Movie Review | The Fall Guy (2024)

Thursday, 23 May 2024


Director: David Leitch
Writer: Drew Pearce
Cast: Ryan Gosling, Emily Blunt, Aaron Taylor-Johnson, Hannah Waddingham, Teresa Palmer, Stephanie Hsu, Winston Duke
Production Companies: 87North Productions, Entertainment 360
Distributor: Universal Pictures 
Genre: Action / Comedy
Running Time: 126 minutes
Release Dates: 12 March 2024 (SXSW), 3 May 2024 (United States)
Trailer :


The Fall Guy yang diadaptasikan dari siri televisyen popular pada tahun 80-an arahan Glen A. Larson mengisahkan tentang Colt Seavers (Ryan Gosling) yang bekerja sebagai stuntman kepada pelakon terkenal, Tom Ryder. Colt merupakan stuntman terbaik dan berpengalaman melakukan aksi-aksi ekstrem sehingga lah dia terlibat dalam satu kemalangan ngeri apabila terjatuh dari tingkat atas setinggi 150 meter. 

Setelah kemalangan tersebut, Colt menghilangkan diri dan bekerja sebagai valet. Colt tukar nombor telefon supaya kekasihnya, Jody Moreno (Emily Blunt) lupakan dia dan move on. 18 bulan kemudian, Colt mendapat panggilan dari Gail Meyer (Hannah Waddingham), produser filem yang sentiasa bekerja dengan Tom. Gail pujuk Colt untuk datang ke Sydney dan bekerja sebagai stuntman Tom dalam filem debut arahan Jody. 


Rindu dengan wanita tersebut, Colt datang untuk membantu walaupun dia baru sahaja pulih dari kemalangan. Malangnya, Jody yang sakit hati ditinggalkan oleh Colt serta-merta minta Dan Tucker, stunt coordinator (Winston Duke) tukar stuntman yang lain untuk filemnya tapi Colt berjanji akan kekal professional sepanjang penggambaran di situ. 

Gail rupanya ada agenda lain minta Colt datang ke Sydney kerana dia dapat tahu Tom Ryder telah hilang selama beberapa hari dan kehilangan tersebut belum diketahui oleh sesiapa pun. Dia perlukan Tom Ryder dalam filem Metalstorm kerana filem tersebut bakal hit dan mendapat tayangan perdana di Comic Con. Gail minta Colt untuk cari Tom dan bawa dia pulang ke set dengan selamat dan mereka semua boleh bekerja seperti biasa. 


Naskhah aksi komedi arahan David Leitch mempunyai jalan cerita yang menarik di mana memberi tribute kepada stuntman dan ketengahkan krew di belakang tabir setiap set penggambaran. Macam mana pengarah sakit kepala selesaikan masalah semua department supaya filem terhasil sama seperti yang dibayangkan. 

Macam mana berisikonya setiap stunts yang dilakukan oleh stuntsman dalam babak-babak aksi. Menarik juga tengok stunts team hasilkan babak letupan di set ataupun prep untuk aksi cannon roll. Fun fact, cannon roll dalam filem The Fall Guy mencipta rekod dunia bila berpusing sebanyak 8.5 kali. Dalam dialog perbualan tentang stuntsman, ada sembang pasal The Oscar dan betul apa yang dikatakan, stuntsman tak pernah dapat penghargaan pun walhal naskhah asal ditayangkan pada tahun 1981. Dah 43 tahun hidup tanpa penghargaan tapi tetap ramai yang pilih kerjaya ni. Pengarah nak filem The Fall Guy ni jadi surat cinta kepada komuniti stuntsman untuk sumbangan yang dibuat dalam filem jadi tak hairan lah kalau ada beberapa babak terasa istimewa. 


Untuk hasilkan semua stunts yang dilakukan oleh watak Colt Seavers, Ryan Gosling menggunakan empat orang stunt doubles dan pengalaman tersebut ditayangkan di credit scenes. Kalau suka dengan filem aksi, filem The Fall Guy kan jadi pilihan yang tepat dengan babak dan dialog yang kelakar lantas menghiburkan. Ryan Gosling happy bila Steven Spielberg suka dengan filem The Fall Guy so pretty sure, you guys would love this movie too. 

Jalan cerita The Fall Guy a bit filmy lah kalau diikutkan sebab siapa yang berjaya selamat lepas jatuh dari tempat yang tinggi? Lepas 18 bulan boleh buat comeback lakonkan aksi lasak. Itu belum masuk dia kena belasah dan lompat dari tempat tinggi tapi tak cedera teruk pun. Mungkin sebab dia makan karbohidrat banyak sampai jadi kebal. (Watch the movie if you guys feel clueless). Sepanjang 126 minit juga jadi tertanya-tanya macam mana audience boleh angkat Tom Ryder jadi pelakon popular walhal stuntman dia lagi segak dan macho. 


Bonus point untuk Dominic Lewis yang masukkan beberapa lagu popular macam All Too Well – Taylor Swift, All I Do Is Win – DJ Khaled, Against All Odds (Phil Collins), Genie in a Bottle (Christina Aguilera) dan banyak lagi. Berdekah tengok part Colt layan galau dengan lagu All Too Well sambil mengenang momen cromantik dengan Jody. Kena sangat lirik lagu dengan situasi tu. Kudos juga kepada pengarah sebab tak masukkan langsung babak yang dah ada dalam flashbacks. Scene yang ada jalankan tugas untuk ceritakan lebih mendalam perhubungan cinta antara Colt dan Jody. My favourite one is I Was Made for Lovin' You - Youngblud



Lepas watak Ken dalam filem Barbie (2023), watak Colt Seavers juga dilakonkan dengan cemerlang oleh Ryan Gosling setara dengan kemampuan dia yang versatile. Rasanya tak payah cakap lah pasal chemistry Ryan dengan Emily sebab dalam mana-mana filem lakonan Ryan Gosling, semuanya terlihat cantik untuk babak romantik. Semua terlihat bersahaja untuk duo ni sama ada bercinta, bergaduh dekat set atau sambung balik rasa macam hidup dalam dunia Colt dan Jody. 


Anyway, filem The Fall Guy memang layak ditonton di skrin besar di pawagam dengan audio system yang bagus. Selain menjadi naskhah tribute, The Fall Guy membawa mesej tentang pentingnya stunts yang dibikin sendiri oleh manusia berbanding penggunaan CGI dan mungkin akan digantikan dengan AI di masa akan datang. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

Movie Review | The Experts (2024)

Wednesday, 22 May 2024


Pengarah: Andre Chiew, Nazim Shah 
Penulis Skrip: Joel Soh 
Pelakon: Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim, Michael Ang.  
Syarikat Produksi: BlackFlag Sdn Bhd
Pengedar: Astro Shaw, ZAK Capital, TGV Pictures 
Genre: Aksi   
Durasi Tayangan: 121 minit
Tarikh Tayangan: 23 Mei 2024
Trailer:


The Experts bermula dengan rompakan 28 juta jongkong emas oleh lima orang adik-beradik iaitu Farid (Dato’ Aaron Aziz) si sulung yang bertindak sebagai maestro, Lan (Ray Dap Dap), Angah sebagai pakar IT juga penggodam, Amer (Remy) abang tengah sebagai pakar penyamaran sementara si kembar Keyrol (Syafiq Kyle) sebagai pakar peti besi dan Emma (Mimi Lana) si bongsu sebagai pakar manipulasi dalam kumpulan. 

Setelah membantu ayahnya, Keyrol meringkuk dalam penjara selama 10 tahun manakala adik-beradiknya yang lain bersembunyi dan tidak membelanjakan langsung harta rompakan supaya tak dihidu oleh pihak lain. Selepas Keyrol keluar, Farid diugut oleh Glasses (Jay Iswazir) untuk merompak cincin rahmat dari Keluarga 5 Gading, antara keluarga gangster yang berpengaruh di Malaysia. 


Kerana cincin tersebut bersangkut paut dengan dendam lama keluarga mereka lima beradik, Farid cuba dapatkan maklumat untuk pastikan mega heist mereka berjaya. Walaupun Keyrol memaafkan abang sulungnya tapi ada egonya bila dia ingin bergerak sendiri lalu tertangkap. Macam mana adik-beradik ni ingin keluar dengan selamat dan dapatkan cincin rahmat ni, kena tengok lah The Experts di pawagam 25 Mei nanti. 

Naskhah aksi heist arahan Andre Chiew dan Nazim Shah yang pernah popular dengan filem aksi seperti Polis Evo 2 (2018) dan J2: J Retribusi (2021)J2: J Retribusi (2021) menggalas cabaran untuk menghidupkan dunia rompakan yang kreatif dan menghiburkan. Sebelum ni ada banyak filem luar negara yang menggunakan konsep sama, keluarga yang merompak tapi untuk filem tempatan, memang jarang kita tonton. 


Rompakan jongkong emas pada 5 minit pertama dalam filem The Experts merupakan rompakan sebenar yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1994 yang dilakukan oleh Geng Mamak. Sama seperti yang dipaparkan dalam The Experts, perompak menyamar sebagai pihak polis jadi tiada siapa yang curiga dengan kehadiran mereka di situ. Bezanya dalam filem boleh tengok beberapa watak tinggalkan banyak cap jari di tempat rompakan manakala Geng Mamak bebas dari pendakwaan kerana tiada cap jari dikesan. 

Memandangkan filem The Experts dibikin dalam template komedi jadi tak hairanlah kalau ada babak yang macam tak meyakinkan sangat. Some parts the comedy works but some parts mehhh. I’m not a fan of Andre Chiew dan Nazim Shah jadi review ni tak boleh back up sangat lah filem The Experts sebab ada kekurangannya yang ketara dari segi jalan cerita juga skrip. 


Tapi tak semua lah tak seronok sebab pelakon yang dibawa masuk adalah pelakon yang berbakat dalam dunia filem tempatan cuma ada watak yang terperangkap dalam penulisan yang kurang memuaskan. Macam dialog dalam beberapa babak terdengar cringe dan filmsy. 

Bonding antara lima beradik ni pun kurang meyakinkan sebab nak bekerja dalam satu kumpulan, kerjasama dan kepercayaan tu kena kuat. Yang nampak ada dinamik dan keserasian kuat pun watak Keyrol dan Emma, mungkin sebab Syafiq dengan Mimi dah selalu bekerja bersama sebelum ni. 


Makin lama makin cemerlang lakonan Syafiq Kyle dalam mana-mana watak yang diberikan kepada dia. Nampak natural dan meyakinkan watak dia sebagai code breaker dalam setiap rompakan yang dilakukan. Lakonan Mimi pula seperti sesumpah, bila watak dia perlu menjadi boyish, perwatakan dia bertukar ke arah tu even stunts yang dia buat pun nampak sharp dan real. Bila dia perlu bertukar elegan dan femini, she is in her best form! 

Babak menari tango antara Amer dengan Miranda (Maya Karin) pun memukau walaupun sekejap saja dalam The Experts walhal dua-dua masuk kelas tarian dan training untuk tempoh yang lama. Tarian tango tu nampak cantik lah sebab chemistry Remy dengan Maya nampak cantik onscreen. Teringat pula babak romantik Remy-Maya dalam filem Cun! (2010) dulu. 


Tan Teck Zee mengukuhkan lagi dunia rompakan The Experts menerusi visual dan transisi menarik ketika rompakan dan juga menerusi babak lain. Ketegangan dan saspens dizahirkan dengan cemerlang melalui teknik kamera dan music score menarik dari Ricky Leonardi. I tak berapa gemar dengan lagu tema – Cinta Indah Buat Kanda nyanyian Yuka Kharisma sebab expect lagu yang lebih rancak, high beat or EDM genre untuk penceritaan aksi yang mendebarkan seperti The Experts. Kalau ada dua lagu tema mungkin lebih sesuai dan menarik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.8/10

Director: Sanjay Leela Bhansali
Writers: Sanjay Leela Bhansali, Divya Nidhi, Vibhu Puri
Cast: Manisha Koirala, Sonakshi Sinha, Aditi Rao Hydari, Richa Chadha, Sanjeeda Sheikh, Sharmin Segal Mehta, Taha Shah Badussha, Farida Jalal, Fardeen Khan, Adhyayan Suman, Shekhar Suman, Shruti Sharma, Nivedita Bhargava, Pratibha Ranta
Production Companie: Bhansali Productions
Distributor: Netflix
Genre: History / Drama 
Running Episodes: 8 episodes (minutes per episode)
Release Date: 1 May 2024
Trailer :


Berlatarkan era penjajahan British di India, Heeramandi mengangkat kisah tawaif atau rumah pelacuran khas untuk keluarga diraja pada zaman itu. Malikajaan (Manisha Koirala) adalah ratu di Khwabgah dan merupakan perempuan simpanan kepada Khan Bahadur Zulfikar Ahmed (Shekhar Suman) dan mempunyai dua orang anak perempuan bernama Bibbojaan (Aditi Rao Hydari) dan Alamzeb (Sharmin Segal). 

Bibbojaan juga dipujai ramai sama seperti ibunya kerana kecantikan dan juga suaranya yang merdu. Peneman Bibbojaan adalah Wali bin Zayed-Al Mohammed (Fardeen Khan) dan menerusi Wali juga Bibbojaan mencuri maklumat mengenai pihak polis British yang berkuasa di Lahore pada ketika itu. Harta dan maklumat yang diperolehi dari Wali disalurkan kepada puak pemberontak yang perjuangkan kebebasan India. 


Alamzeb pula mengelak untuk debut sebagai tawaif dan ingin menjadi penyair dan kerana cintanya kepada syair, dia bertemu dengan Tajdar (Taha Shah Badusha). Alamzeb tak tahu identiti sebenar Tajdar dan sama juga dengan Tajdar yang benci dengan kewujudan Heeramandi. Berulang kali neneknya, Qudsia Begum (Farida Jalal) pujuk untuk pergi ke Heeramandi supaya dia belajar tentang cinta sebelum berkahwin tapi Tajdar tetap berdegil dan sibukkan diri dengan puak pemberontak. 


Bibbojaan dan Alamzeb mempunyai seorang kakak bernama Lajjo (Richa Chadha) yang ketagih dengan dadah akibat patah hati ditolak cintanya oleh Zoravar Ali Khan (Adhyayan Suman). Selain konflik tersebut, Malikajaan juga berperang dingin dengan adiknya, Waheeda (Sanjeeda Shaikh) yang sudah lama ingin menjadi pemilik Khwabgah. Waheeda tahu rahsia besar Malikajaan kerana dia menjadi saksi jenayah terhadap Rehana (Sonakshi Sinha). 


Drama Heeramandi arahan dan penulisan Sanjay Leela Bhansali merupakan naskhah pertama yang dibikin dalam format drama/web-series dan ditayangkan khas di Netflix. Naskhah yang bertemakan rumah pelacuran bukan sesuatu yang baru buat Sanjay Leela Bhansali di mana filem-filem sebelumnya juga berlatarkan golongan tersebut – Devdas (2002), Sawariya (2007) dan Gangubai Kathiawadi (2022). Walaupun drama Heeramandi mengangkat golongan rumah merah namun tak ada babak ranjang ataupun adegan berlebihan.

Naskhah Heeramandi bukan saja menceritakan kehidupan tawaifs di Lahore malah menyingkap juga dendam antara Malikajaan, Waheeda dan Fareedan (Sonakshi Sinha), cinta terhalang antara Alamzeb dan Tajdar juga pengorbanan tawaifs dalam sejarah melawan penjajah British yang kejam dan mencuri sumber bumi India. Dalam Heeramandi juga boleh dilihat keluarga diraja bersekongkol dengan pihak British untuk hidup dengan aman dan harta mereka kekal selamat. 


Kekuatan Heeramandi terletak pada sinematografi indah yang sarat dengan warna dan busana memukau yang dipakai oleh setiap watak. Setiap babak merupakan panorama mewah dengan pakaian tradisi India seperti saree dan lehenga yang sarat dengan hiasan manik dan sulaman. Setiap watak juga menggunakan barang kemas berharga untuk menonjolkan kekayaan dan kemewahan sebagai perempuan simpanan keluarga diraja. 

Sepanjang 8 episod rasa teringin nak grab semua pakaian yang ada dalam wardrobe setiap watak. Pakaian harian Alamzeb yang terperuk dalam bilik membaca novel pun cantik apatah lagi bila dia menapak keluar dari Khwabgah. 






Fardeen Khan yang lama menyepi di pusat pemulihan pun kembali muncul selepas 14 tahun dalam dunia lakonan. Menariknya, Fardeen pernah berlakon dengan Shatrugan Sinha, ayah kepada Sonakshi Sinha ketika muda. Dalam drama Heeramandi dia tak lah nampak terlalu tua untuk bergandingan dengan Sonakshi ataupun Aditi. Manisha Koirala juga bekerja dengan Sanjay Leela Bhansali selepas filem Khamoshi: The Musical pada tahun 1991. 

Kebiasaannya naskhah-naskhah kepunyaan Sanjay Leela Bhansali mempunyai music album yang memberi impak namun sayangnya Heeramandi adalah sebaliknya. Hanya beberapa lagu yang menarik tapi tak melekat di kepala. Mungkin bajet dah banyak belanjakan untuk visual dan props sampai tak ada portion sangat untuk music album walhal banyak lagu yang dimasukkan dan tawaifs digambarkan mempunyai koleksi lagu yang bagus sampaikan wakil syarikat rakaman datang merayu dengan Malikajaan untuk buat album piring hitam. 


Kelemahan Heeramandi pada jalan cerita yang longgar untuk semua konflik yang dimasukkan. Macam Tajdar yang jemput polis British di rumah tapi tak sorok langsung layout dan material lain sampai kantoi dengan orang luar. Macam mana tawaifs adalah berbeza dari pelacur biasa pun tak diceritakan sangat walhal sejarahnya tawaifs adalah golongan yang mengangkat seni dan banyak menyumbang kepada sejarah warisan negara. Dalam drama Heeramandi tawaifs tak dibenarkan langsung berkahwin dengan golongan kerabat pun berbeza dengan realiti bila ada yang menjadi pemerintah kawasan dan berkahwin seperti manusia lain. 


Dari awal lagi dah nampak golongan kerabat bersahabat baik dengan pihak British tapi tak diceritakan kenapa pertalian akrab tu berlaku. Kenapa Tajdar memilih untuk melawan pihak British juga tak diceritakan dengan baik walhal dia merupakan kelulusan Oxford. Watak Fareedan yang benci dengan Malikajaan tapi dengan mudah memaafkan dan turut serta berarak pun berubah dengan pantas. Macam mana Malikajaan boleh sokong perbuatan Bibbojaan walhal dia benci orang curi harta dia pun terlihat lemah. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan mendadak lantas disulam dengan kemewahan set Heeramandi supaya penonton abaikan plot yang longgar. 


Barisan pelakon yang dibawa masuk dalam Heeramandi jalankan tugas dengan cemerlang kecuali Sharmin Segal sebagai Alamzeb. Sepanjang masa ekspresi dia sama, tak berubah langsung gara-gara fillers dan botox yang dipakai. Berbeza muka dia dalam Malaal dengan Heeramandi. Walaupun filem Malaal gagal di box office tapi Sharmin tetap dapat berlakon watak utama sebab dia anak saudara Sanjay Leela Bhansali. Kalau watak Alamzeb ni dilakonkan oleh Mrunal Thakur, confirm jadi peneman terbaik untuk watak Bibbojaan dan Tajdar. Confirm menangis teruk bila tengok babak Alamzeb patah hati. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.2/10

Director: Jon Rosenbaum
Writers: Cory Edwards, Jim Martin, Stephen Mazur
Cast: Eric Bauza, Kevin Michael Richardson, Tom Kenny, Mary-Louise Parker, Josh Lawson
Production Companies: Universal Animation Studios, Universal 1440 Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Comedy
Running Time: 98 minutes
Release Date: 12 April 2024
Trailer:


Filem Woody Woodpecker Goes to Camp bermula dengan konflik yang mlanda Woody (Eric Bauza) yang dihalau keluar dari hutan kerana ego dan tidak suka hidup secara berkumpulan. Woody ternampak Kem Woo Hoo yang membina kerjasama dalam kalangan peserta di situ lantas dia buat keputusan untuk tinggal sepanjang musim panas dengan harapan akan meraih pingat atau sijil sebagai bukti kepada renjer hutan. 

Di Kem Woo Hoo, Woody berkawan dengan anak penyelia kem bernama Maggie (Chloe De Los Santos). Dari perkenalan tersebut juga dia berjumpa dengan J.J (Savannah La Rain) yang pakar dalam mencipta permainan video, Gus (Evan Stanhope) yang pakar dalam bahan letupan, Orson (George Holahan-Cantwell) si bijak matematik, Rose (Esther Son) yang cenderung dalam penulisan juga Mikey (Kershawn Theodore). 

Setiap musim panas Maggie akan berjumpa dengan rakan-rakannya di Kem Woo Hoo dan mudah untuk mereka berkawan rapat kerana mereka semua insecure dengan kekurangan masing-masing. Maggie paling teruk antara yang teruk dalam kumpulan tersebut kerana dia tak ada kreativiti dalam mencipta sesuatu ataupun apa-apa kemahiran dan bakat berbanding yang lain. Akibatnya, dia sering menyendiri sehinggalah dia bertemu dengan Woody Woodpecker yang tak pernah ambil peduli dengan kelemahan orang lain. 

Sama macam di hutan, Woody juga menimbulkan banyak masalah apabila berada di Kem Woo Hoo. Ibu Maggie, Angie (Mary-Louise Parker) terpaksa berhempas-pulas membaiki kerosakan di kem gara-gara Woody. Angie perlu mendapat markah tinggi ketika pemeriksaan dilakukan oleh Wally Walrus (Tom Kenny) supaya Kem Woo Hoo tak ditutup kerana gagal menang dalam pertandingan juga fasiliti yang kurang menarik minat peserta kem. Setiap tahun Kem Woo Hoo akan kalah dengan Kem Hoo Rah yang diselia oleh sepupunya, Zane (Josh Lawson). 

Dalam masa yang sama, Woody secara tidak sengaja mencipta musuh dengan pekerja baru bernama Buzz Buzzard (Kevin Michael Richardson), si burung hering yang baru sahaja keluar dari penjara. Berjaya tak Woody dapat apa yang diidamkan di Kem Woo Hoo kena lah tengok filem Woody Woodpecker Goes to Camp di Netflix. 

Naskhah live-action Woody Woodpecker yang popular dengan siri kartun pada tahun 1957 merupakan sekuel kepada filem Woody Woodpecker (2017). I pun tak tahu kewujudan filem pertama sebab buka Netflix terus nampak Woody Woodpecker Goes to Camp dan ikutkan pada jalan penceritaan, filem kedua tak bersangkut-paut dengan yang sebelumnya. 

Boleh kata jalan cerita Woody Woodpecker Goes to Camp adalah untuk tontonan kanak-kanak dan bukan orang dewasa sebab lawak hambar dan penceritaan yang santai. Santai dalam erti kata lain, tak dikembangkan banyak pun. First half okay lah tapi bila masuk second half dah mula berkerut kening dah. Nak pula bila masuk part pertandingan tu. 

Tak pasti lah kalau penulis nak bagitahu yang Maggie tak nampak kekuatan diri dia sampai tak mampu nak hidupkan semangat geng dia sampai semua jadi lemau tapi lepas datangnya Woody, semuanya berubah. 

Woody tak lah membantu banyak mana pun tapi timing dia buat perangai tu sama dengan timing antagonis nak buat jahat dekat Kem Woo Hoo. Jadi Woody pun nampak less annoying dalam filem ni. I tak rasa Woody Woodpecker ni annoying masa layan cartoon dia dulu. Kalau dia annoying dan buat hal pun sebab dia kena kacau dengan pemangsa. 

Anyway, untuk filem live action yang menggabungkan watak animasi dan manusia, filem Woody Woodpecker Goes to Camp terlihat menarik dan meyakinkan walaupun ada beberapa babak yang dibikin berlebihan sebab ikut format kartun tapi bearable lah to watch. Sayanglah bila ada barisan pelakon yang bagus, animasi yang menarik dengan maskot kartun popular tapi filem terlihat lemah gara-gara penulisan yang ala kadar. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10

Minggu kedua bertemakan Revolu-sihat menyaksikan semua peserta menampilkan cabaran yang menekankan elemen sukan dan senaman dalam persembahan mereka. Aepul Roza menjuarai minggu ini dengan keseluruhan markah tertinggi sebanyak 90.40%, diikuti oleh Ayda Jebat (88.51%) dan Aisha Retno (88.34%). %). De Fam turut berjaya memenangi The Hardest Singing Show Alha Alfa buat minggu kedua. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.



TEMA MINGGUAN & SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Kaka Azraff - Standing in the Eyes of the World

Aepul Roza - Nakal (Gigi)


Aisha Retno - New York, New York

Zizi Kirana - Perang Dah Tamat (Malique)

Ayda Jebat - I'm Sexy and You Know It & What did the Fox Say

Stacy - Wannabe (Spice Girls)

De Fam - Formation (Beyonce) & Tamparan Wanita (Elite)

Putera Muhammad - Test Drive (Rahmat)

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposerdan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

DI ANTARA PERTALIAN DARAH DAN PERTARUHAN BERANI: ‘THE EXPERTS’ TAMPILKAN AKSI HEIST PENUH BERGAYA | ‘Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap Akan ‘Merompak’ Perhatian Anda Bermula 23 Mei!

Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist. Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata. ‘The Experts’ menjanjikan pengalaman sinematik dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa, menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’, elemen kekeluargaan dan humor yang relevan dengan penonton tempatan. 

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini bakal ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 23 Mei ini. 

‘The Experts’ menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang. 

Ini merupakan gandingan pertama kali Aaron, Syafiq, Mimi, Remy dan Ray beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka. Watak Aaron (Farid) bertindak sebagai ketua ataupun maestro, Syafiq (Keyrol) sebagai pakar risikan, Mimi (Emma) selaku pakar manipulasi, Remy (Amer) sebagai pakai penyamaran, dan Ray yang memainkan watak Lan sebagai pakar godam. 

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Naratif dan skrip The Experts adalah hasil idea oleh pencipta francais box office Polis Evo iaitu Joel Soh. Manakala ia diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi. 

Antara yang bakal menjadi perhatian ialah watak Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM31, Remy Ishak dengan imej yang berlainan; kecekapannya menari tango bersama Maya Karin; watak antagonis oleh Jay Iswazir; persembahan lakonan Ray yang mengejutkan serta kelicikan watak Mimi dalam keanggunan wajahnya; melengkapkan lagi ‘mood’ berbeza-beza filem ini. Dari aspek produksi pula, pengarah dan tenaga produksi telah memberikan hasil berbeza menerusi sinematografi, warna visual, dan muzik skor. 

Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang agresif buat Astro Shaw apatah lagi selepas kejayaan filem Sheriff yang mendapat sambutan luar biasa. “Filem The Experts membawa perspektif baru dalam industri perfileman Malaysia melalui jalan cerita, lakonan serta kualiti produksi. Ia sarat dengan gabungan elemen aksi, komedi, kekeluargaan, dan memaparkan unsur lokal. Kami yakin itu adalah ‘formula’ untuk sebuah jalan cerita menarik serta relevan untuk semua golongan penonton. Kami berharap, The Experts bukan sahaja dapat diterima oleh penonton kita, tetapi mampu menjadi ‘identiti’ untuk filem aksi heist Malaysia.” 

Menggunakan tagline ‘Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar’, lagu tema rasmi mengangkat muzik jazz, bertajuk ‘Cinta Indah Buat Kanda’ yang dinyanyikan oleh Yuka Kharisma, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muzza. 

‘The Experts’ memperlihatkan kerjasama strategik pemasaran bersama jenama minuman Calpis Soda. Usaha sama ini telah menampilkan beberapa inisiatif, antaranya iklan eksklusif bertajuk ‘Fizz Operation’ yang melibatkan Dato Aaron Aziz dan Ray Dapdap. 

Selain itu, filem ini turut menerima sokongan daripada rakan jenama Petron Malaysia, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Amee Philips dan PopLook. 

‘The Experts’ menyediakan pelbagai inisiatif pemasaran yang dirangka khusus untuk menambahkan lagi keterujaan penonton dan peminat. Antaranya, ‘Unlock The Safe’, ‘Heist The Truck’, dan siri jelajah filem.

Ikuti siri jelajah The Experts pada 24, 25, 26 Mei di Lembah Klang; 31 Mei di Seremban; 1 Jun di Johor’ 2 Jun di Melaka; 7 Jun di Kedah; 8 Jun di Penang; 9 Jun di Perak; Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Saksikan filem terbitan Astro Shaw ini dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures dan produksi oleh BlackFlag, di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan. Penonton sudah boleh membeli tiket sekarang bermula 17 Mei untuk menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 21 Mei mulai 6.00 petang, iaitu dua hari sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

***********************************

NOTA PRODUKSI

Tajuk: The Experts

Genre: Aksi “Heist”

Terbitan: Astro Shaw 

Dengan Kerjasama: Zak Capital, TGV Pictures

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit Eksekutif Bersama: Nazir Razak, Shaharul Rezza Hassan

Syarikat Produksi: BlackFlag Sdn Bhd

Penerbit: Joel Soh

Penerbit Penyelaras: Nana Azmi

Pengarah:Andre Chiew & Nazim Shah

Penolong Pengarah: Loy Yok Phin (Bunbun)

Skrip: Joel Soh

Lakon Layar: Joel Soh, Andre Chiew, Abilash Chandra, Mamu Vies, Kyle Goonting

Pengarah Fotografi : Tan Teck Zee

Penyunting: Lee Pai Siang

Pengarah Seni: Nazrul Asraff Mahzan

Kesan Visual: Viper Studios

Muzik Skor: Ricky Leonardi

Penata Bunyi: Hiro Ishizaka

Pereka Busana: Jessie Yeow

Penata Tatarias: Sue Lim

Info Filem

Bahasa: Melayu    

Durasi: 121 minit     

Lokasi Penggambaran:  Lembah Klang    

Jumlah Hari Penggambaran: 45 hari   

Tarikh Tayangan di Pawagam: 23 Mei 2024

Barisan Pelakon

Aaron Aziz sbg Farid

Syafiq Kyle sbg Keyrol

Mimi Lana sbg Emma 

Remy Ishak sbg Amer

Ray Dap Dap sbg Lan

Hasnul Rahmat sbg Johar 

Wan Hanafi Su sbg Jaafar 

Tony Yusof sbg Bashir 

Maya Karin sbg Miranda 

Douglas Lim sbg Ah Teck 

Jay Iswazir sbg Glasses

Michael Ang sbg Chef Juan

Lagu Tema Utama

Lagu : Cinta Indah Buat Kanda

Artis : Yuka Kharisma

Durasi : Muzza

Komposer : Muzza

Sinopsis

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?


Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma | Nikmati Pemulangan ‘Ubah Fikiran’ dan Pelbagai Pilihan Cara Pemulangan untuk Kemudahan Maksimum

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan, baru-baru ini telah meningkatkan pengalaman pengguna dengan pelancaran program ‘15 Hari Pemulangan Percuma’. Inisiatif ini yang diperkenalkan pada 19 Mac 2024, menawarkan fleksibiliti maksimum dan menjana kepercayaan lebih baik tentang pembelian dalam talian. Dengan program ini, pengguna mempunyai kebebasan untuk memulangkan barangan yang layak dari seluruh kategori produk termasuk fesyen, gaya hidup, elektronik, dan FMCG. Pemulangan adalah percuma dan tanpa soal dalam waktu jaminan 15 hari untuk pengembalian wang sepenuhnya atas alasan ‘Ubah Fikiran’.



"Di Shopee, kami percaya pembelian dalam talian mestilah menyeronokkan dan mudah untuk semua.” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Program 15 Hari Pemulangan Percuma adalah refleksi kepada komitmen ini. Kami faham bahawa keutamaan membeli-belah boleh berubah-ubah, dan program ini memperkasakan pengguna dengan membolehkan pemulangan dalam masa 15 Hari Jaminan Shopee, sama ada disebabkan oleh produk tidak seperti yang dijangkakan, keperluan yang berubah-ubah, atau ubah fikiran. Ini menyingkirkan kerisauan tentang kesesuaian produk dan memupuk persekitaran pembelian tanpa risiko, membolehkan pengguna untuk membeli-belah dengan yakin di Shopee.” 

Shopee faham kepentingan polisi pemulangan yang lancar adalah sama penting dengan harga penawaran kompetitif dan promosi menarik, sejajar dengan hasil tinjauan dari kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’**. Kajian ini mendapati  83% responden Gen Z mengutamakan nilai maksimum dalam pembelian mereka. Dalam kata lain, faktor seperti penghantaran percuma, harga kompetitif, dan promosi menarik adalah motivasi penting buat mereka. Dengan menawarkan pilihan pemulangan tanpa masalah bersama dengan ciri-ciri ini, Shopee memenuhi keperluan pembeli-belah yang mementingkan nilai dan memupuk pengalaman membeli-belah yang boleh dipercayai. 

Untuk memastikan kemudahan maksimum dengan program 15 Hari Pemulangan Percuma, Shopee menawarkan pilihan pemulangan tanpa kos ekstra. Pengguna boleh memilih untuk pemulangan ‘pick-up’ dari pintu rumah anda melalui kerjasama dengan rakan logistik Shopee di bawah Shopee Supported Logistics (SSL) atau memilih pemulangan ‘drop off’ ke mana-mana cawangan SPX Express, J&T dan Pos Laju seluruh negara. Tambahan lagi, program ini juga membolehkan pemulangan yang diatur sendiri pelanggan menggunakan khidmat kurier yang diingini, untuk fleksibiliti maksimum.

Layari https://spx.com.my/service-point Pusat Perkhidmatan SPX Express terdekat anda untuk memulangkan barangan Shopee dalam waktu 15 Hari Jaminan Shopee, Tanpa Soal*

Sejak pelaksanaannya pada 19 Mac 2024, program ini telah menjana maklum balas positif yang meluas dari pembeli dan penjual. Pengguna Shopee, dengan nama pengguna Dee Library, puji polisi pemulangan percuma ini, “Kemudahan polisi pemulangan percuma telah meningkatkan pengalaman membeli-belah saya dengan ketara. Sebelum ini, saya sering susah hati apabila barangan tidak mencapai jangkaan saya atau jika saya berubah fikiran, lalu menyebabkan saya menyesal membeli. Kini, ianya semudah dengan cuma memastikan pakej asal dibungkus baik dan memulangkan bungkusan di Pusat Perkhidmatan SPX Express. Tiada lagi penyesalan pembelian!”

Dengan sentimen yang sama, seorang Penstrim Langsung Affiliate Shopee, tulipindah93 (Nurul Amira), berkata, “Sebagai pembeli, kini saya boleh membeli-belah tanpa berfikir terlalu banyak - ianya amat mudah dan menyeronokkan! Walaupun saya terbeli saiz yang salah, saya tidak risau. Sebelum ini, saya perlu mencari pembeli lain untuk menjual barangan ‘preloved’ saya, tetapi kini saya tidak perlu lagi! Saya cuma perlu memulangkan barangan tanpa disoal, dan saya boleh dapat wang saya kembali. Seterusnya membeli barangan baharu yang lebih bersesuain dengan saya. Siapa yang tidak teruja dengan inisiatif ini? Sememangnya pengalaman membeli-belah yang selamat!”

Sementara itu, Mohd Shafrizal Bin Abdul Ghani, Pengarah Urusan Inhanna, jenama fesyen tempatan, mengalu-alukan polisi pemulangan yang ini dari sudut pandangan penjual, “Sebagai penjual, saya percaya apabila pelanggan berasa yakin dengan pembelian mereka, ianya bukan sahaja menggalakkan mereka untuk meneroka produk baharu kami tetapi juga memupuk kepercayaan terhadap kedai saya dan platform Shopee secara menyeluruh. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan dan menawarkan pemulangan, kami bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna tetapi juga menanami kesetiaan pelanggan. Selanjutnya, ianya boleh memupuk persepsi jenama positif yang mampu meningkatkan pembelian berulang dan kejayaan berjangka panjang.” 

Untuk maklumat lanjut program  15 Hari Pemulangan Percuma - Tanpa Soal*, layari https://shopee.com.my/m/free-returns 

*Tertakluk terma & syarat.

** Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ telah dijalankan oleh Bahagian Profil Kantar, dari 31 Januari ke 5 Februari 2024. Seramai 400 rakyat Malaysia mengambil bahagian secara suka rela. 

****************************
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Catch Astro’s Pop-Up Truck Roadshow for a Special Limited Time Offer

Sunday, 19 May 2024

Catch Astro’s Pop-Up Truck Roadshow for a Special Limited Time Offer | Enjoy Astro Fibre 500Mbps bundled with Astro Primary Pack for only RM149.99

Astro is excited to offer its customers an enticing Astro Fibre bundle with Primary Pack which provides customers a dual benefit of WiFi Kencang 500Mbps and the Primary Pack for only RM149.99. This offer provides the best of both worlds: high-speed internet access and family entertainment, all for the price that customers would typically pay just for fibre.

Starting from 16 May, Astro will be mobilising a nationwide roadshow in locations such as Johor, Selangor, and Penang for customers to experience Astro’s innovative products and services in person. Join us for fun activities such as Spin and Win, where you will stand a chance to win various prizes, including vouchers worth RM20 from Clinique, a dermatologist-guided skincare brand.

In addition, Astro is offering even more rewards for customers who sign up or upgrade to any Astro Packs during the roadshow. With every sign up, customers will receive e-vouchers from top brands such as Petronas, Shopee, Touch ‘N Go and Clinique.

Keep an eye out for the roving trucks as part of our Astro Roadshow at these following locations:

Date & Venue

16 – 19 May 2024 Johor Baharu – Sutera Mall, Skudai

24 – 26 May 2024 Klang – Pandamaran

31 May – 2 June 2024 Batu Pahat – Batu Pahat Town

7 – 9 June 2024 Penang – Bukit Mertajam

This 2-in-1 deal, provides customers significant savings of RM2,160 over 24 month and the convenience of an all-in-one, easy-to-manage bill that not only saves money but also time. The high-speed fibre of 500Mbps offers unlimited internet for all family members, allowing uninterrupted streaming, browsing, gaming, uploading, downloading, and more on multiple devices.

The bundle offer comes with Primary Pack, offering customers over 80+ channels including local entertainment channels, channels from Hong Kong, China, Taiwan, India and many more for the whole family. This includes “The Heir to the Throne” on Astro AOD, “The Hardest Singing Show” on Astro RIA and the latest Malaysian TV Drama, “Framed”, on Astro Premier. Customers can also tune in to shows like “Maaya Regai” and “Oru Kalainganin Diary” on Astro Vinmeen, among other exciting shows.

With every purchase, customers will be provided with a WiFi 6 certified router and an Astro Ulti Box at no additional cost. The installation of the Ulti Box is also included in the package for free. For an enhanced customer experience, the bundle includes the Astro GO app, an app which enables customers to enjoy their favourite shows anytime, anywhere.

Customers can also take control of their WiFi with free Astro Fibre app, that allows customers to take charge, manage and protect their home network. This handy app allows customers to monitor their WiFi performance in real-time, control WiFi usage for all family members, and safely share WiFi access with guests.

For more information, visit https://promotions.astro.com.my/details/500mbps_primary

ERA Sabah dan Astro Fibre Perkenal Bambarayon Sempena Meraikan Pesta Kaamatan

Saturday, 18 May 2024

ERA Sabah dan Astro Fibre Perkenal Bambarayon Sempena Meraikan Pesta Kaamatan | Tawaran hebat Astro Fibre Bundle untuk pelanggan di Sabah

Semperna meraikan Pesta Kaamatan, ERA Sabah dengan kerjasama Astro Fibre teruja untuk mempersembahkan Bambarayon, sebuah lagu perayaan baharu yang membawa maksud ‘Semangat Padi’, menampilkan Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi ERA, Addnan, Mijul dan Emma, serta menerima penampilan daripada barisan personaliti radio ERA Sabah termasuk Melanie, Adam, Nicky dan Deemike.

Bambarayon, diambil daripada perkataan Kadazan Dusun, lagu yang hasilkan dalam dialek Melayu Sabah ini mengisahkan tentang kemeriahan Pesta Kaamatan yang dilihat mampu menyatukan masyarakat umum dari pelbagai latarbelakang dan berteraskan prinsip kekeluargaan menerusi lagu, sama seperti keunikan Astro Fibre, mampu mengeratkan hubungan sesama keluarga dari segenap tempat.

Dicipta khas oleh Luca Sickta selaku komposer bersama Marcellus Paungin, lirik lagu Bambarayon ditulis oleh Benzooloo, Luca Sickta dan Marcellus Paungin. Video muzik yang ditampilkan pula menerima cetusan idea pengarah Kinggoldigga yang berasal dari Sandakan, Sabah, menerusi produksi Twentytwo Degree. Pengambaran video muzik selama dua hari telah dijalankan di Muzium Sabah, dengan keunikan rumah-rumah tradisional dan di sekitar kawasan Losou Podi Kota Belud, merupakan lokasi menarik tumpuan utama permandangan matahari terbit. Video muzik Bambarayon juga menampilkan penari-penari dari Tagaps Dance Theatre, pemenang Pingat Emas di dalam World Dance Cup. 

Para peminat dan pendengar boleh menikmati lagu dan video muzik Bambarayon di Facebook ERA Sabah dan YouTube ERA.

Tawaran Astro Fibre Sempena Pesta Kaamatan

Selaras dengan pelancaran Bambarayon, penduduk Sabah juga boleh menikmati tawaran hebat Astro Fiber, melalui kolaborasi kami bersama Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. ("CT Sabah"), di mana pelanggan Astro baharu dan sedia ada boleh menikmati jalur lebar 100Mbps di rumah dan Pek Primary Astro pada harga RM99.99/bulan (NP: RM179.99/bulan). 

Masa berhubung lebih baik dengan meluangkan masa bersama keluarga semasa perayaan Kaamatan kerana Pek Primary menawarkan anda lebih daripada 80 saluran dengan kandungan tempatan dan antarabangsa yang mesti ditonton termasuk Takdir Itu Milik Aku (Astro Ria Saluran 104), The Hardest Singing Show (Astro Ria Saluran 104), Framed (Astro Premier Saluran 410), The Heir to the Throne (On Demand), Liga Malaysia (Arena 1 Saluran 801 and Arena 2 Saluran 802), dan banyak lagi untuk seisi keluarga.

Tawaran ini tersedia sehingga 30 Jun 2024 dan maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, hubungi 012 8783870 atau layari https://astro.com.my/CTSabah.