Minggu ketiga yang bertemakan Mega Dansa menyaksikan Aisha Retno di tempat pertama dengan keseluruhan markah sebanyak 94.55%. Menyanyikan lagu Sheesh nyanyian asal kumpulan K-Pop Baby Monster, Aisha berjaya memukau barisan juri dan para penonton dengan aksi yang luar daripada kebiasaannya. 

Aepul Roza menjadi pesaing rapat Aisha yang mendapat tempat kedua dengan markah keseluruhan sebanyak 93.25%, diikuti oleh De Fam (88.47%). Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah (Undur Diri), Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno,Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

















• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut,layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

PEMINAT CIPTA REKOD MENONTON THE EXPERTS 9 KALI DI PAWAGAM DALAM TEMPOH 4 HARI!

Monday, 27 May 2024

PEMINAT CIPTA REKOD MENONTON THE EXPERTS 9 KALI DI PAWAGAM DALAM TEMPOH 4 HARI! GILIRAN FILEM THE EXPERTS KUASAI BOX OFFICE MALAYSIA | Kebangkitan Filem Tempatan Kuasai Kutipan Box Office

Filem aksi heist yang hangat diperkatakan setanding karya luar negara, The Experts terus menjadi pilihan utama penonton di pawagam seluruh negara dan kini berada di tangga nombor satu carta Top 10 GSC. Lebih mengujakan, penonton dan peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai, 55 tahun telah menyaksikan filem The Experts sebanyak 9 kali di pawagam dalam tempoh 4 hari. 

Penonton The Experts 9 Kali, Chee Chi Wai yang bertugas sebagai pelukis pelan di Seremban, Negeri Sembilan mengakui sudah sembilan kali menonton filem The Experts. “Saya berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw. Filem ini bagus, jalan ceritanya menarik, tak klise, suntingan pun cantik. Saya yakin teknologi yang digunakan untuk menghasilkan filem ini pun setanding dengan filem-filem antarabangsa. Biasanya saya akan terus ke panggung wayang untuk menonton filem dan pada hujung minggu pula saya meluangkan masa pada pagi dan malam untuk menonton filem yang sama. Saya target nak tengok 24 kali sama seperti filem Sheriff. Tapi sistem belum buka untuk pembelian tiket minggu akan datang. Sudah semestinya saya akan sokong filem-filem tempatan kita.”

Ini menyaksikan kebangkitan filem tempatan dalam mendominasi pawagam tanah air bermula dengan filem  Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada tahun 2022, Polis Evo 3 (2023) dan bulan lalu filem Sheriff telah ditayangkan dan meraih kutipan luar biasa RM 62 juta. Kini momentum baik tersebut diteruskan oleh filem The Experts. The Experts mencatat kutipan RM1 juta pada tayangan awal lalu pada 21 Mei. Ini membuktikan penonton kembali percaya terhadap filem Malaysia. 

Carta GSC Top 10 pada 26 Mei 2024

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini kini ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. 

‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang. 

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin |

Friday, 24 May 2024

Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin | Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM 

Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin. Saluran ini akan disediakan bermula 12 tengah hari, Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 12 tengah hari, Ahad, 26 Mei 2024 di Astro saluran 111, Astro GO dan sooka, juga di Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Klik, tanpa caj tambahan.

Kerjasama yang julung kali dilakukan ini menghimpunkan bakat, pempengaruh, pemain industri dan pekerja kemanusiaan dalam bersama-sama memupuk kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin. Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temubual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin. Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin.

Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan. Personaliti-personaliti terkenal yang akan turut mengambil bahagian dalam inisiatif Malaysia4Palestine termasuk Dato’ M. Nasir,

Datuk Aznil Hj. Nawawi, Dato' Dr Ahmad Faizal Perdaus, Dato' Aaron Aziz, Dr Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Denes Kumar, Datuk Syafinaz Selamat, Elizabeth Tan, Sherry Alhadad, Ceddy Ang, Nadhir Nasar, Meerqeen, Naim Daniel, Mira Filzah, Bella Astillah, Ella, Thomas Kok, Nabil Ahmad, dan ramai lagi.

Dengan menonton saluran Malaysia4Palestine, penonton berpeluang menyumbang secara langsung demi perjuangan untuk Palestin melalui seruan bertindak yang disediakan pada skrin. Malaysia4Palestine juga boleh didapati di RTM melalui Klik serta NJOI, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam. Untuk maklumat lanjut tentang saluran khas sementara selama 24 jam ini, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.

MyKasih Sertai Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk untuk Berkongsi Kebaikan | Menyatukan para wanita berpendapatan rendah untuk membuat kuih dan menyebarkan keceriaan Aidilfitri kepada komuniti kurang berkemampuan 

Bagi menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dan lebih meriah, para wanita dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang dan Seri Pantai telah melancarkan inisiatif pembuatan kuih amal. Dedikasi mereka telah menghasilkan kuih lazat bagi membawa keceriaan kepada komuniti yang memerlukan.



Wanita-wanita tabah ini merupakan penerima Yayasan MyKasih (MyKasih), sebuah organisasi bukan untung yang terkemuka. Mereka terdiri daripada usahawan kecil-kecilan yang pandai membuat kuih, dan dipilih daripada komuniti yang terlibat dalam program bantuan makanan bukan tunai. Dedikasi dan kepakaran mereka menjadikan mereka rakan kongsi yang ideal untuk inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk, sejajar dengan misi syarikat untuk menyokong dan meningkatkan taraf kehidupan bakat dan komuniti tempatan.


Kesungguhan para pembuat kuih ini telah berjaya menghasilkan 150,000 biji kuih dalam hanya dua minggu. Kebanyakan mereka berasal dari isi rumah berpendapatan rendah, atau merupakan ibu tunggal berpendapatan rendah atau tiada pendapatan, Bagaimanapun, mereka memiliki keazaman tinggi untuk mengubah dan menambah baik kehidupan mereka sendiri serta keluarga mereka yang tersayang.

Kolaborasi itu telah memberi kesempatan kepada wanita-wanita ini untuk meningkatkan pendapatan mereka menjelang sambutan Aidilfitri, sambil menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Mereka telah menghasilkan 2,000 botol kuih Raya, termasuk Tart Coklat Cadbury dan Tart Keju Cadbury yang enak. Semua kuih ini telah dibeli oleh Cadbury Dairy Milk Malaysia untuk disalurkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti yang kurang berkemampuan menerusi sokongan Food Aid Foundation.


“Kerjasama kami dengan MyKasih telah menonjolkan kemurahan hati Cadbury Dairy Milk untuk menyokong komuniti tempatan melalui cara yang luar biasa. Kami sangat terinspirasi oleh wanita-wanita hebat ini yang bekerja tanpa lelah untuk menambah pendapatan keluarga mereka. Semoga edisi ‘Kuih Raya Dari Hati’ ini akan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk bekerjasama dan saling membantu,” kata Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura, Mondelēz International, See Mei Sin.

Sejak dilancarkan pada 2021, kempen ‘Kuih Raya Dari Hati’ telah memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi air tangan sendiri bersempena Ramadan dan Raya. Pada awalnya, ia bertujuan menyokong gerai-gerai kuih kecil semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Namun hari ini, ia telah berkembang dan termasuk pembuatan kuih amal. Kempen itu mengangkat tradisi pemberian kuih Raya dan telah menjadi acara tahunan yang membudayakan semangat kemurahan hati dan sokongan komuniti.


Nur Sharzi Bashar, 41 yang mengetuai pasukan pembuat kuih wanita di PPR Lembah Subang, berkongsi keterujaannya menjadi sebahagian daripada inisiatif itu. “Dua tahun lalu, saya mula ‘baking’ kerana ia adalah impian arwah kakak dan saya untuk membuka kafe kami sendiri. Dia sentiasa mahukan saya gembira dan berjaya. Jadi, membuat kuih bersama Cadbury Dairy Milk dan MyKasih telah memberikan saya peluang untuk merealisasikan impian kami. Ia bukan sekadar menjana pendapatan; setiap kuih yang kami hasilkan mengingatkan saya tentang semua kehidupan yang mampu kami santuni,” kongsi beliau.

MyKasih membantu rakyat Malaysia keluar daripada kemiskinan dengan menyokong lebih daripada 750,000 keluarga berpendapatan rendah di Malaysia melalui pelbagai inisiatif. Selain bantuan makanan dan sokongan pendidikan, MyKasih turut menyediakan latihan kemahiran komuniti dan keusahawanan, dengan menawarkan peluang untuk membuat kuih, menjahit dan menghasilkan kraf tangan bagi menjana pendapatan tambahan dan menyara kehidupan mereka.

Inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ tahun ini merupakan lanjutan daripada #MDLZPrihatin, iaitu kerjasama jangka panjang antara Mondelēz International (Malaysia) dan MyKasih yang terjalin pada Mac 2024 untuk memperkasakan keluarga dan masyarakat terpinggir. Ia merangkumi rancangan untuk menawarkan bantuan bersasaran merentasi pelbagai keperluan seperti bantuan makanan, pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita, dan keusahawanan.

ASTRO TAMPILKAN ‘CINTA UNTUK SEKALI LAGI’ & ‘BUNGA SALJU’, DUA DRAMA BAHARU PADA MEI INI | Gandingan hebat pelakon berbakat tempatan menerusi slot MegaDrama dan Tiara

Astro mempersembahkan dua drama baharu, ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’, menampilkan gandingan hebat dari dua naskhah yang pastinya mampu membuatkan penonton drama tegar di seluruh Malaysia terpesona. Drama-drama ini bergenre romantik, menyusuri kisah cinta yang mencabar dengan plot berbeza, disiarkan pada bulan Mei ini, menerusi Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Sebagai salah satu genre popular masa kini, Astro ingin menampilkan penceritaan yang lebih dekat dengan permintaan serta minat para penonton dengan memperluas karya-karya drama rantaiannya kepada golongan muda menerusi ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ di slot MegaDrama, nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka, serta memperkukuhkan proposisi drama di slot Tiara menerusi ‘Bunga Salju’ yang memaparkan naratif percintaan dari perspektif yang lebih matang, penuh dengan cabaran dan kesulitan.

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Astro teruja untuk memperkenalkan dua drama baharu yang bakal menemani para penonton Astro Ria menerusi slot MegaDrama dan Tiara. ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ memaparkan kisah cinta yang berputik kembali di antara pasangan sudah berpisah, manakala ‘Bunga Salju’ mengisahkan kehidupan perkahwinan yang melibatkan pasangan kelainan upaya. Kedua-dua drama ini berpaksikan cinta tetapi dengan plot yang berbeza, memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Uniknya juga buat ‘Cinta Untuk Sekali Lagi ́dan ‘Bunga Salju’ adalah gandingan watak utamanya yang dibarisi pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik.

Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada gandingan-gandingan baharu kami menerusi kedua-dua naskhah ini”.

Mengejar Peluang Kedua dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’

MegaDrama di Astro Ria bakal diperkenalkan dengan drama bergenre romantik komedi dengan menampilkan gandingan baharu Meerqeen (Alan) dan Erysha Emyra (Anne) sebagai teraju utama.

Drama rantaian 20 episod ini mengisahkan Anne dan Alan yang bertemu kembali selepas lima tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah. Pertemuan ini menjentik semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya. Namun dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.

Gandingan baharu ini menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin, Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd, drama berkonsepkan youth romance ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee yang sama judul.

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Mei 2024, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Sengsara Cinta Demi Kesenangan dalam ‘Bunga Salju’

‘Bunga Salju’ mendominasi slot Tiara pada kali ini dengan memaparkan seorang gadis bernama Qaisara yang menghadapi tekanan daripada ibunya yang hanya memikirkan tentang duit hingga sanggup mengahwinkan anaknya dengan anak seorang pengusaha terkemuka bernama Azizi, demi kesenangan hidup. Hal ini menjadi lebih teruk apabila satu-satunya lelaki yang Qaisara percaya, Farouk turut menyokong rancangan ibu Qaisara semata-mata untuk mendapatkan kesenangan hidup keluarga Azizi. Perkahwinan yang tidak diingini ini kini semakin mencabar apabila Qaisara menyedari bahawa suaminya ialah seorang autistik. Adakah Qaisara akan bahagia selepas berkahwin dengan Azizi, atau adakah dia akan terus menderita?

Kisah percintaan tragik ini diterajui oleh Amyra Rosli sebagai Qaisara, dan didampingi oleh hero-hero hebat seperti Hisyam Hamid sebagai Azizi, serta Hariz Hamdan sebagai Farouk. Drama ini turut diarahkan oleh sutradara Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Pictures, serta dibarisi pelakon berpengalaman dan yang baharu seperti Zarina Zainoordin, Hasnul Rahmat, Syad Mutalib, Zul Huzaimy dan Arabella Ellen.

Episod baharu ‘Bunga Salju’ ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

INFO DRAMA ‘CINTA UNTUK SEKALI LAGI’

Sinopsis:

Pertemuan sekali lagi dengan bekas suaminya membuatkan Anne Dahlia mula resah dan mula digamit rindu, timbul semula segala memori suka duka antara Anne dan Alan. Namun semakin dia cuba menjauh, semakin Alan mendekati, membuatkan Anne risau kalau dia jatuh cinta sekali lagi.

Pecahan Watak:

Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia

Meerqeen sebagai Idlan Zuhairi (Alan)

Ustaz Safwan sebagai Haidar Hasanudin

Malle Christian sebagai Zu

Nik Rifaie sebagai Fazlee

Nina Juren sebagai Mama Alan

Ozlynn Waty sebagai Cikgu Syifa

INFO DRAMA ‘BUNGA SALJU’

Sinopsis :

Qaisara terpaksa mengahwini Azizi, seorang jejaka austistik, bagi memenuhi kemahuan ibu dan teman lelakinya Farouk demi mendapatkan harta Azizi. Mahligai perkahwinan ini dipenuhi tekanan dan cabaran buat Qaisara yang kini ditekan untuk lekas mengambil harta suaminya.

Pecahan Watak:

Hisyam Hamid sebagai Azizi

Amyra Rosli sebagai Qaisara

Zarina Zainoordin sebagai Ila

Zieman Din sebagai Fatimah

Hariz Hamdan sebagai Farouk

Zul Huzaimy sebagai Zul

Syad Mutalib sebagai Ekin

Arabella Ellen sebagai Mimi

PERMULAAN BAIK FILEM THE EXPERTS, RAIH RM1 JUTA PADA TAYANGAN AWAL | Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar Telah Bermula!

Filem aksi heist penuh bergaya tahun ini, The Experts buka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta pada tayangan awal filem. Malah, pada tayangan awal semalam telah menyaksikan filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures trending di platform X dan dilimpahi dengan komen-komen positif. 

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini akan ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei secara rasmi bermula hari ini.  


Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata “The Experts telah pun memulakan tayangan awal semalam dan alhamdulillah filem ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah memberi reviu positif dan semua penonton terawal yang telah menyaksikan The Experts di pawagam. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk The Experts dan membuktikan penonton kita boleh menerima genre aksi heist yang jarang ditampilkan, sekali gus memadam stigma sesetengah penonton yang meragui kebolehan produksi dan pembikinan filem tempatan. Kami mengharapkan momentum ini akan berterusan. Terima kasih semua!”

Hujung minggu ini, barisan pelakon The Experts akan membuat siri jelajah di pawagam-pawagam Seremban dan Lembah Klang. Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti info di akaun media sosial Astro Shaw.  

‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang. 

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

 

Dalam entry Cannes 2024 Fashion Files | Aishwarya Rai Bachchan, I kata penampilan pertama ialah Aish padahal Urvashi yang sampai dulu dekat French Riviera sebenarnya. Laju juga lah Urvashi tahun ni dan banyak juga acara dia attend selama di Cannes. 

1. Fuschia Ruffle


Hari pertama pun Urvashi dah memukau banyak mata dengan strapless gown berona neon terang dari Serene Collection 2024 rekaan khas butik Khaled & Marwan yang berkonsepkan elegan dan sofiskated. Dress fuschia yang menggabungkan korset dan bralette manik di bahagian atas menggunakan material renda. Bahagian skirt mempunyai border bentuk segitiga dengan belahan tinggi di sebelah kanan. Lebihan kain juga digunakan untuk elemen dramatik pada si pemakai. 

Menambahkan tumpuan ialah layering tebal dari pleated organza di bahagian bahu. Elemen yang sama pernah digunakan oleh Deepika Padukone dalam persalinan rekaan Ashi Studio tapi tak lah sama sepenuhnya. I love both dress and the confidence Deepika and Urvashi carried. 


Bonus point kepada Urvashi sebab koleksi perhiasan yang diperagakan pun menyerlah setara dengan pakaian. Super love her headpiece from Vienna Collection & Art by by Aariya Diamonds. Urvashi mengenakan sarung tangan berenda untuk serlahkan bangle mutiara dari butik yang sama. Pointed heels dengan strap di bahagian buku lali sebagai pelengkap gaya pertama di Cannes. Her natural makeup looks fresh and dewy too. 

2. Crimson Nude


Untuk penampilan di karpet merah tayangan perdana filem Megalopolis arahan Francis Ford Coppola, Urvashi memilih custom sleeveless gown rekaan pereka Tunisia, Souhir El Gabsi. Gaun yang menggabungkan warna merah hati dan nude menaikkan lagi seri Urvashi yang berkulit cerah. Bahagian dada dihiaskan dengan border tebal yang diperbuat dari batu manik Swarovski dan hiasan bercorak abstrak yang sarat di bahagian pinggang. 

Lapisan organza menambahkan tarikan pada gaun tersebut sementara ropol besar berwarna merah dijadikan drape di bahagian lengan. Stylist Urvashi memilih gaya rambut semi loose princess ponytail dengan dandanan rambut berombak kecil. 


Menjadi tumpuan utama pada penampilan Urvashi ialah makeup bold dengan winged eyeshadow berwarna merah pekat yang panjang di bahagian hujung. Masa di karpet merah Filem Festival Cannes ke 77, Urvashi guna kain satin tebal sebagai drape, tapi dalam photoshoot di pesisir pantai, Urvashi guna satu set kain satin di bahagian skirt sebagai penambah elemen drama pada pakaian. 


Tak pasti lah sesi photoshoot ni untuk peragakan custom made gown Souhir El Gabsi ataupun personal photoshoot tapi yang pastinya semua gambar dia menawan. Kalau jadi Urvashi pun sanggup berpanas untuk dapatkan koleksi gambar yang bagus dalam gaun merah ni. Tas tangan berwarna merah jingga sarat dengan manik pun mencuri tumpuan. 

3. Dancing Fish


Penampilan ketiga Urvashi Rautela di karpet merah Filem Festival Cannes ke-77 adalah untuk tayangan perdana filem Emilia Perez dalam persalinan berona aqua dan biru gelap rekaan butik Sylvia Couture. Sleeveless dress mempunyai dua lapisan sarat dihiasi batu manik yang bertemakan astronomi. 


Kalau tahun lepas Urvashi memilih rantai alligator, tahun 2024 pula Urvashi mempamerkan rekaan unik kalung rantai berbentuk Betta Fish kapi bertatahkan 4,000 biji batu permata rubi. Di penghujung rantai mempunyai batu manik Tanzanite berona biru gelap yang menggambarkan laut dalam. Rantai emas 18 karat rekaan Pavit Gujral direka dengan teliti menggunakan seni kemahiran tangan dan pernah memenangi anugerah sebagai penghargaan pada kreativiti kraf tersebut. Rantai Dancing Fish dihadirkan dengan set anting-anting dengan warna yang sama juga dipakai oleh Urvashi pada penampilan tersebut. 

Urvashi juga mengenakan gelang tangan Luna dari La Marquise Jewellery yang sarat dengan berlian dalam rekaan moden. Dandanan rambut messy bun dipilih untuk beri keutamaan pada Dancing Fish dan natural makeup untuk tampak muda dan berseri. 

Frankly speaking, I tak favor dress biru sebab tak match dengan perhiasan yang dipakai. Mungkin warna pastel lagi sesuai ataupun guna dress dari material organza atau chiffon supaya naik seri dan tampil lebih feminin. Somehow the dress reminds me of my bedsheet. Ada satu corak sama macam tu. 

4. White Pearl


Miss Universe Urvashi Rautela tampil dalam persalinan strapless dress berwarna putih dari butik Telos Costumier. Bahagian korset mempunyai perhiasan susunan mutiara di bahagian dada dan menggunakan skirt labuh dengan lapisan ropol secara melintang sehingga ke hujung. Warna dress naikkan seri Urvashi walaupun tampil ringkas dengan perhiasan dari butik Serendipity Jewelry.


Penampilan Urvashi untuk The Hollywood Reporter ni rasanya berlaku sebaik sahaja tamat tayangan perdana untuk filem Emilia Perez sebab makeup dan gaya rambut sama seperti sebelumnya. Stylist Naodado menggunakan clutch beg Cleo Mini Strass berwarna turquoise pucat dari butik Thalie Paris sebagai pelengkap gaya.

5. Casual Black


Urvashi sekali lagi menggunakan khidmat stylist Naodado untuk penampilan kasual di parti Cannes. Tampil chic dan feminine dalam persalinan mini dress klasik berwarna hitam dengan butang berwarna emas disusun di bahagian tengah dress hasil rekaan butik Glamoda yang pernah diperagakan di Paris Fashion Week Summer Spring 2024. Kolar besar dan juga border sleeve dihiasi dengan berwarna putih untuk elemen monochrome disulami vintaj. 

6. Magnetic Pink


Dari 3 rekaan custom yang dibikin oleh butik Dorota Gold Point, Urvashi memilih layered dress berwarna pink fuschia yang dihiasi oleh taburan manik kristal di bahagian pinggang membentuk border tebal sebagai pemisah antara korset dan skirt. Bahagian atas mempunyai one shoulder strap yang dihiasi dengan susunan bunga 3D dengan warna yang sama. Bahagian lengan pula sarat dengan bulu tebal dan bahagian skirt pula mempunyai potongan asymmetrical. 


Dandanan rambut ponytail tinggi dengan bang ditolak ke sebelah kanan muka mendukung bentuk muka Urvashi dan menyerlahkan juga juntaian anting-anting dari butik Zarmilkas. Makeup berona pink fuschia juga digunakan sebagai pelengkap gaya di karpet merah tayangan perdana filem The Apprentice arahan Ali Abbasi. 

Berbeza dengan penampilan pertama, dress custom made dari Dorota Gold Point tampak begitu sarat dengan segala details yang berbeza dari atas hingga bawah. Strap heels berwarna hijau pun tak memberi impak pada penampilan Urvashi. But I love the clutch from Zarmilkas. 

7.  Metallic Gold


Penampilan terakhir Urvashi Rautela di Cannes adalah parti yang dianjurkan oleh BJS Productions yang fokus kepada fesyen dan juga filem. I tak jumpa full outfit yang Urvashi pakai sebab dia tak post dekat Instagram account. Ini pun kebetulan jumpa dekat account founder BJS Productions. 

I quite impressed with the look sebab strapless dress berwarna emas metalik dihiasi dengan bunga 3D dengan warna yang sama dan cape berwarna krim menaikkan seri Urvashi. The colour theory is on point, even makeup Urvashi pun buatkan dia nampak ayu dan feminin. Kalung rantai bertatahkan berlian dipadankan dengan stud earrings menggunakan material yang sama buatkan Urvashi terlihat anggun. 

Memandangkan Urvashi tak balik lagi dari France sebab ada event dekat sana tapi tak berkaitan dengan Filem Festival Cannes ke-77, jadi tak ada lah airport look Urvashi. But anyway, pretty sure tahun ni adalah tahun strapless gown dan skirt yang sarat sebab tahun lepas Urvashi pilih dress organza dengan rekaan yang sama. Kita tengok lah tahun depan apa minat dia pulak. 

Cannes 2024 Fashion Files | Aishwarya Rai Bachchan

Thursday, 23 May 2024


Penampilan pertama di Cannes 2024 haruslah dimulakan dengan Aishwarya Rai Bachchan yang merupakan jemputan tetap sebagai duta utama L'oreal. Sama seperti sebelumnya, Aish hanya berada di Cannes selama 1 hari. Bezanya tahun ini Aish menimbulkan tanda tanya bila muncul dengan tangan yang bersimen. 

1. Airport Looks


Pelakon wanita yang berusia 50 tahun ini mengenakan trench coat berwarna biru gelap dari koleksi Shane and Falguni Peacock. Aish padankan bersama seluar panjang berwarna hitam gelap, kaca mata hitam bersaiz besar dan oversized bag. 


Trench coat Shane and Falguni Peacock ni pernah digayakan oleh Sonakshi Sinha dengan sleeveless top berwarna biru bermotifkan corak berulang berwarna putih dan seluar panjang biru gelap. So it's not a new and fresh look but Sonakshi wore it better. 

Aish nampak cantik juga dalam persalinan biru hitam tapi bila dia pakai shade dan coat tu tutup badan dia, Aish nampak ngeri. Kalau dia lalu sebelah I memang tak kenal siapa. 

2. Golden Flower


Penampilan rasmi pertama Aish di tayangan perdana filem Megalopolis, pelakon wanita ini memilih dress monochrome dari Shane and Falguni Peacock. Dress berwarna hitam dihiasi dengan corak zig-zag berwarna emas. Bahagian belakang adalah tumpuan utama dengan trail berwarna putih dan hiasan bunga 3D berwarna emas. 

Aish mengenakan natural look makeup untuk hasilkan radiant beauty dan fresh look dengan rambut yang dibelah tangan dan berombak kecil. Loop earrings bersaiz besar berona emas untuk melengkapkan gaya penampilan pertama di karpet merah Cannes. 


Dress hitam dari Shane and Falguni Peacock ni kalau diikutkan cantik je bila Aishwarya pakai tapi sebab puff sleeve besar dekat bahu tu mencacatkan permandangan. Kalau bahagian bahu tu pendek atau puff yang kecil padankan dengan sarung tangan panjang sampai siku berwarna putih, rasanya lagi cantik dan elegan. 

Mungkin Aish insecure dengan bahagian lengan dia sebab tu nak puff besar. But I guess it would look okay kalau puff tu tak bersambung sampai belakang sebab nampak meleret dan baggy dari bahagian depan. 

3. Azure Frills


Tak pasti lah kalau setiap tahun Aish ada simpan azam untuk pakai dress merepek supaya jadi bualan orang sebab dress berwarna silver dan aqua metalik dari Shane and Falguni Peacock untuk karpet merah tayangan perdana filem “Kinds of Kindness” ni memang mengundang betul. Sekali pandang macam bunga manggar, dua kali tengok macam back drop majlis Happy Birthday. 


Rasanya sama macam dress aluminium foil di karpet merah Cannes tahun lepaskarpet merah Cannes tahun lepas, dalam sketch cantik je tapi bila Aish yang pakai nampak tak kena sebab proportion badan dia. Bahagian hadapan dress tu patutnya biar kosong sebab himpunan frills di bahagian dada tu nampak sarat sampai Aish tenggelam. Makeup dia pun bold sampai nampak berusia. Hairstyle pun tak ada apa yang berbeza dari penampilan sebelumnya. 


Cantik je dress ni bila diambil dari bahagian belakang sebab jatuh terletak semua frills tu. Bila ambil gambar dari bahagian atas pun cantik warna dia bersinar bila kena cahaya. 


Tapi itulah, dari bahagian hadapan yang bermasalah sebab sarat sangat dan tenggelamkan bentuk badan Aishwarya. 

I selalu manifest ada Btown actress yang akan gayakan busana dari Shane Falguni and Peacock tapi tak sangka Aishwarya yang akan pakai back-to-back sampai jadi trauma. Ada yang kata Aish sengaja cari publisiti tapi kalau ikutkan, gaya dia memang tak menarik pun cuma ramai terbuai dengan kecantikan dia.