Minggu ke-6 ‘The Hardest Singing Show’ paparkan keteguhan para peserta dalam berlatih dan menggunakan alat muzik dalam persembahan mereka. Minggu yang bertemakan Emosi Instrumentasi ini dijuarai oleh Aisha Retno yang mendapat markah keseluruhan tertinggi iaitu 81.00% dengan nyanyian lagu Kurniaan Dalam Samaran oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza menggunakan keyboard. 

Tempat kedua diraih oleh Aepul Roza dengan markah keseluruhan sebanyak 75.60% (alat muzik: Gitar Akustik), diikuti oleh Putera Muhammad dengan markah keseluruhan sebanyak 75.32% (alat muzik: Ukulele). Minggu ini juga menyaksikan Stacy sebagai pemenang Anugerah The Hardest Singing Show Alha Alfa buat kali kelima, mengejutkan kesemua para penonton. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi- penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.


Aepul Roza - Sumpah dan Cinta Matiku (Nidji)


Zizi Kirana - Qomarun (Mustofa Atef)


Stacy - Somewhere Only We Know (Keane)


Putera Muhammad - Assalamualaikum (Faizal Tahir)


Ayda Jebat - Laskar Cinta (Dewa 19)

Aisha Retno - Kurniaan Dalam Samaran (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)


• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.


Lepas selesai seminar dan sesi interview untuk iCEPS, kitorang belek apa yang ada dekat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Daerah Sabak Bernam. Tak pernah lagi jejak kaki ke sini walaupun dekat dengan rumah. Balik pun sebulan sekali, lepastu melepek je dekat rumah memang tak ada masa nak keluar. 

Perpustakaan Awam Sungai Besar ni lebih kurang sama dengan Perpustakaan Anggerik Mokara, Seksyen U5. Di bahagian kaunter peminjaman dan pemulangan ada hiasan barangan antik, set sofa untuk membaca dan pentas. Di bahagian kiri pula ada ruang untuk makan. 






Ada banyak pilihan untuk buku dari setiap genre tapi yang terpaling berlompong raknya mestilah bahagian fiksyen. Pergi mana-mana perpustakaan awam memang bahagian situ yang jadi pilihan. Sama jugak lah dengan kitorang yang datang. Asalnya tak nak meminjam pun sebab tak pasti bila nak pulangkan tapi bila tahu boleh pulangkan dekat Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam, laju tangan pilih buku. 

Sama dengan Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam, ataupun Perpustakaan Anggerik Mokara, boleh pinjam sebanyak 20 buah buku selama satu bulan. Kalau nak panjangkan tempoh meminjam boleh maklumkan pada pihak perpustakaan supaya tak kena penalti pemulangan lewat.





Selain ruangan membaca, Perpustakaan Awam Sungai Besar ni ada bilik mesyuarat, bilik seminar, bilik kanak-kanak dan bilik tayangan media. Kemudahan lengkap untuk pengguna yang datang. Kerusi, meja atau peralatan yang diletak di perpustakaan sini semuanya baru dan cantik. Tak macam perpustakaan awam zaman I sekolah dulu. Pakai kerusi kayu yang dah berbunyi, buku pun tak up to date, internet lambat, panas pula tu. Sekarang ni dah banyak improvement untuk orang awam guna kemudahan dari Kerajaan. 











Sama macam Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam, pustakawan dekat sini baik belaka dan ramah bila ajak menyembang. Sementara nak selesai daftar 20 buah buku dalam sistem, sempat juga la ambil tahu dari mana stok buku ni datang dan pasal Pesta Buku tempoh hari. Lepas ni ada juga plan nak datang lagi ke sini tapi bila tu jangan tanya lah. 


Hujung bulan Mei lepas agak sibuk dengan urusan keluarga dan salah satunya uruskan adik yang dah dapat keputusan SPM. Antara urusannya ialah hadir ke seminar  Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS) di PPAS Sabak Bernam. Sebelum seminar ni dah bagi semua dokumen yang diperlukan via Google Form dan Whatsapp. I wakil penjaga sebab mak belum balik dari kampung lagi. 

Dalam pengumuman Whatsapp tu diberitahu seminar akan diadakan pada 2 Jun 2024 di Perpustakaan Awam Sabak Bernam jam 10 pagi. Ikutkan plan nak balik ke Sabak Bernam petang Sabtu tapi hujan lebat pulak. Tak nak redah hujan dan traffic jam punya pasal, kitorang balik lepas Subuh. Jam 8.30 pagi sampai dekat Sabak, habis breakfast jam 9 pagi lepastu ambil few documents dekat rumah lepastu terus gerak pergi PPAS Sabak. 



Kitorang yang pertama lah sampai dekat situ tapi macam aneh ye sebab pintu berkunci. Tanya cleaner dekat situ dia kata hari ni cuti. Tak ada apa-apa program. Ikutkan betul la tu public holiday. Takkan kena scam?  Bila dah ramai yang tunggu dekat situ baru dapat tahu bukan PPAS Sabak tapi PPAS Sungai Besar. Pihak iCEPS salah letak alamat. 

Kalau bukan orang Sabak memang selalu confuse pekan Sabak dengan daerah Sabak Bernam. Sekinchan tu pun diorang kata Sabak Bernam padahal bawah daerah Sabak Bernam ada Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Tapi paling parah yang kata Tanjung Karang dengan Kuala Selangor tu Sabak Bernam T.T



Dah sampai dekat PPAS Sungai Besar, nampak staff iCEPS minta maaf sebab tersalah bagi alamat. 

Staff iCEPS: Adik datang untuk seminar kan? Masuk sini belok kanan lepastu naik tingkat atas ye
Me: Ehhh saya penjaga lah. 



Dah settle registration dapat borang untuk pilih kos pra-diploma dan diploma yang ditawarkan oleh iCEPS. Ada 6 pilihan di bawah iCEPS - Pra Perdagangan (BA003), Diploma Pengajian Perniagaan (BA111), Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat (BA118), Diploma Pengajian Perbankan (BA119) dan Diploma Pengurusan Hotel (HM110). 



Adik I pilih Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat sebab dia dah buat internship dekat office so ada lah pengalaman sikit dekat dalam bidang tu. Lepas selesai isi borang, tak lama lepastu seminar pun bermula. Lambat la sikit dari yang dijadualkan sebab isu tersalah alamat tu. Seminar tu cuma nak bagi penerangan tentang iCEPS, tempat belajar, tempat kediaman dan proses pembelajaran dekat sana. 




First time tahu pasal program iCEPS ni walaupun I alumni UiTM. Syllabus pengajian sama dengan UiTM, surat tawaran pun dari UiTM even majlis grad pun dekat UiTM cuma tempat pengajian je dekat Seremban. Tak besar pun sebab ambil rumah kedai jadi kampus. Sebab tu juga la kot ada 6 kos sahaja yang iCEPS tawarkan. 

Masa sesi soal jawab tu kitorang dapat tahu bila habis Diploma di iCEPS boleh buat transfer credit bila nak sambung Degree dekat UiTM. Kira macam okay lah sebab masih lagi di bawah UiTM even kampus dekat Seremban pun terletak dekat kawasan bandar. Tak susah lah kalau nak pergi melawat ataupun adik nak balik kampung. 

A bit worried jugak masa tu sebab adik gagal subjek Math tapi pihak iCEPS kata boleh buat pra-Diploma dulu selama 6 bulan lepastu sambung Diploma yang dia nak. Dah selesai daftar dan bayar wang deposit, kitorang pun nak balik. 


Tapi lepas 15 minit macam tu kena panggil balik sebab iCEPS tak lepas kelayakan untuk daftar masuk padahal awal tadi dah angguk beria kata boleh. Nasib baik lah iCEPS pulangkan wang deposit jadi tak ada lah rasa nak marah sangat walaupun dari awal pagi dah buang masa kitorang untuk rehat waktu cuti. Beria kesana kemari sudahnya tak dapat apa. 

Movie Review | Yodha (2024)

Monday, 17 June 2024


Directors: Sagar Ambre, Pushkar Ojha
Writer: Sagar Ambre
Cast: Sidharth Malhotra, Raashii Khanna, Disha Patani
Production Companies: Amazon MGM Studios, Dharma Productions, Mentor Disciple Entertainment
Distributor: AA Films, Netflix, Amazon Prime Video
Genre: Action / Thriller
Running Time: 130 minutes
Release Date: 15 March 2024
Trailer:


Sejak kecil Arun Katyal (Sidharth Malhotra) ingin mengikut jejak langkah ayahnya, Surender Katyal (Ronit Roy) menjadi seorang askar dalam unit khas dan impiannya tercapai 20 tahun kemudian. Arun dipilih untuk menyertai unit khas iaitu Yodha Task Force di mana menggabungkan pegawai terbaik dari pasukan polis, tentera, juruterbang dan banyak lagi unit lain. Yodha Task Force dibiaya oleh Kerajaan India dan isteri Arun, Priyamvada "Priya" Katyal (Raashii Khanna) merupakan setiausaha Perdana Menteri.

Kerana kecekapan Arun, dia dipilih untuk menjaga saintis hebat India untuk penerbangan ke luar negara namun misi tersebut gagal apabila kapal terbang dirampas oleh Jalal (Sunny Hinduja), pengganas dari kumpulan Lashkar-e-Toiba. Ekoran kejadian tersebut, Yodha Task Force menyingkirkan Arun dari pasukan tersebut. Arun cuba untuk berunding dengan Kementerian namun usahanya gagal. Bukan saja kehilangan pekerjaan, rakan sekerja malah isterinya juga pergi meninggalkan Arun. 


Beberapa bulan kemudian, Arun mendapat mesej dari nombor yang tak dikenali memintanya untuk menaiki pesawat. Dalam penerbangan sehala ke negara Pakistan itu, Arun syak lelaki berjambang adalah salah seorang pengganas Lashkar-e-Toiba kerana gerak-gerinya yang mencurigakan. Anehnya lelaki tersebut meninggal selepas bertengkar dengan Arun lalu ketua pramugari bernama Laila (Disha Patani) melaporkan hal tersebut kepada Yodha Task Force. 

Pegawai atasan Yodha beranggapan Arun membuat rancangan untuk balas dendam terhadap apa yang terjadi pada dirinya. Mereka cuba sembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan Perdana Menteri kerana beliau menghadiri upacara perdamaian India-Pakistan. Mampukah Arun menangkap pembunuh sebenar dan bersihkan kembali nama baiknya dan juga India?  


Selepas filem aksi Mission Majnu (2023), Sidharth Malhotra kembali dengan filem Yodha arahan Sagar Ambre dan Pushkar Ojha. Filem Yodha juga diterbitkan oleh Dharma Productions milik Karan Johar dan Mentor Disciple Entertainment kepunyaan Shashank Khaitaan. Filem ke-8 juga untuk Sid Malhotra bekerja dengan Dharma Productions selepas filem Student Of The Year (2012), Hasee Toh Phasee (2014), Brothers (2015), Kapoor And Sons (2016), Baar Baar Dekho (2016), Ittefaq (2017) dan Shershaah (2021). 

Tak hairan lah kalau kualiti sinematografi yang dipaparkan dari lensa Jishnu Bhattacharjee menjadi kekuatan filem Yodha. Teknik kamera yang cemerlang untuk setiap babak aksi yang dimasukkan dalam Yodha mengukuhkan lagi watak Arun sebagai pegawai askar terbaik India. Kebayakan aksi dilakukan sendiri oleh Sid terutamanya hand combat dalam tandas kapal terbang untuk babak Arun fight Amandeep Singh. 


Lakonan Disha sebagai ketua pramugari juga mencuri perhatian dan menjadi dinamik yang kuat di samping Sid Malhotra. Walaupun dia tak dapat buat banyak benda sebagai ketua pramugari yang tersekat antara Arun dan juga pengganas di dalam pesawat tersebut tapi ada beberapa moment yang meninggalkan impak pada penceritaan. Kalau skrip Yodha ditulis lebih baik mungkin watak Laila Khalid sama kuat juga dengan Arun Katyal. Hopefully ada pengarah yang berminat untuk cast Disha dan Sid jadi main lead dalam filem. 


Sama juga dengan watak Priya, isteri Arun yang bekerja di Kementerian. Sepatutnya babak Arun jaga saintis nuklear, babak Arun pilih bercerai demi selamatkan Yodha Task Force daripada dibubarkan dan juga babak Arun selamatkan kapal terbang dari terhempas tu antara babak konflik personal matter dan professional. Malangnya watak Priya tampak lemah sebagai isteri dan juga rakan sekerja. Sepatutnya negotiation skill dia bagus tapi nampak dangkal sangat dalam kesemua babak ni. Toan suara dia pun tak sesuai sebagai orang yang memujuk. Geram bila dia tak faham Arun bagi kod ‘Time lost is time gone.’


Patutnya tak perlu pun masukkan love angle antara Arun dengan Priya sebab tak membantu penceritaan. Chemistry antara Sid dengan Rashii Khanna pun tak kuat mana untuk naikkan momen romantik pasangan suami isteri dalam Yodha. Music album dari Tanishk Bagchi sebagai promo material guna lagu Zindagi Tere Naam padahal lagu Tera Sang Ishq Hua lebih berpotensi. 



Filem Yodha mungkin lebih bagus kalau penulis tak fokus sangat untuk jadikan watak Arun Katyal sebagai hero India yang serba-serbi boleh. Tajuk filem ni Yodha bukannya Arun jadi tak boleh lah penulis atau pengarah tumpukan sangat kepada Arun. Tak dinafikan lah Sid Malhotra nampak kacak dan maskulin sepanjang masa tapi jalan cerita yang bagus pun sama pentingnya dengan visual pelakon utama. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.9/10

Movie Review | Rahsia (2023)


Pengarah: Shamyl Othman  
Penulis Skrip: Alfie Palermo, Luqman Sheikh Ghazali, Natasha Azlan, Zulaikha Zakaria
Pelakon: Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Syed Ali Murtadha, Qistina Raisah, Rashidi Ishak, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks, Nu’man Salleh, Iris Alessandra Alyssa
Syarikat Produksi: Five Star Trading, Kuman Pictures 
Pengedar: Astro Shaw, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2023 (Malaysia), 15 Januari 2024 (Kemboja)
Trailer:


Filem Rahsia mengisahkan tentang Ramlah (Nabila Huda) mencari anak bongsunya, Saiful (Syed Ali Murtadha) yang hilang ketika mereka berkelah di pantai. Mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut kelahiran ayahnya, Tan Sri Karim (Eman Manan) namun percutian tersebut bertukar tragedi. 

Suaminya, Hamdan (Fikry Ibrahim) pula rasa bersalah kerana lebih pentingkan panggilan telefon berkenaan kerja daripada menjaga Saiful. Hamdan bekerjasama dengan pihak polis dan juga orang kampung mencari Saiful. Belum ada sebarang kemungkinan anaknya meninggal selagi mayatnya tidak ditemui. 


Ramlah yakin anaknya masih hidup kerana dia sering terdengar suara Saiful di kawasan rumah namun Hamdan endahkan kemungkinan tersebut. Sementara kesihatan Ramlah terjejas kerana kurang tidur dan makan, anak perempuannya, Marina (Qistina Raisah) juga diganggu di rumah tersebut. 

Gangguan aneh semakin teruk setelah Tan Sri Karim meninggal dunia dalam keadaan ngeri di hospital. Ketika upacara yang dilakukan oleh dukun kampung juga Ramlah diberi amaran supaya berhenti mencari Saiful kerana anaknya bakal menjadi tuan baru. Sedikit demi sedikit Ramlah jumpa jawapan ke mana hilang ibunya, Puan Sri Melor (Marsha Milan). 

Filem Rahsia arahan Shamyl Othman adalah remake kepada filem seram Rahsia yang pernah ditayangkan pada tahun 1987. Fun fact, filem Rahsia adalah comeback film untuk Marsha Milan selepas tahun 2018 untuk filem 7ujuh. Filem terakhir sebelum berehat adalah filem seram kemudian buat comeback juga dalam filem seram. Filem Rahsia juga merupakan debut film untuk Fikry Ibrahim.
 
Sepatutnya filem Rahsia ditayangkan sebelum pandemik tapi diperam beberapa tahun sehingga keadaan kembali pulih. Masa trailer launch, pelakon kanak-kanak Syed Ali Murtadha dah besar dah, sama juga dengan Qistina. 

Berbalik kepada review filem, Rahsia mempunyai kekuatan pada jalan cerita yang mudah difahami dan mempunyai elemen seram tanpa terlihat merapu. Entiti yang mengganggu juga menggunakan banyak medium seperti anak patung, walkie-talkie, piano, permainan, printer dan banyak lagi sehingga lah Ramlah bersedia untuk bersemuka. Sepanjang masa tak senang duduk dibuatnya sebab kesemua watak sering diganggu dalam rumah tersebut kecuali Hamdan. 


Tona filem Rahsia agak gelap untuk menghidupkan suasana suram dan muram setelah Saiful hilang dan kematian Tan Sri Karim. Rumah tersebut juga menjadi episod hitam dalam hidup Ramlah setelah Puan Sri Melor beberapa kali bertengkar dengan Karim (Rashidi Ishak) sehingga Ramlah kemurungan. Sinematografi dari Tan Teck Zee berjaya menghidupkan dunia Ramlah dengan cemerlang sekaligus meningkatkan mutu kualiti filem seram tempatan. Ditambah dengan lagu tema berjudul Alunan Lara dendangan Njwa menjadi penambah perasa untuk filem seram ni.



Walaupun filem Rahsia bagus sebagai filem seram tempatan tapi personally I tak suka ending yang sengaja dibikin untuk menaikkan lagi elemen drama air mata. Babak Ramlah tahu rahsia Tan Sri Karim dah cukup beremosi, sama kuat juga dengan babak Ramlah dan Hamdan bertengkar  sampai luahkan isi hati masing-masing. Dekat babak Ramlah naik ke loteng boleh kata draggy juga lah sampai rasa seram tu hilang padahal dekat situ ada momen yang kuat antara iblis dan manusia. 

Tak faham juga kenapa Ramlah tak dapat berjumpa dengan ustaz sedangkan dari awal lagi dia mencari ustaz sebab dia tahu kehilangan Saiful tak boleh diselesaikan dengan logik akal. Dia juga nampak Saiful diculik oleh siapa. Kalau watak ustaz muncul rasanya beberapa watak boleh diselamatkan. Boleh sangat kalau masukkan ritual buang saka dengan cara Islam supaya keluarga Ramlah hidup tenang. 

Anyway, Rahsia currently airing on Netflix so siapa yang belum tengok lagi boleh layan naskhah seram ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.6/10