DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR ATLET MALAYSIA PEMENANG PINGAT EMAS PERTAMA BADMINTON PARALIMPIK DUNIA, CHEAH LIEK HOU | Filem Aksi Sukan Dengan Sinematografi Memukau Dari Pengarah Box Office ‘PASKAL The Movie’,  Adrian Teh

Astro Shaw terus aktif mempersembahkan filem berkualiti dengan mengangkat cerita-cerita menarik dari Malaysia ke pentas dunia. Terbaru, Astro Shaw bersama Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films dan One Cool Entertainment mempertaruhkan filem Gold, kisah yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou. Gold akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Julai ini. 















Membawakan nilai kesungguhan dan aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaan dan keharmonian masyarakat, filem ini digarap kemas oleh pengarah pecah panggung Paskal The Movie dan Malbatt Misi Bakara, Adrian Teh. Adrian yang sinonim dengan filem-filem aksi beruniform yang membawakan mesej tribut kepada pahlawan negara, membuktikan kemampuannya dengan menghasilkan naskhah bertemakan sukan pula. 

Di samping mempunyai sinematografi menarik, kekuatan filem Gold juga adalah menampilkan babak aksi yang mampu meninggalkan kesan, baik dari segi emosi mahupun mesej yang ingin diketengahkan. Setiap babak digerakkan dengan baik oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, pelakon yang menyinar di Taiwan menerusi filem Abang Adik iaitu Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting, penyanyi popular sekitar 1990an Freddie Ng, Josiah Hogan, Daniel Cheah, Yasmin Hani, Lynn Lim, Meeki Ng, serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.

Penerbit Eksekutif Gold merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas kejayaan francais aksi Polis Evo, Astro Shaw dengan bangganya mempersembahkan filem aksi sukan penuh emosi yang diinspirasikan dari individu yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia. Kami merasakan ramai yang tidak mengenali secara dekat nama Cheah Liek Hou, tetapi cerita di sebalik perjalanan beliau menuju ke kemuncak persada dunia amat menarik untuk dikongsikan. Kami berharap Gold mampu menyentuh jiwa penonton, sekali gus dilihat sebagai filem untuk semua masyarakat Malaysia. Terima kasih kepada pengarah Adrian Teh kerana membawakan idea filem ini. Kami meletakkan kepercayaan kepada beliau, lebih-lebih lagi pengalaman bekerjasama menerusi filem Paskal The Movie dan Malbatt Misi Bakara memberikan kelebihan buat kami untuk bergabung idea dan tenaga.” 

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Filem Gold, Adrian Teh pula menyatakan, "Selepas menghasilkan beberapa filem aksi, saya ingin meneroka genre sukan, drama, dan patriotisme. Seperti PASKAL The Movie dan MALBATT: Misi Bakara, Gold menggabungkan elemen yang mampu membangkitkan rasa bangga yang mendalam terhadap Malaysia. Sementara itu, mencipta semula pelbagai acara sukan besar dan ikonik adalah cabaran utama. Kami berharap filem ini akan memberi inspirasi kepada semua penonton, terutamanya atlet dalam menyuntik motivasi kepada mereka untuk terus berusaha dan mengharumkan nama negara."

Babak-babak di dalam filem Gold bukan sahaja disokong dengan sinematografi yang menarik dan rekaan produksi yang berkualiti, tetapi muzik latar yang mengesankan. Filem ini menampilkan lagu tema utama bertajuk ‘Kita Pasti Boleh’ yang dibawakan Kaka Azraff, Daniel Sher dan Saint T.F.C, hasil ciptaan sepenuhnya Daniel Sher. Lagu berentak upbeat ini pastinya mampu menyuntik semangat jati diri kepada penonton. 

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek. 

Nantikan filem Gold  yang akan berada di pawagam bermula 11 Julai ini. Gunakan #GoForGold #MYGoldMovie #KitaPastiBoleh #为自己赢一场 #为马来西亚赢一次 di media sosial. Ikuti pekembangan terbaru dan info menarik tentang Gold di akaun Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube. 

**********************

Tajuk: GOLD

Genre: Aksi / Sukan 

Terbitan: Astro Shaw & Act 2 Pictures

Dengan Kerjasama: Clover Films Sdn. Bhd. , One Cool Entertainment Sdn. Bhd.

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad, Adrian Teh, Tee Yee Peng, Lim Teck, Paulyn Chua, Yumi Wong

Syarikat Produksi: Act 2 Pictures

Penerbit Penyelia: Kyle Goonting

Penerbit Bersekutu: Nabil Abdulaziz, May Woo

Penerbit Penyelaras: Guinevere Loh

Pengarah: Adrian Teh

Skrip: Tan Pik Yee

Lakon Layar: Tan Pik Yee; Adrian Teh

Pengarah Fotografi: Yong Choon Lin

Penyunting: Lee Pai Seang

Pengarah Seni: Ho Chee Siang

Kesan Visual: Wee Meng Hee

Muzik Skor: Jackey Yow

Penata Bunyi: Raja Ahmad Shaidaley

Pereka Busana: Wing Shum; Carol Chong

Penata Tatarias: Hong Ya Ni, Wai Mei Xian, Kit Hew, Tan Ven Yee

INFO FILEM

Bahasa: Mandarin/Hokkien, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris  

Durasi Filem: 2 Jam 5 Minit 

Jumlah Hari Penggambaran: 31 hari

Lokasi Penggambaran: Klang Valley

Tarikh Tayangan di Pawagam: 11th July 2024


BARISAN PELAKON

Pelakon Utama

Jack Tan sbg Cheah Liek Hou
Farid Kamil sbg Rashid Sidek
Yasmin Hani sbg Isteri Rashid Sidek
Wan Raja sbg Misbun Sidek
Fabian Loo sbg Guan Ting
Freddie Ng sbg Ayah Liek Hou 
Lynn Lim sbg Ibu Liek Hou 
Meeki Ng sbg Kakak Liek Hou 
Daniel Cheah sbg Ah Fei
Josiah Hogan sbg Nova Armada

Penampilan Khas 

Tony Eusoff sbg Doktor
Nafiez Zaidi sbg Guru Pendidikan Jasmani
Ikhram Juhari sbg Shafiq Hanafi

OFFICIAL SOUNDTRACK 
Lagu: Kita Pasti Boleh
Artis: Kaka Azraff, Daniel Sher, Saint T.F.C
Durasi: 3 minit
Komposer: Daniel Sher


SINOPSIS


Cheah Liek Hou merupakan seorang pemain badminton yang luar biasa dengan rekod tidak terkalahkan hasil daripada kemahiran yang sangat tinggi. Namun, semasa puncak kariernya, beliau didapati menghidapi kebas saraf pleksus brachial. Tidak berputus asa, Liek Hou terus berjuang dan menyertai kejohanan badminton kurang upaya dan berjaya memenangi kejuaraan dunia dengan semangat atlet yang tinggi. Namun, kehilangan ayah yang merupakan tonggak utama sokongan beliau sepanjang hidup telah menjadi satu dugaan besar buatnya. Beliau perlu hadapi cabaran hidup dengan penuh keberanian.

Apabila Sukan Paralimpik mengumumkan badminton merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan Rashid Sidek, seorang pemain badminton legenda yang menjadi jurulatihnya. Dibimbing oleh Rashid Sidek, Liek Hou berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan mengatasi pelbagai halangan untuk memenangi Sukan Paralimpik, akhirnya mencipta sejarah penting bagi negara Malaysia dengan memenangi pingat emas.

Movie Review | Bade Miyan Chote Miyan (2024)

Thursday, 4 July 2024


Director: Ali Abbas Zafar
Writer: Suraj Gianani, Ali Abbas Zafar
Cast: Akshay Kumar, Tiger Shroff, Prithviraj Sukumaran, Manushi Chhillar, Alaya F, Sonakshi Sinha, Ronit Roy
Production Companies: Pooja Entertainment, AAZ Films
Distributors: PVR Inox Pictures (India), Yash Raj Films (International), Netflix
Genre: Action / Science Fiction
Running Time: 164 minutes
Release Date: 11 April 2024
Trailer:


Naskhah Bade Miyan Chote Miyan bermula dengan konvoi askar India diserang oleh identity bertopeng dan mencuri pakej yang dibawa. Kapten Misha (Manushi Chhillar) yang berada di Shanghai juga mendapat mesej dari informer bahawa sesuatu akan berlaku pada negara India. Misha cuba mengejar individu yang membunuh informer tersebut tapi anehnya serangan yang dibuat tak beri kesan. Luka juga sembuh dengan sendiri lantas menghilangkan jejak dari Misha. 

Sebaik saja pulang ke India, Misha bertemu dengan Kolonel Azad (Ronit Roy) untuk maklumkan berkenaan kejadian tersebut. Kolonel Azad minta Misha berjumpa dengan dua orang bekas anggota terbaik yang pernah berkhidmat iaitu Freddy (Akshay Kumar) dan Rocky (Tiger J. Shroff) untuk turut serta dalam misi rahsia. Mereka berdua menggunakan kod nama Bade Miyan (Freddy) dan juga Chote Miyan (Rocky) seperti dalam filem Bollywood lama. 

Malangnya hanya Rocky saja yang setuju untuk tolong kerana Freddie masih terasa hati dengan layanan Kerajaan India. Di London mereka berjumpa Paminder "Pam" Bawa (Alaya F) untuk mulakan operasi membuka peti besi yang terletak di terowong bawah tanah. Sama macam di Shanghai, Rocky juga berjumpa dengan individu bertopeng yang mempunyai kuasa untuk sembuh sendiri. Sementara Pam decode kunci keselamatan peti besi tersebut, Rocky dan Misha bertarung dengan individu bertopeng misteri. 

Filem aksi baharu arahan Ali Abbas Zafar menggunakan tema ketenteraan yang bergabung dengan teknologi sains. Kalau dalam filem Attack: Part 1 (2022) teknologi digunakan untuk tentera yang lumpuh kerana perang, Dr. Kabir (Prithviraj Sukumaran) pula mewujudkan Soldier X di mana pegawai tentera terbaik seperti Rocky dan Freddy mempunyai klon bukan hanya satu malah 100 klon yang akan menurut segala perintah pegawai atasan. 

Selain dari kehadiran Soldier X, drive yang boleh disuntik ke dalam otak manusia juga diwujudkan untuk kembangkan watak Kapten Priya Dixit (Sonakshi Sinha) dan juga kuasa untuk pulih menggunakan EMP. All ideas look sucks due to weak scriptwriting and execution. 

Sejak dari dulu lagi tak berapa berkenan dengan filem-filem arahan Ali Abbas Zafar sebab skrip ke laut dan plot yang tipikal. Filem berdurasi 2 jam 44 minit tapi tak ada jalan cerita yang kuat memang rasa moody nak habiskan. Ada banyak elemen komedi dimasukkan tapi nampak syok sendiri sangat. Ada few jokes yang tak difahami sebab reference untuk filem/situasi di India.  

Watak Pam pula cringe sebab try hard nak jadi sarkastik dan genius. Manushi struggle dalam screentime yang terhad dan chemistry yang tak kelihatan bila digandingkan dengan Akshay. Dia nampak canggung dan tak selesa dalam lagu Rang Ishq Ka. Prithviraj okayish, Ronit Roy pun sama. Kecewa juga lah masa layan Bade Miyan Chote Miyan sebab ini kali pertama Akshay Kumar dan Tiger Shroff digandingkan bersama. Both give their best tapi sebab skrip teruk, cerita pun jadi teruk.

Sinematografi dari Marcin Laskawiec terlihat cantik untuk kebanyakan babak stunt dan penggunaan CGI untuk semua teknologi yang digunakan juga cantik dan canggih. Music album Bade Miyan Chote Miyan yang digubah oleh komposer Vishal Mishra tak lah menghiburkan sangat sebab title track je yang best, itupun remake dari filem asal. Music score dari Julius Packiam pula okayish lah untuk filem aksi. 

Filem Bade Miyan Chote Miyan terbitan Pooja Entertainment ada cita-cita yang besar untuk jadi filem aksi terhebat untuk tahun 2024 sebab nak kalahkan filem Fighter tapi sudahnya jadi filem aksi paling teruk. Biar lah filem ni jadi pengajaran untuk Ali Abbas Zafar supaya tak dengki dengan kejayaan Sid Anand untuk franchise film YRF Spy Universe dan Fighter (2024). Tak semestinya pelakon tembak bazooka dan buat stunts sendiri akan menjanjikan filem yang menarik. Stunts tak juga terhad dengan aksi fizikal pelakon. 

p/s: Harapnya semua pihak yang terlibat dengan filem Bade Miyan Chote Miyan ni dapat bayaran seperti yang dijanjikan dari Pooja Entertainment. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10

Movie Review | Laapataa Ladies (2024)


Director: Kiran Rao
Writer: Biplab Goswami, Sneha Desai (Screenplay and Dialogues), Divyanidhi Sharma (Additional Dialogues)
Cast: Nitanshi Goel, Sparsh Shrivastava, Pratibha Ranta, Abhay Dubey, Chhaya Kadam, Ravi Kishan
Production Companies: Jio Studios, Aamir Khan Productions, Kindling Pictures
Distributor: Yash Raj Films, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 124 minutes
Release Date: 8 September 2023 (TIFF), 1 March 2024
Trailer:


Berlatarkan tahun 2001, seorang petani bernama Deepak Kumar (Sparsh Shrivastav) dalam perjalanan pulang bersama isterinya, Phool Kumari (Nitanshi Goel) ke kampung dengan menaiki kereta api. Ketika kereta api berhenti di stesen yang dituju, Deepak tanpa sengaja tarik tangan pengantin yang lain kerana kesemua pengantin di dalam koc tersebut menutup muka dengan ghoonghat. Balik ke rumah baru dia tersedar dia sudah tertukar isteri. 

Sementara Deepak mencari di stesen kampung tersebut, Phool pula mati kutu bila turun ke stesen bersama pengantin lelaki di sebelahnya. Apabila tersedar tersilap orang, Phool ditinggalkan saja di stesen Pataala. Staff kereta api juga tidak dapat membantu Phool kerana dia tidak tahu nama kampung Deepak. Duit dan nombor telefon juga tiada. Nasib Phool baik bila Manju Mai sudi membantu sehingga suami Phool datang mencari. 


Deepak berjumpa dengan Inspektor Shyam Manohar untuk selesaikan masalah dia tapi lain pula yang jadi kerana inspektor tersebut syak pengantin tertukar tersebut adalah pencuri. Dah banyak kes pencuri wanita berkahwin untuk mencuri harta si suami. Inspektor Shyam mengekori Pushpa Rani (Pratibha Ranta) setiap hari dan kesemua gerak-geri dia mencurigakan. 

Naskhah komedi drama arahan Kiran Rao yang ditayangkan secara perdana di Toronto International Film Festival 2023 mempunyai penceritaan sarat dengan mesej berunsurkan pemerkasaan wanita. Sesuai sangat lah Kiran Rao pilih latar masa pada awal zaman millennial sebab kehidupan kaum wanita pada masa tu agak menyedihkan. Dibesarkan cuma untuk dikahwinkan dan tak menerima pendidikan asas yang sepatutnya.


Antara 3 watak utama - Deepak, Pushpa dan Phool, penulis focus pada perkembangan watak Phool yang dikahwinkan pada usia muda tanpa sebarang pendidikan lalu berjumpa dengan watak Manju Mai yang beri pendedahan dan buka mata dia tentang nasib wanita. 

‘Women can farm and cook. We can give birth to children and raise them. If you think about it, women don't need men at all. But if women figured this out, men would be screwed, wouldn't they?’ - Manju Mai


Walaupun filem Laapata Ladies bersifat feminism tapi penceritaan dia tak bersifat memaksa sebaliknya mengajar kenapa perlunya wanita dididik dan diberi kemuliaan dalam masyarakat. Macam mana watak Manju Mai yang tak memandang rendah pada Phool malah mengajar remaja tersebut untuk berdikari dan yakin dengan kebolehan juga kemahiran diri. Lakonan Nitanshi Goel tampak polos dalam karakter Phool dan tak kekok walaupun screentime dia banyak digandingkan bersama pelakon senior. 

Sama juga dengan watak Pushpa Rani yang ingin bebas dan capai impian untuk jadi petani yang berilmu. Watak Pushpa Rani mungkin tak dapat banyak screentime berbanding watak Deepak dan Phool tapi watak dia beri impak pada penceritaan Laapata Ladies sekaligus beri semangat dan harapan untuk sesiapa yang ingin ubah nasib sama macam dia. 


Masa tengok siapa pengarah filem, I dah boleh agak jalan cerita filem ni macam mana tapi tak expect akan menangis sebab happy tengok semua watak dapat happy ending walaupun perjalanan diorang masih lagi jauh. Komedi yang dimasukkan tampak natural dan bersahaja terutamanya dari watak Deepak yang rindukan Phool. Olahan pengarah buatkan naskhah komedi drama Laapata Ladies tampak hidup dan terasa dekat dengan kita walaupun mempunyai subjek yang sensitif dan berat. 

Sinematografi dari Vikash Nowlakha mengangkat suasana kehidupan masyarakat luar bandar dengan cemerlang dan suntik tona musim panas seiring dengan kehendak cerita. Music score from Ram Sampath not so much but still good for the story. Recommended to watch for those haven’t and it’s available on Netflix.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

Movie Review | Autumn in Wales (2022)

Wednesday, 3 July 2024


Pengarah: Rahila Ali
Penulis Skrip: Amerul Haswendy Ashari
Pelakon: Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Sissy Imann, Joey Daud, Amyza Aznan, Amirul Haswendy, Fara Mendoza, Wanns Ahmad
Syarikat Produksi: Pencil Pictures & Records
Pengedar: Astro Shaw, Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan: 24 Mac 2022 (Malaysia)
Trailer:


Filem Autumn in Wales mengisahkan tentang Aira (Eyka Farhana) yang pergi ke Wales, United Kingdom untuk mencari tunangnya, Darwish (Keith Foo). Aira ingin tahu apa alasan Darswish putuskan pertunangan sekaligus membatalkan perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi. Aira percaya tunangnya ada masalah kewangan ataupun masalah lain yang tak dapat dielakkan sehingga tak mampu pulang ke Malaysia pada tarikh tersebut. 

Aira cuma pergi ke sana seorang diri berbekalkan poskad yang pernah dikirim oleh Darwish. Hari kedua di sana Aira berjaya menemukan jejak Darwish di kafe tempat Jaka a.k.a Jejaka Kacak (Jaa Suzuran) bekerja sebagai pelayan. Malangnya Darwish yang terkejut dengan kehadiran Aira segera menghalau perempuan tersebut kerana tak mahu Marissa (Wanna Ali) salah sangka. 


Aira yang bingung dengan perbuatan Darwish tak putus asa untuk cari tahu kenapa pertunangan mereka dibatalkan. Jaka yang menjadi peneman setia Aira selama dia di sana kerana Jaka juga mempunyai nasib yang sama apabila pertunangan dia bersama Ina Karina (Fara Mendoza) terpaksa diputuskan beberapa minggu sebelum perkahwinan mereka berlangsung. Kerana sedih dan malu, Jaka bawa diri ke Wales. 

Naskhah romantik komedi Autumn in Wales arahan Rahila Ali mempunyai penceritaan yang bersifat straightforward, santai dan menghiburkan. Pace penceritaan juga dibikin laju namun ada beberapa plot dan watak yang tidak dikembangkan walhal ada potensi untuk jadi babak yang kelakar. Macam watak duo ayah (Joey Daud) dan ibu (Amyza Aznan) Aira yang sentiasa bersama. Ada saja perangai mereka berdua setiap kali muncul walaupun ruang dan dialog yang terhad. Bila tengok perangai ayah dan ibu Aira, boleh faham lah kenapa senang sangat Aira rapat dengan Jaka. 


Tak hairan lah kalau Jaa Suzuran boleh menang Young Promising Actor untuk watak Jaka sebab karakter dia yang kelakar ditambah dengan dialek Pantai timur yang pekat. Patutnya penulis tambah lagi babak perang bos Filipina (Amirul Haswendy) dan Jaka Mat Kelantan sebab dua-dua pun ada mulut yang riuh. Babak Jaka confront Ina Karina adalah babak yang paling kelakar dalam filem Autumn in Wales sampai trending dekat TikTok dua tahun lepas. 

Lakonan Eyka Farhana sebagai Aira pada awalnya agak cringe bila setiap masa menjerit Cinta dan deliver watak Aira yang gedik dan manja. Tapi bila watak Aira berjumpa dengan Jaka rasa semakin tertarik untuk tengok persahabatan dua watak ni. Chemistry Eyka dengan Jaa Suzuran menyerlah sampaikan rasa sedih bila Jaka nampak Darwish berjumpa dengan Aira di hotel tempat Aira tinggal. 


Sementara lakonan Keith Foo dan Wanna Ali terlihat lemah dengan dialog tipikal yang dilontarkan setiap kali keluar berdua. Chemistry pun macam tak berapa nak ada sebab Keith dengan Wanna nampak kekok. Vibe diorang berdua nampak lebih kepada kawan dan bukannya bercinta.  

Kekuatan utama filem Autumn in Wales terletak pada sinematografi yang bergantung berat pada keindahan landskap kota Wales. Masa tengok kafe tempat Jaka bekerja tu teringat dekat filem Aku Bukan Gila (2020) rupanya memang tempat yang sama sebab pengarah dan penulis pun orang yang sama. Banyak tempat menarik di Wales yang dimasukkan dalam Autumn in Wales sebab pengarah memang jatuh cinta dengan kota Wales. 


Walaupun visual cantik, music score pula agak lemah sebab lagu Wanna Ali - Pandu Lalu yang menjadi latar tak berjaya menarik perhatian. Kalau lagu yang romantik lagi seronok lah kot nak layan sebab ada babak Jaka berangan menari atas bukit dengan Aira. 

Sama macam Aku Bukan Gila, naskhah Autumn in Wales yang menggunakan team production yang lebih kurang sama perlu dibaiki lagi walaupun genre romantik komedi terlihat ringan. But it’s a good one-time-watch.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10

Movie Review | Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib (2024)

Tuesday, 2 July 2024


Pengarah: Faozan Rizal
Penulis Skrip: BW Purbanegara, Gerald Mamahit
Pelakon: Sara Fajira, Riza Syah, Dimas Aditya, Naufal Samudra, Arla Ailani 
Syarikat Produksi : Starvision, Evergreen Pictures
Pengedar: Starvision, Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix
Genre: Seram 
Durasi Tayangan: 96 minit
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2024 (Indonesia), 2 Mei 2024 (Malaysia)
Trailer :


Filem Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib bermula dengan insiden Ayu (Sara Fajira) kerasukan ketika sesi penggambaran dokumentari tentang tarian Jaranan Turonggo Yakso di sungai bernama Watu Kandang, Trenggalek. Kawan baiknya, Rara (Laras Sardi) segera membawa Ayu pulang. 

Sejak kejadian tersebut, Ayu dan keluarganya sering mengalami gangguan aneh di mana mereka sering terdengar lagu tradisional dan ternampak susuk tubuh penari perempuan berkebaya merah dengan cucuk sanggul emas. 


Ketua kampung di situ, Mbah Di (Liek Suyatno) kenal dengan penari bernama Sarinten (Yuyun Arfah) yang suatu ketika dahulu difitnah dan diusir keluar dari kampung. Mbah Di tidak berkasar menghalau Sarinten malah membenarkan Sarinten yang merasuk Ayu menari di dewan tarian tersebut. 

Ibu bapa Ayu cuba untuk berubat anak perempuan tunggal mereka bila keadaan Ayu semakin teruk namun tiada dukun yang berani melawan kuasa Sarinten. Kemudian Pak Gito (Rizky Hanggono) cuba mengajak team paranormal - Gaduh (Dimas Aditya), Genta (Naufal Samudra) dan Thea (Arla Ailani) untuk berjumpa dengan Ayu. Mungkin dengan cara tersebut ada yang dapat membantu masalah keluarga mereka. 


Sarinten menerima tetamu baru tersebut dengan senang hati kecuali Thea kerana sikapnya yang biadap. Sarinten memberi amaran supaya berhati-hati kerana Thea akan bawa masalah kepada mereka semua. Dalam masa yang sama, Sarinten memujuk Ayu supaya terima dia untuk hidup sebagai pendamping dan penjaga. 

Naskhah seram yang diadaptasi dari kisah sebenar yang berlaku pada tahun 2010 mempunyai jalan cerita yang bersifat straight-forward dan laju. Banyak input yang dimasukkan dalam setiap babak buatkan filem sinden Gaib terasa menarik dan semakin tertarik untuk tahu pengakhiran Nasib Ayu dan juga Thea. 


Terkejut bila tahu Sara Fajira berlakon sebagai watak utama filem seram arahan Faozan Rizal sebab sebelum ni dia berkecimpung dalam bidang nyanyian. Sara Fajira ni macam Marsha Milan, suka nyanyi lagu seram, bila berlakon pun suka genre seram. Lakonan Sara sebagai Ayu tampak bagus tapi cemerlang sebagai Sarinten. Meremang bila Mbah Sarinten datang berjumpa dengan orang luar. Badan Sara tak kaku bila menari malah gaya jalan semuanya nampak ayu dan teratur persis penari zaman dulu. 

Filem Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib ada banyak momen seram tanpa jump scare berlebihan sebab rupa makhluk halus tu memang sama je dari awal tapi cara dia datang mengganggu tu yang seram dan terkejut. Gangguan dia tak membahayakan jadi kita tak risau sangat dengan keadaan Ayu tapi jadi tertanya-tanya kenapa Mbah Sarinten beria nak jadi pendamping Ayu. Dekat hujung cerita baru faham pilihan dia sebab selain menari, Ayu ada hati yang baik. Rara pun baik tapi tang menari tu tak power sangat. 


Sinematografi dari Faozan Rizal menghidupkan panorama kehidupan kampung yang terletak berdekatan dengan kawasan perairan. Latar masyarakat kampung yang kaya dengan budaya tarian juga dipaparkan dengan cemerlang dalam tone berwarna hangat. Beberapa ritual juga dimasukkan untuk mempamerkan budaya seni Jawa Timur dalam filem Sinden Gaib lantas memberikan impak pada penceritaan dengan music score dan background music dari Fajar Ahadi sebagai sinergi kukuh untuk naskhah seram. 

Mesej sosial yang dimasukkan dalam filem Jagad Alam Gaib: Sinden Gaib adalah pesan orang lama-lama yang selalu kita dengar tapi sering diendahkan bila pergi ke kawasan orang. Pesanan yang makin lupa ditelan dek zaman. Filem Sinden Gaib memang sesuai menjadi naskhah yang sarat dengan pengajaran untuk generasi muda. 


"Jangan ambil apapun kecuali gambar, jangan tinggalkan apapun kecuali jejak, dan jangan bunuh apapun kecuali waktu." - Faozan Rizal

p/s: Tengok credit scenes sebab ada footage asal wawancara Gaduh dengan Mbah Sarinten.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

REFRESH BLOGLIST KEMBALI LAGI!!!


Syarat nk join aktiviti ni mcm standard je...
1 - Mesti la kena buat 1 entry khas ttg segmen ni.
2 - Dah buat entry, content tu kena la tampal banner yang gigih aku buat ni. 😁
3 - WAJIB korang tinggalkn link entry tu dkt entry ini. utk aku jejak blog korang.
4 - Mesti la support segmen ni dgn follow jgk blog ni utk yg belum follow 😆

Putera Muhammad berjaya meraih tempat pertama buat minggu kelapan yang bertemakan ‘Estetika Alam’. Dengan persembahan yang berelemenkan api, Putera Muhammad menarik perhatian para juri serta penonton dengan sorakan yang hangat. Dengan markah tertinggi sebanyak 93.20%, Putera Muhammad juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah The Hardest of the Night. Tempat kedua telah diraih oleh Ayda Jebat dengan markah keseluruhan sebanyak 85.69%, serta Aepul Roza sebanyak 81.48%. 

Peserta Ayda Jebat juga telah mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa dan membawa pulang RM 3,000. Selain Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak, barisan juri pada minggu ‘Estetika Alam’ ini dihiasi oleh komposer dan pemuzik terkenal, Ajai. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam (Undur diri) yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Aepul Roza - Kau Kekasihku (Dato' Sri Siti Nurhaliza)



Zizi Kirana - Mantera Beradu (Malique)

Putera Muhammad - Hilang Naluri (Once Mekel)


Aisha Retno - Run the World (Beyonce)



Ayda Jebat - Pawana (Search)


Stacy - Rampas (Akim & The Majistret)

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

Blog Performance Jun 2024

Dah masuk separuh kedua tahun 2024, satu azam 2024 pun tak tercapai lagi. Ada masa 6 bulan lagi untuk achieve. Specifically untuk blog, azam menuju pageviews 6 juta. Halfway there I guess. Azam korang macam mana?

1. PV


Masa update Blog Performance May 2024, rasa sedih dan frust sebab pageview untuk bulan tu jatuh tapi bulan Jun dah naik balik. Jumlah yang komen pun bertambah sebab ada few times I berkunjung ke blog rakan blogger. Bulan 7 ni nak try allocate masa untuk blogwalking, berbalas kunjungan kepada yang datang melawat ke sini. Google dekat PC office ni ada problem sebab tak boleh log in acc Blogger. Boleh la guna hp tapi ambil masa lah lepastu distracted dengan benda lain lepastu hilang lah tujuan nak blogwalking tu T.T

Anyway, I target pageview untuk bulan Julai akan meningkat dari bulan Jun sebab ada masa senggang sikit memandangkan bulan ni bulan terakhir untuk lodgement audit. Kita sambung busy bulan 9 nanti pulak. 

2. Posts


Post yang paling popular untuk bulan Jun 2024 ialah The Experts, tak sangka ramai yang mencari filem ni sampai hilang terus Sheriff dari Popular Posts. Bulan Julai ada few movie list yang I bercadang untuk update, some tutorials and reviews so hopefully boleh naikkan lagi pageviews. 

3. Keywords

Carian untuk bulan Jun menarik juga lah sebab ada yang mencari pasal nasha aziz padahal filem dia tak lah banyak sangat pun I update. Ada juga yang mencari One Cent Thief, mungkin sebab Astro dah buat pengumuman rasmi untuk musim kedua nanti. 

4. Bilangan Entri


Bilangan entri untuk bulan Jun menurun balik ke angka 34 padahal bulan Mei dah berjaya update sampai 40 entri. Sebab masa tu banyak press release jugak hehe. Target untuk bulan Julai ni nak update sampai 40 atau lebih. Draft ada banyak tapi nak kembangkan yang kena cari masa. 

I perasan blog dah slowly beransur pulih sebab sebelum ni setiap kali nak attach link dengan perkataan dia akan create a copy untuk highlighted words. Nak edit image pun renyah sebab kena klik sampai image jadi kelabu baru boleh besarkan saiz imej. Sekarang dah okay dah dua benda ni. Tinggal log in account bila melawat blog lain je pending lagi. Hopefully akan resolve dalam masa terdekat. 

Have a blessing July since bulan ni juga kita akan habis kalendar Islam yang lama dan masuk ke tahun baru kan? Take care everyone :)

Movie Review | Zara Hatke Zara Bachke (2023)

Sunday, 30 June 2024


Director: Laxman Utekar
Writers: Maitrey Bajpai, Ramiz Ilham Khan
Cast: Vicky Kaushal, Sara Ali Khan, Inaamulhaq, Sharib Hashmi, Kanupriya Pandit, Rakesh Bedi, Neeraj Sood, Akash Khurana
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributor: Pen Marudhar Cine Entertainment, JioCinema
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 132 minutes
Release Dates: 2 June 2023, 17 May 2024 (JioCinema)
Trailer:


Menggunakan tema skim perumahan Kerajaan, filem Zara Hatke Zara Bachke mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Kapil (Vicky Kaushal) dan Somya Chawla Dubey (Sara Ali Khan) yang tinggal di daerah Indore, India. 

Sejak 6 bulan selepas kedatangan ibu bapa saudara Kapil ke rumah orang tuanya, dia dan isteri tidak dapat ruang untuk tidur dan tinggal dengan selesa. Hampir setiap malam juga mereka terpaksa tidur bersama Sajjan (Vivan Shah) dan mengganggu waktu bersama mereka. Somya juga menyampah sentiasa dipandang rendah oleh mak cik Kapil (Kanupriya Pandit) hanya kerana perbezaan kaum. 


Satu hari Somya dapat tahu rakan sekerjanya dapat sebuah rumah menerusi skim perumahan Kerajaan. Disebabkan Somya dan Kapil tinggal bersama keluarga di rumah kepunyaan orang tua maka mereka tidak layak mendaftar skim perumahan tersebut. 

Kerani Bhagwan Das (Inaamulhaq) yang cuba mengaut keuntungan dari skim tersebut cadangkan supaya Somya dan Kapil bercerai sehingga permohonan diluluskan. Selain dari bercerai, mereka berdua juga perlu membayar Rs400,000 secara tunai kepada kerani tersebut supaya nama Somya dapat dimasukkan dalam pemilihan seterusnya. 


Awalnya Kapil tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana dia sayangkan Somya sejak dari hari pertama mereka bercinta. Namun kerana desakan Somya dia terpaksa menurut saja agar mereka berdua selesa hidup di rumah baru tanpa perlu tidur di lantai ruang tamu. 

Naskhah romantik komedi arahan Laxman Utekar mempunyai skrip yang sederhana dengan lakonan yang berlebihan terutamanya pelakon sampingan. Komedi yang dimasukkan dalam beberapa babak pun over macam babak di mahkamah bila Manoj Bhagel (Himanshu Kohli) sengaja tinggikan suara supaya Hakim setuju dengan permintaan dia. Sama juga bila ketua penjaga, Daroga (Sharib Hashmi) tanya banyak soalan bila penyewa atau pelawat masuk ke apartment yang dijaga. 


Bukan pertama kali filem Bollywood menjadi medium untuk menceritakan perihal skim yang dibawa Kerajaan. Filem Toilet: Ek Prem Katha (2017) atau Sui Dhaaga (2018) antara filem yang menggunakan tema yang sama namun mempunyai jalan cerita dan olahan yang menarik. Berbeza dengan Zara Hatke Zara Bachke hanya fokus pada kekecohan dan komedi yang berlebihan. Tak diceritakan apa kriteria yang diperlukan untuk memiliki rumah di bawah Skim Perumahan Kerajaan dan ulas lebih lanjut tentang skim tersebut. 

Jalan cerita Zara Hatke Zara Bachke juga boleh diagak apa konfliknya selepas mereka berdua berjaya bercerai di mahkamah. Sama juga jalan penyelesaian oleh Somya dan Kapil buatkan separuh masa kedua terlihat bosan. Plot twist yang dimasukkan untuk meningkatkan elemen dramatic juga tak membantu kerana perangai watak tersebut menyakitkan hati dan tak layak mendapat simpati pun. 


Nasib baik lah filem terbitan Maddock Films dan Jio Studios mempunyai himpunan lagu yang mengasyikkan hasil gubahan komposer duo, Sachin–Jigar. Lagu Tere Vaaste, Phir Aur Kya Chahiye dan Sanjha mempunyai lirik romantis dari Amitabh Bhattacharya memberi impak pada kehidupan Somya dan Kapil. 



Pertama kali Vicky Kaushal digandingkan bersama Sara Ali Khan yang lebih muda dan baru dalam dunia lakonan. Banyak yang Sara belajar dari Vicky and yes, lakonan Sara improved dalam filem Zara Hatke Zara Bachke. Mungkin juga Sara selesa dalam karakter yang lantang dan banyak bercakap macam Somya sebab watak dia dalam Atrangi Re (2022) juga lebih kurang sama karakternya.

Filem Zara Hatke Zara Bachke boleh jadi naskhah yang sarat dengan mesej sosial yang berkisar tentang hidup bersama extended family tapi sebab penulis beria sangat nak masukkan elemen komedi dengan music background yang berlebihan, pengalaman menonton tu jadi tak berapa nak syok. But still, it’s a good one-time watch.  

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.8 /10