‘Pahabaq, Kedah!’, Sepahtu Reunion Live Tour Kembali Berjenaka
Friday, 28 June 2024
‘Pahabaq, Kedah!’, Sepahtu Reunion Live Tour Kembali Berjenaka | Berlangsung pada 5 dan 6 Julai ini di Stadium Sultan Abdul Halim
Astro kembali menjelajah bersama Sepahtu, kumpulan pelawak popular kegemaran Malaysia, ke Alor Setar, Kedah dalam Sepahtu Reunion Live Tour 2024 pada 5 dan 6 Julai ini di Stadium Sultan Abdul Halim.
Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus telah berkecimpung dalam dunia komedi selama hampir sedekad sebagai Sepahtu dan sering menggegarkan industri ini di mana-mana sahaja mereka berada. Kejayaan penjelajahan mereka sebelum ini telah mendapat sorakan yang kuat serta reaksi yang memuaskan, sekaligus mencipta kumpulan peminat tegar yang sentiasa menantikan ketibaan mereka dengan sketsa yang baharu.
Menyahut permintaan para peminat yang ingin melihat mereka beraksi sekali lagi, Astro kini menyambung penjelajahan ini buat tahun yang ketiga selama dua hari bersama-sama dengan warga Kedah. Jelajah kali ini membawa tema dan jalan cerita baharu untuk menghiburkan para peminat di Kedah yang sentiasa memberi sokongan luar biasa, di samping mengekalkan elemen-elemen yang kelakar dan menyeronokkan.
Keistimewaan Sepahtu Reunion Live Tour adalah elemen interactive yang diterapkan bersama para penonton di lokasi, serta kehadiran rakan-rakan selebriti dan tetamu undangan misteri yang menjadi penantian para penonton pada setiap tahun. Namun pada penjelajahan kali ini, para penonton turut boleh meluangkan masa di acara Hello! Kedah Astro yang akan berlangsung di luar stadium pada 5 Julai dengan pelbagai keseronokan yang disediakan seperti Food Truck, persembahan Wayang Pacak, permainan dan banyak lagi sebelum rancangan Sepahtu Reunion Live bermula.
Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, berkata, “Setiap kali kami melakukan Sepahtu Reunion Live Tour, sorakan dan tepukan yang kami terima amat memberangsangkan. Reaksi sebegini sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama para peminat yang sentiasa menyokongSepahtu. Pada tahun ini, kami sekali lagi menyambung penjelahan ini untuk memberi peluang kepada para peminat di Kedah berjumpa dengan pelawak kegemaran mereka.
Berlangsung selama dua hari, kami ingin memberi peluang yang secukupnya kepada semua peminat untuk menyaksikan persembahan mereka yang penuh gelak tawa. Kami berharap para peminat teruja dengan sketsa-sketsa yang bakal dipersembahkan oleh mereka, serta penjelajahan-penjelajahan lain yang pastinya akan diumumkan kemudian di platform kami. Akhir kata, kami tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua di Kedah pada Julai ini”, tambah Norzeha.
Para peminat yang ingin menonton Sepahtu secara LIVE di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga diskaun eksklusif untuk kesemua Zon. Tiket VIP telah berjaya dijual habis dan tiket untuk zon lain sedang dijual dengan pantas (selling fast). Dapatkan tiket berserta diskaun ekslusif sementara masih ada!
Hello Kedah! Bersama Sepahtu
Sempena Sepahtu Reunion Live Tour 2024, Sepahtu juga akan membuat penampilan istimewa di acara Hello! Kedah yang akan berlangsung pada 5 Julai 2024 di lokasi yang sama. Melalui Hello Kedah!, para tetamu boleh bertemu dan berinteraksi dengan watak TV kegemaran mereka termasuk Sepahtu serta menikmati tawaran kandungan Astro yang meluas dan produk terkini Astro termasuk Ultra Box, Astro Fibre dan Astro GO secara langsung.
Sepahtu Reunion Live Tour 2024 turut akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) pada hari dan masa yang sama, serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO.
Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu
Thursday, 27 June 2024
Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu | Menerokai Sisi Gelap Godaan Dan Tahap Keinginan Manusia
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaharu Nafsu yang dibarisi oleh barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha. Drama bersiri 8 episod terbitan Infinitus Productions ini merupakan siri Viu Original yang ke-26 ditayangkan di Malaysia dan akan mula ditayangkan pada 27 Jun dengan episod baru pada setiap hari Khamis.
Nafsu menyingkap kisah di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur dan lelaki bernama Sam yang menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Bersama-sama rakannya, Suria, mereka mengaut duit golongan atasan yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam. Namun hakikatnya, Sam memang mempunyai deria keenam dan pernah diajar ilmu Ruqyah semasa kecil, tetapi Sam menolak keupayaan itu kerana suatu tragedi. Apabila Dina, bekas kekasih Sam datang meminta pertolongan mencari Alia, adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina. Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.
Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata “Setelah kejayaan menghasilkan naskah berbentuk thriller seperti Hilang dan Nenek Bongkok Tiga, kami sangat teruja untuk membawakan sebuah lagi naskah buat peminat yang gemarkan siri bergenre ini. Dengan jalan cerita yang memukau, elemen mendebarkan serta watak-watak yang ditonjolkan menjadikan Nafsu adalah pilihan tepat untuk ditambahkan dalam senarai siri Viu Original kami.”
“Para pelakon kami, Kamal Adli, Azira Shafinaz dan Aqasha merupakan nama yang sinonim dengan siri Viu Original. Sebelum ini mereka pernah membintangi Viu Original Black S1 & S2, Ijab Kabut dan Hilang. Nafsu merupakan gandingan pertama mereka bertiga di dalam siri yang berbentuk supernatural dan thriller. Pengalaman dan variasi kemahiran lakonan tersendiri mereka pastinya akan memberikan penonton pengalaman menonton yang lebih tulen dan menarik,” tambah Kingsley.
Nafsu menjanjikan sebuah pengalaman menonton yang tidak akan dilupakan, berlatarbelakangkan lokasi menarik dan bersejarah di Malaysia, hiruk-pikuk jalan di kota metropolitan Kuala Lumpur, Janda Baik dan Batu Cave. Garapan sinematografi yang banyak bermain dengan cahaya di dalam siri ini akan membangkitkan mood seram dan mendebarkan serta memberi pengalaman menonton yang berbeza. Bukan itu sahaja, tenaga produksi berusaha keras bagi mengekalkan keaslian lokasi dan menggambarkan hakikat kawasan kejiranan dalam siri ini.
Diarahkan oleh Sein Qudsi, ini merupakan naskah ketiga arahannya bagi Viu Original. Bersama Ghaz Abu Bakar, Sein telah mengarah musim kedua Viu Original Black (2021), sebuah adaptasi drama Korea dengan tajuk yang sama. Karya mereka telah menobatkan mereka anugerah kebangsaan untuk Pengarah Terbaik (Fiksyen) di Asian Academy Creative Awards 2021.
Sein turut menggubah lagu tema Viu Original Nafsu ini berjudul “Kala Tiba” yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Marsha Milan. Penonton boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.
Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.
***************************************
Tentang Viu
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, terdapat di 16 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan, dengan lebih 62 juta pengguna aktif bulanan (“MAU”) sehingga Disember 2023. Pada Julai 2023, PCCW dan CANAL+ membentuk perkongsian strategik untuk mempercepatkan pertumbuhan Viu, menjadikan CANAL+ pemegang saham minoriti dalam Viu.
Perkhidmatan Viu tersedia secara percuma dengan sokongan iklan dan juga langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan.
Viu menawarkan siri TV, filem terbaharu dan program gaya hidup dalam bahasa tempatan dan serantau beserta sarikata daripada pembekal kandungan terkemuka, serta produksi di bawah jenama “Viu Original”. Viu juga menawarkan fungsi penstriman dan ciri muat turun kandungan yang mesra pengguna, dan boleh disambungkan ke pelbagai peranti. Viu juga membekalkan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira peranti atau rangkaian internet.
Perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com
Selain itu, Viu Scream Dates pula merupakan acara bertemu peminat yang ditawarkan oleh Viu di seluruh pasarannya. Viu Scream Dates diadakan bertujuan untuk memperluaskan pengalaman Viu di luar skrin dengan mendekatkan para selebriti dengan peminat mereka melalui acara dan pengalaman langsung. Viu International Limited, melalui anak syarikatnya Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, penstriman muzik digital popular dan perkhidmatan konsert muzik secara langsung di Hong Kong.
Tentang PCCW Limited
PCCW Limited (SEHK: 0008) ialah syarikat telekomunikasi, media, solusi IT, pembangunan dan pelaburan hartanah serta perniagaan lain antarabangsa yang berpusat di Hong Kong.
Syarikat ini memegang saham majoriti HKT Trust and HKT Limited, pembekal perkhidmatan telekomunikasi terulung di Hong Kong dan juga pengendali terkemuka talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih dan perkhidmatan hiburan media. HKT membekalkan solusi berintegrasi menggunakan teknologi baru untuk membantu perusahaan dalam menambah baik perniagaan mereka. HKT juga telah membina ekosistem digital berintegrasi dengan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, Analisis Data Besar, teknologi kewangan dan perkhidmatan teknologi kesihatan untuk mengeratkan hubungannya dengan pelanggan.
PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video over-the-top (“OTT”) secara tempatan dan serantau, penghasilan kandungan, pengurusan artis dan pengurusan acara.
Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW juga mengendalikan perkhidmatan TV percuma domestik di Hong Kong.
Selain itu, PCCW juga memegang kepentingan dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PCCW, sila layari www.pccw.com.
Pengurusan Bakat & Label Rakaman terulung Malaysia, Rocketfuel Entertainment, telah mengumumkan penstrukturan semula dengan memperkenalkan tiga pelantikan kanan baharu - Wee Sher Leen sebagai Ketua Rocketfuel Entertainment, Mathan Rajasingam sebagai Ketua Komersial dan Syakireen Othman yang menyertai sebagai Ketua Muzik dan Kandungan. Mereka bernaung di bawah pimpinan Prem Anand, Naib Presiden Rocketfuel Entertainment.
“Kami sangat teruja untuk meneruskan pertumbuhan dan operasi kami dengan pasukan baharu ini. Ketiga-tiga pelantikan ini membawa banyak pengalaman dan rekod yang terbukti dalam pengurusan bakat, kandungan, muzik dan jualan kepada Rocketfuel. Kami berada pada kedudukan yang baik untuk menjalankan rancangan pertumbuhan kami dalam pemasaran digital, kandungan dan pencipta pada 2024”, kata Prem Anand, Naib Presiden Rocketfuel.
Rocketfuel dikaitkan dengan beberapa bakat kegemaran di Malaysia termasuk Zizan Razak, Zul Ariffin, Sherry Alhadad, Lisa Surihani, Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana. Mengukuhkan kedudukan uniknya dalam ruang bakat dan muzik, kerjasama strategik Rocketfuel bersama Astro, sooka, NJOI dan platform digital lain memberi kelebihan maksima kepada pasukan baharu itu untuk meningkatkan jangkauan kepada bakat dan pelanggannya.
Contoh utama ialah penampilan sulung penyanyi terkenal Malaysia Hael Husaini dalam siri drama ‘My Famous Ex Boyfriend’, yang juga menjadi landasan pelancaran untuk album Hael, ‘Atonim Part 1’. Lagu album itu telah ditampilkan sebagai lagu runut rasmi untuk siri ini dan ia membantu dalam mendahului carta di YouTube, iTunes dan Apple Music semasa pelancaran.
Pasukan dinamik baharu Rocketfuel juga telah memperkenalkan barisan bakat baharu dan memperoleh pencapaian penting dalam industri hiburan. Rocketfuel telah memainkan peranan penting dalam pembangkitan bakat muda di skrin seperti Mierul Aiman dan Fazziq Muqris. Selain itu, Rocketfuel telah menemui dan memupuk pempengaruh baharu termasuk Amir Sisi yang berusia 13 tahun, pemenang pertandingan nyanyian “The Chosen One”. Barisan peserta Hero Dewi Remaja yang berbakat dan pempengaruh, Miss Alvy, juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan menyeluruh dengan peluang yang menjanjikan untuk kerjaya mereka di layar perak dan banyak lagi.
Rocketfuel juga teruja untuk mengumumkan kerjasama strategik baharunya dengan ADA Warner Music Malaysia, di mana kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam projek tempatan dan serantau termasuk usaha sama dan kolaborasi lagu. Perkongsian baharu ini akan menyaksikan ADA Warner Music Malaysia mengedarkan katalog Rocketfuel secara eksklusif merentasi pelbagai Pembekal Perkhidmatan Digital (DSP) utama seperti YouTube & Spotify.
Ketua Rocketfuel, Sher Leen, berkata, "Kami teruja dengan perkongsian bersama Warner Music ini dan kami percaya ini akan menjadi platform baharu kepada bakat dan muzik kami untuk lebih dikenali di serantau dan antarabangsa, raih peminat baharu dan peluang komersial."
Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Dinesh Ratnam, meluahkan keterujaannya mengenai perkongsian ini dengan menyatakan, “Kami gembira dapat memulakan kerjasama strategik berbilang tahun ini melalui cabang perkhidmatan pengedaran dan label kami, ADA.
Rocketfuel telah membentuk jenamanya sebagai pusat kuasa bakat tempatan di bawah Astro, dan kami berdua sejajar dengan visi kami untuk memupuk dan mengembangkan ekosistem kreatif Malaysia. Kami berharap agar dapat bekerja rapat dan menghubungkan bakat Rocketfuel dengan para penonton di peringkat serantau dan antarabangsa, mencipta peluang menarik yang dapat memanfaatkan jangkauan antarabangsa rangkaian kami.”
Perkongsian yang bermatlamat ini menandakan komitmen Rocketfuel untuk meluaskan skala dan skop tawarannya untuk bakat dan pelanggan sambil terus meningkatkan kecemerlangan kreatif merentasi rangkaiannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Rocketfuel Entertainment atau berhubung dengan bakat mereka, layari https://rocketfuelent.com/.
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!
Dengan hanya satu harga, iaitu RM16.20 di Astro dan sooka RM19.50, seisi keluarga dapat menikmati filem aksi blockbuster nombor 1 tahun ini dalam tempoh 48 jam, mengikut keselesaan mereka. Melalui sooka, penonton boleh menonton Sheriff tanpa kontrak dan bebas komitmen.
Penerbit Eksekutif Sheriff dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan “Alhamdulillah dan terima kasih penonton Malaysia yang menjadikan filem Sheriff sebagai filem nombor 1 di Astro First tahun 2024. Usaha Astro Shaw membawakan filem ini kepada semua penonton tempatan melalui Astro First telah menerima reaksi baik. Kami memahami ada yang tidak berkesempatan menyaksikan filem ini di layar perak tempoh hari, jadi kami membawa Sheriff untuk anda semua dan menyarankan untuk menonton di platform Astro First melalui Astro dan sooka kerana kualiti gambar dan audio sememangnya dihasilkan khusus untuk platform ini.”
Sheriff adalah arahan pengarah Syafiq Yusof dan membariskan pelakon Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi terbaik tahun 2024 ini kini di Astro First menerusi Astro dan sooka. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.
Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Sheriff di akaun media sosial Astro First seperti Instagram, TikTok, Facebook .
Movie Review | Yesterday Once More (2023)
Wednesday, 26 June 2024
Cannes 2024 Fashion Files | Aditi Rao Hydari
Monday, 24 June 2024
1. Casual Sporty
ATAS PERMINTAAN TINGGI, ASTRO BAWAKAN FILEM BLOCKBUSTER NO.1 TAHUN INI, SHERIFF KEPADA SEMUA PENONTON MALAYSIA MENERUSI ASTRO FIRST DI ASTRO & SOOKA! | Seisi Keluarga Boleh Menikmati Sheriff Dengan Harga Terendah
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Lebih istimewa, Sheriff boleh dinikmati oleh seluruh seisi keluarga dengan satu harga. Bermula hari ini pelanggan Astro berpeluang menonton Sheriff dengan harga hanya RM16.20 di platform Astro, manakala semua penonton Malaysia boleh menyaksikan filem ini di platform penstriman sooka bermula 24 Jun dengan harga RM 19.50 berulang kali dalam tempoh 48 jam, di mana-mana mengikut keselesaan mereka.
Menurut Penerbit Eksekutif Sheriff dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Sheriff melakar kejayaan membanggakan apabila naskhah ini telah meninggalkan kesan pada penonton tempatan serta menembusi pawagam-pawagam negara luar seperti Hong Kong dan negara-negara Asean. Selepas dua bulan mendominasi pawagam, kami bawakan filem Sheriff ke platform Astro. Tambah mengujakan, ia tidak terhad kepada pelanggan Astro sahaja, tetapi semua penonton dan penggemar filem tanah air boleh menyaksikan Sheriff di platform penstriman sooka tanpa kontrak dan bebas komitmen. Ini adalah pertama kali Astro First boleh dilanggan melalui sooka, dan inisiatif ini selari dengan usaha untuk membawa kandungan berkualiti kepada seluruh penonton Malaysia tanpa batasan.”
Terdahulu Sheriff telah menerima reaksi positif daripada penonton. Filem Sheriff telah mencatat 61 juta capaian di media sosial Astro menerusi #Sheriff. Sheriff membariskan pelakon Zul Ariffin, SyafiqKyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, S/haruddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi.
Selain filem Sheriff, tiga lagi filem lain yang boleh dilanggan di sooka menerusi Astro First adalah 19 Puasa : Playboys Of Plestik Hitam, Gemencheh Boys, dan filem anime Jepun Lonely Castle In The Mirror bermula 24 Jun ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi terbaik tahun 2024 ini kini di Astro First platform Astro dan di sooka pada 24 Jun. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.
Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Sheriff di akaun media sosial Astro First seperti Instagram, TikTok, Facebook .