Cannes 2024 Fashion Files | Aditi Rao Hydari
Monday, 24 June 2024
1. Casual Sporty
ATAS PERMINTAAN TINGGI, ASTRO BAWAKAN FILEM BLOCKBUSTER NO.1 TAHUN INI, SHERIFF KEPADA SEMUA PENONTON MALAYSIA MENERUSI ASTRO FIRST DI ASTRO & SOOKA! | Seisi Keluarga Boleh Menikmati Sheriff Dengan Harga Terendah
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Lebih istimewa, Sheriff boleh dinikmati oleh seluruh seisi keluarga dengan satu harga. Bermula hari ini pelanggan Astro berpeluang menonton Sheriff dengan harga hanya RM16.20 di platform Astro, manakala semua penonton Malaysia boleh menyaksikan filem ini di platform penstriman sooka bermula 24 Jun dengan harga RM 19.50 berulang kali dalam tempoh 48 jam, di mana-mana mengikut keselesaan mereka.
Menurut Penerbit Eksekutif Sheriff dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem Sheriff melakar kejayaan membanggakan apabila naskhah ini telah meninggalkan kesan pada penonton tempatan serta menembusi pawagam-pawagam negara luar seperti Hong Kong dan negara-negara Asean. Selepas dua bulan mendominasi pawagam, kami bawakan filem Sheriff ke platform Astro. Tambah mengujakan, ia tidak terhad kepada pelanggan Astro sahaja, tetapi semua penonton dan penggemar filem tanah air boleh menyaksikan Sheriff di platform penstriman sooka tanpa kontrak dan bebas komitmen. Ini adalah pertama kali Astro First boleh dilanggan melalui sooka, dan inisiatif ini selari dengan usaha untuk membawa kandungan berkualiti kepada seluruh penonton Malaysia tanpa batasan.”
Terdahulu Sheriff telah menerima reaksi positif daripada penonton. Filem Sheriff telah mencatat 61 juta capaian di media sosial Astro menerusi #Sheriff. Sheriff membariskan pelakon Zul Ariffin, SyafiqKyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, S/haruddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi.
Selain filem Sheriff, tiga lagi filem lain yang boleh dilanggan di sooka menerusi Astro First adalah 19 Puasa : Playboys Of Plestik Hitam, Gemencheh Boys, dan filem anime Jepun Lonely Castle In The Mirror bermula 24 Jun ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi terbaik tahun 2024 ini kini di Astro First platform Astro dan di sooka pada 24 Jun. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my. Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.
Ikuti perkembangan dan info terbaru mengenai Sheriff di akaun media sosial Astro First seperti Instagram, TikTok, Facebook .
Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ pada hari ini dengan penglibatan empat (4) stesen radio popular termasuk ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Program ini yang julung kali dilakukan dengan kerjasama Siti Khadijah, bertujuan untuk mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini sekaligus merapatkan silaturahim diantara kedua-dua jenama.
Penglibatan ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR dalam program ini termasuk membuat siaran secara langsung luar konti bermula jam 6 pagi di Laman Khadijah, serta sebagai sukarelawan dalam proses melapah daging korban.
‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ disertai oleh penyampai radio pagi daripada ERA, ZAYAN, GEGAR dan SINAR termasuk Nabil, Azad, Radin (ERA); Jep, Rahim, Angah (SINAR); Issey, Fizie (GEGAR); Mawi, Anas (ZAYAN), serta personaliti-personaliti radio lain daripada Astro Radio.
Ibadah Korban ini melibatkan proses penyembelihan sebanyak 5 ekor lembu, dan daging korban diagihkan kepada kakitangan daripada Astro Radio, Siti Khadijah, golongan asnaf yang memerlukan dan masyarakat setempat.
Program ini turut disertai lebih daripada 100 sukarelawan termasuk kakitangan Astro Radio, kakitangan Siti Khadijah, serta wakil daripada Masjid Abu Al-Darda’ Nilai Impian bagi memberkati perayaan raya korban ini dan merapatkan ukhuwah sesama masyarakat setempat.
Selesaikan Hutang Aeon Credit
Wednesday, 19 June 2024
Bulan lepas mak ada dapat mesej dari Aeon minta langsaikan tunggakan sebelum diambil tindakan. Sebelum ni bila dia tanya dalam group tak ada yang reply sebab ada miscommunication memandangkan ada dua loan dari creditor yang sama.
Bila call hotline AEON Credit, staff tu minta mak yang call sendiri sebab ada few matters perlukan pengesahan. So dia call lah tanya loan yang mana satu ada tunggakan dengan macam mana nak bayar. Staff AEON bagitahu kena pergi dekat mana-mana AEON Mall untuk bayar tunggakan.
I macam annoyed juga lah sebab nak pergi AEON Mall tu jauh. Masa tu mak dekat kampung so paling dekat pun AEON Mall Sungai Petani. Jarak dia makan masa 2 jam so mak pergi AEON Manjung masa hala balik ke Sabak Bernam. Ingatkan kena tuan badan pergi sendiri rupanya dia minta IC lepastu bayar tunggakan guna mesin AEON. Tapiiiii mesin AEON rosak pula masa tu.
Jadi rimas lah sebab tak boleh bayar online tapi takpe lah sebab I plan nak pergi AEON OU ataupun AEON Shah Alam sebab dua mall ni dekat je dengan rumah. Bawa je lah salinan IC mak pastu bayar semua tunggakan sebab yang ni final payment sebelum transfer property. Gamble je lah masa bawa salinan IC tu sebab mak kata dekat AEON Manjung tu tak ada check apa pun guna IC. Dia just ambil number untuk check dalam sistem.
Sabtu lepas kitorang menapak ke AEON One Utama sebab dekat dengan rumah, nak cari barang lain juga masa tu. Naik sampai tingkat 3, pusing punya pusing tak jumpa pulak.
Me: Tumpang tanya, kaunter
customer service dekat mana ye?
Cashier 1: Dah tutup dah yang
dekat tingkat ni. Dekat tingkat bawah ada.
Me: Oh ye ke? Okay terima kasih
ye.
Cashier 1: Weh betul kan dah
tutup?
Cashier 2: Ye ke dah tutup?
Cashier 1: Rasanya dah laaaa….
I macam confused lah jugak bila dengar diorang sembang. Dah tutup ke tidak sebenarnya ni? Berjalan sikit dari cashier counter tu kitorang nampak customer service counter. Betul lah macam dia cakap dah tutup tapi kaunter dekat sebelahnya tu tak tutup. Kaunter AEON Credit yang kitorang nak pergi untuk selesaikan tunggakan. Dah bagi salinan IC, check dalam system tinggal proceed untuk bayar je jumlah tunggakan tu.
Staff AEON: Ada bawak cash tak?
Me: Eh kena guna cash je ke?
Staff AEON: Ha’ah machine kita
terima cash je.
Me: Takpe lah I withdraw dulu lah
kalau macam tu.
Staff AEON: Ataupun bayar guna MAE
je.
Me: Aikkk boleh bayar online ke?
Staff AEON: Ha’ah pergi je dekat apps MAE lepastu cari pay bills, pilih AEON Credit lepastu masukkan no akaun yang saya bagi ni kemudian bayar lah. Lepas pembayaran ni akan dapat satu mesej dari AEON kemudian tekan link yang dia bagi tu lepastu ikut apa yang dia bagitahu dalam tu lah.
Boleh rupanya bayar online tanpa perlu pergi ke AEON Mall. Kalau staff AEON bagitahu masa first time call tu dah boleh settle dengan mudah. Buang masa orang je pergi sana sini. I mean, AEON dah buat ulangtahun ke-40 kot tapi bab management caca-marba lagi.
Settle dekat situ, kitorang pergi cari beg untuk konsert nanti. Nampak dekat bahagian beg ada prmotion RM40 untuk sling bag. Ngam lah sebab I memang cari design tu. I check dulu kod bag tu sama ke tak dengan promo tag sebab takut salah. Bila nak bayar harga tu tak jatuh pun jadi RM40.
Me: Dik, bag ni ada promotion kan?
Dekat sana dia letak harga promo tu RM40.
Cashier 1: Kejap ye saya check
*5 minit kemudian*
Cashier 1: Betul ada promo bag ni
tapi letak discount tak jadi RM40 pulak.
Cashier 2: Kenapa?
Cashier 1: Aku tak tahu lah berapa
discount dia ni. Letak 30% bukan, letak 40% pun bukan.
Cashier 2: Takkan nak letak 45%
kot. Pun tak boleh jugak.
Cashier 3: Kau letak je 50%, senang. Menyusahkan kita je nak kira berapa discount.
Macam tak percaya pun ada jugak tapi orang dah bagi rezeki takkan nak tolak? Masing-masing kata tak ada masalah dari side diorang, I pun proceed je lah bayar. Settle 2 masalah dalam hidup hari tu hehe
Layari pengembaraan ‘fairy-tale’ di ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC
Tuesday, 18 June 2024
Layari pengembaraan ‘fairy-tale’ di ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC | Rasai pengembaraan magis melalui suasana piknik mewah, aktiviti interaktif dan simfoni musikal indah!
Destinasi Beli-belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kini kembali dengan aktiviti riadah yang mendapat sambutan hangat dikalangan para pengunjung pada tahun lalu. Selepas kejayaan luar biasa debutnya pada tahun 2023, “Picnic in the Park” 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mempesonakan untuk seisi keluarga serta para pengunjung pada tahun ini.
Bermula dari 7 sehingga 21 Jun, para pengunjung berpeluang untuk menebus slot untuk merasai pengalaman sambutan piknik eksklusif. Aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini dimulakan dengan acara media pada hari ini, dan setereusnya akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di antara 15 sehingga 23 Jun untuk para pengunjung yang telah mendapat slot mereka.
Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the park”. Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari. Pengalaman eksklusif dan unik ini juga turut membawakan persembahan yang bertakhtakan pemandangan matahari terbit yang berlatar belakangkan Petronas Twin Towers bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam.
“Kami amat teruja untuk membawa kembali pengalaman 'Picnic in the Park' Suria KLCC untuk tahun kedua," kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Aktiviti ini membolehkan kami mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan suasana yang mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif yang menarik, aktiviti 'Picnic in the Park' ini pastinya akan menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung.”
Para peserta akan disambut dalam suasana bertemakan 'Garden Fairies' yang penuh dengan hiasan magikal. Tidak kurang dari itu, aktiviti ini juga lengkap dengan hiasan landskap piknik yang menarik yang bakal menjadi tumpuan untuk sesi fotografi. Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik yang dihiasi dengan susunan bunga dan lampu yang memukau juga disasarkan bakal menjadi tumpuan para peserta. Setiap kumpulan akan menerima bakul piknik yang mengandungi pelbagai aksesori dan barangan keperluan khas, termasuk pelindung matahari Guardian, tisu basah, dan pelekat Buzzaway Patch; kipas mini tangan Remax; permainan gelembung bebas toksik dan buku aktiviti dari Toys “R” Us; bersama dengan air mineral dan banyak lagi.
Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka dan melazatkan. Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’, ‘matcha’, dan pastri yang enak. Selain itu, tetamu juga boleh mendapatkan gula-gula kapas dan ais-krim dari gerai yang disediakan.
Suasana indah dan magis tidak lengkap tanpa kehadiran si Pari-Pari. Penghibur yang akan mengenakan kostum pari-pari akan bermesra dan berinteraksi dengan pengujung untuk sesi bergambar selain daripada mengendalikan aktiviti seperti membuat mahkota bunga.
Aktiviti menarik yang lain termasuk aktiviti mengukir belon bunga dan bergambar di ruang OOTD yang dihias dengan landskap unik di mana para pengunjung berpeluang menggayakan sayap pari- pari untuk gambar kenangan yang akan diedarkan secara percuma dalam bentuk cetakan instax juga turut tersedia.
Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang akan dikendalikan oleh The Body Shop, selain dari aktiviti solekan yang akan dijalankan di stesen Gucci Beauty.
Debaran aktiviti cabutan bertuah akan meningkatkan keterujaan setibanya waktu malam apabila pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung yang dibawakan khas oleh Burger & Lobster dan juga Hoka.
Buat sekian kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia akan memukau para tetamu dengan persembahan indah ‘string quintet’. Aktiviti piknik malam itu akan diakhiri dengan persembahan kemuncak menakjubkan dari Pertunjukan Pancuran Taman Tasik KLCC.
Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.