Movie Review | Yesterday Once More (2023)

Wednesday, 26 June 2024


Director: Lin Hsiao Chien (also known as Gavin Lin)
Writers: Lv Anxian, Chen Peiwen
Cast: Chen Feiyu, Zhou Ye, Zhao Xiaotang, Sun Tianyu, Fu Bohan
Production Company: Wanda Pictures (Qingdao)
Distributor: CMC Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Romance / Fantasy
Running Time: 99 minutes
Release Dates: 28 April 2023, 5 May 2023 (United States), 11 May 2023 (Singapore)
Trailer :


Gu Yuxuan (Fu Bohan) sambut ulangtahun seorang diri di kawasan belakang rumah kemudian dihampiri oleh seorang budak perempuan yang sebaya dengannya. Walaupun cuma sekejap sudah cukup untuk buat Yuxuan bahagia kerana dia sunyi setelah kematian ibunya (Sui Jin) akibat sakit kronik. Ayahnya (Yang Zihua) pula bertukar abusive dan kaki mabuk. Tak lama kemudian budak perempuan tersebut pindah tanpa sebarang pesan. 

Menginjak ke usia 20 tahun, Yuxuan (Chen Feiyu) menjadi pengapit untuk rakan baiknya, Teddy (Sun Tianyu) yang bakal mendirikan rumah tangan dengan influencer cantik bernama Olivia (Zhao Xiaotang). Sebelum majlis bermula, dia diminta untuk menolong pembuat kek baiki keknya yang rosak. Yuxuan syak wanita tersebut adalah budak perempuan yang muncul 15 tahun lepas dan sangkaannya tepat. 


Tak ambil masa yang lama untuk Yuxuan melamar Shuyan (Zhou Ye) menjadi teman wanita dan tinggal bersama. Bukan saja serasi malah ada banyak persamaan antara mereka berdua buatkan Yuxuan berani ambil keputusan tersebut secara drastik. 

Namun ujian menimpa pasangan tersebut bila Shuyuan kemalangan lalu meninggal dunia. Sebelum kemalangan tersebut Shuyuan berjumpa dengan diri dia dari masa hadapan dalam keadaan yang muram dan kemurungan kerana hidup tanpa Shuyuan di sisi. Pulang ke rumah, Yuxuan nyalakan lilin dan buat permintaan supaya dapat berjumpa dengan Shuyuan. Keesokan harinya, dia terjaga dari tidur dan hidup dalam hari yang sama dengan semalamnya. 


Naskhah time travel arahan Gavin Lin tidak banyak beza dengan naskhah time travel yang lain namun malangnya takdir yang telah ditetapkan tak dapat diubah kerana ajal Shuyuan tetap sama. Masa perjumpaan dengan Yuxuan dari masa hadapan pun dia dah bagitahu Yuxuan cuma dapat ubah cara dia layan Shuyuan sementara ada peluang. 

“Maybe what will happen was destined earlier.” - Yuxuan


Walaupun filem Yesterday Once More menggunakan genre romantik drama tapi pace filem bergerak dengan laju dengan jalan cerita yang mudah difahami. Sinematografi dari Liu Fan menjadikan kebanyakan babak romantik tampah hidup di samping kekuatan chemistry Chen Feiyu dan Zhou Ye. Warna dan grading tone yang tepat dengan menggunakan elemen warm tone untuk menaikkan rasa selesa dan hangat walaupun berlatarkan musim sejuk. 

Sembang bab lakonan kedua-dua pelakon utama deliver watak dengan baik walaupun perlukan improvement untuk babak dramatik. Tak lah teruk mana sebab filem Yesterday Once More pun bersifat santai dan mempunyai faktor lain untuk mengukuhkan penceritaan. Watak-watak sampingan seperti Olivia dan Teddy tak banyak membantu watak utama sebab tak diberi ruang yang banyak. 


First half filem Yesterday Once More terbitan Wanda Pictures bergerak dengan bagus sebab kita baru nak tahu tentang time travel yang dialami oleh Yuxuan dan macam mana dia nak ubah nasib Shuyuan. Harapan untuk happy ending tu kuat sangat tapi bila masuk peluang ketiga dah mula geram sebab kemalangan tu boleh dielak. 

Kalau ikutkan mesej sosial yang dimasukkan oleh penulis agak kuat sebenarnya untuk buatkan naskhah ni lebih padu bila menceritakan bagaimana membesar dalam persekitaran teruk akan beri kesan bila dewasa terutamanya relationship. Tapi itu lah, penulis tak kembangkan sangat dan buat watak Yuxuan nampak pasif sedangkan dia takut hubungan dengan Shuyuan rosak gara-gara dosa bapa dia.

 
Apa pun, naskhah romantik Yesterday Once More ni layak ditonton walaupun sekali untuk peminat kisah romantik yang bertemakan time travel. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Cannes 2024 Fashion Files | Aditi Rao Hydari

Monday, 24 June 2024

 

“Me being in Cannes is a legacy and it's the home of cinema and it's magical; it's like being in Wonderland.” - Aditi Rao Hydari

Sejak dilantik jadi duta L'oreal, Aditi antara pelakon Bollywood yang wajib muncul di karpet merah Cannes. Aditi antara pelakon yang ditunggu-tunggu juga sebab wardrobe dia cantik belaka. Walaupun jadual dia padat tahun ni tapi Aditi surely have fun dekat French Riviera. 

1. Casual Sporty


Her team being extra this year sebab announce pergi Cannes dengan photoshoot rasmi dalam persalinan casual sporty dari koleksi Spring/Summer 2024 butik AKOK. In Anamika Khanna we trust to make a simple outfit looks elegant. Loose hairstyle dipilih untuk tampilkan aura bersahaja dan santai dipadankan bersama sneakers putih dengan platform tinggi. Makeup tipis untuk buatkan wajah Aditi nampak muda dan segar sepanjang perjalanan dari India ke Cannes. 

2. Midsummer Peony


Penampilan pertama di Cannes mencuri tumpuan dengan turtle halter neck dress dari Gauri and Nainika. Dress satin menggunakan corak bunga peony berwarna kuning dan gabungan base berwarna hijau pekat menampilkan elemen musim panas. Penggunaan material satin dan ropol di bahagian bawah menambahkan lagi drama pada bahagian skirt dengan efek beralun. 

Hairstyle messy bun distailkan dengan wavy halus dan penggunaan makeup tipis untuk menghasilkan rona wajah feminin dan anggun. Anting-anting Hemisphere Gold Pleated Drop dari Litmus India dipadankan dengan koleksi cincin berwarna emas dari MISHO. Sama seperti dress, Aditi menggunakan ankle strap heels berwarna hitam dari Gianvito Rossi sebagai pelengkap gaya di kota France. 

3. Golden Benarasi


Meraikan pencapaian Santosh Sivan, DOP (director of photography) yang menjadi pemenang pertama bagi negara-negara Asia untuk menerima anugerah Pierre Angénieux ExcelLens in Cinematography di Filem Festival Cannes ke-77, Aditi Rao Hydari mengenakan persalinan tradisional berona emas dari butik Manish Malhotra. 

Anarkali bermaterial sutera dihiasi dengan sulaman organza pada bahagian leher, dada dan hujung baju menjadi tribute kepada budaya warisan keluarga ibu Aditi. Di bahagian belakang ada susunan butang timbul menggantikan zip lantas keluar dari kebiasaan dan menghadirkan elemen vintaj pada pakaian. Bahagian skirt dibikin kembang untuk keselesaan si pemakai dan mempunyai bingkai dengan sulaman yang sama di bahagian atas. 


Sanam Ratansi, stylist Aditi mengenakan bold makeup pada bahagian tulang pipi dan bibir untuk tampil menyerlah dalam persalinan berwarna terang. Personally, I tak berapa gemar dengan hairstyle bun yang Sanam pilih sebab bosan. Instead of gajra, dia boleh hiaskan dengan valli tapi I tak tahu culture Banaras macam mana so tak boleh komen banyak. Instead of something plain, mungkin Aditi boleh pakai perhiasan tangan dari Nomad juga. 

4. Rosée de Café


Penampilan ketiga Aditi Rao Hydari untuk Cannes ialah di karpet merah untuk tayangan perdana filem L'Amour Ouf (Beating Hearts) dalam persalinan monochrome dari butik Gaurav Gupta. Strap dress berwarna hitam sebagai main outfit dan didukung oleh kain berwarna putih mutiara di bahagian kiri dan kanan dress. 


Honestly for me it's a mehhh sebab dress terlihat biasa dan ringkas dengan bun hairstyle yang sama dengan penampilan sebelumnya tapi yang menarik perhatian ialah stack earrings dan cincin dari koleksi Rosée de Café dari butik Voyce Jewellery. Ingatkan rekaan stack earrings ni daripada mutiara tapi rupanya dari seranting biji kopi. Semua perhiasan dari koleksi Rosée de Café berwarna hijau, merah dan pink tapi untuk penampilan Aditi di Cannes, perhiasan ditukar kepada warna putih untuk kekalkan warna tema Aditi. 


Sebagai duta L'oreal, Aditi mengenakan makeup yang menggunakan dua produk L'oreal - L'Oréal Paris Infallible Matte Resistance Lipstick - Shade 105 Breakfast In Bed dan L'Oréal Paris Panorama Mascara untuk tampil anggun dan menawan di karpet merah. 

5. Pink Sunset

One of my favourite look of Aditi Rao Hydari di Filem Festival Cannes ke-77 ialah penampilan bersahaja dalam persalinan gaun off-shoulder dari butik Maison Avaro Figlio Milano. Gaun Oneshoulder Curl Volume berwarna merah jambu pucat  yang mempunyai ropol besar di bahagian bawah dan bahagian bahu mewujukan penampilan ala princess yang bersantai di French Riviera. Sesuai lah dengan idea rekaan gaun tersebut yang mendapat inspirasi dari alam semulajadi. 


Aditi mempamerkan dua pilihan gaya rambut dengan gaya lepas bebas dan juga diikat longgar menggunakan skarf chiffon bercorak. Anting-anting dari koleksi Buggy Earrings juga pelbagai bentuk cincin rekaan moden dari butik Celestic Jewels menguatkan lagi gaya feminin dan anggun bersama makeup dengan heavy contour di bahagian tulang pipi. Penampilan Aditi dilengkapkan dengan pointed strap heels berwarna kelabu dari Malone Souliers.

6. Postcard From Cannes


Penampilan terakhir Aditi Rao Hydari di Cannes dalam persalinan pant suit berwarna putih gading dari butik Alberta Feretti. Rekaan butik ni seringkali digunakan dalam konsert Taylor Swift dan Beyonce. Pant suit yang dipilih menampilkan hiasan tenunan di bahagian hadapan coat dan bahagian tepi seluar. 

Tampil ringkas dan feminin, Aditi mengenakan shade hitam retro dengan rambut lurus lepas bebas, anting-anting dari JOOLRY. Melengkapkan lagi gaya lady boss dengan pump heels dari Malone Souliers. 

Personally, for me I suka wardrobe Aditi di Cannes cuma kalau dia bereksperimen lebih sikit untuk hairstyle, mungkin lebih menarik. Tapi susah nak agak sebab tahun depan dah kahwin, mungkin dia akan stick dengan bun hairstyle T.T

ATAS PERMINTAAN TINGGI, ASTRO BAWAKAN FILEM BLOCKBUSTER NO.1 TAHUN INI, SHERIFF KEPADA SEMUA PENONTON MALAYSIA MENERUSI ASTRO FIRST DI ASTRO & SOOKA! | Seisi Keluarga Boleh Menikmati Sheriff Dengan Harga Terendah

Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka. 

Lebih istimewa, Sheriff boleh dinikmati oleh seluruh seisi keluarga dengan satu harga. Bermula hari ini pelanggan Astro berpeluang menonton Sheriff dengan harga hanya RM16.20 di platform Astro, manakala semua penonton Malaysia boleh menyaksikan filem ini di platform penstriman sooka bermula 24 Jun dengan harga RM 19.50 berulang kali dalam tempoh 48 jam, di mana-mana mengikut keselesaan mereka.

Menurut Penerbit Eksekutif Sheriff dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Sheriff melakar kejayaan membanggakan apabila naskhah ini telah meninggalkan kesan pada penonton tempatan serta menembusi pawagam-pawagam negara luar seperti Hong Kong dan negara-negara Asean. Selepas dua bulan mendominasi pawagam, kami bawakan filem Sheriff ke platform Astro. Tambah mengujakan, ia tidak terhad kepada pelanggan Astro sahaja, tetapi semua penonton dan penggemar filem tanah air boleh menyaksikan Sheriff di platform penstriman sooka tanpa kontrak dan bebas komitmen. Ini adalah pertama kali Astro First boleh dilanggan melalui sooka, dan inisiatif ini selari dengan usaha untuk membawa kandungan berkualiti kepada seluruh penonton Malaysia tanpa batasan.”

Terdahulu Sheriff telah menerima reaksi positif daripada penonton. Filem Sheriff telah mencatat 61 juta capaian di media sosial Astro menerusi #Sheriff. Sheriff membariskan pelakon Zul Ariffin, SyafiqKyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, S/haruddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi. 

Selain filem Sheriff, tiga lagi filem lain yang boleh dilanggan di sooka menerusi Astro First adalah 19 Puasa : Playboys Of Plestik Hitam, Gemencheh Boys, dan filem anime Jepun Lonely Castle In The Mirror bermula 24 Jun ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi terbaik tahun 2024 ini kini di Astro First platform Astro dan di sooka pada 24 Jun. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung,  LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Sheriff di akaun media sosial Astro First seperti Instagram, TikTok, Facebook .

Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ pada hari ini dengan penglibatan empat (4) stesen radio popular termasuk ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Program ini yang julung kali dilakukan dengan kerjasama Siti Khadijah, bertujuan untuk mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini sekaligus merapatkan silaturahim diantara kedua-dua jenama. 

Penglibatan ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR dalam program ini termasuk membuat siaran secara langsung luar konti bermula jam 6 pagi di Laman Khadijah, serta sebagai sukarelawan dalam proses melapah daging korban.

‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ disertai oleh penyampai radio pagi daripada ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR termasuk Nabil, Azad, Radin (ERA); Jep, Rahim, Angah (SINAR); Issey, Fizie (GEGAR); Mawi, Anas (ZAYAN), serta personaliti-personaliti radio lain daripada Astro Radio. 

Ibadah Korban ini melibatkan proses penyembelihan sebanyak 5 ekor lembu, dan daging korban diagihkan kepada kakitangan daripada Astro Radio, Siti Khadijah, golongan asnaf yang memerlukan dan masyarakat setempat.  

Program ini turut disertai lebih daripada 100 sukarelawan termasuk kakitangan Astro Radio, kakitangan Siti Khadijah, serta wakil daripada Masjid Abu Al-Darda’ Nilai Impian bagi memberkati perayaan raya korban ini dan merapatkan ukhuwah sesama masyarakat setempat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen-kempen di Astro Radio, layari laman web rasmi atau ikuti platform media sosial jenama radio. 

Selesaikan Hutang Aeon Credit

Wednesday, 19 June 2024

Bulan lepas mak ada dapat mesej dari Aeon minta langsaikan tunggakan sebelum diambil tindakan. Sebelum ni bila dia tanya dalam group tak ada yang reply sebab ada miscommunication memandangkan ada dua loan dari creditor yang sama.

Bila call hotline AEON Credit, staff tu minta mak yang call sendiri sebab ada few matters perlukan pengesahan. So dia call lah tanya loan yang mana satu ada tunggakan dengan macam mana nak bayar. Staff AEON bagitahu kena pergi dekat mana-mana AEON Mall untuk bayar tunggakan.

I macam annoyed juga lah sebab nak pergi AEON Mall tu jauh. Masa tu mak dekat kampung so paling dekat pun AEON Mall Sungai Petani. Jarak dia makan masa 2 jam so mak pergi AEON Manjung masa hala balik ke Sabak Bernam. Ingatkan kena tuan badan pergi sendiri rupanya dia minta IC lepastu bayar tunggakan guna mesin AEON. Tapiiiii mesin AEON rosak pula masa tu.

Jadi rimas lah sebab tak boleh bayar online tapi takpe lah sebab I plan nak pergi AEON OU ataupun AEON Shah Alam sebab dua mall ni dekat je dengan rumah. Bawa je lah salinan IC mak pastu bayar semua tunggakan sebab yang ni final payment sebelum transfer property. Gamble je lah masa bawa salinan IC tu sebab mak kata dekat AEON Manjung tu tak ada check apa pun guna IC. Dia just ambil number untuk check dalam sistem.

Sabtu lepas kitorang menapak ke AEON One Utama sebab dekat dengan rumah, nak cari barang lain juga masa tu. Naik sampai tingkat 3, pusing punya pusing tak jumpa pulak.

Me: Tumpang tanya, kaunter customer service dekat mana ye?

Cashier 1: Dah tutup dah yang dekat tingkat ni. Dekat tingkat bawah ada.

Me: Oh ye ke? Okay terima kasih ye.

Cashier 1: Weh betul kan dah tutup?

Cashier 2: Ye ke dah tutup?

Cashier 1: Rasanya dah laaaa….

 

I macam confused lah jugak bila dengar diorang sembang. Dah tutup ke tidak sebenarnya ni? Berjalan sikit dari cashier counter tu kitorang nampak customer service counter. Betul lah macam dia cakap dah tutup tapi kaunter dekat sebelahnya tu tak tutup. Kaunter AEON Credit yang kitorang nak pergi untuk selesaikan tunggakan. Dah bagi salinan IC, check dalam system tinggal proceed untuk bayar je jumlah tunggakan tu.


Staff AEON: Ada bawak cash tak?

Me: Eh kena guna cash je ke?

Staff AEON: Ha’ah machine kita terima cash je.

Me: Takpe lah I withdraw dulu lah kalau macam tu.

Staff AEON: Ataupun bayar guna MAE je.

Me: Aikkk boleh bayar online ke?

Staff AEON: Ha’ah pergi je dekat apps MAE lepastu cari pay bills, pilih AEON Credit lepastu masukkan no akaun yang saya bagi ni kemudian bayar lah. Lepas pembayaran ni akan dapat satu mesej dari AEON kemudian tekan link yang dia bagi tu lepastu ikut apa yang dia bagitahu dalam tu lah.

Boleh rupanya bayar online tanpa perlu pergi ke AEON Mall. Kalau staff AEON bagitahu masa first time call tu dah boleh settle dengan mudah. Buang masa orang je pergi sana sini. I mean, AEON dah buat ulangtahun ke-40 kot tapi bab management caca-marba lagi.

Settle dekat situ, kitorang pergi cari beg untuk konsert nanti. Nampak dekat bahagian beg ada prmotion RM40 untuk sling bag. Ngam lah sebab I memang cari design tu. I check dulu kod bag tu sama ke tak dengan promo tag sebab takut salah. Bila nak bayar harga tu tak jatuh pun jadi RM40.

Me: Dik, bag ni ada promotion kan? Dekat sana dia letak harga promo tu RM40.

Cashier 1: Kejap ye saya check

*5 minit kemudian*

Cashier 1: Betul ada promo bag ni tapi letak discount tak jadi RM40 pulak.

Cashier 2: Kenapa?

Cashier 1: Aku tak tahu lah berapa discount dia ni. Letak 30% bukan, letak 40% pun bukan.

Cashier 2: Takkan nak letak 45% kot. Pun tak boleh jugak.

Cashier 3: Kau letak je 50%, senang. Menyusahkan kita je nak kira berapa discount.

Macam tak percaya pun ada jugak tapi orang dah bagi rezeki takkan nak tolak? Masing-masing kata tak ada masalah dari side diorang, I pun proceed je lah bayar. Settle 2 masalah dalam hidup hari tu hehe

Tayar Kereta Pancit

Bulan Jun ni memang mencabar keimanan dan menguji kesabaran sangat. Lepas raya haritu rumah tingkat atas buat renovation berskala besar sampai dia angkut roro bin letak dekat parking dia. Hari-hari bising satu hal, weekend apatah lagi, sisa buangan dalam roro bin dia pun merisaukan satu hal lagi. 

Kereta I dekat sebelah haruslah menjadi mangsa sebab dekat sangat dengan roro bin tu. Ada sekali tu comot dengan plaster sebab angin kuat terbang sampai kena kereta. Lepastu bila dia tukar roro bin kecil banyak pula sampah makanan dekat dalam roro bin tu. Busuk sebab lalat hinggap dekat situ. Paling tak seronok bila tayar kereta terkena skru panjang. Habis pancit tayar kereta. 


Bayangkan lah pagi-pagi masa nak pergi kerja, baru keluar dari parking kereta bergegar pastu dengar bunyi besi bergesel rupanya flat dah tayar kereta ni haaa. 


Walaupun tahu JMB tak ambik port dengan masalah kereta tapi try je lah pergi mintak tolong. Nak pergi bengkel pun kena tunggu pukul 10 baru nak bukak. I ada spanar dengan tayar spare tapi nak tukar tu lah tak mampu. Masa tu tak sure jek kereta ada ke tak sebab last tukar tayar manually masa 2016. 

Awal tu JMB gelakkan juga lah tapi nasib baik pekerja dia boleh tolong cuma jadi lambat sebab mencari jek gunting tu. Masa buka bonet baru perasan ada jek tapi melekat teruk dah so sama jugak lah kena guna jek lain. Nasib baik dia dah cari siap-siap. 



Part yang paling susah dan buat lama sampai sejam lebih tu sebab skru dekat tayar tu ketat sangat. Guna tukul tak bergerak sampai dia kena cari cangkul lengkung untuk support spanar empat hala tu. Sebelum tukar tayar ke tayar spare tu dia pam dulu sikit sebab angin dalam tayar spare pun dah kurang. Dah settle apa semua, I offer untuk bayar sebagai upah dia tolong tukarkan tapi dia tak nak. Dah lah susah nak tukar lepastu panas pulak pagi tu, rasa berat hati pulak bila dia tak nak. 



Dah settle tukar slow slow je lah drive pergi ke bengkel untuk tukar tayar. Bengkel tak jauh pun dari rumah tapi sebab tayar dah flat cenggitu memang kena tukar jugak lah kepada tayar simpanan. Nasib baik tak payah tukar tayar, tampal je. Tayar tu baru lagi sebenarnya sebab masa balik raya haritu dah tukar. 

Dekat kedai ni dalam 10 minit dah siap sebab dia pakai jek hidraulik dengan electric wrench tu. zup zap dah siap, jadi lama pun sebab nak tampal tayar. Settle satu masalah tapi masalah roro bin tu tak settle lagi. Bila balik mata melilau takut ada skru jatuh lagi. Ada sekali tu masa balik sampah dah jatuh ke kawasan parkir kereta. Terpaksa keluar kutip dulu lepastu baru park kereta. 


Jadi tuan rumah patutnya dia monitor lah sampah dia. Ini tidak, main lepas tangan macam tu je. Kereta I kena macam ni pun, dah masuk dalam group pun dia buat tak tahu je. Kita faham lah kekangan dia tapi kalau buat diam macam tu lagi bertambah geram jadinya. Sakit hati sakit jiwa dapat jiran macam ni T.T

Layari pengembaraan ‘fairy-tale’ di ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC

Tuesday, 18 June 2024

Layari pengembaraan ‘fairy-tale’ di ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC | Rasai pengembaraan magis melalui suasana piknik mewah, aktiviti interaktif dan simfoni musikal indah!

Destinasi Beli-belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kini kembali dengan aktiviti riadah yang mendapat sambutan hangat dikalangan para pengunjung pada tahun lalu. Selepas kejayaan luar biasa debutnya pada tahun 2023, “Picnic in the Park” 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mempesonakan untuk seisi keluarga serta para pengunjung pada tahun ini.

Bermula dari 7 sehingga 21 Jun, para pengunjung berpeluang untuk menebus slot untuk merasai pengalaman sambutan piknik eksklusif. Aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini dimulakan dengan acara media pada hari ini, dan setereusnya akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di antara 15 sehingga 23 Jun untuk para pengunjung yang telah mendapat slot mereka.





Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the park”. Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari. Pengalaman eksklusif dan unik ini juga turut membawakan persembahan yang bertakhtakan pemandangan matahari terbit yang berlatar belakangkan Petronas Twin Towers bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam.

“Kami amat teruja untuk membawa kembali pengalaman 'Picnic in the Park' Suria KLCC untuk tahun kedua," kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Aktiviti ini membolehkan kami mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan suasana yang mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif yang menarik, aktiviti 'Picnic in the Park' ini pastinya akan menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung.”






Para peserta akan disambut dalam suasana bertemakan 'Garden Fairies' yang penuh dengan hiasan magikal. Tidak kurang dari itu, aktiviti ini juga lengkap dengan hiasan landskap piknik yang menarik yang bakal menjadi tumpuan untuk sesi fotografi. Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik yang dihiasi dengan susunan bunga dan lampu yang memukau juga disasarkan bakal menjadi tumpuan para peserta. Setiap kumpulan akan menerima bakul piknik yang mengandungi pelbagai aksesori dan barangan keperluan khas, termasuk pelindung matahari Guardian, tisu basah, dan pelekat Buzzaway Patch; kipas mini tangan Remax; permainan gelembung bebas toksik dan buku aktiviti dari Toys “R” Us; bersama dengan air mineral dan banyak lagi.

Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka dan melazatkan. Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’, ‘matcha’, dan pastri yang enak. Selain itu, tetamu juga boleh mendapatkan gula-gula kapas dan ais-krim dari gerai yang disediakan.

Suasana indah dan magis tidak lengkap tanpa kehadiran si Pari-Pari. Penghibur yang akan mengenakan kostum pari-pari akan bermesra dan berinteraksi dengan pengujung untuk sesi bergambar selain daripada mengendalikan aktiviti seperti membuat mahkota bunga. 

Aktiviti menarik yang lain termasuk aktiviti mengukir belon bunga dan bergambar di ruang OOTD yang dihias dengan landskap unik di mana para pengunjung berpeluang menggayakan sayap pari- pari untuk gambar kenangan yang akan diedarkan secara percuma dalam bentuk cetakan instax juga turut tersedia.

Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang akan dikendalikan oleh The Body Shop, selain dari aktiviti solekan yang akan dijalankan di stesen Gucci Beauty.

Debaran aktiviti cabutan bertuah akan meningkatkan keterujaan setibanya waktu malam apabila pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung yang dibawakan khas oleh Burger & Lobster dan juga Hoka.

Buat sekian kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia akan memukau para tetamu dengan persembahan indah ‘string quintet’. Aktiviti piknik malam itu akan diakhiri dengan persembahan kemuncak menakjubkan dari Pertunjukan Pancuran Taman Tasik KLCC.

Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.