Movie Review | Ancika: Dia yang Bersamaku 1995 (2024)
Tuesday, 28 May 2024
Babak Syafiq Kyle, Mimi Lana, dan Ray ketika persoalkan tarian Remy yang mendapat tontonan tinggi |
Minggu ketiga yang bertemakan Mega Dansa menyaksikan Aisha Retno di tempat pertama dengan keseluruhan markah sebanyak 94.55%. Menyanyikan lagu Sheesh nyanyian asal kumpulan K-Pop Baby Monster, Aisha berjaya memukau barisan juri dan para penonton dengan aksi yang luar daripada kebiasaannya.
Aepul Roza menjadi pesaing rapat Aisha yang mendapat tempat kedua dengan markah keseluruhan sebanyak 93.25%, diikuti oleh De Fam (88.47%). Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
INFO THE HARDEST SINGING SHOW
• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.
• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno,Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
• Untuk maklumat lanjut,layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.
PEMINAT CIPTA REKOD MENONTON THE EXPERTS 9 KALI DI PAWAGAM DALAM TEMPOH 4 HARI!
Monday, 27 May 2024
PEMINAT CIPTA REKOD MENONTON THE EXPERTS 9 KALI DI PAWAGAM DALAM TEMPOH 4 HARI! GILIRAN FILEM THE EXPERTS KUASAI BOX OFFICE MALAYSIA | Kebangkitan Filem Tempatan Kuasai Kutipan Box Office
Filem aksi heist yang hangat diperkatakan setanding karya luar negara, The Experts terus menjadi pilihan utama penonton di pawagam seluruh negara dan kini berada di tangga nombor satu carta Top 10 GSC. Lebih mengujakan, penonton dan peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai, 55 tahun telah menyaksikan filem The Experts sebanyak 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari.
Penonton The Experts 9 Kali, Chee Chi Wai yang bertugas sebagai pelukis pelan di Seremban, Negeri Sembilan mengakui sudah sembilan kali menonton filem The Experts. “Saya berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw. Filem ini bagus, jalan ceritanya menarik, tak klise, suntingan pun cantik. Saya yakin teknologi yang digunakan untuk menghasilkan filem ini pun setanding dengan filem-filem antarabangsa. Biasanya saya akan terus ke panggung wayang untuk menonton filem dan pada hujung minggu pula saya meluangkan masa pada pagi dan malam untuk menonton filem yang sama. Saya target nak tengok 24 kali sama seperti filem Sheriff. Tapi sistem belum buka untuk pembelian tiket minggu akan datang. Sudah semestinya saya akan sokong filem-filem tempatan kita.”
Ini menyaksikan kebangkitan filem tempatan dalam mendominasi pawagam tanah air bermula dengan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada tahun 2022, Polis Evo 3 (2023) dan bulan lalu filem Sheriff telah ditayangkan dan meraih kutipan luar biasa RM 62 juta. Kini momentum baik tersebut diteruskan oleh filem The Experts. The Experts mencatat kutipan RM1 juta pada tayangan awal lalu pada 21 Mei. Ini membuktikan penonton kembali percaya terhadap filem Malaysia.
Carta GSC Top 10 pada 26 Mei 2024 |
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini kini ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin |
Friday, 24 May 2024
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin | Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin. Saluran ini akan disediakan bermula 12 tengah hari, Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 12 tengah hari, Ahad, 26 Mei 2024 di Astro saluran 111, Astro GO dan sooka, juga di Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Klik, tanpa caj tambahan.
Kerjasama yang julung kali dilakukan ini menghimpunkan bakat, pempengaruh, pemain industri dan pekerja kemanusiaan dalam bersama-sama memupuk kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin. Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temubual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin. Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin.
Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan. Personaliti-personaliti terkenal yang akan turut mengambil bahagian dalam inisiatif Malaysia4Palestine termasuk Dato’ M. Nasir,
Datuk Aznil Hj. Nawawi, Dato' Dr Ahmad Faizal Perdaus, Dato' Aaron Aziz, Dr Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Denes Kumar, Datuk Syafinaz Selamat, Elizabeth Tan, Sherry Alhadad, Ceddy Ang, Nadhir Nasar, Meerqeen, Naim Daniel, Mira Filzah, Bella Astillah, Ella, Thomas Kok, Nabil Ahmad, dan ramai lagi.
Dengan menonton saluran Malaysia4Palestine, penonton berpeluang menyumbang secara langsung demi perjuangan untuk Palestin melalui seruan bertindak yang disediakan pada skrin. Malaysia4Palestine juga boleh didapati di RTM melalui Klik serta NJOI, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam. Untuk maklumat lanjut tentang saluran khas sementara selama 24 jam ini, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.
MyKasih Sertai Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk untuk Berkongsi Kebaikan | Menyatukan para wanita berpendapatan rendah untuk membuat kuih dan menyebarkan keceriaan Aidilfitri kepada komuniti kurang berkemampuan
ASTRO TAMPILKAN ‘CINTA UNTUK SEKALI LAGI’ & ‘BUNGA SALJU’, DUA DRAMA BAHARU PADA MEI INI | Gandingan hebat pelakon berbakat tempatan menerusi slot MegaDrama dan Tiara
Astro mempersembahkan dua drama baharu, ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’, menampilkan gandingan hebat dari dua naskhah yang pastinya mampu membuatkan penonton drama tegar di seluruh Malaysia terpesona. Drama-drama ini bergenre romantik, menyusuri kisah cinta yang mencabar dengan plot berbeza, disiarkan pada bulan Mei ini, menerusi Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Sebagai salah satu genre popular masa kini, Astro ingin menampilkan penceritaan yang lebih dekat dengan permintaan serta minat para penonton dengan memperluas karya-karya drama rantaiannya kepada golongan muda menerusi ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ di slot MegaDrama, nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka, serta memperkukuhkan proposisi drama di slot Tiara menerusi ‘Bunga Salju’ yang memaparkan naratif percintaan dari perspektif yang lebih matang, penuh dengan cabaran dan kesulitan.
Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Astro teruja untuk memperkenalkan dua drama baharu yang bakal menemani para penonton Astro Ria menerusi slot MegaDrama dan Tiara. ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ memaparkan kisah cinta yang berputik kembali di antara pasangan sudah berpisah, manakala ‘Bunga Salju’ mengisahkan kehidupan perkahwinan yang melibatkan pasangan kelainan upaya. Kedua-dua drama ini berpaksikan cinta tetapi dengan plot yang berbeza, memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Uniknya juga buat ‘Cinta Untuk Sekali Lagi ́dan ‘Bunga Salju’ adalah gandingan watak utamanya yang dibarisi pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik.
Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada gandingan-gandingan baharu kami menerusi kedua-dua naskhah ini”.
Mengejar Peluang Kedua dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’
MegaDrama di Astro Ria bakal diperkenalkan dengan drama bergenre romantik komedi dengan menampilkan gandingan baharu Meerqeen (Alan) dan Erysha Emyra (Anne) sebagai teraju utama.
Drama rantaian 20 episod ini mengisahkan Anne dan Alan yang bertemu kembali selepas lima tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah. Pertemuan ini menjentik semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya. Namun dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.
Gandingan baharu ini menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin, Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.
‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd, drama berkonsepkan youth romance ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee yang sama judul.
‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Mei 2024, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
Sengsara Cinta Demi Kesenangan dalam ‘Bunga Salju’
‘Bunga Salju’ mendominasi slot Tiara pada kali ini dengan memaparkan seorang gadis bernama Qaisara yang menghadapi tekanan daripada ibunya yang hanya memikirkan tentang duit hingga sanggup mengahwinkan anaknya dengan anak seorang pengusaha terkemuka bernama Azizi, demi kesenangan hidup. Hal ini menjadi lebih teruk apabila satu-satunya lelaki yang Qaisara percaya, Farouk turut menyokong rancangan ibu Qaisara semata-mata untuk mendapatkan kesenangan hidup keluarga Azizi. Perkahwinan yang tidak diingini ini kini semakin mencabar apabila Qaisara menyedari bahawa suaminya ialah seorang autistik. Adakah Qaisara akan bahagia selepas berkahwin dengan Azizi, atau adakah dia akan terus menderita?
Kisah percintaan tragik ini diterajui oleh Amyra Rosli sebagai Qaisara, dan didampingi oleh hero-hero hebat seperti Hisyam Hamid sebagai Azizi, serta Hariz Hamdan sebagai Farouk. Drama ini turut diarahkan oleh sutradara Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Pictures, serta dibarisi pelakon berpengalaman dan yang baharu seperti Zarina Zainoordin, Hasnul Rahmat, Syad Mutalib, Zul Huzaimy dan Arabella Ellen.
Episod baharu ‘Bunga Salju’ ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
INFO DRAMA ‘CINTA UNTUK SEKALI LAGI’
Sinopsis:
Pertemuan sekali lagi dengan bekas suaminya membuatkan Anne Dahlia mula resah dan mula digamit rindu, timbul semula segala memori suka duka antara Anne dan Alan. Namun semakin dia cuba menjauh, semakin Alan mendekati, membuatkan Anne risau kalau dia jatuh cinta sekali lagi.
Pecahan Watak:
Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia
Meerqeen sebagai Idlan Zuhairi (Alan)
Ustaz Safwan sebagai Haidar Hasanudin
Malle Christian sebagai Zu
Nik Rifaie sebagai Fazlee
Nina Juren sebagai Mama Alan
Ozlynn Waty sebagai Cikgu Syifa
INFO DRAMA ‘BUNGA SALJU’
Sinopsis :
Qaisara terpaksa mengahwini Azizi, seorang jejaka austistik, bagi memenuhi kemahuan ibu dan teman lelakinya Farouk demi mendapatkan harta Azizi. Mahligai perkahwinan ini dipenuhi tekanan dan cabaran buat Qaisara yang kini ditekan untuk lekas mengambil harta suaminya.
Pecahan Watak:
Hisyam Hamid sebagai Azizi
Amyra Rosli sebagai Qaisara
Zarina Zainoordin sebagai Ila
Zieman Din sebagai Fatimah
Hariz Hamdan sebagai Farouk
Zul Huzaimy sebagai Zul
Syad Mutalib sebagai Ekin
Arabella Ellen sebagai Mimi