Minggu kedua bertemakan Revolu-sihat menyaksikan semua peserta menampilkan cabaran yang menekankan elemen sukan dan senaman dalam persembahan mereka. Aepul Roza menjuarai minggu ini dengan keseluruhan markah tertinggi sebanyak 90.40%, diikuti oleh Ayda Jebat (88.51%) dan Aisha Retno (88.34%). %). De Fam turut berjaya memenangi The Hardest Singing Show Alha Alfa buat minggu kedua. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.



TEMA MINGGUAN & SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Kaka Azraff - Standing in the Eyes of the World

Aepul Roza - Nakal (Gigi)


Aisha Retno - New York, New York

Zizi Kirana - Perang Dah Tamat (Malique)

Ayda Jebat - I'm Sexy and You Know It & What did the Fox Say

Stacy - Wannabe (Spice Girls)

De Fam - Formation (Beyonce) & Tamparan Wanita (Elite)

Putera Muhammad - Test Drive (Rahmat)

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposerdan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

DI ANTARA PERTALIAN DARAH DAN PERTARUHAN BERANI: ‘THE EXPERTS’ TAMPILKAN AKSI HEIST PENUH BERGAYA | ‘Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap Akan ‘Merompak’ Perhatian Anda Bermula 23 Mei!

Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist. Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata. ‘The Experts’ menjanjikan pengalaman sinematik dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa, menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’, elemen kekeluargaan dan humor yang relevan dengan penonton tempatan. 

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini bakal ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 23 Mei ini. 

‘The Experts’ menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang. 

Ini merupakan gandingan pertama kali Aaron, Syafiq, Mimi, Remy dan Ray beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka. Watak Aaron (Farid) bertindak sebagai ketua ataupun maestro, Syafiq (Keyrol) sebagai pakar risikan, Mimi (Emma) selaku pakar manipulasi, Remy (Amer) sebagai pakai penyamaran, dan Ray yang memainkan watak Lan sebagai pakar godam. 

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Naratif dan skrip The Experts adalah hasil idea oleh pencipta francais box office Polis Evo iaitu Joel Soh. Manakala ia diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi. 

Antara yang bakal menjadi perhatian ialah watak Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM31, Remy Ishak dengan imej yang berlainan; kecekapannya menari tango bersama Maya Karin; watak antagonis oleh Jay Iswazir; persembahan lakonan Ray yang mengejutkan serta kelicikan watak Mimi dalam keanggunan wajahnya; melengkapkan lagi ‘mood’ berbeza-beza filem ini. Dari aspek produksi pula, pengarah dan tenaga produksi telah memberikan hasil berbeza menerusi sinematografi, warna visual, dan muzik skor. 

Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang agresif buat Astro Shaw apatah lagi selepas kejayaan filem Sheriff yang mendapat sambutan luar biasa. “Filem The Experts membawa perspektif baru dalam industri perfileman Malaysia melalui jalan cerita, lakonan serta kualiti produksi. Ia sarat dengan gabungan elemen aksi, komedi, kekeluargaan, dan memaparkan unsur lokal. Kami yakin itu adalah ‘formula’ untuk sebuah jalan cerita menarik serta relevan untuk semua golongan penonton. Kami berharap, The Experts bukan sahaja dapat diterima oleh penonton kita, tetapi mampu menjadi ‘identiti’ untuk filem aksi heist Malaysia.” 

Menggunakan tagline ‘Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar’, lagu tema rasmi mengangkat muzik jazz, bertajuk ‘Cinta Indah Buat Kanda’ yang dinyanyikan oleh Yuka Kharisma, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muzza. 

‘The Experts’ memperlihatkan kerjasama strategik pemasaran bersama jenama minuman Calpis Soda. Usaha sama ini telah menampilkan beberapa inisiatif, antaranya iklan eksklusif bertajuk ‘Fizz Operation’ yang melibatkan Dato Aaron Aziz dan Ray Dapdap. 

Selain itu, filem ini turut menerima sokongan daripada rakan jenama Petron Malaysia, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Amee Philips dan PopLook. 

‘The Experts’ menyediakan pelbagai inisiatif pemasaran yang dirangka khusus untuk menambahkan lagi keterujaan penonton dan peminat. Antaranya, ‘Unlock The Safe’, ‘Heist The Truck’, dan siri jelajah filem.

Ikuti siri jelajah The Experts pada 24, 25, 26 Mei di Lembah Klang; 31 Mei di Seremban; 1 Jun di Johor’ 2 Jun di Melaka; 7 Jun di Kedah; 8 Jun di Penang; 9 Jun di Perak; Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Saksikan filem terbitan Astro Shaw ini dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures dan produksi oleh BlackFlag, di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan. Penonton sudah boleh membeli tiket sekarang bermula 17 Mei untuk menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 21 Mei mulai 6.00 petang, iaitu dua hari sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

***********************************

NOTA PRODUKSI

Tajuk: The Experts

Genre: Aksi “Heist”

Terbitan: Astro Shaw 

Dengan Kerjasama: Zak Capital, TGV Pictures

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit Eksekutif Bersama: Nazir Razak, Shaharul Rezza Hassan

Syarikat Produksi: BlackFlag Sdn Bhd

Penerbit: Joel Soh

Penerbit Penyelaras: Nana Azmi

Pengarah:Andre Chiew & Nazim Shah

Penolong Pengarah: Loy Yok Phin (Bunbun)

Skrip: Joel Soh

Lakon Layar: Joel Soh, Andre Chiew, Abilash Chandra, Mamu Vies, Kyle Goonting

Pengarah Fotografi : Tan Teck Zee

Penyunting: Lee Pai Siang

Pengarah Seni: Nazrul Asraff Mahzan

Kesan Visual: Viper Studios

Muzik Skor: Ricky Leonardi

Penata Bunyi: Hiro Ishizaka

Pereka Busana: Jessie Yeow

Penata Tatarias: Sue Lim

Info Filem

Bahasa: Melayu    

Durasi: 121 minit     

Lokasi Penggambaran:  Lembah Klang    

Jumlah Hari Penggambaran: 45 hari   

Tarikh Tayangan di Pawagam: 23 Mei 2024

Barisan Pelakon

Aaron Aziz sbg Farid

Syafiq Kyle sbg Keyrol

Mimi Lana sbg Emma 

Remy Ishak sbg Amer

Ray Dap Dap sbg Lan

Hasnul Rahmat sbg Johar 

Wan Hanafi Su sbg Jaafar 

Tony Yusof sbg Bashir 

Maya Karin sbg Miranda 

Douglas Lim sbg Ah Teck 

Jay Iswazir sbg Glasses

Michael Ang sbg Chef Juan

Lagu Tema Utama

Lagu : Cinta Indah Buat Kanda

Artis : Yuka Kharisma

Durasi : Muzza

Komposer : Muzza

Sinopsis

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?


Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma | Nikmati Pemulangan ‘Ubah Fikiran’ dan Pelbagai Pilihan Cara Pemulangan untuk Kemudahan Maksimum

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan, baru-baru ini telah meningkatkan pengalaman pengguna dengan pelancaran program ‘15 Hari Pemulangan Percuma’. Inisiatif ini yang diperkenalkan pada 19 Mac 2024, menawarkan fleksibiliti maksimum dan menjana kepercayaan lebih baik tentang pembelian dalam talian. Dengan program ini, pengguna mempunyai kebebasan untuk memulangkan barangan yang layak dari seluruh kategori produk termasuk fesyen, gaya hidup, elektronik, dan FMCG. Pemulangan adalah percuma dan tanpa soal dalam waktu jaminan 15 hari untuk pengembalian wang sepenuhnya atas alasan ‘Ubah Fikiran’.



"Di Shopee, kami percaya pembelian dalam talian mestilah menyeronokkan dan mudah untuk semua.” kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Program 15 Hari Pemulangan Percuma adalah refleksi kepada komitmen ini. Kami faham bahawa keutamaan membeli-belah boleh berubah-ubah, dan program ini memperkasakan pengguna dengan membolehkan pemulangan dalam masa 15 Hari Jaminan Shopee, sama ada disebabkan oleh produk tidak seperti yang dijangkakan, keperluan yang berubah-ubah, atau ubah fikiran. Ini menyingkirkan kerisauan tentang kesesuaian produk dan memupuk persekitaran pembelian tanpa risiko, membolehkan pengguna untuk membeli-belah dengan yakin di Shopee.” 

Shopee faham kepentingan polisi pemulangan yang lancar adalah sama penting dengan harga penawaran kompetitif dan promosi menarik, sejajar dengan hasil tinjauan dari kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’**. Kajian ini mendapati  83% responden Gen Z mengutamakan nilai maksimum dalam pembelian mereka. Dalam kata lain, faktor seperti penghantaran percuma, harga kompetitif, dan promosi menarik adalah motivasi penting buat mereka. Dengan menawarkan pilihan pemulangan tanpa masalah bersama dengan ciri-ciri ini, Shopee memenuhi keperluan pembeli-belah yang mementingkan nilai dan memupuk pengalaman membeli-belah yang boleh dipercayai. 

Untuk memastikan kemudahan maksimum dengan program 15 Hari Pemulangan Percuma, Shopee menawarkan pilihan pemulangan tanpa kos ekstra. Pengguna boleh memilih untuk pemulangan ‘pick-up’ dari pintu rumah anda melalui kerjasama dengan rakan logistik Shopee di bawah Shopee Supported Logistics (SSL) atau memilih pemulangan ‘drop off’ ke mana-mana cawangan SPX Express, J&T dan Pos Laju seluruh negara. Tambahan lagi, program ini juga membolehkan pemulangan yang diatur sendiri pelanggan menggunakan khidmat kurier yang diingini, untuk fleksibiliti maksimum.

Layari https://spx.com.my/service-point Pusat Perkhidmatan SPX Express terdekat anda untuk memulangkan barangan Shopee dalam waktu 15 Hari Jaminan Shopee, Tanpa Soal*

Sejak pelaksanaannya pada 19 Mac 2024, program ini telah menjana maklum balas positif yang meluas dari pembeli dan penjual. Pengguna Shopee, dengan nama pengguna Dee Library, puji polisi pemulangan percuma ini, “Kemudahan polisi pemulangan percuma telah meningkatkan pengalaman membeli-belah saya dengan ketara. Sebelum ini, saya sering susah hati apabila barangan tidak mencapai jangkaan saya atau jika saya berubah fikiran, lalu menyebabkan saya menyesal membeli. Kini, ianya semudah dengan cuma memastikan pakej asal dibungkus baik dan memulangkan bungkusan di Pusat Perkhidmatan SPX Express. Tiada lagi penyesalan pembelian!”

Dengan sentimen yang sama, seorang Penstrim Langsung Affiliate Shopee, tulipindah93 (Nurul Amira), berkata, “Sebagai pembeli, kini saya boleh membeli-belah tanpa berfikir terlalu banyak - ianya amat mudah dan menyeronokkan! Walaupun saya terbeli saiz yang salah, saya tidak risau. Sebelum ini, saya perlu mencari pembeli lain untuk menjual barangan ‘preloved’ saya, tetapi kini saya tidak perlu lagi! Saya cuma perlu memulangkan barangan tanpa disoal, dan saya boleh dapat wang saya kembali. Seterusnya membeli barangan baharu yang lebih bersesuain dengan saya. Siapa yang tidak teruja dengan inisiatif ini? Sememangnya pengalaman membeli-belah yang selamat!”

Sementara itu, Mohd Shafrizal Bin Abdul Ghani, Pengarah Urusan Inhanna, jenama fesyen tempatan, mengalu-alukan polisi pemulangan yang ini dari sudut pandangan penjual, “Sebagai penjual, saya percaya apabila pelanggan berasa yakin dengan pembelian mereka, ianya bukan sahaja menggalakkan mereka untuk meneroka produk baharu kami tetapi juga memupuk kepercayaan terhadap kedai saya dan platform Shopee secara menyeluruh. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan dan menawarkan pemulangan, kami bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna tetapi juga menanami kesetiaan pelanggan. Selanjutnya, ianya boleh memupuk persepsi jenama positif yang mampu meningkatkan pembelian berulang dan kejayaan berjangka panjang.” 

Untuk maklumat lanjut program  15 Hari Pemulangan Percuma - Tanpa Soal*, layari https://shopee.com.my/m/free-returns 

*Tertakluk terma & syarat.

** Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ telah dijalankan oleh Bahagian Profil Kantar, dari 31 Januari ke 5 Februari 2024. Seramai 400 rakyat Malaysia mengambil bahagian secara suka rela. 

****************************
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Catch Astro’s Pop-Up Truck Roadshow for a Special Limited Time Offer

Sunday 19 May 2024

Catch Astro’s Pop-Up Truck Roadshow for a Special Limited Time Offer | Enjoy Astro Fibre 500Mbps bundled with Astro Primary Pack for only RM149.99

Astro is excited to offer its customers an enticing Astro Fibre bundle with Primary Pack which provides customers a dual benefit of WiFi Kencang 500Mbps and the Primary Pack for only RM149.99. This offer provides the best of both worlds: high-speed internet access and family entertainment, all for the price that customers would typically pay just for fibre.

Starting from 16 May, Astro will be mobilising a nationwide roadshow in locations such as Johor, Selangor, and Penang for customers to experience Astro’s innovative products and services in person. Join us for fun activities such as Spin and Win, where you will stand a chance to win various prizes, including vouchers worth RM20 from Clinique, a dermatologist-guided skincare brand.

In addition, Astro is offering even more rewards for customers who sign up or upgrade to any Astro Packs during the roadshow. With every sign up, customers will receive e-vouchers from top brands such as Petronas, Shopee, Touch ‘N Go and Clinique.

Keep an eye out for the roving trucks as part of our Astro Roadshow at these following locations:

Date & Venue

16 – 19 May 2024 Johor Baharu – Sutera Mall, Skudai

24 – 26 May 2024 Klang – Pandamaran

31 May – 2 June 2024 Batu Pahat – Batu Pahat Town

7 – 9 June 2024 Penang – Bukit Mertajam

This 2-in-1 deal, provides customers significant savings of RM2,160 over 24 month and the convenience of an all-in-one, easy-to-manage bill that not only saves money but also time. The high-speed fibre of 500Mbps offers unlimited internet for all family members, allowing uninterrupted streaming, browsing, gaming, uploading, downloading, and more on multiple devices.

The bundle offer comes with Primary Pack, offering customers over 80+ channels including local entertainment channels, channels from Hong Kong, China, Taiwan, India and many more for the whole family. This includes “The Heir to the Throne” on Astro AOD, “The Hardest Singing Show” on Astro RIA and the latest Malaysian TV Drama, “Framed”, on Astro Premier. Customers can also tune in to shows like “Maaya Regai” and “Oru Kalainganin Diary” on Astro Vinmeen, among other exciting shows.

With every purchase, customers will be provided with a WiFi 6 certified router and an Astro Ulti Box at no additional cost. The installation of the Ulti Box is also included in the package for free. For an enhanced customer experience, the bundle includes the Astro GO app, an app which enables customers to enjoy their favourite shows anytime, anywhere.

Customers can also take control of their WiFi with free Astro Fibre app, that allows customers to take charge, manage and protect their home network. This handy app allows customers to monitor their WiFi performance in real-time, control WiFi usage for all family members, and safely share WiFi access with guests.

For more information, visit https://promotions.astro.com.my/details/500mbps_primary

ERA Sabah dan Astro Fibre Perkenal Bambarayon Sempena Meraikan Pesta Kaamatan

Saturday 18 May 2024

ERA Sabah dan Astro Fibre Perkenal Bambarayon Sempena Meraikan Pesta Kaamatan | Tawaran hebat Astro Fibre Bundle untuk pelanggan di Sabah

Semperna meraikan Pesta Kaamatan, ERA Sabah dengan kerjasama Astro Fibre teruja untuk mempersembahkan Bambarayon, sebuah lagu perayaan baharu yang membawa maksud ‘Semangat Padi’, menampilkan Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi ERA, Addnan, Mijul dan Emma, serta menerima penampilan daripada barisan personaliti radio ERA Sabah termasuk Melanie, Adam, Nicky dan Deemike.

Bambarayon, diambil daripada perkataan Kadazan Dusun, lagu yang hasilkan dalam dialek Melayu Sabah ini mengisahkan tentang kemeriahan Pesta Kaamatan yang dilihat mampu menyatukan masyarakat umum dari pelbagai latarbelakang dan berteraskan prinsip kekeluargaan menerusi lagu, sama seperti keunikan Astro Fibre, mampu mengeratkan hubungan sesama keluarga dari segenap tempat.

Dicipta khas oleh Luca Sickta selaku komposer bersama Marcellus Paungin, lirik lagu Bambarayon ditulis oleh Benzooloo, Luca Sickta dan Marcellus Paungin. Video muzik yang ditampilkan pula menerima cetusan idea pengarah Kinggoldigga yang berasal dari Sandakan, Sabah, menerusi produksi Twentytwo Degree. Pengambaran video muzik selama dua hari telah dijalankan di Muzium Sabah, dengan keunikan rumah-rumah tradisional dan di sekitar kawasan Losou Podi Kota Belud, merupakan lokasi menarik tumpuan utama permandangan matahari terbit. Video muzik Bambarayon juga menampilkan penari-penari dari Tagaps Dance Theatre, pemenang Pingat Emas di dalam World Dance Cup. 

Para peminat dan pendengar boleh menikmati lagu dan video muzik Bambarayon di Facebook ERA Sabah dan YouTube ERA.

Tawaran Astro Fibre Sempena Pesta Kaamatan

Selaras dengan pelancaran Bambarayon, penduduk Sabah juga boleh menikmati tawaran hebat Astro Fiber, melalui kolaborasi kami bersama Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. ("CT Sabah"), di mana pelanggan Astro baharu dan sedia ada boleh menikmati jalur lebar 100Mbps di rumah dan Pek Primary Astro pada harga RM99.99/bulan (NP: RM179.99/bulan). 

Masa berhubung lebih baik dengan meluangkan masa bersama keluarga semasa perayaan Kaamatan kerana Pek Primary menawarkan anda lebih daripada 80 saluran dengan kandungan tempatan dan antarabangsa yang mesti ditonton termasuk Takdir Itu Milik Aku (Astro Ria Saluran 104), The Hardest Singing Show (Astro Ria Saluran 104), Framed (Astro Premier Saluran 410), The Heir to the Throne (On Demand), Liga Malaysia (Arena 1 Saluran 801 and Arena 2 Saluran 802), dan banyak lagi untuk seisi keluarga.

Tawaran ini tersedia sehingga 30 Jun 2024 dan maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, hubungi 012 8783870 atau layari https://astro.com.my/CTSabah.

Minggu pertama The Hardest Singing Show dibuka dengan kekuatan dan kreativiti masing-masing yang bertemakan Up Your Sleeves!, menunjukkan sisi setiap peserta yang unik dengan lagu-lagu mereka yang popular. Buat cabaran pertama, Ayda Jebat berjaya dinobatkan sebagai juara minggu pertama dengan keseluruhan markah sebanyak 95.24%, diikuti oleh Aepul Roza (90.34%) dan Aisha Retno (84.17%). Manakala Stacy pula memenangi The Hardest Singing Show Alha Alfa. 

Minggu ini juga menyaksikan tiada penyingkiran bagi semua peserta yang perlu menunjukkan persembahan baharu pada minggu hadapan dengan pengenalan tema Minggu 2 iaitu Revolu-sihat, menekankan elemen sukan dan senaman di dalam persembahan. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

TEMA MINGGUAN & SENARAI LAGU

INFO THE HARDEST SINGING SHOW

• ‘The Hardest Singing Show’ merupakan sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GOdansookaserta bersiaran secara LANGSUNG dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.

• Barisan peserta yang akan bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Aisha Retno - W.H.U.T & Sutera

Kaka Azraff - Gila & Bukan Hal Aku

Stacy - Gagap & Not For Sale

Putera Muhammad - Luka, Merindu

De Fam - Bila Ada Kamu, Supergirls & Panas

Datin Alyah - Kisah Hati, Tak Mungkin Kerana Sayang & Sesal Separuh Nyawa

Aepul Roza - Drama

Zizi Kirana - Pijak, Eh & Nak Ke Tak Nak

Ayda Jebat - Siapa Diriku & Nakal Nakal Nakal

LAMPIRAN FAKTA MINGGU 1 THE HARDEST SINGING SHOW

• Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai hos program ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/thehardestsingingshow.

Menang Besar di Kempen ‘Golden Ticket’ 2024!

Monday 13 May 2024

Menang Besar di Kempen ‘Golden Ticket’ 2024! | Ganjaran hebat ‘Silver Ticket’ di Suria KLCC menanti para pengunjung

Terkenal sebagai Pusat Beli-Belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang dinanti-nantikan. Suria KLCC membuka tirai Kempen ‘Golden Ticket’ bersama rakan-rakan media dan pempengaruh ternama pada hari ini. Para pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik bermula dari 11 sehingga 26 Mei. Bersempena dengan sambutan kelima Kempen ‘Golden Ticket’ ini, para peserta berpeluang untuk membawa pulang e-Baucar Beli Belah Suria KLCC yang bernilai RM5,000.



Dekorasi kempen yang bertemakan karnival pada kali ini bakal memperlihatkan sesi cabutan di Centre Court yang akan mempersembahkan 100 kotak misteri. Salah satu daripada 100 kotak tersebut menjanjikan hadiah unggul iaitu sekeping ‘Golden Ticket’ (e-Baucar yang berjumlah RM5,000), sekeping ‘Purple Ticket’ (e-Baucar yang berjumlah RM50), atau penambahan hadiah terbaru untuk tahun 2024, iaitu ‘Silver Ticket’.

Penampilan ‘Silver Ticket’ ini bakal memukau para pengunjung dengan inspirasi sentuhan mewah. Bagi mereka yang berjaya mencabut ‘Silver Ticket’ ini, mereka akan memenangi barangan mewah terkemuka, antaranya termasuklah sebentuk gelang Bvlgari, dompet wanita Dior, selendang eksklusif Fendi, beg selempang Gucci, pengering rambut Dyson, rantai emas Luk Fuk, telefon pintar iPhone 15 Pro, kerusi urut Osim, dompet Prada, beg selempang Saint Laurent, Samsung Galaxy Z-Flip 5, rantai berlian Tomei, dan beg bagasi Tumi.

Untuk menyemarakkan kemeriahan kempen kali ini, para pembeli hanya perlu berbelanja RM1,000 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Para pemenang ‘Golden Ticket’ dan ‘Silver Ticket’ akan diraikan di “Wall of Winners” yang mana foto dan video mereka akan dipaparkan di skrin berputar di Centre Court.

Para pembeli akan menerima undangan untuk merasai suasana riang taman karnival, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam perlbagai aktiviti karnival sepanjang tempoh kempen berlangsung. 100 pembeli pertama untuk setiap hari akan menerima sebuah token hadiah. Para pembeli juga berpeluang untuk merakam detik berharga di kios foto yang mana mereka juga akan mendapat salinan foto tersebut secara percuma.

Hujung minggu lebih bermakna dengan kepelbagaian aktiviti menarik seperti aktiviti lukisan muka dan belon pusing.

“Seiring dengan pelancaran edisi kelima kempen The Golden Ticket ini, kami berbesar hati untuk meneruskan tradisi kami dalam mencipta memori dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami.

“Kempen ini menjadi lebih istimewa apabila setiap pelanggan adalah pemenang! Kami amat komited dalam memastikan para pelanggan kami berpeluang untuk menikmati pengalaman beli-belah yang lebih bermakna selain dari melihat usaha ini sebagai sebuah budaya beli-belah yang sihat di Kuala Lumpur,” ucap Francis Tan, Ketua Pengarah Urusan, Suria KLCC Sdn Bhd.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ‘The Golden Ticket’ dalam talian, yang menawarkan hadiah menarik di platform media sosial Suria KLCC.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Di Alamanda Putrajaya, Kempen ‘Golden Ticket’ bakal berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun. Seiring dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung di Suria KLCC, para pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen ini. Lokasi kempen ini yang menampilkan 50 kotak misteri bakal menanti para peserta di ruang legar aras G.

Para peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda.

50 cabutan tiket akan dilakukan setiap hari yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. Tidak kurang dari itu, 3 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut.

Setiap tiket yang tidak ditebus akan dibawa ke hari yang seterusnya. Secara tidak langsung, para pengunjung mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk membawa pulang ganjaran hebat.

Pusat Beli-Belah Mesra

Kempen ‘Golden Ticket’ kini kembali dengan sambutan tahunan yang ke-3 di Pusat Beli Belah Mesra, Kemaman, Terengganu yang bermula dari 10 sehingga 30 Mei.

Usulan dari perancangan dan koordinasi kempen yang berjaya pada tahun sebelum ini, kempen ‘Golden Ticket’ menjemput para pembeli untuk menyertai kempen kali ini dengan berbelanja sebanyak RM300 dan ke atas melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli Belah Mesra.

Kempen ini akan diadakan di Centre Court yang akan menampilkan 55 buah kotak misteri. Para pelanggan berpeluang memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ atau ‘Blue Ticket’. Tiket-tiket ini terdiri daripada hadiah utama Baucar Beli-Belah Mesra bernilai RM1,000 dan juga Baucar Beli-Belah Mesra yang bernilai RM30.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Movie Review | Amar Singh Chamkila (2024)

Sunday 12 May 2024


Director: Imtiaz Ali
Writer: Imtiaz Ali, Sajid Ali
Cast: Diljit Dosanjh, Parineeti Chopra, Rahul Mittra, Nisha Bano
Production Companies: Window Seat Films, Select Media Holdings LLP, Saregama
Distributor: Netflix
Genre: Musical / Biopic / Drama
Running Time: 146 minutes
Release Date: 8 April 2024 (Mumbai), 12 April 2024 (Netflix)
Trailer:


Naskhah biopic drama mengenai penyanyi kelahiran Punjab, India yang dilabel sebagai Elvis Presley India. Amar Singh Chamkila mempunyai bakat dalam menyanyi, menggubah lagu dan menulis lirik lalu dia bekerja sebagai penulis lirik dengan penyanyi Punjab terkenal bernama Jinda untuk capai impian dia sebagai penyanyi. 

Karya dia sentiasa dicuri oleh Jinda yang lebih terkenal dan popular di Punjab pada ketika itu sehingga lah satu hari Chamkila dapat peluang untuk menyanyi atas pentas kerana Jinda lambat tiba di majlis sehingga penonton mula mengamuk. Dari situ Chamkila perkenalkan bakat dia kepada umum dan mula menjadi pujaan ramai. 

Permintaan untuk Chamkila semakin tinggi hingga nama Jinda dan penyanyi lain tenggelam tapi tak bermakna poket Chamkila juga menebal. Dia tinggalkan kerja di kilang untuk membantu keluarga keluar dari status miskin melarat tapi upah yang dia dapat dari persembahan dan album juga tak banyak kerana pengurusnya, Kashmiri Lal (Ankit Sagar) bolot semua untung. 

‘Just because I let you sit with me, you think we’ve become equals? Have you forgotten your place? I made Chamkila! Whenever I want, I can finish you. So whatever I throw at you, be happy with it.’ - Kashmiri Lal

Chamkila keluar dari syarikat tersebut dan bergerak solo dibantu oleh Kesar Singh Tiki (Anjum Batra). Tak ada masalah langsung untuk Chamkila dapat jemputan untuk buat persembahan sampaikan dia boleh sewa pejabat pengurusan. Yang menjadi masalah bila penyanyi perempuan tarik diri kerana lagu-lagu Chamkila adalah lagu duet. Ramai yang tak mampu catch up not tinggi dalam lagu yang digubah sehingga lah Chamkila bertemu dengan Amarjot Kaur (Parineeti Chopra). 

Setelah kegagalan filem remake Love Aaj Kal 2 (2022), filem terbaru Imtiaz Ali yang ditayangkan khas di Netflix mendapat pujian ramai. Filem Amar Singh Chamkila sama seperti filem-filem Imtiaz Ali yang lain di mana watak utama mencari jati diri dan prinsip hidup. Sama macam Aditya Kashap dalam Jab We Met (2018), Jai dalam Love Aaj Kal (2009), Jordan dalam Rockstar (2011) ataupun Veera dalam Highway (2014), Amar Singh Chamkila pun mengalami beberapa episode dalam hidup sehingga dia sedar self-worth dan berpegang teguh dengan prinsip hidup dia. 

Bezanya pengakhiran hidup Chamkila dan Amarjot dah diceritakan sejak awal filem lagi. Semua perjalanan hidup Chamkila diceritakan dari mulut orang sekeliling. Walaupun penceritaan Amar Singh Chamkila banyak bergantu kepada flashback tapi tetap menarik untuk ditonton sehingga selama 148 minit. 

Chamkila tampak benar-benar hidup hasil lakonan Diljit Dosanjh, gaya dan cara nyanyian dia semuanya sama. Boleh tengok sendiri dalam filem ni sebab pengarah guna tiga teknik visual - lakonan, sketch dan footage asal penyanyi sebenar Chamkila yang popular pada zaman 80-an di Punjab, India. Diljit adalah pilihan yang tepat untuk watak Chamkila sebab dia bagus dalam bidang nyanyian dan juga berasal dari Punjab. Untuk terlihat sama seperti Chamkila, Diljit sanggup tanggalkan serban dia. 



Berbeza dengan Parineeti yang melakonkan watak pasangan duet Chamkila dan juga isteri, lakonan dia agak malap. Banyak kali tenggelam dengan lakonan Diljit padahal screentime sama banyak dengan Diljit. Parineeti pun menyanyi guna suara asal juga macam Diljit. Chemistry tu tak ada masalah cuma individual screen presence lah tak setara. 

Lagu-lagu dalam filem Amar Singh Chamkila hasil gubahan A. R. Rahman tak lah meninggalkan impak sangat kecuali lagu Vida Karo sebab lirik dia menusuk perasaan. Filem ni pun bukan family friendly sebab lagu-lagu Chamkila berunsur lucah dan itu juga punca dia selalu mendapat ugutan bunuh sebab dilabel sebagai perosak bangsa. Kalau Chamkila wujud pada zaman sekarang, mungkin tak ada masalah sebab ramai penyanyi guna lirik yang tak senonoh. 

Overall, Amar Singh Chamkila is a good film from Imtiaz Ali. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10