‘The Hardest Singing Show’ paparkan tema Ilusi LED buat minggu kelima, dengan menyaksikan tujuh peserta bertanding menggunakan LED mengikut kreativiti cerita dan konsep persembahan masing-masing. Dengan menampilkan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai juri jemputan, minggu ini menyaksikan Aepul Roza di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 90.53%, diikuti oleh Stacy dengan markah sebanyak 84.17% dan Putera Muhammad dengan markah keseluruhan sebanyak 83.21%. 


Stacy juga sekali lagi berjaya memenangi Anugerah The Hardest Singing Show Alha Alfa dengan persembahannya yang hebat. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU THE HARDEST SINGING SHOW MINGGU 5

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Aepul Roza - Surat Cinta Untuk Starla (Virgoun)

Stacy - Pagi Yang Gelap (Hujan)


Ayda Jebat - Pelangi Senja (Stacy)

Zizi Kirana - Manusia Kuat (Tulus)

De Fam - Sakitnya Tu Disini (Cita Citata)


Aishah Retno - Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya)

Putera Muhammad - Pria Terhebat (Sheila On 7)

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untukmaklumatlanjut,layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

Beli Lokal Sambil Bergaya: #ShopeeHaul Sokong Peniaga Fesyen Sopan PKS

Friday 7 June 2024

Beli Lokal Sambil Bergaya: #ShopeeHaul Sokong Peniaga Fesyen Sopan PKS | Koleksi Terpilih Menawarkan Tiga Gaya Trendy dengan Harga RM1-RM40

Tiga gaya #ShopeeHaul GayaLitLit: Sis Ranggi, Everyday Cantik, dan Anggun Bergaya

Koleksi ‘almari kapsul’ fesyen sopan #ShopeeHaul GayaLitLit Shopee disusun pilih khas untuk memperkasakan wanita Malaysia untuk mencipta penampilan bergaya dan sopan. Koleksi ini membawakan tiga gaya yang utama yang sesuai untuk semua bentuk badan wanita iaitu 'Sis Ranggi', 'Everyday Cantik', dan 'Anggun Bergaya'. Beberapa helaian pakaian serbaguna ini membolehkan wanita memiliki penampilan yakin yang mampu milik, sambil menyokong penjual tempatan.

Direka untuk semua jenis bentuk badan dan tona kulit, koleksi inklusif ini merangkumi beberapa helaian pakaian asas yang boleh digunapakai kepada tiga gaya trendy, disusunpilih oleh penggaya Shopee. Panduan ini menunjukkan cara bagaimana wanita dapat mengekspresikan personaliti mereka dengan anggun dan penuh keyakinan.

“Shopee memperkasakan wanita Malaysia untuk mengekspresikan individualiti mereka dan membina keyakinan melalui fesyen. Koleksi baharu kami #ShopeeHaul GayaLitLit, bukan sekadar menawarkan produk pakaian - tetapi menyediakan nasihat toolkit untuk mix and match pakaian untuk membantu mereka mencipta gaya tersendiri. Koleksi inklusif ini menawarkan kepelbagaian, membolehkan rakyat Malaysia memadankan pakaian untuk mencapai gaya yang diingini. Kami berharap panduan gaya inklusif ini boleh mendorong kreativiti wanita untuk gaya peribadi sambil menyokong perniagaan fesyen tempatan,” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Sis Ranggi: Edgy dan Moden

Gaya 'Sis Ranggi' direka untuk wanita yang ingin mahukan elemen feminin dan gaya kontemporari.

Tudung bergaya turban berpola dari Zoe Arissa mencipta kenyataan berani. Untuk keseimbangan, skirt ‘flowy’ dari KM Fashion Center menambah sentuhan elegan dan mengekalkan kesopanan. T-shirt oversize dan kasual dari ZEKE Store dilapiskan dengan jaket untuk mencipta sentuhan santai dan kontemporari. Rantai leher dari M2 Dream pula menambah sentuhan feminin untuk gaya rock and roll ini.

Personalise this look further by layering a statement jacket over the outfit. Have fun with boots or sneakers by pairing fun socks with the same colours or prints as your tudung.

Gaya ini boleh diperibadikan dengan lebih lanjut bersama jaket. Bereksperimen dengan kasut but atau kasut sukan dengan memadankan stokin warna sama atau tudung bercorak.





Everyday Cantik: Chic Konservatif

Gaya 'Everyday Cantik' sesuai untuk wanita sibuk yang mahu manis berpakaian, gaya yang rapi namun selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Kemeja butang ‘oversized’ dipadankan dengan seluar dari KM Fashion Center menjadi asas gaya ini. Walaupun penggunaan warna monokrom dan neutral menawarkan gaya klasik, sentuhan warna dari tona warna bumi (fikir warna karat atau zaitun) atau pastel lembut (fikir lavender atau merah jambu) boleh menambah sentuhan personaliti.

Tudung bawal dari ZUCCA yang melengkapi skema warna melengkapkan gaya ini menjadi lebih kohesif dan rapi. Miliki gaya ini dengan beg mini dari Stynis Traveller Luggage & Bags dan jadikannya lebih istimewa dengan stokin funky dan kasut sukan yang trendy.








Anggun Bergaya: Kekal Elegan 

‘Anggun Bergaya’ membawakan gaya anggun dan sofistikasi yang boleh  untuk gaya siang dan malam.

Dress rajut ‘turtleneck dari Panda Eyes membawakan elemen sofistikasi dan sopan sebagai asas kepada gaya ini. Padankannya dengan selendang sifon dari Tudung Exclusive dan lengkapkannya dengan bandana berwarna atau aksesori berkolar untuk gaya tambahan menyeronokkan. 

Pakaian monokrom sesuai untuk menjadi kanvas buat aksesori ranggi. Tali pinggang bersaiz besar boleh menonjolkan pinggang dan mencipta bentuk badan yang diingini. Barang kemas cantik dan menonjol membawakan keceriaan personaliti serta-merta. Memilih kaca mata gelap yang bersesuaian juga boleh melengkapkan pakaian. 









Mari sokong Penjual Fesyen Tempatan

"Koleksi #ShopeeHaul GayaLitLit adalah hasil inisiatif strategik dengan jenama fesyen Malaysia M2 Dream, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive, dan ZEKE Store. Rekaan dan komitmen mereka terhadap gaya moden dan sopan yang luas memastikan almari kapsul ini memenuhi pelbagai cita rasa dan mencerminkan kehendak pengguna kami," komen Tan.

Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee dengan harga dari RM1 - RM40. Koleksi #ShopeeHaul adalah yang pertama kali dijalankan buat fesyen Muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat PKS dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi. 


Shopee memudahkan pembelian fesyen untuk rakyat Malaysia dengan Jaminan Tepat Waktu untuk penghantaran tepat waktu (termasuk penghantaran hari berikutnya dan penghantaran segera) dan menyediakan lebih banyak pusat pengambilan sendiri (self collection) Shopee. 15 Hari Pemulangan Percuma membenarkan pelanggan memulangkan barangan termasuk alasan ‘ubah fikiran’ dengan mudah pula membolehkan pengguna membeli-belah dengan yakin dan fokus untuk tampil hebat dengan gaya baru. 

***************************************

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia

Thursday 6 June 2024

Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia | ‘Almari Kapsul’ Fesyen Muslimah diperibadikan untuk Gaya ‘Modest to Modern’

Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ yang diperibadikan menjelang bulan Jun 2024 dalam usaha untuk menyokong penjual tempatan sambil meningkatkan keyakinan wanita seluruh negara. Kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya bawah RM40 buat wanita dari apa jua latar belakang. 

Menurut kajian yang dijalankan terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 ke 44 tahun di platform Shopee, 7 dalam 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan. Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka add to cart pakaian yang memberi keselesaan. Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis, atau untuk menggantikan pakaian yang telah lusuh.*

Shopee telah memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform sepanjang tahun lalu, dan ini memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang mahu membeli-belah tanpa risau. Pelancaran program Jaminan Tepat Waktu Shopee menawarkan pilihan penghantaran fleksibel seperti penghantaran hari esok, penghantaran segara, dan pengambilan sendiri di pusat pengambilan sendiri (self-collection point) Shopee buat rakyat Malaysia. Shopee turut mengembangkan program pemulangan semula dengan pengenalan 15 Hari Pemulangan Percuma - Tanpa Soal* di mana pemulangan barangan yang layak dari seluruh kategori produk juga disebabkan ubah fikiran terhadap diterima sepanjang 15 Hari Jaminan Shopee. 

"Shopee menyaksikan evolusi dinamik trend fesyen Muslimah di Shopee Live di mana penjual tempatan menyesuaikan penawaran mereka dengan komuniti tempatan secara hiperlokal,” jelas Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. “Penjual seperti Panda Eyes, Lovito, dan Zoe Arissa berstrim langsung secara aktif di Shopee Live untuk menyampaikan informasi tentang cara bergaya, kesepadanan produk, dan mempertontonkan pelbagai jenis produk mereka secara 360 darjah kepada penonton seluruh negara agar mereka dapat informasi sepenuhnya untuk membeli-belah dalam talian.” 

"Dalam bekerjasama dengan  M2Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store, kami telah menyusun koleksi di mana wanita boleh mencipta pelbagai gaya dengan hanya beberapa helaian pakaian,” komen Ming Kit. “Pakaian sopan kami boleh dilapiskan dengan pakaian ‘outerwear’ dan aksesori, di mana wanita boleh menzahirkan gaya individualiti mereka untuk gaya harian yang selesa dan bergaya.”

Sesuai untuk seluruh wanita tidak kira tona kulit dan saiz. Koleksi  GayaLitLit #ShopeeHaul yang inklusif termasuk pakaian asasi boleh digayakan kepada tiga gaya utama yang ‘in’ pada musim ini, menurut penggaya fesyen Shopee. Gaya menonjol ‘Sis Ranggi’ boleh dicapai dengan tudung turban bersama seluar atau skirt smart kasual dan jaket. Gaya konservatif chic ‘Everyday Cantik’  boleh dicapai dengan kemeja butang bersama seluar yang boleh digayakan untuk pergi bekerja atau makan-makan di hujung minggu. Gaya elegan ‘Anggun Bergaya’ boleh dicapai dengan dress maxi bersama selendang. 

Selanjutnya, saluran rasmi Shopee, ShopeeMamak membawakan tips inspirasi bergaya setiap hari di Shopee Live dari 31 Mei ke 6 Jun 2024 kepada wanita Muslimah seluruh negara. Selain dapat belajar tips bergaya dari selebriti dan pempengaruh seperti Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, dan Bella Astillah, penonton juga boleh menyertai permainan fesyen untuk berpeluang menang RM3000 tunai. 

Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee, dengan harga dari RM1 - RM40. Koleksi #ShopeeHaul adalah yang pertama kali dijalankan buat fesyen Muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat SME dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi. 

* Shopee menjalankan tinjauan sukarela terhadap pembeli fesyen Muslimah di aplikasi pasarannya pada April 2023; 2,000 responden adalah wanita berumur 35 ke 44 tahun yang berpendapatan bawah RM 2.5K sebulan dari seluruh negara.

*******************************************

Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Aidilfitri 2024 | Raya Pertama di Kedah

Wednesday 5 June 2024

Raya tahun ni seronok sikit sebab dapat balik kampung. Sebelum ni nak balik kampung tak dapat sebab tak muat kereta. Nak sewa kereta pun tak berani sebab guna kereta orang kan, kalau nasib tak baik, rosak pulak. Kawasan kampung ni susah nak agak kejadiannya. 

Lepas berpuasa 3 hari dekat Kedah, kita sambut raya pun dengan tok dan tokwan tahun ni. Dari tahun lepas dah decide tahun ni raya pertama nak pakai warna biru muda tapi bila cari tak banyak pulak warna ni. Nak tempah memang a big no lah sebab dah banyak kali jadi isu tempahan tak siap. Kebetulan TikTok live ada sale untuk baju kurung dengan Baju Melayu, terus beli cuma untuk baju raya tok dengan tok wan je beli asing. 


Baju raya tok wan ada dua sebenarnya sebab awalnya beli saiz XL tapi rasa macam besar sangat lepastu beli saiz L. Nasib baik masa balik kampung tergerak hati nak bawa balik dua-dua sebab badan tok wan dah mengecil dah. Dada dia dulu bidang tapi sekarang muscles pun dah kecut. Tengok dalam gambar pun tenggelam dengan cucu-cucu dia padahal dulu tok wan besar, tinggi pulak tu. 

Ikutkan plan awal, lepas solat raya kitorang beraya dengan family lepastu nak pergi Sungai Petani tapi mak I nak jumpa saudara dengan kawan dia dekat Kuala Nerang. Tok wan dengan tok nak tunggu dekat rumah sebab tak larat duduk dalam kereta lama-lama. Dari Baling ke Kuala Nerang dalam 2 jam lebih jugak lah. 

I plan nak pergi Kuala Nerang dalam pukul 11 macam tu so boleh lah balik awal sikit tapi pagi raya tak ada air jadi kena lah angkut tong banyak-banyak pergi ambil air dekat Bukit Endoi. Tak lah jauh tapi lama lah nak kena tadah sebab air dekat situ kecil je. 

Balik dari ambil air, breakfast sikit lepastu bergambar then salam raya. Masa tengah salam raya tu kawan tok wan ajak datang rumah, haaa singgah lah kejap. Dah beraya dekat situ sambung ambil gambar balik sebab nak pergi Kuala Nerang lepas Zohor. Tiba-tiba pulak tok ajak pergi beraya rumah jiran sebelah. Kitorang malas sebenarnya nak beraya dengan jiran-jiran dulu sebab jiran-jiran akan prioritise beraya dengan anak-anak tapi kalau tok nak pergi, maka kita kena pergi T.T




Lepas semua dah solat Zohor baru gerak, masa tu pun dah pukul 2 lebih tapi dah nama pun plan kan, kadang tu 50% je follow plan. Masuk kali ni dah dua kali lah kot kitorang adik-beradik pergi beraya ke Kuala Nerang. Tak rapat sangat dengan saudara belah sana tapi tahu lah ada saudara. Pergi pun sebab mak I nak pergi, kalau atas kapasiti sendiri memang tidak lah. 

Sepanjang jalan ke Kuala Nerang nampak banyak sangat wat dekat kiri dan kanan jalan. Excited tengok wat sebab cantik. 



Sebab sampai lambat dekat Kuala Nerang, tak banyak rumah saudara sempat pergi. Nasib baik lah tak kenal so dekat satu rumah tu tak lama pun. 



Dekat rumah best friend mak je lama sikit sebab dia nak buat curhat. Sementara tunggu sesi curhat habis, kitorang bergambar dekat luar rumah. Depan rumah dia ada sawah padi luas, masa nak dekat senja tu cantik lah warna langit. Gambar tak banyak sebab mak ajak beraya rumah pak saudara dia hshs. 



Rumah terakhir kitorang beraya dekat Kuala Nerang dan untuk Raya pertama dekat rumah Tok Chik. Dekat luar rumah ada pokok salak tapi masa tu bukan musim jadi tak ada lah buahnya. Sarung ada lah, isi dekat dalam tak ada. Dekat rumah Tok Chik ni banyak sesi mendengar je, Tok Chik sembang kitorang dengar sambil makan buah harum manis. No response needed sebab telinga dia tak berapa nak dengar.

Masa sembang tu dapat teka-teki. 

Tok Chik: Kalau orang tanya kenapa Parit Panjang tu panjang, hampa nak jawab apa?
Us: Sebab dia panjang lah. 
Tok Chik: Bukan.....
Us: Sebab dia tak pendek.
Tok Chik: Dakkkkk....
Us: Sebab panjang sini sampai situ.
Tok Chik: Tak boleh jawab lagu tu. Kena bagitau kata situ panjang sikit ja dari pendek. Takdak argument dah kat situ. 

Lepas sembang dengan Tok Chik kitorang dah tahu lah perangai lawak hambar tu datang dari mana T.T

Lepas Maghrib kitorang gerak balik ke Baling sebab takut sampai lambat pulak. Waktu malam tak boleh nak drive laju sebab dekat area situ kebanyakannya tak ada lampu. Bila sampai Baling masing-masing bersiap untuk tidur je sebab penat beraya satu hari. 

FILEM THE EXPERTS CATAT RM10 JUTA, JADI PILIHAN RAMAI DI PAWAGAM

Tuesday 4 June 2024


Filem aksi heist no 1 pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta. Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini telah menjadi kegemaran penonton dan menerima ulasan positif daripada peminat dan pihak media. 



Hujung minggu lalu barisan pelakon The Experts, Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray Dapdap telah turun ke negeri Johor dan Melaka bagi siri jelajah filem. Kehadiran mereka telah disambut meriah oleh ratusan peminat dan penonton dari pelbagai latar usia di sana. Hari ini para pelakon akan berada di sekitar pawagam Lembang Klang untuk sesi bertemu peminat.



Barisan Pelakon The Experts Diserbu peminat di TGV Tebrau City & TGV Bukit Indah




Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata “Alhamdulillah, kami amat berterima kasih atas sambutan luar biasa yang diterima oleh 'The Experts'. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama seluruh pasukan yang menjayakan The Experts dan sokongan padu daripada penonton yang percaya dengan karya tempatan ini. Kami berharap 'The Experts' terus mencuri hati penonton dan mengukuhkan kedudukan filem Malaysia dalam bersaing dengan filem antarabangsa.”

‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang. 

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

‘The Hardest Singing Show’ paparkan tema Rota Sing buat minggu keempat, dengan menyaksikan kesemua lapan peserta bertanding menggunakan kreativiti bulatan dalam persembahan mereka. Persembahan setiap peserta semakin kompetitif, dengan Ayda Jebat memenangi tempat pertama buat kali kedua dengan keseluruhan markah sebanyak 94.63%. Tempat kedua dimenangi oleh Putera Muhammad dengan markah keseluruhan sebanyak 89.99%, diikuti oleh Aisha Retno sebanyak 89.03%. 

Minggu ini turut menyaksikan Kaka Azraff tersingkir, yakni peserta pertama yang meninggalkan ‘The Hardest Singing Show’. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi- penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka serta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.


• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Under Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Stacy - Zona Nyaman (Fourtwnty)

Putera Muhammad - Jadi Aku Sebentar Saja (Judika)


Zizi Kirana - Buah Hati (Armada)


Aisha Retno - Umpama Jinak Di Air Tenang (Datuk Ahmad Jais)


De Fam - Pop Ye Ye (V.E.)

Kaka Azraff - Bawaku Pergi (Kaka ft Zizan)

Ayda Jebat - Bring Me to Life (Evanessence)

Aepul Roza - Aladin (Spider)

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

Blog Performance Mei 2024

Monday 3 June 2024


Masa update performance blog bulan April kemain happy tengok ada progress tapi bila tengok performance bulan Mei, jatuh balik. 

1. PV


Bulan lepas dah berjaya cecah 90,000 pageviews so I expect bulan Mei akan naik lagi sebab ada movie besar release rupanya jatuh pulak. Dia punya jatuh lagi teruk dari bulan Mac, mungkin sebab ada cuti sekolah jadi orang tak belek review sangat. Kalau niche masakan dengan travel mungkin mendadak naiknya. 

Terkubur lah harapan nak tengok 100k pageviews sekaligus terkubur juga nak tengok all time pageviews naik ke satu juta angka lagi macam tipis. 

2. Posts


Dah sebulan filem Sheriff tayang di pawagam tapi views tetap tinggi, mungkin sebab masuk ke pawagam Indonesia walaupun tak begitu banyak sambutan. Nak compare dengan bulan lepas, jauh sangat beza views entry yang paling atas dengan bulan ni, lebih kurang dalam 3 ribu views beza dia. Meleset juga target untuk bulan Mei sebab kononnya nak update Bollywood stars yang pergi Cannes tapi sempat update 2 orang je. Sekarang dah habis Cannes dah pun, trending keywords pun dah basi. Tapi basi ke tak basi, I tetap update dekat sini sebab.... sebab boleh dik. 

3. Bilangan Entry


One thing yang I happy dengan progress bulan lepas bila berjaya keluar dari kepompong 30 entries sebulan. Walaupun banyak press release tapi banyak juga lah movie review yang I update. Mungkin bulan 6 ada banyak lagi review sebab dalam draft pun ada banyak lagi yang menunggu untuk dikeluarkan. Tapi untuk letak harapan bilangan entry lebih banyak dari bulan Mei macam tak berani sebab tengah musim audit. Ada banyak kerja menunggu dekat meja tu, ada banyak juga trip ke SSM untuk lodge documents. 

Hopefully views makin naik lah, at least menaik dari bulan Mei 2024. Tak letak harapan banyak sejak Google dah tukar algorithm dan buang sistem SEO yang dulu. Kalau dulu kita pandai main SEO, boleh lah entry naik duduk dekat first search first page, sekarang ni dia utamakan views even social media platform boleh duduk di carian pertama. Nak kata blog akan terkubur tu tak juga tapi slowly akan dilupakan mungkin. Tskkkk