Karakter & Profil Barisan Pelakon Utama Kahar Kapla High Council
Friday, 14 June 2024
- Anak bongsu kepada Dato’ Abu Yamin
- Kerap rasa tertekan untuk mencapai tahap kecemerlangan seperti ayahnya
- Mempunyai hubungan rapat abangnya Beja serta menjadikannya sebagai teladan.
- Mahir dalam Muay Thai
- Ketua Pengawas dan pelajar terbaik dalam KUDRAT.
- Abang kepada Kahar.
- Seorang yang mementingkan imej dan reputasinya di sekolah.
- Mahir dalam seni bela diri Muay Thai.
- Muda, misteri dan berbahaya.
- Kapla High Council KUDRAT yang terkini.
- Seorang oportunis yang pandai bercakap manis dan manipulatif.
- Mahir dalam seni pertarungan Tinju
- Seorang Penolong Ketua Pengawas yang tinggi dan sasa
- Mahir dalam seni pertarungan Muay Thai
- Seorang yang pendiam, tenang dan misteri.
Karakter
- Seorang yang sentiasa inginkan perhatian
- Pembuli di KUDRAT
- Mahir dalam seni pertarungan Gusti dan (MMA).
Profil Pelakon
Latar: Pelakon, Pengarah Performing Arts, dan National Breaking Athlete, Penyanyi, Koreografer
Berasal dari: Kota Kinabalu, Sabah
Mahir dalam seni mempertahankan diri seperti jiu jitsu dan MMA.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’ | Perkenal ‘Lesen High Council’ untuk peminat sertai aktiviti bersama pelakon
Astro Shaw mengumumkan pemilihan aktor Aedy Ashraf untuk membawakan watak Beja, serta model dan bakat baru Sky Iskandar untuk watak Megat yang akan digandingkan dengan Amir Ahnaf sebagai Kahar, untuk filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL. Selain itu, dua watak lain turut dipilih menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh sebagai Li dan Khenobu sebagai Jojo. Majlis pengumuman ini telah berlangsung di LMP, Lumi Tropicana, Petaling Jaya.
Pada bulan Mac lalu, sesi uji bakat pencarian watak Beja, Megat dan watak-watak lain telah diadakan untuk filem ini. Lebih 1,000 calon hadir dan atas sambutan menggalakkan, Astro Shaw membuat keputusan untuk memilih 90 individu daripada sesi tersebut bagi menjayakan watak-watak sokongan. Sesi penggambaran bakal dijalankan pada penghujung Jun 2024.
Penerbit Eksekutif Filem Kahar Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan filem Kahar Kapla High Council pada awal tahun ini, kami telah merangka strategi pemasaran dan publisiti khusus untuk memberi keterujaan kepada penonton dan peminat. Rentetan daripada fenomena luar biasa siri premium ‘High Council’, kami mahu peminat turut terlibat dan menjadi sebahagian filem ini. Inisiatif pertama adalah buat julung kali kami membuka peluang kepada peminat menerusi sesi uji bakat, dan inisiatif kedua adalah memperkenalkan ‘Lesen High Council’.
“Alhamdulillah lebih 1,000 calon telah menghadiri sesi itu, termasuklah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh serta Khenobu. Hari ini, kami juga akan mengumumkan nama-nama yang terpilih sebagai watak sokongan. Pemilihan mereka berdasarkan ciri-ciri dan keserasian yang menepati dengan apa yang kami mahukan. Kami berani mempertaruhkan gandingan muka-muka baru dan amat yakin dengan kemampuan serta bakat mereka yang boleh digilap.”
Peminat High Council pasti sinonim dengan terma popular yang menjadi simbolik kepada drama premium itu iaitu ‘lesen’ keahlian High Council. Sejajar itu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk menjadi ahli ‘High Council Universe’. Menerusi pas ini, peminat berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti akan datang. Untuk fasa pertama, peminat perlu layari portal hiburan popular Malaysia, Gempak dan jawab 100 soalan. 100 pemenang terawal akan memperoleh pas, lalu berpeluang untuk menyertai aktiviti yang dihadiri barisan pelakon.
Filem Kahar Kapla High Council dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini dan diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid. Manakala skrip ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.
Filem Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Skrin Besar, Keseronokan Lebih! Terokai Dunia Hiburan anda dengan sooka TV Stick |
Wednesday, 12 June 2024
Skrin Besar, Keseronokan Lebih! Terokai Dunia Hiburan anda dengan sooka TV Stick | Dapatkan sooka TV Stick dengan Pelan Premium 12 Bulan dan nikmati penjimatan sehingga RM440
Terokai dunia hiburan yang pelbagai dengan sooka TV Stick yang dilancarkan pada hari ini! Peranti penstriman inovatif ini mengubah pelbagai TV menjadi hab hiburan yang hebat, membolehkan para pelanggan menikmati kandungan sooka kegemaran mereka pada skrin besar. sooka TV Stick ini boleh didapati tanpa kos tambahan dengan Pelan Premium 12 bulan, dan para pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga RM440, memberikan mereka pengalaman skrin besar dengan nilai terbaik.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata, “Tahun lepas kami memperkenalkan pelan baharu untuk sooka dan pelan ini telah diterima baik oleh pengguna aktif bulanan (MAU) sooka dengan peningkatan sebanyak 23% kepada lebih 1 juta, serta pangkalan VIP kami lebih daripada dua kali ganda tahun ke tahun (YoY). Hari ini, kami meneruskan momentum itu dengan memperkenalkan sooka TV Stick untuk membawa aktiviti penstriman menerusi sooka ke tahap yang lebih tinggi di skrin besar. Dengan gabungan TV Stick ini bersama Pelan Premium sooka, semua rancangan kegemaran anda dan banyak lagi boleh ditonton pada satu plaform, menjadikan penstriman lebih mudah untuk para pelanggan kami. Di sooka, kami percaya bahawa hiburan haruslah mudah, menarik dan meluas, dan dengan sooka TV Stick, semuanya lengkap”.
Semuanya ada di sooka
sooka ialah satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan acara sukan terbesar secara LANGSUNG seperti Liga Perdana, UEFA EURO 2024™, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. Selain itu, sooka menawarkan hiburan tempatan dan serantau yang hebat seperti drama romantik 'Cinta Untuk Sekali Lagi', 'Framed', The Hardest Singing Show' yang mencabar, 'Romance of a Twin Flower' yang menyentuh perasaan, dan 'Saba Nayagan' yang mendebarkan. Dengan hampir 70 saluran TV, kandungan On Demand serta pelbagai kandungan Asia yang lebih luas termasuk TVB, TvN, TvN Movies dan KBS World, semuanya ada di sooka.
Mengenai sooka TV Stick
sooka TV Stick dikuasakan oleh Android TV OS oleh Google yang merangkumi arahan suara yang dikuasakan oleh Google Assistant, Google Play Store dan keupayaan untuk menghantar kandungan ke skrin besar. Dengan sooka TV Stick, anda boleh:
Nikmati kualiti gambar yang menakjubkan dengan penstriman definisi tinggi (HD) dan juga 4K UHD pada TV dan aplikasi yang serasi.
Pasang, Aktifkan dan Strim dalam Sesaat. sooka TV Stick adalah sangat mudah dan senang untuk digunakan. Hanya pasangkannya ke TV anda, sambungkan ke Internet dan mulakan penstriman dalam beberapa saat.
Cari dengan mudah menggunakan alat kawalan jauh intuitif dengan keupayaan carian suara (tersedia untuk aplikasi terpilih).
Beribu Aplikasi, Pelbagai Kemungkinan. Tidak terhad kepada sooka sahaja, sooka TV Stick juga menawarkan hiburan tanpa henti dengan akses kepada aplikasi kegemaran anda seperti Disney+ Hotstar, Viu, YouTube dan banyak lagi, semuanya pada skrin besar.
Harga dan Ketersediaan
sooka TV Stick dijual pada harga RM349 dan dilengkapi dengan akses Premium sebulan, 24 saluran TV percuma, kandungan On Demand terpilih dan akses 3 bulan ke Disney+ Hotstar. Para pelanggan yang membeli pakej Pelan Premium 12 bulan pada harga RM579 akan menerima sooka TV Stick tanpa kos tambahan dan akses selama 3 bulan ke Disney+ Hotstar untuk nilai terbaik.
Untuk menambah baik pengalaman skrin besar, sooka memperkenalkan Pelan Entertainment+ baharu. Dengan harga hanya RM 28/sebulan, pelan ini dicipta khas untuk para pelanggan yang ingin menikmati hiburan tempatan dan Asia yang terbaik melalui 53 saluran TV dan beribu rancangan On Demand. Sama ada pada peranti mudah alih atau skrin besar, Pelan Entertainment+ memastikan hiburan berkualiti sentiasa di hujung jari anda.
Semuanya memang ada di sooka! Muat turun aplikasi ini daripada Apple Store dan Google Play Store (untuk aplikasi peranti mudah alih) dan Samsung, LG, Xiaomi serta Google/TV Android (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV Stick, layari sooka.my/m/tv-stick.
*Semua harga yang tertera dalam siaran akhbar ini tidak termasuk cukai.
FILEM KELUANG MAN KINI DALAM SESI PENGGAMBARAN, ASTRO SHAW UMUM BARISAN PELAKON LAIN
Monday, 10 June 2024
Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, KELUANG MAN terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu! Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor.
Selepas enam bulan para pelakon menjalani persiapan latihan fizikal dan koreografi, barisan pelakon menghadiri sesi ‘script reading’ baru-baru ini. Tujuannya agar mereka memahami lebih mendalam tentang watak yang dilakonkan, latar belakang cerita, dan arah keseluruhan filem. Sesi script reading dihadiri Penerbit Eksekutif Filem Keluang Man yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Pengarah Anwari Ashraf, para pelakon, tenaga kreatif dan sebahagian kru produksi.
‘The Hardest Singing Show’ paparkan tema Ilusi LED buat minggu kelima, dengan menyaksikan tujuh peserta bertanding menggunakan LED mengikut kreativiti cerita dan konsep persembahan masing-masing. Dengan menampilkan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai juri jemputan, minggu ini menyaksikan Aepul Roza di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 90.53%, diikuti oleh Stacy dengan markah sebanyak 84.17% dan Putera Muhammad dengan markah keseluruhan sebanyak 83.21%.
INFO THE HARDEST SINGING SHOW
• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.
• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Aepul Roza - Surat Cinta Untuk Starla (Virgoun) |
Stacy - Pagi Yang Gelap (Hujan) |
Ayda Jebat - Pelangi Senja (Stacy) |
Zizi Kirana - Manusia Kuat (Tulus) |
De Fam - Sakitnya Tu Disini (Cita Citata) |
Aishah Retno - Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya) |
Putera Muhammad - Pria Terhebat (Sheila On 7) |
• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
• Untukmaklumatlanjut,layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.
Beli Lokal Sambil Bergaya: #ShopeeHaul Sokong Peniaga Fesyen Sopan PKS
Friday, 7 June 2024
Beli Lokal Sambil Bergaya: #ShopeeHaul Sokong Peniaga Fesyen Sopan PKS | Koleksi Terpilih Menawarkan Tiga Gaya Trendy dengan Harga RM1-RM40
Tiga gaya #ShopeeHaul GayaLitLit: Sis Ranggi, Everyday Cantik, dan Anggun Bergaya |
Koleksi ‘almari kapsul’ fesyen sopan #ShopeeHaul GayaLitLit Shopee disusun pilih khas untuk memperkasakan wanita Malaysia untuk mencipta penampilan bergaya dan sopan. Koleksi ini membawakan tiga gaya yang utama yang sesuai untuk semua bentuk badan wanita iaitu 'Sis Ranggi', 'Everyday Cantik', dan 'Anggun Bergaya'. Beberapa helaian pakaian serbaguna ini membolehkan wanita memiliki penampilan yakin yang mampu milik, sambil menyokong penjual tempatan.
Direka untuk semua jenis bentuk badan dan tona kulit, koleksi inklusif ini merangkumi beberapa helaian pakaian asas yang boleh digunapakai kepada tiga gaya trendy, disusunpilih oleh penggaya Shopee. Panduan ini menunjukkan cara bagaimana wanita dapat mengekspresikan personaliti mereka dengan anggun dan penuh keyakinan.
“Shopee memperkasakan wanita Malaysia untuk mengekspresikan individualiti mereka dan membina keyakinan melalui fesyen. Koleksi baharu kami #ShopeeHaul GayaLitLit, bukan sekadar menawarkan produk pakaian - tetapi menyediakan nasihat toolkit untuk mix and match pakaian untuk membantu mereka mencipta gaya tersendiri. Koleksi inklusif ini menawarkan kepelbagaian, membolehkan rakyat Malaysia memadankan pakaian untuk mencapai gaya yang diingini. Kami berharap panduan gaya inklusif ini boleh mendorong kreativiti wanita untuk gaya peribadi sambil menyokong perniagaan fesyen tempatan,” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Sis Ranggi: Edgy dan Moden
Mari sokong Penjual Fesyen Tempatan |
Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia
Thursday, 6 June 2024
Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia | ‘Almari Kapsul’ Fesyen Muslimah diperibadikan untuk Gaya ‘Modest to Modern’
Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ yang diperibadikan menjelang bulan Jun 2024 dalam usaha untuk menyokong penjual tempatan sambil meningkatkan keyakinan wanita seluruh negara. Kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya bawah RM40 buat wanita dari apa jua latar belakang.
Menurut kajian yang dijalankan terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 ke 44 tahun di platform Shopee, 7 dalam 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan. Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka add to cart pakaian yang memberi keselesaan. Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis, atau untuk menggantikan pakaian yang telah lusuh.*
Shopee telah memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform sepanjang tahun lalu, dan ini memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang mahu membeli-belah tanpa risau. Pelancaran program Jaminan Tepat Waktu Shopee menawarkan pilihan penghantaran fleksibel seperti penghantaran hari esok, penghantaran segara, dan pengambilan sendiri di pusat pengambilan sendiri (self-collection point) Shopee buat rakyat Malaysia. Shopee turut mengembangkan program pemulangan semula dengan pengenalan 15 Hari Pemulangan Percuma - Tanpa Soal* di mana pemulangan barangan yang layak dari seluruh kategori produk juga disebabkan ubah fikiran terhadap diterima sepanjang 15 Hari Jaminan Shopee.
"Shopee menyaksikan evolusi dinamik trend fesyen Muslimah di Shopee Live di mana penjual tempatan menyesuaikan penawaran mereka dengan komuniti tempatan secara hiperlokal,” jelas Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. “Penjual seperti Panda Eyes, Lovito, dan Zoe Arissa berstrim langsung secara aktif di Shopee Live untuk menyampaikan informasi tentang cara bergaya, kesepadanan produk, dan mempertontonkan pelbagai jenis produk mereka secara 360 darjah kepada penonton seluruh negara agar mereka dapat informasi sepenuhnya untuk membeli-belah dalam talian.”
"Dalam bekerjasama dengan M2Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store, kami telah menyusun koleksi di mana wanita boleh mencipta pelbagai gaya dengan hanya beberapa helaian pakaian,” komen Ming Kit. “Pakaian sopan kami boleh dilapiskan dengan pakaian ‘outerwear’ dan aksesori, di mana wanita boleh menzahirkan gaya individualiti mereka untuk gaya harian yang selesa dan bergaya.”
Sesuai untuk seluruh wanita tidak kira tona kulit dan saiz. Koleksi GayaLitLit #ShopeeHaul yang inklusif termasuk pakaian asasi boleh digayakan kepada tiga gaya utama yang ‘in’ pada musim ini, menurut penggaya fesyen Shopee. Gaya menonjol ‘Sis Ranggi’ boleh dicapai dengan tudung turban bersama seluar atau skirt smart kasual dan jaket. Gaya konservatif chic ‘Everyday Cantik’ boleh dicapai dengan kemeja butang bersama seluar yang boleh digayakan untuk pergi bekerja atau makan-makan di hujung minggu. Gaya elegan ‘Anggun Bergaya’ boleh dicapai dengan dress maxi bersama selendang.
Selanjutnya, saluran rasmi Shopee, ShopeeMamak membawakan tips inspirasi bergaya setiap hari di Shopee Live dari 31 Mei ke 6 Jun 2024 kepada wanita Muslimah seluruh negara. Selain dapat belajar tips bergaya dari selebriti dan pempengaruh seperti Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, dan Bella Astillah, penonton juga boleh menyertai permainan fesyen untuk berpeluang menang RM3000 tunai.
Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee, dengan harga dari RM1 - RM40. Koleksi #ShopeeHaul adalah yang pertama kali dijalankan buat fesyen Muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat SME dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi.