Movie Review | Crew (2024)

Sunday, 16 June 2024


Director: Rajesh A Krishnan
Writers: Nidhi Mehra, Mehul Suri
Cast: Tabu, Kareena Kapoor Khan, Kriti Sanon, Diljit Dosanjh, Kapil Sharma, Kulbhushan Kharbanda, Rajesh Sharma
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Anil Kapoor Films & Communication Network
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 118 minutes
Release Date: 29 March 2024
Trailer :


Geeta Sethi (Tabu), Jasmine Kohli (Kareena Kapoor Khan) dan Divya Rana (Kriti Sanon) merupakan pramugari Kohinoor Airlines di Mumbai, India. Sudah beberapa bulan majikan mereka tidak membayar gaji kerana masalah kewangan yang menyebabkan syarikat tersebut hampir muflis. Semua pekerja bertahan kerana elaun penerbangan yang masih lagi berjalan setiap kali mereka melakukan penerbangan luar negara. 

Geeta memerlukan wang kerana adik lelaki dan isterinya tidak bekerja sementara suaminya cuma mengendalikan bisnes luncbox secara kecil-kecilan. Jasmine pula mempunyai tabiat suka berbelanja mewah sehinggakan sanggup menggunakan barang tiruan untuk nampak mewah di mata orang. Divya pula terpaksa menipu keluarganya kerana tiada kekosongan untuk jawatan juruterbang. 


Satu hari ketua pramugara, Rajvanshi meninggal ketika bertugas kerana sakit jantung. Mereka bertiga yang panik semakin terkejut bila dapat tahu di bahagian badan lelaki tua tersebut mempunyai banyak jongkong emas yang cuba diseludup ke negara Al Burj yang terletak di Timur Tengah. 

Jasmine dapat tahu rutin Rajvanshi yang disimpan melalui telefon bimbitnya. Dari situ mereka dapat tahu siapa yang mengarahkan Rajvanshi menyeludup emas ke Dubai lalu mereka juga approach untuk dapat job yang sama. Kehidupan mereka bertukar sepenuhnya setelah terlibat dalam kegiatan menyeludup emas ke luar negara. 


Filem Crew arahan Rajesh A Krishnan diterbitkan di bawah kerjasama ekta Kapoor, Rhea Kapoor dan Anil Kapoor mempunyai plot utama yang diadaptasi secara longgar dari kes jenayah sebenar yang berlaku pada Kingfisher Airlines kepunyaan Vijay Mallya pada tahun 2012. Vijay Mallya antara business tycoon di India, anak dia, Siddharth Mallya pernah bercinta dengan Deepika Padukone, salah seorang model dan duta untuk Kingfisher. 

Jalan cerita Crew mengangkat cabaran dalam kerjaya sebagai pramugari selain terlihat cantik dan elegan sepanjang penerbangan. Masalah sexual harassment juga dimasukkan supaya kerjaya pramugari terlihat mempunyai risikonya tersendiri. Jalan cerita semakin menarik bila trio ni terlibat dalam aktiviti penyeludupan. 


Pertama kali dapat tengok barisan pelakon yang menggabungkan pelakon wanita berusia 50 tahun, 40 tahun dan juga 30 tahun sebagai watak utama. Filem yang diadun dalam template komedi juga menghiburkan dan bersahaja. Kebanyakan masanya gelagat Tabu dan Bebo yang banyak mainkan peranan sementara Kriti Sanon cuma jadi cantik dari awal hingga ke hujung filem. Chemistry Kriti dengan Diljit pun sekadar melengkapkan kehedak cerita saja. 

Uniknya Tabu berlakon sebagai isteri kepada Kapil Sharma yang 10 tahun lagi muda dari dia tapi dalam filem ni nampak mereka berdua serasi bersama. Mungkin juga sebab Kapil berjambang dan ada perwatakan lelaki berusia untuk watak Arun Sethi. 


Sembang pasal filem Rhea Kapoor memang tak akan lari jauh dengan fashion style yang menggugat. Walaupun mempunyai pelakon-pelakon yang berusia tapi tak menghalang Tabu dan Bebo terlihat cantik onscreen dalam persalinan yang ranggi dan stylish. Lagu Naina dan Choli Ke Peeche dari Diljit Dosanjh dan Badshah menguatkan lagi impak lakonan mereka bertiga. 



Ada beberapa babak yang relatable dengan kehidupan marhaen macam babak Geeta minum kopi dekat hotel semasa mengintip Manoj Mittal (Rajesh Sharma) dan Vijay Walia (Saswata Chatterjee) di Dubai. Ada juga babak komedi yang terlihat hambar. Babak heist di hujung cerita pun nampak too good to be true juga. Kalau pengarah tak masukkan unsur komedi sangat mungkin lagi seronok untuk ditonton tapi kalau cerita asal pun tak ada harapan, baik masukkan unsur fiksyen kan?

Filem Crew ni one time watch je tapi berbaloi lah untuk tontonan santai seisi keluarga. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10

Drama Review | My Demon (2023)


Directors: Kim Jang-han, Kwon Da-som
Writer: Choi Ah-il
Cast : Kim Yoo-jung, Song Kang, Lee Sang-yi, Kim Hae-sook, Jo Hye-joo, Heo Jeong-do, Seo Jeong-yeon, Cha Chung-wa, Kim Tae-hoon, Lee Yoon-ji, Jo Yeon-hee, Kang Seung-ho, Park Do-yoon, Kang Da-on
Production Companies: Studio S, Binge Works
Distributors: SBS TV, Netflix
Genre : Fantasy / Romantic comedy / Drama
Running Episodes: 16 episodes (66 minutes per episode)
Release Date: 24 November 2023 – 20 January 2024
Trailer :


Do Do-hee (Kim Yoo-jung) berjumpa dengan Jeong Gu-won (Song Kang) secara tak sengaja di sebuah restoran. Do-hee sangka Gu-won adalah lelaki yang diaturkan oleh penjaganya, Madam Ju (Kim Hae-sook) untuk blind date. Walaupun jejaka tersebut kacak dan maskulin tapi sombong dan kurang ajar. Do-hee cuma perlu bertahan selama 30 minit di situ supaya Madam Ju tak salahkan dia sekiranya blind date tersebut gagal. 

Madam Ju minta Do-hee segera mencari pasangan hidup sebelum dia meninggal akibat penyakit tua. Kerana kerjayanya sebagai CEO Mirae F&B, anak angkat chaebol Mirae Group tersebut tak punya banyak masa dan tak berminat untuk bercinta. Sehinggalah beberapa kali bertemu dengan Gu-won secara tak sengaja. Anehnya Gu-won juga selamatkan dia dari pelbagai ancaman luar dan Do-hee tebalkan muka melamar Gu-won. 


Awalnya Do-hee anggap Gu-won bergurau tentang identiti sebenar iaitu syaitan yang kehilangan kuasa tapi setelah beberapa kali perkara ajaib berlaku, Do-hee mula terima perkara tersebut. Dalam masa yang sama, sepupunya, Jeo Seok-hoon (Lee Sang-yi) yang menaruh perasaan kepada Do-hee cari jalan supaya Gu-won pergi dari hidup Do-hee. 

Naskhah romantik komedi My Demon arahan Kim Jang-han dan Kwon Da-som adalah drama tipikal percintaan dua makhluk yang mempunyai pertalian di masa silam dan bersatu kembali selepas 200 tahun kemudian. Jalan cerita My Demon lebih kurang sama dengan drama  Destined With You (2023) atau  See You in My 19th Life (2023). I tak petik Goblin sebab dah tak ingat jalan cerita macam mana tapi ada lah juga reference dari drama tu. 


Drama ni tipikal sebab tak ada apa yang istimewa pun bercinta dengan syaitan, keluar makan, pergi dating dekat Han River, decorate pokok Krismas, dapat bunga dan perkara tipikal yang lain. Dalam drama ni Gu-won menyampah dengan vampires tapi Damon Salvatore dengan Stefan Salvatore did pretty great job to convince us vampires are better than human. 

Tak ada masalah pun untuk watak Gu-won sombong, angkuh dan kurang ajar sebab dalam kitab memang syaitan adalah makhluk yang ego dan narsistik tapi Gu-won bukan seorang yang manipulatif dan suka memperdayakan manusia. Watak fiksyen Damon Salvatore jauh lebih bagus dalam permainkan emosi penonton untuk setia dengan dia selama 7 musim. Tak banyak hitam atau putih, semedang grey. 


Merepek juga lah bila Gu-won clueless nak cari mangsa untuk strike deal supaya dia tak terbakar dekat neraka gara-gara tak cukup mangsa. Bandar Seoul ada ramai orang yang putus asa dengan hidup sebab suicide rate tinggi, kalau setakat nak tampak hero di mata Do-hee pergi je lah kelab malam Wild Dogs, dekat situ bersepah taik judi dan kaki mabuk. Setakat nak trade nyawa dengan hidup kaya selama 10 tahun tu tak ada masalah langsung. Kalau Seoul tak ada, dekat Lembah Klang pun banyak. Apooooo!

Episod-episod awal seronok juga la nak layan sebab ada misteri dengan kehadiran pembunuh upahan yang sakit jiwa tapi bila dah menuju ke hujung drama, plot My Demon semakin longgar. Bila Tuhan (Cha Chung-wa) muncul pun tak membantu. Boleh pulak Tuhan terkejut syaitan dengan iblis boleh ubah nasib bersama. Kau dah kenapa? Patutnya tak payah ada pun tak apa watak ni. 


Makin bertambah merepek plot My Demon bila Do Do-hee terkejut tengok cara suami dia bekerja. Dia ingat syaitan baik ke? Lepastu dia masuk dalam fasa kemurungan kemudiannya bertambah murung bila Gu-won pilih untuk jauhkan diri supaya Do-hee tak bertambah sakit. Watak Do-hee sama dengan Elena, annoying. 

Tak cukup dengan tu, penulis masukkan pula plot Do-hee selamatkan Gu-won daripada kena tembak dengan antagonis. I faham cinta buatkan manusia jadi bodoh tapi jangan lah bodoh sangat sebab suami dia ada superpower. Patutnya Gu-won protect Do-hee sebab tubuh manusia ni fragile, kena peluru boleh bawa maut. Dah bertambah satu episod lagi Do-hee murung padahal tengok drama ni sebab Song Kang.


Watak Gu-won bukan saja ada superpower, dia juga ada manual DEMON supaya dia tak lupa rules sebagai syaitan. Kelakarnya dia simpan dalam peti besi yang password boleh diteka oleh pengurus dia, Mr. Park Bok-gyu (Heo Jeong-do). Manual tu juga dicuri oleh pembunuh sebab sesiapa pun boleh masuk dalam bilik syaitan. Walaupun manual ni tebal tapi tak ada pun info tentang kuasa syaitan berpindah kepada manusia. Tuhan pun clueless. Paderi Michael (Seo Sang-won) yang holier than thou pun tak tahu. 

Anyway, I berjaya habiskan My Demon sebab SONG KANG kacak teruk dalam drama ni. Dia serve visual je dari awal sampai habis. Chemistry Song Kang dengan Kim Yoo-jung pun awwdorable juga sebab tu lah babak romantik menjadi. Bersyukur juga lah Song Kang berlakon dalam My Demon sebab dalam naskhah ni je nampak Song Kang bahagia sampai berseri muka dari jauh. 



OST drama My Demon ada himpunan lagu yang menghantui juga macam True dan Whenever, Wherever untuk jadi sinergi kukuh kepada sinematografi yang menggunakan panorama indah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10

FILEM MALAYSIA ‘THE EXPERTS’ TARIK TUMPUAN DUNIA, DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA SHANGHAI 2024 | Ditayangkan di beberapa lokasi selain Shanghai termasuk Nanjing dan Hangzhou 


Filem aksi terbaru dari Malaysia terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun. Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China.

The Experts menjadi antara filem pilihan untuk segmen tersebut, sebaris dengan filem-filem dari luar antaranya Sima’s Unfinished Narration dari Iran, Pictures of Ghost dari Brazil, Matryoshka dari Jerman, Children of the Sea dari Jepun dan Nasty dari Itali. 


Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) merupakan salah satu festival filem terbesar dan paling berprestij di Asia Timur. Mula diperkenalkan pada 1993 dan ia diadakan setiap tahun di Shanghai, SIFF menayangkan pelbagai filem dari seluruh dunia, termasuk filem cereka, dokumentari, dan filem pendek. Festival ini terkenal dengan beberapa segmen menarik, seperti Anugerah Golden Goblet dan Anugerah Bakat Baru Asia, di mana ia mengiktiraf pencapaian cemerlang sinema global. 


Menurut Penerbit Eksekutif The Experts dan juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami rasa berbesar hati dan teruja untuk mempersembahkan filem The Experts yang mewakili Malaysia di pentas berprestij seperti Shanghai International Film Festival. Pencapaian ini mengukuhkan maklum balas penonton sebelum ini yang merasakan The Experts memiliki kualiti produksi yang tinggi dengan jalan cerita universal. Peluang sebegini pastinya menjadi pemangkin buat kami serta pengkarya seni tanah air untuk terus mempersembahkan naskhah-naskhah hebat dari Malaysia kepada penonton di seluruh dunia."


Terdahulu penonton tempatan berkongsi respon positif serta memuji kualiti produksi The Experts dan menyamakan dengan filem-filem besar antarabangsa selepas menonton.

Antara komen adalah, dari @SyuhadaNordin “Siapa yang suka tengok Money Heist tu, korang kena tengok The Experts, sumpah level international movie” ; @AlifKelana “Bagi saya filem ini betul-betul level Hollywood. Kalau siapa pernah tengok filem ’Ocean Eleven’ lebih kurang jalan ceritanya, Cuma ini di Malaysia”; @aniqhamka “Local movie but level international 5/5 for The Experts movie”; @Kwong_13 “The Experts movie ni memang lokal movie yang berkuliti sebagai international movie”; @DuniaWayang “Done tengok filem The Experts, filem yang ada vibes Hollywood seperti James Bond dan Mission Impossible dan filem Hong Kong”.


Filem The Experts lakonan mantap Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin dan ramai lagi masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. ‘The Experts’ mengisahkan sebuah keluarga lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga. 


Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Karakter & Profil Barisan Pelakon Utama Kahar Kapla High Council

Friday, 14 June 2024

 

Filem Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar. Filem Kahar Kapla High Council dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini dan diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid. Manakala skrip ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Sementara menunggu tayangan filem Kapla, jom kenal serba sedikit tentang para pelakon utama dan watak yang bakal dimainkan dalam filem Kahar: Kapla High Council, installment kedua High Council Universe. 

1. Amir Ahnaf sebagai Kahar

Karakter
  • Anak bongsu kepada Dato’ Abu Yamin
  • Kerap rasa tertekan untuk mencapai tahap kecemerlangan seperti ayahnya
  • Mempunyai hubungan rapat abangnya Beja serta menjadikannya sebagai teladan.
  • Mahir dalam Muay Thai

Profil Pelakon 
Latar: Pelakon dan model
Berasal dari: Dungun, Terengganu
Kemahiran & Bakat: Seni mempertahankan diri - silat, pernah menyertai pasukan ragbi, taranum Al-Quran dan azan, vokalis kumpulan muzik yang ditubuhkan sekadar suka-suka, bermain gitar, menggubah lagu dan melukis.

2. Aedy Ashraf sebagai Beja


Karakter
  • Ketua Pengawas dan pelajar terbaik dalam KUDRAT.
  • Abang kepada Kahar.
  • Seorang yang mementingkan imej dan reputasinya di sekolah.
  • Mahir dalam seni bela diri Muay Thai.
  • Muda, misteri dan berbahaya. 

Profil Pelakon 
Latar: Pelakon, Pemilik Fam Fries
Berasal dari: Kuala Lumpur (Lahir di Bachok, Kelantan)

3. Sky Iskandar sbg Megat


Karakter
  • Kapla High Council KUDRAT yang terkini.
  • Seorang oportunis yang pandai bercakap manis dan manipulatif.
  • Mahir dalam seni pertarungan Tinju

Profil Pelakon 
Latar: Pelakon, Model, Usahawan
Berasal dari: Petaling Jaya, Selangor
Minat dalam bidang fesyen, fotografi dan melukis
Cenderung dalam sukan mengangkat berat, bertinju dan meluncur.

4. Thompson Goh sebagai Li

Karakter
  • Seorang Penolong Ketua Pengawas yang tinggi dan sasa
  • Mahir dalam seni pertarungan Muay Thai
  • Seorang yang pendiam, tenang dan misteri.

Profil Pelakon 
Latar: Content Creator
Berasal dari: Kuching, Sarawak
Cenderung dengan fitness, berenangdan suka dengan kucing. 

5. Khenobu sebagai Jojo


Karakter

  • Seorang yang sentiasa inginkan perhatian
  • Pembuli di KUDRAT
  • Mahir dalam seni pertarungan Gusti dan (MMA).

Profil Pelakon 

Latar: Pelakon, Pengarah Performing Arts, dan National Breaking Athlete, Penyanyi, Koreografer

Berasal dari: Kota Kinabalu, Sabah

Mahir dalam seni mempertahankan diri seperti jiu jitsu dan MMA.


Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.

AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’ | Perkenal ‘Lesen High Council’ untuk peminat sertai aktiviti bersama pelakon 

Astro Shaw mengumumkan pemilihan aktor Aedy Ashraf untuk membawakan watak Beja, serta model dan bakat baru Sky Iskandar untuk watak Megat yang akan digandingkan dengan Amir Ahnaf sebagai Kahar, untuk filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL. Selain itu, dua watak lain turut dipilih menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh sebagai Li dan Khenobu sebagai Jojo. Majlis pengumuman ini telah berlangsung di LMP, Lumi Tropicana, Petaling Jaya.

Pada bulan Mac lalu, sesi uji bakat pencarian watak Beja, Megat dan watak-watak lain telah diadakan untuk filem ini. Lebih 1,000 calon hadir dan atas sambutan menggalakkan, Astro Shaw membuat keputusan untuk memilih 90 individu daripada sesi tersebut bagi menjayakan watak-watak sokongan. Sesi penggambaran bakal dijalankan pada penghujung Jun 2024. 

Penerbit Eksekutif Filem Kahar Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan filem Kahar Kapla High Council pada awal tahun ini, kami telah merangka strategi pemasaran dan publisiti khusus untuk memberi keterujaan kepada penonton dan peminat. Rentetan daripada fenomena luar biasa siri premium ‘High Council’, kami mahu peminat turut terlibat dan menjadi sebahagian filem ini. Inisiatif pertama adalah buat julung kali kami membuka peluang kepada peminat menerusi sesi uji bakat, dan inisiatif kedua adalah memperkenalkan ‘Lesen High Council’.

“Alhamdulillah lebih 1,000 calon telah menghadiri sesi itu, termasuklah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh serta Khenobu. Hari ini, kami juga akan mengumumkan nama-nama yang terpilih sebagai watak sokongan. Pemilihan mereka berdasarkan ciri-ciri dan keserasian yang menepati dengan apa yang kami mahukan. Kami berani mempertaruhkan gandingan muka-muka baru dan amat yakin dengan kemampuan serta bakat mereka yang boleh digilap.”

Peminat High Council pasti sinonim dengan terma popular yang menjadi simbolik kepada drama premium itu iaitu ‘lesen’ keahlian High Council. Sejajar itu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk menjadi ahli ‘High Council Universe’. Menerusi pas ini, peminat berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti akan datang. Untuk fasa pertama, peminat perlu layari portal hiburan popular Malaysia, Gempak dan jawab 100 soalan. 100 pemenang terawal akan memperoleh pas, lalu berpeluang untuk menyertai aktiviti yang dihadiri barisan pelakon.

Filem Kahar Kapla High Council dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini dan diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid. Manakala skrip ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Filem Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.

Skrin Besar, Keseronokan Lebih! Terokai Dunia Hiburan anda dengan sooka TV Stick |

Wednesday, 12 June 2024

Skrin Besar, Keseronokan Lebih! Terokai Dunia Hiburan anda dengan sooka TV Stick | Dapatkan sooka TV Stick dengan Pelan Premium 12 Bulan dan nikmati penjimatan sehingga RM440

Terokai dunia hiburan yang pelbagai dengan sooka TV Stick yang dilancarkan pada hari ini! Peranti penstriman inovatif ini mengubah pelbagai TV menjadi hab hiburan yang hebat, membolehkan para pelanggan menikmati kandungan sooka kegemaran mereka pada skrin besar. sooka TV Stick ini boleh didapati tanpa kos tambahan dengan Pelan Premium 12 bulan, dan para pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga RM440, memberikan mereka pengalaman skrin besar dengan nilai terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata, “Tahun lepas kami memperkenalkan pelan baharu untuk sooka dan pelan ini telah diterima baik oleh pengguna aktif bulanan (MAU) sooka dengan peningkatan sebanyak 23% kepada lebih 1 juta, serta pangkalan VIP kami lebih daripada dua kali ganda tahun ke tahun (YoY). Hari ini, kami meneruskan momentum itu dengan memperkenalkan sooka TV Stick untuk membawa aktiviti penstriman menerusi sooka ke tahap yang lebih tinggi di skrin besar. Dengan gabungan TV Stick ini bersama Pelan Premium sooka, semua rancangan kegemaran anda dan banyak lagi boleh ditonton pada satu plaform, menjadikan penstriman lebih mudah untuk para pelanggan kami. Di sooka, kami percaya bahawa hiburan haruslah mudah, menarik dan meluas, dan dengan sooka TV Stick, semuanya lengkap”.

Semuanya ada di sooka

sooka ialah satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan acara sukan terbesar secara LANGSUNG seperti Liga Perdana, UEFA EURO 2024™, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. Selain itu, sooka menawarkan hiburan tempatan dan serantau yang hebat seperti drama romantik 'Cinta Untuk Sekali Lagi', 'Framed', The Hardest Singing Show' yang mencabar, 'Romance of a Twin Flower' yang menyentuh perasaan, dan 'Saba Nayagan' yang mendebarkan. Dengan hampir 70 saluran TV, kandungan On Demand serta pelbagai kandungan Asia yang lebih luas termasuk TVB, TvN, TvN Movies dan KBS World, semuanya ada di sooka.

Mengenai sooka TV Stick 

sooka TV Stick dikuasakan oleh Android TV OS oleh Google yang merangkumi arahan suara yang dikuasakan oleh Google Assistant, Google Play Store dan keupayaan untuk menghantar kandungan ke skrin besar. Dengan sooka TV Stick, anda boleh:

 Nikmati kualiti gambar yang menakjubkan dengan penstriman definisi tinggi (HD) dan juga 4K UHD pada TV dan aplikasi yang serasi.

 Pasang, Aktifkan dan Strim dalam Sesaat. sooka TV Stick adalah sangat mudah dan senang untuk digunakan. Hanya pasangkannya ke TV anda, sambungkan ke Internet dan mulakan penstriman dalam beberapa saat.

 Cari dengan mudah menggunakan alat kawalan jauh intuitif dengan keupayaan carian suara (tersedia untuk aplikasi terpilih).

 Beribu Aplikasi, Pelbagai Kemungkinan. Tidak terhad kepada sooka sahaja, sooka TV Stick juga menawarkan hiburan tanpa henti dengan akses kepada aplikasi kegemaran anda seperti Disney+ Hotstar, Viu, YouTube dan banyak lagi, semuanya pada skrin besar.

Harga dan Ketersediaan

sooka TV Stick dijual pada harga RM349 dan dilengkapi dengan akses Premium sebulan, 24 saluran TV percuma, kandungan On Demand terpilih dan akses 3 bulan ke Disney+ Hotstar. Para pelanggan yang membeli pakej Pelan Premium 12 bulan pada harga RM579 akan menerima sooka TV Stick tanpa kos tambahan dan akses selama 3 bulan ke Disney+ Hotstar untuk nilai terbaik.

Untuk menambah baik pengalaman skrin besar, sooka memperkenalkan Pelan Entertainment+ baharu. Dengan harga hanya RM 28/sebulan, pelan ini dicipta khas untuk para pelanggan yang ingin menikmati hiburan tempatan dan Asia yang terbaik melalui 53 saluran TV dan beribu rancangan On Demand. Sama ada pada peranti mudah alih atau skrin besar, Pelan Entertainment+ memastikan hiburan berkualiti sentiasa di hujung jari anda.

Semuanya memang ada di sooka! Muat turun aplikasi ini daripada Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi peranti mudah alih) dan Samsung, LG, Xiaomi serta Google/TV Android (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV Stick, layari sooka.my/m/tv-stick.

*Semua harga yang tertera dalam siaran akhbar ini tidak termasuk cukai.

FILEM KELUANG MAN KINI DALAM SESI PENGGAMBARAN, ASTRO SHAW UMUM BARISAN PELAKON LAIN

Monday, 10 June 2024

Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, KELUANG MAN terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu! Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor. 

Selepas enam bulan para pelakon menjalani persiapan latihan fizikal dan koreografi, barisan pelakon menghadiri sesi ‘script reading’ baru-baru ini. Tujuannya agar mereka memahami lebih mendalam tentang watak yang dilakonkan, latar belakang cerita, dan arah keseluruhan filem. Sesi script reading dihadiri Penerbit Eksekutif Filem Keluang Man yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Pengarah Anwari Ashraf, para pelakon, tenaga kreatif dan sebahagian kru produksi. 




Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi nama pelakon lain yang akan turut bersama Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor dalam menjayakan Keluang Man, termasuk ikon penyampai radio, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ratu cantik Malaysia 2019, Shweta Sekhon. Beberapa nama pelakon popular lain akan diumumkan kelak. 

Filem Keluang Man memaparkan kisah seorang pesakit psikiatri yang menjadi adiwira dalam membenteras jenayah. Naskhah ini diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, yang juga pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf. Beliau turut bertindak sebagai penulis skrip filem Keluang Man. 


Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas enam bulan persediaan, kini tiba masanya untuk kami memulakan fasa penggambaran. Semua yang terlibat dalam menjayakan filem Keluang Man adalah yang terbaik dalam industri buat masa ini. Kami amat menitik beratkan kualiti dan memastikan dapat memberi ‘justice’ kepada superhero ikonik kebanggaan Malaysia ini. Kami juga dengan bangganya memperkenalkan secara rasmi para pelakon lain yang terlibat dalam filem Keluang Man. Namun, kami masih menyimpan beberapa kejutan yang akan diumumkan kelak. Kami mengharapkan segala urusan dipermudahkan sepanjang sesi penggambaran dalam tempoh dua bulan ini dan mengharapkan fokus yang tinggi dalam menghasilkan produk berkualiti”.  





Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia. Penerbit dan peneraju industri perfileman tanah air, Astro Shaw mengumumkan untuk mengangkat adiwira animasi legenda ini ke layar perak dalam bentuk ‘live action movie’ selepas menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio.  Usaha ini secara tidak langsung memperkenalkan semula superhero Keluang Man kepada generasi baharu serta melahirkan universe adiwira tempatan terbesar negara. 

Sementara menantikan filem KELUANG MAN ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga. 

Keluang Man menjalin kerjasama strategik pemasaran bersama WONDA Coffee. Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia KELUANG MAN yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik KELUANG MAN di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.  

‘The Hardest Singing Show’ paparkan tema Ilusi LED buat minggu kelima, dengan menyaksikan tujuh peserta bertanding menggunakan LED mengikut kreativiti cerita dan konsep persembahan masing-masing. Dengan menampilkan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai juri jemputan, minggu ini menyaksikan Aepul Roza di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 90.53%, diikuti oleh Stacy dengan markah sebanyak 84.17% dan Putera Muhammad dengan markah keseluruhan sebanyak 83.21%. 


Stacy juga sekali lagi berjaya memenangi Anugerah The Hardest Singing Show Alha Alfa dengan persembahannya yang hebat. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU THE HARDEST SINGING SHOW MINGGU 5

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Aepul Roza - Surat Cinta Untuk Starla (Virgoun)

Stacy - Pagi Yang Gelap (Hujan)


Ayda Jebat - Pelangi Senja (Stacy)

Zizi Kirana - Manusia Kuat (Tulus)

De Fam - Sakitnya Tu Disini (Cita Citata)


Aishah Retno - Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya)

Putera Muhammad - Pria Terhebat (Sheila On 7)

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untukmaklumatlanjut,layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.