans (Masaki Kaji) telah dibunuh lantas Little Red Riding Hood dan Cinderella menjadi cemas dengan berita tersebut.

Naskhah misteri fantasi ini diadaptasikan dari novel "Akazukin, Tabi no Tochuu de Shitai to Deau" karya nukilan Aito Aoyagi yang diterbitkan pada 19 Ogos 2020. Filem Jepun yang mempunyai jalan cerita berbeza dari kisah dongeng popular ini menggunakan genre jenayah dan misteri pembunuhan sebagai penarik. 

Walaupun mempunyai watak Little Red Riding Hood namun plot dan latar masa lebih tertumpu pada kisah Cinderella. Watak antagonis dalam kisah Little Red Riding Hood iaitu Wolf juga tidak dimasukkan kerana penulis lebih selesa menggunakan antagonis keluarga tiri Cinderella. 

Berbeza juga dengan kisah dongeng asal di mana watak Little Red Riding Hood mempunyai kebijaksanaan dan instinct yang kuat sebagai penyiasat lalu banyak membantu Putera Gilbert (Takanori Iwata). Secara tak langsung Kanna dapat banyak screentime dan mempunyai watak yang kuat untuk menyerlah dalam filem Once Upon A Crime arahan Yūichi Fukuda. 

Target audience filem Once Upon A Crime mungkin golongan kanak-kanak atau remaja sebab jalan cerita yang santai dan mempunyai elemen komedi yang berlebihan. Nasib baik tengok dekat Netflix jadi boleh lah ubah speed kepada 1.5x dan tak buang banyak masa untuk habiskan filem ni. Ada part yang menarik perhatian tapi ada babak macam draggy dan over. Babak perbalahan antara Raja dan Red antara babak yang bosan kerana kedua-duanya tak mahu mengalah. Raja dengan maklumat yang dia dapat sementara Red pula menggunakan gerak hati dan berfikir di luar kotak. 

Tumpuan banyak diberikan pada wardrobe dan props yang dipersembahkan dalam Once Upon A Crime terutamanya pada majlis tari-menari di Istana. Kesemua gaun yang digunakan terlihat cantik dan sarat dengan perhiasan yang cantik. Kostum yang digunakan oleh watak lain juga cantik dan mempamerkan suasana era Victoria. Penggunaan CGI dan VFX juga mengukuhkan lagi sinematografi Once Upon A Crime sesuai dengan kualiti visual yang digariskan oleh Netflix. 

Ada yang akan suka dengan filem ni sebab bereksperimen dengan genre berbeza dan keluar dari jalan cerita asal but as for me, I tak suka dengan watak yang dihukum di hujung cerita sebab tak ada keadilan untuk dia sedangkan ada watak yang lebih jahat dan jadi punca kepada jenayah yang berlaku. Patutnya pembunuh ditangkap tapi dapat pengampunan atau dikurangkan hukuman tapi tak ada babak tu. Bagus juga lah ending tak sama sebab Putera raja dalam filem ni pengecut. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.6/10

Drama Review | True Beauty (2020)


Director: Kim Sang-hyeop
Writer: Lee Si-eun
Cast: Moon Ga-young, Cha Eun-woo, Hwang In-youp, Park Yoo-na
Production Companies: Bon Factory Worldwide, Studio N
Distributor: tvN, Netflix 
Genre: Teen / Comedy / Drama
Running Episodes: 16 episodes (73 minutes per episode)
Release Date: 9 December 2020 – 4 February 2021 
Trailer:


True Beauty mengisahkan tentang Lim Ju-kyung (Moon Ga-young) yang sentiasa mendapat komen tentang raut wajahnya yang berbeza dari adik-beradiknya yang lain. Menginjak remaja, dia sering dibuli oleh pelajar popular di sekolah tersebut hanya kerana dia tak cantik. Sedih dengan nasib hidup dia, Ju-kyung naik ke rooftop sebuah bangunan untuk bunuh diri namun sempat diselamatkan oleh Lee Su-ho (Cha Eun-woo) yang baru saja kehilangan rakan baiknya kerana bunuh diri. 

Dalam masa yang sama keluarganya terpaksa menjual rumah di bandar dan pulang ke kampung kerana masalah kewangan. Ju-kyung gembira dengan berita tersebut kerana dia dapat peluang untuk pindah ke Saebom High School. Ju-kyung juga berjaya ubah penampilannya hasil tutorial Selena (Go Woo-ri) yang dikongsikan di media sosial. 


Di Saebom High School, Ju-kyung berkawan dengan Soo-ah (Kang Min-ah) dan Su-jin (Park Yoo-na). Banyak perubahan dalam hidup Ju-kyung sejak dia berpindah ke daerah tersebut termasuk juga perkenalan dengan Lee Su-ho dan Han Seo-jun (Hwang In-youp) yang popular di sekolah tersebut. Mereka berdua dahulunya adalah rakan baik kerana mempunyai minat dan cita-cita yang sama dalam bidang muzik namun bertukar musuh setelah Jung Se-yeon (Kang Chan-hee) meninggal dunia. 

Drama berkisarkan kehidupan sekumpulan remaja sekolah menengah arahan Kim Sang-hyeop merupakan adaptasi dari manhwa True Beauty hasil ilustrasi oleh Yaongyi. Selalu sangat nampak post tentang drama ni tapi malas nak tengok sebab Cha Eun-woo jadi lead actor tapi lepas tengok klip Ju-kyung mengusik Seo-jun dekat TikTok rasa tergerak hati pula nak tengok sebab babak tu comel sangat. 


Memandangkan True Beauty berlatarkan pelajar sekolah menengah, haruslah set mode santai je tapi jalan cerita drama remaja ni not bad lah sebab ketengahkan isu self-confidence. Isu buli yang dibawa masuk pun relatable juga sebab banyak sangat isu face shaming yang berlaku di sekolah. Jangankan di sekolah, masyarakat kita sendiri tak berapa suka dengan orang yang kurang cantik. Kalau masyarakat suka takkan lah wujud isu pretty privilege kan? 

Sebab babak-babak buli ni juga rasa sedih tengok apa yang dilalui oleh Ju-kyung di sekolah lama dan sekolah baru. Elemen psikologi juga dimasukkan bila Ju-kyung sering resah dan takut kalau kawan baru dia geli dan jijik dengan rupa asal. Bila Saebom High School tahu hal sebenar makin bertambah kasihan dengan Ju-kyung sebab satu sekolah buli dia, sama macam apa yang dia bayangkan sebelum ni. 


Faham sangat kenapa Soo-ah jauhkan diri dari Ju-kyung, bukan sebab dia tak cantik tapi sebab tahu cerita dari mulut orang lain. Watak Soo-ah pun selalu rasa left out oleh Ju-kyung dan Soo-jin sebab dia selalu spend time dengan boyfriend dia, Yoo Tae-hoon (Lee Il-jun). 

Drama True Beauty menjadi naskhah yang popular kerana gandingan trio Moon Ga-young, Cha Eun-woo dan Hwang In-youp dalam kisah cinta tiga segi yang dipaparkan sepanjang 16 episod. Of course, it creates a fantasy you boleh bercinta dengan dua jejaka segak dengan kuasa make-up. Tapi kalau fikir dengan logik akal, muka Ju-kyung tak jauh beza sangat pun bila make-up atau bare face. 


Jalan cerita yang dikembangkan oleh Studio Dragon ni tak sepatutnya ambil langkah dramatik dengan buat Ju-kyung dibenci satu sekolah. I faham penulis nak watak Ju-kyung rapat sangat dengan Su-jin untuk wujudkan elemen pengkhianatan dan dengki tapi tu lah, macam mana keluarga Ju-kyung tak pernah cari alternatif untuk rawat muka dia. 

Kakak dia, Lim Hee-kyung (Im Se-mi) kerja di Move Entertainment, assist trainee jadi idol. Tak logik sangat kakak dia tak boleh bantu adik sendiri padahal kerja dalam bidang yang perlu jaga imej dan berpenampilan cantik. Masa Soo-ah berbaik balik dengan Ju-kyung, dia yang cadangkan supaya Ju-kyung tukar cara pemakanan, rutin dan supplement untuk muka. 


Masa kantoi muka Ju-kyung berbeza bila pakai make-up pun pihak sekolah tak bantu pulihkan imej Ju-kyung sedangkan dia star student di sekolah tu. Boleh sangat kalau guru sekolah defend Ju-kyung dan provide sesi make-up supaya ramai lagi boleh jadi cantik dan berhenti jadi mangsa buli. Sekaligus bantu yakinkan pilihan Ju-kyung sebagai make-up artist kepada keluarga dia. 

Antara konflik dalam drama True Beauty ni bila mak Ju-kyung (Jang Hye-jin) tak dapat pendapatan yang stabil pun dari bidang kecantikan jadi sebab tu dia bantah pilihan kerjaya Ju-kyung. Sayangnya, resolusi untuk drama ni nampak lemah bila family dia kurang yakin dengan cita-cita watak utama walhal anak sulung kerja dekat talent agency yang sentiasa memerlukan make-up artist. Hala tuju drama ni nampak confusing lah bila masukkan konflik yang tak perlu ni. 

 

Punca pergaduhan Lee Su-ho dengan Han Seo-jun nampak lemah juga sebab salah faham antara mereka berdua. Kalau dalam webtoon, Se-yeon endahkan Seo-jun sebab dia yakin Su-ho akan percaya cakap dia sedangkan dalam webtoon Se-yeon tak nak letak pressure dekat Seo-jun yang sama-sama trainee di Move Entertainment. Kalau Se-yeon pergi merayu dekat Su-ho minta bantuan untuk pulihkan imej tu boleh faham lah sebab Su-ho anak pemilik syarikat agensi tu. Bila watak Lee Joo-heon (Jung Joon-ho) tak nak bantu Su-ho dan Se-yeon malam tu, baru lah konflik anak-beranak ni nampak lebih kuat dan mendalam. 

Ada banyak lagi plot yang boleh dipertikaikan tapi tutup mata je sebab genre romantic comedy. Babak Lim Hee-kyung bercinta dengan Han Joon-woo (Oh Eui-shik) tak patut masuk pun dalam drama ni sebab cringe tambah pula di episod-episod hujung. Banyak part I skip sebab tak lalu nak tengok. 


Tapi tu lah, I ignore je kelemahan True Beauty sebab terkena second lead syndrome bila chemistry Hwang In-yeop dengan Moon Ga-yeong nampak comel sangat dalam beberapa babak. Of course, I sedih Seo-jun tak dapat ending yang bagus tapi lebih baik Su-ho jadi endgame Ju-kyung supaya alasan Su-ho jatuh cinta dengan Ju-kyung dan mesej drama ni lebih kuat. 

Lakonan Hwang In-yeop pun menyerlah lebih dari Cha Eun-woo yang banyak jadi patung cendana dalam kebanyakan babak. Memang personaliti watak dia pasif tapi banyak cara lagi dia boleh express emotion tu. Tak jauh beza pun watak Seo-jun dengan Su-ho tapi sebab Hwang In-yeop, watak Seo-jun nampak hidup. Famous scene Okey Dokey tu pun kelakar sampai I jadi minat dengan lagu tu lepas tengok drama ni. 



Anyway, True Beauty not bad lah untuk tontonan santai dan cuci mata. Sinematografi yang cantik dan music album yang menarik jadi kekuatan sampingan. Suka dengan lagu Missing You – Sunjae dan Starlight – Chani SF9. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Drama Review | Connection (2024)

Monday 8 July 2024


Director: Kim Mun-kyo
Writer: Lee Hyun
Cast: Ji Sung, Jeon Mi-do, Kwon Yul, Kim Kyung-nam
Production Companies: Studio S, Good Harvest, Soul Pictures
Distributor: SBS TV (Korea), Wavve (Korea), Coupang Play (Korea), Kocowa (US), Vidio (Indonesia)
Genre: Crime / Thriller / Mystery 
Running Episodes: 14 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 24 May– 6 July 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan kejayaan Jabatan Narkotik pasukan Jang Jae-kyung (Ji Sung) memberkas 5 kumpulan keldai dadah di daerah Anhyeon. Kerana kejayaan tersebut dia dinaikkan pangkat kepada Kapten Jang Jae-kyung. Seusai majlis, rakan sekolahnya, Park Jun-seo (Yoon Na-moo) datang berjumpa untuk minta maaf atas apa yang terjadi 20 tahun lepas sehingga Jae-kyung terpaksa pindah sekolah. 

4 hari kemudian Park Jun-seo ditemui mati di tapak pembinaan Pilo-dong dan disahkan membunuh diri kerana kasutnya yang ditinggalkan di tingkat 9. Jae-kyung syak Jun-seo dibunuh kerana malam keesokan harinya dia dapat mesej dari ‘Doctor’ menggunakan kod SOS yang hanya Jae-kyung dan Jun-seo tahu. Kerana mesej tersebut Jae-kyung diculik dan diberi dadah Lemon Mulberry sehingga ketagih kemudian dibebaskan di stesen Anhyeon City Hall. 


Jae-kyung cuba pujuk isteri mendiang, Choi Ji-yeon (Jung Yoo-min) untuk lakukan autopsi tapi dihalang oleh Won Jong-soo (Kim Kyung-nam), Park Tae-jin (Kwon Yul), Oh Chi-yun (Cha Yup) dan Jeong Yun-ho (Lee Gang-wook). Mereka berempat merupakan rakan baik Jun-seo yang terlibat dengan kes 20 tahun lepas dan mendapat panggilan untuk berjumpa di tapak pembinaan Pilo-dong pada jam 11.30 malam, 10 minit sebelum Jun-seo jatuh dari tingkat 9. 

Bukan saja Detektif Jae-kyung perlu cari tahu punca kematian Park Jun-seo, dia juga perlu mencari siapa dalang di sebalik ketagihan dadah jenis baru – Lemon Mulberry dalam drama jenayah terbaru arahan Kim Mun-kyo. 


Naskhah penyiasatan yang ditulis oleh Lee Hyun mempunyai jalan cerita yang menarik, mendebarkan dan sarat dengan plot twist yang sukar dijangka sepanjang 14 episod ditayangkan. Pace penceritaan juga laju dengan latar masa sekarang juga 20 tahun lepas. Boleh kata tak ada babak yang dirasakan tidak perlu dalam drama Connection yang diterbitkan oleh Studio S. Pengarah juga beri perhatian kepada perkara yang kecil untuk support main plot. Kudos to casting director sebab berjaya cari pelakon remaja yang ada iras dengan pelakon dewasa dalam drama ni. Of course, benda ni kecil je tapi membantu kita kenal bila cerita berpatah balik ke zaman sekolah. 


Sebelum Connection, Ji Sung berlakon dalam Adamas (2022) yang mempunyai genre yang lebih kurang sama jadi tak hairan lah kalau dia boleh perform dengan cemerlang dalam watak Detektif Jung Jae-kyung. Menariknya dalam drama Connection, Detektif Jae-kyung tak boleh bergerak seorang diri seperti watak-watak Ji Sung yang pernah dilakonkan sebelum ni. Sesuai lah dengan tema persahabatan yang menjadi esen drama Connection. 


Penulis pecahkan kesemua watak dalam 4 kumpulan yang berbeza – Team Detektif Jae-kyung, Team Kawan Baik Jun-seo, Team Tokan Dadah CEO Yoon dan juga ‘Doctor’. Setiap watak dari keempat-empat kumpulan ni mempunyai ruang yang cukup untuk menyumbang kepada perjalanan cerita. Sedikit demi sedikit pertalian mereka diceritakan oleh penulis dengan kemas dan timing yang cantik. 

Walaupun banyak watak yang terlibat dan banyak juga konflik yang dimasukkan namun pengarah tahu bila masa untuk konflik dimasukkan dan bila masanya untuk tempoh bertenang. Di permulaan setiap episod akan muncul tajuk drama dalam dua warna berbeza – merah dan kuning. Merah bila konflik muncul dan kuning ialah untuk tempoh bertenang. Sama juga dengan mind map, notes dan rajah yang dilakukan oleh watak-watak utama untuk bantu jelaskan situasi yang berlaku. A simple act from team production but it helps a lot for audience to understand the story. Sekaligus tarik minat penonton yang suka genre penyiasatan macam I sebab feel included untuk selesaikan misteri yang ada. 


Selain mesej sosial yang dipamerkan tentang jenayah dan dosa silam, penulis juga masukkan elemen psikologi di mana watak Won Joong Soo dan Park Tae-jin yang tak mampu selesaikan masalah dengan saluran yang betul walaupun mereka menjadi mangsa keadaan yang dicipta oleh watak lain. Penulis juga ketengahkan perbezaan antara hubungan yang sihat dan obsesi terhadap seseorang. Bila tahu apa motif Doctor ni rasa geram dengan perangai parasit yang suka jatuhkan orang lain untuk naik ke atas walaupun orang yang dijatuhkan tu tak ada dosa pun dengan dia. Another psychological issue yang penulis masukkan juga dalam drama ni. 


Banyak konflik dan pengajaran dalam drama ni tapi puas bila tengok ending. Dengan mudah juga boleh kata drama Connection ialah drama penyiasatan terbaik untuk tahun 2024. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + = 10/10

Movie Review | GOLD (2024)

Saturday 6 July 2024

Director: Adrian Teh
Writers: Tan Pik Yee, Adrian Teh
Cast: Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja, Freddie Ng, Lynn Lim, Meeki Ng, Josiah Hogan, Yasmin Hani, Danial Cheah, Tony Eusoff, Nafies Zaidi, Ikhram Juhari
Production Companies: Astro Shaw, ACT 2 Pictures, Clover Films, One Cool Films
Distributors: GSC Movies (Malaysia), Clover Films (Singapore), Astro Shaw (worldwide)
Genre: Sports / Docudrama
Running Time: 126 minutes
Release Dates: 11 July 2024 (Malaysia & Brunei), 18 July 2024 (Singapore)
Trailer:


Diadaptasikan dari kisah benar liku-liku kehidupan atlet paralimpik sukan badminton Cheah Liek Hou, filem GOLD arahan Adrian Teh bekerjasama dengan penulis Tan Pik Yee yang popular dengan filem sukan Ola Bola (2016). 

Sejak kecil, Cheah Liek Hou menonton semua perlawanan Datuk Rashid Sidek (Farid Kamil) dan belajar foot work dalam diam. Kerana status keluarga yang miskin, Liek Hou tak pernah bersuara untuk jadikan badminton sebagai kerjaya. Sehingga lah satu hari dia dicabar oleh Guan Ting (Fabian Loo) di sekolah. 


Kerana bakat dan semangat dia, cikgu Pendidikan Jasmani (Nafies Zaidi) ambil Liek Hou masuk dalam pasukan badminton sekolah. Dari situ dia gigih berlatih dengan sokongan dari bapanya (Freddie Ng) sehingga lah dia menjadi wakil negara. Malangnya Liek Hou disahkan menghidap Erb’s Palsy di mana saraf tangan kanan tidak berfungsi dengan baik. 

'Mereka yang berbakat tidak hebat mana tapi mereka yang berbakat dan berusaha keras, itulah yang hebat.' - Ayah Liek Hou


Sebagai pemain badminton, kedua-dua belah tangan mewujudkan keseimbangan ketika bermain dan doktor (Tony Eusoff) nasihatkan supaya Liek Hou bersara sebagai atlet. Bapanya tak putus asa berikan semangat dan sokongan supaya dia terus bermain badminton. Liek Hou sendiri yakin dia mampu menyumbang untuk negara dalam sukan badminton kerana kelajuan pukulan dia sepantas 4 saat, kurang 1 saat saja dari pemain professional. 


Filem GOLD mempunyai latar masa yang agak panjang kerana cerita bermula pada tahun 1992 di mana Datuk Rashid Sidek bersama jurulatihnya Misbun Sidek (Wan Raja) bermain di Sukan Olimpik di Barcelona. Setiap tahun mempunyai cerita bagaimana Cheah Liek Hou mencapai impian dia untuk menjadi pemain badminton. 

Memandangkan filem GOLD mengangkat tema kekeluargaan dan komuniti masyarakat di Malaysia, filem docudrama ni tak fokus pada perlawanan badminton semata. Agak meleset lah sangkaan sebab ingatkan pengarah nak ikut template sukan yang lain rupanya dia selitkan babak kekeluargaan dan paparkan realiti para atlet yang hilang semangat kerana gaji yang rendah. 


Of course, isu yang dibawa terlihat kuat dan menjadi punca untuk beberapa watak berubah sekaligus menghadirkan konflik kepada penceritaan cuma babak keluarga tu patutnya dipendekkan lagi. Banyak juga babak yang hilang momentum dan terasa mendatar bila meleret dan tak sepatutnya dimasukkan. Kalau ikutkan ibu Cheah Liek Hou sendiri yang hantar dia pergi main badminton tapi lain pula dalam filem. Kalau penulis dan pengarah ikut fakta asal, mungkin banyak aksi mendebarkan dalam perlawanan dapat kita tonton. 

Lakonan Jack Tan cemerlang sebagai atlet paralimpik negara yang terpaksa berdepan dengan takdir apabila disahkan cacat. Babak berlawan dalam badminton court, bila dia menangis dalam tandas, masa dia join sales team untuk sara keluarga dan buat comeback dan berlatih bersama Datuk Rashid Sidek, semua momen tu mempunyai impaknya tersendiri. Boleh kata filem GOLD jadi kuat kerana Jack Tan. Elemen komedi, drama dan aksi semuanya dipaparkan dengan mantap. I’ve cried for few scenes in GOLD.


Jack Tan berlatih selama 3 bulan untuk bermain badminton menggunakan tangan kiri untuk watak Cheah Liek Hou sedangkan tangan dominannya adalah tangan kanan. Untuk tranformasi menambah berat badan sebanyak 20kg dilakukan secara rela untuk nampak real dalam filem. Setiap hari juga dia berjumpa dengan Cheah Liek Hou untuk dapatkan rentak permainan dan tiru gaya atlet tersebut. 

Gandingan Jack Tan dan Farid Kamil juga tepat menggambarkan bonding Cheah Liek Hou dan Datuk Rashid Sidek yang sebenar. Tak ambil masa yang lama untuk kedua pelakon selesa bekerja dan cipta chemistry dalam GOLD. Sayangnya tak banyak momen mereka berdua sepanjang training dan perlawanan di Olimpik Tokyo 2020. Kalau Adrian Teh masukkan lebih banyak lagi babak Cheah dan Datuk Rashid di gelanggang, mungkin lebih menarik. 


Another disappointment bila tak banyak babak Fabian dan Jack dalam GOLD sedangkan watak Guang Ting antara pendukung yang kuat supaya dia terus semangat sebagai atlet sukan badminton. Patutnya boleh kuatkan lagi elemen drama bila Guan Ting ada konflik antara personal dan karier, konflik yang sama dibawakan oleh watak Shafiq Hanafi (Ikhram Juhari). Ikutkan cerita watak Cheah pun ada konflik tu tapi penulis tak kembangkan pun cuma masukkan watak teman wanita Cheah dalam dua babak tanpa dialog. Tak pasti lah watak Ah Fei (Daniel Cheah) wujud ataupun tak dalam real life sebab dia yang banyak mendominasi screentime berbanding Fabian. 

Tapi itu cuma personal opinion untuk GOLD sebab filem ni mempunyai kekuatan tersendiri juga dengan sinematografi yang cantik hasil kerja Yong Choon Lin untuk filem selama 126 minit. Busana dari Wing Shum dan Carol Chong juga diberikan perhatian melalui beberapa baju atlet negara di Olimpik untuk beberapa tahun menjadi tarikan sampingan. 



Sama macam harapan team production supaya filem GOLD akan tiup semangat untuk para atlet negara bermain di Olimpik Paris 2024 nanti, lepas tengok filem ni pun rasa macam bersemangat balik nak main badminton lebih aktif. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.9/10

Drama Review | Framed (2024)


Pengarah: Sein Qudsi 
Penulis Skrip: Kyle Ezra Goonting
Pelakon: Meerqeen, Mimi Lana, Sangeetha, Ram RAAGA, Riz Amin, Zamarul Hisyam, Khir Rahman, Nam Ron, Ka Hoe
Syarikat Produksi: Independent Pictures Sdn Bhd 
Penyiaran: Astro Shaw Sdn Bhd
Genre: Sci-fi / Penyiasatan / Drama 
Jumlah Episod: 8 Episod (45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 
Trailer : 


Framed bermula apabila seorang wartawan bernama Lia (Mimi Lana) menemui sebuah kamera polaroid milik mamanya yang mencetak tragedi masa depan. Mamanya, Maisara Rashid (Vanidah Imran) sudah 10 tahun hilang selepas terlibat dalam kemalangan. Anehnya dalam salah satu gambar tersebut menggambarkan nasib CEO lama ARC Sdn Bhd, Kamarul (Rahim Omar) yang bakal dibebaskan dari penjara setelah disabitkan bersalah atas kecuaian kejadian jambatan runtuh yang mengorbankan ramai mangsa. 

Lia cuba menyiasat kebenaran gambar tersebut dengan pergi ke rumah Kamarul dan menyamar sebagai wartawan yang akan menemubual. Malangnya, Kamarul dibunuh sama seperti dalam gambar yang dicetak. Lia meminta bantuan Inspektor Navin (Ram RAAGA) untuk turut menyiasat kes tersebut kerana dia tahu ARC ada jawapan ke mana mamanya menghilang dan siapa yang berada di dalam kereta dengan kesan luka tembakan di bahagian perut bersama mamanya pada malam itu.


Kerana kes ARC juga, Lia bertemu dengan Edi Putra (Merqeen), seorang aktivis alam sekitar dalam kumpulan EcoJuang yang sering mengganggu aktiviti CEO Gibran Razak (Riz Amin). Bersama-sama, mereka berdua menemui konspirasi yang lebih besar mengenai bandar hantu Krung Merah. 

Naskhah misteri arahan Sein Qudsi bersulamkan sains fiksyen dengan kehadiran sebuah kamera polaroid yang menceritakan momen tragedi yang bakal berlaku kepada beberapa individu terlibat terlihat menarik sebagai pendukung kepada isu jenayah yang berlaku dalam Framed. 


Penceritaan Framed mempunyai tiga latar masa iaitu masa lampau (10 tahun selepas tragedi jambatan runtuh), masa sekarang dan juga masa depan. Walaupun latar masa depan cuma muncul dalam bentuk gambar polaroid dan beberapa babak di hujung drama tapi penggunaan latar masa berbeza dalam satu jalan cerita berdurasi 8 episod cukup untuk buat kita fokus cari jalan untuk ubah takdir kesemua watak. 

Pertama kali Mimi Lana digandingkan dengan Merqeen yang masih baru dalam genre misteri. Bukan avatar yang baru pun untuk Merqeen sebab dah pernah tengok lakonan dia dalam drama Nenek Bongkok Tiga (2023) dengan karakter yang lebih kurang sama cuma watak Edi tak agresif macam Adi. Tapi tetap tinggalkan impak pada beberapa babak bila muncul bersama Lia. Babak jam dekat rumah Edi is my favourite scene. 


Their chemistry is strong especially in Episode 8. Mungkin lepas ni ada pengarah yang boleh cast them together in a romantic comedy genre ataupun romantic drama. Dekat Episod 1 je lah Merqeen nampak canggung sikit tapi semakin cerita bergerak semakin nampak watak dia berkembang dan selesa dalam karakter Edi. 

Gandingan yang tepat juga untuk watak Inspektor Navin dan Inspektor Rita dengan lakonan yang bersahaja sebagai sepasang suami isteri yang dilanda konflik setelah anak perempuan mereka meninggal. 


Kudos to Sein yang teliti dengan minor details macam casting sebab bukan saja Lia muda (Airiezara Jasmin) ada iras Mimi Lana even karakter pun sama. Mimi dengan Vanidah Imran nampak meyakinkan sebagai ibu dan anak dalam drama Framed ni. Perangai Lia pun sama macam Maisara macam dalam scene Maisara marah Edi sebab tak jumpa footage cctv yang dia minta. Cara dia push sama macam Lia push. Both are dominants in their family sebab tu lah Hamzah (Rusdi Ramli) dengan Edi lebih chill so it creates balance. I love when Sara and Lia wears blue in reconcile scene. 


Sinematografi yang dipaparkan dalam Framed menyuntik elemen drama dengan cemerlang. Banyak teknik close-up yang Sein guna untuk dapatkan reaksi dan body language dari beberapa watak. Tapi sama macam Black 2 (2021), tak berapa gemar dengan close up pada stunt action sebab penglihatan terbatas padahal banyak stunt yang cantik and unexpected. Masa babak Yani (June Lojong) dengan Lia pergi ke Klinik Kesihatan Krung tu tak pasti lah Sein nak tunjuk waktu petang hampir senja sampai terlebih pula filter tona kuning. Dekat luar kuning kemain, bila masuk dalam bilik Dr. Gaya okay je.  

Watak antagonis lakonan Riz Amin sebagai Gibran tak bertembung sangat dengan pihak protagonis sebab kerja kotor dia banyak dilakukan oleh Hassan (Khir Rahman). Tak ada banyak pun yang Riz Amin boleh tonjolkan dalam Framed but still his performance is good alongwith the rest. Masa part Rita (Sangeetha) dan Ka Hong (Ka Hoe) jumpa dia di galeri tu antara babak yang menarik dalam Framed bila Riz conquered scene dengan dialog yang cuba lari dari ketegangan konflik yang dibawa oleh dua watak inspektor. 


Tak ambil masa yang lama pun untuk habiskan satu drama dalam satu hari sebab jalan cerita yang sarat dengan misteri dan olahan Sein yang mengukuhkan lagi skrip dari Kyle Ezra Goonting. Some parts nampak macam biasa tapi teknik kamera dia banyak mainkan peranan untuk wujudkan visual language yang padu sekaligus mengangkat screenplay supaya dunia di Krung Merah tampak hidup. Ada beberapa twist yang boleh dibaca tapi macam I cakap lah, olahan Sein buatkan kita enjoy layan sampai cerita tu reveal sendiri. 



Lagu tema Framed berjudul Udara hasil gubahan Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K, nyanyian Nadira Zaini antara kekuatan naskhah yang diterbitkan eklusif oleh Astro Shaw bila mengangkat mesej menjaga alam sekitar yang dipaparkan dalam drama. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK | Kisah ‘Dysfunctional Family’ Lakonan Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Hariz Hamdan Bermula 12 Julai Ini 

Astro mempersembahkan ‘X-Change’, sebuah karya terbitan Astro Shaw yang memaparkan kisah remaja yang terpaksa terlibat dalam perbuatan jenayah keluarganya. Siri premium Astro Originals ini bakal bersiaran pada 12 Julai 2024, bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO, serta jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan jam 9.30 malam di Astro AEC (saluran 306).

Menerusi tagline ‘The Bonds of Blood’, ‘X-Change’ merupakan sebuah siri yang menampilkan aksi, jenayah dan romantik, serta mengetengahkan subjek ‘gaya authoritarian’ dalam sesebuah keluarga, iaitu melibatkan peraturan ketat, jangkaan yang tinggi dan kurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak sebagai konflik utama dalam naratif.

Penceritaan menerusi 10 episod ini adalah hasil ciptaan Lemuel Ong, juga selaku showrunner yang sebelum ini mengetuai Unit Kandungan Malaysia untuk Astro Gempak dalam memenangi filem pendek Malaysia, Kampung Malar. Diarahkan oleh sutradara Norhanisham Muhamad atau lebih dikenali sebagai “Labu”, siri ini menyaksikan kali pertama Labu mengarahkan siri premium. 

Drama yang penuh debaran ini dibintangi oleh barisan pelakon berpengalaman serta yang meningkat naik termasuk Datuk Rosyam Nor (Yakob), Arfie Shah (Khalif), Joey Leong (Lilian), Hariz Hamdan (Qabil), Sadiq M. Jamil (Capik), Steve Yap (Jay), Marisa Yasmin (Mariam), Angeline Tan (Yi Ling), Alvin Wong (Foong), Shweta Sekhon (Divia) dan ramai lagi.

Ini juga menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor dalam naskhah aksi dan lakonan watak utama pertama oleh Arfie Shah. Joey Leong juga tampil buat kali pertama dalam naskhah siri melayu.

Penerbit Eksekutif ‘X-Change’ juga merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “X-Change mempersembahkan drama aksi, jenayah, romantik pertama Malaysia yang menggabungkan enam bahasa berbeza serta dialek, dengan mengetengahkan isu sosial ‘gaya autoritarian’ dalam sesebuah keluarga. Isu ini memang berlaku dalam kalangan masyarakat kita dan mungkin ada yang menormalkan gaya tersebut. Kami berharap, ia mampu menjadi topik perbincangan penonton sepanjang drama premium ini ditayangkan. X-Change turut membabitkan kisah percintaan pasangan berlainan latar yang terhalang kerana permusuhan keluarga, dan ini menampilkan himpunan pelakon Malaysia seperti Datuk Rosyam Nor, Steve Yap, Alvin Wong, Arfie Shah dan ramai lagi. Kami harap penonton dapat menerima sebuah lagi drama berkualiti dari Astro Originals ini dan terus memperkukuhkan usaha mengangkatkan cerita-cerita menarik tempatan.”

Pengarah ‘X-Change’, Norhanisham Muhammad (Labu), berkata, “Saya amat bersyukur kerana mendapat kumpulan yang kuat dalam menjayakan siri X-Change ini. X-Change merupakan sebuah naskhah yang mempunyai jalan cerita yang baik. Walaupun berlatar belakangkan aksi, tetapi saya ingin menekankan elemen kekeluargaan yang menjadi aspek utama penceritaan, yakni sesuatu yang bermakna buat semua. Terima kasih kepada semua yang sudah berusaha sepenuhnya untuk siri ini. Terima kasih juga kepada Astro dan Radius One kerana mempercayai saya sebagai pengarah untuk siri premium Astro Originals baharu ini. Saya berharap X-Change dapat menjadi antara naskhah terbaik, terutamanya naskhah yang bertemakan kekeluargaan”.

Kisah ‘X-Change’ bermula apabila Khalif yang baru tamat persekolahan, ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Namun apabila bapanya terlibat dalam kemalangan, Khalif terpaksa mengambil alih “bisnes” keluarganya iaitu merompak kedai emas bersama abangnya, Qabil dan Capik. Tanggungjawab Khalif terhadap keluarganya telah mengheret Khalif semakin terjebak dalam dunia penjenayahan sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar.

Selain padat dengan babak aksi, heist dan konflik drama, siri premium Astro Originals ini turut memaparkan kisah cinta berlainan kaum atau interracial relationship antara Khalif dan Lilian, yang ingin membina kehidupan bersama di luar negara selepas tamat persekolahan. Walaupun impian untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama di luar negara terhalang oleh kehendak keluarga masing-masing, bibit-bibit romantik yang dipaparkan oleh kedua-dua watak ini memberi sentuhan unik kepada penggemar-penggemar siri romantik, terutamanya kepada generasi muda.

Siri premium terbaharu Astro Originals ‘X-Change’ akan bermula siaran pada 12 Julai 2024, pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan jam 9.30 malam di Astro AEC (saluran 306), On Demand, Astro GO dan sooka. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan tanda pagar #Xchange dan #AstroOriginals.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk pada terma dan syarat.


**********************************

Tajuk: X-Change

Genre: Crime / Action / Coming-of-Age

Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit Eksekutif Bersama: Shahrul Ezad Mohameddin, Fazli Bin Baharom

Syarikat Produksi: Radius One Sdn Bhd

Penerbit: Lemuel Ong, Natasha Azlan, Hisham A. Karim

Penerbit Penyelaras:  Jazli Iqbal, Fadzlie Musthafa  

Penerbit Penyelia: Alfie Palermo, Siti Marzuliana Marzuki, Kyle Goonting

Showrunner/Creator: Lemuel Ong   

Pengarah: Norhanisham “Labu” Muhamad 

Penulis: Lemuel Ong, Natasha Azlan, Catalina Mae Hubbard, Luqman Sheikh Ghazali, Nas Addina   

Cerita Oleh: Lemuel Ong, Natasha Azlan, Catalina Mae Hubbard, Luqman Sheikh Ghazali, Nas Addina, Alfie Palermo

Berdasarkan Idea Asal: Maizura Ederis 

Pengarah Fotografi: Norhanisham “Labu” Muhamad

Penyunting: Irwan Ahmad 

Pengarah Seni: Ameerul Wagiman 

Kesan Visual: Mira Digital 

Penata Bunyi: Audio Aficionado 

Pereka Busana: Maria Razak 

Solekan/Tatarias: Farishaz 


INFO

Bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis

Durasi: 50 minit x 10 episod

Lokasi Penggambaran: Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan 

Jumlah Hari Penggambaran: 60 Hari

Tarikh Tayangan di Astro: 12 Julai 2024


BARISAN PELAKON

Line Ups

Arfie Shah sbg Khalif

Joey Leong sbg Lilian

Rosyam Nor sbg Yakob

Marissa Yasmin sbg Mariam

Hariz Hamdan sbg Qabil

Sadiq M. Jamil sbg Capik

Steve Yap sbg Jay

Angeline Tan ​​​ sbg Yi Ling

Alvin Wong sbg Foong (Chi Ping)

Shweta Sekhon sbg Divia  


Supporting Cast & Characters:

Andy Teh sbg Ah Seng

Rosdeen Suboh sbg Din

Farah Ahmad sbg Bakariah

Syed Irfan ​​​sbg Qabil Muda

Umar Shakur sbg Capik Muda

Rafique Iskandar sbg Khalif Muda

Fimie Don sbg Yakob Muda

Adam Tay ​​​sbg Jay Muda

Hadi Putra ​​​sbg Kechik

Arash Muhammad sbg Captain Ibrahim

Bohari Ibrahim ​​​sbg Hisham

Fadilah Mansor ​sbg Fauziah

Nadia Aqilah ​​​sbg Rokiah


SINOPSIS 

Selepas tamat sekolah menengah, Khalif ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Tetapi apabila kemalangan menimpa ayahnya, Khalif terpaksa mengambil alih “bisnes” keluarganya, iaitu merompak kedai emas di pekan-pekan kecil. Adakah Khalif mampu mengubah nasibnya dan memilih jalan hidupnya sendiri? Atau adakah Khalif akan terjebak dalam kehidupan jenayah keluarganya?

DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR ATLET MALAYSIA PEMENANG PINGAT EMAS PERTAMA BADMINTON PARALIMPIK DUNIA, CHEAH LIEK HOU | Filem Aksi Sukan Dengan Sinematografi Memukau Dari Pengarah Box Office ‘PASKAL The Movie’,  Adrian Teh

Astro Shaw terus aktif mempersembahkan filem berkualiti dengan mengangkat cerita-cerita menarik dari Malaysia ke pentas dunia. Terbaru, Astro Shaw bersama Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films dan One Cool Entertainment mempertaruhkan filem Gold, kisah yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou. Gold akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Julai ini. 















Membawakan nilai kesungguhan dan aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaan dan keharmonian masyarakat, filem ini digarap kemas oleh pengarah pecah panggung Paskal The Movie dan Malbatt Misi Bakara, Adrian Teh. Adrian yang sinonim dengan filem-filem aksi beruniform yang membawakan mesej tribut kepada pahlawan negara, membuktikan kemampuannya dengan menghasilkan naskhah bertemakan sukan pula. 

Di samping mempunyai sinematografi menarik, kekuatan filem Gold juga adalah menampilkan babak aksi yang mampu meninggalkan kesan, baik dari segi emosi mahupun mesej yang ingin diketengahkan. Setiap babak digerakkan dengan baik oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, pelakon yang menyinar di Taiwan menerusi filem Abang Adik iaitu Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting, penyanyi popular sekitar 1990an Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.

Penerbit Eksekutif Gold merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas kejayaan francais aksi Polis Evo, Astro Shaw dengan bangganya mempersembahkan filem aksi sukan penuh emosi yang diinspirasikan dari individu yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia. Kami merasakan ramai yang tidak mengenali secara dekat nama Cheah Liek Hou, tetapi cerita di sebalik perjalanan beliau menuju ke kemuncak persada dunia amat menarik untuk dikongsikan. Kami berharap Gold mampu menyentuh jiwa penonton, sekali gus dilihat sebagai filem untuk semua masyarakat Malaysia. Terima kasih kepada pengarah Adrian Teh kerana membawakan idea filem ini. Kami meletakkan kepercayaan kepada beliau, lebih-lebih lagi pengalaman bekerjasama menerusi filem Paskal The Movie dan Malbatt Misi Bakara memberikan kelebihan buat kami untuk bergabung idea dan tenaga.” 

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Filem Gold, Adrian Teh pula menyatakan, "Selepas menghasilkan beberapa filem aksi, saya ingin meneroka genre sukan, drama, dan patriotisme. Seperti PASKAL The Movie dan MALBATT: Misi Bakara, Gold menggabungkan elemen yang mampu membangkitkan rasa bangga yang mendalam terhadap Malaysia. Sementara itu, mencipta semula pelbagai acara sukan besar dan ikonik adalah cabaran utama. Kami berharap filem ini akan memberi inspirasi kepada semua penonton, terutamanya atlet dalam menyuntik motivasi kepada mereka untuk terus berusaha dan mengharumkan nama negara."

Babak-babak di dalam filem Gold bukan sahaja disokong dengan sinematografi yang menarik dan rekaan produksi yang berkualiti, tetapi muzik latar yang mengesankan. Filem ini menampilkan lagu tema utama bertajuk ‘Kita Pasti Boleh’ yang dibawakan Kaka Azraff, Daniel Sher dan Saint T.F.C, hasil ciptaan sepenuhnya Daniel Sher. Lagu berentak upbeat ini pastinya mampu menyuntik semangat jati diri kepada penonton. 

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek. 

Nantikan filem Gold  yang akan berada di pawagam bermula 11 Julai ini. Gunakan #GoForGold #MYGoldMovie #KitaPastiBoleh #为自己赢一场 #为马来西亚赢一次 di media sosial. Ikuti pekembangan terbaru dan info menarik tentang Gold di akaun Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube. 

**********************

Tajuk: GOLD

Genre: Aksi / Sukan 

Terbitan: Astro Shaw & Act 2 Pictures

Dengan Kerjasama: Clover Films Sdn. Bhd. , One Cool Entertainment Sdn. Bhd.

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad, Adrian Teh, Tee Yee Peng, Lim Teck, Paulyn Chua, Yumi Wong

Syarikat Produksi: Act 2 Pictures

Penerbit Penyelia: Kyle Goonting

Penerbit Bersekutu: Nabil Abdulaziz, May Woo

Penerbit Penyelaras: Guinevere Loh

Pengarah: Adrian Teh

Skrip: Tan Pik Yee

Lakon Layar: Tan Pik Yee; Adrian Teh

Pengarah Fotografi: Yong Choon Lin

Penyunting: Lee Pai Seang

Pengarah Seni: Ho Chee Siang

Kesan Visual: Wee Meng Hee

Muzik Skor: Jackey Yow

Penata Bunyi: Raja Ahmad Shaidaley

Pereka Busana: Wing Shum; Carol Chong

Penata Tatarias: Hong Ya Ni, Wai Mei Xian, Kit Hew, Tan Ven Yee

INFO FILEM

Bahasa: Mandarin/Hokkien, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris  

Durasi Filem: 2 Jam 5 Minit 

Jumlah Hari Penggambaran: 31 hari

Lokasi Penggambaran: Klang Valley

Tarikh Tayangan di Pawagam: 11th July 2024


BARISAN PELAKON

Pelakon Utama

Jack Tan sbg Cheah Liek Hou
Farid Kamil sbg Rashid Sidek
Yasmin Hani sbg Isteri Rashid Sidek
Wan Raja sbg Misbun Sidek
Fabian Loo sbg Guan Ting
Freddie Ng sbg Ayah Liek Hou 
Lynn Lim sbg Ibu Liek Hou 
Meeki Ng sbg Kakak Liek Hou 
Daniel Cheah sbg Ah Fei
Josiah Hogan sbg Nova Armada

Penampilan Khas 

Tony Eusoff sbg Doktor
Nafiez Zaidi sbg Guru Pendidikan Jasmani
Ikhram Juhari sbg Shafiq Hanafi

OFFICIAL SOUNDTRACK 
Lagu: Kita Pasti Boleh
Artis: Kaka Azraff, Daniel Sher, Saint T.F.C
Durasi: 3 minit
Komposer: Daniel Sher


SINOPSIS


Cheah Liek Hou merupakan seorang pemain badminton yang luar biasa dengan rekod tidak terkalahkan hasil daripada kemahiran yang sangat tinggi. Namun, semasa puncak kariernya, beliau didapati menghidapi kebas saraf pleksus brachial. Tidak berputus asa, Liek Hou terus berjuang dan menyertai kejohanan badminton kurang upaya dan berjaya memenangi kejuaraan dunia dengan semangat atlet yang tinggi. Namun, kehilangan ayah yang merupakan tonggak utama sokongan beliau sepanjang hidup telah menjadi satu dugaan besar buatnya. Beliau perlu hadapi cabaran hidup dengan penuh keberanian.

Apabila Sukan Paralimpik mengumumkan badminton merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan Rashid Sidek, seorang pemain badminton legenda yang menjadi jurulatihnya. Dibimbing oleh Rashid Sidek, Liek Hou berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan mengatasi pelbagai halangan untuk memenangi Sukan Paralimpik, akhirnya mencipta sejarah penting bagi negara Malaysia dengan memenangi pingat emas.

Movie Review | Bade Miyan Chote Miyan (2024)

Thursday 4 July 2024


Director: Ali Abbas Zafar
Writer: Suraj Gianani, Ali Abbas Zafar
Cast: Akshay Kumar, Tiger Shroff, Prithviraj Sukumaran, Manushi Chhillar, Alaya F, Sonakshi Sinha, Ronit Roy
Production Companies: Pooja Entertainment, AAZ Films
Distributors: PVR Inox Pictures (India), Yash Raj Films (International), Netflix
Genre: Action / Science Fiction
Running Time: 164 minutes
Release Date: 11 April 2024
Trailer:


Naskhah Bade Miyan Chote Miyan bermula dengan konvoi askar India diserang oleh identity bertopeng dan mencuri pakej yang dibawa. Kapten Misha (Manushi Chhillar) yang berada di Shanghai juga mendapat mesej dari informer bahawa sesuatu akan berlaku pada negara India. Misha cuba mengejar individu yang membunuh informer tersebut tapi anehnya serangan yang dibuat tak beri kesan. Luka juga sembuh dengan sendiri lantas menghilangkan jejak dari Misha. 

Sebaik saja pulang ke India, Misha bertemu dengan Kolonel Azad (Ronit Roy) untuk maklumkan berkenaan kejadian tersebut. Kolonel Azad minta Misha berjumpa dengan dua orang bekas anggota terbaik yang pernah berkhidmat iaitu Freddy (Akshay Kumar) dan Rocky (Tiger J. Shroff) untuk turut serta dalam misi rahsia. Mereka berdua menggunakan kod nama Bade Miyan (Freddy) dan juga Chote Miyan (Rocky) seperti dalam filem Bollywood lama. 

Malangnya hanya Rocky saja yang setuju untuk tolong kerana Freddie masih terasa hati dengan layanan Kerajaan India. Di London mereka berjumpa Paminder "Pam" Bawa (Alaya F) untuk mulakan operasi membuka peti besi yang terletak di terowong bawah tanah. Sama macam di Shanghai, Rocky juga berjumpa dengan individu bertopeng yang mempunyai kuasa untuk sembuh sendiri. Sementara Pam decode kunci keselamatan peti besi tersebut, Rocky dan Misha bertarung dengan individu bertopeng misteri. 

Filem aksi baharu arahan Ali Abbas Zafar menggunakan tema ketenteraan yang bergabung dengan teknologi sains. Kalau dalam filem Attack: Part 1 (2022) teknologi digunakan untuk tentera yang lumpuh kerana perang, Dr. Kabir (Prithviraj Sukumaran) pula mewujudkan Soldier X di mana pegawai tentera terbaik seperti Rocky dan Freddy mempunyai klon bukan hanya satu malah 100 klon yang akan menurut segala perintah pegawai atasan. 

Selain dari kehadiran Soldier X, drive yang boleh disuntik ke dalam otak manusia juga diwujudkan untuk kembangkan watak Kapten Priya Dixit (Sonakshi Sinha) dan juga kuasa untuk pulih menggunakan EMP. All ideas look sucks due to weak scriptwriting and execution. 

Sejak dari dulu lagi tak berapa berkenan dengan filem-filem arahan Ali Abbas Zafar sebab skrip ke laut dan plot yang tipikal. Filem berdurasi 2 jam 44 minit tapi tak ada jalan cerita yang kuat memang rasa moody nak habiskan. Ada banyak elemen komedi dimasukkan tapi nampak syok sendiri sangat. Ada few jokes yang tak difahami sebab reference untuk filem/situasi di India.  

Watak Pam pula cringe sebab try hard nak jadi sarkastik dan genius. Manushi struggle dalam screentime yang terhad dan chemistry yang tak kelihatan bila digandingkan dengan Akshay. Dia nampak canggung dan tak selesa dalam lagu Rang Ishq Ka. Prithviraj okayish, Ronit Roy pun sama. Kecewa juga lah masa layan Bade Miyan Chote Miyan sebab ini kali pertama Akshay Kumar dan Tiger Shroff digandingkan bersama. Both give their best tapi sebab skrip teruk, cerita pun jadi teruk.

Sinematografi dari Marcin Laskawiec terlihat cantik untuk kebanyakan babak stunt dan penggunaan CGI untuk semua teknologi yang digunakan juga cantik dan canggih. Music album Bade Miyan Chote Miyan yang digubah oleh komposer Vishal Mishra tak lah menghiburkan sangat sebab title track je yang best, itupun remake dari filem asal. Music score dari Julius Packiam pula okayish lah untuk filem aksi. 

Filem Bade Miyan Chote Miyan terbitan Pooja Entertainment ada cita-cita yang besar untuk jadi filem aksi terhebat untuk tahun 2024 sebab nak kalahkan filem Fighter tapi sudahnya jadi filem aksi paling teruk. Biar lah filem ni jadi pengajaran untuk Ali Abbas Zafar supaya tak dengki dengan kejayaan Sid Anand untuk franchise film YRF Spy Universe dan Fighter (2024). Tak semestinya pelakon tembak bazooka dan buat stunts sendiri akan menjanjikan filem yang menarik. Stunts tak juga terhad dengan aksi fizikal pelakon. 

p/s: Harapnya semua pihak yang terlibat dengan filem Bade Miyan Chote Miyan ni dapat bayaran seperti yang dijanjikan dari Pooja Entertainment. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10

Movie Review | Laapataa Ladies (2024)


Director: Kiran Rao
Writer: Biplab Goswami, Sneha Desai (Screenplay and Dialogues), Divyanidhi Sharma (Additional Dialogues)
Cast: Nitanshi Goel, Sparsh Shrivastava, Pratibha Ranta, Abhay Dubey, Chhaya Kadam, Ravi Kishan
Production Companies: Jio Studios, Aamir Khan Productions, Kindling Pictures
Distributor: Yash Raj Films, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 124 minutes
Release Date: 8 September 2023 (TIFF), 1 March 2024
Trailer:


Berlatarkan tahun 2001, seorang petani bernama Deepak Kumar (Sparsh Shrivastav) dalam perjalanan pulang bersama isterinya, Phool Kumari (Nitanshi Goel) ke kampung dengan menaiki kereta api. Ketika kereta api berhenti di stesen yang dituju, Deepak tanpa sengaja tarik tangan pengantin yang lain kerana kesemua pengantin di dalam koc tersebut menutup muka dengan ghoonghat. Balik ke rumah baru dia tersedar dia sudah tertukar isteri. 

Sementara Deepak mencari di stesen kampung tersebut, Phool pula mati kutu bila turun ke stesen bersama pengantin lelaki di sebelahnya. Apabila tersedar tersilap orang, Phool ditinggalkan saja di stesen Pataala. Staff kereta api juga tidak dapat membantu Phool kerana dia tidak tahu nama kampung Deepak. Duit dan nombor telefon juga tiada. Nasib Phool baik bila Manju Mai sudi membantu sehingga suami Phool datang mencari. 


Deepak berjumpa dengan Inspektor Shyam Manohar untuk selesaikan masalah dia tapi lain pula yang jadi kerana inspektor tersebut syak pengantin tertukar tersebut adalah pencuri. Dah banyak kes pencuri wanita berkahwin untuk mencuri harta si suami. Inspektor Shyam mengekori Pushpa Rani (Pratibha Ranta) setiap hari dan kesemua gerak-geri dia mencurigakan. 

Naskhah komedi drama arahan Kiran Rao yang ditayangkan secara perdana di Toronto International Film Festival 2023 mempunyai penceritaan sarat dengan mesej berunsurkan pemerkasaan wanita. Sesuai sangat lah Kiran Rao pilih latar masa pada awal zaman millennial sebab kehidupan kaum wanita pada masa tu agak menyedihkan. Dibesarkan cuma untuk dikahwinkan dan tak menerima pendidikan asas yang sepatutnya.


Antara 3 watak utama - Deepak, Pushpa dan Phool, penulis focus pada perkembangan watak Phool yang dikahwinkan pada usia muda tanpa sebarang pendidikan lalu berjumpa dengan watak Manju Mai yang beri pendedahan dan buka mata dia tentang nasib wanita. 

‘Women can farm and cook. We can give birth to children and raise them. If you think about it, women don't need men at all. But if women figured this out, men would be screwed, wouldn't they?’ - Manju Mai


Walaupun filem Laapata Ladies bersifat feminism tapi penceritaan dia tak bersifat memaksa sebaliknya mengajar kenapa perlunya wanita dididik dan diberi kemuliaan dalam masyarakat. Macam mana watak Manju Mai yang tak memandang rendah pada Phool malah mengajar remaja tersebut untuk berdikari dan yakin dengan kebolehan juga kemahiran diri. Lakonan Nitanshi Goel tampak polos dalam karakter Phool dan tak kekok walaupun screentime dia banyak digandingkan bersama pelakon senior. 

Sama juga dengan watak Pushpa Rani yang ingin bebas dan capai impian untuk jadi petani yang berilmu. Watak Pushpa Rani mungkin tak dapat banyak screentime berbanding watak Deepak dan Phool tapi watak dia beri impak pada penceritaan Laapata Ladies sekaligus beri semangat dan harapan untuk sesiapa yang ingin ubah nasib sama macam dia. 


Masa tengok siapa pengarah filem, I dah boleh agak jalan cerita filem ni macam mana tapi tak expect akan menangis sebab happy tengok semua watak dapat happy ending walaupun perjalanan diorang masih lagi jauh. Komedi yang dimasukkan tampak natural dan bersahaja terutamanya dari watak Deepak yang rindukan Phool. Olahan pengarah buatkan naskhah komedi drama Laapata Ladies tampak hidup dan terasa dekat dengan kita walaupun mempunyai subjek yang sensitif dan berat. 

Sinematografi dari Vikash Nowlakha mengangkat suasana kehidupan masyarakat luar bandar dengan cemerlang dan suntik tona musim panas seiring dengan kehendak cerita. Music score from Ram Sampath not so much but still good for the story. Recommended to watch for those haven’t and it’s available on Netflix.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10